Upload
cs1201
View
226
Download
23
Embed Size (px)
DESCRIPTION
Perlembagan Malaysia
Citation preview
[ ]
Table of Content:
Contents:
1. Pengenalan.........................................................................................................................................2
2. Kebesanan Beragama Mengikut Perlembagaan Persekutuan.......................................................3
3. Pengenalan Agama dan kepercayaan di Malaysia.........................................................................5
4. Kes-kes Agama yang terdahulu........................................................................................................8
5. Isu-isu semasa terkini Mengenai Agama Di Malaysia..................................................................10
6. Usaha-usaha kearah keharmonian Agama di Malaysia...............................................................11
7. Kawalan Terhadap bahan-bahan Sensitif.....................................................................................12
8. Rumusan..........................................................................................................................................13
9. Rujukan............................................................................................................................................14
10. Lampiran..........................................................................................................................................15
1
[ ]
Tajuk:
Kebebasana Beragama Di Malaysia Mengikut Perlembagaan
1. Pengenalan
Agama bermaksud sesuatu yang dipercayai kewujudannya di luar kawalan manusia dan cara
yang digunakan ialah melalui amalan sembahyang. Rujukan melalui kamus dewan ke 4 pula
menyatakan agama sebagai kepercayaan kepada tuhan dan sifat-sifat serta kekuasaan tuhan dan
penerimaan ajaran dan perintahnyanya serta kepercayaan pada sesuatu dewa dll. Malaysia
mempunyai pelbagai agama kerana ia merupakan Negara yang berbilang kaum dan ethnik.
Rakyat bebas menganut agama yang diingini selagi tidak melanggar undang-undang dan
kebebasan yang ditetapkan.
Malaysia ialah satu-satu Negara di dunia yang
mempunyai rakyat berbilang kaum dan boleh bergaul
mesra dalam satu persekitaran yang unik dan harmoni.
Asas ini dibentuk sebelum kemerdekaan dan
pembentukan Negara berbilang kaum Malaysia. Kaum
Melayu, Cina dan India merupakan kaum terbesar di
Malaysia di samping kaum bumiputera di Sabah dan
Sarawak.
Berbilang kaum merujuk kepada berbilang agama. Negara Malaysia terbentuk dengan 3 agama
utama iaitu Islam, Buddha dan Kristian. Agama Islam telah ditetapkan sebagai agama rasmi
2
[ ]
Negara Malaysia -perkara 3(1). Yang Dipertuan Agong bertindak sebagai pemelihara atau ketua
agama Islam bagi negeri yang tiada Sultan seperti Melaka, Pulau pinang, Sabah dan Sarawak.
2. Kebesanan Beragama Mengikut Perlembagaan Persekutuan
Merujuk kepada Perkara 11. Kebebasan beragama Dalam Persekutuan:
(1) Tiap-tiap orang berhak menganuti dan mengamalkan agamanya dan, tertakluk kepada
Fasal (4), mengembangkannya.
(2) Tiada seorang pun boleh dipaksa membayar apa-apa cukai yang hasilnya diuntukkan
khas kesemuanya atau sebahagiannya bagi maksud sesuatu agama selain agamanya sendiri.
(3) Tiap-tiap kumpulan agama berhak—
(a) menguruskan hal ehwal agamanya sendiri;
(b) menubuhkan dan menyenggarakan institusi-institusi bagi maksud agama atau khairat;
dan
(c) memperoleh dan mempunyai harta dan memegang dan mentadbirkannya mengikut
undang-undang.
3
[ ]
(4) Undang-undang Negeri dan berkenaan dengan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur, Labuan dan Putrajaya, undang-undang persekutuan boleh mengawal atau
menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama di kalangan orang yang
menganuti agama Islam.
(5) Perkara ini tidaklah membenarkan apa-apa perbuatan yang berlawanan dengan mana-
mana undang-undang am yang berhubungan dengan ketenteraman awam, kesihatan awam
atau prinsip moral.
Ia bermakna setiap rakyat
Malaysia berhak menganuti apa-
apa agama yang dipercayai oleh
mereka masing-masing tanpa
sebarang sekatan kecuali agama
yang melanggar asasi, dan boleh
mengugat ketenteraman awam
seperti agama dan ajaran sesat
iaitu almaunah, al- kaidah,
Jemaah Islamiah dan lain-lain
yang telah songsang dari ajaran
Islam yang sebenar. Ini kerana
tiada sebarang agama di dunia ini yang mengalakan peperangan atau berlaku jahat terhadap
semasa manusia. Al-kaidah sebagai diketuia oleh Osama Bin Laden telah melancarkan
perang terhadap US yang menyababkan 911 pada masa itu. Ini menyebabkan umat Islam
dan orang Asia dtindas dan dianggap sebagai pengganas di US dan masih berlaku hingga
4
[ ]
sekarang walaupun peperangan Iraq dan Afgasnistan telah pun lama tamat masing-masing
dengan pembunuhan Osama dan Sadam Hussien.
3. Pengenalan Agama dan kepercayaan di Malaysia
Malaysia Negara yang berbilang kaum dan agama. Penganut agama Islam adalah yang
terbesar diikuti oleh Buddha dan Kristian. Oleh itu, Islam ditentukan sebagai agama rasmi
bagi Malaysia. Apabila bercakap tentang agama, ia adalah unsure sensitive kerana ia
melibatkan kepercayaan dan amalan masing-masing. Contohnya babi dan anjing adalah
haram disisi agama Islam tetapi bukan untuk agama lain kecuali Kritian SDA- Seven Day
Advertist yanbg turut melarang pemakanannya sama juga dengan agama Buddha yang
melarang penganutnya memakan daging terutamanya kerbau kerana mereka mengangap
kerbau binatang suci yang menolong manusia dalam kehidupan seharian.
a) Unsur-unsur Islam
Islam terdiri daripada orang melayu dan Bumiputera. Negara muslim terbesar ialah
Indonesia dan Islam kedua terbesar di dunia selepas Kristian. Kitab agama Islam
ialah Al-Quran dan nabinya ialah nabi
Mohamad s.a.w dan penganutnya dikenal
sebagai Muslim. Muslim percaya bahawa
Allah itu Esa dan tujuan hidup ialah untuk
menyembah Tuhan. Muslim sembahyang 5 kali sehari dan hari jumaat ditentukan
untuk solat jumaat. Sebulan sebelum hari raya muslim kenalah berpuasa iaitu
menahan lapar dan dahaga. Surau dan masjid adalah tempat muslim bersembahyang.
b) Agama Kristian
5
[ ]
Agama Kristian terdiri daripada Roman Katholik merupakan
ajaran terawal kristian di dunia berpengkalan di Rom Itali.
Ajaran Kristian sekarang telah berkembang kepada Anglican,
Methodist, S.I.B- Sidang injil Borneo dan S.D.A- Seventh
Day Advertist. Agama kristian selain R.Katolik dikenal
sebagai protestant. Kristian adalah agama terbesar di dunia
dengan penganutnya 2.1 billion atau 1/3 penduduk dunia. Penganut kristian
mengikuti ajaran Jesus Christ. Gereja adalah tempat penganut bersembahyang.
c) Agama Buddha/ Taoisme
Buddha adalah ajaran berasal daripada India. Pengasasnya
adalah Gautama Buddha. Kitab Buddha dikenal sebagai
Tipitaka ditulis dalam bahasa Pali. Pengikut Buddha dikenal
sebagai Buddist dan sami Buddha. Tempat beribat ialah
tokong. Tao pula
merupakan ajaran berasal
dari Negara China bermaksud Jalan. Ia
merupakan aliran pemikiran dan falsafah cina
masa dahulu. Symbol biasa yng digunakan ialah
ying dan yang.
6
[ ]
d) Animisme
Ada segelintir rakyat Malaysia masih mengamalkan
animisme iaitu kepercayaan terhadap alam semester
conotnya burung, menyembah batu, binatang dll. Di
Sarawak, masih mengamal amalan penyebahan roh padi
atau dikenal sebagai Gawai Dayak. Bagi bangsa Iban
dikenal sebagai upacara “Miring” iaitu proses meredakan
roh antaranya melalui persembahan rokok, telur, beras
kuning, tembakau dll. Animisme ini lebih kepada
kepercayaan dan bukan bersifat agama tetapi masih
diamalkan dan mendapat sambutan baik dari pengunjung
luar kerana keunikannya dan gawai dayak itu sendiri adalah satu festival yang unik
di Sarawak dan patut diamalkan sampai bila-bila. Hari gawai dayak jatuh pada setiap
1hb Jun dan diraikan penuh meriah oleh semua warga Sarawak. Ia merupakan hari
cuti umum bagi negeri Sarawak.
e) Agama Bahai
Agama ini diamalkan di Malaysia terutamanya di Sarawak.
Asal usul agama ini ialah melalui Persia pada abad ke 19.
Pengasasnya ialah Bahaullah dan bahai tersebar ke seluruh
dunia melalui anak Bahaullah iaitu Abdul Baha. Agama
Bahai adalah bersesuai kerana ia mempunyai unsur dan
amalan dari ajaran Krisna, Moses, Buddha, Jesus dan
Muhamad.
7
[ ]
4. Rujukan Kes-kes Agama yang terdahulu
Terdapat 2 sistem kehakiman yang selari di negara ini iaitu sistem kehakiman sekular yang
berdasarkan undang-undang persekutuan dan perlembagaan yang dikukuhkan oleh Parlimen
dan sistem syariah iaitu berdasarkan ajaran Islam. Mahkamah Syariah memiliki bidang
kuasa mutlak atas orang-orang yang muslim atau Melayu sahaja. Bagaimanapun orang
bukan Muslim masih boleh memberikan keterangan kepada mahkamah syariah dalam
mencari keadilan.
Dalam kes Nyonya Tahir, keluarga si mati hadir ke mahkamah memberi keterangan dan
bukti yang menunjukkan Nyonya Tahir tidak mengamalkan ajaran Islam dan mahkamah
syariah mengistiharkan Nyonya Tahir sebagai bukan Islam ketika meninggal dunia.
a. Kes Lina Joy
Lina Joy atau Azalina Jailani yang ditukar dari Islam ke Kristian, dengan alasan
bahawa hal itu berada di bawah hak untuk kebebasan beragama mengikut Perkara 11
dari Perlembagaan Malaysia. Dia pertama kali mendekati Jabatan Pendaftaran Negara
pada bulan Februari 1997, meminta izin untuk menukar namanya menjadi Lina Joy,
dan juga status agamanya. Namun ditolak pada bulan Ogos 1997 dengan alasan bahawa
Mahkamah Syariah tidak memberikan izin baginya untuk meninggalkan Islam. Pada
tahun 1998, JPN mengizinkan pertukaran nama, namun menolak untuk menukar status
agama pada dirinya kad pengenalan.
Joy mengajukan banding atas keputusan di Mahkamah Tinggi, dengan alasan bahawa
dia tidak harus tunduk pada undang-undang syariah, setelah ditukar menjadi Kristian.
Pada bulan April 2001, Hakim Datuk Faiza Tamby Chik memutuskan bahawa dia tidak
boleh menukar identiti agama nya, kerana etnik Melayu ditakrifkan sebagai Muslim di
8
[ ]
bawah perlembagaan. Joy kemudian membawa kesnya ke
Mahkamah Tinggi. Pada tarikh 19 September 2005,
mahkamah memutuskan dalam keputusan majoriti 2-1
melawan Joy. Dan dia mengajukan kes rtersebut kepada
makhamah tertinggi Malaysia iaitu mahkamah persekutuan.
Pada 30hb Mei 2007, Mahkamah Persekutuan, dalam
keputusan 2-1, diberhentikan banding Joy. Panel Mahkamah
memutuskan bahawa hanya Mahkamah Syariah mempunyai kuasa untuk membolehkan
Joy untuk memadam penunjukan agamanya Islam dari kad pengenalan. Hakim Agung
Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim dan hakim Mahkamah Persekutuan Undang-
undang Alauddin Mohd Sheriff menyampaikan keputusan majoriti menolak
permohonannya Chief Judge of Sabah and Sarawak Justice Richard Malanjum
dissented.
Keptusan mahkamah jelas bahawa Melayu secara semulajinya ditetapkan beragama
Islam walaupun dia suka atau tidak. Kebebasan beragama perkara 11 dalam
perlembagaan tidak digunakan dalam kes sedemikian kerana ia berada dibawah bidang
kuasa mahkamah syariah untuk memutuskan.
9
[ ]
5. Isu-isu semasa terkini Mengenai Agama Di Malaysia
Agama biasanya kalau dibincagkan akan menimbulkan isu-isu sensitive oleh itu ia biasa tidak
dibincangkan secara terbuka. Baru-baru ini. pelbagai isu timbul hasil daripada perkembangan
media baru seperti internet. Perkembangan ini kalau tidak diurus dengan baik akan menimbulkan
lebih banyak masalah seperti provokasi, pertelingkahan dan pergaduhan antara puak dan kaum.
Isu pertama yang ingin saya nyatankan ialah tentang penggunaan istilah “Allah” di kalangan
penganut Kristian di Sabah dan Sarawak. Isu seperti ini biarlah mahkamah yang memutuskan
supaya baru Nampak keadilannya dan pihak-pihak tertentu janganlah mempolitikan isu ini untuk
kepentingan diri sendiri.
Selain itu, isu video seks dan ucapan berbuka puasa oleh pasangan Vivian dan Alvin haruslah
diuruskan dengan baik dan betul. Ia merupakan satu
kes berprofiles tinggi kerana ia telah diketahui umum.
Hukuman dan kaunseling perlu supaya mereka tidak
mengulangi perbuatan tersebut kerana ia boleh
menimbulkan situasi yang kurang menyenangkan
terhadap orang lain.
Di samping itu, isu seorang lelaki dikenal sebagai Chetsz membawa anjing bersiar-siar dekat
dengan perkarangan masjid dengan suara latar takbir raya. Ini adalah tidak wajar kerana anjing
adalah binatang haram bagi Islam kecuali untuk situasi tertentu sepergti anjing polis yang
digunakan nutuk proses mengasan dadah.
10
[ ]
Akhirnya isu salah guna surau untuk sembahyang atau istiadat agama lain. Surau adalah tempat
orang muslim bersembahyang dan agama lain haruslah menghormatinya dan tidak
menggunakannya untuk istiadat lain.
6. Usaha-usaha kearah keharmonian Agama di Malaysia
Pada bulan April 2002, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) menganjurkan dialog
antara agama yang bertujuan untuk meningkatkan pemahaman yang lebih baik dan menghargai
antara kelompok yang berbeza negara agama. Peserta terdiri daripada wakil Jabatan
Pembangunan Islam Malaysia, Persatuan Ulama Malaysia, dan Dewan Konsultatif Malaysia
Buddha, Kristian, Hindu dan Sikh (MCCBCHS).
Hasilnya, Jawatankuasa pengarah melakar proposal untuk RUU yuran menyelenggarakan
persidangan nasional yang melihat sekitar 200 orang dari semua latar belakang agama
menghadiri itu. Di sana mereka hasil luar sangka untuk yuran yang boleh memberikan nasihat
kepada pihak-pihak berkaitan pada isu-isu antara-agama banyak yang timbul di Malaysia
pluralistik seperti penukaran dari Islam ke agama lain, yang dianggap sebagai kemurtadan di
Malaysia.
Namun, setelah liputan yang meluas di akhbar tempatan, RUU itu ditunda oleh Perdana
Menteri Abdullah Ahmad Badawi, kerana kontroversi di sekitarnya.
11
[ ]
7. Kawalan Terhadap bahan-bahan Sensitif
Kawalan terhadap bahan sensitive adalah diaplikasikan di Malaysia. Filem, surat khabar dan
media cetak dan eletronik adalah tertakluk dengan undang-undang yang ditetapkan SKMM.
Youtube dan facebook kini menjadi trend terbaru masyarakat melontarkan pendapat dan
buah fikiran apa yang berlaku di sekeliling mereka. Isu seperti kes video seks pasangan
Vivian dan pasangannya, isu kes jurulatih anjing adalah contoh mengapa Youtube menjadi
medium utama dan semakin popular dewasa ini. Pengguna Youtube boleh dikatan daripada
dewasa hingga tua. Kawalan adalah perlu terhadap medium seperti ini kerana khuatir boleh
menyebabkan keruntuhan moral dan akhlak pemuda. China sebagai contohnya telah
menyekat penggunaan google dan facebook kerana dikuatiri akan menimbulkan masalah.
Di Malaysia pula, siaran TV boleh kita lihat mempunya symbol U
untuk tontonan umum atau 18 untuk tontonan orang yang lebih 18
tahun. Adegan yang kontroversi selalu dipotong ataupun diblurkan
seperti dalam surat khabar. Isu tentang agama juga tidak digalakan
berbincang secara terbuka kerana dikhuatiri akan menimbulkan salah
sangka antara kaum seperti yang berlaku pada 13 Mei 1969 dulu.
Usaha dalam menyatupadukan rakyat adalah penting dengan penguatkuasakan undang-
undang seperti ISA yang telah dimansuhkan, dan undang-undang baru yang boleh
membantu dalam kesejahteraan dan keharomonian dalam Negara yang berbilang kaum dan
bangsa.
12
[ ]
8. Rumusan
Malaysia ialah sebuah Negara yang berbilang kaum dan mengamalkan kebebasan beragama
untuk semua etniknya. Perlembagana perkara ke 11 jelas menyatakan kebebasan beragama
di kalangan rakyat Malaysia. Agama yang banyak di Malaysia ialah Islam, Buddha dan
Kriatian. Namun begitu, kepercayaan animism turut masih wujud dan diamalkan oleh
sebilangan mereka.
Semua agama secara asasnyan mengalakan kebaikan iaitu berbaik-baik sesama manusia,
sayang- menyayangi, hormat-menghormati dan sebagainya. Kebebasan agama di Malaysia
adalah jenis yang terkawal oleh undang-undang. Orang melayu sebagai contohnya secara
automatic dikenal sebagai Islam dan tiada pilihan untuk memilih agama lain. Namun begitu,
bangsa lain adalah dibenarkan untuk berbuat demikian mengikut kepercayaan masing-
masing.
Kebelakangan ini isu sensitive melibatkan isu agama adalah begitu mendapat publisiti
media. Isu ucapan berbuka puasa oleh pasangan Vivian dan Alvin, isu surau dan isu
jurulatih anjing begitu laris di pasaran. Kawalan terhadap media moden seperti youtube dan
facebook sangat perlu supaya unsur-unsur sensitivity antara kaum tidak dipublisitikan dan
menjejaskan keharmonian kaum.
Justeru itu, kebebasan beragama haruslah digunakan sebagai medium untuk
mengembangkan semangat kerjasama dan menyatupadukan semua kaum serta ethnic yang
berbilang agama. Usaha untuk mencapai wawasan Negara pada 2020 bergantung kepada
semangat 1Malaysia yang ditanam dari dulu lagi. Semangat inilah yang membolehkan
Malaysia selalu gemilang dan terbilang di pentas dunia sebagia Negara yang unik kerana
berbilang kaum boleh hidup bersama dengan aman dan damai.
13
[ ]
9. Rujukan
I. Buku Panduan undang-undang Umum, Edisi 2012, International Law Book Services.
II. Joyce M. Hawkins, Kamus Dwi Bahasa Oxford Fajar, Edisi Keempat.
III. http://ms.wikipedia.org/wiki/Islam
IV. http://en.wikipedia.org/wiki/Gautama_Buddha
V. http://en.wikipedia.org/wiki/Taoism
VI. en.wikipedia.org/wiki/Bahá'í_Faith
14
[ ]
10. Lampiran
15