Fungsi Trigo (6)lkkjlk

Embed Size (px)

DESCRIPTION

kjlk

Citation preview

Fungsi Trigonometri

Menerusi pemerhatian terhadap graf yang telah dilakarkan, kami medapati bahawa fungsi trigonometri bagi fungsi kos mempunyai bentuk dan ciri-ciri yang tersendiri, fungsi kos adalah berbentuk seperti U dan berkala. Satu kitaran bagi fungsi f(x) = kos x adalah dari 0 hingga 2(x=6.28) Selain itu, nilai y bagi graf kos (x) adalah -1 hingga 1.

Satu kitaran penuh fungsi kos dari a hingga c.

p(x) = kos x p(x) = kos x + yApabila persamaan fungsi adalah p(x) = 4 + kos x, graf fungsi kos akan beranjak 4 unit ke atas secara mencancang berbanding dengan kos x. Secara umumnya, persamaan adalah p(x) = kos x + y dimana y adalah pemalar. Apabila kos x ditambahkan dengan nilai y, graf kos x akan beranjak y unit ke atas secara mencancang, dan ia akan beranjak y unit ke bawah apabila ditolak dengan nilai y.

p(x) = kos x - y

g(x) = cos xg(x) = cos 4xBagi persamaan g(x) = kos 4x pula graf fungsi kos akan mengalami 4 kitaran berbanding dalam lingkungan 0 hingga 2. Persamaan umum adalah g(x) = kos (yx) dimana y adalah pekali. Apabila pekali adalah y, maka graf kos akan mengalami y kitaran dalam lingkungan 0 hingga 2.

1432

y=4Bagi persamaan fungsi h(x) =4 kos x, kami dapat melihat dengan jelas bahawa nilai y bagi graf fungsi kos berukar kepada -4 hingga 4.Tetapi, kitaran graf kos masih sama dengan graf h(x) = kos x. Persamaan umum adalah h(x)= z kos (x) dimana z adalah pekali. Nilai z bersamaan dengan nilai y.

y=4