3
19 0 0 1506 Mempertingkat program profesional berterusan untuk guru November 20, 2012 Program itu, yang turut melibatkan guru pelatih, akan merangkumi latihan-latihan terbaik sepanjang berkhidmat sebagai guru. KUALA LUMPUR: Program Pembangunan Profesional Berterusan untuk guru akan dipertingkat dengan memberi tumpuan terhadap keperluan individu dan latihan berasaskan sekolah mulai tahun depan. Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata program itu, yang turut melibatkan guru pelatih, akan merangkumi latihan-latihan terbaik sepanjang berkhidmat sebagai guru. “Mereka akan memperoleh peluang pembangunan kerjaya yang menarik merentas beberapa laluan kerjaya, dengan kemajuan berasaskan kompetensi, dan bukan bergantung kepada tempoh perkhidmatan,” katanya ketika berucap merasmikan Konvensyen Antarabangsa Institut Pendidikan Guru Dalam Pembelajaran dan Pembangunan Guru di sini hari ini.

Guru

Embed Size (px)

DESCRIPTION

guru cemerlang

Citation preview

Page 1: Guru

 19 0 0 1506

Mempertingkat program profesional berterusan untuk guruNovember 20, 2012

Program itu, yang turut melibatkan guru pelatih, akan merangkumi latihan-latihan terbaik sepanjang berkhidmat sebagai guru.

KUALA LUMPUR: Program Pembangunan Profesional Berterusan untuk guru akan dipertingkat dengan memberi tumpuan terhadap keperluan individu dan latihan berasaskan sekolah mulai tahun depan.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata program itu, yang turut melibatkan guru pelatih, akan merangkumi latihan-latihan terbaik sepanjang berkhidmat sebagai guru.

“Mereka akan memperoleh peluang pembangunan kerjaya yang menarik merentas beberapa laluan kerjaya, dengan kemajuan berasaskan kompetensi, dan bukan bergantung kepada tempoh perkhidmatan,” katanya ketika berucap merasmikan Konvensyen Antarabangsa Institut Pendidikan Guru Dalam Pembelajaran dan Pembangunan Guru di sini hari ini.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata kementerian itu juga akan memberi tumpuan kepada usaha untuk memastikan semua guru menggunakan sepenuhnya keluwesan yang diberikan dalam isu berkaitan penjadualan kurikulum, penyusunan pengajaran, pendekatan pedagogi dan pentaksiran berasaskan sekolah.

Page 2: Guru

Selain itu, katanya, budaya bimbingan rakan sejawatan untuk meningkatkan kecemerlangan dan standard profesional kerjaya guru menerusi pementoran, pembangunan dan perkongsian sentiasa diberi galakan.

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata guru yang berkualiti akan membina sistem pendidikan yang berkualiti dan seterusnya melahirkan insan yang berkualiti.

Justeru, beliau berkata sistem pendidikan negara perlu mempunyai mekanisme untuk menentukan guru-guru yang dilahirkan adalah benar-benar kompeten dan memenuhi standard yang ditetapkan.

Transformasi keguruan

Katanya transformasi keguruan sebagai profesion pilihan yang merupakan satu daripada 11 anjakan dalam laporan awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 menekankan kepada peningkatan pembelajaran dan pembangunan guru.

“Bagi melaksanakannya, kita perlu meningkatkan kualiti profesion perguruan supaya dapat menghasilkan guru-guru yang cemerlang. Kita mahu jadikan profesion perguruan sebagai profesion yang diminati dan menarik perhatian ramai pelajar,” katanya.

Oleh itu, beliau berkata insentif utama untuk menggalakkan pelajar cemerlang memasuki profesion perguruan adalah dengan menawarkan skim gaji yang menarik dan menyediakan tempat kerja yang moden.

Muhyiddin berkata sistem pendidikan negara yang mengalami beberapatransformasi yang dirancang adalah bagi melahirkan guru-guru yang memilikikemahiran abad ke-21 yang akan mempunyai kemampuan minda dan keupayaan berfikirpada tahap tinggi.

Beliau berkata kemahiran berfikir dan pemikiran kritis disertai dengan keupayaan berkomunikasi serta memiliki keyakinan kendiri perlu dijana menerusi pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang holistik oleh guru.

“Pendekatan-pendekatan dalam pengajaran yang dinamik ini akan melahirkan pelajar yang mampu berfikir secara mencapah dan menerokai kebenaran,” katanya.

Beliau turut meminta semua guru, secara berterusan berusaha memastikan pendidikan di negara ini berkembang maju bukan sahaja untuk generasi masa kini tetapi juga untuk generasi akan datang.

Page 3: Guru

Muhyiddin juga berharap pelajar yang menamatkan persekolahan mereka boleh bertutur dalam pelbagai bahasa dan mampu berkolaborasi merentas budaya dan geografi.

“Kita tidak perlu takut atau risau dengan kemungkinan generasi akan datang akan hilang tradisi, tetapi dengan pengetahuan baharu dan keupayaan berfikir secara kritis, generasi dan guru-guru akan datang tetap relevan dalam pasaran pekerjaan,” katanya.

- Bernama

http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2012/11/20/mempertingkat-program-profesional-berterusan-untuk-guru/