Click here to load reader
Upload
mohd-ridhwan
View
271
Download
9
Embed Size (px)
Citation preview
TAMADUN ISLAM
&
TAMADUN ASIA
BIL. NAMA PELAJAR NO. KAD MATRIK
NO. KAD TELEFON
1. AZLAN BIN MISLI YA2012-2139 010 2258834
2. ERMA ABDUL RAHIM YA2012-2052 019 8937819
3. ISNIAH MADJAL YA2010-2050 013 5587295
4. LINGUAN BIN GOLOK YA2012-2080 010 2660215
5. AG. MOHD. RIDHWAN BIN DAUD YA2012-2082 016 8258183
KEUNIKAN KONSEP SATU MALAYSIA ( 1 M )
KONSEP 1 MALAYSIA
Cabaran globalisasi yang melanda seluruh dunia ketika ini, memerlukan setiap negara
menyusun strategi masing-masing agar tidak tersisih daripada arus kemajuan dunia dan
menjadi mangsa penindasan pihak tertentu. Bagi menghadapi keadaan ini, seluruh rakyat
Malaysia, tanpa mengira keturunan dan anutan agama, perlu bergerak seiring sebagai satu
bangsa, yakni Bangsa Malaysia yang berfikir dan bertindak ke arah mencapai matlamat yang
sama iaitu membina sebuah negara yang lebih maju, selamat, aman dan makmur serta
mampu bersaing dengan masyarakat lain di dunia.
Bagi melahirkan Bangsa Malaysia yang lebih berdaya tahan dalam menghadapi pelbagai
cabaran yang dibawa oleh arus globalisasi, termasuk dalam bidang sosial, ekonomi dan
politik, maka Perdana Menteri, YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak memperkenalkan
Gagasan 1Malaysia yang berpaksikan prinsip “Rakyat Didahulukan, Pencapaian
Diutamakan”. Konsep ini bertepatan dengan cita rasa rakyat Malaysia dan sejajar dengan
peruntukan yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Prinsip-Prinsip Rukun
Negara.
Gagasan 1Malaysia menurut penjelasan YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak: “Kita
berdiri, kita berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia. Dan kita mengambil tindakan-
tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam negara kita;
Ini bukan bererti kita mengetepikan dasar afirmatif, dasar untuk menolong kaum
Bumiputera asalkan dasar itu dilaksanakan dengan cara yang adil dan memberi
pertimbangan kepada golongan Bumiputera yang layak mendapat sesuatu pertimbangan
daripada kerajaan. Kita keluar daripada cara bertindak dalam tembok etnik yang kita
amalkan sejak sekian lama”1.
1 KUALA LUMPUR, 15 Jun 2009 (Bernama), Datuk Seri Najib Tun Razak
1 Malaysia adalah satu gagasan bagi memupuk perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang
berbilang kaum, berteraskan beberapa nilai-nilai penting yang seharusnya menjadi amalan
setiap rakyat Malaysia. Ia bukan satu dasar baru yang terpisah dari dasar-dasar kerajaan
Barisan Nasional sebelum ini, sebaiknya merupakan pelengkap kepada pendekatan-
pendekatan yang sedia ada untuk mengukuhkan lagi perpaduan bagi menjamin kestabilan
ke arahmencapai kemajuanyang lebih tinggi bagi rakyat dan negara Malaysia. Dalam erti
kata yang lain 1 Malaysia digagaskan sebagai satu formula yang akan membantu
memastikan aspirasi Negara, iaitu Wawasan 2020 tercapai jika ia diterapkan ke dalam
sanubari rakyat dan diamalkan oleh setiap lapisan masyarakat.Syarat yang paling utama
yang perlu ada untuk mencapai Wawasan 2020 ialah adanya sebuah negara yang kukuh dan
stabil dan ini hanya akan dapat dicapai apabila rakyatnya bersatu padu.2
Perpaduan yang digambarkan oleh gagasan 1 Malaysia ini amat berbeza daripada konsep
asimilasi yang diamalkan di negara-negara lain di mana identiti kaum-kaum etnik
dilenyapakndan diganti dengan satu identity nasional yang sama. Hal yang demikian amat
berbeza dengan konsep yang diketengahkan dalam konsep 1 Malaysia, di mana dalam
konsep ini ia lebih menghormati dan menghargai prinsip-prinsip Perlembagaan Persekutuan
serta identity etnik setiap kaum di Malaysia. Hal ini sepatutnya menjadi satu asset dan
kebanggaan serta kelebihan kepada Malaysia.
1 Malaysia menekankan sikap penerimaan di kalangan rakyat berbilang kaum. Sebagai
contoh, sesuatu kaum itu menerima keunikan kaum yang lain seadanya agar dapat kita
hidup bersama dalam keadaan yang saling menghormati sebagai rakyat dalam satu negara.
Prinsip keadilan adalah menjadi asas kepada timbulnya idea 1 Malaysia ini, di mana ia
membawa maksud bahawa nasib semua kaum akan terbela dan tiada mana-mana pihak
akan dipinggirkan. Oleh yang demikian, dalam idea 1 Malaysia ini, ia mestilah mengambil
kira taraf kemajuan kaum-kaum yang berada pada tahap yang berbeza. Oleh itu, dasar-dasar
dan peruntukan-peruntukan Perlembagaan kepada golongan yang memerluakn tetap akan
dilaksanakan. Justeru idea ini boleh diguna pakai untuk meneruskan agenda membina
2 sumber: [www.1malaysia.com.my] Booklet 1Malaysia (http://www.1malaysia.com.my/images/1Malaysia/Booklet/pdf_download.php)
negara. Untuk mencapai kemajuan dalam sesebuah negara itu, rakyat perlulah dimajukan
terlebih dahulu, dan ini perlu dimulakan dengan membentuk sikap penerimaan antara kaum
yang membawa kepada perpaduan yang kukuh dan utuh.Apabila perpaduan tercapai, maka
urusan pembangunan negara akan berjalan dengan lancar3.
32.sumber: [www.1malaysia.com.my] Booklet 1Malaysia (http://www.1malaysia.com.my/images/1Malaysia/Booklet/pdf_download.php)
ASPEK ASPEK UTAMA 1 MALAYSIA
Konsep 1 Malaysia digagaskan akan terlaksana dalam dua aspek utama seperti berikut :
Aspek Penerapan Teras-teras Perpaduan
Menerapkan teras-teras perpaduan sebagai budaya dan amalansemua rakyat
Malaysia. Teras perpaduan ini adalah komponen asas yang menguatkan semangat
bersatu padu di kalangan rakyat berbilang kaum. Teras perpaduan ini didokongi oleh
nilai-nilai murni yang seharusya mendasari cara hidup rakyat Malaysia.
Aspek Penerapan Nilai-nilai Aspirasi
Nilai-nilai aspirasi yang digagaskan dalam konsep 1 Malaysia lalah nilai-nilai yang
perlu ada pada masyarakat progresif dan dinamik yang akan memacu negara ke arah
mencapai status negara maju. Nilai-nilai aspirasi ini akan membantu dalam
mewujudkan tenaga kerja yang berdaya majudan mampu bersaing dalam
persekitaran global dan ini seterusnya membantu melonjakkan kedudukan ekonomi
negara ke tahap yang lebih kukuh dan mantap4.
4 sumber: [www.1malaysia.com.my] Booklet 1Malaysia (http://www.1malaysia.com.my/images/1Malaysia/Booklet/pdf_download.php)
TERAS TERAS PERPADUAN
Penerimaan
1 Malaysia menekankan sikap penerimaan di kalangan rakyat berbilang kaum, di
mana sesuatu kaum menerima keunikan kaum lain yang seadanya agar dapat kita
hidup bersama dalam keadaan saling hormat menghormati sebagai rakyat dalam
satu negara.Ia adalah peningkatan ketara dari sikap toleransi semata-mata.
Prinsip-prinsip Kenegaraan yang berasaskan :
Perlembagaan persekutuan
Rukun negara
Keadilan Sosial
Semua rakyat Malaysia akan terbela dan tiada mana-mana pihak akan dipinggirkan.
Keadilan ini mestilah mengambil kira taraf kemajuan kaum-kaum yang berada pada
tahap berbeza Oleh itu, dasar-dasar kerajaan dan peruntukan-peruntukan
Perlembagaan yang memberikan pembelaan kepada golongan yang memerlukannya
akan tetap dilaksanakan5.
5 sumber: [www.1malaysia.com.my] Booklet 1Malaysia (http://www.1malaysia.com.my/images/1Malaysia/Booklet/pdf_download.php)
PENERAPAN NILAI-NILAI MURNI
Ketiga-tiga Teras Perpaduan ini akan didokongi oleh nilai-nilai murni. Antara nilai-nilai yang
perlu dititikberatkan adalah seperti yang berikut :
Hormat Menghormati
Hormat menghormati antara semua kaum termasuklah menghormati adat resam
serta budaya kaum lain. Rasa hormat ini juga menuntut kita tidak mengeluarkan
kata-kata kesat tentang kaum lain dan juga tidak mempersoalkan peruntukan-
peruntukan undang-undang yang menyentuh sensitivity kaum.
Rendah Hati ( Tawadhuk )
Rasa rendah hati atau Tawadhuk adalah perasaan insaf bahawa kita semua adalah
rakyat dalam satu negara yang sama dan kita perlu hidup bersama secara harmoni.
Ia juga merangkumi pengertian bahawa setiap kaum, malah setiap individu ada
kelemahan dan kelebihannya yang tersendiri, oleh yang demikian kita haruslah
memanfaatkan kelebihan masing-masing demi untuk memperkukuhkan masyarakat
dan negara.
Kesederhanaan
Kesederhanaan ialah pendekatan sederhana dalam apa jua isu yang berbangkit.
Dalam negara bermasyarakat majmuk seperti Malaysia ini, tindakan dan tutur kata
bersifat ekstrem langsung tidak boleh diterima kerana ia boleh membawa kepada
ketidakstabilan social yang lebih parah.
Berbudi Bahasa
Budi bahasa ialah tuturkata dan tingah laku yang tertib dan berpaksiakn kesantunan
dalam segala interaksi dan perhubungan dengan pihak lain bagi menjana kerjasama
dan permuafakatan yang lebih erat lagi6.
6 sumber: [www.1malaysia.com.my] Booklet 1Malaysia (http://www.1malaysia.com.my/images/1Malaysia/Booklet/pdf_download.php)
NILAI NILAI ASPIRASI
( RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN )
Dalam melaksanakan aspek kedua gagasan 1 Malaysia, nilai-nilai berikut perlulah diberikan
penekanan:
Budaya Berprestasi Tinggi
Sifat memastikan setiap perkara dan setiap tugas yang dilakukan mencapai
tahapyang terbaik. Sikap sambil lewa dan “acuh tak acuh” tidak boleh wujud dalam
masyarakat yang berdaya maju.
Budaya Ketepatan
Sebagai rakyat sebuah negara yang berhasrat mencapai status negara maju, rakyat
Malaysia perlu dikenali dengan budaya ketepatan, termasuklah menepati waktu dan
mengutamakan kecekapan dalam melaksanakan semua tugas dan kewajipan.
Budaya Ilmu
Sesebuah negara hanya akan benar-benar maju dan berjaya apabila rakyatnya
memiliki ilmu pengetahuan yang tinggi. Budaya ilmu ialah kecenderungan untuk
sentiasa memburu pengetahuan yang terkini dan kesediaan untuk menimba ilmu
sepanjang hayat.
Integriti
Rakyat Malaysia perlu memiliki integrity yang tinggi dalam melaksanakan sebarang
tugas dan tanggungjawab agar bangsa sentiasa disegani dan dihormati oleh semua
pihak.Integriti merangkumi sifat-sifat amanah, bersih dan cekap dalam melakukan
sebarang tugas dan melaksanakan tanggungjawab7.
NILAI NILAI ASPIRASI
7 sumber: [www.1malaysia.com.my] Booklet 1Malaysia (http://www.1malaysia.com.my/images/1Malaysia/Booklet/pdf_download.php)
( RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN )
Ketabahan
Ketabahan dalam mengharungi masalah dan cabaran yang mendatang. Rakyat
Malaysia seharusnya bersifat tidak mudah mengaku kalah, sebaliknya perlu memiliki
keyakinan diri yang tinggi serta semangat juang yang kental dalam apa jua bidang
yang diceburi.
Kesetiaan
Kesetiaan sepenuhnya kepada negara Malaysia dan kesediaan untuk berbakti dan
berkorban demi negara tercinta.
Kebijaksanaan
Merupakan cara berhadapan dengan sebarang masalah dengan penuh berhemah
dan teliti agar tidak berlaku perkara-perkara yang menyinggung hati dan perasaan
mana-mana pihak yang lain.
Budaya Inovasi
Aspek ini menuntut kita sebagai rakyat Malaysia untuk mencuba perkara baru dan
berinovasi dalam apa jua lapangan yang kita ceburi. Rakyat Malaysia perlu dikenali
sebagai individu-individu yang mampu menjadi pemimpin dalam bidang masing-
masing. Kita mestilah berani berubah untuk kebaikan, berani untuk mencari
penyelesaian baru dalam menangani masalah dan sentiasa bersedia untuk menjadi
perintis dalam setiap bidang yang diterokai8.
KONSEP 1MALAYSIA HAPUS POLARISASI KAUM 8 sumber: [www.1malaysia.com.my] Booklet 1Malaysia (http://www.1malaysia.com.my/images/1Malaysia/Booklet/pdf_download.php)
SELARAS dengan konsep 1Malaysia yang mempromosikan perpaduan dan semangat
kekitaan di kalangan rakyat Malaysia melalui prinsip hormat menghormati dan kepercayaan
di antara satu sama lain, pelajar dan belia daripada pelbagai kaum perlu menghapuskan
polarisasi kaum.Sebaliknya mereka harus berusaha untuk mengenali antara satu sama lain
dan menjalinkan persahabatan dengan mereka yang berlainan kumpulan etnik.
Kesedaran dan usaha berterusan harus dilakukan kerajaan termasuk pembaharuan sistem
pendidikan, bagi membantu generasi pemimpin negara yang akan datang untuk mencapai
objektif penting iaitu membina perpaduan dalam kepelbagaian.Belia dan remaja sepatutnya
tidak menganggap bahawa seseorang yang sedang duduk di sebelah mereka adalah
berlainan bangsa dan agama. Sebaliknya, mereka harus menyedari bahawa yang duduk di
sebelah mereka adalah seorang rakan.
Warga belia daripada pelbagai bangsa harus berusaha memperkukuhkan lagi integrasi kaum
yang menjadi tunggak perpaduan negara. Dalam semua jenis acara, sama ada dalam sukan
mahupun aktiviti kokurikulum, usaha yang praktikal harus diambil bagi menyatupadukan
belia negara supaya mereka dapat berinteraksi di antara satu sama lain.
Sekolah adalah tempat terbaik untuk mempromosikan integrasi kaum. Guru dan ibu bapa
harus memainkan peranan masing-masing dalam membantu proses itu. Ibu bapa harus
menggalakkan anak mereka untuk bergaul dengan mereka yang berlainan kaum bagi
mewujudkan lebih persefahaman di antara agama, budaya dan cara hidup.Usaha berterusan
juga harus di ambil bagi menghapuskan polarisasi kaum, terutama di kalangan pelajar yang
berlainan kaum.Pelajar pada hari ini adalah pemimpin pada masa akan datang. Di bahu
mereka terletaknya tanggungjawab dalam membina negara yang bersatu-padu dengan satu
matlamat yang dikongsi bersama9.Usaha untuk menyemai nilai-nilai murni dan objektif
mulia berkaitan dengan perpaduan ini harus dimulakan di peringkat sekolah rendah lagi
supaya kita dapat menghasilkan generasi akan datang yang sedar mengenai tanggungjawab
mereka terhadap pembinaan negara.
9 Sumber : Berita Harian ( 27 Mei 2009), TAN SRI LEE LAM THYE
Kita harus mengambil semua langkah berpatutan bagi memastikan sistem pendidikan pada
peringkat pra universiti tidak menyumbang ke arah polarisasi yang tidak sihat di kampus
universiti kita.Sekolah, kolej dan institusi pendidikan swasta perlu mengambil usaha bagi
mencegah polarisasi kaum pada peringkat institusi masing-masing.Kita perlu kembali ke
pengetahuan asas iaitu mematuhi Rukun Negara dan lima prinsipnya.Antara prinsip tersebut
ialah Kepercayaan Kepada Tuhan, Kesetiaan Kepada Raja dan Negara, Keluhuran
Perlembagaan, Kedaulatan Undang-Undang dan Kesopanan dan Kesusilaan yang menjadi
cahaya pedoman untuk membina Malaysia yang bersatu-padu.Perpaduan dan keharmonian
kaum harus menjadi sebahagian daripada budaya kita serta dapat mewujudkan lebih banyak
peluang kepada orang ramai dari pelbagai kaum untuk berjumpa dan menjalinkan
persahabatan yang lebih akrab demi masa depan negara10.
Sebagai kesimpulannya, konsep satu Malaysia akan membawa aspirasi untuk memperkukuh
hubungan kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalinkan perpaduan yang lebih
erat berlandaskan kehendak prinsip Rukun Negara. Melalui konsep 1 Malaysia ini tidak akan
wujud perasaan tidak berpuas hati kepada mana-mana kaum kerana semua rakyat ialah
bangsa Malaysia dan rakyat Malaysia yang mempunyai satu hala tuju dan cita rasa untuk
bersama-sama memajukan negara. Rakyat perlu menumpahkan kesetiaan dengan
sepenuhnya kepada negara. Kerajaan khususnya perlu menagih komitmen dan pengertian
menyeluruh semua pihak terhadap kepentingan perpaduan negara dan peranan gagasan 1
Malaysia dalam membantu merealisasikan impian dalam membentuk sebuah negara
bangsa. Keharmonian negara yang dikecapi dan keamanan menyirup udara segar hasil
kemerdekaan perlu dikekalkan supaya keaman dan perpaduan ini tetap berterusan hingga
kepada generasi akan datang.
10 sumber: [www.1malaysia.com.my] Booklet 1Malaysia (http://www.1malaysia.com.my/images/1Malaysia/Booklet/pdf_download.php)