31
Isi Kandungan Muka Surat 1.0 Pengenalan 1 1.1 Penilaian 2 1.2 Jadual Penentuan Ujian (JPU) 3 1.3 Skema Pemarkahan 4 2.0 Keputusan Ujian 5 2.1Jadual Keputusan Ujian 1 dan Analisis 5 2.2 Pengiraan Markah 7 2.3 Indeks Kesukaran Item 8 2.4 Indeks Diskriminasi 12 2.5 Jadual Indeks Kesukaran Item dan Indeks Diskriminasi Item Serta Komen 15 3.0 Jadual Keputusan Ujian 2 dan Analisis 17 3.1 Komen dan Ulasan Keputusan 21 4.0 Rumusan 21 Rujukan Lampiran (a) Bahagian Sukatan Pelajaran yang dipilih (b) JPU (c) Kertas Soalan (d) Skema Pemarkahan 1

Final version 1 penilaian dan pengukuran

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Final version 1 penilaian dan pengukuran

Isi Kandungan Muka Surat

1.0 Pengenalan 1

1.1 Penilaian 2

1.2 Jadual Penentuan Ujian (JPU) 3

1.3 Skema Pemarkahan 4

2.0 Keputusan Ujian 5

2.1Jadual Keputusan Ujian 1 dan Analisis 5

2.2 Pengiraan Markah 7

2.3 Indeks Kesukaran Item 8

2.4 Indeks Diskriminasi 12

2.5 Jadual Indeks Kesukaran Item dan Indeks Diskriminasi

Item Serta Komen 15

3.0 Jadual Keputusan Ujian 2 dan Analisis 17

3.1 Komen dan Ulasan Keputusan 21

4.0 Rumusan 21

Rujukan

Lampiran

(a) Bahagian Sukatan Pelajaran yang dipilih

(b) JPU

(c) Kertas Soalan

(d) Skema Pemarkahan

(e) Sampel jawapan bagi tiga pelajar yang sama

bagi ujian kali pertama dan kali kedua

1

Page 2: Final version 1 penilaian dan pengukuran

1.0 Pengenalan

1.1 Penilaian

Penilaian adalah konsep yang digunakan dalam pelbagai bidang untuk membolehkan

seseorang itu membuat anggaran dan merupakan satu cara untuk mendapatkan bukti yang tepat

tentang sesuatu perkara. Menurut Gay ( 1985 ), penilaian ialah satu proses yang sistematik

semasa mengumpul dan menganalisis data bagi menentukan sama ada sesuatu objektif yang

ditetapkan itu telah tercapai.

Dalam konteks pendidikan, penilaian ialah suatu sistem yang meliputi aktiviti

mengumpul maklumat tentang strategi dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran, untuk membuat

analisis dan keputusan dengan tujuan mengambil tindakan yang sewajarnya. Selain itu penilaian

dalam pendidikan juga mencakupi aspek-aspek hasil pengajaran dan pembelajaran dan hasil

program pengajian berbanding matlamat asalnya. Penilaian dapat dibuat dengan menggunakan

maklumat yang berbentuk kuantitatif, kualitatif atau kedua-duanya sekali.

Terdapat tiga proses utama dalam penilaian, iaitu menentukan ukuran, menganalisis

ukuran dan menyatakan nilai atau interprestasi ukuran. Penilaian dapat dilaksanakan dalam lima

peringkat, iaitu persediaan ujian, pentadbiran ujian, pemeriksaan jawapan ujian, analisis ukuran

dan interprestasi dan tindakan susulan.

Untuk menyempurnakan tugasan ini, saya telah memilih Mata Pelajaran Matematik

Tahun Enam sesuai dengan pengkhususan saya di mana item-item meliputi semua topik dalam

Sukatan Pelajaran Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) SK (2003) seperti yang tercatat

dalam Jadual Penentuan Ujian yang dikepilkan. Satu set soalan telah disediakan yang terbahagi

kepada dua bahagian iaitu Bahagian A yang mengandungi 20 item objektif yakni menyumbang

60 peratus markah manakala Bahagian B mengandungi 10 item subjektif membawa kepada 40

peratus markah. Item-item telah ini diuji kepada 12 orang murid Tahun Enam di SK Pasir

Tengah, Lundu yang bakal menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) pada bulan

September nanti. Ujian ini telah dijalankan dalam tempoh masa satu jam dan dilaksanakan

sebanyak dua kali iaitu pada 11 Hb. Jun 2012 (UJIAN 1) dan 24 Hb. Jun 2012 (UJIAN 2).

2

Page 3: Final version 1 penilaian dan pengukuran

1.2 Jadual Penentuan Ujian (JPU) dan Kepentingannya

Menurut Kubiszyn dan Borich, JPU ( Test Specification Table ) adalah carta dua –hala

yang mengaitkan objektif pengajaran dengan kandungan pengajaran. Lajur carta menyenaraikan

objektif-objektif pengajaran, sementara baris carta pula menyenaraikan konsep-konsep utama

yang diajar dan ingin diukur. Dengan ini jadual penentuan ujian ( JPU ) boleh menjadi panduan

kepada guru tentang sukatan pelajaran yang perlu diajar dan objektif pengajaran yang perlu

dicapai. Dari segi pembinaan item ujian pula, jadual penentuan ujian akan menjadi panduan

kepada guru supaya item-item yang dibina merangkumi semua kandungan pengajaran daripada

awal hingga akhir.

Manakala menurut Haladyna (1977), konsep pencapaian boleh dipecahkan kepada

pengetahuan dan kemahiran. Ujian ke atas pengetahuan seseorang individu hendaklah

berlandaskan pengetahuan serta kefahaman mengenai fakta, konsep dan prinsip. Ujian terhadap

kemahiran hendaklah berasaskan kepada aplikasi pengetahuan terhadap masalah dan keadaan.

Penggubalan sesuatu kertas ujian perlu mengikut spesifikasi ujian yang ditetapkan. Selain

itu penggubalan juga perlu mengikuti pelbagai, termasuk penyediaan jadual penentuan ujian

( JPU ), pembinaan item ujian, membuat ujian rintis dan memurnikan item ujian. Namun begitu,

item-item ujian hendaklah dinilai oleh pakar mata pelajaran yang berkaitan untuk memastikan

kualiti item ujian dari segi kebolehanpercayaan, kesahan dan pengukuran yang adil, demikian

menurut pandangan Hale ( 1980 ).

Jadual Penentuan Ujian disediakan untuk membantu penggubal kertas ujian dan pembina

item. Antara kepentingan Jadual Penentuan Ujian ialah seperti berikut:

a) kertas ujian dapat digubal dan ditadbir secara sistematik

b) kesahan dari segi persampelan sukatan pelajaran adalah terjamin

c) taburan soalan mengikut tajuk adalah seimbang

d) ujian meliputi keseluruhan sukatan pelajaran

e) aras kesukaran ujian dapat dikekalkan dari tahun ke tahun, walaupun item dibina oleh

pembina lain.

3

Page 4: Final version 1 penilaian dan pengukuran

1.3 Skema Pemarkahan

Pada umumnya, dalam sesuatu ujian atau peperiksaan, seseorang penggubal soalan atau

guru diminta menyediakan skema pemarkahan sebagai panduan semasa memeriksa skrip

jawapan. Ini bermakna skema pemarkahan ini perlu disediakan guru lebih awal untuk membantu

guru mengenal pasti soalan yang tidak sesuai, yang perlu diperbaiki atau dibuang.

Terdapat tiga aspek yang perlu diberi perhatian oleh guru atau penggubal soalan semasa

menyediakan skema pemarkahan bagi rujukan memeriksa jawapan ialah:

a) kandungan – mencakupi maklumat atau pengetahuan yang berkaitan

b) pengelolaan – aspek penggunaan bahasa yang lancar, tepat dan matang

c) proses – aspek ketepatan, munasabah, komprehensif, konsisten, keaslian dan daya kreatif

menjawab.

Secara umumnya skema pemarkahan boleh disediakan dalam dua cara, iaitu:

a) Skema Pemarkahan Holistik

Skema jenis ini ialah sebagai panduan untuk memberi markah kepada jawapan murid.

Skema ini sesuai bagi pemarkahan soalan berbentuk esei yang markahnya diberi berdasarkan

impresi. Pemarkahan holistik memerlukan pemeriksa membaca jawapan secara keseluruhan dan

kemudian mengelas pencapaian mengikut kelompok pencapaian sebelum menganggar markah

keseluruhan bagi sesuatu soalan. Murid bebas memberikan jawapan asalkan tidak menyeleweng

daripada kehendak soalan. Pemeriksa pula perlu banyak pengalaman dan menguasai mata

pelajaran yang berkaitan.

Kelebihan skema pemarkahan secara holistik ialah pemeriksaan lebih cepat. Namun

begitu, pemarkahan cara ini dianggap kurang objektif. Lantaran itu ketua pemeriksa akan

memberikan panduan memeriksan jawapan murid.

4

Page 5: Final version 1 penilaian dan pengukuran

b) Skema Pemarkahan Analitik

Pemarkahan cara ini merujuk kepada pemarkahan jawapan berbentuk esei secara

terperinci yakni markah diberi berdasarkan kriteria yang lebih terperinci. Misalnya, penentuan

pemberatan jawapan, banyaknya fakta dan kualiti hujah yang diberikan akan dipertimbangkan

untuk diberikan markah penuh. Agihan markah adalah berdasarkan aspek-aspek seperti isi, fakta,

persembahan dan bahasa.

Pemarkahan analitik adalah lebih objektif kerana skemanya lebih terperinci, tetapi

mengambil masa yang lama terutamanya jika bilangan calon terlalu ramai.

2.0 Keputusan Ujian

2.1 Jadual Keputusan Ujian (UJIAN 1) dan Analisis

Ujian bagi tujuan tugasan ini telah dijalankan untuk kelas Tahun Enam pada 11 Hb. Jun

2012. Ujian ini mengambil masa selama satu jam. Setelah memeriksa jawapan pelajar, langkah

yang berikutnya dalam tugasan ini ialah mencatat markah yang diperolehi oleh murid, mengira

markah purata bagi kedua-dua Bahagian A dan Bahagian B serta jumlah markah, mengira indeks

diskriminasi bagi setiap item dalam Bahagian A, membuat perbandingan indeks kesukaran

setiap item dengan item yang terdapat dalam Jadual Penentuan Ujian dan membuat ulasan bagi

perbandingan tersebut.

5

Page 6: Final version 1 penilaian dan pengukuran

6

Page 7: Final version 1 penilaian dan pengukuran

2.2 Pengiraan Markah

(a) Purata Markah Bagi Markah Bahagian A

Markah Purata =

JumlahMarkahJumlahPelajar

=

21+30+12+24+45+27+45+36+18+48+33+2412

=

36312

= 30.25

(b) Purata Markah Bagi Markah Bahagian B

Markah Purata =

JumlahMarkahJumlahPelajar

=

8+22+6+22+32+24+22+20+10+32+28+812

=

23412

= 19.50

(c) Jumlah Markah

Pelajar P1 P2 P3 P4 P5 P6 P7 P8 P9 P10 P11 P12 Jumlah

Markah 29 52 18 46 78 51 73 56 28 80 60 32 597

(d) Purata Jumlah Markah

= 30.25 + 19.50 atau =

59712

= 49.75 = 49.75

7

Page 8: Final version 1 penilaian dan pengukuran

2.3 Indeks Kesukaran Item

Indeks Kesukaran Item (item difficulty index, p) dapat menunjukkan aras

kesukaran sesuatu item.Iaitu sama ada item tersebut berada pada aras terlalu

sukar,sukar,sederhana sukar ,mudah atau terlalu mudah.Ia juga dapat menjelaskan kualiti sesuatu

item ujian.Indeks ini dikira dengan menggunakan nisbah bilangan calon yang memberi jawapan

betul bagi item tertentu kepada jumlah calon yang menjawab item tersebut

Ciri pertama yang dapat menentukan kualiti sesuatu item ujian ialah melalui Indeks

Kesukaran Item (p).Indeks ini dapat menunjukkan aras kesukaran sesuatu item iaitu sama ada

sesuatu item yang telah dibina itu mudah atau sukar untuk dijawab. Bagi ujian yang berbentuk

soalan aneka pilihan, indeks ini dikira dengan menggunakan nisbah bilangan calon yang

memberi jawapan betul bagi item tertentu kepada jumlah calon yang menjawab item tersebut.

Pengiraannyaa adalah seperti persamaan berikut :

Contoh Pengiraan Indeks Kesukaran Item (p);

(a) Item Objektif

Satu item dapat dijawab oleh 5 orang pelajar daripada sejumlah 12 orang orang pelajar

yang menjawab soalan tersebut. Cari nilai p .

p=Bilangancalon yangmemberi jawapanbetul

Jumlah calon yangmenjawab

=

512

= 0.416

8

Page 9: Final version 1 penilaian dan pengukuran

(b) Item Subjektif

Markah Purata = Jumlah Markah diperolehi ÷ Jumlah Pelajar

Julat Markah Penuh = (Markah Penuh 1 Item −¿0)

p =

MarkahPurata¿JulatMarkahPenuh ¿

¿¿

Contoh:

40 markah daripada 48 markah dapat diperolehi oleh 12 orang murid. Markah penuh

untuk satu item ialah 4. Nilai p ialah ;

Markah Purata =

4012 = 3.333

Julat Markah Penuh = 4-0 = 4

p =

3.3334

= 0.833

Nilai p ialah antara 0.00 hingga 1.00.Jika nilai p akan menjadi 0 maka (soalan amat

sukar) atau item yang sukar mempunyai nilai p yang rendah.Oleh itu,item yang sukar

mempunyai nilai p yang rendah dan sebaliknya item yang mudah mempunyai nilai p yang

tinggi,seperti yang ditunjukkan di bawah.

9

Page 10: Final version 1 penilaian dan pengukuran

Mengikut (Wood,1960), bagi ujian aneka pilihan ,indeks kesukaran mengambarkan peratusan

murid yang menjawab sesuatu item dengan betul.Lebih tinggi peratusan murid yang menjawab

sesuatu item dengan betul,lebih mudah item tersebut.Sebagai panduan ,aras kesukaran item

dapat ditafsirkan mengikut nilai p seperti yang ditunjukan di bawah.

Jadual 1.2 : Jadual

Aras Kesukaran dan Pengkelasan Item

Dari segi kesesuaian soalan ujian rujukan norma, pembina soalan perlu ingat bahawa

soalan yang terlalu mudah (p>0.85) atau yang terlalu sukar (p<0.15)tidak akan dapat memberi

maklumat psikometrik ( ukuran psikologi ) yang bermakna. Ini adalah disebabkan, soalan yang

terlalu mudah akan dapat dijawab oleh hampir kesemua murid, sementara soalan yang terlalu

sukar pula tidak akan dapat dijawab oleh semua murid. Justeru, soalan – soalan ini tidak dapat

membezakan murid yang lebih rendah keupayaannya dengan murid yang tinggi keupayaannya.

Item / soalanJumlah jawapan

betulNilai indeks kesukaran

Pengkelasan item

1 5 0.416 Sederhana sukar2 7 0.583 Sederhana sukar3 9 0.750 Mudah4 4 0.333 sukar5 6 0.500 Sederhana sukar6 5 0.416 Sederhana sukar7 5 0.416 Sederhana sukar8 7 0.583 Sederhana sukar

10

Nilai ( p ) Pengkelasan Item

0.00 – 0.20 Terlalu sukar

0.21 – 0.40 Sukar

0.41 – 0.60 Sederhana sukar

0.61 – 0.80 Mudah

0.81 – 1.00 Terlalu mudah

Page 11: Final version 1 penilaian dan pengukuran

9 5 0.416 Sederhana sukar10 6 0.500 Sederhana sukar11 4 0.333 Sukar12 6 0.500 Sederhana sukar13 7 0.583 Sederhana sukar14 6 0.500 Sederhana sukar15 8 0.666 Mudah16 8 0.666 Mudah17 3 0.250 Sukar18 7 0.583 Sederhana sukar19 6 0.500 Sederhana sukar20 8 0.666 Mudah

Jadual 1.3 : Jadual Pengkelasan Indeks Kesukaran Item BAHAGIAN A ( Soalan objektif )

Item / soalanJumlah markah

diperolehiNilai indeks kesukaran

Pengkelasan item

1 40 0.833 Terlalu mudah2 20 0.416 Sederhana sukar3 36 0.750 Mudah4 28 0.583 Sederhana Sukar5 16 0.333 Sukar6 34 0.708 Mudah7 4 0.083 Terlalu Sukar8 14 0.291 Sukar9 20 0.416 Sederhana Sukar10 30 0.625 Mudah

Jadual 1.4 : Jadual Pengkelasan Indeks Kesukaran Item BAHAGIAN B ( Soalam subjektif )

11

Page 12: Final version 1 penilaian dan pengukuran

2.4 Indeks Diskriminasi

Indeks Diskriminasi adalah bertujuan untuk membezakan calon-calon daripada kumpulan

cerdas dengan kumpulan lambat. Sesuatu item/soalan yang baik akan dapat mendiskriminasikan

antara keupayaan rendah dan yang tinggi. Indeks Diskriminasi boleh dikira melalui langkah-

langkah Mehran & Lehmann(1991) seperti berikut:

i ) Murid dibahagikan kepada 3 kumpulan,iaitu ( 25 % terdiri daripada 3 orang murid

berpencapaian rendah ),( 50 % terdiri daripada 6 orang murid berpencapaian antara terendah

dan tertinggi ) dan (25 % terdiri daripada 3 orang murid berpencapaian tertinggi).

Ii ) Mengira bilangan murid yang menjawab dengan betul di kalangan murid berpencapaian

rendah (RL – Right Lower), bilangan murid yang menjawab dengan betul di kalangan murid

berpencapaian tinggi(RU – Right Upper) dan jumlah murid berpencapaian rendah dan tinggi (T

(L + U) – Total).

Iii )Indeks Diskriminasi boleh dikira dengan membahagikan perbezaan (RU – RL) dengan

separuh T(L + U) seperti berikut:

(RU – RL)

Indeks Didskriminasi ( d ) =_________________

( ½ T (L + U))

Dimana,

T(L + U)= Jumlah murid pencapaian rendah dan tinggi

Ru = Bilangan murid pencapaian tinggi yang menjawab betul

( 25% daripada jumlah murid)

RL = Bilangan murid pencapaian rendah yang jawab betul

( 25% daripada jumlah murid )

12

Page 13: Final version 1 penilaian dan pengukuran

Jadual 1.5 : Jadual Aras Diskriminasi dan Pengkelasan Item

Indeks diskriminasi boleh bernilai antara -1.00 hingga 1.00. Indeks diskriminasi hampir

kepada 1.00 bermakna soalan tersebut adalah baik untuk Penilaian Rujukan Norma ( PRN)

kerana ia dapat membezakan murid yang berpencapaian tinggi dengan murid yang

berpencapaian lemah.

Bagi soalan yang mempunyai indeks diskriminasi positif menghampiri 0.0, soalan-soalan

ini dikatakan tidak sesuai untuk PRN kerana ia tidak berupaya membezakan murid pandai

dengan murid lemah. Akhirnya, bagi soalan yang mempunyai indeks diskriminasi negatif yang

menghampiri -1.00, dikatakan tidak baik untuk PRN kerana ia secara songsang membezakan

murid pandai daripada murid lemah, iaitu lebih ramai murid lemah dapat menjawab soalan-

soalan ini dengan betul berbanding murid pandai.

Item / (d) = (RU – RL) Nilai Indeks Pengkelasan Item

13

Nilai (d) Pengkelasan Item

0.00 – 0.10 Tidak baik

0.11 – 0.20 Kurang baik

0.21 – 0.30 Sederhana baik

0.31 – 0.40 Baik

0.41 – 1.00 Sangat baik

Page 14: Final version 1 penilaian dan pengukuran

soalan (1/2 T (L+U)

Diskriminasi Item

1( 3 – 0 )

31.00 Sangat baik

2( 3 – 0 )

31.00 Sangat baik

3( 3 – 0 )

31.00 Sangat baik

4( 0 – 2 )

3- 0.66 Tidak baik

5( 2 – 0 )

30.66 Sangat baik

6( 2 – 0 )

30.66 Sangat baik

7( 2 – 2 )

30.00 Tidak baik

8( 2 – 0 )

30.66 Sangat baik

9( 2 – 0 )

30.66 Sangat baik

10( 2 – 0 )

30.66 Sangat baik

11( 2 – 1 )

30.33 Baik

12( 2 – 2 )

30.00 Tidak Baik

13( 2 – 1 )

30.33 Baik

14( 2 – 1 )

30.33 Baik

15( 3 – 0 )

31.00 Sangat Baik

16( 2 – 1 )

30.33 Baik

17( 0 – 1 )

3- 0.33 Tidak Baik

18( 3 – 0 )

31.00 Sangat Baik

19( 3 – 1 )

30.66 Sangat Baik

20( 3 – 2 )

30.33 Baik

Jadual 1.6 : Jadual Pengkelasan Indeks Diskriminasi Item BAHAGIAN A ( Soalan objektif )

14

Page 15: Final version 1 penilaian dan pengukuran

2.5 Jadual Indeks Kesukaran Item dan Indeks Diskriminasi Item Serta Komen.

BAHAGIAN A / ITEM

INDEKS KESUKARAN

ITEM

INDEKS DISKRIMINASI

ITEMKOMEN DAN ULASAN

1 0.416 1.00

Item ini sangat baik kerana murid berprestasi rendah dapat menjawab dengan baik. Ini bermakna item ini boleh disimpan dan diguna semula.

2 0.583 1.00

Item ini sangat baik untuk diuji kerana murid berprestasi tinggi dan murid berprestasi rendah dapat menjawab dengan baik. Ini bermakna item ini boleh disimpan dan diguna semula.

3 0.750 1.00

Item ini sangat baik untuk diuji kerana murid berprestasi tinggi dan murid berprestasi rendah dapat menjawab dengan baik. Ini bermakna item ini boleh disimpan dan diguna semula.

4 0.333- 0.66

Kurang baik untuk ditadbir kerana murid berprestasi tinggi tidak dapat menjawab dengan baik. Oleh itu item ini perlu digugurkan dan digantikan dengan item yang lain.

50.500 0.66

Item ini baik kerana mampu dijawab oleh murid berprestasi rendah dan berprestasi tinggi.

6 0.416 0.66

Item ini baik kerana mampu dijawab oleh murid berprestasi rendah dan berprestasi tinggi.

7 0.416 0.00

Item ini tidak baik untuk ditadbir kerana murid berprestasi tinggi dan murid berprestasi rendah gagal menjawab dengan betul. Item ini perlu dibuang atau disemak semula.Item ini baik kerana mampu

15

Page 16: Final version 1 penilaian dan pengukuran

8 0.583 0.66dijawab oleh murid berprestasi rendah dan berprestasi tinggi.

9 0.416 0.66

Item ini baik kerana mampu dijawab oleh murid berprestasi rendah dan berprestasi tinggi.

10 0.500 0.66

Item ini baik kerana mampu dijawab oleh murid berprestasi rendah dan berprestasi tinggi.

110.333 0.66 Item ini sederhana baik untuk

ditadbir kepada murid-murid .

12 0.500 0.33

Item ini sederhana baik untuk ditadbir kepada murid-murid kerana murid berprestasi tinggi dapat menjawab dengan baik berbanding murid berprestasi rendah.

13 0.583 0.00

Item ini tidak baik untuk ditadbir kerana murid berprestasi tinggi dan murid berprestasi rendah gagal menjawab dengan betul.

14 0.5000.33

Item ini sederhana baik untuk ditadbir kepada murid-murid kerana murid berprestasi tinggi dapat menjawab dengan baik berbanding murid berprestasi rendah.

15 0.666 1.00

Item ini sangat baik untuk diuji kerana murid berprestasi tinggi dan murid berprestasi rendah dapat menjawab dengan baik. Ini bermakna item ini boleh disimpan dan diguna semula.

16 0.666 0.33Item ini sederhana baik untuk ditadbir kepada murid-murid kerana murid berprestasi tinggi dapat menjawab dengan baik berbanding murid berprestasi

16

Page 17: Final version 1 penilaian dan pengukuran

rendah.

17 0.250 - 0.33

Item ini kurang baik kerana murid berprestasi tinggi dan murid berprestasi rendah tidak dapat menjawab soalan ini dan item perlu diubahsuai atau digugurkan.

18 0.583 1.00

Item ini sangat baik untuk diuji kerana murid berprestasi tinggi dan murid berprestasi rendah dapat menjawab dengan baik. Ini bermakna item ini boleh disimpan dan diguna semula.

19 0.500 0.66

Item ini baik kerana mampu dijawab oleh murid berprestasi rendah dan berprestasi tinggi.

20 0.666 0.33

Item ini sederhana baik untuk ditadbir kepada murid-murid kerana murid berprestasi tinggi dapat menjawab dengan baik berbanding murid berprestasi rendah.

Jadual 1.7 : Jadual Indeks Kesukaran Item dan Indeks Diskriminasi Item Serta Komen.

3.0 Jadual Keputusan Ujian 2 dan Analisis

Bagi Ujian 2 ini, pengiraan untuk indeks kesukaran dan indeks diskriminasi adalah

mengikut rumus seperti yang dinyatakan di atas dan keputusannya ditunjukkan dalam Jadual 1.8.

Manakala pengiraan pekali korelasi antara indeks kesukaran Ujian 1 (x) dengan indeks

kesukaran Ujian 2 (y) pula ditunjukkan pada Jadual 1.9.

17

Page 18: Final version 1 penilaian dan pengukuran

18

Page 19: Final version 1 penilaian dan pengukuran

19

Page 20: Final version 1 penilaian dan pengukuran

3.1 Komen dan Ulasan Keputusan

20

Page 21: Final version 1 penilaian dan pengukuran

Pekali Korelasi Linear Pearson (rxy) di antara Ujian 1 dan Ujian 2 berdasarkan indeks

kesukaran item-item ialah 0.691. Hubungan antara pemboleh ubah (Ujian 1 dan Ujian2) adalah

secara langsung iaitu skor pemboleh ubah pertama meningkat, skor pemboleh ubah kedua juga

turut meningkat. Keputusan ini juga menunjukkan kekuatan mengikut nilai mutlak pekali

korelasi yakni dalam lingkungan 0.61 - 0.80 (kuat).

4.0 Rumusan

Berdasarkan hasil analisis terhadap keputusan ujian dan analisis terhadap indeks

kesukaran item dan indeks diskriminasi item, adalah amat perlu membuat Jadual Penentuan

Ujian (JPU) bagi memilih item-item yang sesuai dengan tahap kebolehan murid-murid.

Secara keseluruhannya, dapatlah dirumuskan bahawa set soalan yang telah digubal dan

diuji kepada murid-murid merupakan set soalan yang baik kerana mampu menunjukkan jurang

pencapaian atau indeks diskriminasi yang cukup kukuh untuk membezakan murid berpencapaian

tinggi dan murid berpencapaian rendah. Sebagai langkah cadangan, beberapa item memerlukan

pengubahsuaian supaya boleh memberikan indeks diskriminasi yang lebih jelas dan

menghasilkan set instrument ujian yang bermutu dan berkepercayaan tinggi.

(2907 patah perkataan)

RUJUKAN

21

Page 22: Final version 1 penilaian dan pengukuran

Azizi Ahmad , Mohd Isha Awang. ( 2007 ). HBEF3203 Pengukuran dan

penilaian dalam pendidikan . OUM : Kuala Lumpur.

Bhasah Abu Bakar . ( 2003 ) . Asas pengukuran bilik darjah . Perak : Quantum

Books.

Eng Leng, Wee dan Beng Hin, Lee. (2006). Praktis Topikal Bestari Matematik KBSR

Tahun 6. Shah Alam: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Hon Min, Yap dan Y.K. Tan. (2011). AKSES Matematik Aktiviti KBSR Tahun 6.

Kajang: Unik Didik Sdn. Bhd.

Hon Min, Yap dan Y.K. Tan. (2011). Latihan Progresif Matematik Tahun 6.

Kajang: Unik Didik Sdn. Bhd.

Isme Azura dan Irene Cheah. (2006). STAR Genius Matematik. Petaling Jaya:

Info Didik Sdn. Bhd.

Mehrens, W. A. & Lehman, I . J . ( 1991 ) . Measurement and evaluation in

education and psychology ( 4 th.ed ) . Chicago : Holt, Rinehartend

Mokhtar Ismail . ( 1995 ) . Penilaian di bilik darjah . Kuala Lumpur : Dewan

Bahasa dan Pustaka .

Shahril Ahmad dan Arish Shammen. (2012). My Tutor Topical Mathematics.

Petaling Jaya: Info Didik Sdn. Bhd.

Sharon Lim. (2012). Exam Focus UPSR. Kuala Lumpur: Global Media Sdn. Bhd.

22