19
1 Supported by 雇佣权益指南 Panduan Mengenai Undang-Undang Pekerjaan Guide on Employment Laws

Guide on Employment Laws...• Cuti bersalin • Cuti suami untuk isteri bersalin • Cuti pengasuhan anak 15. Faedah perubatan lain, seperti: • Insurans • Faedah perubatan •

  • Upload
    others

  • View
    2

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Guide on Employment Laws...• Cuti bersalin • Cuti suami untuk isteri bersalin • Cuti pengasuhan anak 15. Faedah perubatan lain, seperti: • Insurans • Faedah perubatan •

1

Supported by

雇佣权益指南Panduan Mengenai Undang-Undang Pekerjaan

Guide on Employment Laws

Page 2: Guide on Employment Laws...• Cuti bersalin • Cuti suami untuk isteri bersalin • Cuti pengasuhan anak 15. Faedah perubatan lain, seperti: • Insurans • Faedah perubatan •

2

Akta Pekerjaan memberikan penerangan tentang hak dan tanggungjawab pekerja dan majikan di bawah kontrak perkhidmatan.

Jika anda seorang Warganegara Singapura atau Penduduk Tetap Singapura, anda berhak menerima caruman daripada Wang Simpanan Pekerja (CPF).

Akta Pekerjaan melindungi setiap pekerja (tanpa mengira kewarganegaraan) yang mempunyai kontrak perkhidmatan dengan majikannya, kecuali:

• Pelaut • Pembantu Rumah • Pekerja Lembaga Berkanun dan Pemerintah

Adakah saya dilindungi di bawah Akta Pekerjaan?

Tahukah anda? Bahagian IV dalam Akta Pekerjaan, yang merangkumi waktu bekerja, hari rehat dan syarat-syarat perkhidmatan lain hanya dikenakan kepada pekerja buruh dengan gaji bulanan asas yang tidak melebihi $4,500 dan pekerja (bukan pekerja buruh) dengan gaji tidak melebihi $2,600. Bahagian IV tidak dikenakan kepada pengurus dan eksekutif.

Page 3: Guide on Employment Laws...• Cuti bersalin • Cuti suami untuk isteri bersalin • Cuti pengasuhan anak 15. Faedah perubatan lain, seperti: • Insurans • Faedah perubatan •

3

Perbezaan antara Kontrak Perkhidmatan dengan Kontrak untuk PerkhidmatanKontrak perkhidmatan adalah perjanjian antara majikan dengan pekerja. Kontrak untuk perkhidmatan adalah perjanjian antara klien dan kontraktor bebas, seperti orang yang bekerja sendiri atau pekerja perkhidmatan, yang diambil berkhidmat untuk melaksanakan tugasan atau projek dengan bayaran yang telah dipersetujui. Akta Pekerjaan tidak dikuatkuasakan bagi mereka.

Untuk menentukan sama ada anda berada di bawah kontrak perkhidmatan atau kontrak untuk perkhidmatan, anda perlu mempertimbangkan beberapa faktor secara menyeluruh. Di antara faktor utamanya adalah:

• Siapakah yang dipertanggungjawabkan untuk tugasan membekal?• Siapakah yang menyediakan perkakasan dan peralatan?• Adakah perniagaan dijalankan dengan menggunakan akaun peribadi ataupun akaun majikan?

Untuk maklumat lanjut mengenai beberapa faktor yang perlu dipertimbangkan, sila lungsuri laman sesawang MOM: www.mom.gov.sg > Employment practices > Contract of service

Sekiranya anda diambil bekerja di bawah kontrak perkhidmatan, majikan harus memberi Terma Pekerjaan Utama (KETs) dan Penyata Gaji Terperinci.

Untuk mengurangkan pertikaian mengenai terma dan syarat yang telah dipersetujui, kontrak tersebut harus dibuat secara bertulis, contohnya surat pelantikan, termasuklah butiran mengenai KETs.

Page 4: Guide on Employment Laws...• Cuti bersalin • Cuti suami untuk isteri bersalin • Cuti pengasuhan anak 15. Faedah perubatan lain, seperti: • Insurans • Faedah perubatan •

4

• Boleh dikeluarkan dalam bentuk cetakan digital

• Terma pekerjaan utama yang umum boleh disertakan di dalam buku panduan pekerja dan/atau intranet syarikat

Apakah bentuk KETs bertulis

dikeluarkan?

• Semua pekerja yang diambil bekerja selama 14 hari atau lebih, di bawah kontrak perkhidmatan

• Semua pekerja yang dilantik bekerja pada/selepas 1 April 2016

Majikan anda dikehendaki mengeluarkan Terma Pekerjaan Utama (KETs) bertulis kepada anda.

Siapa yang harus

menerima KETs bertulis?

• Dalam tempoh 14 hari selepas hari pertama pekerjaan

Bilakah KETs bertulis

harus diberikan?

1 Terma Pekerjaan Utama (KETs)

Key Employment Terms

Page 5: Guide on Employment Laws...• Cuti bersalin • Cuti suami untuk isteri bersalin • Cuti pengasuhan anak 15. Faedah perubatan lain, seperti: • Insurans • Faedah perubatan •

5

Kategori Pemerian Perkara

Butiran pekerjaan

1. Nama penuh majikan2. Nama penuh pekerja (seperti yang tertera dalam kad

pengenalan, pas pekerjaan atau pasport)3. Jawatan, tugasan utama dan tanggungjawab 4. Tarikh permulaan pekerjaan5. Tempoh pekerjaan (Jika pekerja di bawah kontrak jangka tetap)

Waktu Kerja dan Waktu Rehat

6. Aturan bekerja seperti: • Waktu kerja harian (contoh: 9.00 pagi hingga 6.00 petang, termasuk waktu rehat makan tengah hari selama 1 jam) • Bilangan hari kerja setiap minggu (contoh: 6 hari) • Hari rehat (contoh: hari Sabtu)

Gaji 7. Tempoh gaji (contoh: hari pertama hingga hari terakhir bulan tersebut; 1 Jan 2019 hingga 31 Jan 2019)

8. Gaji asas Bagi pekerja yang bergaji mengikut kadar sejam, harian atau bekerja berdasarkan bahagian pendapatan, majikan harus senaraikan kadar asas gaji (Contoh: $X setiap jam, hari atau bahagian)

9. Elaun tetap10. Potongan tetap11. Tempoh pembayaran untuk kerja lebih masa (jika berlainan dari

tempoh gaji)12. Kadar untuk kerja lebih masa13. Komponen lain yang berkaitan dengan gaji, seperti

• Bonus • Insentif

Cuti dan FaedahPerubatan

14. Jenis cuti, seperti: • Cuti tahunan • Cuti bergaji pesakit luar • Cuti bergaji dimasukkan ke hospital • Cuti bersalin • Cuti suami untuk isteri bersalin • Cuti pengasuhan anak

15. Faedah perubatan lain, seperti: • Insurans • Faedah perubatan • Faedah pergigian

Butir-butir yang lain

16. Tempoh percubaan17. Tempoh notis18. (Tidak diwajibkan) Tempat kerja

• Nyatakan jika lokasi kerja berbeza daripada alamat majikan. Walaupun perkara ini tidak diwajibkan, anda amat digalakkan untuk menyertakan maklumat ini.

Majikan anda harus menyertakan perkara-perkara berikut (disenaraikan di dalam jadual di bawah) di dalam KETs anda:

Page 6: Guide on Employment Laws...• Cuti bersalin • Cuti suami untuk isteri bersalin • Cuti pengasuhan anak 15. Faedah perubatan lain, seperti: • Insurans • Faedah perubatan •

6

Waktu kontrak kerja (tidak termasuk waktu rehat dan waktu kerja lebih masa) tidak seharusnya melebihi 8 jam sehari atau 44 jam seminggu.

Jika anda bekerja lebih dari 8 jam sehari atau 44 jam seminggu, waktu kerja tambahan itu dianggap sebagai kerja lebih masa. Bayaran kerja lebih masa adalah 1.5 kadar gaji asas setiap jam, jika majikan anda memerlukan anda bekerja lebih masa.

2

WaktuKerja

Waktu Rehat Makan Tengah Hari

Jangka Masa Kerja Pada Hari Tersebut

Jumlah Masa Kerja untuk Seminggu (contoh 5.5 hari seminggu)

Contoh: 9.00 pagi hingga 6.00 petang

1 jam 8 jam 8 x 5.5 = 44 jam

Waktu Kerja

Page 7: Guide on Employment Laws...• Cuti bersalin • Cuti suami untuk isteri bersalin • Cuti pengasuhan anak 15. Faedah perubatan lain, seperti: • Insurans • Faedah perubatan •

7

Termasuk dengan bekerja lebih masa, anda tidak seharusnya bekerja melebihi 12 jam sehari (tidak termasuk waktu rehat rasmi). Dalam sebulan, jumlah kerja lebih masa anda tidak boleh melebihi 72 jam.

Untuk kiraan bayaran gaji lebih masa, sila lungsuri ke laman sesawang MOM:www.mom.gov.sg > Employment practices > Salary > Calculate overtime pay

Pengiraan dan Pembayaran untuk Kerja Lebih Masa

Contoh, kadar asas gaji sejam bagi pekerja yang mempunyai gaji asas bulanan sebanyak $1,200 dikira sebagai:

12 x $1,200

52 x 44= $6.30 (kiraan sen yang terdekat)

Bagi setiap jam pekerja bekerja lebih masa, bayaran lebih masa dikira sebagai:

$6.30 x 1.5 (kadar lebih masa) = $9.50 (kiraan sen yang terdekat)

Jika anda bergaji bulanan, kadar gaji asas sejam boleh dikira

dengan membahagikan:

12 bulan dalam setahun x kadar asas gaji bulanan

52 minggu dalam setahun x 44 jam seminggu

Jumlah gaji asas dalam setahun

Jumlah waktu bekerja dalam

setahun

=

Tahukah anda? Peraturan mengenai waktu bekerja dan bayaran kerja lebih masa di bawah Akta Pekerjaan hanya dikenakan kepada pekerja buruh dengan gaji bulanan asas yang tidak melebihi $4,500 dan pekerja (bukan pekerja buruh) dengan gaji tidak melebihi tidak melebihi $2,600. Peraturan ini tidak dikenakan kepada pengurus dan eksekutif. Jika anda pekerja syif, sila lungsuri ke laman sesawang MOM:www.mom.gov.sg > Employment practices > Hours of work, overtime and rest day

Page 8: Guide on Employment Laws...• Cuti bersalin • Cuti suami untuk isteri bersalin • Cuti pengasuhan anak 15. Faedah perubatan lain, seperti: • Insurans • Faedah perubatan •

8

Gaji dan bayaran kerja lebih masa anda harus dibayar sekurang-kurangnya sekali sebulan dan mengikut garis masa berikut:

3 Pembayaran Gaji

4 Penyata Gaji Terperinci

Majikan anda harus mengeluarkan Penyata Gaji Terperinci kepada anda.

• Penyata gaji harus diberi bersama pembayaran gaji atau dalam masa 3 hari selepas pembayaran gaji dibuat

• Dalam kes diberhenti atau dipecat, penyata gaji mesti diberi bersama gaji yang tertunggak atau pada hari terakhir perkhidmatan

• Salinan digital atau cetakan (termasuk tulisan)Format

Tarikh Akhir Pembayaran

Contoh(Tempoh Gaji: 1 Jan 2019 hingga 31 Jan 2019)

Dalam masa 7 hari selepas akhir tempoh gaji

Gaji

Dalam masa 14 hari selepas akhir tempoh gaji

Gaji harus dibayar selewat-lewatnya 7 Feb 2019

Bayaran lebih masa harus dibayar selewat-lewatnya 14 Feb 2019

Bayaran Lebih Masa

Bila

Page 9: Guide on Employment Laws...• Cuti bersalin • Cuti suami untuk isteri bersalin • Cuti pengasuhan anak 15. Faedah perubatan lain, seperti: • Insurans • Faedah perubatan •

9

Perkara-perkara untuk disertakanMajikan anda harus menyertakan perkara-perkara berikut (disenaraikan di dalam jadual di bawah) di dalam Penyata Gaji Terperinci. Jika pembayaran dibuat lebih dari sekali sebulan, majikan boleh satukan penyata gaji anda. Penyata gaji yang disatukan hendaklah mengandungi semua pembayaran yang dibuat sejak penyata gaji terakhir.

Kategori Butiran perkara

Butiran pembayaran gaji

1. Nama penuh majikan2. Nama penuh pekerja (seperti tertera dalam kad pengenalan,

pas pekerjaan atau pasport)3. Tarikh pembayaran (atau tarikh-tarikh lain, jika penyata gaji

menggabungkan beberapa bayaran) • Gaji • Kerja lebih masa

4. Gaji asas Untuk pekerja yang bergaji ikut kadar sejam, harian atau bekerja berdasarkan bahagian pendapatan pekerjaan, senaraikan kesemua perkara berikut: • Kadar asas gaji (Contoh: $X setiap jam, hari atau bahagian) • Jumlah bilangan jam atau hari bekerja atau bahagian tugasan yang dihasilkan/dilakukan

5. Tarikh permulaan dan akhir tempoh gaji (contoh: 1 Jan 2019 hingga 31 Jan 2019)

Elaun, potongan dan lain-lain

6. Elaun dibayar bagi setiap tempoh gaji, seperti: • Elaun-elaun tetap (contoh: pengangkutan) • Semua elaun ad-hoc (contoh: elaun seragam yang dibayar untuk sekali sahaja)

7. Semua bayaran tambahan lain bagi setiap tempoh gaji, seperti: • Bonus • Gaji hari rehat • Gaji cuti awam

8. Potongan dibuat bagi setiap tempoh gaji, seperti: • Semua potongan tetap (contoh: caruman CPF pekerja) • Semua potongan ad-hoc (contoh: cuti tidak bergaji, tidak hadir pada waktu kerja)

Butiran bayaran lebih masa

9. Bilangan masa kerja lebih masa10. Gaji kerja lebih masa11. Tarikh permulaan dan akhir tempoh bayaran kerja lebih masa

(jika berlainan dari tempoh gaji)

Gaji bersih 12. Jumlah bayaran gaji bersih

Page 10: Guide on Employment Laws...• Cuti bersalin • Cuti suami untuk isteri bersalin • Cuti pengasuhan anak 15. Faedah perubatan lain, seperti: • Insurans • Faedah perubatan •

10

5 Sumbangan CPF

Jika anda seorang pekerja warga negara Singapura atau Penduduk Tetap Singapura berpendapatan lebih daripada $50 setiap bulan, majikan anda harus menyumbang CPF untuk anda. Ini termasuk anda yang bekerja secara sambilan /ad-hoc/ kontrak atau semasa tempoh percubaan.

Majikan dikehendaki membuat sumbangan CPF bagi kedua-dua bahagian untuk majikan dan pekerja setiap bulan. Majikan anda berhak mendapatkan balik bahagian sumbangan anda dari gaji anda jika anda berpendapatan lebih daripada $500 sebulan.

Page 11: Guide on Employment Laws...• Cuti bersalin • Cuti suami untuk isteri bersalin • Cuti pengasuhan anak 15. Faedah perubatan lain, seperti: • Insurans • Faedah perubatan •

11

1. Pekerja yang bekerja di luar negara.2. Pelaut yang merupakan Penduduk Tetap Singapura.3. Pelaut yang merupakan Warga Singapura yang mempunyai kontrak perkhidmatan

atau perjanjian lain dibuat di luar Singapura.

1. Golongan tertentu bagi pelajar yang bekerja. Ketahui lebih lanjut mengenai siapa yang anda perlu bayar sumbangan CPF untuk di bawah tajuk “Pelajar” di www.cpf.gov.sg/Assets/employers/Documents/WhoDoYouNeedToPayCPFFor.pdf

2. Warga asing yang mempunyai Pas Pekerjaan, Pas S, Pas Pekerjaan Pelbagai Kerja atau Permit Kerja.

3. Pembantu rumah yang pekerjaannya tidak melebihi 14 jam dalam mana-mana minggu.

4. Para pekerja Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, atau mana-mana agensi atau institusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang berpangkalan di Singapura.

5. Pelaut yang berwarga Singapura dan bekerja – a. dalam kapal Sweden di bawah terma dan syarat perkhidmatan yang dikenakan kepada pelaut Sweden; b. dalam kapal Norway di bawah terma dan syarat perkhidmatan yang dikenakan kepada pelaut Norway; atau c. dengan East Asiatic Co. Ltd. of Denmark di bawah terma dan syarat perjanjian antara Persatuan Pemilik Kapal Denmark dan Kesatuan Pelaut di Denmark.

6. Pekerja yang bekerja dengan General Conference Corporation of Seventh Day Adventists di bawah kontrak perkhidmatan atau perjanjian lain yang dibuat di luar Singapura dan yang tidak bermastautin di Singapura.

Sumbangan CPF dikecualikan untuk golongan pekerja berikut:

Sumbangan CPF tidak perlu dibayar bagi golongan pekerja yang berikut:

Kadar sumbangan CPF anda ditentukan oleh tiga faktor: • Jalur gaji anda• Kumpulan usia anda• Kewarganegaraan anda iaitu Warga Negara Singapura atau Penduduk Tetap

Singapura (SPR)

Bagaimanakah kadar sumbangan CPF saya ditentukan?

Tahukah anda? SPR perlu menyumbang CPF pada kadar yang berperingkat pada tahun pertama dan kedua setelah mereka meraih kerakyatan.

Page 12: Guide on Employment Laws...• Cuti bersalin • Cuti suami untuk isteri bersalin • Cuti pengasuhan anak 15. Faedah perubatan lain, seperti: • Insurans • Faedah perubatan •

12

Pengiraan Sumbangan CPF

• Jika anda berpendapatan lebih dari $50 tetapi kurang dari $500 sebulan, anda tidak perlu membuat sumbangan CPF. Sebaliknya CPF anda akan dibayar sepenuhnya oleh majikan anda.

• Majikan anda harus menyumbang CPF bulanan anda selewat-selewatnya pada tanggal 14 haribulan pada bulan berikutnya. Jika yang ke-14 jatuh pada hari Sabtu , Ahad atau cuti umum, sumbangan perlu dibuat menjelang hari kerja selanjutnya.

• Dengan sumbangan CPF, anda boleh menerima Skim Tambahan Pendapatan Daya Kerja (WIS) sekiranya anda layak. Sila lungsuri www.workfare.sg untuk maklumat lanjut.

• Sumbangan CPF dikira dalam angka penuh.

Sumbangan CPF anda dikira berdasarkan pada jumlah gaji yang anda terima setiap bulan. Rajah di bawah menunjukkan kaedah pembayaran untuk sumbangan CPF yang perlu dan tidak perlu dibayar:

Anda boleh dapatkan maklumat mengenai pelbagai jenis bayaran yang dikenakan sumbangan CPF di cpf.gov.sg/allowancesandpayments

Untuk mengira jumlah caruman CPF yang majikan anda perlu sumbang, sila gunakan CPF Contribution Calculator di cpf.gov.sg

Sumbangan CPF Diperlukan

Gaji asas

Bayaran lebih masa

Insentif Tunai (contoh: Anugerah Perkhidmatan Terbaik)

Elaun (contoh: makanan, cucian pakaian, pengangkutan)

Komisen (contoh: komisen penjualan)

Bonus

Sumbangan CPF Tidak Diperlukan

Pembayaran Ganti Perbelanjaan Perniagaan* (contoh: tuntutan pengangkutan untuk mesyuarat perniagaan, perbelanjaan dobi untuk pakaian seragam, penginapan untuk mesyuarat perniagaan di luar negara)

*Jumlah yang dibayar ganti tidak boleh melebihi perbelanjaan sebenar.

Faedah pemberhentian kerja (contoh: ganjaran persaraan, gaji persaraan, pampasan bagi notis yang tidak mencukupi)

Pemberian dalam bentuk budi (contoh: baucar membeli-belah)

Tahukah Anda?

Page 13: Guide on Employment Laws...• Cuti bersalin • Cuti suami untuk isteri bersalin • Cuti pengasuhan anak 15. Faedah perubatan lain, seperti: • Insurans • Faedah perubatan •

13

Anda harus mendapat satu hari rehat setiap minggu tanpa gaji. Jika anda bekerja pada hari rehat, anda perlu dibayar berdasarkan terma-terma berikut:

6 Hari Rehat

Jika anda bekerja

Sehingga separuh waktu kerja harian biasa anda

Untuk lebih daripada separuh waktu kerja harian biasa anda

Di luar waktu kerja harian biasa anda

Gaji 1 hari

Gaji setengah hari Gaji 1 hari

Gaji 2 hari Gaji 2 hari + gaji lebih masa

Gaji 1 hari + gaji lebih masa

Atas permintaan majikan

Atas permintaan sendiri

Tahukah anda? Peraturan mengenai hari rehat di bawah Akta Pekerjaan hanya dikenakan kepada pekerja buruh dengan gaji bulanan asas yang tidak melebihi $4,500 dan pekerja (bukan pekerja buruh) dengan gaji tidak melebihi $2,600. Peraturan ini tidak dikenakan kepada pengurus dan eksekutif.

Page 14: Guide on Employment Laws...• Cuti bersalin • Cuti suami untuk isteri bersalin • Cuti pengasuhan anak 15. Faedah perubatan lain, seperti: • Insurans • Faedah perubatan •

14

7 Cuti Umum, Cuti Sakit dan Cuti Tahunan

Jika anda tidak dilindungi di bawah Bahagian IV Akta Pekerjaan, majikan anda boleh memberi anda waktu cuti sebagai ganti bekerja pada hari cuti umum. Waktu cuti itu hendaklah merangkumi bilangan jam yang dipersetujui bersama. Sekiranya tidak ada persetujuan bersama tentang tempoh waktu cuti sebagai ganti, majikan anda boleh memutuskan salah satu daripada perkara berikut:

Cuti UmumAnda berhak mendapat 11 hari cuti umum bergaji bagi setiap tahun. Jika anda bekerja pada hari cuti umum, majikan anda harus memberi tambahan gaji satu hari atau digantikan dengan satu hari cuti.

Membayar gaji tambahan pada kadar asas gaji untuk satu hari kerja

Kerana bekerja 4 jam atau kurang sewaktu hari cuti, berikan masa cuti untuk menggantikan 4 jam pada hari kerja

Kerana bekerja lebih dari 4 jam pada hari cuti, berikan waktu cuti satu hari pada hari kerja

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai hak pekerjaan anda mengenai cuti umum, sila lungsuri laman sesawang MOM: www.mom.gov.sg > Employment practices > Public holidays: entitlement and pay

Tahukah anda? 11 cuti umum bergaji adalah Hari Tahun Baru, Tahun Baru Cina (dua hari), Good Friday, Hari Pekerja, Hari Vesak, Hari Kebangsaan, Hari Raya Puasa, Hari Raya Haji, Deepavali dan Hari Krismas. Sila lungsuri laman sesawang MOM bagi cuti umum lain yang diwartakan: www.mom.gov.sg > Employment practices > Public holidays

Page 15: Guide on Employment Laws...• Cuti bersalin • Cuti suami untuk isteri bersalin • Cuti pengasuhan anak 15. Faedah perubatan lain, seperti: • Insurans • Faedah perubatan •

15

Cuti Sakit

Tahukah anda? Untuk senarai pusat-pusat khusus nasional dan pusat-pusat pembedahan ambulatori, sila lungsuri ke laman sesawang MOM: www.mom.gov.sg > Employment practices > Leave > Sick leave > Eligibility and entitlement

• Dimasukkan ke wad hospital sebagai pesakit atau untuk pembedahan harian• Dikuarantin di bawah mana-mana undang-undang bertulis• Disahkan oleh pengamal perubatan yang boleh menerima pesakit ke hospital

yang diluluskan, termasuk pengamal perubatan dari pusat-pusat khusus nasional dan pusat-pusat pembedahan ambulatori

Untuk layak mendapat cuti bergaji rawatan hospital, anda harus:

• Disahkan tidak sihat untuk bekerja oleh pengamal perubatan yang didaftarkan di bawah Akta Pendaftaran Perubatan atau Akta Pendaftaran Pergigian

Untuk layak mendapat cuti sakit bergaji, anda harus:

Bilangan hari cuti bergaji pesakit luar dan cuti bergaji rawatan hospital yang berhak anda terima bergantung kepada tempoh perkhidmatan anda:

Bilangan bulan perkhidmatan sudah

dilalui

Cuti sakitbergaji (hari)

Cuti bergaji rawatan hospital (hari)

3 bulan

4 bulan

5 bulan

6 bulandan selepas itu

58

11

14

1530

45

60

• Anda telah bekerja sekurang-kurangnya selama 3 bulan dengan majikan anda; dan

• Anda telah memberitahu atau cuba memberitahu majikan anda dalam masa 48 jam ketiadaan anda.

Anda berhak mendapat cuti sakit bergaji sebagai pesakit luar dan pesakit di hospital jika:

Page 16: Guide on Employment Laws...• Cuti bersalin • Cuti suami untuk isteri bersalin • Cuti pengasuhan anak 15. Faedah perubatan lain, seperti: • Insurans • Faedah perubatan •

16

Cuti TahunanJika anda telah bekerja dengan majikan anda sekurang-kurangnya 3 bulan, anda berhak mendapat cuti tahunan bergaji. Kelayakan cuti tahunan bergantung pada berapa tahun perkhidmatan anda dengan majikan:

Sekiranya anda sudah bekerja sekurang-kurangnya 3 bulan tetapi kurang dari setahun, cuti tahunan anda dikira secara pro-rata berdasarkan jumlah bulan yang telah anda kerja sepenuhnya. Ini turut diaplikasi walaupun anda sedang menjalani tempoh percubaan.

Tahun Perkhidmatan Berterusan

Cuti Tahunan (hari)

12345678

dan lebih 14

78910111213

Contohnya, jika anda telah bekerja selama 6 bulan, cuti tahunan pro-rata ialah:

6 bulan penuh bagi tempoh perkhidmatan

12 bulan dalam setahun

7 hari (hak bagi tahun

pertama)

4 hari (kiraan ke hari yang terdekat)

x =

Page 17: Guide on Employment Laws...• Cuti bersalin • Cuti suami untuk isteri bersalin • Cuti pengasuhan anak 15. Faedah perubatan lain, seperti: • Insurans • Faedah perubatan •

17

Bagaimana pula jika saya seorang pekerja sambilan?

Jumlah masa bekerja setahun untuk pekerja

sambilan

Jumlah masa bekerja setahun untuk pekerja

sepenuh masa

Faedah pekerjaan yang pekerja sepenuh masa berhak terima

Jumlah masa bekerja sehari

bersamaan pekerja sepenuh mass

X X

Anda dianggap sebagai pekerja sambilan jika anda bekerja kurang daripada 35 jam seminggu di bawah kontrak perkhidmatan.Anda juga berhak mendapat faedah pekerjaan seperti cuti umum, cuti sakit, cuti tahunan dan cuti pengasuhan anak bergaji. Walau bagaimanapun, faedah pekerjaan anda patut dikira secara pro-rata mengikut bilangan jam bekerja seperti pekerja sepenuh masa.

Oleh itu, bagi setiap hari cuti umum, pekerja sambilan perlu dibayar:

44 jam

11 hari4 jam=

Contohnya, seorang pekerja sambilan yang bekerja 22 jam seminggu, berhak menerima cuti umum berikut:

11Cuti

Umum

Gaji 44 jam untuk kesemua

11 cuti umum

8JamX X =

22 jam masa bekerja dalam

seminggu

44 jam masa bekerja dalam

seminggu

52 minggu dalam

setahun

52 minggu dalam

setahunx

x

Page 18: Guide on Employment Laws...• Cuti bersalin • Cuti suami untuk isteri bersalin • Cuti pengasuhan anak 15. Faedah perubatan lain, seperti: • Insurans • Faedah perubatan •

18

Untuk keterangan lebih lanjut tentang hak kerja anda, sila lungsuri ke

www.mom.gov.sg/workright

Perlu pertolongan?Hubungi talian bantuan hak kerja di

1800-221-9922atau emel

[email protected]

Semua maklumat akan dirahsiakan.

Page 19: Guide on Employment Laws...• Cuti bersalin • Cuti suami untuk isteri bersalin • Cuti pengasuhan anak 15. Faedah perubatan lain, seperti: • Insurans • Faedah perubatan •

19