ajran sesat undang2

Embed Size (px)

DESCRIPTION

thesis ajaran sesat

Citation preview

  • 1

    KEPERLUAN MEMPERKASAKAN UNDANG-UNDANG DAN PENGUATKUASAAN

    BAGI KESALAHAN BERHUBUNG AJARAN SESAT DI NEGERI SEMBILAN : SATU

    KAJIAN

    Oleh : Suhaizad bin Saifuddin1

    Abstrak

    Isu dan masalah ajaran sesat telah sekian lama menular di seluruh dunia tidak terkecuali di

    negara kita. Jika disingkap tabir sejarah, selepas kewafatan baginda Rasulullah saw, Umat

    Islam mula berpecah dan telah terbit perbezaan pendapat seterusnya mewujudkan pelbagai

    fahaman dan aliran samaada bertepatan dengan hukum syarak atau sebaliknya. Kajian ini

    akan menyentuh dua aspek utama iaitu peruntukan undang-undang dan penguatkuasaan

    berkaitan dengan ajaran sesat di Negeri Sembilan secara khusus. Kajian ini dimulakan dengan

    memberikan difinisi, ciri-ciri serta sejarah perkembangan ajaran sesat di Malaysia dan di

    Negeri Sembilan. Seterusnya, secara literal kajian ini akan menganalisa peruntukan undang-

    undang bagi kesalahan ajaran sesat dalam kerangka perundangan syariah di Negeri Sembilan.

    Di akhir kajian, penulis akan mengemukakan cadangan-cadangan penambahbaikkan yang

    wajar diimplementasikan bagi membaiki kelemahan kelemahan yang wujud seterusnya

    memperkasakan undang-undang dan penguatkuasaan di negeri ini secara khusus

    Pengenalan

    Mutakhir ini, ajaran sesat semakin berkembang dan amat membimbangkaN. Isu ini sentiasa

    hangat dan telah banyak kali dibincangkan termasuk langkah menfatwa dan mewartakan ajaran-

    ajaran sesat tersebut. Disamping itu ajaran sesat telah diperuntukkan sebagai kesalahan jenayah

    syariah dibawah enakamen atau akta di setiap negeri setelah sekian lama. Namun, seperti ada

    kelompangan, ajaran-ajaran sesat terus menular dan semakin membarah di dalam masyarakat

    kita.

    1 Pegawai Sulh Mahkamah Rendah Syariah Port Dickson, Negeri Sembilan

  • 2

    Isu ajaran sesat bersifat subjektif. Ia memerlukan penjelasan terperinci. Al-Qur`an al-

    Karim telah mengingatkan kita tentang bentuk kesesatan dari pelbagai sudut. Antaranya

    kesesatan hawa nafsu, kejahilan, pujuk rayu syaitan dan pengaruh persekitaran sama ada dari

    teman, perubahan masa dan keadaan.2

    Setakat ini Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah menyenaraikan lebih 50

    senarai ajaran sesat yang berada diseluruh Malaysia. Fatwa terakhir berkaitan dengan ajaran

    sesat adalah pada tahun 2006 iaitu berkaitan dengan Ajaran Tal Tujuh, Aliran Pemikiran Liberal

    dan penyelewengan Syarikat Rufaqa Corparation dan lain-lain syarikat dalam usaha

    menghidupkan semula Ajaran Al-Arqam.3 Di Negeri Sembilan, beberapa ajaran telah difatwakan

    sebagai menyeleweng dan sesat. Setakat ini 6 fatwa telah dikeluarkan oleh Jabatan Mufti Negeri

    Sembilan berhubung dengan ajaran sesat dan 2 daripadanya telah difatwakan pada Julai 2013

    dan masih belum diwartakan.

    Isu Ajaran ssesat ini tidak boleh dipandang ringan. Ianya dilihat sebagai virus yang akan

    merencat agenda pembangunan dan perpaduan Umat Islam di Malaysia amnya dan di Negeri

    Sembilan khususnya. Ia juga boleh mengancam keselamatan negara sebagaimana peristiwa-

    peristiwa berdarah yang berlaku pada 19 Ogos 1979 dimana seramai 4 orang pengikut Ilmu

    Kasyaf yang diketui Hj.Kamaruddin @ Abdullah Sani Kajang mati terbunuh dalam satu

    persitiwa di Kerling, Selangor. Sejarah juga menyaksikan pada 16 Oktober 1980 seramai 8

    orang dari kumpulan ajaran sesat dipimpin oleh Ahmad Nasir Kemboja yang mengaku sebagai

    Imam Mahdi terbunuh setelah mereka menyerang dan mencederakan anggota yang bertugas di

    Balai Polis Batu Pahat, Johor.4 Pada 9 Julai 2012 pula, Malaysia digemparkan dengan kejadian

    amuk seorang lelaki yang mengaku sebagai Imam Mahdi di Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya

    dan menyaksikan lelaki tersebut mati ditembak oleh pihak polis.5

    2 Zamihan Mat Zin , Ajaran Sesat Dan Bahayanya Terhadap Agama dan Negara, 2008, hlm. 1

    3 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), e-Fatwa, Portal Rasmi Fatwa Malaysia, http://www.e-fatwa.gov.my/,

    14 Disember 2013. 4 Azlan Raihan, Penolong Mufti Unit Istiqra`, Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan, 12 November 2013.

    5 Saksi: Lelaki mengamuk di Putrajaya mengaku dirinya Imam Mahdi, Sinar Harian, 27 Februari 2013.

  • 3

    Definisi Ajaran Sesat

    Ajaran sesat telah ditakrifkan oleh Bahagian Akidah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

    (JAKIM) sebagai sebarang ajaran atau amalan yang dibawa oleh orang Islam atau bukan Islam

    yang mendakwa bahawa ajaran dan amalan tersebut berdasarkan kepada ajaran Islam sedangkan

    pada hakikatnya ajaran dan amalan yang dibawa itu bertentangan dan berlawanan dengan akidah

    Islamiah, bertentangan dengan al-Quran dan al-Sunnah, bertentangan dengan mazhab yang

    muktabar dan bertentangan dengan Ahl al-Sunnah wal-Jamaah6

    Engku Ahmad Zaki Engku Alwi telah memperhalusi takrifan yang diberikan JAKIM tersebut

    dengan memberikan takrifan yang lebih sesuai dengan masa kini iaitu:

    Sebarang ajaran dan amalan yang didukung oleh orang-orang Islam dan juga orang-orang

    bukan Islam yang mendakwa ajaran dan amalan tersebut berdasarkan kepada ajaran Islam

    sedangkan pada hakikatnya ajaran dan amalan itu bertentangan dengan al-Quran dan al-

    Sunnah, bercanggah dengan akidah Islam dan berlawanan pula dengan mazhab yang muktabar

    iaitu mazhab Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah.7

    Selain itu, Prof. Dr. Abdul Fatah Haron Ibrahim pula mendefinisikan ajaran sesat sebagai ajaran

    dan amalan yang bertentangan dengan Islam. Beliau juga menghubungkaitkan ajaran sesat

    dengan tasawuf - tarekat. Ini adalah kerana masyarakat Islam dewasa ini meletakkan tasawuf -

    tarekat itu bukan pada tempatnya yang sebenar. Natijahnya, ilmu tasawuf - tarekat bertukar

    wajah sebagai ajaran sesat akibat penglibatan masyarakat awam yang bukan dalam kalangan ahli

    falsafah dalam permasalahan ilmu falsafah.8

    6 Engku Ahmad Zaki Engku Alwi, Kajian Ajaran Sesat Dalam Pengajian Islam: Satu Sorotan, Jurnal Usuluddin, JIlid

    26, 2007,hlm.2 7 Ibid

    8 Prof. Dr.Abdul Fatah Haron Ibrahim, Ajaran sesat, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1994, hlm. 1.

  • 4

    Ajaran sesat juga dikenali dengan nama-nama yang lain. Antaranya ajaran salah9, pencemaran

    akidah dan penyelewengan akidah 10

    . Ungkapan pencemaraan akidah telah digunakan oleh Dr.

    H.O.K. Rahmat S.H. didalam bukunya yang bertajuk Pencemaran Akidah Di Nusantara.

    Berdasarkan isi kandungan buku ini, Dr. Rahmat kelihatan mahu mendefinisikan istilah tersebut

    sebagai ketidakmurnian akidah Islam disebabkan palitan dan adunan pengaruh-pengaruh yang

    berasal dari bumi nusantara sendiri seumpama kepercayaan Dinamisme dan Animisme

    Nusantara ataupun yang berasal dari luar seumpama unsur-unsur Yahudi, Kristian, Yunani

    Purba, Majusi, Hinduisme, Buddhisme dan berbagai-bagai unsur lain yang menyerap masuk ke

    dalam akidah sebahagian umat Islam rantau ini hingga akidah Islam yang murni menjadi

    tercemar. Dalam pandangan Dr Rahmat, kelihatan unsur-unsur luar yang menyerap ke dalam

    pegangan akidah itu terjelma dalam anutan manusia Nusantara terhadap fahaman-fahaman

    seumpama aliran tasawuf wihdah al-wujud 12, ajaran Batiniah, ajaran Bahai dan lain-lain.11

    Kesimpulannya, sungguhpun terdapat berbagai takrifan dan penggunaan istilah, namun

    kesemuanya berlegar pada isu yang sama. Dari sudut takrifan, pada pendapat penulis, takrifan

    yang telah diperhalusi oleh Engku Ahmad Zaki Engku Alwi berdasarkan takrifan yang diberi

    oleh JAKIM adalah takrifan yang lebih tepat dan menyeluruh serta sesuai dengan keadaan masa

    kini.

    9Buku Panduan Program Ijazah Dasar, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya Tahun Akademik 2003/2004.

    Universiti Malaya(UM), Kuala Lumpur, hlm. 188. 10

    Zakaria Stapa, Bahagian Kedua: Masalah dan Fenomena Ajaran Sesat di Malaysia, dalam kertas kerja bertajuk

    Wihdah al-Wujud dan Hubungannya dengan masalah Ajaran Sesat di Malaysia, Kertas Kerja Seminar Antarabangsa Dakwah dan Tariqat Tasawuf Anjuran Fakulti Pengajian Islam, UKM dengan kerjasama Jabatan Mufti Negeri Sembilan Darul Khusus di Hotel Hilton, Seremban, Negeri Sembilan, 17 19 Ogos 2002, hlm. 51. 11

    Ibid, hlm.52

  • 5

    Ciri-ciri Ajaran Sesat

    Secara ringkasnya , ajaran sesat berkaitan dengan ciri-ciri berikut:

    i. Menyalahi Prinsip Sumber Perundangan Islam

    ii. Berhubungan Dengan Kuasa Jin, Syaitan Dan Iblis

    iii. Mengaitkan Unsur-Unsur Tarekat, Mitos, Persilatan Dan Perbomohan

    iv. Fanatik Kepada Ketua Atau Pemimpin

    v. Semberono Dalam Pengambilan Hukum Dan Fatwa

    vi. Bersifat Tertutup Dan Banyak Berahsia

    vii. Beranggapan Benar Dan Ekstremis12

    Bentuk-bentuk Ajaran Sesat

    Di nusantara, khususnya Malaysia terdapat tiga bentuk ajaran sesat. Antaranya:

    i. Kumpulan Yang Membawa dan Menyebarkan Ajaran Sesat

    Maksudnya sesuatu ajaran itu dibawa dan disebarkan dalam sebuah kumpulan tertentu.

    Kumpulan ini mempunyai carta organisasi yang tersusun yang dipimpin oleh seorang ketua

    atau pemimpin serta dibantu oleh orang kanannya. Kebiasaannya ia dianggotai oleh pengikut

    yang ramai, mempunyai dana dan pengaruh tersendiri. Bahkan membentuk satu kumpulan

    yang kuat dan amat sukar untuk dihapuskan dalam jangkamasa yang pendek. Justeru, tidak

    hairanlah jika taktik ini dipergunakan oleh sebahagian besar pemimpin ajaran sesat atau

    menyeleweng di negara kita.

    ii. Ajaran Sesat Yang Hanya Wujud Sebagai Satu Ajaran Sahaja

    Ajaran bentuk ini hanya diketuai oleh seorang guru dan diikuti oleh pengikut-pengikut yang

    terhad dan tidak berorganisasi. Kumpulan ajaran ini biasanya tidak kuat dan mudah terhapus

    setelah pemimpinnya dikenakan tindakan atau bertaubat kembali ke jalan yang benar.

    12

    Zamihan .Mat Zin, Ajaran Sesat Dan Bahayanya Terhadap Agama dan Negara, 2008, hlm.4-10.

  • 6

    iii. Ajaran Sesat Yang Wujud Dalam Bentuk Media

    Ketahuilah bahawa media cetak dan media elektronik juga turut dipergunakan sebagai

    medium dakwah ajaran sesat atau menyeleweng. Jika kita meninjau premis perniagaan toko-

    toko buku didapati terdapat buku-buku tertentu dijual secara bebas di pasaran. Buku-buku

    seperti Hakikat Insan, Tasawuf al-Haq, tulisan anti hadis, Islam Liberal, Wahhabiyyah,

    Syiah, al-Arqam dan lain-lain masih berlegar dalam ruangan media cetak walau pelbagai

    tindakan telah diambil untuk mengatasinya. Sesetengah aliran pula menjadikan media

    elektronik sebagai medium propaganda. Caranya dengan mengetengahkan tokoh-tokoh

    mereka membincangkan isu-isu agama melalui media arus perdana. Maka tidak hairanlah

    televisyen kita kita selalu menyiarkan kenyataan beberapa tokoh yang beraliran Wahhabiyah

    dan Liberal bagi membicara isu-isu agama kontemporari. Menyebabkan masyarakat menjadi

    gempar lantaran keliru dengan kenyataan yang dipersembahkan mereka.13

    Sejarah Ajaran Sesat di Malaysia

    Pada abad ke -19, Ajaran Ahmad Matahari yang mengasaskan Ajaran Taslim merupakan

    ajaran yang dikenalpasti mula-mula sekali bertapak di Tanah Melayu yang bergiat aktif di

    Kampung Seronok, Bayan Lepas Pulau Pinang. Sejak dari itu ajaran ajaran lain mula

    meresap masuk ke negara kita setiap dekad.

    Pada Dekad 1930 an pula menyaksikan kewujudan beberapa ajaran yang dikhuatiri

    menyeleweng dari akidah Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah seperti ajaran Qadiani atau Ahmadiah

    yang dilaporkan bermula di Selangor iaitu di Jeram, Sungai Tua, Sungai Buluh dan Kampung

    Nakhoda. Keadaan ini menggesa pihak berkuasa mengkanunkan beberapa undang-undang

    bagi menyekat penyebarannya. Sekitar tahun 1950an pula, muncul Ajaran Subud dan Ajaran

    Martabat Tujuh di Kelantan. Ajaran-ajaran ini khususnya Ajaran Martabat Tujuh telah

    tersebar hampir disetiap negeri di Malaysia. Ajaran Subud kemudiannya berjaya dihapuskan

    hingga ke akar umbi dan pengaruhnya menjadi semakin lemah.

    Dekad 1960an pula dicemari oleh perkembangan Tarikat Mufarridah, Tarikat Samaniah

    Ibrahim Bonjol dan beberapa lagi, 1970an Tarikat Naqsyabandiah KadirunYahya, Ajaran

    13

    Zamihan .Mat Zin, Ajaran Sesat Dan Bahayanya Terhadap Agama dan Negara, 2008, hlm.10-11.

  • 7

    Nordin Putih dan sebagainya. Awal 1980an pula menyaksikankewujudan kumpulan Anti-

    Hadith, fahaman Syiah, manakala kumpulan Al-Arqam dengan ajaran Aurad Muhammadiyah

    didapati bergiat aktif dengan cara yang tersendiri dan menjadi satu kumpulan yang kaya-raya

    hasil dari pelbagai sumber termasuk pernigaan.

    Namun pada 1995, negara digemparkan dengan tindakan pihak berkuasa terhadap kumpulan

    ini. Ketuanya Ashaari Muhamad dan pengikut-pengikutnya telah ditangkap secara beramai-

    ramai dan dikenakan tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960. Ekoran dari

    itu, Ashaari Muhammad telah membuat pengakuan terbuka mengenai pembohongan dakyah

    mereka serta menyeru seluruh warga al-Arqam supaya bertaubat dan kembali ke pangkal jalan

    yang benar. Ashaari sendiri berjanji menerusi siaran secara langsung TV1 ketika itu untuk

    memulihkan pengikutnya. Antara tindakan yang dikenakan terhadap mereka ialah dengan

    mengadakan siri pemulihan akidah, tetapi tidak dihadiri sepenuhnya oleh pengikut tegarnya.

    Antara pengikutnya juga, ada yang menulis pengalaman bersama kumpulan terbabit dan

    menelanjangi kepincangan kumpulan berkenaan serta mendedahkan kebenaran

    tentangAshaari Muhammad beserta kaum keluarganya. Malah ada juga yang

    cubamenghidupkannya kembali atas nama lain seperti syarikat berkaitan perniagaan yang

    dinamakan sebagai Syarikat Rufaqa Corporation Sdn. Bhd. Dengan adanya fatwa yang

    lengkap tentang ajaran-ajaran menyeleweng yang telah wujud di Negara kita ini, maka sudah

    tentu jangkaannya ialah ajaran berkenaan akan berakhir, pengikutnya akan sedar dan kembali

    ke pangkal jalan, fatwa akan berupaya menjadi garis panduan dan sempadan kepada orang

    lain yang sedar tentang pengharamannya. Namun hakikatnya, tinggalan ajaran berkenaan

    didapati masih ada dan cuba dikembangkan oleh saki baki pengikutnya sehingga kini.

    Pada tahun 2009, Abdul Kahar Ahmad yang lebih dikenali sebagai Rasul Melayu dibicara

    dan disabitkan di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam atas pelbagai kesalahan berkenaan

    aktiviti beliau selama ini, masyarakat boleh merasa lega kerana satu lagi anasir yang

    mencetuskan kekeliruan akidah di kalangan umat Islam di negara ini khususnya di

    Selangor akhirnya berjaya dibanteras. Lima pertuduhan telah dikenakan dan Abdul

    Kahar telah mengaku salah di atas kelima-lima pertuduhan berkenaan iaitu kesalahan

    mengajar doktrin palsu, membuat dakwaan palsu dengan mengisytiharkan diri sebagai rasul,

    menghina agama Islam, mengingkari arahan pihak berkuasa agamadan memberi pendapat

    yang bertentangan dengan fatwa. Namun hakikatnya, usaha penyiasatan dan penangkapan

  • 8

    beliau memakan bmasa yang panjang iaitu sejak sebelum tahun 2005 lagi, tahun di mana fail

    kes terhadapnya dibuka di Mahkamah Syariah Shah Alam. Fatwa status haram terhadap

    ajarannya iaitu Ajaran Salah Haji Kahar bin Haji Ahmad Jalal pula telah difatwakan pada 3

    Januari 2007, manakala buku karangannya bertajuk al-Furqaan-Pembeda telahpun

    diharamkan di Selangor kerana menyelewengdari ajaran Islam yang sebenar.

    Di Besut, Terengganu, gelagat Arifin Muhamad yang lebih dikenali sebagaiAyah Pin yang

    membina perkampungan ibadat di kawasan kediaman beliaumenarik perhatian awam. Pihak

    berkuasa tempatan akhirnya merobohkan binaan-binaan pelik yang dibinanya atas alasan

    tidak mendapat kelulusan pihak berkuasa tempatan. Di samping itu, ajarannya yang dikenali

    sebagai Kumpulan Ratib Kuat Ayah Pin sememangnya telah diketahui bertentangan dengan

    Hukum Syarak dan difatwakan haram di hampir kesemua negeri sejak tahun 1992 lagi.

    Namun, cubaan untuk menangkap dan membawa AyahbnPin ke muka pengadilan seringkali

    menemui jalan buntu, biarpun markasnya pernah diserbu pihak berkuasa beberapa tahun

    2009. Setakat ini tindakan yang telah diambil terhadap pengikutnya, adalah didakwa dan

    disabitkandi bawah seksyen 10 iaitu berkaitan kesalahan menghina atau mengingkari pihak

    berkuasa agama dan seksyen 14 iaitu memiliki penerbitan agama yang bertentangan dengan

    Hukum Syarak. Sebelum itu pun, beberapa orang pengikut Ayah Pin di Kelantan telah pun

    didakwa dan didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu Kelantan atas

    kesalahan membuat istiadat atau perkara yang berlawanan dengan hukum syarak atau fatwa

    yangdikeluarkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan(MAIK).

    Terdapat laporan bahawa Ayah Pin berada di Selatan Thailand sebelum ini dan telah pun

    kembali ke Semenanjung dan bergerak di sekitar Kuala Lumpur. Pelbagai pihak

    mempersoalkan kenapa beliau tidak ditangkap. Ironi pula apabila pihak PDRM mendakwa

    tidak dapat menahan Ayah Pin kerana tidak mendapat kebenaran daripada Jabatan Hal Ehwal

    Agama Terengganu.

    Pada tahun 2008, akhbar mendedahkan wujud sekurang-kurangnya dua lagi bentuk kesesatan

    yang bertopengkan konsep perniagaan multi-level marketing (MLM) yang mensasarkan

    pengikutnya mencari ahli tambahan dan mendapat tebusan dosa jika berjaya menambah

    pengikut baru, manakala satu lagi berkaitan seorang lelaki berusia 60-an dikenali sebagai

  • 9

    Bang Chikyang menggelarkan dirinya Guru Yahu dan mengajar pengikutnya berzikir

    sahaja tanpa perlu melakukan ibadat lain.14

    Baru-baru ini kita digemparkan dengan siri penangkapan pengikut Ajaran Tuhan Harun yang

    mana ajaran ini dipercayai telah tersebar ke beberapa negeri khususnya di Negeri Pahang.

    Ajaran ini dipercayai mempunyai kaitan dengan pembunuhan Ketua Penolong Pengarah

    Bahagian Penguatkuasaan, Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Ahmad Raffali Abdul Malik

    pada 11 November 2013 yang lalu. Terbaharu beberapa pengikut ajaran ini telah ditahan dan

    akan didakwa diatas pertuduhan membunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan di

    Mahkamah Majistret Kuantan, Pahang.15

    Kes ini menjadi boleh dianggap sebagai penanda

    aras dan menjelaskan kepada kita bahawa senario ajaran sesat di negara kita berada pada

    tahap yang amat membimbangkan dan mengancam keselamatan negara ini.

    Latar Belakang Ajaran Sesat di Negeri Sembilan

    Sepertimana negeri-negeri lain, Negeri Sembilan juga tidak terlepas dari bahana ajaran sesat.

    Sekitar tahun 1940 an hingga 1980 an antara ajaran sesat dan amalan khurafat yang dikenal

    pasti bertapak di Negeri Sembilan ialah Tariqat Mufarridiyyah (Ajaran Sheikh Makmun),

    Ajaran Qadiani, Tariqat Naqsyabandiyyah, Ajaran Taslim, Ajaran Ittiba al-Sunnah, amalan

    Zikir Allah, Tariqat Nur Zaman, Persilatan Kebatinan Nasrul Haq, perbomohan, pemujaan jin

    dan lain-lain.16

    Pada tahun 90-an pula, pertubuhan Al-arqam atau ajaran Aurat Muhammadiah telah giat

    membuka markaz-markaznya di beberapa tempat di negeri ini. Beberapa buku dan risalah

    yang menyebarkan ajaran masing-masing juga turut dikesan sehinggalah Jabatan Mufti

    Negeri menfatwakan beberapa risalah dan buku sebagai menyalahi akidah Islam pada tahun

    14

    Siti Zubaidah Ismail, Menangani Ajaran Sesat Di Kalangan Umat Islam: Perspektif Undang-undang Dan Pentadbiran, Jurnal Syariah, Jil.8, Bil.2, 2010, hlm. 250-254. 15

    Ketua Kumpulan ajaran sesat Tuhan Harun didakwa Isnin ini, Utusan Malaysia, 14 Disember 2013. 16

    Nurul Atikah Jamaluddin & Izziah Suryani Mat Resad @ Arshad, Peranan Hj.Abdullah bin Hj.Sijang dalam Menangani Masalah Ajaran Sesat dan Khurafat di Daerah Port Dickson Negeri Sembilan, Prosiding Nadwah Ulama Nusantara (NUN) V 9-10 September 2013: Ulama dan Cabaran Idalisme Semasa, Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam UKM, 2013, hlm.333-335.

  • 10

    1996 seperti Risalah Tiang Agama, Qamar Al-Huda dan Risalah Kesufian anjuran Bahari

    Salleh.

    Pada masa kini, terdapat beberapa ajaran tersebut dikenal pasti masih aktif dan ada yang telah

    terkubur. Begitu juga terdapat ajaran-ajaran sesat atau yang meragukan mula berkembang

    dikenal pasti menyalahi akidah Islam khususnya akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah di sebarkan

    di negeri ini seperti Syiah, Persilatan Tapediri 65, Ajaran Taslim, Ajaran Syed Muhammad al-

    Mansur (Al-Mas), Ajaran Alunan Zikir Zat Cinta, Ajaran Gagak Hijau dan lain-lain samada

    telah difatwakan atau masih dalam proses penyiasatan. Selain itu pertubuhan Al-arqam telah

    dikesan semula pada hari ini dengan menggunakan modus operandi yang lain seperti

    menjalankan perniagaan dan pusat jagaan dengan menggunakan berbagai-bagai nama seperti

    Global Ikhwan, Restoran Nur Muhammad, Pusat Jagaan Anak Yatim Asnaf Murni dan

    banyak lagi.17

    Peruntukan undang-undang berkaitan dengan ajaran sesat di Negeri Sembilan18

    Berdasarkan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992, terdapat beberapa

    peruntukan yang boleh dikaitkan dengan ajaran sesat iaitu:

    BIL JENIS

    KESALAHAN

    SEKSYEN DAN

    TAJUK

    PERUNTUKAN

    1. Kesalahan

    mengenai

    akidah

    Seksyen 47.

    Pemujaan salah.

    Mana-mana orang yang memuja pantai,

    pokok, padang, kubur, hutan, bukit atau mana-

    mana orang atau apa-apa benda dengan apa-

    apa jua cara yang bercanggah dengan Hukum

    Syarak untuk apa-apa jua tujuan adalah

    bersalah atas sesuatu kesalahan dan hendaklah

    apabila disabitkan dikenakan hukuman denda

    tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara

    tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya

    dan mahkamah boleh memerintahkan supaya

    alat-alat yang digunakan atau bangunan atau

    binaan yang digunakan bagi pemujaan itu

    dimusnahkan.

    17

    Mohd Zamri bin Samsudin , Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam, Unit Akidah, Bahagian Dakwah, Jabatan hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan, 18 November 2013 18

    Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992.

  • 11

    2. Kesalahan

    mengenai

    pencelaan

    agama dan

    institusinya

    Seksyen 49.

    Mempermainkan

    dsb. ayat al-Quran

    atau Hadith

    Mana-mana orang yang mempermainkan,

    mencela, mengejek-ejek atau menghina sama

    ada dengan perkataan atau perbuatan akan

    ayat-ayat al-Quran atau Hadith adalah bersalah

    atas suatu kesalahan dan hendaklah apabila

    disabitkan dikenakan hukuman denda tidak

    melebihi lima ribu ringgit atau penjara selama

    tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-

    duanya.

    3. Kesalahan

    mengenai

    pencelaan

    agama dan

    institusinya

    Seksyen 50.

    Mencela, menghina

    dsb. Agama Islam

    Mana-mana orang yang dengan perkataan,

    sama ada secara lisan atau bertulis, atau

    dengan isyarat, atau dengan penyertaan zahir,

    atau dengan apa-apa perbuatan, aktiviti atau

    kelakuan, atau dengan apa cara lain sekalipun-

    mencela atau disifatkan sebagai menghina atau

    cuba mencela atau menghina Agama Islam;

    atau

    mempermainkan, mengajuk atau mengejek-

    ejek akan amalan atau upacara yang berkaitan

    dengan Agama Islam; atau

    perjalanan mana-mana mazhab yang

    muktabar; atau

    mana-mana fatwa yang dikeluarkan dengan

    sah oleh Mufti di bawah Enakmen Pentadbiran

    Hukum Syarak (Negeri Sembilan) 1991 [En.

    1/1991],adalah bersalah atas suatu kesalahan

    dan hendaklah apabila disabitkan dikenakan

    hukuman denda tidak melebihi lima ribu

    ringgit atau penjara tidak melebihi tiga tahun

    atau kedua-duanya.

    4. Kesalahan

    mengenai

    pencelaan

    agama dan

    institusinya

    Seksyen 51. Fatwa

    yang berlawanan.

    Mana-mana orang yang memberi,

    menghebahkan atau mengembangkan apa-apa

    fatwa untuk diikuti oleh orang Islam mengenai

    apa-apa soalan, ajaran Islam atau Hukum

    Syarak, berlawanan dengan mana-mana fatwa

    yang dikeluarkan dengan sah oleh Mufti di

    bawah Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak

    (Negeri Sembilan) 1991 [En. 1/1991.] adalah

    bersalah atas suatu kesalahan dan hendaklah

    apabila disabitkan didenda tidak melebihi satu

    ribu ringgit atau dipenjara bagi tempoh tidak

    melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan

    fatwa itu jika bertulis hendaklah dirampas dan

    dimusnahkan sebagaimana yang diarah oleh

    mahkamah dan segala penerbitannya,

    penjualannya, dan pengedarannya hendaklah

    dilarang.

    5. Kesalahan

    mengenai

    pencelaan

    Seksyen 52.

    Perbuatan atau

    ajaran salah.

    Mana-mana orang yang mengajar Agama

    Islam atau menghuraikan perkara yang sama

    kepada seseorang atau sekumpulan orang di

  • 12

    agama dan

    institusinya

    tempat awam atau sebaliknya atau

    menjalankan sesuatu upacara atau sesuatu

    perbuatan yang berlawanan dengan Hukum

    Syarak adalah bersalah atas suatu kesalahan

    dan hendaklah apabila disabitkan dikenakan

    hukuman denda tidak melebihi lima ribu

    ringgit atau penjara selama tempoh tidak

    melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali

    dan segala dokumen dan peralatan yang

    berkaitan dengan sabitan itu hendaklah

    dirampas dan dimusnahkan sebagaimana

    diarahkan oleh Mahkamah.

    6. Kesalahan

    mengenai

    pencelaan

    agama dan

    institusinya

    Seksyen 53.

    Mengajar agama

    tanpa tauliah.

    (1) Mana-mana orang yang mengajar agama

    tanpa tauliah daripada Jawatankuasa Tauliah

    di bawah subseksyen 118(3) Enakmen

    Pentadbiran, kecuali kepada ahli-ahli

    keluarganya di tempat kediamannya sahaja,

    adalah bersalah atas suatu kesalahan dan

    bolehlah apabila disabitkan dikenakan

    hukuman denda tidak melebihi tiga ribu

    ringgit atau penjara selama tempoh tidak

    melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

    (2) Seseorang yang tauliahnya ditarik balik

    tetapi tidak mengembalikan tauliah itu kepada

    Jawatankuasa Tauliah adalah bersalah atas

    suatu kesalahan dan bolehlah apabila

    disabitkan dikenakan hukuman denda tidak

    melebihi lima ratus ringgit atau penjara selama

    tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-

    duanya.

    7.

    Kesalahan

    mengenai

    pencelaan

    agama dan

    institusinya

    Seksyen 54.

    Penerbitan agama

    yang berlawanan

    dengan Hukum

    Syarak

    .

    Mana-mana orang yang mencetak, menerbit

    atau membahagi untuk jualan atau dengan

    jalan yang lain, atau sesiapa yang ada dalam

    possessi sesuatu buku, risalah atau dokumen

    yang memberi atau dimaksudkan memberi

    pengajaran atau mana-mana fatwa mengenai

    apa-apa perkara Hukum Syarak, jika buku atau

    dokumen itu mengandungi sesuatu perkara

    yang berlawanan atau bersalahan kepada qaul-

    qaul Mazhab Shafie, Hanafi, Maliki atau

    Hambali atau kepada sesuatu fatwa yang sah

    dikeluarkan oleh Mufti di bawah Enakmen

    Pentadbiran Hukum Syarak (Negeri Sembilan)

    1991[En. 1/1991.] adalah melakukan satu

    kesalahan dan hendaklah apabila disabitkan

    dikenakan hukuman denda tidak melebihi tiga

    ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak

    melebihi dua tahun atau kedua-duanya, dan

    segala buku, risalah, dokumen atau alat-alat

  • 13

    percetakan, penerbitan, penjualan dan tiap-tiap

    perkara yang mengenainya itu hendaklah

    dirampas dan dimusnahkan sebagaimana

    diarahkan oleh Mahkamah:

    Dengan syarat bahawa buku, risalah, dokumen

    atau penerbitan tersebut telah diharamkan

    percetakan, penerbitan atau pengedarannya

    untuk jualan atau pemilikannya oleh

    Kementerian Dalam Negeri di bawah mana-

    mana undang-undang yang sedang

    berkuatkuasa.

    Statistik Kes Berhubung Dengan Peruntukan Ajaran Sesat

    Berikut merupakan statistik kes bagi kes-kes yang telah didakwa di negeri ini berhubung

    dengan ajaran sesat19

    :

    BIL.

    SEK.

    KESALAHAN

    BIL.KES

    TERTUDUH (OKT)

    1 47 Pemujaan Salah 1 1.Muhammad Sombhas bin

    Abdullah

    2 49 Mempermainkan dsb. Ayat al-

    Quran atau hadith

    1 1.Muhammad Sombhas bin

    Abdullah

    3 50 Menghina Agama Islam 1 1.Muhammad Sombhas bin

    Abdullah

    4 51 Fatwa yang berlawanan 0

    5 52 Perbuatan atau Ajaran Salah 0

    6 53 Mengajar Tanpa Tauliah 4 1. Rasul bin Dahari

    2.Mohd Herman bin Ab

    Wahab

    3. Irwan Hidayat bin Abd

    Rahim

    4. Fathul Bari bin Mat Jaya

    7 54 Penerbitan bertentangan dengan

    Hukum Syarak

    0

    Tidak banyak kes-kes yang didakwa berhubung dengan ajaran sesat di Negeri Sembilan. Pada

    tahun 2012, amalan nikah batin oleh tertuduh bernama Muhammad Sombhas bin Abdullah

    19

    Portal e-Syariah ( Negeri Sembilan), Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, 1 November 2013

  • 14

    telah berjaya disekat berikutan penangkapan tertuduh.20

    Berita ini telah menggemparkan

    negeri ini khususnya kerana ajaran ini tidak pernah diketahui dan tidak pernah mendapat

    liputan mahupun difatwakan sebagai ajaran sesat. Tertuduh telah didakwa dengan 4

    pertuduhan termasuklah pertuduhan memikat atau membawa pergi atau menahan dengan niat

    jahat perempuan bersuami atau anak dara sebagaimana yang diperuntukkan pada seksyen 77

    Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992.

    Bagi kesalahan mengajar tanpa tauliah pula, tertuduh yang bernama Rasul bin Dahari sahaja

    telah disabitkan bersalah diatas pengakuannya sendiri. Manakala kes bagi tertuduh yang

    bernama Fathul Bari bin Mat Jaya yang ditangkap bersama Mohd Herman bin Abd Wahab

    dan Irwan Hidayat bin Abd Rahim kerana mengajar tanpa tauliah di Madrasah Ittibak

    Assunnah, Kuala Pilah telah ditarik balik oleh pihak pendakwa diatas sebab-sebab tertentu.21

    Perbandingan Fatwa Berkaitan Dengan Ajaran Sesat di Malaysia

    Semua Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri-negeri di Malaysia memperuntukkan

    bahawa pihak yang berhak dan bertanggungjawab mengeluarkan hukum apabila diperlukan

    ialah Institusi Fatwa setiap negeri. Institusi Fatwa setiap negeri terdiri daripada gandingan

    antara mufti dan Jawatankuasa Syariah bagi setiap negeri tersebut. Fatwa yang hendak

    dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Negeri hendaklah melalui Jawatankuasa Syariah

    dengan mufti menjadi pengerusinya. Oleh itu,

    Perbincangan mengenai perlantikan pihak yang mengeluarkan serta menguatkuasakan fatwa

    hukum akan menjurus kepada perlantikan mufti dan Ahli Jawatankuasa Syariah atau bagi

    Kedah dan Terengganu dipanggil Jawatankuasa Fatwa, di Kelantan dipanggil Jamaah

    Ulamak, di Johor dipanggil Lujnah Fatwa dan di Wilayah Persekutuan dikenali sebagai

    Jawatankuasa Undang-undang

    Syarak. Negeri-negeri lain menggunakan nama Jawatankuasa Syariah.22

    Fatwa hendaklah diiktiraf oleh Mahkamah Syariah di negeri di mana fatwa itu diwartakan.

    Penguatkuasaan fatwa yang di bawah kuasa negeri sebenarnya menyumbang kepada

    kesukaran untuk membuat penyeragaman fatwa bagi seluruh Malaysia. Sehingga kini, hanya

    20

    Bomoh Nikah Batin Ditangkap, Akhbar Sinar Harian,17 September 2012 21

    Kamal Bashah bin Ahmad Tajuddin, Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Sembilan, 1 November 2013. 22

    Hasnan Kasan, Prosedur Mengeluar dan menguatkuasa Fatwa di Semenajung Malaysia, Jurnal Undang-undang dan Masyarakat, Jld.10, 2006, hlm.2.

  • 15

    terdapat beberapa kes di mana semua negeri membuat serta mewartakan fatwa yang serupa.

    Misalnya dalam pengharaman buku Aurad Muhammadiyah dan kumpulan al-Arqam

    ([1986]1JH 32). Dalam kes tersebut, semua negeri bersetuju menerima dan mewartakan fatwa

    hasil daripada keputusan Persidangan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan setelah diperakui oleh

    Majlis Raja-Raja.23

    Disebabkan perbezaan bidangkuasa ini, jumlah fatwa disetiap negeri juga adalah berbeza.

    Perbezaan jumlah fatwa berhubung dengan ajaran sesat di beberapa negeri dapat dilihat

    sebagaimana pada jadual berikut :

    BIL. NEGERI BILANGAN FATWA

    1 Wilayah Persekutuan 30

    2 Negeri Sembilan 6

    3 Selangor 36

    4 Melaka 20

    5 Johor 10

    6 Pahang 12

    7 Perak 15

    8 Kedah 11

    23

    Zaini Nasohah, Undang-undang Penguatkuasaan Fatwa di Malaysia, Islamiyyat, Jilid 27 (1), 2005, hlm.29.

  • 16

    Fatwa berkaitan Ajaran Sesat di Negeri Sembilan dan kepentingannya.

    Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan adalah organisasi yang bertanggungjawab

    menguruskan hal ehwal fatwa di negeri ini. Senarai fatwa berhubung dengan ajaran sesat di

    Negeri Sembilan ini adalah seperti berikut:

    BIL. TAJUK/PERKARA TARIKH WARTA/BELUM

    1 Aurad Muhammadiah 2 Ogos 1994 Warta

    2 Buku-buku dan Risalah Ajaran Sesat.

    Qamar al-Huda

    Nukilan Ahli Sufi Allahu Akbar Encik

    Bahrin bin Salleh

    Risalah Kesufian Anjuran Baharin Salleh

    Sebaik-baik makrifah yang

    dipertunjukkan bagi hati

    17 April 1996

    Warta

    3 Ke Arah Membendung Pengaruh

    Syiah di Malaysia

    12 Mac 1998 Warta

    4 Risalah Tiang Agama menyalahi akidah Islam

    4 November 1999 Warta

    5 Penyelewengan Ajaran Syiah

    17 Julai 2013 Belum

    6 Penyelewengan Ajaran Taslim

    17 Julai 2013 Belum

    Berdasarkan maklumat diatas, dapatlah diketahui bilangan fatwa berkaitan dengan ajaran

    sesat di Negeri Sembilan adalah sedikit berbanding negeri-negeri yang lain. Sedangkan jika

    dikaji pada perkembangan ajaran sesat di Negeri Sembilan sejak abad 40 an lagi terdapat

    lebih 10 ajaran yang boleh dikategorikan sebagai sesat dan perlu diambil tindakan.

    Berdasarkan maklumat, terdapat beberapa ajaran yang masih aktif di Negeri Sembilan tetapi

    masih belum difatwakan sebagai ajaran sesat iaitu Tarekat Khaidiriah, Persilatan Tapediri 56,

    Ajaran Syed Muhammad al-Mansor (Al-Mas), Ajaran Wahabi, Ajaran Qadiani, Ajaran

    Alunan Zikir Zat Cinta, Ajaran Gagak Hijau dan lain-lain. Daripada ajaran-ajaran ini terdapat

  • 17

    ajaran yang masih dalam siasatan dan telah memakan masa yang lama.24

    Tarekat Khaidiriah

    hanya ditolak pendaftarannya sebagai satu aliran tarekat yang sah dan berdaftar sebagaimana

    peruntukan yang terkandung pada Enakmen Tarekat Tasawuf ( Negeri Sembilan) 2005 dan

    tidak difatwakan sebagai ajaran sesat sedangkan jika dilihat pegangan akidah pengikutnya

    aliran tarekat ini sudah tersasar jauh dari akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.

    Fatwa berkaitan dengan sesuatu ajaran sesat dan mewartakan adalah penting bagi membantu

    pihak penguatkuatkuasaan mendapatkan bukti yang kukuh. Ini kerana beban pembuktian

    adalah terletak kepada tanggungjawab pihak penguatkuasaan. Tanpa bukti kukuh adalah sukar

    untuk pihak yang bertanggungjawab mengemukakan dakwaan. Oleh itu sebagai pihak yang

    bertanggungjawab menguruskan hal ehwal fatwa, Jabatan Mufti Kerajaan Negeri harus

    mengambil pendekatan yang lebih sesuai dengan keadaan masa kini iaitu dengan

    menfatwakan kesemua ajaran sesat di negeri ini sebagaimana tindakan yang diambil oleh

    kebanyakan negeri yang lain. Selain itu Pejabat Penasihat Undang-undang Negeri juga

    memainkan peranan penting dalam mewartakan fatwa-fatwa tersebut supaya tindakan

    penguatkuasaan dapat dilakukan.

    Masalah-masalah yang dihadapi

    Jika dilihat kepada statistik kes-kes yang telah didakwa di Negeri Sembilan, menggambarkan

    bahawa isu ajaran sesat di Negeri Sembilan adalah tidak membimbangkan. Namun hakikatnya

    adalah sebaliknya. Kajian mendapati bahawa terdapat banyak kes yang melibatkan ajaran

    sesat di Negeri Sembilan yang telah kenal pasti, namun tiada tindakan diambil diatas faktor-

    faktor berikut:

    i. Terdapat kelemahan dan kekurangan pada beberapa peruntukan undang-

    undang yang berkaitan.

    Sebagaimana yang telah dinyatakan, terdapat beberapa peruntukan yang boleh

    didakwa terhadap pengamal-pengamal ajaran sesat. Namun pembuktian yang kukuh

    merupakan perkara utama yang perlu dikenalpasti sebelum tangkapan dan dakwaan

    24

    Mohd Zamri , Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam, Unit Akidah, Bahagian Dakwah, Jabatan hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan, 18 November 2013

  • 18

    boleh dibuat. Elemen pembuktian juga mempunyai hubungan dengan peruntukan-

    pertuntukan undang-undang. Semua ini berhubungkait supaya pertuduhan boleh

    mencapai tahap prima facie dan sabitan boleh dilakukan terhadap tertuduh. Jika

    diperhalusi terdapat banyak peruntukan berhubung dengan kesalahan didalam

    Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan(1992) yang perlu kaji dan dipinda

    semula. Enakmen ini pernah dipinda pada tahun 2004 yang hanya melibatkan 8

    seksyen termasuk pindaan terhadap Kesalahan Mengajar Tanpa Tauliah. Hukuman

    terhadap kesalahan juga harus dinilai semula supaya ianya benar-benar memberi

    kesan terhadap tertuduh dan masyarakat.

    ii. Penyelarasan gerak kerja yang kurang teratur dan sistematik

    Penyelarasan gerak kerja yang tersusun dan sistemasik merupakan unsur penting bagi

    sesuatu pelaksanaan kerja yang berkesan. Penguatkuasaan merupakan aspek utama

    bagi mengekang ajaran sesat dari terus menular. Aspek ini merangkumi penyelidikan,

    penfatwaan, pewartaan, penangkapan seterusnya pendakwaan. Ianya melibatkan

    beberapa agensi kerajaan yang utama iaitu Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri

    Sembilan, Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan, Majlis Agama Islam Negeri

    Sembilan dan Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sembilan. Proses kerja boleh

    digambarkan seperti berikut:

  • 19

    Namun, kajian mendapati terdapat juga aduan yang tidak melalui Unit Akidah,

    Bahagian Dakwah, JHEAINS begitu juga dengan proses penyelidikan dan kajian

    terhadap sesuatu ajaran samaada didapati melalui aduan, laporan media massa dan

    internet. Kajian juga mendapati bahawa Unit Istiqra`, Jabatan Mufti Kerajaan Negeri

    Sembilan juga dalam masa yang sama mengambil tindakan penyelidikan terhadap

    aduan yang diutarakan terus kepadanya. Selain itu, penubuhan Jawatankuasa Akidah

    oleh Majlis Agama Islam Negeri Sembilan baru-baru ini juga dilihat boleh

    mengelirukan proses gerak kerja asal yang sedia ada.

    iii. Ajaran ajaran sesat tidak difatwakan dan diwartakan

    Jika diteliti, hanya beberapa ajaran sahaja yang telah difatwakan sebagai sesat di

    Negeri Sembilan berbanding bilangan ajaran sesat yang telah dikenal pasti wujud di

    negeri ini sejak sekian lama. Terdapat beberapa kemungkinan ajaran tersebut tidak

    difatwakan dan diwartakan, antaranya pendekatan diplomasi berbanding undang-

    Aduan

    Unit Akidah, Bahagian Dakwah, JHEAINS

    Penyelidikan dan Penyiasatan

    Unit Akidah, Bahagian Dakwah, JHEAINS

    Penfatwaan dan Pewartaan

    Jabatan Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan

    Pejabat Penasihat Undang-undang Negeri

    Risikan dan Penangkapan

    Bahagian Penguatkuasa, JHEAINS

    Pendakwaan

    Bahagian Pendakwaan, JHEAINS

    Hukuman

    Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sembilan

  • 20

    undang, hasil penyelidikan terhadap sesuatu ajaran tidak mencapai tahap yang

    memuaskan dan sebagainya. Pendekatan diplomasi merupakan salah satu langkah

    yang telah lama dilaksanakan dinegeri ini. Sebagai contoh , dalam menangani isu

    persilatan kebatinan Nasrul Haq, Hj. Abdullah bin Hj. Sijang telah menggunakan

    metode atau pendekatan secara diplomasi dan berhemah. Menurut Hj. Omar bin

    Hassan, dalam menentang isu Nasrul Haq, Hj. Abdullah bin Hj. Sijang telah

    mengutuskan surat peribadi kepada pengasas Nasrul Haq iaitu Tan Sri Samad dan

    secara tegas beliau menyatakan bahawa Nasrul Haq adalah haram kerana ajaran dan

    amalannya bertentangan dengan ajaran Islam. Peristiwa beliau menghantar surat

    kepada Tan Sri Samad yang merupakan seorang Menteri Kabinet yang berpengaruh

    adalah bukti ketegasan beliau dalam persoalan akidah. Akhirnya, atas desakan

    golongan ulama Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan bahawa Nasrul Haq

    diharamkan.25

    Persoalannya adakah pendekatan diplomasi ini masih sesuai dan berkesan digunakan

    terhadap kesemua ajaran sesat tersebut? Mengapa masih wujud ajaran-ajaran sesat

    yang telah dikenalpasti wujud sejak beberapa dekat yang lalu sehingga kini? Begitu

    juga dengan persoalan yang timbul mengenai ajaran-ajaran yang telahpun difatwakan

    sesat seperti Ajaran al-Mas pada tahun 2000 dan pengharaman ajaran Rufaqa oleh

    Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan? Mengapa kita tidak mengambil langkah dengan

    menfatwakan sahaja ajaran-ajaran yang telah diputuskan sebagai sesat oleh

    Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan ?

    iv. Tiada kepakaran khusus dalam hal berkaitan dengan penyiasatan dan

    penyelidikan sesuatu ajaran.

    Kepakaran dalam penyiasatan dan penyelidikan amat diperlukan bagi mengenalpasti

    ciri-ciri atau pegangan sesuatu ajaran samaada bertepatan dengan Hukum Syarak dan

    Ahli Sunnah wal Jamaah atau tidak. Pada asalnya, tugas menyiasat dan menyelidik

    sesuatu ajaran ini adalah terletak kepada Unit Akidah , Bahagian Dakwah, JHEAINS.

    Unit Akidah, JHEAINS sebelum ini diletakkan dibawah Unit Penyelidikan jabatan

    yang sama.Unit ini diketuai oleh seorang Pegawai Hal Ehwal Islam, Gred S41, 2

    25

    25

    Nurul Atikah Jamaluddin & Izziah Suryani Mat Resad @ Arshad, Peranan Hj.Abdullah bin Hj.Sijang dalam Menangani Masalah Ajaran Sesat dan Khurafat di Daerah Port Dickson Negeri Sembilan, Prosiding Nadwah Ulama Nusantara (NUN) V 9-10 September 2013: Ulama dan Cabaran Idalisme Semasa, Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam UKM, 2013, hlm.336.

  • 21

    orang Pegawai hal Ehwal Islam, Gred S27, 2 orang Pembantu Hal Ehwal Islam , Gred

    S17. Kajian mendapati bahawa unit ini tidak menjalinkan sebarang bentuk kerjasama

    dengan mana-mana universiti mahupun pihak-pihak yang boleh dianggap pakar

    dalam mengenalpasti ciri-ciri sesuatu ajaran. Kekosongan jawatan Pegawai Hal

    Ehwal Islam, Gred 41 yang tidak diisi dalam tempoh hampir setahun juga dilihat

    sebagai satu kekangan yang boleh menghalang unit ini mencapai matlamat

    penubuhannya.

    v. Masalah penangkapan dan pembuktian

    Penangkapan dan pembuktian merupakan elemen penting bagi memastikan tertuduh

    (OKT) dapat disabitkan dengan kesalahan yang didakwa. Pihak yang

    bertanggungjawab untuk menangkap mana-mana orang yang melakukan kesalahan

    jenayah syariah di Negeri Sembilan ialah Bahagian Penguatkuasaan, JHEAINS.

    Manakala pihak yang harus mengemukakan bukti-bukti bagi menyokong sesuatu

    pertuduhan ialah Bahagian Pendakwaan, JHEAINS. Sungguhpun begitu bagi kes-kes

    seperti ajaran sesat peranan semua pihak yang terlibat amatlah penting. Justeru,

    kerjasama kesemua pihak amatlah diperlukan bagi memastikan ajaran sesat di negeri

    ini dapat diambil tindakan. Sebagai contoh, sekiranya aduan diperolehi berkaitan

    dengan sesuatu ajaran dan wujud masalah berkaitan penyelidikan atau penfatwaan

    dan pewartaan, maka penangkapan tidak dapat dilakukan kerana kekurangan elemen

    pembuktian. Begitu juga dengan kepakaran yang terbatas bagi hal-hal berkaitan

    dengan penangkapan ajaran sesat oleh Bahagian Penguatkuasaan, JHEAINS. Semua

    ini boleh membantut tindakan penguatkuasaan terhadap pengamal ajaran sesat di

    negeri ini.

  • 22

    Cadangan Penambahbaikkan

    i. Undang-undang:

    (a) Semakan semula terhadap beberapa peruntukan undang-undang yang terdapat pada

    Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992 iaitu:

    1. Seksyen 51 berkaitan dengan fatwa yang berlawanan. Seksyen ini telah

    memperuntukkan bahawa : Mana-mana orang yang memberi, menghebahkan atau

    mengembangkan apa-apa fatwa untuk diikuti oleh orang Islam mengenai apa-apa

    soalan, ajaran Islam atau Hukum Syarak, berlawanan dengan mana-mana fatwa yang

    dikeluarkan dengan sah oleh Mufti di bawah Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak

    (Negeri Sembilan) 1991 [En. 1/1991.] adalah bersalah atas suatu kesalahan dan

    hendaklah apabila disabitkan didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjara

    bagi tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan fatwa itu jika bertulis

    hendaklah dirampas dan dimusnahkan sebagaimana yang diarah oleh mahkamah dan

    segala penerbitannya, penjualannya, dan pengedarannya hendaklah dilarang.

    Jika diperhalusi peruntukkan ini membawa maksud seseorang yang mengebahkan,

    memberi atau mengembangkan sesuatu fatwa berlawanan dengan fatwa yang

    berkuatkuasa di negeri ini adalah satu kesalahan. Bagi menyesuaikan dengan

    kesalahan ajaran sesat, kesalahan fatwa yang berlawanan perlu dipinda kepada

    pendapat yang bertentangan dengan fatwa. Ini kerana fatwa setiap negeri adalah

    hampir serupa terutama dalam hal berkaitan akidah. Begitu juga dengan pemakaian

    Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak (Negeri Sembilan) 1991 [En. 1/1991.] yang

    terkandung didalam peruntukan ini adalah tidak relevan lagi kerana enakmen ini telah

    dimansuhkan dan telah diganti dengan Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri

    Sembilan) 2003 (En.10/03). Adalah dicadangkan bahawa peruntukkan ini diganti

    dengan peruntukan yang diamalkan di Wilayah Persekutuan, Selangor, Sarawak,

    Pulau Pinang, Terengganu dan Johor iaitu:

  • 23

    Pendapat yang bertentangan dengan fatwa.

    (1) Mana-mana orang yang memberikan, mengembangkan atau menyebarkan apa-

    apa pendapat tentang apa-apa isu, ajaran Islam atau Hukum Syara' yang

    bertentangan dengan mana-mana fatwa yang sedang berkuatkuasa di Negeri ini

    adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak

    melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun

    atau kedua-duanya.

    (2) Mahkamah boleh memerintahkan supaya mana-mana dokumen atau bahan antara

    lain yang mengandungi pendapat yang disebut dalam subseksyen (1) dilucuthakkan

    dan dimusnahkan, walaupun tiada seorang pun telah disabitkan atas kesalahan yang

    berkaitan dengan pendapat itu.

    2. Seksyen 52 iaitu bagi kesalahan perbuatan atau ajaran salah. Peruntukkan ini

    perlu diperhalusi semula dari sudut bentuk kesalahan dan hukuman. Perbezaan

    peruntukan di negeri ini berbanding negeri-negeri lain boleh dilihat sebagaimana

    berikut:

    BIL. NEGERI DAN

    ENAKMEN

    JENIS

    KESALAHAN

    SEKSYEN

    DAN

    TAJUK

    PERUNTUKAN HUKUMAN

    1.

    2.

    3.

    Selangor (Enakmen

    Jenayah Syariah

    (Selangor) 1995)

    Wilayah-wilayah

    Persekutuan

    (Akta Kesalahan

    Jenayah Syariah

    (Wilayah-wilayah

    Persekutuan) 1997)

    Terengganu

    (Enakmen Kesalahan

    Jenayah Syariah

    (Takzir)(Terengganu)

    2001

    Kesalahan yang

    berhubung

    dengan akidah

    Seksyen 7.

    Doktrin palsu

    Sek.4

    Doktrin palsu

    Sek.4 :

    Doktrin palsu

    (1) Mana-mana

    orang yang

    mengajar atau

    menjelaskan apa-

    apa doktrin atau

    melaksanakan

    apa-apa upacara

    atau perbuatan

    yang

    berhubungan

    dengan agama

    Islam dimana-

    mana tempat,

    sama ada tempat

    persendirian atau

    tempat awam,

    adalah

    melakukan suatu

    1. Denda tidak

    melebihi lima

    ribu ringgit

    atau

    dipenjarakan

    selama tempoh

    tidak melebihi

    tiga tahun atau

    sebat tidak

    melebihi enam

    sebatan atau

    dihukum

    dengan mana-

    mana

    kombinasi

    hukuman itu.

    2. Mahkamah

  • 24

    4.

    5.

    6.

    Sarawak (Ordinan

    Kesalahan Jenayah

    Syariah 2001)

    Johor (Enakmen

    Kesalahan Jenayah

    Syariah (Johor) 1997

    Pulau Pinang

    (Enakmen Kesalahan

    Jenayah Syariah

    Pulau Pinang 1996

    Sek.4.

    Doktrin palsu

    Sek.4.

    Doktrin palsu

    Sek.4.

    Doktrin palsu

    kesalahan jika

    doktrin atau

    upacara atau

    perbuatan itu

    bertentangan

    dengan Hukum

    Syara` atau

    mana-mana fatwa

    yang sedang

    berkuatkuasa di

    Negeri ini/

    Wilayah

    Persekutuan/ di

    Negeri

    Terengganu dan

    apabila

    disabitkan boleh

    didenda tidak

    melebihi lima

    ribu ringgit atau

    dipenjarakan

    selama tempoh

    tidak melebihi

    tiga tahun atau

    sebat tidak

    melebihi enam

    sebatan atau

    dihukum dengan

    mana-mana

    kombinasi

    hukuman itu.

    (2) Mahkamah

    boleh

    memerintahkan

    supaya mana-

    mana dokumen

    atau benda yang

    digunakan dalam

    perlakuan

    kesalahan atau

    yang ada kaitan

    dengan kesalahan

    yang disebut

    dalam

    subseksyen (1)

    dilucuthakkan

    dan

    dimusnahkan,

    walaupun tiada

    seorang pun telah

    disabitkan atas

    kesalahan itu

    boleh

    memerintahka

    n supaya

    mana-mana

    dokumen atau

    benda yang

    digunakan

    dalam

    perlakuan

    kesalahan atau

    yang ada

    kaitan dengan

    kesalahan yang

    disebut dalam

    subseksyen (1)

    dilucuthakkan

    dan

    dimusnahkan,

    walaupun tiada

    seorang pun

    telah

    disabitkan atas

    kesalahan itu.

  • 25

    7.

    Pahang

    (Enakmen

    Pentadbiran Ugama

    Islam dan Adat

    Resam Melayu

    Pahang 1982)

    Kesalahan

    Sek.162

    Ajaran yang

    salah

    1) Sesiapa

    mengajar atau

    menghuraikan

    kepada orang

    ramai apa-apa

    ajaran atau

    menjalankan apa-

    apa perbuatan

    berkaitan dengan

    Ugama Islam

    yang berlawanan

    dengan Hukum

    Syara' adalah

    melakukan suatu

    kesalahan dan

    apabila sabit

    bolehlah

    dihukum dengan

    didenda tidak

    lebih daripada

    lima ribu ringgit

    atau penjara tidak

    lebih daripada

    dua tahun atau

    kedua-duanya

    atau sebat

    sebanyak tiga

    kali sebatan atau

    ketiga-tiganya.

    (2) Jika, semasa

    dalam

    pembicaraan di

    atas sesuatu

    tuduhan di bawah

    seksyen ini ada

    berbangkit soal-

    soalan yang

    berkehendakkan

    penyelesaiannya

    dengan

    berpandukan

    sesuatu fatwa

    yang belum

    diakui atau

    dibuat dalam

    Negeri ini maka

    Mahkamah itu

    hendaklah

    1. Denda tidak

    lebih daripada

    lima ribu

    ringgit atau

    penjara tidak

    lebih daripada

    dua tahun atau

    kedua-duanya

    atau sebat

    sebanyak tiga

    kali sebatan

    atau ketiga-

    tiganya.

    2. Barang-

    barang bertulis

    dirampas

    dengan arahan

    supaya

    dimusnahkan

    atau dengan

    apa-apa arahan

    yang sesuai

    sama ada

    pendakwaan

    dibuat atau

    tidak ke atas

    sesiapa pun

  • 26

    merujukkan

    soalan itu dengan

    secara bertulis

    kepada Majlis

    dan Mahkamah

    itu hendaklah

    patuh kepada

    apa-apa

    penetapan yang

    dibuat oleh

    Majlis di atas

    soalan yang

    dirujukkan itu.

    (3) Apabila

    rujukan dibuat di

    bawah seksyen-

    kecil (2), maka

    Mahkamah itu

    bolehlah

    menangguhkan

    pembicaraan kes

    itu hingga

    diterima

    penetapan dari

    Majlis.

    (4) Semua ajaran

    yang salah bagi

    maksud seksyen-

    kecil (1), jika

    bertulis, maka

    Mahkamah

    hendaklah

    memerintahkan

    bagi barang-

    barang bertulis

    itu dirampas

    dengan arahan

    supaya

    dimusnahkan

    atau dengan apa-

    apa arahan yang

    sesuai sama ada

    pendakwaan

    dibuat atau tidak

    ke atas sesiapa

    pun

  • 27

    8. Perak

    (Enakmen Jenayah

    (Syariah 1992)

    Kesalahan

    berhubung

    dengan akidah

    Seksyen 9.

    Ajaran atau

    amalan salah.

    Sesiapa yang

    mengajar agama,

    menghuraikan

    perkara yang

    sama kepada

    seseorang atau

    sekumpuIan

    orang di tempat

    awam atau

    sebaliknya atau

    menjalankan

    sesuatu upacara

    atau sesuatu

    perbuatan, yang

    berlawanan

    dengan Hukum

    Syara' adalah

    bersalah atas

    suatu kesalahan

    dan hendaklah,

    apabila

    disabitkan,

    dikenakan

    hukuman denda

    tidak melebihi

    lima ribu ringgit

    atau penjara

    selama tempoh

    tidak melebihi

    tiga tahun atau

    kedua-duanya

    dan segala

    dokumen dan

    peralatan yang

    berkaitan dengan

    sabitan itu

    hendaklah

    dirampas dan

    dimusnahkan

    sebagaimana

    yang diarah oleh

    Mahkamah.

    1. Denda tidak

    melebihi lima

    ribu ringgit

    atau penjara

    selama tempoh

    tidak melebihi

    tiga tahun atau

    kedua-duanya

    2. Segala

    dokumen dan

    peralatan yang

    berkaitan

    dengan sabitan

    itu hendaklah

    dirampas dan

    dimusnahkan

    Pertama, dalam enakmen yang berkuatkuasa di negeri ini, kesalahan ini dikategorikan

    sebagai kesalahan berkaitan dengan pencelaan agama dan institusinya. Dibanyakkan

    negeri-negeri yang lain, kesalahan ini diletakkan dibawah kategori kesalahan berkaitan

    dengan akidah. Jika diperhalusi kesalahan seumpama ini lebih sesuai dikategorikan

    sebagai kesalahan berkaitan akidah kerana ianya berhubung dengan penyelewangan

    akidah.

  • 28

    Seterusnya didalam peruntukan di negeri ini dinyatakan bahawa mana-mana orang

    yang mengajar Agama Islam,klausa ini adalah kurang tepat ini kerana terdapat ajaran

    sesat yang tidak mengajar hal-hal berkaitan dengan Agama Islam seperti ajaran sesat

    yang berkaitan dengan ilmu persilatan. Di Selangor, Wilayah-wilayah Persekutan,

    Terengganu, Johor ,Sarawak dan Pulau Pinang istilah doktrin telah digunakan.

    Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, doktrin bermaksud prinsip atau kepercayaan

    yang dianggap benar dan satu-satunya yang dapat diterima. Manakala menurut Kamus

    Pelajar pula doktrin membawa erti ajaran(bukan agama,sesuatu ilmu dll) yang dianuti

    atau yang dijadikan pegangan. Sedangkan ajaran menurut Kamus Dewan Edisi

    Keempat bermaksud segala sesuatu yang diajarkan, nasihat, petunjuk, teori dan

    mazhab.26

    Selanjutnya didalam seksyen tersebut tidak diperuntukkan bahawa ajaran yang

    bersalahan dengan fatwa yang sedang berkuatkuasa di negeri ini sebagai salah satu

    kesalahan yang boleh didakwa dibawah peruntukan ini. Perkara ini wajar dimasukkan

    sebagai menguatkan lagi kesalahan yang dibuat seterusnya menyokong dakwaan dan

    menguatkan elemen pembuktian kes.

    Bagi hukuman pula, hukuman maksimum perlu diimplementasikan sebagaimana

    peruntukkan yang terdapat pada kebanyakkan negeri yang lain. Oleh yang demikian

    hukuman 6 kali sebatan wajar ditambah kepada peruntukan sedia ada sebagai

    hukuman maksimum bagi kesalahan tersebut. Kesimpulannya, bagi kesalahan ini,

    peruntukan bagi kesalahan yang sama yang diamalkan di Negeri Selangor, Wilayah-

    wliayah Persekutuan, Johor, Terengganu, Pulau Pinang dan Sarawak adalah satu

    peruntukan yang lengkap dan wajar diemplementasikan di Negeri Sembilan dengan

    tambahan mewajibkan pesalah mengikuti sesi pemulihan akidah sebagai hukuman

    terhadap tertuduh.

    26

    Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM), Dewan Bahasa dan Pustaka, http://prpm.dbp.gov.my, 16 Disember 2013

  • 29

    3. Seksyen 54, penerbitan agama yang berlawanan dengan Hukum Syarak.

    Peruntukkan ini masih menggunapakai Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak (Negeri

    Sembilan) 1991 [En. 1/1991.] sedangkan enakmen ini telah dimansuhkan dan telah

    diganti dengan Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Sembilan) 2003

    (En.10/03).

    4. Mewajibkan pesalah mengikuti sesi pemulihan akidah

    Disamping itu mewajibkan pesalah mengikuti sesi pemulihan akidah di mana-mana

    pusat pemulihan akidah yang kompiten adalah salah satu bentuk hukuman yang wajar

    diemplimintasikan sesuai dengan keadaaan semasa.

    5. Menambah peruntukan Dakwaan Palsu.

    Iaitu dengan menggunapakai peruntukan yang sedia ada di negeri Selangor,

    Wilayah Persekutuan, Johor, Sarawak , Pulau Pinang dan Terengganu iaitu:

    Mana-mana orang yang-

    (a) mengisytiharkan dirinya atau mana-mana orang lain sebagai rasul atau nabi,

    Imam Mahadi atau wali; atau

    (b) menyatakan atau mendakwa bahawa dia atau mana-mana orang lain mengetahui

    peristiwa atau perkara di luar pemahaman atau pengetahuan manusia,

    sedangkan perisytiharan, pernyataan atau dakwaan itu adalah palsu serta

    bertentangan dengan ajaran Islam, adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila

    disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama

    tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

  • 30

    ii. Penguatkuasaan:

    (a) Menyelaras Semula Bidang Tugas Setiap Agensi

    Hampir setiap agensi agama di negeri ini mempunyai tanggungjawab dan peranan

    dalam membasmi ajaran sesat di negeri ini. Justeru, semua agensi ini harus

    mengadakan pertemuan dan mesyuarat berkala bagi melicinkan urusan-urusan

    yang berkaitan. Mesyuarat ini juga penting bagi membincangkan segala masalah

    yang timbul disetiap agensi bukan sahaja berkaitan dengan ajaran sesat bahkan

    semua urusan yang melibatkan kerjasama yang lain. Kajian mendapati bahawa

    mesyuarat penyelarasan yang melibatkan kesemua agensi agama belum pernah

    diadakan di negeri ini. Justeru satu mesyuarat yang melibatkan kesemua agensi

    agama secara berkala wajar diadakan bagi membentuk perpaduan dan kerjasama

    yang lebih erat.

    (b) Mewujudkan Jawatankuasa Khas

    Adalah dicadangkan supaya jawatankuasa khas dibentuk yang dianggotai oleh

    kesemua agensi agama yang terlibat dengan hal ehwal akidah. Selain untuk

    mengeratkan hubungan kerjasama, jawatankuasa ini berperanan sebagai platform

    bagi menyalurkan maklumat gerak kerja yang dilakukan terhadap sesuatu ajaran

    di negeri ini.

    (c) Memperkasakan Unit Akidah, Bahagian Dakwah, JHEAINS

    Sebagaimana yang dijelaskan sebelum ini, unit ini merupakan pihak pertama yang

    mula-mula mengambil tindakan berkaitan dengan ajaran sesat di negeri ini. Ini

    kerana kesemua aduan ataupun maklumat yang diperolehi harus disiasat dengan

    terperinci oleh unit ini. Segala dapatan daripada siasatan dan penyelidikan harus

    dikemukakan kepada Jabatan Mufti Kerajaan Negeri sebelum tindakan

    penfatwaaan dan pewartaan boleh diambil. Sekiranya siasatan dan penyelidikan

    yang dibuat tidak mencapai tahap yang memuaskan akan menyebabkan kesukaran

    kepada Jabatan Mufti Kerajaan Negeri untuk melaksanakan tindakan selanjutnya..

    Sebagai satu organisasi yang khusus berkaitan dengan ajaran sesat, unit ini harus

    dimantapkan dari sudut penambahan bilangan jawatan dan kemahiran terhadap

    siasatan dan penyelidikan.

  • 31

    (d) Mewujudkan unit khas dan menggembleng kepakaran di Bahagian

    Penguatkuasaan, JHEAINS.

    Bahagian Penguatkuasaan juga merupakan bahagian yang penting dalam menyekat

    penyebaran ajaran sesat di negeri ini. Bahagian ini berperanan sebagai agensi yang

    bertindak dengan melakukan penangkapan. Sebelum penangkapan dapat dibuat,

    segala pembuktian perlu dikumpul dan diteliti terlebih dahulu. Oleh itu, kepakaran

    dalam meneliti elemen pembuktian khususnya ajaran sesat memerlukan individu

    yang mahir dan cekap bagi mengelakkan kesalahan dalam penangkapan. Kajian

    mendapati selain bilangan pegawai penguatkuasa agama yang tidak mencukupi,

    ketiadaan satu unit khas berkaitan dengan ajaran sesat juga menjadi kekangan.

    Justeru satu unit khas yang berperanan bagi mengumpul dan mendapatkan

    maklumat berkaitan dengan sesat perlu ditubuhkan.

    (e) Keluar dari kepompong kebiasaan dan berani mengambil risiko

    Mantan Ketua Hakim Syarie Pertama Negeri Sembilan, mencadangkan supaya

    Bahagian Penguatkuasaan dan Bahagian Pendakwaan, JHEAINS harus keluar dari

    kepompong tugasan yang biasa dilakukan dan harus berani mengambil risiko. Ini

    kerana sejak enakmen kesalahan jenayah berkuatkuasa di negeri ini, hanya

    beberapa jenis kes jenayah sahaja yang selalu dihadapkan ke mahkamah iaitu kes

    percubaan persetubuhan haram, kes judi dan minum arak. Beliau mencadangkan

    supaya bahagian-bahagian ini perlu berani mengambil risiko dan belajar dari

    kesilapan sekiranya berlaku kesalahan atau kekalahan pada kes yang didakwa.

    Dari kesilapan ini pihak-pihak tersebut dapat mempelajari sesuatu dan semakin

    matang dalam mengambil tindakan terhadap kes yang serupa di masa hadapan.27

    27

    Dato` Baharum bin Hasbullah, Mantan Ketua Hakim Syarie Pertama, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sembilan, 17 Disember 2013.

  • 32

    (f) Menggiatkan lagi program anjuran bersama seperti kursus dan seminar

    berkaitan dengan ajaran sesat kepada masyarakat.

    Penekanan terhadap program anjuran bersama perlu diambikira. Sebagai agensi

    agama yang perlu mempunyai hubungan yang baik, penganjuran kursus dan

    seminar berkaitan dengan ajaran sesat amat wajar melibatkan agensi-agensi agama

    yang lain. Selain dapat mengeratkan hubungan dan kerjasama program anjuran

    bersama ini dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran agensi yang

    berkaitan.

    (g) Mewujudkan Pusat Pemulihan Akidah dan Akhlak serta langkah

    mewartakan

    Sebagai langkah pemulihan kepada pesalah-pesalah ajaran sesat, adalah

    dicadangkan agar satu Pusat Pemulihan Akidah dibangunkan. Pusat ini bukan

    sahaja boleh berfungsi sebagai tempat pemulihan pesalah-pesalah ajaran sesat

    tetapi boleh digunakan sebagai pusat pemulihan akhlak terutama bagi golongan

    remaja yang bermasalah. JAKIM telah membina dua buah pusat pemulihan yang

    dikenali sebagai Pusat Pemantapan Akidah yang terletak di Jelebu, Negeri

    Sembilan dan di Hulu Yam, Selangor. Walaubagaimanpun Negeri Sembilan tidak

    mewartakan pusat-pusat tersebut sebagai tempat pemulihan akidah bagi kesalahan-

    kesalahan yang didakwa di negeri ini.

    (h) Menjalinkan hubungan dengan pihak-pihak yang pakar seperti Jabatan

    Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, UKM dan lain-lain.

    Bagi mendapatkan maklumat yang lebih tepat dan jelas sebelum sesuatu ajaran

    difatwakan sebagai sesat, kerjasama dengan pihak luar juga perlu dijalinkan. Di

    universiti-universiti khususnya kajian dan penyelidikan sesuatu ajaran lebih

    banyak diadakan samada oleh pelajar atau pensyarah itu sendiri. Dengan

    menjalinkan hubungan ini, segala maklumat berkaitan sesuatu ajaran lebih mudah

    dan lebih banyak input boleh diperolehi.

  • 33

    Penutup

    Berdasarkan segala dapatan dan cadangan penambahbaikkan yang dikemukakan, masih

    banyak perkara yang perlu diperbaiki samada dari aspek perundangan mahupun

    penguatkuasaan. Hakikatnya kesemua pihak yang terlibat haruslah membentuk kerjasama

    yang erat supaya usaha-usaha untuk membanteras ajaran sesat di negeri ini dapat

    dilaksanakan seterusnya dibanteras sehingga akar umbi. Usaha mengekang ajaran sesat

    bukanlah satu tindakan jangka pendek tetapi memerlukan perancangan jangka panjang dan

    rapi supaya ajaran sesat tidak kembali lagi bertapak di bumi tercinta ini. Kesimpulannya,

    terdapat banyak kelemahan yang perlu diperbaiki bagi mengekang ajaran sesat di negeri ini

    dari terus berleluasa. Usaha ini tidak akan berjaya tanpa sokongan dan kerjasama semua

    pihak. Usaha ini juga akan terkubur sekiranya pihak-pihak yang bertanggungjawab

    mengambil sikap tidak peduli dari meneliti masalah yang dikenalpasti dan cadangan yang

    dikemukakan di dalam kajian ini.

  • 34

  • 35