12
Risalah Data Keselamatan GOKILAHT-S 5EC Tarikh semakan: 2019/12/05 1 / 11 1. PENGENALPASTIAN PRODUK DAN SYARIKAT Nama produk : GOKILAHT-S 5EC Sekatan terhadap penggunaan : Racun serangga kebersihan umum Pembekal Nama syarikat : SUMITOMO CHEMICAL ASIA PTE. LTD. Jabatan / Bahagian untuk Dihubungi : 3 Fraser Street, #07-28 DUO Tower Singapura 189352 Telefon : +65 6280 8230 Faks : +65 62939725 No. telefon kecemasan : Kawasan Asia Pasifik (kecuali China) : +65 3158-1074 (CARECHEM24, Singapura) 2. PENGENALPASTIAN BAHAYA Pengelasan GHS Bahaya fizik Mudah meletup : Tidak berkenaan Gas mudah terbakar : Tidak berkenaan Aerosol mudah terbakar : Tidak berkenaan Gas pengoksida : Tidak berkenaan Gas di bawah tekanan : Tidak berkenaan Cecair mudah terbakar : Tidak dikelaskan Pepejal mudah terbakar : Tidak berkenaan Bahan dan campuran reaktif sendiri : Tidak berkenaan Cecair piroforik : Tidak dikelaskan Pepejal piroforik : Tidak berkenaan Bahan dan campuran panas sendiri : Pengelasan tidak dapat dilakukan Bahan dan campuran yang apabila terkena air menghasilkan gas mudah terbakar : Tidak berkenaan Cecair pengoksida : Pengelasan tidak dapat dilakukan Pepejal pengoksida : Tidak berkenaan Peroksida organik : Tidak berkenaan Mengakis logam : Pengelasan tidak dapat dilakukan Bahaya kepada kesihatan Ketoksikan akut (oral) : Kategori 5 Ketoksikan akut (dermis) : Kategori 5 Ketoksikan akut (penyedutan - gas) : Tidak berkenaan Ketoksikan akut (penyedutan - wap) : Pengelasan tidak dapat dilakukan Ketoksikan akut (penyedutan debu dan kabus) : Kategori 4 Kakisan/Kerengsaan kulit : Kategori 2

GOKILAHT-S 5EC

  • Upload
    others

  • View
    3

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: GOKILAHT-S 5EC

Risalah Data Keselamatan

GOKILAHT-S 5EC Tarikh semakan: 2019/12/05

1 / 11

1. PENGENALPASTIAN PRODUK DAN SYARIKAT

Nama produk : GOKILAHT-S 5EC

Sekatan terhadap penggunaan

: Racun serangga kebersihan umum

Pembekal

Nama syarikat : SUMITOMO CHEMICAL ASIA PTE. LTD.

Jabatan / Bahagian untuk Dihubungi

: 3 Fraser Street, #07-28 DUO Tower Singapura 189352

Telefon : +65 6280 8230

Faks : +65 62939725

No. telefon kecemasan : Kawasan Asia Pasifik (kecuali China) : +65 3158-1074 (CARECHEM24, Singapura)

2. PENGENALPASTIAN BAHAYA

Pengelasan GHS

Bahaya fizik Mudah meletup : Tidak berkenaan

Gas mudah terbakar : Tidak berkenaan

Aerosol mudah terbakar : Tidak berkenaan

Gas pengoksida : Tidak berkenaan

Gas di bawah tekanan : Tidak berkenaan

Cecair mudah terbakar : Tidak dikelaskan

Pepejal mudah terbakar : Tidak berkenaan

Bahan dan campuran reaktif sendiri : Tidak berkenaan

Cecair piroforik : Tidak dikelaskan

Pepejal piroforik : Tidak berkenaan

Bahan dan campuran panas sendiri : Pengelasan tidak dapat dilakukan

Bahan dan campuran yang apabila terkena air menghasilkan gas mudah terbakar

: Tidak berkenaan

Cecair pengoksida : Pengelasan tidak dapat dilakukan

Pepejal pengoksida : Tidak berkenaan

Peroksida organik : Tidak berkenaan

Mengakis logam : Pengelasan tidak dapat dilakukan

Bahaya kepada kesihatan

Ketoksikan akut (oral) : Kategori 5

Ketoksikan akut (dermis) : Kategori 5

Ketoksikan akut (penyedutan - gas) : Tidak berkenaan

Ketoksikan akut (penyedutan - wap) : Pengelasan tidak dapat dilakukan

Ketoksikan akut (penyedutan debu dan kabus)

: Kategori 4

Kakisan/Kerengsaan kulit : Kategori 2

Page 2: GOKILAHT-S 5EC

Risalah Data Keselamatan

GOKILAHT-S 5EC Tarikh semakan: 2019/12/05

2 / 11

Kerosakan/Kerengsaan mata yang serius

: Kategori 2A

Pemeka pernafasan : Pengelasan tidak dapat dilakukan

Pemeka kulit : Tidak dikelaskan

Kemutagenan sel germa : Pengelasan tidak dapat dilakukan

Ketoksikan organ sasaran tertentu – pendedahan tunggal

: Kategori 1 (Sistem saraf)

Ketoksikan organ sasaran tertentu – pendedahan berulang

: Kategori 1 (Sistem saraf, buah pinggang) Kategori 2 (Paru-paru, peti suara)

Bahaya pernafasan : Kategori 1

Bahaya kepada alam sekitar

Bahaya akut kepada persekitaran akuatik

: Kategori 1

Bahaya kronik kepada persekitaran akuatik

: Kategori 1

Berbahaya kepada lapisan ozon : Pengelasan tidak dapat dilakukan

Unsur label GHS

Simbol :

Perkataan isyarat : Bahaya

Pernyataan bahaya : H332 : Berbahaya jika tersedut

H303+H313 : Mungkin berbahaya jika tertelan atau terkena kulit

: H315 : Menyebabkan kerengsaan kulit

H319 : Menyebabkan kerengsaan mata yang serius

H370 : Menyebabkan kerosakan pada sistem saraf

H372 : Menyebabkan kerosakan pada sistem saraf atau buah pinggang melalui pendedahan berpanjangan atau berulang H373 : Boleh menyebabkan kerosakan pada sistem pernafasan melalui pendedahan berpanjangan atau berulang H304 : Boleh menyebabkan kematian jika tertelan dan memasuki laluan udara H400 : Sangat toksik kepada hidupan akuatik H410 : Sangat toksik kepada hidupan akuatik dengan kesan jangka panjang

Pernyataan berjaga-jaga

Pencegahan : P210: Dapatkan arahan khas sebelum menggunakan produk

P202 : Jangan kendalikan produk sehingga semua langkah berjaga-jaga keselamatan telah dibaca dan difahami

P270 : Jangan makan, minum atau merokok semasa menggunakan produk ini

Page 3: GOKILAHT-S 5EC

Risalah Data Keselamatan

GOKILAHT-S 5EC Tarikh semakan: 2019/12/05

3 / 11

P271 : Guna produk di tempat terbuka atau dalam kawasan yang mempunyai pengalihudaraan yang baik sahaja P260 : Jangan sedut debu/wasap/gas/kabus/wap/semburan.

P273 : Elakkan perlepasan ke persekitaran

P264 : Basuh muka dan tangan sebersih-bersihnya selepas mengendalikan produk P281 : Gunakan kelengkapan perlindungan diri seperti yang dikehendaki P280 : Pakai sarung tangan pelindung P280 : Pakai perlindungan mata/perlindungan muka

Respons : P391 : Kumpulkan tumpahan.

P331 : JANGAN paksa mangsa muntah

P302+P352 : JIKA TERKENA KULIT : Basuh dengan sabun dan air yang banyak

P305+P351+P338 : JIKA TERKENA MATA : Bilas mata menggunakan air dengan berhati-hati selama beberapa minit. Tanggalkan kanta lekap, jika mangsa memakainya dan senang untuk menanggalkannya. Teruskan membilas P304+P340 : JIKA TERSEDUT: Alihkan mangsa ke kawasan berudara segar dan biarkan mangsa berehat dalam kedudukan yang selesa untuk bernafas P301+P310 : JIKA TERTELAN : Segera hubungi Pusat Racun atau doktor/pakar perubatan P332+P313 : Jika kerengsaan kulit berlaku: Dapatkan nasihat/rawatan perubatan P337+P313 : Jika kerengsaan mata berterusan : Dapatkan nasihat/rawatan perubatan P308+P313 : Jika terdedah atau terdapat kebimbangan : Dapatkan nasihat atau rawatan perubatan P321 : Rawatan khusus (Lihat bahagian “4. Langkah pertolongan cemas”) P362: Tanggalkan pakaian yang tercemar dan basuh sebelum digunakan semula

Penyimpanan : P405 : Pastikan bekas ditutup rapat.

Pelupusan : P501 Lupuskan kandungan/bekas dengan betul mengikut peraturan setempat/wilayah/negara/antarabangsa.

3. KOMPOSISI DAN MAKLUMAT RAMUAN

Bahan / Sediaan : Campuran

Nama kimia No. CAS Kepekatan

(S)-α-cyano-3-fenoksibenzil (1R)-trans-krisantemat (Nama am ISO : sifenotrin)

39515-40-7 (rasem)

5 %

Page 4: GOKILAHT-S 5EC

Risalah Data Keselamatan

GOKILAHT-S 5EC Tarikh semakan: 2019/12/05

4 / 11

Pengemulsi Sulit 10%

Pelarut Sulit 85%

Etilbenzena 100-41-4 <= 0.39 %

Xilena 1330-20-7 <= 0.58 %

4. LANGKAH PERTOLONGAN CEMAS

Tersedut : Alihkan mangsa ke kawasan berudara segar dan biarkan mangsa berehat dalam kedudukan yang selesa untuk bernafas. Berikan oksigen jika mangsa sukar bernafas. Berikan pernafasan bantuan jika mangsa tidak bernafas. Jangan gunakan kaedah pernafasan mulut ke mulut. Pastikan mangsa dalam keadaan yang selesa menggunakan selimut dan lain-lain. Segera dapatkan nasihat/rawatan perubatan. Jika mangsa muntah, tundukkan kepala mangsa supaya isi perut tidak memasuki paru-paru. Kesan pendedahan terhadap produk mungkin tertangguh. Pengawasan perubatan disyorkan.

Terkena kulit : Beri perhatian kepada risiko kebakaran yang disebabkan oleh api atau sumber pencucuhan lain. Segera buka/tanggalkan pakaian dan kasut yang tercemar. Basuh menggunakan sabun dan air yang banyak dengan berhati-hati. Jika berlaku kerengsaan kulit atau ruam: Dapatkan nasihat/rawatan perubatan. Basuh pakaian yang tercemar sebelum digunakan semula.

Terkena mata : Jangan gosok mata. Tahan kelopak mata daripada tertutup. Mulakan dengan membilas menggunakan air secepat yang mungkin dan bilas dengan berhati-hati selama beberapa minit. Tanggalkan kanta lekap jika mangsa memakainya dan senang untuk menanggalkannya. Teruskan membilas. Segera dapatkan nasihat/rawatan perubatan.

Tertelan

:

Kumur sebersih-bersihnya menggunakan air dan berikan susu atau air yang banyak kepada mangsa yang sedar. Jangan berikan apa-apa minuman kepada mangsa yang tidak sedar. Alihkan mangsa ke kawasan berudara segar dan biarkan mangsa berehat dalam kedudukan yang selesa untuk bernafas. Pastikan mangsa dalam keadaan yang selesa menggunakan selimut dan lain-lain. Segera dapatkan nasihat/rawatan perubatan.

Page 5: GOKILAHT-S 5EC

Risalah Data Keselamatan

GOKILAHT-S 5EC Tarikh semakan: 2019/12/05

5 / 11

Jika mangsa muntah, tundukkan kepala mangsa supaya isi perut tidak memasuki paru-paru. Berikan oksigen jika mangsa sukar bernafas. Berikan pernafasan bantuan jika mangsa tidak bernafas. Kesan pendedahan terhadap bahan mungkin tertangguh. Pengawasan perubatan disyorkan.

Perlindungan diri untuk ahli pertolongan cemas

: Gunakan kelengkapan perlindungan diri seperti yang di kehendaki.

Nota kepada pakar perubatan

: Rawatan fenobarbiton mungkin berkesan terhadap konvulsi jika berlaku keracunan akut sebagai rawatan paliatif. Data yang diterbitkan menunjukkan rawatan vitamin E berkesan untuk parestesia kulit.

5. LANGKAH MEMADAM KEBAKARAN

Bahan pemadam api : Kebakaran kecil : Serbuk kimia kering, karbon dioksida, semburan air, busa biasa Kebakaran besar: Semburan air, kabus, busa biasa

Bahan pemadam api yang tidak sesuai

: Pancutan air secara terus.

Bahaya kebakaran & letupan yang luar biasa

: Terdapat risiko berlaku kebakaran dan letupan jika terkena bahan yang tidak serasi. Bekas boleh meletup apabila dipanaskan. Jika terkena pada produk, lecur pada kulit dan mata boleh berlaku. Air yang mengalir dan air untuk mengawal kebakaran boleh mencemarkan air. Bagi kebakaran besar, jauhkan dari kawasan kebakaran dan biarkan kebakaran berlaku.

Prosedur khas memadam kebakaran

: Ikut arah angin. Jauhkan kakitangan yang tidak diberikan kebenaran. Jika boleh, alihkan bekas yang terdedah kepada haba atau sejukkannya dengan air. Takungan air yang digunakan untuk memadam kebakaran dilupuskan kemudian, jangan sebarkan bahan.

Langkah perlindungan : Pakai kelengkapan memadam kebakaran dan alat pernafasan serba lengkap bertekanan positif yang diluluskan oleh standard wilayah, negara dan setempat. Pakaian perlindungan pemadam kebakaran berstruktur hanya akan memberikan perlindungan yang terhad terhadap haba dan tidak memberikan perlindungan yang cukup daripada wap dan cecair berbahaya.

Page 6: GOKILAHT-S 5EC

Risalah Data Keselamatan

GOKILAHT-S 5EC Tarikh semakan: 2019/12/05

6 / 11

6. LANGKAH MENANGANI PELEPASAN YANG TIDAK DISENGAJAKAN

Langkah perlindungan diri : Jangan sentuh bekas yang rosak atau bahan tumpahan kecuali dengan memakai pakaian perlindungan yang sesuai. Gunakan perlindungan diri yang disyorkan di bahagian "8. Kawalan pendedahan/perlindungan diri". Guna produk ini di tempat terbuka atau dalam kawasan yang mempunyai pengalihudaraan yang baik sahaja. Ikut arah angin. Jangan sedut debu/wasap/gas/kabus/wap/semburan. Asingkan kawasan tumpahan atau bocor pada jarak yang sesuai dari semua arah. Basuh muka dan tangan dengan sebersih-bersihnya selepas mengendalikan produk.

Prosedur kecemasan : Pastikan semua kakitangan yang tidak diberikan kebenaran menjauhi arah angin. Dapatkan nasihat pakar. Beri amaran kepada penduduk sekeliling. Kuncikan pintu air di terusan. Bina zon keselamatan yang besar.

Langkah berjaga-jaga terhadap alam sekitar

: Elakkan bahan tumpahan dan aliran daripada kawalan tumpahan daripada memasuki jalan air, pembentung, tingkat bawah tanah atau kawasan terkurung. Elakkan pelepasan ke persekitaran. Kumpulkan tumpahan.

Kaedah dan bahan pembersihan serta langkah pembendungan

: Hentikan kebocoran jika boleh melakukannya tanpa apa-apa risiko. Kumpulkan cecair yang bocor dan tertumpah ke dalam bekas kedap setakat yang boleh. Serapkan baki cecair dengan menggunakan tanah kering, pasir atau bahan tidak mudah terbakar yang lain dan buangkan ke tempat yang selamat. Bagi tumpahan yang banyak, takungkan tumpahan cecair sejauh yang mungkin untuk dilupuskan kemudian. Guna alat yang bersih untuk mengumpulkan bahan serapan. (Lihat bahagian "13. Maklumat pelupusan").

Pencegahan bahaya sekunder

: HAPUSKAN semua sumber pencucuhan seperti haba/percikan api/nyalaan terbuka/permukaan panas/nyahcas statik . Sediakan agen pemadam api yang sesuai. (Lihat bahagian “5. Langkah memadam kebakaran”). Bagi tumpahan besar, pertimbangkan pengosongan kawasan mengikut arah angin sehingga jarak yang sesuai.

7. PENGENDALIAN DAN PENYIMPANAN

Page 7: GOKILAHT-S 5EC

Risalah Data Keselamatan

GOKILAHT-S 5EC Tarikh semakan: 2019/12/05

7 / 11

Pengendalian:

Langkah teknikal : Guna produk ini di tempat terbuka atau dalam kawasan yang mempunyai pengalihudaraan yang baik sahaja. Ikut arah angin ketika mengendalikan produk di tempat terbuka setakat yang boleh. Jauhkan kakitangan yang tidak diberikan kebenaran. Guna alat yang tidak mengeluarkan percikan api. Elakkan daripada terkena mata, kulit dan pakaian.

Ekzos, pengalih udara : Alihkan udara dengan menggunakan kaedah yang sesuai. (Lihat bahagian "8. Kawalan pendedahan/perlindungan diri")

Nota : Pasang kelengkapan yang sesuai dan pakai pakaian perlindungan yang sesuai. (Lihat bahagian “8. Kawalan pendedahan/perlindungan diri”). Gunakan kelengkapan perlindungan diri seperti yang dikehendaki. Pakai sarung tangan pelindung. Pakai perlindungan mata dan perlindungan muka.

Langkah keselamatan : Dapatkan arahan khas sebelum menggunakan produk. Jangan kendalikan produk sehingga semua langkah keselamatan telah dibaca dan difahami. Jangan sedut debu/wasap/gas/kabus/wap/semburan. Jangan makan, minum atau merokok di kawasan kerja. Pakaian kerja yang tercemar tidak dibenarkan dibawa keluar dari tempat kerja. Basuh muka dan tangan sebersih-bersihnya selepas mengendalikan produk.

Penyimpanan

Langkah teknikal : Pastikan bekas ditutup rapat.

Keadaan : Alihkan udara dengan baik mengikut cara yang sepatutnya menurut peraturan wilayah, negara dan setempat. Simpan di tempat yang kering. Jauhkan daripada bahan yang tidak serasi. Lihat bahagian “10. Kestabilan dan kereaktifan”. Jauhkan daripada makanan dan bahan makanan ternakan. Lihat bahagian “10. Kestabilan dan kereaktifan”. Simpan di dalam stor yang berkunci.

Bahan pembungkusan : Tiada maklumat.

8. KAWALAN PENDEDAHAN / PERLINDUNGAN DIRI

Kawalan kejuruteraan yang sesuai

: Sediakan pancuran air basuh mata dan pancuran basah segera di kawasan kerja. Ambil langkah berjaga-jaga terhadap elektrik statik seperti pembumian dan pengikatan, pakai kasut dan pakaian antistatik serta gunakan lantai konduksian terbumi.

Page 8: GOKILAHT-S 5EC

Risalah Data Keselamatan

GOKILAHT-S 5EC Tarikh semakan: 2019/12/05

8 / 11

Had pendedahan : Nama kimia Jenis Nilai had pendedahan

Sumber peraturan

Etilbenzena TWA 20 ppm Amerika Syarikat. Nilai had ambang ACGIH

Xilena TWA 100 ppm Amerika Syarikat. Nilai had ambang ACGIH

STEL 150 ppm Amerika Syarikat. Nilai had ambang ACGIH

Kelengkapan perlindungan diri (PPE) Perlindungan pernafasan : Kelengkapan perlindungan pernafasan hendaklah dipilih

mengikut keperluan peraturan khusus sahaja. Pakai alat pernafasan serba lengkap bertekanan positif bagi keadaan yang melebihi standard pendedahan pekerjaan untuk debu termasuk prosedur kecemasan dan pembersihan untuk pelepasan yang tidak disengajakan.

Perlindungan tangan : Kelengkapan perlindungan tangan hendaklah dipilih mengikut keperluan kawal selia khusus sahaja. Sarung tangan kedap.

Perlindungan mata : Kelengkapan perlindungan mata hendaklah dipilih mengikut keperluan kawal selia khusus sahaja. Gogal atau cermin mata keselamatan kimia dan pelindung muka penuh.

Perlindungan kulit

: Kelengkapan perlindungan diri hendaklah dipilih mengikut keperluan kawal selia khusus sahaja. Pakaian perlindungan kedap yang sesuai termasuk kasut pelindung, sarung tangan, kot makmal, apron atau baju senyawaan.

Langkah kebersihan khusus

: Jangan makan, minum, atau merokok ketika bekerja. Basuh sebersih-bersihnya selepas mengendalikan produk dan sebelum makan atau minum. Pakaian kerja yang tercemar tidak dibenarkan dibawa keluar dari tempat kerja.

9. CIRI FIZIK DAN KIMIA

Keadaan fizik : Cecair

Page 9: GOKILAHT-S 5EC

Risalah Data Keselamatan

GOKILAHT-S 5EC Tarikh semakan: 2019/12/05

9 / 11

Warna : Kuning langsat

Bau : Bau biasa yang tidak kuat

pH : 7.2 (4% penyerakan, 25°C)

Takat beku : Tiada data diperoleh

Takat didih : Tiada data diperoleh

Takat kilat : 95 °C (Cawan Terbuka Cleveland)

Suhu pengautocucuhan : Tiada data diperoleh

Had kemudahbakaran atas (%)-:

: Tiada data diperoleh

Had kemudahbakaran bawah (%)-:

: Tiada data diperoleh

Tekanan wap : Tiada data diperoleh

Ketumpatan wap (udara=1) : Tiada data diperoleh

Ketumpatan relatif : 0.887 (20 °C)

Keterlarutan dalam air : Teremulsi dalam air

Keterlarutan (lain) : Tiada data diperoleh

Pekali sekatan (n-octanol/air)

: Tiada data diperoleh

Suhu penguraian : Tiada data diperoleh

Kadar penyejatan Kelikatan

: :

Tiada data diperoleh 5 mPa· s (20 °C)

10. KESTABILAN DAN KEREAKTIFAN

Kestabilan : Stabil di bawah keadaan normal.

Kemungkinan berlakunya tindak balas bahaya

: Pengoksida kuat, asid kuat, bes kuat: bahaya kebakaran dan letupan.

Page 10: GOKILAHT-S 5EC

Risalah Data Keselamatan

GOKILAHT-S 5EC Tarikh semakan: 2019/12/05

10 / 11

Keadaan yang perlu dielakkan

: Pemanasan

Bahan yang tidak serasi : Pengokisda kuat, asid kuat, bes kuat

Produk penguraian yang berbahaya

: Karbon monoksida, karbon dioksida, hidrokarbon, sulfur dioksida, hidrogen sianida, jelaga

11. MAKLUMAT TOKSIKOLOGI

Ketoksikan akut

Oral: Tikus : LD50 3910 mg/kg

Dermis: Tikus : LD50 > 2000 mg/kg

Tersedut: Debu / kabus : Tikus : LC50 (4 jam) > 4970 mg/m³

Kakisan dan kerengsaan kulit:

Arnab (ujian kerengsaan dan kakisan kulit) : Agak merengsakan

Kerosakan dan kerengsaan mata yang serius:

Arnab (ujian kerengsaan dan kakisan mata) : Agak merengsakan

Pemeka pernafasan/kulit:

Pemeka kulit tikus Belanda (ujian Pemaksimum) : Bukan pemeka

12. MAKLUMAT EKOLOGI

Jika data tentang produk ini tidak diperoleh, maka data ramuan akan dipaparkan.

Ketoksikan akut (Sifenotrin) :

Ikan : Trout pelangi : LC50 (96 jam) 0.38 µg/L Krustasea : Daphnia Magna : EC50 (48 jam) 0.12 µg/l

Biodegradasi : Tiada data diperoleh

Bioakumulasi : Tiada data diperoleh

Sebaran dalam tanah : Tiada data diperoleh

13. MAKLUMAT PELUPUSAN

Page 11: GOKILAHT-S 5EC

Risalah Data Keselamatan

GOKILAHT-S 5EC Tarikh semakan: 2019/12/05

11 / 11

Kaedah pelupusan Lupuskan kandungan /bekas dengan betul mengikut peraturan setempat/wilayah/negara/antarabangsa.

14. MAKLUMAT PENGANGKUTAN

Peraturan antarabangsa

IMDG :

Nombor UN : UN3082

Nama penghantaran yang sah

: Bahan Berbahaya kepada Alam Sekitar, Cecair, N.O.S. (campuran sifenotrin)

Kelas : 9

Kumpulan pembungkusan : III

Label risiko subsidiari : -

Pencemar laut : Ya

No. EmS : F-A;S-F

IATA

Nombor UN : UN3082

Nama penghantaran yang sah

: Bahan Berbahaya kepada Alam Sekitar, Cecair, N.O.S. (campuran sifenotrin)

Kelas : 9

Kumpulan pembungkusan : III

Label risiko subsidiari : -

Standard domestik : Mematuhi undang-undang domestik

Langkah keselamatan dan kaedah khusus untuk pengangkutan :

Pastikan tiada kerosakan, kakisan, kebocoran dan lain-lain pada bekas sebelum penghantaran. Muatkan produk supaya tidak terbalik, jatuh atau rosak dan pastikan langkah berjaga-jaga diambil untuk menjamin keselamatan produk yang dimuatkan. Sediakan kelengkapan perlindungan (sarung tangan, cermin mata, topeng dan lain-lain) dan pemadam api serta alat yang diperlukan ketika kecemasan di dalam kenderaan atau kapal untuk penghantaran produk.

15. MAKLUMAT KAWAL SELIA

Sila patuhi peraturan setempat.

16. MAKLUMAT LAIN

Maklumat yang disediakan adalah berdasarkan undang-undang, bahan, maklumat dan data semasa yang sedia ada; walau bagaimanapun, maklumat berkaitan dengan kepekatan, ciri fizik dan kimia, dan pengenalpastian bahaya adalah tidak dijamin. Langkah berjaga-jaga untuk pengendalian selamat bertujuan untuk penggunaan normal. Jika dalam keadaan tertentu, sila

Page 12: GOKILAHT-S 5EC

Risalah Data Keselamatan

GOKILAHT-S 5EC Tarikh semakan: 2019/12/05

12 / 11

kendalikan produk dengan langkah keselamatan yang betul dan serasi dengan penggunaan produk.