Upload
others
View
17
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
Page 1 of 7
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
PRASISWAZAH DAN PASCASISWAZAH
BAGI SEMESTER 2 SESI 2019/2020
AKIBAT PANDEMIK COVID-19 DAN
PERINTAH KAWALAN BERKURUNG
FAKULTI KEJURUTERAAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
29 Mac 2020
Page 2 of 7
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
PRASISWAZAH DAN PASCASISWAZAH
BAGI SEMESTER 2 SESI 2019/2020
AKIBAT DARI KESAN PANDEMIK COVID-19 DAN PERINTAH KAWALAN BERKURUNG
FAKULTI KEJURUTERAAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
Perkara Tarikh
Garis Panduan 29 Mac 2020
Pindaan 1
LATAR BELAKANG
Akibat dari pandemik Covid-19, Kerajaan Malaysia telah mengeluarkan Perintah Kawalan
Berkurung (PKP) yang dilaksanakan di seluruh Malaysia mengikut kronologi seperti berikut:
1. Perisytiharan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 16 Mac. PKP yang pertama
mulai 18 Mac 2020 hingga 31 Mac 2020
2. PKP dilanjutkan mulai 1 April 2020 hingga 14 April 2020
3. Semua bangunan IPTA/IPTS ditutup dan staf dikehendaki bekerja dari rumah.
4. Hampir 70% pelajar telah pulang ke kampung manakala hanya 30% pelajar yang
masih tinggal di kampus dan di luar kampus.
Universiti telah membuat keputusan untuk meneruskan pengajaran dan pembelajaran Semester 2 Sesi 2019/2020. Mesyuarat Jawatankuasa Pentadbiran (JKP), Fakulti Kejuruteraa (FE) yang bermesyuarat
pada 29 Mac 2020 bersetuju untuk mengeluarkan satu garis panduan bagi tujuan
pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran bagi semester 2 sesi 2019/2020 yang terganggu
akibat kesan Pendemik Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Garis panduan ini disediakan berpandukan kenyataan rasmi: 1. Kementerian Pengajian Tinggi 2. Kenyataan Pejabat Pendaftar Universiti Teknologi Malaysia
3. Kenyataan Pejabat TNCAA
4. Kenyataan Mesyuarat Pengerusi dan Naib Pengerusi (Akademik dan Pembangunan
Pelajar) semua Sekolah di bawah Fakulti Kejuruteraan (FE) pada 26 Mac 2020
5. Panduan Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi Pelajar UTM yang
menjalani Latihan Industri oleh Sekolah Prasiswazah (UGS).
6. Pekeliling Sekolah Pengajian Siswazah (SPS).
7. Perubahan Maklumat Kursus oleh CIDU
Page 3 of 7
Maklumat yang dijadikan rujukan utama adalah:
1. Sesi akademik Semester 2 Sesi 2019/2020 dilanjutkan ke Semester 3 Sesi 2019/2020
(rujuk Lampiran 1 dan 2)
2. Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) yang tidak dapat disempurnakan di
sepanjang Semester 2, terutama yang memerlukan kehadiran fizikal akan
dilaksanakan pada penghujung Semester 2 dan/atau pada Semester 3 mengikut
keperluan dengan syarat Fakulti mendapat kelulusan dari Senat UTM (rujuk Perkara
5, Lampiran 3)
3. Pelajar hanya akan kembali ke kampus pada minggu … selepas hari raya Aidil Fitri
untuk menghadiri peperiksaan
4. Pelajar yang terlibat dengan kursus amali, projek tahun akhir dan kerja penyelidikan
di makmal akan meneruskan pengajian selepas minggu peperiksaan (rujuk Perkara 5,
Lampiran 3).
5. Keputusan dan kenyataan mesyuarat di antara Pengerusi dan Naib Pengerusi
(Akademik dan Pembangunan Pelajar) pada 26 Mac 2020 (rujuk Lampiran 4).
GARIS PANDUAN
A. PdP SECARA BERSEMUKA DENGAN KEHADIRAN FIZIKAL DI BILIK KULIAH
MINGGU 1 – MINGGU 5 (9 FEB – 12 MAC 2020)
1. Aktiviti PdP secara bersemuka dengan kehadiran fizikal di dalam kelas telah selesai
dijalankan.
2. Dianggarkan di antara 30-40% kandungan silibus telah disampaikan kepada pelajar.
B. PdP SECARA BERSEMUKA ATAU DALAM TALIAN
MINGGU 6 (15 MAC – 19 MAC 2020)
1. Aktiviti PdP boleh dijalankan secara bersemuka atau secara dalam talian.
2. Perintah PKP berkuatkuasa pada 18.3.20.
3. Cuti pertengahan semester bermula pada tarikh kuat kuasa PKP iaitu 18.3.20.
C. CUTI PERTENGAHAN SEMESTER
SEBAHAGIAN DARI MINGGU 6 - MINGGU 7 (18 MAC – 31 MAC)
1. Pensyarah tidak dibenarkan mengadakan aktivit PdP walaupun secara dalam talian.
D. PdP SECARA DALAM TALIAN SEPENUHNYA MINGGU 8 – MINGGU 16 (1 APRIL - 28 MEI 2020)
1. Semua aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP) hendaklah dijalankan sepenuhnya secara jarak jauh dan dalam talian.
Page 4 of 7
2. Staf akademik digalakkan menggunakan pendekatan Asynchronous (PdP tidak dilaksanakan secara terus menerus), bagi mengurangkan kos dan kepayahan capaian internet oleh pelajar.
3. Sepanjang tempoh kuliah, pelajar dibenarkan untuk berada samada di kampung atau di kampus.
E. TUGASAN, PROJEK, KUIZ DAN UJIAN
MINGGU 8 – MINGGU 16 (1 APRIL - 28 MEI 2020) 1. Semua aktiviti pentaksiran seperti tugasan, projek, kuiz dan ujian yang bermula pada
1 April 2020, hendaklah dijalankan secara jarak jauh dan dalam talian. 2. Hari Raya Aidil Fitri dijangkakan pada 24 dan 25 Mei 2020.
3. Pelajar dibenarkan untuk berada samada di kampung atau di kampus.
F. MINGGU ULANGKAJI
MINGGU 17 (31 MEI – 4 JUN 2020)
1. Pelajar membuat ulangkaji
2. Pelajar masih berada samada di kampung atau di kampus
3. Pelajar yang berada di kampung dijangka akan mula bergerak ke kampus UTM
Sekudai mulai 5 Jun 2020 untuk menghadiri Peperiksaan Akhir secara kehadiran
fizikal.
G. PEPERIKSAAN AKHIR
MINGGU 18 – MINGGU 20 (7 JUN – 26 JUN)
1. Minggu Peperiksaan akan berlangsung selama 3 minggu.
2. Peperiksaan akhir akan dilaksanakan secara kehadiran fizikal
3. Pelajar tahun 3 pada Sesi 2019/2020 yang menjalani LI akan menghadiri Peperiksaan
Akhir pada Minggu Peperiksaan 1 dan 2.
4. Pada Minggu Peperiksaan 3, pelajar tahun 3 pada Sesi 2019/2020 akan memulakan
Latihan Industri di tempat latihan masing-masing.
H. PROJEK SARJANA MUDA DAN PROJEK SARJANA
MINGGU 1 – MINGGU 16 SEMESTER 2 (9 FEB – 28 MEI) DAN DILANJUTKAN KE
MINGGU 1 – MINGGU 9 SEMESTER 3 (28 JUN – 27 OGOS)
1. Projek Sarjana Muda (PSM) yang tidak dapat diselesaikan pada semester 2 akan
dilanjutkan ke semester 3.
2. Pembentangan dan penilaian pembentangan PSM akan dilaksanakan pada semester
3 Sesi 2019/2020.
3. Penyelaras PSM dimohon untuk membuat penjadualan semula pembentangan pada
minggu yang sesuai pada semester 3.
Page 5 of 7
I. UJIKAJI/AMALI MAKMAL
MINGGU 1 – MINGGU 8 SEMESTER 3 (28 JUN – 20 OGOS)
1. Semua kursus ujikaji/amali makmal bagi pelajar tahun 1, 2, 3 dan 4 yang dijadualkan
berlangsung pada Semester 2 adalah ditangguhkan pelaksanaannya.
2. Semua kursus ujikaji/amali makmal bagi pelajar tahun 1, 2, 3 dan 4 akan dilaksanakan
pada Semester 3, rujuk Lampiran 2.
3. Bagi pelajar tahun 3 yang akan menjalani Latihan Industri pada semester 3 sesi
1920/2020 akan mengambil kursus ujikaji/amali makmal pada semester 1 sesi
2020/2021.
J. LATIHAN INDUSTRI UNTUK TEMPOH 12 MINGGU
MINGGU 20 SEMESTER 2 (21 – 25 JUN);
MINGGU 1 - 10 SEMESTER 3 (28 JUN – 27 OGOS) DAN
MINGGU CUTI SEMESTER 3 (30 OGOS – 10 SEPT)
Latihan Industri (LI) bagi pelajar pelajar tahun 3 pada sesi 2019/2020 akan dilaksanakan
berdasarkan kepada dua (2) opsyen.
Opsyen 1:
1. Pelajar yang telah mengesahkan tempat latihan di industri (sah industri menerima kehadiran pelajar) akan melaksanakan LI pada minggu ke 3 peperiksaan akhir (Minggu 19 Semester 2).
2. Pelajar akan tamat LI pada 10 Sept 2020.
Opsyen 2:
3. Pelajar yang tidak mendapat tempat untuk menjalani LI kerana kemungkinan terdapat banyak syarikat yang tidak mahu mengambil pelajar LI akibat kesan COVID-19 dan PKP; atau pelajar yang mahu menangguhkan LI kerana khuatir risiko COVID-19, boleh menjalani LI pada semester 3 sesi 2020/2021 iaitu setelah tamat pengajian tahun 4 pada semester 2 sesi 2020/2021.
4. Perlaksanaan opsyen ini bergantung kepada kelulusan: a. Senat Uiversiti. b. Badan akreditasi Engineering Accreditation Council (EAC) bagi program
kejuruteraan dan MQA bagi bukan kejuruteraan dan Kertaskerja Senat dan Badan Akreditasi EAC dan MQA perlu disediakan bagi pelaksanaan LI selepas tahun 4.
5. Bagi pelajar Sekolah Komputeran yang menjalani Latihan Industri pada Semester 2
Sesi 2019/2020, garis panduan LI adalah seperti dalam Lampiran 5.
Page 6 of 7
K. PROGRAM PASCASISWAZAH SECARA MOD CAMPURAN DAN PENYELIDIKAN
1. VIVA VOCE DAN PEMBENTANGAN CADANGAN PENYELIDIKAN PhD DAN SARJANA PENYELIDIKAN
i. Semua aktiviti viva voce dan pembentangan cadangan penyelidikan
diperingkat Sarjana penyelidikan akan dibuat di awal Semester 3 Sesi
2019/2020.
ii. Kertaskerja Senat akan disediakan bagi mendapat kelulusan perlaksanaan
tersebut.
iii. Walaubagaimanapun bagi meraikan fleksibiliti dalam melaksanakan kedua-
dua aktiviti ini, kes khas akan dirujuk kepada Sekolah Pengajian Siswazah (SPS)
dan Pejabat TNCAA.
2. PENAMBAHAN SATU SEMESTER KHAS BAGI PELAJAR DOKTOR FALSAFAH DAN SARJANA PENYELIDIKAN YANG BERADA DI SEMESTER AKHIR DAN BERSTATUS PEPERIKSAAN BERIKUTAN PANDEMIK COVID-19.
i. Pelajar PhD dan Sarjana Falsafah yang berada pada semester akhir dan berstatus peperiksaan (telah hantar tesis dan menunggu viva voce, dalam tempoh membuat pembetulan setelah viva voce) diberi satu semester tambahan
ii. Semester 2 Sesi 2019/2020 tidak diambil kira dalam pengiraan semester jumlah semester pengajian
iii. Tarikh akhir penghantaran tesis pelajar terbabit adalah pada minggu terakhir semester 1 sesi 2020/2021.
iv. Cadangan ini telah di luluskan dalam mesyuarat Senat bertarikh 25 Mac 2020.
3. PENGHANTARAN TESIS SECARA DIGITAL SEMASA TEMPOH PKP.
i. Pelajar PhD dan Sarjana Falsafah yang berhasrat untuk menghantar tesis dalam tempoh PKP boleh berbuat demikian secara penghantaran digital melalui email ke Timbalan Dekan Akademik (Fakulti Kejuruteraan)
ii. Semua dokumen penghantaran adalah mengikut senarai semak penghantaran dokumen hardcopy.
L. COURSE INFORMATION (CI)
1. Staf akademik dimohon untuk membuat perubahan kecil terhadap Course Information (CI) sedia ada bagi mengambilkira PdP yang dilaksakan secara dalam talian.
2. Sila rujuk contoh CI (LampiraN 6) yang disediakan oleh Curriculum Innovation and Development Unit (CIDU) untuk panduan membuat perubahan CI.
3. Perubahan ini adalah untuk mengawal kualiti pentaksiran kerana terdapat aktiviti PdP yang dilaksanakan secara online
4. CI ini akan dijadikan dokumen penting audit EAC atau badan akreditasi. 5. Dokumen CI yang telah diubah perlu mendapat kelulusan JKA Sekolah.
Page 7 of 7
6. Kelulusan ini akan dibuat secara edaran dan perlu dibuat selewat-lewatnya pada Minggu 9 Semester 2.
M. STATUS PENDAFTARAN KURSUS
1. Bagi pelajar yang tidak dapat menyiapkan aktiviti PdP dalam tempoh pengajian Semester 2, dan kemudian melanjutkan aktiviti PdP hingga ke Semester 3 akan melibatkan peraturan akademik seperti status pendftaran kursus.
2. Pelajar yang ingin menarik diri kursus boleh memohon secara dalam talian dengan menggunakan Borang Tarik Diri.
3. Pihak Sekolah Prasiswazah (UGS) sedang menyediakan kertas kerja untuk kelulusan Senat bagi menyelesaikan isu peraturan akademik seperti yang berkaitan di atas.
N. BANTUAN DAN KEMUDAHAN PELAKSANAAN PdP SECARA DALAM TALIAN
Untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mengendalikan PdP secara dalam talian,
staf akademik boleh merujuk
1. website olc.utm.my untuk pelbagai kaedah PdP secara dalam talian. 2. UTMLead yang banyak melaksanakan kursus secara dalam talian
NOTA:
1. Pelaksanaan garis panduan ini tertakluk kepada kelulusan Senat Universiti.
2. Pihak Fakulti/ Sekolah akan memaklumkan maklumat terkini melalui email dan webpage FE jika berlaku sebarang perubahan.
MAKLUMAT PINDAAN
Oleh kerana situasi menangani wabak COVID-19 sentiasa berubah yang sentiasa bergantung kepada keadaan semasa maka kemungkinan akan berlaku perubahan dalam pelaksanaan PdP. Secara tak langsung garis panduan ini juga akan turut berubah. Oleh itu sebarang perubahan atau pindaan akan dinyatakan seperti di bawah:
Perkara Tarikh Maklumat pindaan yang dibuat
Garis Panduan 29 Mac 2020
Pindaan 1
LAMPIRAN 1 KALENDAR AKADEMIK UNIVERSITI SEMESTER 2 SESI 2019/2020
LAMPIRAN 2 KALENDAR AKADEMIK DAN AKTIVITI PdP AKIBAT PANDEMIC COVID-19 DAN PKP
KALENDAR AKADEMIK DAN AKTIVITI PdP AKIBAT PANDEMIC COVID-19 DAN PKP
SEMESTER 2 SESI 2019/2020 MINGGU TARIKH AKTIVITI PdP PELAKSANAAN KHAS
AKTIVITI PdP
1 9 – 13 Feb KULIAH
2 16 – 20 Feb KULIAH
3 23 – 27 Feb KULIAH
4 1 – 5 Mac KULIAH
5 8 – 12 Mac KULIAH
6 15 – 19 Mac KULIAH DAN CUTI
7 22 – 26 Mac CUTI PERTENGAHAN SEMESTER
18 Mac – 31 Mac
8 29 Mac – 2 Apr CUTI PERTENGAHAN SEMESTER (sehingga 31 Mac)
DAN KULIAH (mulai 1 Apr)
Mulai 1 April 2020 akitiviti
PdP secara dalam talian sepenuhnya.
Pelajar boleh berada di
kampung atau di kampus.
9 5 – 9 Apr KULIAH
10 12 – 16 Apr KULIAH
11 19 – 23 Apr KULIAH
12 26 Apr – 30 Apr KULIAH
13 3 – 7 Mei KULIAH
14 10 – 14 Mei KULIAH
15 17 – 21 Mei KULIAH
16 24 – 28 Mei KULIAH & CUTI HARI RAYA AIDIL FITRI
24 – 25 MEI
17 31 Mei – 4 Jun MINGGU ULANGKAJI
18 7 - 11 Jun MINGGU PEPERIKSAAN 1 1. Peperiksaan akhir
secara kehadiran fizikal.
2. Pelajar berada di kampus.
3. Pelajar tahun 3 akan menjalani Latihan Industri pada minggu 3 Peperiksaan
19 14 – 18 Jun MINGGU PEPERIKSAAN 2
20 21 – 25 Jun MINGGU PEPERIKSAAN 3
SEMESTER 3 SESI 2019/2020 MINGGU TARIKH AKTIVITI PdP PELAKSANAAN KHAS
AKTIVITI PdP
1 28 Jun – 2 Jul KULIAH 1. Ujikaji/ amali
makmal, projek sarjana muda dan projek sarjana bagi pelajar yang tidak menyelesaikannya pada semester 2 sesi 2019/2020
2. Pelajar tahun 3 menjalani Latihan Industri
2 5 – 9 Jul KULIAH
3 12 – 16 Jul KULIAH
4 19 – 23 Jul KULIAH
5 26 Jul – 30 Jul KULIAH
6 2 – 6 Ogos KULIAH
7 9 – 13 Ogos KULIAH
8 16 – 20 Ogos KULIAH
9 23 – 27 Ogos MINGGU PEPERIKSAAN
1. Pembentangan dan taksiran pembentangan Projek Sarjana Muda
2. Pelajar tahun 3 menjalani Latihan Industri
CUTI SEMESTER 3 MINGGU TARIKH AKTIVITI PdP PELAKSANAAN KHAS
AKTIVITI PdP
1 30 Ogos – 3 sept Pelajar tahun 3 semester 2 Sesi 2019/2020 masih menjalani Latihan Industri di tempat latihan masing-masing.
2 6 – 10 Sept
SEMESTER 1 SESI 2020/2021 TARIKH AKTIVITI PdP PELAKSANAAN KHAS
AKTIVITI PdP
Cadangan KPT; Kemungkinan pertengahan Oktober 2020
LAMPIRAN 3 KENYATAAN PEJABAT TNCAA
Pembelajaran & Pengajaran @ UTM1 April - 26 Jun 2020
Merujuk kepada Perutusan Khas YAB Perdana Menteri mengenai Pelanjutan Perintah Kawalan Pergerakan mulai 1 April 2020 hingga 14 April 2020 di seluruh Negara.Pihak UTM telah bersetuju supaya :
Pelaksanaan pembelajaran secara jarak jauh dan
dalam talian
(Rujukan : Kalendar Akademik Sesi 2019/2020 Edisi 2)
1 1 April - 26 Jun 2020(sehingga berakhir Sem 2 2019/2020)
• Fakulti perlu mengutamakan kaedah pembelajaran secara jarak jauh / dalam talian untuk tujuan
syarahan, tugasan, projek, pembentangan;
• Kaedah alternatif jarak jauh/dalam talian juga diutamakan untuk tujuan amali, pembelajaran servis, serta pentaksiran termasuk
peperiksaan akhir dan seumpamanya.
2Pembelajaran Semasa1 April - 26 Jun 2020
Membantu menyediakan kaedah pembelajaran jarak jauh yang:
• Inklusif • Bersesuaian • Mengambilkira pelajar yang tidak mempunyai
capaian internet untuk mengikuti pembelajaran dalam talian secara sepenuhnya.
3 Peranan Fakulti & Pensyarah
Terus tinggal di kediaman masing-masing semasa
aktiviti PdP dilaksanakan secara jarak jauh dan dalam talian
sepanjang semester.
4 Peranan Pelajar
Aktiviti PdP yang tidak dapat disempurnakan di sepanjang Semester 2, terutama yang memerlukan kehadiran fizikal:
• Akan dilaksanakan pada penghujung Semester 2 dan/atau pada Semester 3 mengikut keperluan dengan syarat
Fakulti mendapat kelulusan dari Senat UTM.
• Pelaksanaan aktiviti PdP secara bersemuka ini juga adalah tertakluk kepada keputusan pihak kerajaan berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan.
5Bengkel, Makmal, Studio, Pembelajaran Servis, Peperiksaan Akhir dan lain-lain
Disediakan olehPusat Kepimpinan Akademik UTM (UTMLead), Universiti Teknologi Malaysia
Mac 2020
#stayathome
Learning & Teaching @ UTM1st April - 26th June 2020
In reference to the YAB Prime Minister’s Special Announcement on the extension of the Movement Control Order from 1st April 2020 to 14th April 2020 throughout the country.UTM has agreed :
Implementation of distance and online
learning.
(Reference: Academic Calendar Session 2019/2020 Edition 2)
1 1st April - 26th June 2020(until end of Sem 2 2019/2020)
• The use of distance/online learning methods is given priority to lectures, assignments, projects,
presentations;
• Alternative distance/online methods are preferred for practical TnL activities, service learning and assessment which includes final
exams and so forth.
2Learning during 1st April - 26th June 2020
Provide distance learning methods which are:
• Inclusive • Appropriate • Taking into consideration students who have no
internet access to fully participate in online learning.
3 Roles of Faculty and Lecturer
Remain at home or at their respective
accommodations to follow distance and online TnL
activities for the entire semester.
4 Students’ Role
TnL activities which cannot be completed during Semester 2, especially those that require students’ physical presence:
• Will be carried out at the end of Semester 2 and/or in Semester 3 as required, provided that the Faculty obtains
approval from the UTM Senate.
• The implementation of face-to-face TnL activities is also subject to the government’s decision on Movement Control Order.
5Workshops, Lab Works, Studio, Service Learning, Final Examination and etc.
Prepared byUTM Academic Leadership (UTMLead), Universiti Teknologi Malaysia
Mac 2020
#stayathome
LAMPIRAN 4 LAMPIRAN MESYUARAT PENGERUSI DAN NAIB PENGERUSI (AKADEMIK &
PEMBANGUNAN PELAJAR) SEKOLAH
PERNYATAAN KEPUTUSAN MESYUARAT PENGERUSI DAN NAIB PENGERUSI SEKOLAH, FAKULTI KEJURUTERAAN
Penyataan ini mengambilkira pernyataan rasmi oleh Kerajaan, KPT, dan UTM terhadap Arahan Kawalan Pergerakan (MCO) dari 18 Mac hingga 14 April 2020, dan pernyataan TNCAA pada 26 Mac 2020. Bagi tujuan penyelarasan dan semangat sinergi Fakulti Kejuruteraan, mesyuarat antara Pengerusi dan Naib Pengerusi (Akademik dan Pembagunan Pelajar) semua Sekolah di bawah Fakulti Kejuruteraan pada 26 Mac 2020, telah mengariskan beberapa keputusan dan garispanduan bagi program prasiswazah dan pascasiswazah seperti berikut:
1. AKTIVITI PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN Semua aktiviti pembelajaran dan pengajaran (PdP) perlu dilaksanakan secara jarak jauh dan dalam talian/Online Learning (OL) bermula dari 1 April 2020 hingga 26 Jun 2020, iaitu sehingga akhir semester 2 sesi 2019/2020. Ini termasuk proses pentaksiran. Staf yang mengajar kursus dipohon untuk;
i. meningkatkan pengetahuan dalam pembelajaran OL. UTMLead membantu menyediakan kursus utk melaksanakan OL ini;
ii. menilai kapasiti kemudahan bagi staf dan pelajar khasnya capaian internet bagi melaksanakan OL. Jika terdapat kekurangan, mohon maklumkan agar Sekolah dapat bantu. Staf digalakkan menggunakan pendekatan pengajaran online secara Asynchronous bagi mengurangkan kos dan kepayahan capaian internet. (Pengajaran online secara Asynchronous – pengajaran yg tidak memerlukan bersemuka secara terus menerus)
iii. Menilai semula kaedah pentaksiran kerja kursus sesuai dengan penggunaannya di atas talian (online assessment). Staf dimohon untuk membuat perubahan terhadap dokumen course information (CI) yang sedia ada. CI yang diubah hanya untuk digunakan pada semester yang terkesan oleh MCO ini sahaja. Bagi mengawal kualiti pentaksiran sesuai dengan keperluan EAC atau badan akreditasi kandungan perubahan dokumen CI yang telah diubah perlu mendapat kelulusan JKA Sekolah. Kelulusan ini akan dibuat secara edaran.
2. PEPERIKSAAN AKHIR Peperiksaan akhir akan dilaksanakan secara fizikal pada tarikh yang ditetapkan oleh Universiti berdasarkan kepada kalendar akademik yang terkini yang telah diluluskan oleh Senat universiti* (dijangkakan antara 19 Jun -11 Julai 2020). Dalam keadaan tidak memungkin peperiksaan akhir secara fizikal dilaksanakan pada tarikh yang ditetapkan, peperiksaan akhir akan dilaksanakan pada tempoh semester pendek (semester 3). Walaubagaimanapun perlaksanaan ini tertakluk kepada kelulusan Senat Universiti.
*Ini berdasarkan kepada andaian bahawa wabak akan mereda dan keadaan akan kembali normal yang membolehkan pergerakan bebas staf dan pelajar.
3. PROJEK SARJANA MUDA
Perlaksanaan Projek Sarjana Muda (PSM) akan di pindahkan ke semester 3. Ini memberi ruang kepada pelajar untuk melaksanakan PSM tanpa gangguan khasnya kepada pelajar yang perlu menggunakan kemudahan makmal bagi melaksanakan ujikaji, juga bagi membolehkan penilaian pembentangan PSM dilaksanakan secacra bersemuka. Memandangkan perubahan ini akan melibatkan sistem akademik universiti, pihak Sekolah/Fakulti akan berbincang dengan Bahagian Pengurusan Akademik (AMD) bagi isu urusan penguguran kursus PSM bagi semester 2 dan pendaftaran pada semester 3. Ini akan diputuskan kemudian di peringkat Universiti. Sebarang keputusan akan dimaklumkan kemudian.
4. MAKMAL
Semua kursus makmal bagi pelajar tahun 1, 2, 3 dan 4 akan dipindahkan perlaksanaanya pada semester 3. Bagi pelajar tahun 3 khasnya yang telah mendapat tempat bagi mengikuti Latihan Industri pada semester 3 dan tidak dapat mendaftar/mengambil kursus makmal pada semester 3 akan mengambil kursus makmal pada semester 1 sesi berikutnya iaitu sesi 2020/2021. Memandangkan ia akan melibatkan sistem akademik universiti, perbincangan lanjut mengenai isu penguguran dan pendaftaran akan dibincangkan dengan AMD dan akan dimaklumkan kemudian.
5. LATIHAN INDUSTRI
Latihan Industri (LI) bagi pelajar pelajar tahun 3 khasnya sesi 2019/2020 akan dilaksanakan berdasarkan kepada dua (2) opsyen.
i. Perlaksanakan LI pada semester 3 akan diteruskan bagi pelajar yang telah mengesahkan tempat di industri ( sah industri menerima kehadiran pelajar). Ini berdasarkan kepada andaian, pelajar akan melaksanakan LI pada minggu ke 3 peperiksaan akhir. Penjadualan peperiksaan akhir bagi pelajar tahun 3 akan dibuat dalam tempoh 2 minggu pertama minggu peperiksaan akhir. Pelajar akan tamat LI lewat seminggu dari tarikh pendaftaran pelajar pada 14 Sept. 2020 (Dijangkakan pelajar akan memulakan LI pada 6 Julai 2020 dan tamat pada 21 Sept. 2020) Ini bagi menjaga nama baik Universiti dan bagi memenuhi keperluan EAC/ MQA dan kurikulum yang memerlukan pelajar menjalani LI selama 10 minggu. Pelajar yang
melaksanakan LI pada semester 3 ini tidak akan dapat mengambil kursus makmal dan akan dilaksanakan sebagaimana di butiran 4 di atas.
ii. Bagi pelajar yang tidak mendapat tempat di industri untuk melaksanakan LI, pelajar perlu melaksanakan LI pada semester 3 sesi 2020/2021 iaitu setelah tamat pengajian semester 2 sesi 2020/2021. Ini tidak dapat dielakkan. Perlaksanaan opsyen ini bergantung kpd kelulusan badan akreditasi; Engineering Accreditation Council (EAC) bagi program kejuruteraan dan MQA bagi bukan kejuruteraan dan Senat Universiti. Memandangkan ia juga melibatkan sistem akademik pelajar, perbincangan lanjut dengan badan akreditasi dan AMD dan kertaskerja Senat perlu disediakan.
6. VIVA VOCE DAN PEMBENTANGAN CADANGAN PENYELIDIKAN PhD DAN
SARJANA PENYELIDIKAN Semua aktiviti viva voce dan pembentangan cadangan penyelidikan diperingkat Sarjana penyelidikan akan dibuat di awal Semester 3 Sesi 2020/2021. Kertaskerja Senat akan disediakan bagi mendapat kelulusan perlaksanaan tersebut. Waalaubagaimanapun bagi meraikan fleksibiliti dalam melaksanakan kedua-dua aktiviti ini, kes khas akan dirujuk kepada Sekolah Pengajian Siswazah (SPS) dan Pejabat TNCAA.
7. PENAMBAHAN SATU SEMESTER KHAS BAGI PELAJAR DOKTOR FALSAFAH DAN SARJANA PENYELIDIKAN YANG BERADA DI SEMESTER AKHIR DAN BERSTATUS PEPERIKSAAN BERIKUTAN PANDEMIK COVID-19.
Pelajar PhD dan sarjana falsafah yang berada pada semester akhir dan berstatus peperiksaan (telah hantar tesis dan menunggu viva voce, dalam tempoh membuat pembetulan setelah viva voce) diberi satu semester tambahan disebabkan terkesan oleh pandemik COVID 2019. Cadangan ini telah di luluskan dalam mesyuarat Senat bertarikh 25 Mac 2020. Ini bermakna tarikh akhir penghantaran tesis pelajar terbabit adalah pada akhir semester 1 sesi 2020/2021. Semester kini tidak dikira dalam pengiraan semester jumlah semester. Nota: Pihak sekolah akan memaklumkan dari masa ke semasa sebarang perubahan yg berlaku.
LAMPIRAN 5 PANDUAN LATIHAN INDUSTRI AKIBAT PKP
1
PANDUAN PELAKSANAAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BAGI PELAJAR UTM YANG MENJALANI LATIHAN INDUSTRI Panduan ini dikeluarkan dengan merujuk kepada:
i. Perutusan Khas Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengenai pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan;
ii. FAQ Majlis Keselamatan Negara (MKN);
iii. Pekeliling Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA);
iv. Garis Panduan Pengendalian Isu Berhubung Penularan Wabak Covid-19
Bagi Universiti Awam (UA) dan Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) Mulai 18 Mac hingga 31 Mac 2020;
v. Panduan Perlaksanaan Kawalan Pergerakan Universiti Teknologi
Malaysia; dan vi. Garis Panduan Latihan Industri Universiti Teknologi Malaysia.
2
1. LATIHAN INDUSTRI SEMASA PERLAKSANAAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN
Semua pelajar UTM yang terlibat dengan latihan industri di organisai semasa Perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan adalah tertakluk kepada pekeliling dan panduan yang telah dinyatakan di atas. 2. PELAJAR YANG MENGIKUTI LATIHAN INDUSTRI
2.1 Pelajar yang sedang menjalani latihan industri hendaklah mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh pihak majikan selagi tidak bercanggah dengan Perintah Kawalan Pergerakan.
2.2 Arahan pematuhan bekerja dari rumah yang dikeluarkan oleh majikan mulai
18 hingga 30 Mac 2020 hendaklah dipatuhi oleh pelajar selaras dengan Panduan Khas Bekerja Dari Rumah Berkuatkuasa Dengan Perintah Kawalan Pergerakan Mulai 18 Mac 2020 hingga 31 Mac 2020 Bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967.
2.3 Pelajar hendaklah melaporkan kerja yang dilaksanakan dalam buku
laporan harian latihan industri melalui sistem yang telah sediakan. 2.4 Gantian hari adalah tidak diperlukan sekiranya arahan tidak bekerja
diwajibkan oleh pihak majikan. 2.5 Sekiranya terdapat perlanggaran pematuhan oleh organisasi, tindakan
segera perlu diambil oleh pelajar dengan memaklumkan kepada Penyelia Industri dan Penyelia Latihan Industri Universiti untuk tindakan selanjutnya.
2.6 Penilaian latihan industri adalah seperti yang diamalkan dan dinilai oleh
Penyelia Industri dan Penyelia Latihan Industri Universiti. Penilaian dalam talian perlu dilaksanakan sekiranya tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dilanjutkan.
2.7 Pelajar hendaklah melaporkan status mereka kepada Penyelia Latihan
Industri Universiti yang telah dilantik bagi tujuan pemantauan.
3
3. PENYELIA LATIHAN INDUSTRI UNIVERSITI 3.1 Penyelia Latihan Industri Universiti yang telah dilantik hendaklah memastikan
pelajar seliaan mereka berada dalam pemantauan. 3.2 Penyelia Latihan Industri Universiti hendaklah memaklumkan kepada Fakulti
atau Sekolah sekiranya berlaku ketidakpatuhan Perintah Kawalan Pergerakan oleh majikan atau pelajar menghadapi masalah berkaitan tugasan untuk tindakan Dekan Fakulti, Pengerusi Sekolah atau Penyelaras Latihan Industri sewajarnya.
3.3 Penyelia Latihan Industri Universiti tidak dibenarkan untuk mengadakan
lawatan dan penilaian hendaklah dilakukan secara dalam talian sekiranya tempoh kawalan dilanjutkan,
4. SEBARAN MAKLUMAT RASMI UTM Semua pelajar dinasihatkan untuk sentiasa menyemak status terkini perkembangan penularan wabak Covid-19 melalui saluran rasmi berikut: 4.1 Email UTM 4.2 UTM Community Facebook:
https://www.facebook.com/groups/utmcommunity/ 4.3 Website: https://www.utm.my/covid19/
atau menghubungi Talian Hotline UTM Covid-19 seperti berikut:
UTMJB : 010-800 1337 atau 011-3334 0646 UTMKL : 016-7962100
LAMPIRAN 6 CONTOH PERUBAHAN COURSE INFORMATION OLEH CIDU
ONLINE LEARNING & TEACHING (L&T) PLAN
School/Faculty: Page:
Program name:
Course code: Academic Session/Semester:
Course name: Pre/co requisite (course name
and code, if applicable):
Credit hours:
UTM CIDU.OLT.2020
REVIEW OF L&T ACTIVITIES TO INCLUDE ONLINE LEARNING
Course learning outcome
Guided Learning FTF hours (from CI)
Guided Learning FTF hours completed
Online Learning hours
Activities Type of time spent
Estimated time
Total time
CLO1 (Insert your statements here – the same as in the CI)
30 27 3
Live Interaction with students
The time spent in synchronous live interaction
15 minutes 15 minutes
Students read a 5-page article online
The time required to consume content
2 mins x 5 pages
10 minutes
Students carry out 1 collaborative learning task in online discussion board for separate groups based on article reading
Time spent for instructional activities
40 minutes 40 minutes
Students write group findings on Padlet
Time spent for instructional activities
15 minutes 15 minutes
Students spent time on averagely 10 screens for all the activities
The average time on ‘screen’ and the number of screens viewed.
5 mins x 10 screens
50 minutes
UTM CIDU.OLT.2020
Live Interaction with students to discuss students’ work
The time spent in synchronous live interaction
20 minutes 20 minutes
Students answer short online quiz
Time spent for instructional activities
30 minutes 30 minutes
CLO2
Please complete accordingly
CLO3
Please complete accordingly
UTM CIDU.OLT.2020
REVIEW OF ASSESSMENT PLAN
Before (from CI) Revised*
Continuous Assessment Percentage Total SLT
1 Quiz 1 Completed 2.5 15m
2 Quiz 2 Completed 2.5 15m
3 Quiz 3 Online assignment submission 5
As in CLO1 and CLO2
(1h) 4 Quiz 4
5 Test 1 Online Test 1 15 1h15m
6 Test 2 Online Test 2 15 1h15m
7 Design Project 1 Online project report submission 5 As in CLO 2 (7h30m)
8 Design Project 2 Online project report submission 5 As in CLO2 (7h30m)
Summative Assessment Percentage
1 Final Examination Take home final examination to be submitted within the specified time
50 3h
* All CLO should be maintained but changes can be made on the type of assessment. If changes have been
made on the assessment type which affects the SLT, please adjust the SLT in the CI accordingly.
Prepared by:
Name:
Signature:
Date:
Certified by:
Name:
Signature:
Date: