Upload
nurul-afiqah
View
11.354
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN CONVENT BUTTERWORTH
JALAN NEW FERRY , BUTTERWORTH
LAPORAN PROJEK KHIDMAT MASYARAKAT
TEMA: WARAISAN KEPELBAGAIAN BUDAYA MALAYSIA 2008
TAJUK PROJEK:
PAMERAN ALAT MUSIK DAN ADAT RESAM PELBAGAI KAUM DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN CONVENT
BUTTERWORTH, PULAU PINANG.
NAMA PELAJAR: NOOR SYAFAWANI BINTI FAUZI NUR ATIRAH BINTI MARZUKI
NUR AZLEEN BINTI SALIKINNURUL AFIQAH BINTI SOFWANSITI ZULAIKHA BINTI MOHD. SHUKRI
TINGKATAN : TIGA SETIA
NAMA GURU : PUAN RAJINA DEVI A/P SITA RAM
___________________(NOOR SYAFAWANI)
___________________ (NUR ATIRAH)
____________________ (NUR AZLEEN)
____________________(NURUL AFIQAH)
_____________________ ___________________ (SITI ZULAIKHA) (PUAN RAJINA DEVI)
SENARAI KANDUNGAN
Bil. Kandungan Halaman
1. Pengenalan
2. Objektif Projek
3. Lokasi Projek
4. Strategi Pelaksanaan
5. Masalah-masalah Pelaksanaan
6. Kos Pelaksanaan
7. Tempoh Pelaksanaan
8. Penghargaan
9. Refleksi dan Kesimpulan
10. Kesimpulan
PENGENALAN
Saya Noor Syafawani, Nur Atirah , Nur Azleen , Nurul Afiqah,
Siti Zulaikha,ialah murid Tingkatan Tiga Setia di Sekolah Menengah
Kebangsaan Convent Butterworth,Pulau Pinang.Untuk menjalankan
projek Khidmat Masyarakat secara kumpulan di luar waktu
persekolahan, kami berlima telah memilih tajuk ‘ Pameran Alat
Musik dan Adat Resam di Sekolah Menengah Kebangsaan
Convent Butterworth.’
Kami memilih tajuk tersebut kerana kami dapati murid –
murid, guru – guru, dan staf sokongan terdiri daripada kaum yang
berbeza seperti Melayu, Cina, dan India. Setiap kaum ini
mempunyai Alat Musik dan Adat Resam tersendiri yang
mencerminkan budaya dan keunikan kaum masing – masing.
Setelah berbincang dengan Guru Pendidikan Sivik dan
Kewarganegaraan iaitu Pn. Rajina Devi, kami membuat untuk
Keputusan untuk mengadakan satu pameran alat musik dan adat
resam untuk pelbagai kaum di sekolah ini sebagi Projek Khidmat
Masyarkat memenuhi keperluan mata pelajaran Pendidikan Sivik
dan kewarganegaraan
OBJEKTIF PROJEK
Antara Objektif Projek ini adalah untuk :
Mengenal pasti adat resam dan alat musik tradisional
pelbagai kaum.
Bersikap terbuka terhadap adat resam dan alat musik
tradisional pelbagai kaum.
Mengutip derma untuk mengisi tabung kebajikan pelajar
miskin sekolah.
Menghargai kunikan adat resam dan alat musik
tradisional pelbagai kaum.
Menjadi warganegara yang patriotik, prihatin, dan
bertangungjawab terhadap masyarakat dan negara.
LOKASI PROJEK
Kami memilih dewan sekolah sebagai lokasi
untuk mengadakan pameran ini. Dewan ini mempunyai
ruang yang sangat luas. Ramai orang dapat
menyaksikan pameran ini pada satu masa yang sama.
Semua pintu juga berkunci. Jadi bahan – bahan pameran
adalah terpelihara daripada kerosakan dan risiko
kehilangan.
STRATEGI PELAKSANAAN
1. Persediaan awal
Sebelum memulakan kerja projek ini, kami telah berjumpa
sebanyak tiga kali untuk membincangkan projek ini. Akhirnya
kami telah mncapai kata sepakat seperti berikut:
a) Memutuskan bahawa pameran ini akan diadakan pada Ogos
2008 mulai pukul 2.00 petang hingga 4.00 petang.
b) Mengenal pasti bahan-bahan pameran yang diperlukan
termasuklah alat musik dan maklumat-maklumat tentang
yang berkaitan.
c) Membahagikan tugas-tugas kepada setiap ahli kumpulan
untuk:
i) Mendapatkan maklumat berkaitan dengan pameran.
ii) Meminjam atau mendapatkan alat musik tradisional.
iii) Membahagikan tugas semasa pameran.
2. Langkah-langkah pelaksanaan
a) Ogos 2008 pukul 2.00 petang hingga 5.00 petang.
i) Kami telah berada di dewan sekolah untuk
ii) menghiasi tapak pameran dan mempamerkan alat
musik yang kami ada di ruang yang telah ditetapkan.
iii) Kami telah memperuntukkan ruang pameran kepada
enam bahagian untuk setiap tiga jenis kaum.
iv) Kami amat bertuah kerana dapat meminjam beberapa
buah alat musik untuk dipamerkan.
b) Hari pameran pukul 2.00 petang hingga 5.00 petang.
i) Kami telah berada di ruang masing-masing mengikut
jadual yang ditetapkan.
ii) Sebagai langkah terakhir, kami telah mengemaskan
tapak pameran dan mengutip semua bhan dan
alatan yang telah kami gunakan semasa menjalankan
projek.
MASALAH-MASALAH PELAKSANAAN
Kumpulan kami sebenarnya tidak mengalami begitu banyak
masalah kerana semua ahli memberi sumbangan dan kerjasama
yang baik. Semua ahli bertungkus-lumus untuk menyiapkan
projek tersebut. Namun demikian, oleh sebab alatan musik
tradisional jarang dimainkan oleh generasi muda sekarang, agak
susah bagi kami bagi memperolehkan bahan-bahan yang
diperlukan. Kami amat bertuah kerana dapat meminjam
beberapa peralatan daripada pihak sekolah.
Satu masalah lagi yang kami hadapi ialah kegiatan aktiviti
sekolah seperti kokurikulum. Ini adalah kerana banyak aktiviti
sekolah diadakan pada waktu petang dan projek kami juga
diadakan pada waktu yang sama. Oleh itu, ramai pelajar yang
tidak berkesempatan untuk menyaksikan pameran ini.
KOS PELAKSANAAN
Oleh sebab semua bahan dan alatan yang diperlukan
dipinjam daripada sekolah, kami semua tidak menangung kos
yang begitu banyak perbelanjaan. Kami semua tinggal
berhampiran dengan sekolah. Justeru itu, kami hanya berjalan
atau menaiki basikal ke sekolah. Oleh yang demikian, kami tidak
perlu mengeluarkan kos bagi pengangkutan.
TEMPOH PELAKSANAAN
Kerja projek dimulakan pada 24 April 2008 di mana satu
perjumpaan selama 1 ½ jam antara ahli-ahli kumpulan telah
diadakan selepas waktu sekolah. Ini diikuti dengan dua
perjumpaan lagi pada 23 Jun dan 24 Jun yang telah
berlangsung selama 3 ½ jam. Pada Ogos 2008 , kami telah
menggunakan 3 jam untuk menghiasi tapak pameran dan pada
keesokan harinya pameran telah berlangsung selama 2 jam. Jadi
jumlah tempoh pelaksanaan adalah 10 jam.
PENGHARGAAN
Kami dapat melaksanakan projek dengan sempurna kerana
bantuan , sokongan , dan kerjasama daripada beberapa pihak.
Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kasih kepada orang
yang telah memberi kerjasama antaranya ialah:
a) Guru Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan , iaitu
b) Puan Ranjina Devi yang sentiasa memberi
bimbingan dan tunjuk ajar sepanjang pelaksanaan
projek ini.
c) Ibu bapa kami yang telah banyak memberi
dorongan dan bantuan dari segi kewangan dan
maklumat.
d) Puan Pengetua, Puan Chew Saw Hwa , yang telah
memberi kebenaran untuk kepada kumpulan kami
untuk menjalankan projek ini.
e) Guru-guru dan ibu bapa yang telah meminjamkan
bahan-bahan dan alat-alat pameran kepada kami.
REFLEKSI DAN KESIMPULAN
Secara keseluruhan, projek mempamerkan adat resam dan
alat musik setiap kaum di Sekolah Menengah Kebangsaan
Convent Butterworth telah dijalankan dengan jayanya dan dapat
memberi peluang kepada semua warga SMK Convent
Butterworth untuk mengenali, menghargai , dan seterusnya
bersikap terbuka terhadap adat resam dan alat musik kaum-
kaum lain.
Semasa menjalankan projek ini, setiap ahli kumpulan
berpeluang mengenali antara satu sama lain dengan lebih dekat
lagi dan dapat merapatkan hubungan kami. Sungguhpun projek
ini memerlukan tenaga dan masa yang banyak , kami berasa puas
hati dan bangga kerana dapat memberi sumbangan kepada
sekolah. Hasil usaha kami dapat dinikmati oleh semua warga
SMK Convent Butterworth.
Daripada projek ini, kami mempelajari bahawa khidmat
masyarakat merupakan satu amalan hidup yang sungguh murni.
Melalui sumbangan kami, semua warga sekolah mendapt
manfaat, termasuk kami sendiri. Apabila kami melihat murid-
murid begitu tertarik dan gembira apabila melihat alat musik
yang tidak pernah mereka lihat, kami sedar bahawa usaha kami
tidak sia-sia.