20
ISI KANDUNGAN BIL PERKARA MUKA SURAT 1 2 3 4 5

Folio Kajian Tempatan

  • Upload
    drsha76

  • View
    38

  • Download
    8

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Industri dan Lokasi

Citation preview

ISI KANDUNGAN

BILPERKARAMUKA SURAT

1

2

3

4

5

Penghargaan

Assalamualaikum w.b.tTerlebih dahulu saya ingin memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT , dengan limpah kurnia dan kebenaranNya , akhirnya dapat juga saya menghasilkan folio bertajuk Kegiatan Ekonomi dan Lokasi untuk mata pelajaran Kajian Tempatan.Dikesempatan ini saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih di atas bimbingan dan tunjuk ajar oleh guru saya iaitu Puan Baizura.Tidak ketinggalan juga saya ingin merakamkan penghargaan yang tidak berbelah bagi kepada kedua-dua ayah dan mama saya yang mengajar serta membimbing saya untuk menyiapkan buku skrap ini.

Nur Shahida Binti Mohd Sufian17/4/2015

Kegiatan Ekonomi danLokasi

A.Perindustrian

Di negara kita terdapat pelbagai kegiatan ekonomi seperti perindustrian, pertanian, perhutanan dan perlombongan .

Kegiatan ekonomi tersebut menghasilkan barangan keperluan untuk kegunaan kita.Mari kita kaji.

Perindustrian terbahagi kepada empat perindustrian iaitu industri pemprosesan,industri berat,industri ringan danindustri desa.Manakala pula, pertanian terbahagi kepada tiga pertanian iaitu penanam, pertenakan dan perikanan.

Industri Pemprosesan ndustri pemprosesan melibatkan kegiatan memproses bahan mentah bagi menghasilkan barangan untuk pengguna.Bahan mentah utama yang diproses ialah petroleum, gas asli, buah kelapa sawit, kayu balak dan getah.Mari kita lihat contoh industri memproses petroleum dan buah kelapa sawit.Industri Berat

Industri berat seperti industri membuat kereta di Tanjong Malim, Perak, industri membuat besi dan keluli di Terengganu, industri membuat badan moneral di Rawang, Selangor, industri membuat kapal di Sibu, Sarawak.Industri Ringan

Industri ringan seperti industri membuat air minuman, industri mengetin ikan sardin, industri membuat roti, industri membuat pakaian.ndustri Desa

Industri desa seperti industri menenun kain songket, industri membuat keropok lekor, industri mengukir kayu, industri membuat kerepek pisang.

Kawasan Perindustrian

Di negara kita terdapat banyak kawasanperindustrian.Kawasan ini dilengkapi dengan kemudahan seperti jalan raya, bekalan elektrik, telekomunikasi dan air.Mari kita teliti kawasan perindustrian dan jenis industri dalam Peta 2.1.Industri Desa

Contoh:Membuat labu sayong di Kuala Kangsar, Perak; kraf tangan di Melaka; makanan ringan di Kuala Selangor, Selangor; dan menenun kain songket di Kuala Terengganu, Terengganu.Industri Berat

Contoh:Membuat serta memasang kereta di Tanjong Malim, Perak dan Shah Alam, Selangor, dan membuat kapal di Sibu.

Industri Ringan

Contoh:Membuat pelbagai barangan pengguna di Perai, Pulau Pinang dan Likas, Sabah.Industri Pemprosesan

Contoh:Memproses petroleum dan gas di Pasir Gudang, Johor; Bintulu dan Miri di Sarawak.

Pertanian

Kita bertuah kerana iklim dan tanih negara kita sesuai untuk kegiatan pertanian.Kegiatan pertanian terdiri daripada kegiatan penanaman, penternakan dan perikanan.

Penanaman

Hasil kegiatan penanaman ialah buah kelapa sawit, padi, getah dan sayur-sayuran.Contohnya kegiatan menanam padi terdapat di Dataran Kedah, Delta Kelantan dan Tanjong Karang.Kelapa sawit banyak terdapat di Jengka, Labis, Trolak dan Sibu.Getah pula banyak ditanam terutamanya di Pontian, Johor.Sayur-sayuran hawa sederhana ditanam di Cameron Highlands, Pahang dan Kundasang, Sabah.Mari kita teliti peta di bawah.

Penternakan

Ayam dan lembu banyak diternak di negara kita.Contohnya, kawasan penternakan ayam terdapat di Manjung, Perak, mankala kawasan penternakan lembu tenusuterdapat di Kluang, Johor.

Perikanan

Kegiatan menangkap ikan di negara kita dilakukan sama ada di sungai, tasik dan laut.Selain itu, terdapat kegiatan akuakultur. Pusat pendaratan ikan yang utama ialah Kuantan, Kuala Perlis, Chendering, Besut dan Tok bali.Kegiatan utama akuakultur pula terdapat di Bukit Merah, Perak dan Kukup, Johor.

Faktor yang Mempengaruhi Kegiatan Pertanian

Kita bertuah kerana muka bumi, iklim, dan tanih negara kita sesuai untuk pelbagai kegiatan pertanian.

Penanaman

Lembaga Getah Malaysia merupakan agensi yang membantu penoreh getah mempelajari teknik menoreh getah yang berkesan. G-Flexmerupakan alat yangmenggunakan gas etilina untuk merangsang pengeluaran susu getah.

Pertenakan

Low Siong Tey tinggal di Manjung, Perak.Bapanya ialah seorang penternak ayam daripada Jabatan Haiwan.Beliau menggunakan baka ayam yang terbaik.Di samping itu, ternakan ayamnya selalu disuntik ubat bagi mencegah penyakit.Oleh itu, ternakan ayamnya sihat dan menghasilkan telur yang bermutu tinggi.Telur-telur tersebut dipasarkan dalam negeri dan dieksport.

Perikanan

Amirul tinggal di Chendering, Terengganu.Bapanya bekerja sebagai nelayan.Agensi kerajaan, iaitu Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), telah membantu bapanya memasarkan hasil tangkapan ikan.Agensi ini juga membantu memberikan pinjaman membeli pukat dan bot berinjin.Pada musim tengkujuh, bapa Amirul tidak dapat menangkap ikan kerana laut bergelora dan berbahaya.Bapanya membaiki pukat dan bot.

C.Perhutanan

Negara kita kaya dengan kawasan Hutan Hujan Tropika.Kawasan hutan ini mempunyai pokok-pokok balak yang bermutu tinggi seperti cengal, merbau, nyatuh, keruing, seraya dan meranti.Mari kita teliti peta di bawah.

Peta 2.5Kawasan pembalakan. D.Perlombongan

Kita bertuah kerana negara kita dianugerahi sumber mineral yang banyak.Petroleum dan gas asli dilombong di dasar laut.Emas, arang batu dan timah pula dilombong di daratan.Lihat peta 2.6.

Peta 2.6Kawasan perlombongan dan pusat pemprosesan di Malaysia.

Jenis-Jenis Perindustrian di Malaysia Perindustrian Pemprosesan

Pemprosesan Minyak Kelapa Sawit

a. Melibatkan pemprosesan hasil-hasil pertanian, perlombongan, pembalakan dan perikanan.b. Industri yang maju kerana Malaysia kaya dengan pelbagai bahan mentah.c. Bahan mentah diproses sebelum dieksport dengan tujuan untuk tingkatkan mutunya.d. Contoh : Kayu balak diproses menjadi perabot, papan lapis dan papan bergergaji. Kelapa sawit diproses menjadi minyak, sabun dan marjerin. Nanas dijadikan jus nanas dan ditinkan. Getah diproses menjadi getah kepingan atau getah skrap. Perindustrian Berat

Pemasangan/pembuatan kenderaan

Melibatkan pengeluaran jentera-jentera dan alat-alat moden yang perlukan kemahiran tinggi. Perlukan modal yang besar. Dikendalikan oleh Perbadanan Industri Berat Malaysia (HICOM).Contoh : membuat kereta proton saga (Shah Alam) membaiki kapal (Limbungan Pasir Gudang) Besi dan keluli (Perai dan Teluk Kalung) Loji gas cecair (Bintulu Sarawak) Menapis petroleum (Kerteh, Lutong & Port Dickson) Industri Ringan

Pemprosesan minuman

a. Mengeluarkan barangan untuk keperluan penduduk tempatan dan eksport (barangan pengguna).b. Jenis perindustrian yang terpenting.c. Contoh : Pembuatan barangan elektrik, makanan, pakaian, tayar, kasut, barangan plastik, alatulis dsbnya.d. Kebanyakannya terdapat di kawasan pusat-pusat bandar yang mempunyai pasaran yang luas dan kemudahan yang lengkap.e. Industri membuat tayar celup, komponen mesin dan bengkel membaiki kereta juga termasuk dalam industri kejuruteraan ringan.f. Industri ini juga merupakan industri yang terbesar dan terpenting di Malaysia Industri Desa

Pemprosesan kerepek/makanan ringan

a. Dijalankan secara kecil-kecilan di kawasan luar bandar.b. Jenis perindustrian yang paling awal di Malaysia.c. Dijalankan di rumah / kedai oleh ahli keluarga dan beberapa orang pekerja upahan.d. Hasilnya dijual sebagai cenderamata kepada pelancong.e. Terkenal di Kelantan dan Sabah.Contohnya : Membuat tikar / bakul daripada mengkuang, rotan atau buluh Mengecap batik / tenun sutera. Membuat keropok ikan / udang. Barangan tembaga, tembikar, perak dan ukiran kayu.

PERINDUSTRIAN DI MALAYSIAKEPENTINGAN PERINDUSTRIAN1. Peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.2. Dapat mengeluarkan pelbagai jenis barangan keperluan penduduk untuk gantikan barangan import.3. Galakkan pertumbuhan kegiatan pertanian, perlombongan, pembalakan dan perikanan - sumber bahan mentah industri.4. Kemajuan sistem pengangkutan dan perhubungan.5. Dapat mempelbagaikan kegiatan ekonomi negara supaya tak terlalu bergantung kepada eksport seperti getah, kelapa sawit, bijih timah dan kayu-kayan.6. Hasil eksport barangan kilang dapat tambah hasil pendapatan negara sumber pertukaran wang asing.JENIS-JENIS PERINDUSTRIAN1. Perindustrian Berat.2. Perindustrian Ringan.3. Industri Pelancongan.1. PERINDUSTRIAN BERAT Melibatkan pengeluaran jentera-jentera dan alat-alat moden yang perlukan kemahiran tinggi. Perlukan modal yang besar. Dikendalikan oleh Perbadanan Industri Berat Malaysia (HICOM).Contoh : membuat kereta proton saga (Shah Alam) membaiki kapal (Limbungan Pasir Gudang) Besi dan keluli (Perai dan Teluk Kalung) Loji gas cecair (Bintulu Sarawak) Menapis petroleum (Kerteh, Lutong & Port Dickson)

2. PERINDUSTRIAN RINGANA. Industri MemprosesB. Industri PembuatanC. Industri DesaIndustri Memprosesa. Melibatkan pemprosesan hasil-hasil pertanian, perlombongan, pembalakan dan perikanan.b. Industri yang maju kerana Malaysia kaya dengan pelbagai bahan mentah.c. Bahan mentah diproses sebelum dieksport dengan tujuan untuk tingkatkan mutunya. d. Contoh : Kayu balak diproses menjadi perabot, papan lapis dan papan bergergaji. Kelapa sawit diproses menjadi minyak, sabun dan marjerin. Nanas dijadikan jus nanas dan ditinkan. Getah diproses menjadi getah kepingan atau getah skrap.

Industri Desaa. Dijalankan secara kecil-kecilan di kawasan luar bandar.b. Jenis perindustrian yang paling awal di Malaysia.c. Dijalankan di rumah / kedai oleh ahli keluarga dan beberapa orang pekerja upahan.d. Hasilnya dijual sebagai cenderamata kepada pelancong.e. Terkenal di Kelantan dan Sabah.Contohnya : Membuat tikar / bakul daripada mengkuang, rotan atau buluh Mengecap batik / tenun sutera. Membuat keropok ikan / udang. Barangan tembaga, tembikar, perak dan ukiran kayu.

Industri Pembuatana. Mengeluarkan barangan untuk keperluan penduduk tempatan dan eksport (barangan pengguna).b. Jenis perindustrian yang terpenting.c. Contoh : Pembuatan barangan elektrik, pakaian, tayar, kasut, barangan plastik, alatulis dsbnya.d. Kebanyakannya terdapat di kawasan pusat-pusat bandar yang mempunyai pasaran yang luas dan kemudahan yang lengkap.e. Industri membuat tayar celup, komponen mesin dan bengkel membaiki kereta juga termasuk dalam industri kejuruteraan ringan.f. Industri ini juga merupakan industri yang terbesar dan terpenting di Malaysia.

3. PERINDUSTRIAN PELANCONGANa. Industri paling popular di negara ini.b. Pelancongan membawa kemajuan kepada kawasan-kawasan yang mundur seperti Pulau Pangkor, Pulau Tioman, Pulau Langkawi, Rantau Abang, Desaru, dsbnya.c. Sektor-sektor lain seperti hotel, restoran, taman rekreasi, perkhidmatan turut berkembang.d. Perbadanan Kemajuan Pelancongan (TDC) ditubuhkan untuk merancang dan melaksanakan program-program pelancongan di dalam dan di luar negeri.e. Faktor-faktor yang menggalakkan perkembangan industri pelancongan : Pandangan darat semula jadi yang menarik seperti pantai berpasir, bukit peranginan, gua batu kapur, dan taman negara. Malaysia mempunyai penduduk berbilang kaum yang kaya dengan pelbagai kebudayaan dan perayaan. Terdapat bangunan yang cantik dan bersejarah seperti rumah ibadat, istana, Kota A-famosa, Jambatan Pulau Pinang, zoo, muzium, menara Kuala Lumpur, dsbnya. Negara kita kaya dengan pelbagai jenis makanan untuk dinikmati oleh para pelancong. Terdapat kemudahan seperti hotel, pusat beli-belah, agensi pelancongan, dan sistem pengangkutan dan perhubungan yang baik.