Guru-Cemerlang 1.doc

Embed Size (px)

Citation preview

Ciri-ciri Guru Cemerlang

Ciri-ciri guru cemerlang dari segi kualiti adalah seperti berikut:- Peribadi: Guru cemerlang ialah guru yang mempunyai sahsiah yang terpuji, berketrampilan dan berpegang teguh kepada etika perguruan dan etika perkhidmatan awam serta peka dan prihatin terhadap keperluan pelajar yang dapat menjadi role model kepada para pendidik.

- Pengetahuan dan kemahiran: Guru Cemerlang ialah guru yang menguasai dan menghayati kandungan mata pelajaran atau bidang pengkhususan dan kepakarannya, menjadi pakar rujuk pengajaran dan pembelajaran, bijak mengurus masa, bahan sumber, alat pengajaran dan pembelajaran, mampu mengenal pasti keperluan dan masalah pembelajaran pelajar serta menyediakan program tindakan susulan, berpengetahuan dan berkemahiran dalam bidang-bidang teknologi maklumat dan komunikasi.

- Hasil kerja: Guru Cemerlang ialah guru yang berupaya meningkatkan hasil pembelajaran (learning outcome) dan membangunkan potensi pelajar selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan menerusi peningkatan minat dan penglibatan pelajar, melalui pelbagai pendekatan menerusi kebolehan dan keupayaan dalam membimbing pelajar di dalam dan di luar waktu pengajaran, menerusi kekerapan pemberian kerja bertulis atau tugasan dan menerusi penguasaan dan penggunaan pelbagai kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran.

- Komunikasi: Guru Cemerlang ialah guru yang memiliki kemahiran komunikasi yang tinggi secara inter dan intra-personal, serta berkemampuan menyampaikan idea dan mesej dengan berkesan dalam pelbagai bentuk kemunikasi.

- Potensi : Guru Cemerlang adalah guru yang berwawasan, perintis sesuatu usaha, sentiasa merancang, mengelola dan melaksanakan program-program pendidikan, mampu membuat analisis dan mengambil tindakan terhadapnya, sentiasa belajar untuk meningkatkan kerjaya, sentiasa terlibat dan menyumbang dalam kursus, seminar dan bengkel, menjalankan penyelididkan dan menghasilkan penulisan ilmiah serta sentiasa menyumbangkan tenaga dan kepakaran ke arah keupayaan sekolah.

- Sumbangan kepada kemajuan pendidikan negara: Guru Cemerlang ialah guru yang berupaya menjana idea baru dan berkongsi idea tersebut bagi meningkatkan mutu pendidikan negara serta berupaya memberi buah fikiran yang boleh membantu peningkatan kualiti pengajaran di institusiSlide 1

Sabtu, 05 September 2009 Jemaah Nazir Dan Jaminan Kualiti 1

Slide 2

Sabtu, 05 September 2009 Jemaah Nazir Dan Jaminan Kualiti 2 Kerjaya Sebagai Guru Cemerlang

Slide 3

Sabtu, 05 September 2009 Jemaah Nazir Dan Jaminan Kualiti 3 Latar Belakang Sebelum 1994 Moving up is moving out Mulai 1994 Moving up still in classroom Tahun 2006 Enam GC Gred Khas C dilantik Tahun 2008 12 GC Gred Khas C telah dilantik

Slide 4

Sabtu, 05 September 2009 Jemaah Nazir Dan Jaminan Kualiti 4 Objektif Konsep Guru Cemerlang Pengiktirafan kepada guru yang cemerlang di bilik darjah Meningkatkan pencapaian kualiti P&P Menjadi role model Meningkatkan motivasi guru Meningkatkan kecemerlangan sekolah Memperluas peluang kenaikan pangkat Naik pangkat tetapi kekal mengajar di bilik darjah Kenaikan pangkat cara `laluan laju(KUP)

Slide 5

Sabtu, 05 September 2009 Jemaah Nazir Dan Jaminan Kualiti 5 Definisi Guru Cemerlang Berpengetahuan Berkemahiran Berkepakaran Berdedikasi Bermotivasi secara berterusan

Slide 6

Sabtu, 05 September 2009 Jemaah Nazir Dan Jaminan Kualiti 6 Ciri-Ciri Guru Cemerlang Peribadi Pengetahuan & Kemahiran Hasil Kerja Komunikasi Potensi Sumbangan Kepada Kemajuan Pendidikan Negara

Slide 7

Sabtu, 05 September 2009 Jemaah Nazir Dan Jaminan Kualiti 7 CIRI GURU CEMERLANG a. Ciri Peribadi Sahsiah yang terbuka, berketrampilan, berpegang teguh kepada etika profesionalisme dan etika perkhidmatan awam

Slide 8

Sabtu, 05 September 2009 Jemaah Nazir Dan Jaminan Kualiti 8 b. Aspek Ilmu Pendidikan, Pedagogi Mengetahui perkembangan semasa pendidikan dan pedagogi Mengaplikasi pedagogi terkini dan pelbagai Bijak mengurus masa Pengintegrasian TMK dalam pengajaran dan pembelajaran

Slide 9

Sabtu, 05 September 2009 Jemaah Nazir Dan Jaminan Kualiti 9 c. Hasil kerja Membangun potensi murid Mengupayakan murid berdikari Penglibatan murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran Meningkatkan pembelajaran murid

Slide 10

Sabtu, 05 September 2009 Jemaah Nazir Dan Jaminan Kualiti 10 d. Kemahiran berkomunikasi Interpersonal skills Intrapersonal skills Presentation skills Socialising skills

Slide 11

Sabtu, 05 September 2009 Jemaah Nazir Dan Jaminan Kualiti 11 e. Berpotensi Kepemimpinan pengurusan p & p Sentiasa merancang, mengelola dan melaksana program pendidikan Tersusun dan teratur Self empowering Ciri analytical Kemahiran mengurus, menyimpan dokumen

Slide 12

Sabtu, 05 September 2009 Jemaah Nazir Dan Jaminan Kualiti 12 f. Sumbangan Agen perubahan Inovasi pedagogi Penulisan ilmiah Keanggotaan/penasihat persatuan akademik Konferens

Slide 13

Sabtu, 05 September 2009 Jemaah Nazir Dan Jaminan Kualiti 13 Kuota Guru Cemerlang Semua Gred Dahulu: PPPS - 1,000 PPPLD - 1,600 Sekarang (mulai Okt. 2006) PPPS - 5,374 PPPLD - 4,000

Slide 14

Sabtu, 05 September 2009 Jemaah Nazir Dan Jaminan Kualiti 14 Pemilihan Guru Cemerlang Semua Gred Syarat-syarat Umum Syarat-syarat Khusus

Slide 15

Sabtu, 05 September 2009 Jemaah Nazir Dan Jaminan Kualiti 15 Syarat-syarat Umum Sah jawatan Lulus Pengisytiharan Harta Lulus Tapisan Keutuhan BPR Bersih daripada Tindakan Tatatertib LNPT cemerlang Lulus PTK dalam gred sekarang (dulu) (Kecuali bagi Gred DG54 ke Gred Khas C)

Slide 16

Sabtu, 05 September 2009 Jemaah Nazir Dan Jaminan Kualiti 16 Syarat-syarat Khusus (GC PPPLD) Gred DGA32(KUP) 5 tahun pengalaman mengajar di Gred DGA29 Mata pelajaran utama yang diajar Mata pelajaran dipohon diajar 3 tahun terakhir berturut-turut

Slide 17

Sabtu, 05 September 2009 Jemaah Nazir Dan Jaminan Kualiti 17 Syarat-syarat Khusus (GC PPPLD) Gred DGA34(KUP) 3 tahun pengalaman mengajar di Gred DGA32 (KUP). Sekarang, sah jawatan boleh memohon Mata pelajaran utama yang diajar Mata pelajaran dipohon diajar 3 tahun berturut-turut

Slide 18

Sabtu, 05 September 2009 Jemaah Nazir Dan Jaminan Kualiti 18 Syarat-syarat Khusus (GC PPPS) Gred DG44(KUP) 5 tahun pengalaman mengajar di Gred DG41 Mata pelajaran utama yang diajar Mata pelajaran dipohon diajar 3 tahun berturut-turut

Slide 19

Sabtu, 05 September 2009 Jemaah Nazir Dan Jaminan Kualiti 19 Syarat-syarat Khusus (GC PPPS) Gred DG48(KUP) 3 tahun pengalaman mengajar di Gred DG44(KUP) - dulu Mata pelajaran utama yang diajar Mata pelajaran dipohon diajar 3 tahun berturut-turut

Slide 20

Sabtu, 05 September 2009 Jemaah Nazir Dan Jaminan Kualiti 20 Syarat-syarat Khusus (GC PPPS) Gred DG52(KUP) 3 tahun pengalaman mengajar di Gred DG48(KUP) - dulu Mata pelajaran utama yang diajar Mata pelajaran dipohon diajar 3 tahun berturut-turut

Slide 21

Sabtu, 05 September 2009 Jemaah Nazir Dan Jaminan Kualiti 21 Syarat-syarat Khusus (GC PPPS) Gred DG54(KUP) 3 tahun pengalaman mengajar di Gred DG52(KUP) - dulu Mata pelajaran utama yang diajar Mata pelajaran dipohon diajar 3 tahun berturut-turut

Slide 22

Sabtu, 05 September 2009 Jemaah Nazir Dan Jaminan Kualiti 22 Syarat Syarat Khusus (GC PPPS) Gred Khas C (KUP) 2 tahun pengalaman mengajar di Gred DG54 (KUP) dulu. Sekarang sah jawatan (antara 6 bulan hingga 3 tahun) Mata pelajaran utama yang diajar Mata pelajaran dipohon diajar 2 tahun Dikecualikan syarat lulus PTK

Slide 23

Sabtu, 05 September 2009 Jemaah Nazir Dan Jaminan Kualiti 23 Proses Pemilihan Guru Cemerlang Berdasarkan Edaran Surat Siaran KPM Kaedah Pencalonan: Permohonan Sendiri Dicalonkan

Slide 24

Sabtu, 05 September 2009 Jemaah Nazir Dan Jaminan Kualiti 24 Penilaian Calon Guru Cemerlang Skop Penilaian LNPT Borang Permohonan Pemantauan di institusi Temuduga (untuk calon Gred Khas C sahaja)

Slide 25

Sabtu, 05 September 2009 Jemaah Nazir Dan Jaminan Kualiti 25 Pemantauan Calon GC Kompetensi yang dinilai Ketrampilan profesional P&P Pengurusan kurikulum Peranan dalam aktiviti bukan akademik Keperibadian Pembangunan diri

Slide 26

Sabtu, 05 September 2009 Jemaah Nazir Dan Jaminan Kualiti 26 Dokumen Wajib Disertakan (salinan yang telah disahkan) Senarai semak Slip PTK (jika berkaitan) Kenyataan Perkhidmatan Kenyataan Pengisytiharan Harta Kenyataan Tata tertib LNPT 3 tahun terakhir Tapisan Keutuhan BPR Jadual mengajar terkini Salinan sijil-sijil/surat-surat berkaitan Lain-lain dokumen sokongan

Slide 27

Sabtu, 05 September 2009 Jemaah Nazir Dan Jaminan Kualiti 27 PERANCANGAN : RANCANGAN PELAJARAN TAHUNAN RANCANGAN PELAJARAN HARIAN

Slide 28

Sabtu, 05 September 2009 Jemaah Nazir Dan Jaminan Kualiti 28 THE FUTURE DOES NOT GET BETTER BY HOPES. IT GETS BETTER BY PLAN AND ACTION JIM ROHN

Slide 29

Sabtu, 05 September 2009 Jemaah Nazir Dan Jaminan Kualiti 29 YOU CANT IMPRPOVE WHAT YOU CANT MEASURE

Slide 30

Sabtu, 05 September 2009 Jemaah Nazir Dan Jaminan Kualiti 30 THINGS THAT ARE MEASURED GET DONE

Slide 31

Sabtu, 05 September 2009 Jemaah Nazir Dan Jaminan Kualiti 31 KAEDAH DAN TEKNIK MENGAJAR: SET INDUKSI PENYAMPAIAN TEKNIK MENYOAL PENGLIBATAN PENEGUHAN LATIHAN DAN TUGASAN PENUTUPAN

Slide 32

Sabtu, 05 September 2009 Jemaah Nazir Dan Jaminan Kualiti 32 THINKING THE MIND IS LIKE A PARACHUTE, IT ONLY WORKS WHEN ITS OPENS.

Slide 33

Sabtu, 05 September 2009 Jemaah Nazir Dan Jaminan Kualiti 33 THREE ESSENCES OF FAILED CHANGED PEOPLE FAIL TO SEE THE NEED TO CHANGE; WHEN PEOPLE SEE THE NEED, THEY STILL FAIL TO MOVE; WHEN PEOPLE MOVE, THEY FAIL TO FINISH J.S. BLACK & H.B GREGERSEN, 2003

Slide 34

Sabtu, 05 September 2009 Jemaah Nazir Dan Jaminan Kualiti 34 THOUGH NO ONE CAN GO BACK AND MAKE A BRAND NEW START, ANYONE CAN START FROM NOW AND MAKE A BRAND NEW ENDING CARL BARD

Slide 35

Sabtu, 05 September 2009 Jemaah Nazir Dan Jaminan Kualiti 35 FIFTEEN YEARS AGO, ORGANIZATIONS WERE COMPETITING ON PRICES, NOW, ITS ON QUALITIES AND TOMORROW ITS ON DESIGNS.

Slide 36

Sabtu, 05 September 2009 Jemaah Nazir Dan Jaminan Kualiti 36 Peranan Dan Tanggungjawab Guru Cemerlang (Dalam Mata Pelajaran Kepakarannya) Merancang dan melaksanakan pengajaran mengikut tahap yang tertinggi Memimpin dan membantu tugas kurikulum dan kokurikulum yang berkaitan mata pelajarannya Menjadi pakar rujuk, khidmat nasihat dan membimbing guru Menjalankan kajian, menghasilkan penulisan, penyelidikan dan meneroka inovasi Melaksanakan arahan tugas PPD/JPN/Bhg. Am

Slide 37

Sabtu, 05 September 2009 Jemaah Nazir Dan Jaminan Kualiti 37 RED OCEANS REPRESENTS COMPETITIVE RULES OF THE GAME THAT ARE KNOWN.TRYING TO OUTPERFORM THE RIVALS TO GRAP A GREATER SHARES OF THE EXISTING DEMANDS. BLUE OCEANS DEFINES AS UNTAPPED AND UNCONTESTED SPACE AND OPPORTUNITIES FOR NEW GROWTH, WHICH MAKE COMPETITION IN IRRELEVANT. W.C KIM R. MAUBORGNE 2005

Slide 38

Sabtu, 05 September 2009 Jemaah Nazir Dan Jaminan Kualiti 38 EVEN IF YOU ARE ON THE RIGHT TRACK, YOU WILL GET RUN OVER IF YOU JUST SIT THERE WILL ROGERS

Slide 39

Sabtu, 05 September 2009 Jemaah Nazir Dan Jaminan Kualiti 39 You will need to make many turns and overcome many obstacles to create the path you desire.

Slide 40

Sabtu, 05 September 2009 Jemaah Nazir Dan Jaminan Kualiti 40 JANGKA MASA PPPS DG41 UNTUK MENCAPAI Gred Khas C Tahun

Slide 41

Sabtu, 05 September 2009 Jemaah Nazir Dan Jaminan Kualiti 41 Let us grab the opportunity! Good Luck and All The Best. Sekian, Terima Kasih

Profesion perguruan bukanlah satu profesion yang statik dan tidak menjanjikan peluang kenaikan pangkat yang menarik. Kementerian Pelajaran Malaysia mengadakan pelbagai insentif untuk membantu meningkatkan profesionalisme perguruan melalui pelaksanaan Guru Cemerlang contohnya. Sebagai seorang guru, kita seharusnya mempunyai kualiti yang khusus dan konsisten supaya dipandang mulai oleh masyarakat. Profil guru cemerlang atau ciri-ciri guru yang cemerlang dibahagikan kepada dua aspek utama iaitu:

1. Ciri-ciri personaliti seperti: menepati masa, berupaya mewujudkan suasana kecindan atau humorous (jenaka) dan tegas.

2. Aspek kemahiran pedagogi seperti: komunikasi berkesan (bahasa yang mudah dan lancar, pergerakan badan dan mimik muka yang sesuai, intonasi yang menarik dan lantang); kreativiti dan keupayaan menyelesaikan masalah secara spontan.

Terdapat lima (5) aspek kecemerlangan yang dikehendaki oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) menurut seorang penyelidik iaitu Md. Nasir Masran (2000) dalam kertas prosiding bertajuk Guru Cemerlang: Personaliti dan Kemahiran (Prosiding seminar kebangsaan penyelidikan dan pembangunan dalam pendidikan 2000. 3 4 Oktober 2000, Bahagian Pendidikan Guru, KPM, ms. 173 178): 1. Kecemerlangan Peribadi

Kecemerlangan peribadi yang dimaksudkan ialah meliputi perkara berikut:

Nilai kendiri yang positif

Berakhlak mulia

Adil

Bertimbang rasa

Amanah

Bertanggung jawab

Kreatif

Inovatif

Kemas

Sikap sedia berkongsi

Bersikap terbuka

Berpemikiran positif

2. Kecemerlangan Pengetahuan dan Kemahiran Berikut adalah perkara yang berkaitan dengan kecemerlangan pengetahuan dan kemahiran:

Mengamalkan budaya ilmu

Berkebolehan menyelesaikan masalah

Membuat keputusan yang rasional serta objektif

Sebagai pakar rujuk bidang masing-masing

3. Kecemerlangan Komunikasi Komunikasi adalah suatu bidang yang amat perlu dikuasai oleh warga guru sebagai suatu senjata utama dalam melaksanakan tugas menyebarkan ilmu dan kemahiran kepada murid-murid. Berikut adalah perkara yang perlu dikuasai oleh seseorang guru cemerlang berkaitan dengan komunikasi:

Kecekapan berinteraksi dan menyampaikan idea dan mesej secara berkesan.

Memula dan merintis sesuatu usaha sehingga berjaya.

Berkeupayaan memelihara hubungan mesra.

Menghormati semua ahli masyarakat sekolah atau institusi pendidikan.

4. Kecemerlangan Potensi Keberkesanan sumbangan terhadap kejayaan sekolah atau institusi pendidikan dalam aktiviti kurikulum dan kokurikulum.

Penglibatan yang bermakna dalam aktiviti-aktiviti ilmu seperti kursus-kursus profesional, seminar, bengkel.

Sentiasa berusaha meningkatkan ilmu dan kemahiran melalui akademik dan penyelidikan.

5. Personaliti Unggul Personaliti ialah perwatakan dan tingkahlaku. Personaliti ialah satu daripada pembolehubah yang boleh memudahkan atau menyulitkan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran. Guru cemerlang perlu mempunyai ciri-ciri personaliti unggul seperti berikut:

Adil

Sabar

Tegas

Konsep kendiri positif

Kesungguhan

Mesra

Prihatin

Kerjasama

Menepati masa

Bertanggung jawab

Berakhlak mulia

Kecindan (unsur jenaka)

Menurut penyelidik ini (Md. Nasir Masran, 2000) hanya memiliki tiga (3) sahaja ciri-ciri di atas iaitu tegas, menepati masa dan kecindan dimiliki oleh semua guru cemerlang yang ada di negara kita masa kini.

Guru Cemerlang

Guru Cemerlang Ialah Guru Yang Mempunyai Pengetahuan, Kemahiran, Dan Kepakaran Yang Tinggi Dalam Mata Pelajaran Khususnya Dalam Bidang Pengajaran Dan Pembelajaran. Guru Cemerlang Juga Sentiasa Berdedikasi Dan Bermotivasi Dalam Melaksanakan Tugas Dan Tanggungjawab Yang Cemerlang Secara Berterusan. - Buku Terma Rujukan Konsep Guru Cemerlang

Pengetua, Penolong Pengetua, Guru Besar Dan Pegawai Pendidikan.

Jawatan-jawatan Yang Dinyatakan Tadi Merupakan Antara Jawatan Yang Tertinggi Dalam Bidang Perguruan. Kenaikan Pangkat Dalam Bidang Perguruan Cenderung Untuk Menjauhkan Guru Daripada Melibatkan Diri Dalam Pengajaran Di Bilik Darjah.

Secara Tidak Langsung, Bidang Perguruan Kehilangan Guru-guru Yang Pakar Dan Berdedikasi Dalam Bidang Masing-masing Apabila Mereka Dinaikkan Pangkat.

Menyedari Hakikat Tersebut, Kenaikan Pangkat Guru Cemerlang Diperkenalkan Mulai 1993 Sebagai Peluang Kenaikan Pangkat Yang Lebih Baik Bagi Guru Gemilang Yang Tidak Meninggalkan Bilik Darjah.

Objektif Kenaikan Pangkat Guru Cemerlang

Memberi Pengiktirafan Kepada Guru Yang Cemerlang Dalam Mata Pelajaran Atau Bidang Pengkhususan Masing-masing.

Meningkatkan Pencapaian Kualiti Pengajaran Dan Pembelajaran (P&P).

Menjadikan Guru Cemerlang Role Model Kepada Guru Lain.

Meningkatkan Motivasi Guru.

Meningkatkan Kecemerlangan Sekolah Dengan Berkongsi Pengalaman Dan Kemahiran Guru Cemerlang.

Memperluaskan Peluang Kenaikan Pangkat Dalam Perkhidmatan Pelajaran.

Membolehkan Guru Dinaikkan Pangkat Tanpa Perlu Meninggalkan Tugas Mengajar Atau Bertukar Ke Jawatan Pentadbiran.

Menyediakan Peluang Untuk Guru Naik Pangkat Ke Gred Yang Lebih Tinggi Secara Laluan Laju (fast Track), Khas Untuk Penyandang (KUP).

Seorang guru mesti cekap melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya. Guru mesti tahu memainkan peranan yang dirasakan perlu. Guru secara praktiknya adalah seorang yang serba boleh. Seorang guru boleh memainkan banyak peranan; sebagai abang atau kakak; ayah atau ibu; jurulatih pasukan; ketua kumpulan; pakar rujuk; penasihat; pemudahcara; tukang kayu; juru elektrik; pelukis; pengukir; pengulas; pengacara; pemuzik; penyanyi; penyajak; pengarang; pemberita; penyelaras; dan sebagainyaKecekapan utama bagi seorang guru adalah mendidik. Mendidik suatu mata pelajaran hendaklah dengan tekun. Pada masa yang sama sentiasa mengemaskinikan kaedah pengajaran dengan idea-idea dan pandangan terkini. Ini boleh diperolehi daripada dunia siber, iaitu melalui internet.Adalah agak janggal jika guru fobia-komputer sedangkan anak muridnya mahir menggunakan perkakasan tersebut.Setiap guru haruslah berani bertanyakan diri sendiri apakah kekurangan yang ada padanya. Ia mesti bersedia belajar semula, jika perlu, seperti memahirkan diri dengan teknologi maklumat, internet, mahupun teknologi lain yang berkaitan dengan pengajaran. Dengan kata lain, guru mestilah sentiasa berusaha untuk 'mendahului pelajar'.Ke atas

Ilmu telah diperolehi, ilmu yang sama mesti disebarkan.Guru mestilah seorang yang berilmu. Guru mestilah seorang yang sedia mengetahui tentang mata pelajaran yang diajar. Guru juga mesti berkebolehan melaksanakan tugasnya sebagai guru dan tugas-tugas lain yang ditawarkan kepadanya.Guru merupakan penyampai ilmu yang terdekat dan paling berpengaruh kepada murid-murid. Jika cetek ilmu guru itu, cetek juga ilmu anak muridnya.Semua ilmu boleh dipelajari, diamalkan, dan disampaikan, sama ada ilmu keduniaan ataupun ilmu akhhirat (agama). Oleh itu, seorang guru tidak seharusnya menghadkan pengetahuannya kepada perkara-perkara tertentu sahaja. Ia hendaklah juga berusaha menimba ilmu dari semasa ke semasa.Guru berilmu akan disanjung, dihormati, dan dituruti oleh masyarakat setempat, apatah lagi murid-muridnya.Ke atas

Sudah menjadi naluri setiap manusia mendambakan kasih sayang.Murid-murid dalam usia yang masih mentah, memerlukan panduan, ajaran, dan teguran yang membina. Guru mestilah melihat anak muridnya dengan anak mata yang tenang, penuh prihatin. Pandangan mata tajam ditambah dengan bisikan hati yang mati, hanya menjauhkan anak bangsa dari asuhan budi.Guru mesti menunjukkan sifat kasih sayang yang bersungguh-sungguh. Bukan belaian dan pelukan yang diminta di sini, sebaliknya sekadar tingkah laku guru yang menuju ke arah itu. Prihatin, kasihan, bersungguh-sungguh, tenang, sabar, hikmah, dan berbudi bahasa adalah sebahagian daripadanya.Ke atas

Keindahan tidak sekekal selamanya. Kejayaan sekolah yang guru raikan semalam tidak semestinya berulang pada hari berikutnya.Pada ketika kesukaran melanda amat perlu bagi guru itu menjadi seorang yang tabah. Ia mesti gigih berusaha, tanpa mengira balasan di dunia. Bukan pujian yang guru harapkan. Sebaliknya keredaan Tuhan Yang Esa.Kegigihan si guru sahaja, walau tanpa disedari atau dipedulikan oleh sesiapa, mampu mengelakkan kemerosotan yang berpanjangan.Jatuh? Bangun!Sedih? Gembirakan!Malu? Eh, jangan berfikir negatif!Kegagalan bukan selamanya. Setiap hari hujan, akan ada hari panasnya.Lihat diri sendiri. Apa niat asal. Jika betul niat dihati, berusahalah lebih gigih, tanpa jemu, tanpa mengalah. Itulah guru yang sejati. Itulah guru yang lebih dihargai.Ke atas

Keunggulan seorang guru terpancar daripada sahsiah dirinya. Ketrampilan diri, ketajaman berfikir, keyakinan diri, keteguhan hati, berserta dengan keyakinan kepada Tuhan Yang Esa, adalah ciri-ciri guru yang unggul pada kaca mata masyarakat.Tapi harus diingat, hidup ini umpama roda, sekejap di atas sekejap di bawah. Seorang guru harus sedar bahawa dirinya tidak lebih daripada insan biasa. Ia tidak sepatutnya bermegah diri.Sebaliknya budi bahasa dan sikap merendah diri hendaklah diamalkan sentiasa.Sama ada kita sedar atau tidak, itulah keunggulan yang sebenarnya.Ke atas