46
FRASA KERJA (FK)

FRASA KERJA (FK)

  • Upload
    wilona

  • View
    132

  • Download
    2

Embed Size (px)

DESCRIPTION

FRASA KERJA (FK). Frasa Kerja (FK). Binaan yang boleh terdiri daripada satu perkataan atau lebih dan kata intinya kata kerja (KK). Kata kerja tersebut boleh merupakan KK tak transitif atau KK transitif . - PowerPoint PPT Presentation

Citation preview

Page 1: FRASA KERJA (FK)

FRASA KERJA (FK)

Page 2: FRASA KERJA (FK)

Frasa Kerja (FK)

Binaan yang boleh terdiri daripada satu perkataan atau lebih dan kata intinya kata kerja (KK).

Kata kerja tersebut boleh merupakan KK tak transitif atau KK transitif.

KK tak transitif boleh hadir bersendirian atau diikuti oleh satu atau sederetan perkataan, manakala KK transitif mesti diikuti oleh objek serta unsur-unsur lain.

Page 3: FRASA KERJA (FK)

KKTT dan KKT

ContohKKTT(a) Ali menang.(b) Mereka sedang tidur.(c) Hujan turun dengan lebatnya.(d) Mereka makan ayam goreng itu.

KKT(a) Ahmad membeli sebuah buku.(b) Aini membelikan adik sebuah buku.(c) Kakak menjahit sepasang baju untuk ibu.

Page 4: FRASA KERJA (FK)

Penanda Frasa KerjaTerdapat beberapa penanda untuk menentukan justifikasi kita tentang frasa kerja:

1. Kata keterangan (adv) (di belakang kata kerja)2. Kata keterangan di belakang kata kerja

3. kata bantu (di depan kata kerja 4. yang di hadapan kata kerja

5. frasa sendi nama di belakang KK

(a) Adli belajar dengan tekun sekali.(b) Azman berlari pantas ke arah bapanya.(b) Murid-murid sudah keluar. (c) Lokman yang membunuh ular itu.(d) Mereka sedang berlatih di padang.

Page 5: FRASA KERJA (FK)

Binaan Frasa KerjaTerdiri daripada dua (2) jenis, iaitu:

(1) Frasa kerja yang tidak mengandungi objek untuk melengkapkannya kata kerjanya. FK jenis ini mengandungi kata kerja tak transitif.

Contoh: (a) Pokok besar itu telah tumbang. (b) Mereka semua pulang ke kampung.

* kata bantu & adverba (keterangan) boleh hadir.

Page 6: FRASA KERJA (FK)

Binaan Frasa Kerja (samb.)

(ii) Frasa kerja yang mengandungi objek – KK mesti disambut oleh objek untuk melengkapkan kata kerjaya. FK jenis ini mengandungi kata kerja transitif.

Contoh:

(a) Halimah sedang membasuh kain.(b) Azilah menjahit baju di ruang tamu.

* kata bantu & unsur keterangan juga boleh hadir dalam frasa kerja dengan objek tersebut.

Page 7: FRASA KERJA (FK)

Binaan Frasa Kerja Tanpa Objek

Frasa kerja yang mengandungi frasa nama sebagai objek terdiri daripada satu jenis kata kerja sebagai intinya, yang disebut KK tak transitif. Jenis-jenisnya:

(i) KK tak transitif yang tidak diberi unsur pelengkap.

(ii) KK tak transitif yang dapat diberi pelengkap sesudahnya.

(iii) KK tak transitif yang dapat diikuti oleh kata nama sebagai penerang.

Page 8: FRASA KERJA (FK)

Frasa Kerja Tak Transitif

(i) Kata Kerja Tak Transitif Tanpa PelengkapKata kerja tak transitif jenis tidak memerlukan apa-apa unsur sebagai pelengkap.

Contoh:(a) Semua penonton bangun.(b) Padi menguning.(c) Dia tercengang.

- KK mempunyai makna yang sempurna.

Page 9: FRASA KERJA (FK)

Binaan Frasa Tak Transitif BerpelengkapKK yang tidak mempunyai makna yang lengkap sekiranya tidak diikuti oleh unsur pelengkap.

Unsur itu bukan objek kerana ayatnya tidak boleh dipasifkan.

beransur, tinggal, menjadi, berbuat, ada, berbantalkan, bertilamkan, dsb.

(a) Keadaannya menjadi genting.(b) Ekonomi negara beransur kukuh.(c) Keretanya membelok ke kiri.(d) Mereka berada di Kuala Lumpur.(e) Dia berbantalkan lengan.(f) Pengemis itu bertilamkan rumput.

Page 10: FRASA KERJA (FK)

Frasa Kerja dengan Objek

Frasa kerja dengan frasa nama sebagai objek boleh dibahagikan kepada dua jenis:

(i) Frasa kerja yang mengandungi satu objek.(ii) Frasa kerja yang mengandungi dua objek.

Objek FN bagi frasa kerja boleh terdiri daripada objek langsung atau objek tak langsung/objek sipi.

Page 11: FRASA KERJA (FK)

Binaan Frasa KerjaFrasa Kerja dengan Satu Objek

Objek FN yang mengikuti frasa kerja disebut sebagai objek langsung.

(a) Kami mendekati bangunan itu. (Obj langsung)

(b) Sebatang kayu melintangi jalan itu. (Obj langsung)

Terdapat sejumlah perkatan berbentuk kata kerja tetapi membawa maksud adjektif. Perkataan ini boleh menerima kata penguat, dan frasa nama yang mengikutinya boleh digugurkan.

(i) Kejadian itu amat menyedihkan (kami).(ii) Saya percaya peristiwa semalam sangat menakutkan (anda).

Page 12: FRASA KERJA (FK)

Binaan Frasa Kerja (samb.)Frasa Kerja dengan Dua Objek

Objek-objek mempunyai fungsi yang berbeza – objek langsung (OL) (tepat) dan objek tak langsung (OTL) (sipi).

Objek langsung seringkali disebut objek sahaja. Objek tak langsung merujuk kepada orang/haiwan dan diletakkan di hadapan objek langsung.

Dia membelikan isterinya barang berhiasan. (OTL) (OL)

Dia membeli barang perhiasan untuk isterinya. (OL) (OTL)

Page 13: FRASA KERJA (FK)

Frasa Kerja dengan Dua Objek (samb.)

* Berbeza dengan Tatabahasa Dewan.

Objek tepat/objek langsung ialah objek yang menjadi penyambut secara langsung kepada kata kerja, sementara objek SIPI/objek tak langsung ialah yang tidak menjadi penyambut secara langsung kepada kata kerjanya.

(i) Ahmad menghadiahi Ali buku. (OL)(OTL)

(ii) Ahmad menghadiahkan buku kepada Ali. (OL) (OTL)

Page 14: FRASA KERJA (FK)

Frasa Kerja dengan Ayat Komplemen

Frasa kerja transitif atau tak transitif boleh menerima ayat komplemen dan membentuk ayat majmuk.

(a) Orang itu menafikan bahawa barang-barangnya telah hilang.

(b) Berita itu menyebut bahawa semua penumpang terselamat.

Page 15: FRASA KERJA (FK)

Rajah Pohon Frasa Kerja

FK FK

KK FN KK FN

KN FSN (OL)

KN SN FN

KN (OTL)

makan nasi menjahit baju untuk adik

Page 16: FRASA KERJA (FK)

Frasa Adjektif

Susunan yang mengandungi kata adjektif (sifat) sebagai intinya.

Berfungsi sebagai predikat dan sebagai unsur keterangan (adv) dan unsur penerang dalam predikat.

Sebagai unsur keterangan, kata adjektif hadir sesudah kata kerja dan sebagai unsur penerang, adjektif hadir sesudah kata nama.

Page 17: FRASA KERJA (FK)

Frasa Adjektif

(a) Orang muda itu baik sungguh. (subjek) (Predikat)

(b) Mereka pulang segera.(subjek) FK (Keterangan/adv)

(c) Harimau binatang liar(subjek) FN (Penerang)

Page 18: FRASA KERJA (FK)

Binaan Frasa AdjektifBinaan Satu Perkataan

(a) Kawan-kawan Ahmad cerdik.(b) Mukanya pucat.

Binaan Dua Perkataan

(a) Riang gembira (keserasian makna)(b) Pahit manis (berlawanan)(c) Tinggi lampai (unsur rima, keindahan bunyi)(d) Merah jambu (keserupaan)(e) Besar kepala (kiasan)

Page 19: FRASA KERJA (FK)

Binaan Frasa Adjektif

Penguat dalam frasa adjektifPenguat boleh menyertai sesuatu kata adjektif. Jenis-jenis penguat:

(i) Penguat hadapan – terletak di hadapan kata adjektif:(a) Anak kecil itu terlalu nakal.(b) Masakan ibunya paling sedap.

(ii) Penguat belakang – terletak di belakang kata adjektif:(a) Kereta api itu lambat benar.(b) Istana di atas bukit itu indah nian.

Page 20: FRASA KERJA (FK)

Binaan Frasa Adjektif

(iii) Penguat bebas – di belakang atau di hadapan:

(a) Pemandangan di pantai itu amat indah.(b) Pemandangan di pantai itu indah amat.

&(c) Pahlawan itu sungguh berani.(d) Pahlawan itu berani sungguh.

Page 21: FRASA KERJA (FK)

Binaan Frasa AdjektifSusunan Frasa Adjektif dalam AyatTerdapat 3 jenis kedudukan frasa adjektif dalam ayat:

(i) Selepas subjek sebagai predikat.(ii) Selepas frasa kerja sebagai adverba (keterangan).(iii) Selepas frasa nama sebagai penerang.

(i) Frasa Adjektif sebagai Predikat

Rumah Ali sangat sederhana (Subjek) (Predikat)

Susunan ini boleh disongsangkan:

Sangat sederhana rumah Ali (Predikat) (Subjek)

Page 22: FRASA KERJA (FK)

Binaan Frasa AdjektifFrasa Adjektif sebagai Keterangan

Kanak-kanak itu berjalan sangat cepat (Subjek) FK (FA -Adverba)

Mereka pulang segera. (Subjek) FK (FA-adverba) Frasa Adjektif sebagai penerang Kata Nama

Pelajar itu memakai pakaian baru.(Subjek) FK FN (FA-Penerang)

Mereka merupakan penutur asli bahasa itu.(Subjek) FK FN (FA-Pnrg) FN

Page 23: FRASA KERJA (FK)

Penanda Frasa Adjektif

Terdapat beberapa penanda untuk menentukan justifikasi tentang frasa adjektif

(i) mengikuti/menerangkan kata nama.(ii) kata penguat yang boleh terletak di hadapan dan di belakang suatu kata adjektif.(iii) didahului oleh ‘yang’.

(a) Dia memakai baju merah.(b) Mukanya amat pucat.(c) Murid lelaki itu rajin sekali.(d) Budak yang sakit itu telah meninggal dunia.

Page 24: FRASA KERJA (FK)

Penanda Frasa Adjektif

Penanda Frasa Adjektif (Unsur Keterangan/adv)

(i) Adverba/keterangan cara.(a) Lukanya baik dengan sendirinya.(b) Pokok itu segar dengan cepatnya.

(ii) Adverba/keterangan bandingan.

(a) Buahnya manis ibarat gula.(b) Suaranya merdu seperti buluh perindu.

Page 25: FRASA KERJA (FK)

Penanda Frasa Adjektif

(iii) Adverba hal atau keadaan.(a) Pegawai itu selalu sibuk dengan tugasnya.(b) Budak itu pandai dalam semua mata pelajaran.

(iv) Adverba tujuan.

(a) Kita mersti rajin untuk berjaya.(b) Rumah kita mesti bersih demi kesihatan hidup kita.

Page 26: FRASA KERJA (FK)

Penanda Frasa Adjektif(v)Adverba kekerapan.

(a) Murid itu sering lewat.(b) Bayi itu sakit selalu.

(vi) Adverba terhadap.

(a) Raja itu sungguh kasih akan rakyatnya.(b) Kita harus cinta akan tanah air.

(vii) Adverba musabab.(a) Dia malas oleh sebab keletihan.(b) Makanan itu sedap kerana cukup bahan-bahannya.

Page 27: FRASA KERJA (FK)

Penanda Frasa Adjektif

(viii) Adverba waktu.(a) Mempelam masam ketika masih muda.(b) Dia telah mahir dalam masa dua minggu sahaja.

(ix) Adverba tempat.(a) Wanita itu sakit pada bahagian perutnya.(b) Bentuknya tirus pada bahagian atasnya.

Page 28: FRASA KERJA (FK)

Frasa Adjektif dan Ayat Komplemen

Sebagai predikat, adjektif dapat diikuti oleh ayat komplemen ayat majmuk.

(a) Dia insaf bahawa dia perlu membaiki prestasinya.

(b) Mereka percaya bahawa berita itu benar.

Page 29: FRASA KERJA (FK)

Adjektif

Kesimpulan:

Sebagai predikat – binaan yang boleh terdiri daripada beberapa unsur:

Kata Bantu + Kata Penguat + Kata Adjektif + Kata Adjektif + Adverba (keterangan) +

Ayat Komplemen

Page 30: FRASA KERJA (FK)

AdjektifCth:masih kuat(KBantu) + (adj) sungguh cantik (KPenguat) + (adj) masih agak kecil(Kbantu) + (Kpenguat) + (adj) besar sekali(adj) + (Kpenguat)

Page 31: FRASA KERJA (FK)

Adjektif

masih awal sangat(Kbantu) + (adj) + (Kpenguat) sangat baik benar(Kpenguat) + (adj) + (Kpenguat) sangat sibuk dengan tugasnya(Kpenguat) + (Adj) + (Adverba)

Page 32: FRASA KERJA (FK)

Adjektif

sangat sedar bahawa kita masih lemah(Kpenguat) + (adj) + (ayat komplemen) percaya sungguh bahawa dia boleh berjaya(Adj) + (Kpenguat) + (ayat komplemen) masih riang gembira(Kbantu) + (adj) + (adj)

Page 33: FRASA KERJA (FK)

Rajah pohon Frasa Adjektif

FA FA

Pgt Adj Adj Pgt

terlalu nakal lambat benar

Page 34: FRASA KERJA (FK)

Rajah pohon Frasa Adjektif (samb.)

FA FA

Adj FA KB Adj Pgt

Adj

riang gembira masih awal sangat

Page 35: FRASA KERJA (FK)

FRASA SENDI NAMA (FS)

Sekumpulan kata yang terdiri daripada kata sendi serta frasa nama sebagai objek kata sendi itu.

Di ke dari pada untuk kepada

Binaan Frasa Sendi NamaFS boleh terbentuk daripada salah satu binaan berikut:

Kata Sendi Nama + Frasa NamaKata Sendi Nama + Kata Nama Arah + Frasa NamaKata Sendi Nama + (Kata Nama Arah) + Frasa Nama + (Frasa Keterangan)

Page 36: FRASA KERJA (FK)

BINAAN FRASA SENDI NAMA

(i) Kata Sendi Nama + Frasa Nama

Kata Sendi Nama wujud sebagai perkataan yang letakknya di hadapan suatu frasa nama.

Page 37: FRASA KERJA (FK)

FRASA SENDI NAMA

Kata Sendi Nama Frasa Namadi rumahdaripada seorang temansejak zaman dahuluuntuk ahli baharu

Page 38: FRASA KERJA (FK)

BINAAN FRASA SENDI NAMA

(ii) Kata Sendi Nama + (Kata Nama Arah) + Frasa Nama

Kata sendi nama wujud juga sebagai perkataan yang letaknya di hadapan frasa nama yang didahului satu unsur kata nama arah.

W/bagaimanapun, frasa sendi nama boleh juga wujud tanpa kata nama arah:

(a) di (belakang) rumah

(b) dari (dalam) hati(c) dengan (belakang) parang(d) untuk (dalam) negeri

Page 39: FRASA KERJA (FK)

BINAAN FRASA SENDI NAMA

(iii) Kata Sendi Nama + (Kata Nama Arah) + Frasa Nama + (Frasa Keterangan)

Terbentuk apabila frasa nama yang menjadi pelengkap kepada kata sendi nama itu diikuti oleh keterangan.

Seperti ayat komplemen juga, unsur keterangan hadir secara pilihan.

(a) ke (utara) negeri Jepun (pada tahun lalu)(b) dari (selatan) Johor (dengan bapanya).(c) Di (atas) pangkuan ibunya (setiap waktu).

Page 40: FRASA KERJA (FK)

Kedudukan/Fungsi FSN dlm Ayat

(i) Predikat Frasa Sendi Nama

Frasa sendi nama boleh hadir sebagai predikat dalam pola ayat dasar bahasa Melayu:

Rumahnya di bandar.Asal kapas daripada benang.Hadiah itu untuknya.Mereka ke sawah setiap pagi.

Page 41: FRASA KERJA (FK)

Kedudukan/Fungsi FSN dlm Ayat

(ii) Frasa Sendi Nama sebagai Keterangan

Frasa sendi nama boleh wujud sebagai unsur keterangan kepada frasa kerja, frasa adjektif dan frasa nama.

Page 42: FRASA KERJA (FK)

Kedudukan/Fungsi FSN dlm Ayat

(a) Keterangan Frasa Kerja

Boleh mendokong makna: keterangan masa, tempat, bandingan, tujuan, hal, penyertaan, dan alat.

Kereta api bertolak pada pukul lima. (masa)Dia berbicara tentang perkara itu. (hal)Bapanya memukul dengan kayu ular itu. (alat)Saya datang dengan teman. (penyertaan)

Page 43: FRASA KERJA (FK)

Kedudukan/Fungsi FSN dlm Ayat

(b) Keterangan frasa adjektif

Mendukung makna keterangan bandingan, hal, masa, dan tujuan.

Budak itu kurus seperti galah. (bandingan)Bayi itu selalu lapar pada waktu pagi. (masa)Dia selalu sibuk dengan pekerjaannya. (hal)

Page 44: FRASA KERJA (FK)

Kedudukan/Fungsi FSN dlm Ayat

(c) Keterangan frasa nama

Mendukung makna keterangan tempat, pembuat, sumber, masa, asal dan tujuan:

(a) Kain daripada sutera mahal harganya. (asal)

(b) Saya sudah membeli pakaian untuk hari raya. (tujuan)

(c) Wang pada saya ini ialah wang baki simpanannya. (tempat)

Page 45: FRASA KERJA (FK)

RUJUKAN

Abdullah Hassan dan Ainon Muhammad. (1994). Bahasa Melayu untuk maktab perguruan. Kuala Lumpur: Fajar Bakti.

Nik Safiah Karim et. al (1984). Tatabahasa Dewan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Page 46: FRASA KERJA (FK)

~ SEKIAN ~