Folio Kabus Di Perbukitan Tingkatan 5 2013

Embed Size (px)

Citation preview

  • 7/28/2019 Folio Kabus Di Perbukitan Tingkatan 5 2013

    1/50

    Nama : IDHAM SYAFIQ BIN HISHAMUDIN

    KELAS : 5 TERATAI

    TAJUK : FOLIO KABUS DI PERBUKITAN

    NAMA GURU : ROSNEH ABIDIN

    X

    X

  • 7/28/2019 Folio Kabus Di Perbukitan Tingkatan 5 2013

    2/50

  • 7/28/2019 Folio Kabus Di Perbukitan Tingkatan 5 2013

    3/50

    TemaJati Diri Bangsa/Orang Melayu

    Huraian:

    Jati diri bangsa dan kekuatan pegangan agama menjadikan

    seorang wanita Melayu berupaya menghadapi cubaan hidup dengan tenang

    tanpa terkikis nilai wanita Melayu dan penganut agama yang

    setia.Kekuatan diri membentuknya menjadi wanita glokal yang masih

    sedar akan asal usul diri.

  • 7/28/2019 Folio Kabus Di Perbukitan Tingkatan 5 2013

    4/50

    Faridah masih

    menggemari masakanMelayu iaitu kari yang

    juga merupakan masakan

    kegemaran anaknya

    Anne.

    Faridah yang

    bermastautin di

    Rosewood,New

    Zealand tidak

    pernah melupai

    tanah tumpah

    darahnya Malaysia

    walaupun sudah 25

    tahun menetap di

    Rosewood.Walaupun

    begitu lama tinggal

    di negara

    orang,akhirnya dia

    dan keluarganya

    kembali membinakehidupan yang

    lebih bermakna di

    Malaysia.

    FaridahFaridah masih

    kuat berpegang

    pada agama

    Islam yang

    menjadi

    pegangan kuat

    bangsa Melayu.

    Faridah masih

    mengekalkan

    panggilan

    namanya

    dengan nama

    Melayu iaitu

    Idah.

    Faridah dan SolehJohnsons

    menerapkan

    ajaran Islam

    kepada anak-

    anak mereka

    iaitu larangan

    meminum arak.

    Faridah dan Soleh Johnsons

    menghantar anak-anak mereka Anne

    dan Melina belajar di sekolah rendah

    Islam ketika berusia enam tahun di

    Christchurch yang terletak 30 km dari

    rumah mereka di Rosewood.

  • 7/28/2019 Folio Kabus Di Perbukitan Tingkatan 5 2013

    5/50

  • 7/28/2019 Folio Kabus Di Perbukitan Tingkatan 5 2013

    6/50

    PersoalanSayang akanbangsa dan tanahair

    Faridah amat menyayangi tempat

    asalnya,Sungai Besar,Selangor

    walaupun sudah 25 tahun tinggal di

    New Zealand.

    Perpisahan Salmah dengan

    Kamarudin menyebabkan

    perpisahan anak kembarnya

    Rahayu dan Faridah.Mereka

    tidak bertemu lebih dari 20

    tahun.

    Keretakkan rumahtangga yangmemisahkan kasihsayang anak-anak

  • 7/28/2019 Folio Kabus Di Perbukitan Tingkatan 5 2013

    7/50

    Kasih sayang antara ibu,ayah dan anak

    i.Perasaan sayang Salmah tidak pernah pudar walaupun telah berpisah dengan

    Rahayu selama lebih 20 tahun.

    ii.Mejar (B) Kamarudin meredah hutan belantara mencari anaknya Faridah

    yang hilang di dalam hutan Cameron Highlands walaupun selama lebih 20

    tahun dia tidak pernah bersua dengan Faridah setelah berpisah dengan Salmah

    (ibu Faridah).

    iii.Hamidah amat menyayangi Rahayu walaupun Rahayu hanya anak

    tirinya yang dibela bagai anak sendiri sejak berusia 7 tahun .

    Pelestarian alam semula jadi

    Soleh Johnsons mengusahakan sebuah kawasan peranginan di Lojing,Cameron

    Highlands tanpa menebang pokok-pokok balak merbau dan tualang serta pokok-

    pokok balak yang lain demi mengekalkan ekosistem Cameron Highlands.

  • 7/28/2019 Folio Kabus Di Perbukitan Tingkatan 5 2013

    8/50

    Kepentingan agama dalam kehidupan

    i.Faridah masih kekal sebagai Muslim yang taat walaupun telah tinggal di

    New Zealand selama 25 tahun.

    ii.Soleh Johnsons seorang Muslim yang kuat pegangan agama,anak-anaknya

    Anne dan Melina dihantar belajar di sebuah sekolah rendah agama yang

    jauhnya 30 km dari Rosewood semata-mata mahu anak-anaknya mendapat

    pendidikan Islam yang baik.

    Pengamalan agama yangsederhana dan penuh unsurlemah lembut

    i.Melina amat terpesona dan kagum dengan cara pengamalan Islam yang

    ditunjukkan oleh Ustaz Hassan Syukri (Imam Masjid Marang) dan Haji Awang

    (jirannya) penuh berhemah serta lemah lembut.

    ii.Haji Awang tidak agresif apabila bercakap tentang agama Islam.Pendapatnya

    tidak terburu-buru berbanding Mohd.Attar rakan Benny (suami Melina) yang

    sangat agresif iaitu menggunakan unsur keganasan yang menakutkan.

  • 7/28/2019 Folio Kabus Di Perbukitan Tingkatan 5 2013

    9/50

    Ketaksuban agama yangketerlaluan /masalahkumpulan militan Islam

    Mohd.Attar,rakan Benny memperjuangkan Islam secara agresif.Ditangkap ketika

    membawa bom di Singapura.

    Semangat kentaluntuk memajukansektor pertanian

    i.Azrul meneruskan usaha bapanya menjadi usahawan tani dan berjaya membinaempayar perniagaannya sehingga mendapat penghargaan (bergelar Datuk) kerana

    usaha gigihnya memajukan industri tani di Sungai Besar.

    ii.Zain,anak Azrul meneruskan pengajian di bidang pertanian di New Zealand

    untuk meneruskan legasi perniagaan tani ayahnya.

    iii.Soleh Johnsons mengusahakan industri ternak kambing secara Islam di New

    Zealand dan usaha ini diteruskan oleh Zain yang berkahwin dengan anaknya Anne.

  • 7/28/2019 Folio Kabus Di Perbukitan Tingkatan 5 2013

    10/50

    Sikap optimis terhadap sektoragrikultur/pertanian

    Azrul amat yakin akan keputusannya untuk memajukan sektor pertanian

    selepas tamat pengajian di UPM.25 tahun kemudian dia digelar Tokoh Peladang

    Jaya.

    Perkahwinan campur pelbagaibangsa

    i.Faridah berkahwin dengan Soleh Johnsons seorang bangsa Inggeris New

    Zealand.

    ii.Melina berkahwin dengan Benny berbangsa Arab

    iii.Anne berkahwin dengan Zain berbangsa Melayu

  • 7/28/2019 Folio Kabus Di Perbukitan Tingkatan 5 2013

    11/50

    Amalan agama yang longgar dalamkehidupan masyarakat kini sehinggamudah dipergunakan oleh orang lain

    Benny seorang lelaki yang longgar pegangan agama walaupun seorang

    Muslim dia masih minum arak dan sering berfoya-foya,akhirnya tanpa sedar

    telah diperalatkan oleh Mohd.Altar seorang anggota militan Islam sehinggaterpaksa melarikan diri serta meninggalkan Melina seorang diri di Marang.

    Prejudis terhadap agama

    i.Kegiatan vandalisme berlaku di An Noor Islamic Centre

    ii.Media yang memberi gambaran negatif tentang Islam.

  • 7/28/2019 Folio Kabus Di Perbukitan Tingkatan 5 2013

    12/50

    Kepelbagaian budaya dan adatresam bersatu di bawah satupegangan agama

    i.Benny seorang Arab,Melina dan Anne mengamalkan cara hidup Barat serta Timur.

    ii.Asraf penuntut Muslim dari Afrika.

    iii.Orang Barat tidak suka mencampuri urusan peribadi orang lain seperti yang

    digambarkan oleh Zain tetapi orang Melayu lebih terbuka apabila berbicara tentangkeluarga/peribadi.

    iv.Asraf berpendapat orang Afrika Muslim lebih suka berkongsi berbanding bahagian

    lain Afrika yang saling mencurigai.

    Pemuliharaankhazanah negara

    i.Bukit Kutu diwartakan sebagai Hutan Rizab Hidupan Liar

    ii.Bangsa Maori di New Zealand dipelihara sebagai warisan unik New Zealand dan amat

    dihormati di New Zealand.

  • 7/28/2019 Folio Kabus Di Perbukitan Tingkatan 5 2013

    13/50

    Persoalan ikatan keluarga yangerat

    Persoalan ini digambarkan melalui Faridah dan Rahayu yang merupakan pasangan

    kembar tetapi dibesarkan secara berasingan oleh ibu bapa mereka.Hal ini demikian kerana

    Rahayu dijaga oleh ayah dan ibu tirinya,manakala Faridah dibela oleh ibunya

    sendiri.Namun demikian Rahayu sentiasa merindui akaknya,Faridah

    Persoalan perpisahan ibu bapa menyebabkananak-anak jadi mangsa

    Perkara ini dipaparkan melalui tindakan Kamarudin meninggalkan Salmah tetapi

    membawa bersama-samanya Rahayu ke Indonesia menyebabkan pasangan kembar

    tersebut terpisah dan merindui satu sama lain.

  • 7/28/2019 Folio Kabus Di Perbukitan Tingkatan 5 2013

    14/50

    Persoalan kecintaan terhadapalam sekitar

    Persolan ini digambarkan melalui watak Azrul yang aktif dalam program-program

    pemeliharaan alam sekitar.

    Persoalan kasih sayang

    Persoalan ini digambarkan antara ibu bapa dengan anaknya,iaitu kasih sayang

    Salmah terhadap anaknya Rahayu yang telah meninggal dunia.Akibat terlalu

    rindu,ibu ini menderita sehingga menemui ajalnya.PPersoalan kasih sayang antara

    isteri dan suami pula tergambar melalui tindakan Melina yang berusaha dengan

    pelbagai cara mencari suaminya,Benny yang tidak pulang ke rumah.

  • 7/28/2019 Folio Kabus Di Perbukitan Tingkatan 5 2013

    15/50

    Persoalan sikap berdikari golongansiswazah

    Golongan ini tidak seharusnya menunggu tawaran kerja yang diberikan oleh pihak

    kerajaan atau swasta.Sebagai contoh,Azrul bertekad untuk menjadi penternak kambing dan

    hasratnya itu dipersetujui oleh bapanya.

    Persoalan kahwin campur

    Fenomena kahwin campur dalam kalangan masyarakat telah menjadi perkara biasa padazaman ini.Hal ini dibuktikan melalui perkahwinan watak utama Faridah dengan

    Samuel Kirkby Johnsons atau nama Islamnya Soleh Johnsons.Faridah ialah orang Melayu

    Malaysia yang bekerja di New Zealand,manakala Soleh pula orang Inggeris rakyat New

    Zealand.

  • 7/28/2019 Folio Kabus Di Perbukitan Tingkatan 5 2013

    16/50

    Persoalan peranan bomoh dalam masyarakatMelayu

    Hal ini dipaparkan ketika operasi pencarian kehilangan Faridah dan Iqbal

    menemui jalan buntu serta terpaksa dihentikan.Beberapa pihak termasuk pihak

    polis yang terlibat dalam operasi tersebut mencadangkan penggunaan bomoh

    untuk mengesan Faridah dan Iqbal

    Persoalan semangat kerjasama yangmasih utuh dalam masyarakat

    Operasi mencari Faridah dan Iqbal yang dinamakan OPS PDK melibatkan banyak pihak

    seperti Bomba dan Penyelamat,Hospital Daerah,RELA,Perhilitan,dan Pejabat Daerah Raubserta Hulu Selangor.

  • 7/28/2019 Folio Kabus Di Perbukitan Tingkatan 5 2013

    17/50

    Persoalan pejuangan secara kekerasan

    Novel ini memaparkan adanya beberapa pihak yang mahu

    mencapai sesuatu matlamat dengan kekerasan.Hal ini

    digambarkan melalui Mohd Altar yang cuba mencari

    pengaruh daripada kalangan rakan-rakannya

    termasuklah Benny,suami Melina dalam matlamatnya

    untuk menegakkan perjuangan Islamnya.

    Persoalan prejudis masyarakat Baratterhadap Islam(Islamofobia)

    Tangkapan Mohd Altar oleh Interpol ada kaitan dengan isu keganasan

    yang dilakukan oleh umat Islam.

  • 7/28/2019 Folio Kabus Di Perbukitan Tingkatan 5 2013

    18/50

  • 7/28/2019 Folio Kabus Di Perbukitan Tingkatan 5 2013

    19/50

    Watak Dan PerwatakanWatak PerwatakanFaridah .Faridah merupakan watak utama dan dia

    mempunyai saudara kembar bernamaRahayu..Ayahnya berkahwin kali kedua denganseorang wanita bernama Hamidah..Dia terpisah daripada adik kembarnyasemasa berusia tujuh tahun akibatayahnya berpindah kePontianak,Indonesia..Faridah seorang yang tabah menghadapidugaan hidup.Contohnya,dia tabah

    menghadapi kematian adik kembarkesayangannya,Rahayu akibat barahparu-paru.Selepas itu,dia juga kehilanganibu kesayangannya dan suaminya yangtercinta Ghazali..Faridah seorang yang sangat prihatinterhadap kanak-kanakistimewa.Contohnya,dia menganggapmenjalankan khidmat kepada kanak-kanak istimewa dianggap sebagai satu

    ibadah..Faridah seorang yang beriman.Diabersolat Tahajud selepas mengalami mimpiAyu dan ibunya.Dia yakin akan berasatenang selepas menunaikan solat Tahajud..Faridah juga mementingkan ilmupengetahuan.Contohnya,dia sanggupmenggadaikan tanahnya untukperbelanjaannya semasa berkursus di NewZealand.

    .Faridah seorang yang penyayang.Diasentiasa berusaha ememnuhi permintaananak-anaknya,terutama yang melibatkanpenyediaan makanan untuk anak-anaknya,Anne dan Melina..Dia juga seorang yang mempunyai jatidiri yang tinggi.Walaupun hidupnyasenang dan sudah 25 tahun di NewZealand,Faridah sanggup pulang keMalaysia kerana terlalu rindu akankampong halamannya.Dia juga berjanji

  • 7/28/2019 Folio Kabus Di Perbukitan Tingkatan 5 2013

    20/50

    akan mengekalkan kerakyatannyasebagai rakyat Malaysia sampai bila-bila.

    Rahayu .Rahayu ialah watak smapingan yangpenting dan merupakan adik kembarkepada Faridah..Dia menghidap penyakit lelah dan dalamkalangan adik-beradiknya,dia dianggaplembik..Rahayu dikesan menghidap barah paru-paru,selepas pengsan di perpustakaan..Seorang yang suka membaca.Dia dilihatsering menghabiskan masa di kedai bukudan digelarsebagai ulat buku oleh Azrul.

    .Rahayu juga seorang yangrajin.Contohnya,dia rajin memasak danmembantu ibunya di dapur sekiranyatiada kuliah..Rahayu seorang yangpenyayang.Contohnya,disebabkan diatinggal bersama ayah dan ibutirinya,hatinya amat rindu untukbertemu dengan ibu kandungnyaSalmah.

    Azrul/Datuk Azrul .Seorang graduan UPM dan bekas temanlelaki Rahayu..Dia seorang mahasiswa yang mencintaialam sekitar.Azrul dan rakan-rakannyatelah menaja penubuhan PersatuanPencinta Alam dan Hutan yang kerapmember pendedahan kepada murid tentangalam sekitar..Azrul seorang yang penyayang.SemasaRahayu masih hidup Azrul amat

    menyayanginya dan sentiasa berada disisi Rahayu ketika Rahayu sakit..Azrul juga seorang yangberdikari.Setelah tamat pengajian diuniversity,dia tidak berharap untukmakan gaji,sebaliknya dia mahu menjadipenternak kambing..Seorang yang gigih berusaha.Dia Berjayamenjadi usahawan yang berjaya dalambidang penternakkan hasil usaha

    gigihnya itu..Seorang yang suka menolong

  • 7/28/2019 Folio Kabus Di Perbukitan Tingkatan 5 2013

    21/50

    orang.Contohnya,Azrul telah menolongAnne ketika kereta Anne rosak..Azrul juga seorang yang menghormatiorang tua.Dia telah menunjukkan rasahormat yang tinggi terhadap Pn.Faridahdan Encik Soleh ketika bertandang kerumah mereka..Akhrinya dipapaprkan Azrul memperolehgelaran Datuk.

    Kamarudin .Bapa kepada Rahayu dan Faridah..Kamarudin digambarkan sebagai lelakiyang kacak.Pada usia 21 tahun,dia telahberkahwin lain..Semasa ditugaskan di

    Puntianak,Indonesia,dia sanggupmemisahkan dan membawa salah seoranganak kembarnya Rahayu daripadaibunya..Dia berpangkat Mejar ketika bersaradaripada angkatan tentera..Seorang yang berjimat cermat kerana diamenyimpan sejumlah wang untuk masahadapan anak-anaknya..Semasa muda,dia suka berfoya-foya.

    .Seorang bapa yang tidakbertanggungjawab.Contohnya,dia tidakmemberikan nafkah zahir dan batinkepada Salmah,isterinya..Kamarudin pandai menyimpanrahsia.Kewujudan Faridah dirahsiakandaripada isteri keduanya,Hamidah..Seorang yang percaya kepada bomoh.Diasering membawa Rahayu berjumpadengan bomoh supaya Rahayu serasi

    dengan keluarga barunya dan tidakrindu kepada pasangan kembar sertaibunya..Akhirnya kehilangan Faridah telahmenginsafkan Kamarudin tentengkesilapannya.Kamarudin menunjukkanrasa tanggungjawabnya dengan berusahamencari Faridah.

    Salmah .Ibu kepada pasangan kembar Faridah danRahayu.

    .Isteri pertama kepada Kamarudin..Usianya menjangkau 50 tahun.

  • 7/28/2019 Folio Kabus Di Perbukitan Tingkatan 5 2013

    22/50

    .Seorang yang rajin berdoa.Apabiladitimpa musibah kehilangan Faridah,diamemohon ke hadrat Ilahi agar menjauhianak kesayangannya itu daripadasebarang bahaya..Salmah ditinggalkan oleh suaminya,diamenyara kehidupan dengan bekerja disawah..Dia sering berduka dan sakit selepaspemergian Rahayu.Seorang ibu yang penyayang.Walaupundia tidak dapat mmelihara Rahayu,diamasih tetap menyayangi Rahayu.

    Benny .Berasal dari Dubai..Nama sebenar Jabbar al-Anbia,tetapi lebihgemar dipanggil Benny..Seorang yang sangat gemarbelayar.Contohnya,dia pernah belayar dariDoha hingga ke Sydney..Seorang Musli m yang tidakmengamalkan ajaran Islamsepenuhnya.Contoh,dia meminum arak diluar pengetahuan ibu bapanya.

    .Dia menunjukkan rasa tidakbertanggungjawab.Dia meninggalkanMelina yang sarat mengandung tanpakhabar berita kerana takut ditangkap olehpolis Interpol..Dia berjumps terus dengan Soleh Johnsonsdan Faridah untuk melamar Melina.

    Anne .Anak Faridah dan Soleh Jonsons..Saudara kembar Melina..Dilahir dan dibesarkan di New Zealand.

    .Pelajar tahun dua Bachelor of ScienceSosial.

    .Isteri kepada Zain.

    .Bermata galak dan wajah putih bersih.

    .Berambut hitam keperangan.

    .Berwajah Melayu-Inggeris.

    .Sayang aka nasal usul.

    .Berbudi bahasaZain .Penuntut jurusan pertanian di New

    Zealand.

    .Anak Datuk Azrul seorang usahawantani yang Berjaya di Sungai

  • 7/28/2019 Folio Kabus Di Perbukitan Tingkatan 5 2013

    23/50

    besar,Selangor..Suami Anne..Pengusaha Pusat Penyelembihan Hijrahmilik Soleh Johnsons di New Zealand..Dibesarkan di kawasan perkampungan diSungai Besar,Selangor.Berwawasan jauh..Berbudi bahasa..Kuat pegangan agama..Tinggi jati diri bangsa.

    Melina .Kembar Anne..Anak Faridah dan Soleh Johnsons.Isteri Benny (Jabbar al-Anbia)..Pembantu pelukis pelan di syarikat

    pembinaan Redwood Building,Auckland..Gagal dalam pengajian tahun pertama diUniversiti Canterbury..Berhijrah keMarang,Terengganu,mengikut suamiBenny yang bekerja di Malaysia..Pandai melukis.

  • 7/28/2019 Folio Kabus Di Perbukitan Tingkatan 5 2013

    24/50

  • 7/28/2019 Folio Kabus Di Perbukitan Tingkatan 5 2013

    25/50

    Teknik plot/Teknik penceritaan

    Teknik plot ialah cara-cara yang digunakan oleh pengarang cerita untukmembina plot cerita.

    Secara dasar teknik plot berperanan :

    1.Mengembangkan jalan cerita (plot).

    2.Menceritakan/memperkenalkan watak dan perwatakan watak

    3.Menceritakan latar cerita.

    Terdapat beberapa teknik plot yang digunakan oleh penulis dalam novel ini :1.Dialog

    2.Monolog

    3.Imbas kembali

    4,Imbas muka

    5.Pemerian

    6.Suspens

    7.Kejutan8.Gambaran peristiwa serentak

  • 7/28/2019 Folio Kabus Di Perbukitan Tingkatan 5 2013

    26/50

    Contoh

    'Maafkan abang.Sebenarnya Rahayu ada kakak kembar.Namanya Faridah.Abang tak pernahberitahu begitu juga Rahayu...mungkin dia memendam rasa.Faridah tinggal bersamaibu..Senmalam dia kemalangan di Bukit Fraser,malangnya dia telah hilang'Kamarudin

    menceritakan serba sedikit,dia ingin ke tempat kejadian,memastikan apa yang sebenarnyaberlaku.

    Dialog

    Perbualan antara dua atau lebih daripada dua orang

  • 7/28/2019 Folio Kabus Di Perbukitan Tingkatan 5 2013

    27/50

    Monolog

    Contoh: 'Selamattinggal

    Melina'Bennyberbisik perlahan

    yang hanyadidengarinya

    Bercakap

    seorangdiri.

  • 7/28/2019 Folio Kabus Di Perbukitan Tingkatan 5 2013

    28/50

    Imbas kembali

    Contoh: Faridah masih ingat lagisewaktu dia kecil,dia membesar

    di kawasan pantai Sungai HajiDorani.Bramin dengan Rahayu

    mengutip lala dan kerang dipantai ketika emak mereka

    berniaga menjual pisang

    goreng.Keindahan itu tidaklama,ayah datang dan kemudianmembawa Rahayu pergi

    bertahun-tahun.

  • 7/28/2019 Folio Kabus Di Perbukitan Tingkatan 5 2013

    29/50

    Contoh: Air matanyamenitis.Terlihat

    emaknya sedangtermenung di

    tangga,menghadapkehijauan sawah yangpermai.Wajah tua itu

    penuhsayu,barangkali

    menantinya pulang

    Imbas muka

  • 7/28/2019 Folio Kabus Di Perbukitan Tingkatan 5 2013

    30/50

    Contoh: Malam itu rumah

    Salmah terang-benderang.Lampu tambahanyang dipasang melimpahkancahaya sehingga kehalaman.Rumah kayu ditengah sawah itu dikunjungioleh orang kampung ParitTiga

    Pemerian

  • 7/28/2019 Folio Kabus Di Perbukitan Tingkatan 5 2013

    31/50

    Contoh:

    Tiba-tiba telefon berbunyi.Ada panggilan dari nomboryang tidak dikenali.Hati Melina berdetik.Jantungnya

    berdebar-debar.

    Suspens

  • 7/28/2019 Folio Kabus Di Perbukitan Tingkatan 5 2013

    32/50

    Kejutan Contoh:

    Penduduk Pekan SungaiKubu terkejut dan gempar

    apabila mengetahuiempangan tempat

    melombong bijih timahdiletupkan oleh Tuan Cecil

    Renking

  • 7/28/2019 Folio Kabus Di Perbukitan Tingkatan 5 2013

    33/50

    Gambaranperistiwa/Serentak

    Ketika Faridah pulang ke SungaiBesar bagi menziarahi rumah

    pusaka yang ditnggalkan selama

    25 tahun bersama-sama Anne danZain,pada masa yang sama,SolehJohnsons dan Melina pergi ke

    Dubai untuk menemui Benny bagimembincangkan masa depan

    Benny dan Melina

  • 7/28/2019 Folio Kabus Di Perbukitan Tingkatan 5 2013

    34/50

    Binaan plot1.Permulaan.Pengarang memperkenalkan watak Rahayu menunaikan solat subuh dan Rahayumerasa kelainan pada bahagian leher.Pada masa ini diperkenalkan juga Rahayu dan

    Azrul sebagai penuntut Fakulti Ekologi Manusia,UPM.

    2.Perkembangan.Pada bahagian ini Rahayu dan Azrul sedang mengulang kaji pelajaran di

    perpustakaan.

    .Semasa di perpustakaan,tiba-tiba Rahayu pengsan dan dia dikejarkan ke Hospital

    Universiti Kebangsaan Malaysia.

    .Pada masa yang sama,Faridah kembarnya juga telah ditimpa kemalangan bersama-

    sama dengan kanak-kanak istimewa,Iabql dalam perjalanannya ke Raub.Faridah

    hilang dari tempat kemalangan.

    .Selepas dua minggu,Faridah ditemui di Perkampungan Orang Asli di Pahang yang

    diketuai oleh Tok Batin Senik dalam keadaan koma.

    .Akhirnya,Rahayu meninggal dunia di sisi Faridah di hospital yang sama mereka

    ditempatkan.

    .Azrul berjaya menamatkan pengajiannya dan berhasrat menjadi penternak kambing.

    .Faridah berkahwin dengan Ghazali.

    .Ibunya meninggal dunia dan diikuti dengan kematian Ghazali dalam kemalangan

    jalan raya.

    .Faridah bersetuju ke New Zealand untuk mengikuti suatu kursus.

    .Faridah menetap di New Zealand dan berkahwin dengan seorang pemuda bernama

    Samuel Kirkby Johnsons atau Soleh Johnsons.Mereka dikurniakan sepasang anak

    kembar,Anne dan Melina.

    .Zain berkenalan dengan Anne semasa Anne menghadapi masalah keretanya yang

    rosak.

    .Melina berkahwin dengan Jabbar al-Anbia atau dikenali sebagai Benny dan berpindahke Malaysia serta menetap di Terengganu.

  • 7/28/2019 Folio Kabus Di Perbukitan Tingkatan 5 2013

    35/50

    3.Konflik.Mejar (B) Kamarudin curang kepada isterinya Salmah dan berkahwin dengan

    Hamidah.

    .Faridah dan Rahayu dipisahkan apabila Kamarudin dan isteri keduanya berpindah ke

    Pontiuanak,Indonesia.

    .Faridah putus tunang dengan Azman.

    .Rahayu pengsan di perpustakaan dan disahkan menghidap penyakit barah paru-paru.

    .Faridah dan Iqbal terlibat dalam kemalangan dan mereka hilang selama dua minggu.

    .Melina pula berkonflik dengan dirinya kerana sering ditinggalkan oleh Benny yang

    sibuk dengan urusannya.

    .Benny,Mohd Altar tidak sependapat dengan Ustaz Hassan Syukri dalam cara

    perjuangan mereka dalam menegakkan agama Islam.

    Mohd Altar ditangkap oleh Interpol,Benny pula melarikan diri ke Dubai.

    4.Klimaks.Faridah,Soleh,dan Anne pulang bercuti ke Malaysia untuk melawat Melina,dan

    membincangkan perkahwinan Zain dan Anne.

    .Mohd Altar ditangkap oleh pihak Interpol dan Melina membuat laporan k balai polis

    kerana suaminya tidak pulang ke rumah.

    .Perkahwinan Anne dan Zain berlangsung dengan meriah.

    .Soleh dan Melina ke Dubai berjumpa Benny dan Melina bersetuju menetapd di Dubai.

    5.Peleraian.Anne dan Zain menetap di New Zealand untuk menerajui syarikat penternakkan

    keluarga Johnsons.Azrul dan Soleh menjalinkan perniagaan kolej di Cameron

    Highlands.

    .Faridah dan Soleh mengambil keputusan menetap di Malaysia.

  • 7/28/2019 Folio Kabus Di Perbukitan Tingkatan 5 2013

    36/50

  • 7/28/2019 Folio Kabus Di Perbukitan Tingkatan 5 2013

    37/50

    LatarLatar masa

    1. 6.00 pagi Rahayu berjaga dari tidur oleh deringan telefon bimbitnya Dia

    teringat akan tugasan MP 3714 yang perlu dihantar pagi itu

    2. 8.00 pagi Rahayu tiba di perpustakaan untuk mengulang kaji pelajaran

    bersama Azrul.

    3. Waktu pagi Rahayu terjatuh dan pengsan di perpustakaan.Faridah terlibat

    dalam kemalangan.

    4. Malam Pak Imam Sohod mengetuai kanak-kanak kariah membaca

    Yasin,memohon kepada Allah supaya diberi petunjuk terhadap

    kehilangan Faridah di tempat kemalangan

    5. 1980 Sepasang pelancong British hilang di Jalan Gap ketika berbasikal di

    Kuala Kubu Baharu ke Bukit Fraser.6. 1989

    PKM meletakkan senjata di Hatyai7. Semasa bersarapan

    Kamarudin menerangkan isterinya,Hamidah bahawa kembarRahayu,iaitu Faridah menemui kemalangan dan hilang di Bukit

    Fraser.

    8. Waktu pagi

    Satu jam selepas Kamarudin meninggalkan rumah untuk mencariFaridah,Hamidah menerima panggilan yang memaklumkan

    Rahayu pengsan dan telah dihantar ke hospital UKM.

    Hamidah dimaklumkan oleh Dr.Susan,kemungkinan Rahayumenghidap barah paru-paru.

    9. 3.30 petang Pihak polis menamatkan OPS PDK setelah usaha mencari

    Faridah dan Iqbal selama dua minggu menemui kegagalan.

  • 7/28/2019 Folio Kabus Di Perbukitan Tingkatan 5 2013

    38/50

    10.25 tahun Faridah telah meninggalkan kampong halamnnya selama 25

    tahun dan menetap di New Zealand selepas kematian ibu dan

    suaminya,Ghazali.11.Dua minggu

    Dalam masa dua minggu Benny dan Melina brkenalan,Bennysudah melamar Melina.

    12.Satu pagi Benny dan Melina tiba di rumah Soleh dan Faridah

    13.Waktu petang Sebelum majlis perkahwinan Benny dan Melina,Zain

    berkenalan dengan Anne.14.Dua petang

    Benny dan Melina tiba di KLIA untuk bekerja di Malaysia.

  • 7/28/2019 Folio Kabus Di Perbukitan Tingkatan 5 2013

    39/50

    Latar tempat1.Kafeteria di UPM

    Rahayu dan Azrul sedang bersarapan.2.Perpustakaan di UPM

    Rahayu dan Azrul belajar dan mencari maklumat diperpustakaan.

    Rahayu pengsan.3.Rumah Rehat Sri Berkat di Bukit Fraser

    Faridah dan Mastura membawa murid Sindrom Down seramai10 orang ke Bukit Fraser.

    4.Jalan ke Pekan Raub

    Faridah yang terkejut dengan kehadiran Iqbal di dalamkeretanya telah terlibat dalam kemalangan

    5.Smoke House

    Rumah Tuan Cecil Renking yang wujud dalam halusinasiFaridah yang koma selepas terlibat dalam kemalangan.

    6.Bukit Kutu

    Mejar (B) Kamarudin dan Buyung mencari Faridah dan Iqbal didalam hutan sekitar Bukit Kutu.

    7.Perkampungan orang asli

    Tempat Mejar (B) kamarudin dan Buyung menemui Faridahdan Iqbal dijumpai selepas dua minggu hilang.

    8.Parit Satu,Sungai Besar

    Faridah bertembung dengan Azrul semasa dia menziarahi kuburRahayu di Parit Sulu.

    9.Parit Dua,Sungai Besar

    Kampng Azrul- dia menjalankan projek pertenakkan kambing.

  • 7/28/2019 Folio Kabus Di Perbukitan Tingkatan 5 2013

    40/50

    10.Rosewood,New Zealand

    Rumah Faridah di New Zealand.11.Cristcruch di New Zealand

    Sebuah bandar di New Zealand.12.Marang,Terengganu

    Tempat tinggal Benny dan Melina.13.Cameron Highlands

    Tempat penginapan Faridah dan keluarganya ketika merekapulang ke M alaysia untuk melawat Melina dan berbincangperkahwinan Anne dan Zain.

  • 7/28/2019 Folio Kabus Di Perbukitan Tingkatan 5 2013

    41/50

    Latar masyarakat1.Masyarakat pelajar university

    Contohnya,Azrul dan Rahayu merupakan penuntut FakultiEkologi Manusia,Universiti Putra Malaysia.

    2.Masyarakat yang cinta akan alam sekitar

    Contohnya,Azrul dan teman-temannya banyak mengadakanprogram pendedahan tentang alam sekitar kepada pelajar-pelajar.

    3.Masyarakat yang mengambil berat terhadap kanak-kanak istimewa

    Contohnya,Faridah,dan Mastura yang bertugas di PDK Suriamenganggap berkhidmat kepada kanak-kanak istimewa ialah

    satu ibadah.

    4.Masyarakat yang beriman kepada Tuhan

    Contohnya,Faridah dan Salmah dipaparkan sentiasa berdoaapabila menghadapi tekanan atau masalah hidup.

    5.Masyarakat yang suka bersedekah

    Hal ini digambarkan melalui watak Soleh Johnsons yang sukabersedekah.

    6.Masyarakat tentera

    Contohnya,Mejar (B) Kamarudin bin Ahmad merupakan bekaspegawai tentera dari 4 RAMD.

    7.Masyarakat orang Asli

    Tok Batin Senik merupakan Tok Batin bagi masyarakat orangasli yang menyelamatkan Faridah dan Iqbal di Bukit Fraser.

    8.Masyarakat yang rindu akan anaknya.

    Salmah sangat menderita kerana terlalu rindu akan anaknyaRahayu yang telah meninggal dunia.Akhirnya Salmah

    meninggal dunia.

  • 7/28/2019 Folio Kabus Di Perbukitan Tingkatan 5 2013

    42/50

    9.Masyarakat yang tabah menghadapi cabaran.

    Faridah yang kehilangan adik kembar,ibu,dan suaminya,tabahmenghadapi dugaan dan memulakan hidup baharu di New

    Zealand.10.Masyarakat yang berdikari.

    Azrul tidak mengharapkan kerja makan gaji,sebaliknyamengusahakan penternakan kambing dan tapak semaian untuk

    menampung kehidupannya.

    11.Masyarajat yang cenderung menggunakan kekerasan dalam

    memperjuangkan Islam

    Hal ini boleh digambarkan melalui watak Mohd Altar,dan Benny12.Masyarakat yang mempercayai kemampuan bomoh untuk

    menyelesaikan masalah.

    Sarjan Yusof mencadangkan misteri kehilangan Faridah danIqbal diselesaikan oleh bomoh setelah pihak polis gagal menemui

    mereka.

    13.Masyarakat yang mempercayai kewujudan makhluk halus

    Buyong menegaskan bahawa makhluk halus memang wujuddalam masyarakat kita.

  • 7/28/2019 Folio Kabus Di Perbukitan Tingkatan 5 2013

    43/50

  • 7/28/2019 Folio Kabus Di Perbukitan Tingkatan 5 2013

    44/50

    Gaya bahasa1.Penggunaan Bahasa Inggeris

    Contoh:-Wond breaker,sindromdown,terrace garden,Smoke House

    2.Peribahasa

    Contoh:-Peribahasa Melayu-masa itu emas

    -Peribahasa Arab-masa umpama sebilah pedang tajam,boleh memenggal kepala -

    jika kita lambat bertindak

    -Perahu sudah di air,pendayung di tangan

    3.Personifikasi

    Contoh:-cahaya di sebalik kabus yang sentiasa member harapan

    -cuaca yang begitu dingin menggigit

    -senja merangkak tua

    4.Hiperbola

    Contoh:-dosa-dosaku sudah melaut banyaknya

    -tetapi kasihnya menggunug bagai anak kandung

    5.Simpulan bahasa

    Contoh:-buah mulut

  • 7/28/2019 Folio Kabus Di Perbukitan Tingkatan 5 2013

    45/50

    6.Simile

    Contoh:-bersambung seperti gajah menyusu dengan rumah agam

    -tetapi kasihnya menggunung bagai anak kandung

    7.Metafora

    Contoh:-peti kenangan

    -lipatan ingatan

    8.Sinkope

    Contoh:-cukup ke?

    -tak lapar nanti?

  • 7/28/2019 Folio Kabus Di Perbukitan Tingkatan 5 2013

    46/50

  • 7/28/2019 Folio Kabus Di Perbukitan Tingkatan 5 2013

    47/50

    NilaiNilai kasih sayang

    Rahayu amat merindui kakaknya Faridah yang berpisah sejak

    mereka berusia tujuh tahun kerana kasih sayangnya yang mendalam terhadap kakak

    itu.

    Nilai ketabahan

    Faridah tabah menghadapi dugaan yang bertimpa-timpa akibat

    kematian orang-orang yang disayanginya iaitu adiknya,Rahayu,ibunya,Salmah dan

    suaminya,Ghazali.

    Nilai kegigihan

    Azrul gigih berusaha memajukan projek ternakan kambing dan tapak

    semaiannya hingga Berjaya

    Nilai tanggungjawab

    Setelah ditinggalkan suami,Salmah bekerja di rumah untuk

    menampung kehidupannya sebagai memenuhi tanggungjawabnya menjaga dua orang

    anak lelakinya.

  • 7/28/2019 Folio Kabus Di Perbukitan Tingkatan 5 2013

    48/50

    Nilai cinta akan tanah air

    Sesungguhpun sudah 25 tahun menetap di New Zealand,Faridah

    tetap memegang kerakyatan Malaysia kerana dia amat cinta akan tanah airnya.

    Nilai taat akan ajaran agama

    Semasa di Cameron Highlands,setiap hari Soleh menunaikan

    sembahyang di masjid secara berjemaah.

    Nilai mengamalkan budaya bangsa

    Datuk Azrul mengenakan baju Melayu Johor dan bersongkok

    hitam semasa mengunjungi keluarga Faridah di Cameron Highlands.

    Nilai berdikari

    Golongan siswazah tidak seharusnya menunggu tawaran kerja yang

    diberikan oleh pihak kerajaan atau swasta.Sebagai contoh,Azrul bertekad untuk

    menjadi penternak kambing dan hasratnya itu dipersetujui oleh bapanya.

    Nlai cinta akan alam sekitar

    Soleh mahu penebangan hutan untuk membina chalet peranginannya

    dilakukan lebih terkawal serta dihiasi dengan kebun the,padang ragut untuk kuda

    liar,dusun buah-buahan sitrus dengan taman-taman bunga.

  • 7/28/2019 Folio Kabus Di Perbukitan Tingkatan 5 2013

    49/50

  • 7/28/2019 Folio Kabus Di Perbukitan Tingkatan 5 2013

    50/50

    Pengajaran1.Kita perlulah mempunyai jati diri yang teguh

    oContohnya: walaupun Faridah sudah 25 tahun berada di New Zealand,dia tetapmengingati dan menghargai tanah airnya,Malaysia.

    2.Setiap orang perlu gigih berusaha untuk mencapai kemajuan

    o Contohnya: Salmah dan Azrul gigih memajukan projek ternakan kambing dantapak semaiannya hingga berjaya.

    3.Setiap ibu bapa perlu bertanggungjawab menjaga anak-anak mereka

    o Contohnya: Salmah sanggup bekerja di sawah bagi menampung kehiduppanbersama-sama anak kembarnya,Faridah dan Rahayu setelah Kamarudin

    meninggalkan mereka.

    4.Sebagai penganut agama yang taat,kita hendaklah mematuhi ajaran dan tuntutan

    agama.

    o Contohnya: Soleh menunaikan sembahyang di masjid pada setiap hari danselalu menderma kepada badan kebajikan.

    5.Kita perlu mengamalkan budaya bangsa kita.o Contohnya: Faridah mengenakan baju kurung dan berselendang semenjak balik

    ke tanah air.

    6.Sebagai seorang siswazah,janganlah terlalu mengharapkan tawaran kerja makan gaji

    sahaja.

    o Contohnya: Azrul bertekad untuk menjadi pentenak kambing dan hasratnya itudipersetujui oleh bapanya.