folio PAI_ajaran sesat

Embed Size (px)

Citation preview

  • 7/31/2019 folio PAI_ajaran sesat

    1/24

    1

    PENGHARGAAN

    Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih terhadap beberapa individu ataukumpulan yang telah banyak membantu serta memberikan saya tunjuk ajar samada secaralangsung atau tidak langsung. Alhamdulillah segala puji bagi Allah kerana dengan bantuan sertakerjasama yang telah diberikan saya berjaya menyiapkan folio ini.Saya ingin mengucapkanterima kasih kepada beberapa pihak yang berikut:

    Ayahanda serta bonda yang telah memberikan saya dorongan dan harapansepanjang tempoh saya menyiapkan folio ini.

    Guru Pendidikan Islam,Ustazah Monaliza,yang banyak memberikan saya tunjuk ajar serta membetulkan segala kesalahan saya yang berkaitan dengan folio ini.

    Pihak sekolah kerana telah memberikan saya peluang untuk menyiapkan folio ini.

    Segala kerjasama dan bantuan yang telah dihulurkan amat saya sanjungi.Sekian,terima kasih.

  • 7/31/2019 folio PAI_ajaran sesat

    2/24

    2

    PENDAHULUAN

    Para pelajar kelas 505 Maktab Rendah Sains Mara Taiping telah diwajibkan untuk menyiapkansebuah folia dimana 10% daripada folio ini akan disumbangkan dalam markah peperiksaan SemI.Tajuk yang telah diberikan ialah Ajaran Sesat.

    Ajaran sesat ialah sebarang ajaran atau amalan yang di bawa oleh orang-orang Islam ataubukan Islam yang mendakwa bahawa ajaran dan amalan tersebut adalah ajaran Islam atauberdasarkan kepada ajaran Islam, sedangkan hakikatnya ajaran dan amalan yang dibawa itubertentangan daripada Islam yang berdasarkan kepada Al-Quran dan Al-Sunnah serta

    bertentangan dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah

    Timbulnya ajaran-ajaran sesat dan amalan-amalan sesat di dalam masyarakat Islam diMalaysia bukanlah satu perkara baru dan tidak disedari tetapi kadang-kadang ajaran sesat itutidak dapat dikatakan sesat keseluruhannya kerana ada bercampur aduk diantara benar dan yangsalah. Yang paling rumit dan kritikal sekali ialah di dalam ajaran-ajaran berkenaan dikatakanbetul oleh satu golongan dan dikatakan salah oleh golongan yang lain. Namun begitu masalahperselisihan pendapat ini adalah disebabkan oleh beberapa faktor berikut:

    Orang yang memperkatakan tentang ajaran itu mempunyai sikap dan niat tertentu.

    Mereka yang cuba menilai ajaran tidak mengetahui betul-betul ajaran berkenaan. Aliran atau ajaran dari kumpulan berkenaan mempunyai cara-cara pengajarannyamengikut peringkat-peringkat tertentu seperti pada peringkat awal menonjolkankebenaran tetapi akhirnya mengandungi ajaran dan kepercayaan yang mengelirukanbahkan mempunyai unsur yang bertentangan dengan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah.

    Ajaran-ajaran berkenaan kebanyakannya tidak di sebarkan secara terbuka. Oleh itu tidak dapat dibincang dan dinilai oleh umum secara terus atau terperinci.

    Akidah Islam adalah berpusat kepada kepercayaan kepada Allah, Malaikat, Rasul-rasul,Kitab, Qadadan Qadar, dan percaya kepada hari akhirat.Sehingga kini hampir setiap buah

    negeri di Malaysia terdapat ajaran-ajaran yang disebarkan secara senyap-senyap dan adakalanyamendapat sokongan daripada tokoh-tokoh agama tempatan.Ajaran sesat bukanlah suatu perkarabaru bagi kita, malah kemunculannya di negara ini adalah merupakan adunan dari pengaruhsebelum Islam dan kepercayaan animisma serta daya rekacipta kuno yang tidak berlandaskanSyariat Islam.

  • 7/31/2019 folio PAI_ajaran sesat

    3/24

    3

    Walaubagaimanapun kemunculan ajaran sesat ini diambil perhatian berat setelah berlakuperistiwa yang menumpahkan darah iaitu penyerangan kumpulan ajaran sesat yang bertopengkanTarikat Nurul Zaman ke atas balai polis Batu Pahat Joh or pada hari Khamis 16hb Oktober,

    1980 yang telah meragut 6 orang dari kumpulan penyerang dan mencederakan 23 orang awam.

  • 7/31/2019 folio PAI_ajaran sesat

    4/24

    4

    KAEDAH KAJIAN

    Sepanjang tempoh saya menyiapkan kerja kursus ini,saya telah menggunakan beberapa kaedahrujukan bagi memantapkan lagi kerja kursus saya.Kaedah yang telah saya gunakan ialah :

    BUKU RUJUKAN- Saya telah menggunakan beberapa buku rujukan bagi mendapat beberapa maklumatyang saya perlukan.

    RUJUKAN GURU-Saya telah berjumpa dengan beberapa guru bagi mendapatkan kepastian terhadapsesuatu mengenai kerja kursus ini yang saya tidak faham.

    PERPUSTAKAAN- Saya telah melawati perpustakaan bagi mendapatkan sesuatu maklumat berkaitan kejakursus ini.

  • 7/31/2019 folio PAI_ajaran sesat

    5/24

    5

    DAPATAN KAJIAN

    Ciri-ciri ajaran sesat yang didapati dalam ajaran-ajaran sesat di Malaysia adalah seperti berikut.:-

    Mengaku dirinya sebagai Nabi dan mendakwa menerima wahyuMempercayai ada Nabi-nabi lain selepas Nabi Muhammad.Mempercayai wahyu masih lagi turun selepas wafatnya Rasulullah saw.Mengakui dirinya atau gurunya sebagai Imam Mahdi atau mempercayai bahawa orang-orang tertentu tidak mati dan akan muncul sebagai manusia yang istimewa seperti ImamMahdi dan sebagainya.Mempercayai bahawa roh orang yang mati menjelma semula ke dalam jasad orang yangmasih hidup.Mendakwa pengikut-pengikut ajarannya sahaja akan masuk syurga.Mendakwa gurunya memegang pintu syurga.Mempercayai gurunya boleh menebus dosa dengan wang.

    Mendakwa bahawa semua agama adalah samaMempercayai bahawa orang yang telah mati boleh memberi pertolongan kepada orangyang menyeru namanya.Memohon kepada benda-benda tertentu seperti batu, cincin dan sebagainya untuk sampaikepada tuhan.Melakukan penyerahan rohani dan jasmani kepada guru melalui nikah batin dengantujuan mendapatkan anak yang soleh.Mengaku Allah menjelma dalam dirinya.Mendakwa atau mengaku dirinya sebagai wakil Nabi yang boleh memberi syafaat kepadamuridnya.

    Mendakwa ajaran dan Tarikatnya yang diamal sekarang diambil terus dari Rasulullahsaw secara jaga.Mengaku dan mempercayai bahawa seseorang itu boleh berhubung dengan Allah melaluiNur Muhammad yang berada di dalam dirinya dan dengan demikian didakwa pasti masuk syurga.Memansuhkan syariat-syariat Islam seperti sembahyang, puasa, haji dan membuat syariatbaru.

  • 7/31/2019 folio PAI_ajaran sesat

    6/24

    6

    Meninggalkan sembahyang jemaah kerana mengamalkan Suluk.Mendakwa bahawa Ibadat Haji tidak semestinya ditunaikan di Mekah, tetapibolehditunaikan ditempat-tempat lain.Mengubah dengan sengaja ayat Al-Quran dan maksudnya.Mendakwa bahawa setiap yang zahir ada batinnya dan setiap ayat yang diturunkan adatakwilnya seperti puasa, zakat, haji, nikah dan sebagainya ada batinnya.

  • 7/31/2019 folio PAI_ajaran sesat

    7/24

    7

    Bentuk ajaran sesat yang terdapat di Malaysia boleh dibahagikan kepada tiga bentuk:-

    i. Bentuk Ajaran Baru.

    Ajaran bentuk tarikat ini biasanya menggunakan berbagai-bagai nama seperti ajaran Crypto, olehMokhtar Hassan di Kluang Selangor, Ajaran Ilmu Hakikat oleh Jahar @ Jara b. Dumin.

    ii. Bentuk Tarikat.

    Ajaran bentuk Tarikat ini biasanya menggunakan nama-nama Tarikat yang masyhur.Melaluibentuk ini guru-gurunya menggunakan cara-cara yang berbeza dengan yang asal atau diubahsuai. Ada juga Tarikat itu diciptakan sendiri oleh pengasasnya seperti Tarikat Zikrullah olehHasan Anak Rimau / Ayah Pin di Kelantan, Tarikat Khalid dan lain-lain.

    iii. Bentuk Kepercayaan dan Amalan Tradisi.

    Bentuk ini lumrahnya diamalkan oleh orang yang dianggap Wali kepercayaan kepada dukun-dukun, pawang, bomoh, atau pembawa ilmu tertentu samaada melalui menurun dansebagainya.Semua bentuk ajaran ini adalah jelas membawa penyelewengan dari segi akidah yangboleh menjerumuskan pengamalnya kepada kesesatan

  • 7/31/2019 folio PAI_ajaran sesat

    8/24

    8

    Jika dikaji masyarakat Islam dinegara ini dapat dikatakan bahawa punca yang membawakepadalahirnya berbagai jenis ajaran dan amalan sesat pada umumnya adalah berpuncadari dua faktorutama:-

    Faktor Dalaman

    Pada kebiasaannya jenis ajaran seumpama ini telah bertapak dan tersebar secara sulitdantersembunyi didaerah-daerah pedalaman di negara ini. Golongan yang mempeloporiajarandan amalan ini adalah terdiri dari tokoh-tokoh tempatan yang terpengaruh dansangat diseganioleh masyarakat sekitar.Golongan ini mempunyai beberapa kebolehan dan keistimewaan yangluar biasa yangdipergunakan sebagai sakti dan daya tarikan utama untuk mempengaruhimasyarakatumum. Orang-orang biasa tidak mengetahui secara mendalam bagaimana bentuk ajaranatau amalan ilmu-ilmu ini, kerana ianya diperkembangkan secara sulit dan rahsia.Olehkerana itu setiap pengikut ilmu-ilmu ini dikehendaki mengikat perjanjian dengangurunya bahawailmu ini tidak boleh diberitahu oleh orang lain. Sebaliknya mestilahdirahsiakan. Jika diberitahu

    juga kononnya ilmu ini tidak mujarab atau tidak menjadi lagi.Untuk menguatkan lagi perjanjian

    tadi, maka setiap pengikutnya dikehendakimengangkat sumpah dengan menyebutkan namaAllah, menggunakan ayat-ayat suci al-Quran dan mengangkat al-Quran sebagai saksi.

    Faktor luaran

    Masyarakat Islam di negara ini adalah merupakan masyarakat yang terbuka. Denganhaldemikian berbagai pengaruh luar begitu senang sekali mempengaruhi keadaan sekitarmasyarakat Islam.Guru-guru yang menganjurkan sesuatu ilmu atau amalan ini selain dari anak tempatanadalah juga datang dari luar negeri. Mereka ini menggelarkan diri mereka sebagaitokoh-tokoh agama serta mempunyai ciri-ciri personaliti yang agak berbeza dengan orangawam,samaada disegi rupa paras, bentuk pakaian dan tingkah laku.Bagi penganjur ilmu kebatinan yangberunsurkan seni mempertahankan diri, seringkaligolongan ini mengambil kesempatan denganmelantik pemimpin-pemimpin tertentusebagai khalifah atau Mahaguru. Oleh kerana itumanifesto ilmu yang dikembangkan itudisesuaikan dengan kehendak masa dansuasana.Kebanyakan pengikut-pengikut yang terlibat dengan ajaran sesat dan ilmu kebatinan

  • 7/31/2019 folio PAI_ajaran sesat

    9/24

    9

    iniadalah terdiri dari golongan yang tidak mempunyai asas yang kuat didalam aspek akidahislam,disamping tidak mempunyai pengetahuan yang luas dan mendalam dalammengenai ajaran Islamyang sebenarnya.

    CARA-CARA PERKEMBANGAN AJARAN SESAT.

    Melalui Ajaran o Penyusupan ajaran sesat melalui cara tersebut adalah lahir dari guru-guru yang

    membawa sesuatu ajaran dengan tujuan mencari pengaruh dan kepentingan diridengan mengemukakan ajaran dan amalan yang didakwa beramal dengan ajaranbeliau kononnya akan mendapat sesuatu yang Ghaib seperti Kasyaf dan Laduniiaitu mengetahui alam ghaib dan mendapat limpahan ilmu Allah dan Tajalli iaitu

    penjelmaan hakikat zat, sifat, dan Afal Allah kepadanya. Kemudian disog okkanpula kepada murid-murid dengan beberapa keistimewaan kononnya akan mudahmendapat ketinggian darjat, pangkat, damn kebesaran serta disanjung tinggi danmulia oleh orang ramai.

    Melalui Tarikat. o Melalui cara Tarikat ini selalunya menggunakan nama Tarikat yang masyhur seperti

    Naqsyabandiah, Mufarridiyah, Syazaliyah, Ahmadiah dan lain-lain lagi denganditokok tambah oleh gurunya mengikut kesesuaian tempatan dan kepentingan

    dirinya yang mendakw a sebagai Guru Mursyid yang mendapat tauliah dari guruasalnya serta boleh mentauliahkan orang lain.

    Melalui Kepercayaan dan Amalan Tradisi. o Cara ini adalah merupakan cara biasa dan mudah diterima oleh masyarakat melayu

    Islam di negara ini kerana ianya bersifat kepercayaan terhadap kuasa sakti, jin, jembalang, dan penunggu tersebut supaya mereka tidak mengganggu penduduk disesuatu tempat itu,maka dilakukan upacara pemujaan.Ada juga yang melakukanpemujaan ke atas roh, para Wali dan Keramat, iaitu menziarahi kubur orang yangdianggap Wali dan Keramat serta melakukan upacara tradisional seperti melepaskanayam putih, pulut kuning, bertih dan penyembelihan binatang ternakan ke ataskubur itu serta menyeru roh para Wali dan Keramat itu agar dapat memberipertolongan kepada mereka bagi menyampaikan apa-apa hajat mereka danapakalaberoleh kejayaan, mereka akan membayar nazar di atas kubur orang yang dianggapWali dan Keramat atau mereka membayar nazar di tempat yang menjadi pujaan

  • 7/31/2019 folio PAI_ajaran sesat

    10/24

    10

    mereka.Terdapat juga mereka yang melakukan pertapaan iaitu denganmenyembunyikan diri di tempat yang sunyi seperti di bukit, atau gunung atau guatertentu dengan tujuan untuk mendapat ilmu Ghaib, Sakti, gagah perkasa, kebal danlain-lain bagi tujuan kehebatan diri dan kepentingan diri serta untuk mendapattempat yang istimewa dalam masyarakat.

    Nasrul Haq Budi Suci Al-Watan Budi Suci Sejati Jawa Faradin Silat Sunda Pukulan Ghaib Tusuk Hikmat Ilmu Kebatinan Potong Maya Naluri Kaula

    Haqqullah Syahadah Rampai Wali Suci Kalimat Sakti Silat Pukulan Jarak Jauh Ilmu Tenaga Dalam Hikmat Zikir Sha`ban Islam Haq Asal Wujud Garis Laksmana Al-Ma`zat Trancendentel Meditation - Maharisi Mahish Yugi Ilmu Kebatinan Abdul Manan bin Harun- Tolak Hadis Ilmu Mentauhidkan Allah oleh Nasrun S.T.Qahar Kumpulan Ikhwan/al-Mas Kuasa Ghaib ( Tahan Diri) Mohd Nordin Putih

  • 7/31/2019 folio PAI_ajaran sesat

    11/24

    11

    Nasrun S.T.Qahar Roslan Katimun atau Ajaran Wali Sembilan Tariqat Naqsyabandiyah Kadirun Yahya Wali Sembilan Khatijah binti Ali @ Puan Tijah Syed Mutalib bin Syed Mohd Nordin Ajaran Mohd Seman Al-Banjari Al-Arqam Golongan Anti Hadis Ajaran yang disampaikan oleh Juruzon bin Abdul Latif atau dikenali #juga sebagai (Hj)

    Ahmad al-Walidie (Pak Su) Syiah Ajaran Hj. Ghazali Othman Hulu Kelang Ajaran Hj.Kadar Ahmad

    Ajaran Ilmu Tajalli Ahmad Laksamana Ajaran ilmu Hakikat@ Jahar Dumin Hulu Langat Tarikat Mufaridiah Ajaran Hassan Anak Rimau Tarikat Aurad Ismailiah Ajaran Martabat Tujuh Tarikat Samaniah Ibrahim Bonjol Ajaran Sulaiman (Bahtera Nabi Noh) Ajaran Ilmu Hakikat Hassan bin Jonit Ajaran Ahmadiah/ Qadiani

    Ajaran Mohd Nor Seman Ajaran Ayah Pin Al-Ma`unah Ajaran Azhar Wahab Ajaran Hj.Banuar Ajaran Sesat Lia Eden

  • 7/31/2019 folio PAI_ajaran sesat

    12/24

    12

    Qadiani

    Pengasasnya ialah Mirza Ghulam Ahmad yang meninggal dunia pada tahun 1908 Masihi.Nama Qadiani ialah sempena tempat lahir pengasasnya di Qadian iaitu sebuah kampung diDaerah Gusdapur, India.Ajaran ini mula muncul pada tahun 1889 Masihi.Ajaran ini dibawa ke Malaysia oleh Maulana Muhammad Sadiq bin Barakatullah pada tahun1949 Masihi.

    Ciri-ciri kesesatan ajaran Qadiani ialah:

    beriktikad bahawa Mirza Ghulam Ahmad sebagai Imam Mahdi, nabi, dan jelmaanKrisyna (tuhan mengikut kepercayaan Hindu);

    beriktikad bahawa Allah S.W.T. menurunkan kepada Mirza Ghulam Ahmad sebuah kitabsuci yang bernama Al-Tazkirah;

    beriktikad bahawa Mirza Ghulam Ahmad memiliki sejuta jenis mukjizat; menghapuskan jihad; mengubah ayat Al-Quran seperti ayat 6 surah Al-Saf, ayat 52 surah Al-Haj, dan ayat

    pertama surah Al-Qadr; mendakwa malaikat sebagai pancaindera Allah S.W.T; mengisytiharkan Qadian sebagai tanah suci dan tempat menunaikan haji; mendakwa bahawa Nabi Isa meninggal dunia dan dimakamkan di Srinegar, India; menghukum kafir selain penganut Qadiani.

  • 7/31/2019 folio PAI_ajaran sesat

    13/24

    13

    Bahai

    Bahai diasaskan oleh Husain Ali Al-Mazandani yang meninggal dunia pada tahun 1892Masihi.Bahai adalah nama sempena pengasasnya yang digelar sebagai Baha'ullah.Ajaran Bahai adalah lanjutan kepada ajaran Al-Babiah yang diasaskan oleh Ali MuhammadAl-Syirazi yang meninggal dunia pada tahun 1850 Masihi.Ajaran Bahai muncul di Iran pada tahun 1847 Masihi.Ajaran Bahai mula tersebar di Malaysia pada tahun 1953 melalui Yan Kee Leong.

    Ciri-ciri kesesatan ajaran Bahai ialah: beriktikad bahawa pengasasnya ialah jelmaan Allah S.W.T.; beriktikad bahawa semua agama adalah sama dan digabungkan dalam ajaran Bahai; beriktikad bahawa alam ini bersifat baqa'(kekal); beriktikad bahawa kitab suci mereka iaitu Al-Bayan memansukhkan semua kitab samawi; beriktikad bahawa Nabi Isa mati disalib; mengagungkan kod 19 hingga kononnya Al-Quran dipengaruhi oleh kod tersebut; menolak kewujudan mukjizat, malaikat, syurga, dan neraka; memansukhkan agama Islam;

    menganggap Acre di Palestin sebagai kiblat baru; mengubah bentuk-bentuk ibadat seperti puasa 19 hari, solat sebanyak 9 rakaat dandikerjakan 3 kali sehari, dan berwuduk dengan air mawar atau diganti dengan bacaaanBismillahil Athar sebanyak lima kali; menghapuskan jihad.

  • 7/31/2019 folio PAI_ajaran sesat

    14/24

    14

    Taslim

    Taslim diasaskan oleh Haji Muhammad Syafie atau lebih dikenali dengan panggilan HajiMuhammad Matahari.Ajaran ini mula wujud pada tahun 1870-an di Kampung Seronok di Bayan Lepas, PulauPinang.Ajaran ini merupakan ajaran sesat yang paling tua di Malaysia. Ajaran ini juga mempunyaipersamaan dengan kepercayaan Syiah Ismailiah Batiniah.

    Ciri-ciri kesesatan ajaran Taslim ialah: beriktikad bahawa diri batin manusia ialah Allah dan diri zahir manusia ialah nur

    Muhammad; beriktikad bahawa alam ini bersifat qadim; mentafsirkan ayat-ayat Al-Quran mengikut hawa nafsu; mengharuskan perzinaan melalui konsep nikah batin; menolak kewujudan hari kiamat, syurga,dan neraka; solat secara niat tanpa rukun qauli(perkataan) dan fikli (perbuatan); menganggap Haji Muhammad Matahari sebagai pemimpin yang maksum.

  • 7/31/2019 folio PAI_ajaran sesat

    15/24

    15

    Al-Arqam

    Al-Arqam diasaskan oleh Ashaari Muhammad.

    Ia juga dikenali sebagai Jamaah AuradMuhammadiah dan telah mengembangkanpengaruhnya dikalangan berbagai lapisan masyarakat Islam di seluruh negara ini.Ajaran-ajaran Al-Arqam mendapat sambutan sebilangan masyarakat yang dikelirukan danmenganggapnya sebagai sebuah badan dakwah yang unggul.Kumpulan ini menyebarkan kegiatan dakyah melalui bidang pendidikan, penerangan,penerbitan, perusahaan, perniagaan, perubatan, dan pertanian.Penyelewengan akidah Al-Arqam adalah berpunca dari pengajaran Ashaari Muhammaddan pegangan pengikut-pengikutnya terhadap Aurad Muhammadiah

    Ciri-ciri kesesatan ajaran Al-Arqam ialah:

    Syeikh Muhammad As-Suhaimi, pengasas Aurad Muhammadiah, berjumpaRasulullah saw dalam jaga dan menerima Aurad Muhammadiah daripada BagindaRasulullah saw di dalam Kaabah.

    Syeikh Muhammad As-Suhaimi tidak mati, tetapi ghaib dan akan muncul semulasebagai Imam Al-Mahdi.

    Syeikh Muhammad As-Suhaimi adalah Khalifah Rasulullah saw dan meletakkansetaraf dengan Khulafa Al -Rasyidin

    Rasulullah saw, para sahabat dan para aulia didakwa boleh ditemui secara jaga(yaqazah) selain melalui mimpi. Mereka datang kononnya untuk mengesahkansesuatu yang diperlukan oleh pengikut-pengikut Al-Arqam umpamanya mengenalisiapa yang taat dan siapa yang tidak taat kepada Al-Arqam dan pemimpinnya.

    Syeikh Muhammad As-Suhaimi dipercayai kononnya boleh datang menolong apabiladiseru namanya

  • 7/31/2019 folio PAI_ajaran sesat

    16/24

    16

    Ashaari Muhammad dipercayai, kononnya selain seorang yang soleh, wali yangmempunyai karamah, adalah seorang Mujaddid akhir zaman dan Sayyidul-Mujaddidin.

    Penggunaan Gambar Ashaari secara meluas di kalangan pengikut kerana di percaya iaakan membawa Barakah dan mempunyai Karamahnya.

    Ashaari mendakwa dirinya dari keturunan Bani Tamim, iaitu satu rumpun denganketurunan Nabi Muhammad saw yang memegang panji-panji Al-Mahdi

    Kesan terhadap individu:

    (a) akidah seseorang akan rosak. Orang Muslim yang mempercayai atau beramal dengan ajaransesat boleh merosakkan akidah.Mereka wajib bertaubat dan kembali kepadaajaran Islam;

    (b) masa terbuang. Masa banyak terbuang dengan aktiviti yang tidak sihat dan bertentangandengan ajaran Islam seperti memuja dan melakukan amalan-amalan syirik serta khurafat;

    (c) minda seseorang akan tertutup. Pemikiran mereka sering dikongkong oleh pemimpin yangmendakwa mendapat wahyu. Tindakan dan kelakuan mereka menjadi tidak rasional dan fanatik;

    (d) kehidupan tidak stabil. Penglibatan dengan ajaran sesat membawa kepada pengabaiantanggungjawab sebagai pelajar, suami, isteri, ibu, atau bapa.

    Kesan terhadap masyarakat:

    (a) keruntuhan institusi kekeluargaan. Keretakan boleh berlaku di kalangan ahli keluarga yangmenganut ajaran sesat disebabkan perbezaan akidah dan rasa curiga sesama mereka;

    (b) perpaduan tergugat. Sikap fanatik penganut ajaran sesat terhadap kumpulan dan pemimpinmereka menyebabkan mereka tidak menghormati masyarakat sekeliling.Ini menjejaskanperpaduan dan keharmonian hidup dalam masyarakat;

    (c) berlaku keganasan. Kepatuhan membutatuli kepada pemimpin ajaran sesat memudahkanpengikutnya dipergunakan untuk melakukan keganasan.

  • 7/31/2019 folio PAI_ajaran sesat

    17/24

    17

    Kesan terhadap negara:

    (a) negara akan mundur. Penglibatan dalam ajaran sesat menjadikan diri seseorang tidak proaktif

    dan membuang masa. Perkara itu akan menjejaskan prestasi ekonomi negara yang bergantungkepada sumbangan dan produktiviti individu;

    (b) negara tidak stabil. Penglibatan dalam ajaran sesat akan mengancam perpaduan dankeharmonian masyarakat. Ini boleh menggugat kestabilan politik dan ekonomi negara. Akibatnyanegara terpaksa menghabiskan banyak masa dan perbelanjaan untuk mengekalkan kestabilannegara.

    Melengkapkan diri dengan kefahaman Islam yang sebenar. Pengaruh ajaran sesat dapatditangkis dengan kefahaman Islam yang sebenar melalui proses pembelajaran secaraformal atau tidak formal.

    Menyebarkan ajaran Islam. Ajaran Islam hendaklah sentiasa didedahkan kepadamasyarakat menerusi pelbagai kaedah seperti media cetak, elektronik, ceramah, seminar,forum, dan simposium.

    Kerjasama dalam penguatkuasaan undang-undang Penguatkuasaan undang-undang secarabersepadu oleh semua pihak akan dapat membendung kegiatan ajaran sesat daripada terusmenular dalam masyarakat.

    Program pemulihan akidah. Orang yang terlibat dengan ajaran sesat amat memerlukankepada program pemulihan akidah, Di Malaysia terdapat beberapa buah pusat pemulihanakidah seperti Pusat Pemulihan Akidah Jelebu, Negeri Sembilan dan Pusat PemulihanAkidah Ulu Yam, Selangor.

  • 7/31/2019 folio PAI_ajaran sesat

    18/24

    18

    RUMUSAN

    Allhamdulillah,bersyukur kepada Allah kerana dengan limpah kurnia-Nya saya berjayamenyiapkan folio ini serta berjaya mencapai objektif kerja kursus ini dilakukan.

    Pertumbuhan serta perkembangan ilmu atau amalan sesat di dalam masyarakat Islam dinegara ini, bukan sahaja boleh menyebabkan Akidah umat Islam menyeleweng dari tuntutanAllah, bahkan ianya juga adalah sebahagian dari unsur-unsur yang membawa kepada perpecahandi kalangan umat Islam sendiri. Akan timbul dalam masyarakat Islam beberapa kumpulan yangmengamalkan beberapa kumpulan yang mengamalkan beberapa jenis ilmu yang berbeza darisegi nama tetapi mempunyai motif yang hampir-hampir sama.Masing-masing kumpulan akan

    berusaha mencari pengikut seberapa banyak yang mungkin.Implikasi dari keadaan seumpama ini akan membawa kepada lenyapnya perasaan

    persaudaraan sesama Islam yang sangat-sangat dititikberatkan oleh Allah sebagai senjatakekuatan dan keutuhan umat Islam.Dan yang lebih membimbangkan lagi sepertimana yangdibayangkan oleh Rasulullah bahawa di suatu masa kelak umatnya akan berpecah kepada tujuhpuluh tiga puak.Sabda Rasulullah saw.

    Ertinya:

    Akan berpecah umatku kepada tujuh puluh tiga puak, kesemu anya didalam neraka kecuali

    satu sahaja, iaitu puak yang mengikut sunnahku dan sunnah sahabat- sahabatku

    Umat-umat Islam benar-benar beriman dengan Allah haruslah memahami bahawasesungguhnya tidak ada ilmu kebal dalam Islam, kerana Rasulullah telah menyatakan bahawaMukmin yang kuat ialah mukmin yang mempunyai kekuatan iman yang lahir dari peningkatanketakwaan kepada Allah.Bukti bahawa tidak ada kekebalan dalam islam ialah Rasulullah sendiri

  • 7/31/2019 folio PAI_ajaran sesat

    19/24

    19

    telah cedera parah dalam peperangan Uhud. Jika ada kekebalan dalam islam sudah tentuRasulullah dan para sahabat tidak akan cedera dalam peperangan.

    Oleh itu untuk mengatasi dan membasmi segala ajaran atau amalan sesat yang terdapat didalam masyarakat Islam maka setiap umat Islam haruslah bertanggungjawab serta mengkaji

    sesuatu ajaran atau amalan itu secara terperinci dengan berlandaskan kepada ajaran Islam yangmaha suci sebelum menyertai sesuatu ajaran, supaya dengan ini keimanan serta keyakinan umatIslam terhadap kebesaran kekuasaan Allah tetap terpelihara dan juga dapat mengelakkan umat-umat islam di negara ini daripada terpedaya dan terperangkap dengan golongan-golongan yangmencari pengaruh di sebalik tabir Islam.

    RUJUKAN

    Rujukan yang saya telah lakukan dalam proses menyiapkan keja kursus ini ialah :

    INTERNET

    http://ms.wikipedia.org/wiki/Organisasi_ajaran_sesat http://fitrahcorner.blogspot.com/

    http://www.jheat.terengganu.gov.my/ajaranSesat.php http://www.johordt.gov.my/jaj/images/stories/SUDUTILMU/Syarifah_Qadiani.pdf http://halaqah.net/v10/index.php?topic=1289.0

    BUKU RUJUKAN

    Abdulfatah Haron Ibrahim, Ajaran sesat , Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian

    pendidikan Malaysia Kuala Lumpur, 1993.

    Ajaran Sesat, Satu Ancaman Terhadap Keselamatan Negara , Kor AgamaAngkatanTentera, Kementerian Pertahanan Malaysia, Kuala Lumpur, 1995.

    http://ms.wikipedia.org/wiki/Organisasi_ajaran_sesathttp://ms.wikipedia.org/wiki/Organisasi_ajaran_sesathttp://fitrahcorner.blogspot.com/http://fitrahcorner.blogspot.com/http://www.jheat.terengganu.gov.my/ajaranSesat.phphttp://www.jheat.terengganu.gov.my/ajaranSesat.phphttp://www.johordt.gov.my/jaj/images/stories/SUDUTILMU/Syarifah_Qadiani.pdfhttp://www.johordt.gov.my/jaj/images/stories/SUDUTILMU/Syarifah_Qadiani.pdfhttp://halaqah.net/v10/index.php?topic=1289.0http://halaqah.net/v10/index.php?topic=1289.0http://halaqah.net/v10/index.php?topic=1289.0http://www.johordt.gov.my/jaj/images/stories/SUDUTILMU/Syarifah_Qadiani.pdfhttp://www.jheat.terengganu.gov.my/ajaranSesat.phphttp://fitrahcorner.blogspot.com/http://ms.wikipedia.org/wiki/Organisasi_ajaran_sesat
  • 7/31/2019 folio PAI_ajaran sesat

    20/24

    20

    BUKU TEKS

    Mohd Zaini Yahya, Zamri Abd Rahim, Afandi Sahy, Pendidikan Islam tingkatan5,Dewan Bahasa dan Pustaka,Kementerian Pendidikan Malaysia,Kuala Lumpur,2006.

    LAMPIRAN

  • 7/31/2019 folio PAI_ajaran sesat

    21/24

    21

  • 7/31/2019 folio PAI_ajaran sesat

    22/24

    22

  • 7/31/2019 folio PAI_ajaran sesat

    23/24

    23

  • 7/31/2019 folio PAI_ajaran sesat

    24/24

    24