Upload
lim8899
View
242
Download
6
Embed Size (px)
Citation preview
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN
KESEDARAN KOMUNITI ASEAN
DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
DI SEKOLAH
Bahagian Pembangunan Kurikulum KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ARAS 4-8, BLOK E9 KOMPLEKS KERAJAAN PARCEL E PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN 62604 PUTRAJAYA
1
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN KESEDARAN KOMUNITI ASEAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI SEKOLAH
Latar Belakang 1. Kesatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) merupakan
kesatuan yang melibatkan hubungan serantau dan saling menyokong
demi kepentingan bersama. ASEAN merupakan komuniti yang terdiri
daripada Brunei Darusalam, Filipina, Indonesia, Kemboja, Lao PDR,
Malaysia, Myanmar, Singapura, Thailand dan Vietnam yang
rakyatnya mengamalkan pelbagai budaya, agama dan bahasa.
2. Mesyuarat Jemaah Menteri telah meluluskan cadangan Kementerian
Luar Negeri untuk mengadakan Program Seranta ASEAN bagi tahun
2014 dan 2015.
3. Mesyuarat Ketua Bahagian Bil. 9/2014 pada 20 Jun 2014 yang
dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha, Kementerian Pendidikan
Malaysia, telah memutuskan supaya melaksanakan aktiviti kesedaran
tentang Komuniti ASEAN bermula dari peringkat sekolah hingga
pengajian tinggi sebagai persediaan awal untuk menghadapi
Mesyuarat ASEAN di Malaysia pada tahun 2015.
4. Mesyuarat Program Fokus Utama Komuniti ASEAN Kementerian
Pendidikan Malaysia, Bil. 2 pada 16 Julai 2014, yang dipengerusikan
oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Operasi Pendidikan)
memutuskan pelaksanaan program kesedaran Komuniti ASEAN,
2
publisiti dan promosi Komuniti ASEAN di peringkat sekolah, Institut
Pendidikan Guru dan Matrikulasi.
Tujuan
5. Garis Panduan ini bertujuan membolehkan pihak sekolah
meningkatkan pengetahuan dan kesedaran berkaitan Komuniti
ASEAN dalam kalangan murid prasekolah, rendah dan menengah.
Kaedah Pelaksanaan
6. Terdapat 2 kaedah pelaksanaan bagi menerapkan kesedaran
Komuniti ASEAN.
6.1 Kaedah Bertema
Guru boleh menyampaikan maklumat kesedaran Komuniti
ASEAN kepada murid melalui tema dan tajuk sedia ada dalam
mata pelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Sejarah dan
Geografi seperti dalam Lampiran 1 (sekolah rendah) dan
Lampiran 2 (sekolah menengah). Guru digalakkan mencari
sumber-sumber lain yang berkaitan dengan Komuniti ASEAN
bagi mengukuhkan pemahaman dan penghayatan murid.
6.2 Kaedah Sisipan
Guru yang mengajar mata pelajaran lain pula hendaklah
menyampaikan maklumat kesedaran Komuniti ASEAN kepada
murid melalui kaedah sisipan. Kaedah ini dilaksanakan semasa
PdP dengan menyisipkan bidang mengikut kesesuaian seperti
dalam Lampiran 3.
3
Tempoh Pelaksanaan
7. Program kesedaran komuniti ASEAN dilaksanakan sepanjang tahun
2015. Walau bagaimanapun, kesedaran tentang Komuniti ASEAN
ini perlu dipupuk menerusi PdP yang terdapat dalam kurikulum
persekolahan secara berterusan.
Pemantauan
8. Pihak pentadbir hendaklah memastikan program ini dilaksanakan di
sekolah dengan mengadakan pemantauan dan menyediakan
laporan pelaksanaan Komuniti ASEAN dalam PdP di sekolah
masing-masing untuk rujukan pihak-pihak tertentu.
Penutup
9. Program tentang kesedaran Komuniti ASEAN hendaklah
dilaksanakan bermula di peringkat prasekolah, rendah dan
menengah bagi memberi kesedaran kepada generasi muda tentang
pentingnya Komuniti ASEAN untuk dihayati bersama. Diharapkan
kesedaran yang lahir tersebut akan memberi memberi impak ke
arah melahirkan generasi yang dapat menghayati nilai, norma,
budaya, bahasa, adab resam serta memahami keadaan ekonomi
dan politik dalam kalangan anggota negara ASEAN.
Bahan Rujukan
Bahan yang dicadangkan untuk rujukan guru:
ASEAN Curriculum Sourcebook (www.asean.org/www.semeo-
innotech.org)
LAMPIRAN 1a
KAEDAH BERTEMA: PELAKSANAAN PENERAPAN KOMUNITI ASEAN DALAM KURIKULUM BAHASA MALAYSIA SEKOLAH RENDAH
Tahap 2 Tema/Tajuk Standard Pembelajaran/Hasil
Pembelajaran
Tahun 4
Kemasyarakatan: Sosiobudaya Komuniti ASEAN a. Bahasa b. Pakaian c. Makanan d. Gaya hidup
(kebudayaan) e. Agama dan
kepercayaaan f. Permainan g. Seni warisan
Mana-mana Standard Pembelajaran kemahiran bahasa yang sesuai bergantung pada bahan dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Tahun 5
Kemasyarakatan: Alam Sekitar Komuniti ASEAN a. Kedudukan geografi b. Bentuk muka bumi c. Tempat menarik d. Tapak warisan
Mana-mana Standard Pembelajaran kemahiran bahasa yang sesuai bergantung pada bahan dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Tahun 6
Kemasyarakatan: Politik dan Ekonomi Komuniti ASEAN
a. Sejarah negara b. Identiti Negara c. Sumber ekonomi d. Kerjasama serantau
Mana-mana Hasil Pembelajaran/Standard Pembelajaran kemahiran bahasa yang sesuai bergantung pada bahan dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
LAMPIRAN 1b
KAEDAH BERTEMA: PELAKSANAAN PENERAPAN KOMUNITI ASEAN DALAM KURIKULUM BAHASA INGGERIS SEKOLAH RENDAH
Year
Themes
Learning Standards/ Learning Outcomes
Year 4
1. World of Self, Family and Friends.
a. Language b. Food c. Hobby d. Good Moral Values
2. World of Knowledge a. Religion and beliefs b. Importance of water
3. World of Stories a. Folktales b. Poems
Choose the learning standards which are appropriate depending on the teaching and learning activities.
Year 5
1. World of Self, Family and Friends.
a. Community b. Games c. Clothing
2. World of Knowledge a. Festivals b. Economic resources c. Places of interest d. Artistic heritage
3. World of Stories a. Myths and legends
Choose the learning standards which are appropriate depending on the teaching and learning activities.
Year 6
1 World of Self, Family and Friends.
a. Lifestyle b. Culture
2. World of Knowledge a. Climate b. Pollution c. Nature d. Natural disaster
3. World of Stories a. graphic novels
Choose the learning outcomes which are appropriate depending on the teaching and learning activities.
LAMPIRAN1c
KAEDAH BERTEMA: PELAKSANAAN PENERAPAN KOMUNITI ASEAN DALAM KURIKULUM SEJARAH & KAJIAN TEMPATAN SEKOLAH RENDAH
SEJARAH
Tahap 2 Standard/Kandungan
Pembelajaran Huraian
Tahun 4
Zaman Air Batu 2.1.2 Menyatakan perubahan yang berlaku pada zaman air batu 2.1.3 menamakan benua dan lauatan di dunia
Bagi tajuk ini murid di perkenalkan tentang pembentukan benua yang bermula dari sebuah pentas sunda sehingga terbentuk nya benua dan lautan yang ada sehingga hari ini. Murid akan menyenaraikan benua dan lautan yang turut melibatkan ASEAN.
Kerajaan Melayu Awal 4.1.1 Menamakan Kerajaan- kerajaan Melayu Awal 4.1.2 Mengenalpasti lokasi kerajaan Melayu 4.1.3 Menamakan laut, selat, teluk dan pulau. 4.1.4 menyatakan aktiviti berasaskan laut dalam kerajaan-kerajaan Melayu
Tajuk ini memperkenalkan sejarah awal Asia Tenggara
Tahun 5
Institusi Raja 6.1.4 Menyenaraikan negara-negara lain di Asia Tenggara yang mengamalkan sistem pemerintahan beraja
Aspek sistem pemerintahan sistem beraja
Bahasa Melayu 6.3.1 Menyatakan asal usul Bahasa Melayu 6.3.3 Menyatakan taburan penutur Bahasa Melayu di dunia
Melibatkan kawasan di sekitar Asia Tenggara
LAMPIRAN1c
Identiti negara 9.2.5 Mengenal bendera kebangsaan negara-negara di Asia Tenggara. 9.5.4 Mengenalpasti bunga kebangsaan negara di Asia Tenggara.
KAJIAN TEMPATAN
Tahap 2 Tajuk/Hasil Pembelajaran Huraian
Tahun 6
Pembentukan Malaysia 2. Menyatakan negeri dalam gagasan awal pembentukan Malaysia
a. Persekutuan Tanah Melayu
b. Singapura c. Brunei d. Sabah e. Sarawak
Aspek negara-negara Asia Tenggara yang terlibat semasa pembentukan Malaysia.
LAMPIRAN 2a
KAEDAH BERTEMA: PELAKSANAAN PENERAPAN KOMUNITI ASEAN DALAM KURIKULUM BAHASA MALAYSIA SEKOLAH MENENGAH
Tingkatan Tema/Tajuk Hasil Pembelajaran
Tingkatan 1
Sastera Tradisional Warisan Bangsa a. Bahasa b. Kisah lagenda warisan c. Seni warisan
Mana-mana Hasil Pembelajaran kemahiran bahasa yang sesuai bergantung pada bahan dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran
Tingkatan 2
Keunikan Seni Warisan a. Bahasa b. Kisah lagenda warisan c. Seni warisan d. Tapak warisan
Mana-mana Hasil Pembelajaran kemahiran bahasa yang sesuai bergantung pada bahan dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran
Tingkatan 3
Budaya Berbilang Warisan Bersama a. Bahasa b. Pakaian c. Makanan d. Gaya Hidup
(Kebudayaan) e. Agama dan kepercayaan f. Permainan g. Seni Warisan
Mana-mana Hasil Pembelajaran kemahiran bahasa yang sesuai bergantung pada bahan dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran
Tingkatan 4
Warisan Bangsa a. Tapak warisan b. Bangunan bersejarah c. Seni bina tradisional d. Warisan sejarah e. Pakaian f. Agama dan kepercayaan g. Permainan h. Agama dan kepercayaan
Mana-mana Hasil Pembelajaran kemahiran bahasa yang sesuai bergantung pada bahan dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran
LAMPIRAN 2a
Tingkatan Tema/Tajuk Hasil Pembelajaran
Tingkatan 5
Pelestarian Budaya Warisan a. Tapak warisan b. Bangunan bersejarah c. Seni bina tradisional d. Warisan sejarah e. Pakaian f. Agama dan kepercayaan g. Permainan h. Agama dan kepercayaan
Mana-mana Hasil Pembelajaran kemahiran bahasa yang sesuai bergantung pada bahan dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran
LAMPIRAN 2b
KAEDAH BERTEMA: PELAKSANAAN PENERAPAN KOMUNITI ASEAN DALAM KURIKULUM BAHASA INGGERIS SEKOLAH MENENGAH
Forms
Themes Syllabus References
Form 1
People: Self, family, friends a. personal details, interests b. recounting personal c. experiences
Choose the learning outcomes which are appropriate depending on the teaching and learning activities.
Form 2
People: People and who they are e.g. people in the family or village and what they do; famous people
Choose the learning outcomes which are appropriate depending on the teaching and learning activities.
Form 3
People: Well-known personalities and their achievements e.g. their contribution in improving the lives and health of people.
Choose the learning outcomes which are appropriate depending on the teaching and learning activities.
Form 4
People: Intercultural understanding at national and international levels e.g. customs, lifestyles, relationship with parents and friends
Choose the learning outcomes which are appropriate depending on the teaching and learning activities.
Form 5
People: Planning for a career e.g. current careers and understanding the hard work and sacrifice involved in preparing for such careers
Choose the learning outcomes which are appropriate depending on the teaching and learning activities.
LAMPIRAN 2c
KAEDAH BERTEMA: PELAKSANAAN PENERAPAN KOMUNITI ASEAN DALAM KURIKULUM SEJARAH SEKOLAH MENENGAH
Tingkatan 1
Tema Tajuk Hasil Pembelajaran Catatan
Tamadun Awal Dan Keagungan Kesultanan Melayu Melaka
1.2 Kerajaan-kerajaan awal di Asia Tenggara(Angkor,Champa, Funan, Srivijaya, Majapahit, Chi Tu dan Kedah Tua) a. Kerajaan
agraria dan kerajaan maritim
- takrif - ciri-ciri - perkembangan
b. Sistem
pemerintahan dan pentadbiran kerajaan awal
iii. Hubungan luar
- Hubungan Melaka dengan kerajaan Melayu yang lain (Hubungan dengan Pasai, Jawa, Siak dan Kampar)
- Hubungan Melaka dengan negara luar(Hubungan dengan China, Gujerat, Siam, Tanah Arab
Memahami kewujudan kerajaan-kerajaan awal di Asia Tenggara - Mendefinisikan konsep
agraria, maritime dan pelabuhan entrepot
- Mencirikan kerajaan agraria dan kerajaan maritim
- Melabel lokasi kerajaan agraria dan kerajaan maritime
- Memberikan contoh-contoh hasil pengeluaran
- Memerihalkan sistem pemerintahan dan pentadbiran kerajaan awal
- Membincangkan kepentingan pelabuhan kepada kerajaan-kerajaan awal
- Mengkaji sebab-sebab perkembangan kerajaan agraria menjadi kerajaan maritime
- Memberi rasional kewujudan kerajaan awal di tepi-tepi sungai dan pesisiran pantai
- Menjana idea tentang kewujudan system pentadbiran yang sistematik
- Menjelaskan konsep hubungan diplomatik
- Menyenaraikan kerajaan Melayu lain dan negara luar yang menjalinkan hubungan dengan Melaka
- Memerihalkan bentuk
Murid diperkenalkan dengan lokasi kerajaan-kerajaan awal di Asia Tenggara yang akhirnya pada Tingkatan 3 dan 5 akan membentuk negara Asean
LAMPIRAN 2c
dan Ryukyu) iv. Penyebaran Islam
- Perkembangan Islam
- Melaka sebagai pusat penyebaran Islam
- Cara Melaka menyebarkan Islam ke negara lain di AsiaTenggara
hubungan Melaka dengan kerajaan Melayu lain dan negara luar
- Menerangkan kepentingan Melaka menjalinkan hubungan luar
- Membandingkan bentuk hubungan Melaka dengan kerajaan Melayu dan negara luar
- Menilai kriteria yang diutamakan oleh Melaka dalam menjalinkan hubungan dengan negara luar
- Membuat andaian keadaan negara tanpa hubungan luar
Mengetahui Keunggulan Melaka sebagai pusat penyebaran Islam - Menceritakan kedatangan
Islam ke Melaka - Menyenaraikan faktor-
faktor perkembangan agama Islam di Melaka
- Menceritakan peranan Melaka dalam proses Islamisasi di Asia Tenggara Melakar peta penyebaran Islam di Kepulauan Melayu
- Membandingkan teori-teori kedatangan Islam ke Melaka
- Menghubungkaitkan kegiatan perdagangan dengan penyebaran Islam
LAMPIRAN 2c
Tingkatan 2
Tema Tajuk Hasil Pembelajaran Catatan
Kemakmuran dan kekayaan Negara Kita Menarik Kuasa Luar untuk Menjajah
a. Singapura - Krisis kerajaan
Johor- Riau Lingga
- Singapura diambil oleh British
ii. Melaka - Perjanjian
Inggeris-Belanda 1824
- Penubuhan Negeri- negeri Selat dan pentadbiran nya
- Membincangkan Perjanjian Inggeris-Belanda dan kesannya
- Membincangkan pembahagian pengaruh kuasa Barat dalam Perjanjian Inggeris-Belanda memudahkan penguasaan Barat di Kepulauan Melayu
Murid mula mengenal negara Singapura yang merupakan negara anggota dalam ASEAN
Tindak Balas Masyarakat Tempatan Terhadap Penjajah British
1.3 Pembelaan maruah bangsa a. Kebangkitan
semangat kebangsaan untuk membebaskan tanah air
i. Pengaruh luar (Turki, Mesir, Indonesia, India, China, Jepun dan Filipina)
- Menyatakan pengaruh luar yang mempengaruhi kebangkitan semangat kebangsaan
- Membandingkan bentuk pergerakan nasionalis golongan sederhana dengan golongan radikal
- Mengumpul maklumat tentang pengaruh luar yang mempengaruhi kebangkitan semangat kebangsaan
- Membahaskan pengaruh luar sebagai pencetus semangat kebangsaan
- Membuat inferens keberkesanan pergerakan nasionalis awal
Murid mula mengenal negara Filipina dan Indonesia yang merupakan negara anggota dalam ASEAN
LAMPIRAN 2c
Tingkatan 3
Tema Tajuk Hasil Pembelajaran Catatan
Pembentukan Persekutuan Malaysia
6.1 Gagasan Persekutuan Malaysia
a. Idea pembentukan Malaysia. Konsep gagasan Persekutuan
b. Cadangan Tunku Abdul Rahman Putra di Singapura pada 27 Mei 1961
c. Matlamat pembentukan Malaysia
- Keselamatan - Keseimbangan
kaum - Mempercepat - Kemerdekaan - Memajukan
ekonomi
- Menceritakan senario yang berlaku di Singapura,Sarawak dan Sabah yang membawa pembentukan Malaysia
- Menghubungkaitkan dengan pembentukan Malaysia kemerdekaan Sarawak, Sabah dan Singapura. Menghurai kan sebab pembentukan Malaysia dengan senario politik semasa.
- Membincangkan pembentukan Malaysia sebagai kesepakatan untuk mewujudkan kestabilan negara.
- Menjana idea wawasan Tunku Abdul Rahman menjamin kesejahteraan negara
Murid mengetahui sejarah Singapura sebelum menjadi sebuah negara anggota ASEAN
6.2 Reaksi terhadap pembentukan Persekutuan Malaysia
a. Reaksi dan Malaysia perkembangan politik i. Reaksi
negeri-negeri yang terlibat dalam cadangan Persekutuan Malaysia
- Menyenaraikan sebab-sebab penentangan negara jiran terhadap pembentukan Malaysia
- Mentakrif istilah konfrontasi.
- Menyenaraikan langkah-langkah kerajaan menangani konfrontasi
- Menyatakan usaha kerajaan Malaysia dan Indonesia mencapai perdamaian.
Murid mengetahui sejarah awal kerterlibatan Singapura, Indonesia dan Filipina dalam pembentukan Gagasan Malaysia yang membawa kepada pembentukan Maphilindo, ASA dan ASEAN
LAMPIRAN 2c
Tema Tajuk Hasil Pembelajaran Catatan
(Tanah Melayu, Singapura, Sarawak, Sabah, Brunei)
ii. Negara-negara jiran
- Tuntutan Fillipina ke atas Sabah
6.3 Reaksi Indonesia - Pengisytiharan
Malaysia 16 September 1963
i. Perjanjian Malaysia1963
- Asas-asasPerjanjianMalaysia (20 Perkara Sabah)
- PengisytiharanMalaysia
ii. Perpisahan Singapura1965
- Sebab-sebab
- Membincangkan
kegigihan kerajaan dan rakyat menghadapi konfrontasi
- Menjelaskan kewajaran tindakan Indonesia melancarkan konfrantasi
- Memerihalkan sebab-sebab perpisahan Singapura 1965
- Menjelaskan kepentingan sikap toleransi semasa penggubalan Perlembagaan Malaysia 1963
Tingkatan 4
Tema Tajuk Hasil Pembelajaran Catatan
Tamadun Awal Manusia
Tamadun Awal Asia Tenggara a. Bentuk dan ciri-ciri
kerajaan awal i. Kerajaan
agrarian (Kerajaan Angkor)
- Pertanian
Memahami perkembangan kerajaan awal di Asia Tenggara - Menyatakan bentuk-
bentuk kerajaan awal di Asia Tenggara
- Menyenaraikan ciri-ciri kerajaan agraria
- Menyenaraikan ciri-ciri
Murid diperkenalkan dengan lokasi kerajaan-kerajaan awal di Asia Tenggara yang akhirnya pada tingkatan 3 dan 5 akan membentuk negara Asean
LAMPIRAN 2c
Tema Tajuk Hasil Pembelajaran Catatan
saradiri - Aktiviti
mengumpul hasil hutan dan perdagangan
ii. Kerajaan maritim (Kerajaan Srivijaya)
- Aktiviti perdagangan, menangkap ikan dan mengumpul hasil laut
- Sebagai ahli pelayaran
- Peranan pelabuhan awal
kerajaan maritim - Membandingkan kerajaan
agraria dengan kerajaan maritim
- Membincangkan aspek saling bergantung antara kerajaan agraria dan kerajaan maritim
- Menghubungkait kedudukan geografi kerajaan Angkor dan Srivijaya dengan kegiatan ekonomi
- Menjelaskan kepentingan mempertahankan kedaulatan negara
Tamadun Islam dan Perkembangannya
8.4 Islam di Asia Tenggara a. Kedatangan
Islam ke AsiaTenggara: Teori dan bukti
- Kedatangan Islam dari Arab
- Kedatangan Islam dari China Kedatangan Islam dari India
b. Penyebaran
Islam di AsiaTenggara: Cara dan penerimaan
- Perdagangan - Perkahwinan - Pengislaman
raja dan golongan bangsawan
- Kelahiran kerajaan Islam
Memahami kedatangan Islam ke Asia Tenggara - Menyatakan teori dan
bukti kedatangan Islam ke Asia Tenggara
- Melakarkan arah kedatangan Islam ke Asia Tenggara
- Menghuraikan teori kedatangan Islam ke Asia Tenggara
- Membahaskan teori kedatangan Islam ke Asia Tenggara melalui Perdagangan
Memahami proses penyebaran Islam di Asia Tenggara - Menyenaraikan cara
penyebaran Islam di Asia Tenggara
- Menghuraikan cara penyebaran dan penerimaan Islam di Asia
LAMPIRAN 2c
Tema Tajuk Hasil Pembelajaran Catatan
- Peranan mubaligh
- Pusat kebudayaan
- Keistimewaan agama Islam
c. Pengaruh Islam di Asia Tenggara
- Aspek pemerintahan dan pentadbiran
- Aspek sosial - Aspekekonomi
Tenggara - Merasionalkan
keistimewaan Islam yang menarik minat masyarakat Asia Tenggara untuk memeluk Islam
Memahami pengaruh Islam di Asia Tenggara - Menyatakan pengaruh
Islam dalam masyarakat di Asia Tenggara
- Menyenaraikan kerajaan-kerajaan Islam di Asia Tenggara
- Mengklasifikasikan pengaruh Islam dalam masyarakat di Asia Tenggara
- Menghuraikan pengaruh Islam dalam bidang pentadbiran dan pemerintahan kerajaan AsiaTenggara
- Mengkaji sumbangan kerajaan kerajaan Islam dalam perkembangan Islam di AsiaTenggara
Perkembangan di Eropah dan Kesannya Terhadap Ekonomi Negara
b. Penjelajahan dan penerokaan
i. Penemuan jalan laut dan dunia baru
- Sebab - Kesan
ii. Imperialisme
(Imperialisme barat di Asia)
- Pengertian - Faktor - Kesan
Memahami perkembangan penjelajahan dan penerokaan - Menyenaraikan kuasa-
kuasa Barat yang terlibat dalam penjelajahan
- Melakarkan laluan penjelajahan kuasa-kuasa Barat
- Menyatakan sebab-sebab penjelajahan kuasa-kuasa Barat
- Menyatakan kesan-kesan penjelajahan kuasa-kuasa
Murid mengetahui kesan penjajahan yang membawa kepada pembentukan kerjasama negara serantau.
LAMPIRAN 2c
Tema Tajuk Hasil Pembelajaran Catatan
Barat ke atas masyarakat setempat
- Menjelaskan sebab-sebab penjelajahan kuasa-kuasa Barat
- Mengklasifikasi kesan-kesan penjelajahan kuasa-kuasa Barat ke atas masyarakat setempat dari segi politik, ekonomi dan sosial
- Menghubungkait semangat kental penjelajahan dan penerokaan kuasa barat dengan slogan ‘Malaysia Boleh’
- Menyatakan maksud imperialisme
- - Menyatakan faktor-faktor
imperialisme Barat ke Asia - Menyenaraikan kesan-
kesan imperialisme Barat ke AsiaTenggara
- Menjelaskan dengan contoh faktor imperialisme Barat ke Asia
- Mengklasifikasikan kesan-kesan imperialisme Barat ke atas AsiaTenggara
- Merasionalkan keistimewaan Asia yang menjadi tarikan imperialis Barat
- Menjustifikasi pendapat Barat yang menyatakan bahawa imperialisme sebagai ‘beban orang putih’ dan‘tugas menyebarkan tamadun’
LAMPIRAN 2c
Tingkatan 5
Tema Tajuk Hasil Pembelajaran Catatan
Kemunculan dan Perkembangan Nasionalisme Sehingga Perang Dunia Kedua
a. Imperialisme Barat di AsiaTenggara i. Imperialis Barat ii. Faktor
imperialisme - Penguasaan
ekonomi - Perubahan
sistem politik - Pengenalan
sistem birokrasi Barat politik
- Memahami faktor imperialisme Barat di Asia Tenggara
- Menyatakan takrif imperialisme
- Menyenaraikan kuasa imperialis barat di Asia Tenggara
- Menyatakan lokasi kuasa-kuasa imperialis barat di Asia Tenggara
- Menyatakan faktor-faktor imperialisme barat di Asia Tenggara
- Menghuraikan faktor-faktor imperialisme Barat di Asia Tenggara
- Menyusun secara kronologi kedatangan kuasa Barat ke Asia Tenggara
- Merasionalkan keistimewaan Asia Tenggara yang menarik minat imperialisme Barat
- Memahami sistem politik yang diperkenalkan oleh kuasa Barat di Asia Tenggara
- Menyenaraikan perubahan pentadbiran kuasa Barat di AsiaTenggara
- Menghuraikan perubahan pentadbiran di Asia Tenggara
- Membandingkan sistem pentadbiran sebelum dan semasa penjajahan barat di Asia Tenggara
- Menganalisis kesan pengenalan sistem birokrasi Barat
Murid mengetahui lokasi Asia Tenggara yang merangkumi negara-negara anggota Asean
LAMPIRAN 2c
Tema Tajuk Hasil Pembelajaran Catatan
Pembinaan Negara dan Bangsa Ke Arah Kemunculan Negara Malaysia Berdaulat
f. Pembentukan Malaysia 16 Sept. 1963 i. Idea pembentukan
Malaysia ii. Reaksi terhadap
pembentukan Malaysia
- Dalam negara - Negara-negara
luar iii. Perjanjian
Malaysia 1963
- Memahami matlamat pembentukan Malaysia
- Menyatakan idea pembentukan gagasan Malaysia
- Menyenaraikan sebab pembentukanMalaysia
- Menyatakan reaksi dalam negara terhadap pembentukan Malaysia
- Menyatakan reaksi negara-negara luar terhadap pembentukan Malaysia
- Menyenaraikan syarat perjanjian Malaysia 1963
- Menghuraikan sebab-sebab pembentukan Malaysia menyusun secara kronologi peristiwa pembentukan Malaysia
- Menjelaskan reaksi negara luar terhadap pembentukan Malaysia
- Menganalisis usaha pemimpin negara menangani reaksi luar bagi mengekalkan negara
- Malaysia yang berdaulat
Murid mengetahui sejarah Singapura, Filipina dan Indonesia sebelum menjadi sebuah negara anggota ASEAN
Malaysia dan Kerjasama Masyarakat Antarabangsa.
c) Malaysia dalam pertubuhan serantau i. ASA ii. MAPHILINDO iii. ASEAN
- Memahami peranan dan sumbangan Malaysia dalam pertubuhan serantau
- Menyatakan maksud pertubuhan serantau
- Menyatakan pertubuhan yang dianggotai Malaysia di peringkat serantau
- Menyatakan tujuan penubuhan ASA, MAPHILINDO dan ASEAN
- Menyenaraikan peranan dan sumbangan Malaysia dalam pertubuhan serantau
- Menyatakan faedah yang
Murid mengetahui sejarah kerterlibatan Singapura, Indonesia dan Filipina dalam pembentukan Gagasan Malaysia yang membawa kepada pembentukan Maphilindo, ASA dan ASEAN serta peranan pertubuhan ini kepada negara.
LAMPIRAN 2c
Tema Tajuk Hasil Pembelajaran Catatan
diperoleh Malaysia sebagai anggota pertubuhan serantau
- Menjelaskan tujuan dan pencapaian ASA, MAPHILINDO dan ASEAN
- Menghuraikan peranan dan sumbangan Malaysia dalam ASEAN
- Menjelaskan faedah yang diperoleh Malaysia sebagai anggota ASEAN
- Menjelaskan peranan tokoh Malaysia sebagai penjana idea dalam pertubuhan serantau
- Menghubungkaitkan ZOPFAN dengan keamanan dan kestabilan serantau
LAMPIRAN 2d
KAEDAH BERTEMA: PELAKSANAAN PENERAPAN KOMUNITI ASEAN DALAM KURIKULUM GEOGRAFI
Tingkatan
Tema/Tajuk
Hasil Pembelajaran
Tingkatan 1
Bentuk Mukabumi dan Potensinya Tumbuh-Tumbuhan Semula jadi dan Hidupan Liar
Memahami potensi bentuk muka bumi kepada kegiatan manusia.
1. Membandingkan dan
membezakan kepentingan pelbagai bentuk muka bumi terhadap kegiatan manusia antara negara Malaysia dengan negara lain seperti:
-Kepentingan cerun bukit untuk pertanian di Pulau Jawa, Indonesia. -Kepentingan sungai untuk pengangkutan di Thailand. -Kepentingan tasik untuk perikanan di Tonle Sap, Cambodia.
Memahami jenis tumbuh-tumbuhan semulajadi dan hidupan liar di negara-negara lain.
1. Menyatakan jenis tumbuh-tumbuhan semulajadi dan dan hidupan liar di kawasan: - Monsun Tropika (Thailand)
2. Memadankan jenis tumbuh-
tumbuhan semulajadi di atas peta: - Monsun Tropika(Thailand)
3. Menyatakan ciri-ciri tumbuh-
tumbuhan semulajadi dan hidupan liar di kawasan: - Monson Tropika(Thailand)
LAMPIRAN 2d
Tingkatan
Tema/Tajuk
Hasil Pembelajaran
Tingkatan 2
Penduduk dan Petempatan
Memahami proses pembandaran.
1. Menghuraikan kesan pembandaran di negara lain seperti Bangkok (Thailand).
Tingkatan 3
Kegiatan Ekonomi Memahami langkah-langkah mengurangkan kesan kegiatan ekonomi terhadap alam sekitar.
1. Membanding dan membezakan langkah-langkah mengurangkan kesan kegiatan ekonomi terhadap alam sekitar negara Malaysia dan negara lain: -Rawat semula air (Singapura)
Tingkatan 4
Tiada rujukan khusus untuk negara anggota ASEAN tetapi rujukan negara ASEAN seperti Thailand boleh dibincangkan secara tidak langsung dalam PdP berkaitan tema Tumbuh-Tumbuhan Semula jadi dan Hidupan Liar (Hutan Monsun Tropika)
Tingkatan 5
Sumber Kegiatan Ekonomi
Memahami kesan penerokaan sumber terhadap alam sekitar.
1. Menjelaskan dengan contoh kesan penerokaan sumber terhadap alam sekitar dengan merujuk kepada Hutan di Kalimantan(Indonesia)
Memahami kepentingan kegiatan ekonomi terhadap pembangunan negara Malaysia.
1. Menjelaskan kepentingan kegiatan ekonomi terhadap pembangunan di Thailand.
Memahami kepentingan kerjasama ekonomi antara negara-negara.
1. Menjelaskan dengan contoh kepentingan kerjasama ekonomi serantau antara negara ASEAN seperti:
LAMPIRAN 2d
Tingkatan
Tema/Tajuk
Hasil Pembelajaran
Contoh:ASEAN (Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara),IMSGT(Segi Tiga Pertumbuhan Indonesia,Malaysia dan Singapura) & IMGT(Indonesia, Malaysia dan Thailand)
LAMPIRAN 3
KAEDAH SISIPAN: PELAKSANAAN PENERAPAN KOMUNITI ASEAN DALAM KURIKULUM
Bil Bidang
1. Sosiobudaya a. Bahasa b. Pakaian c. Makanan d. Gaya hidup (kebudayaan) e. Agama dan kepercayaaan f. Permainan g. Seni warisan
2. Politik a. Sejarah negara b. Identiti Negara c. Sistem pemerintahan d. Pemimpin negara
3. Ekonomi a. Mata wang b. Sumber ekonomi c. Kerjasama serantau
4 Alam sekitar a. Kedudukan geografi b. Bentuk muka bumi c. Tempat menarik d. Tapak warisan
b.