Upload
truongthuan
View
233
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
PERLAKSANAAN PROGRAM PEMBANGUNAN STAF
DI SEKOLAH ISLAM HIDAYAH, JOHOR BAHRU
HAFSAH BINTI MAD ARIP
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL: PERLAKSANAAN PROGRAM PEMBANGUNAN STAF DI SEKOLAH ISLAM HIDAYAH, JOHOR BAHRU
SESI PENGAJIAN: 2012/2013
Saya HAFSAH BINTI MAD ARIP (HURUF BESAR) Mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di perpustakaan
Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
1. Tesis membenarkan hakmilik Universiti Teknologi Malaysia 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian
sahaja 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian
tinggi. 4. ** Sila tandakan ( / )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti termaktub di dalam (AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi / badan di mana penyelidikan dijalankan).
TIDAK TERHAD
Disahkan oleh
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat tetap: TN HAJI HASSAN BIN HUSHIN 1223, Blok 10, Felda Sening, 81900 Kota Tinggi, Johor. Tarikh: Tarikh:______________________
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. * Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara peyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)
PENGESAHAN PENYELIA
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana
Pendidikan (Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan)
Tandatangan: ……………………………………
Nama Penyelia: TN. HAJI HASAN BIN HUSHIN
Tarikh: …………………………………….
PERLAKSANAAN PROGRAM PEMBANGUNAN STAF
DI SEKOLAH ISLAM HIDAYAH, JOHOR BAHRU
HAFSAH BINTI MAD ARIP
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi
syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Pendidikan
(Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
2013
PENGAKUAN
“Saya akui karya ini adala hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.
Tandatangan :………………………………………
Nama Penulis : HAFSAH BINTI MAD ARIP
Tarikh : MEI 2013
DEDIKASI
Di tujukan istimewa kepada:
Suami tercinta yang sentiasa mendoakan dan mendorong saya dengan kesabaran
Hasranjumari Bin Hashim
Buat anak-anak ku yang sentiasa memahami Adam dan Balqis.
Buat bonda dan ayahda yang dikasihi Hajah Zaleha Bt Hj Sayuti
Dan Haji Mad Arip Bin Alhom. Kasihmu dan pengorbanan mu tiada taranya.
Tidak lupa kepada satu-satunya adikku yang dikasihi Siti Aryati Mad Arip.
Ini adalah kejayaan kita bersama.
PENGHARGAAN
Terlebih dahulu, saya ingin berterima kasih dan beryukur kepada Allah kerana
limpah dan kurnianya kajian ini dapat dihasilkan dengan begitu lancar. Seterusnya, saya
ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada penyelia iaitu Tuan Haji Hassan Bin
Hushin yang telah banyak memberi tunjuk ajar, bimbingan, nasihat dan teguran yang
membina di samping tidak jemu memberikan bantuan sepanjang melaksanakan kajian
ini.
Tidak ketinggalan juga kepada mereka yang terlibat secara langsung dan tidak
langsung dalam membantu saya menyiapkan kajian ini terutamanya kepada Ketua
Eksekutif Pusat Pendidikan Hidayah iaitu Tuan Haji Jelany Bin Ramli, Pengetua SMIH,
Guru Besar SRIH, Guru-guru SRIH dan SMIH di PPH dan seterusnya seluruh warga
PPH.
Seterusnya kepada rakan-rakan di sekolah yang sentiasa bersedia untuk
menghulurkan bantuan, memberi galakan dan dorongan kepada saya. Tidak lupa juga
kepada rakan-rakan seperjuangan pesisir Bandar Penawar yang sudi memberi tunjuk ajar
semasa saya menghadapi masalah dalam menjalankan kajian.
Jasa baik dan pengorbanan semua pihak amat saya hargai dan sanjung tinggi.
Sungguhnya kejayaan ini adalah milik kita bersama. Dengan ini saya akhiri dengan
jutaan terima kasih.
ABSTRAK
Kajian deskriptif dengan menggunakan kaedah campuran ini bertujuan untuk
mengkaji persepsi guru terhadap keberkesanan program pembangunan staf di sebuah
sekolah agama swasta. Responden kajian terdiri daripada 97 orang guru daripada
Sekolah Rendah Islam Hidayah (SRIH) dan Sekolah Menengah Islam Hidayah (SMIH)
di Pusat Pendidikan Hidayah (PPH). Borang soal selidik yang diedarkan mengandungi
lima bahagian yang bertujuan untuk mendapatkan maklumat tentang latar belakang
responden, keberkesanan dari aspek meningkatkan ilmu pengetahuan, keberkesanan dari
aspek meningkatkan kemahiran, keberkesanan dari aspek membentuk sikap dan perkara-
perkara yang mempengaruhi keberkesanan program. Instrumen kajian telah diuji untuk
menentukan kebolehpercayaan berdasarkan skala Alpha Cronbach kepada 20 orang guru
di sekolah yang sama. Hasil kajian rintis ini menunjukkan nilai kebolehpercayaan item
yang tinggi iaitu 0.848. Data kajian dianalisis menggunakan program Statistical Package
For The School Science (SPSS) Version 16.0 bagi mendapatkan min, sisihan piawai dan
peratusan. Dapatan kajian menunjukkan min setiap bahagian yang dikaji adalah pada
tahap yang tinggi dan ini menunjukkan majoriti guru-guru amat bersetuju dengan
keberkesanan program dalam meningkatkan ilmu pengetahuan, meningkatkan
kemahiran serta membentuk sikap guru-guru. Dalam pada itu temubual juga telah di
jalankan dengan dua orang guru di PPH bagi menguatkan lagi dapatan hasil kajian
melalui soal selidik. Daripada analisis yang dilakukan, didapati program pembangunan
staf dapat membantu guru –guru dalam bidang akademik, melaksanakan Tarbiyyah dan
Dakwah serta meningkatkan sahsiah pelajar-pelajar. Akhir sekali, beberapa cadangan
kajian lanjutan telah dikemukakan untuk tujuan penyelidikan pada masa hadapan.
ABSTRACT
This descriptive study seeks the perception of teachers towards the effectiveness
of professional development program among school staff in a private religious school
using the mixed method. Data were gathered from 97 respondents who were teachers of
Sekolah Rendah Islam Hidayah (SRIH) and Sekolah Menengah Islam Hidayah (SMIH)
in Pusat Pendidikan Hidayah (PPH). The questionnaires that were used and distributed
were divided into five parts which are aimed to retrieve information regarding the
respondents’ background, the effectiveness through the aspect of knowledge
development, the effectiveness of professional development program through the aspect
of skills development, the effectiveness through the aspect of attitude development and
other things which can affect the effectiveness of the program. The research instrument
has been tested to identify its reliability according to Alpha Cronbach scale towards 20
teachers of the same school. The result of the pilot study showed a high reliability value
item which is 0.848. Research data is analyzed through Statistical Package For The
School Science (SPSS) Version 16.0 program to get the mean, percentage and standard
deviation. The findings showed that mean value of the whole parts were very high level
and means that majority of teachers agreed that professional development program
effect in the aspects of knowledge development, skills development and shaping the
teachers’ attitude. In addition, interviews have been conducted with two teachers in
PPIH to support the findings gained through questionnaire. Through the analysis,
professional development program was able to help teachers in academic, and to
implement Tarbiyya dan Dakwah to raise the attitude of pupils. Finally, a few
suggestions for further study have been propose for future research.
KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
JUDUL
PENGAKUAN i
DEDIKASI ii
PENGAHARGAAN iii
ABSTRAK iv
ABSTRACT v
KANDUNGAN vi
SENARAI JADUAL xi
SENARAI RAJAH xiii
SENARAI LAMPIRAN xiv
BAB 1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 6
1.3 Pernyataan Masalah 9
1.4 Persoalan Kajian 10
1.5 Objektif Kajian 11
1.6 Kepentingan Kajian 12
1.7 Skop Kajian 13
1.8 Kerangka Konseptual Kajian 14
1.9 Definisi Istilah 16
1.9.1 Perlaksanaan 16
1.9.2 Pembangunan Staf 16
1.10 Rumusan 17
BAB 2 KAJIAN LITERATUR
2.1 Pengenalan 19
2.2 Program Pembangunan Staf 20
2.3 Program Pembangunan Staf Di Sekolah 22
2.4 Perlaksanaan Program Pembangunan Staf 26
2.4.1 Model Program Pembangunan Guru 27
2.5 Objektif Pembangunan Staf 28
2.6 Merangka Program Pembangunan Staf 31
2.7 Penilaian Program Pembangunan Staf 33
2.8 Pembangunan Staf Di Bawah MUSLEH 35
2.9 Program Tarbiyyah Merupakan Program Pembanguan Staf 38
2.10 Program Latihan Dalaman 41
2.11 Rumusan 44
BAB3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 46
3.2 Reka Bentuk Kajian 47
3.3 Lokasi Kajian 50
3.4 Populasi Dan Sampel 50
3.5 Instrumen Kajian 52
3..5.1 Soal Selidik 52
3.5.2 Temubual 55
3.6 Pengumpulan Data 56
3.7 Kajian Rintis 57
3.8 Ujian Kebolehpercayaan Dan Kesahan Instrumen Kajian 58
3.8.1 Kesahan 58
3.8.2 Kebolehpercayaan Instrumen Kajian 59
3.9 Penganalisaan Data 60
3.9.1 Tatacara Analisis Data Kajian 61
3.10 Kesimpulan 64
BAB 4 ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 65
4.2 Taburan Pengagihan Soal Selidik Kajian 67
4.3 Latar Belakang Responden 67
4.3.1 Jantina 68
4.3.2 Umur 68
4.3.3 Pengalaman Mengajar Di Sekolah Ini 69
4.3.4 Kelulusan Akademik Tertinggi 70
4.3.5 Kelayakan Ikhtisas 70
4.4 Analisis Data Berdasarkan Persoalan Kajian 71
4.4.1 Analisis Persoalan Kajian 1 72
4.4.2 Analisis Persoalan Kajian 2 75
4.4.3 Analisis Persoalan Kajian 3 78
4.4.4 Analisis Persoalan Kajian 4 81
4.4.5 Analisis Persoalan Kajian 5 84
4.4.5.1 Dapat Mempelajari Sesuatu Yang Baru 85
4.4.5.2 Mengaplikasikan Ilmu Yang Di Perolehi 86
4.4.5.3 Meningkatkan Kemahiran Dan Memahirkan Diri 87
4.4.5.4 Memberikan Kesedaran Dan Motivasi Kepada
Pelajar 88
4.4.6 Analisis Persoalan Kajian 6 90
4.4.6.1 Mempelajari Ilmu Yang Baru Untuk Disampaikan
Kepada Para Pelajar 91
4.4.6.2 Mempertingkatkan Ilmu Yang Sedia Ada 93
4.4.6.3 Menjadi Lebih Bersemangat Dalam Menyebarkan
Ilmu Kerana Allah 94
4.4.7 Analisis Persoalan Kajian 7 95
4.4.7.1Meningkatkan Sahsiah Pelajar Dengan
Menggunakan Pendekatan Tarbiyyah 95
4.4.7.2 Memberikan Kesedaran Dan Motivasi Kepada
Pelajar 97
4.4.7.3Memahirkan Diri Untuk Menjadi Pendakwah
Kepada Pelajar-Pelajar 98
4.5 Rumusan Analisis Data 99
4.6 Kesimpulan 101
BAB 5 DAPATAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 102
5.2 Perbincangan 103
5.2.1 Maklumat Latar Belakang Responden 105
5.2.2 Persepsi Guru Terhadap Keberkesanan Program
Pembangunan Staf Dalam Meningkatkan Ilmu
Pengetahuan Guru-Guru 106
5.2.3 Persepsi Guru Terhadap Keberkesanan Program
Pembangunan Staf Dalam Meningkatkan Kemahiran
Guru-Guru 108
5.2.4 Persepsi Guru Terhadap Keberkesanan Program
Pembangunan Staf Dalam Membentuk Sikap
Guru-Guru 110
5.2.5 Persepsi Guru Terhadap Perkara-perkara yang
Mempengaruhi Keberkesanan Program 112
5.2.6 Persepsi Guru Terhadap Kesan Daripada Program
Pembangunan Staf Yang Dapat membantu Guru-Guru
Dalam Bidang Akademik Dan Kecemerlangan Sekolah 113
5.2.7 Persepsi Guru Terhadap Kesan Daripada Program
Pembangunan Staf Yang Dapat membantu Guru-Guru
Dalam Melaksanakan Tarbiyyah Dan Dakwah Kepada
Pelajar-Pelajar 115
5.2.8 Persepsi Guru Terhadap Kesan Daripada Program
Pembangunan Staf Yang Dapat membantu Guru-Guru
Dalam Meningkatkan Sahsiah Pelajar-Paelajar 116
5.3 Implikasi Dan Cadangan Tindakan 118
5.4 Cadangan Kajian Lanjutan 120
5.5 Penutup 121
RUJUKAN 122
LAMPIRAN 128
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK HALAMAN
3.1 Taburan Popilasi kajian 50
3.2 Jadual Penentuan Saiz Sampel, Krejcie
dan Morgan (1970) 51
3.3 Pecahan Item Mengikut Konstruk 53
3.4 Skala Likert 54
3.5 Analisis Pekali Kebolehpercayaan Alpha
Cronbach Mengikut item Soal Selidik Bagi
Kajian Rintis 58
3.6 Pekali Saiz Cronbach Alpha 59
3.7 Tahap Pemeringkatan Min 61
3.8 Proses Pengalisaan Data Kuantitatif 63
3.9 Kaedah Analisis Data Berdasarkan Persoalan
Kajian 64
4.1 Taburan Pengagihan Soal selidik Kajian 67
4.2 Taburan Responden Mengikut Jantina 68
4.3 Taburan Responden Mengikut Umur 69
4.4 Taburan Responden Mengikut Pengalaman
Mengajar Di sekolah Ini 69
4.5 Taburan Responden Mengikut Kelulusan
Akademik Tertinggi 70
4.6 Taburan Responden Mengikut Kelayakan
Ikhtisas 71
4.7 Maklumbalas Responden Terhadap Item-Item
Persepsi Guru Terhadap Keberkesanan Program
Pembangunan Staf Dalam Meningkatkan Ilmu
Pengetahuan Guru-Guru 74
4.8 Maklumbalas Responden Terhadap Item-Item
Persepsi Guru TerhadapKeberkesanan Program
Pembangunan Staf Dalam Meningkatkan Kemahiran
Guru. 77
4.9 Maklumbalas Responden Terhadap Item-Item
Persepsi Guru Terhadap Keberkesanan Program
Pembangunan Staf Dalam Meningkatkan sikap
Guru 80
4.10 Maklumbalas Responden Terhadap Item-Item
Persepsi Guru Terhadap Perkara-perkara
Yang Boleh Mempengaruhi Keberkesanan
Program 83
4.11 Rumusan dapatan Kajian Berdasarkan Persoalan
Kajian 99
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK HALAMAN
1.1 Kerangka Konseptual Kajian 15
3.1 Rangka Kerja Keseluruhan 44
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK HALAMAN
A Borang Soal Selidik 128
B Transkrip Temubual Guru A 133
C Transkrip Temubual Guru B 140
D Nilai Analisis Data Kajian Rintis 145
E Nilai Analisis Data sebenar 154
F Surat Kebenaran Menjalankan Kajian 171
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Pendidikan di Malaysia merupakan satu isu yang sering mendapat perhatian
semua pihak. Menyedari kepentingan pendidikan kepada masyarakat, pelbagai institusi
pendidikan kerajaan dan swasta seperti prasekolah, sekolah rendah, sekolah menengah,
pusat pengajian tinggi, pusat-pusat latihan vokasional dan sebagainya diwujudkan bagi
memenuhi permintaan rakyat Malaysia yang kini mementingkan ilmu pengetahuan.
Rakyat Malaysia terutamanya para ibu bapa kini lebih berpandangan jauh dalam
memikirkan kepentingan pendidikan anak-anak mereka dan akan mencari institusi yang
terbaik walaupun berbelanja lebih. Dengan ini, pelbagai institusi pendidikan swasta telah
diwujudkan bagi memenuhi permintaan ibu bapa yang inginkan perbezaan dan
penambahan dalam struktur pendidikan yang sedia ada.
Sekolah swasta ialah sekolah bukan milik kerajaan dan bukan bantuan kerajaan.
Sekolah ini dibiayai sendiri tanpa bantuan kewangan kerajaan negeri atau kerajaan
persekutuan. Ia merupakan sebuah institusi pendidikan yang ditubuhkan oleh pihak
swasta, kumpulan masyarakat, persatuan dan juga pihak korporat serta syarikat-syarikat.
Sekolah swasta juga disebut sebagai sekolah persendirian. Selain mempunyai
pengurusan sendiri, sekolah ini mudah dikenali kerana tidak menggunakan perkataan
“kebangsaan” atau “jenis kebangsaan” yang hanya khusus diguna pakai untuk sekolah
kerajaan dan bantuan kerajaan. Manakala bagi sekolah swasta aliran agama, penggunaan
nama sekolah rendah Islam (SRI), sekolah menengah Islam (SMI), maahad dan sekolah
tahfiz memudahkan kita untuk membezakannya dengan sekolah bantuan kerajaan seperti
sekolah agama rakyat (SAR), sekolah menengah agama negeri (SMAN) dan juga
sekolah agama kerajaan persekutuan.
Mengikut peruntukan Seksyen 44 dalam Akta Pelajaran 1961, semua sekolah
swasta di semua peringkat mesti berdaftar dengan Kementerian Pelajaran Malaysia
(Laporan Kabinet: 1988). Manakala penubuhan, pengurusan dan pengoperasian institusi
ini adalah tertakluk di bawah Akta Pendidikan 1996 dan peraturan-peraturan yang dibuat
di bawahnya. Perlaksanaan akta khusus yang berkaitan dengan sekolah ini menjelaskan
kepada kita bahawa sekolah atau institusi pendidikan swasta tidak boleh ditubuhkan
sesuka hati. Ia dikawal dengan peraturan yang mengikatnya bagi mengekang
penyalahgunaan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab, disamping mengawal mutu
perkhidmatan pendidikan yang disediakan,(Tie Fatt Hee, 2002). Begitu juga dengan
sekolah agama swasta, semua urusan penubuhan, pendaftaran dan kawalselia sekolah
agama swasta diletakkan dibawah pengurusan dan pentadbiran Jabatan Pendidikan
Swasta (JPS), Kementerian Pelajaran Malaysia dengan sokongan Bahagian Perancangan
Dan Penyelidikan Pendidikan Swasta, Bahagian Pendaftaran dan Piawaian serta
Bahagian Penguatkuasaan.
Secara dasarnya penubuhan sekolah agama swasta (SAS) adalah bagi memenuhi
permintaan masyarakat dan beberapa faktor penting pertumbuhannya dari pelbagai
aspek. Antaranya ialah mewujudkan pendidikan sepadu atau dwi-kurikulum yang dapat
menggabungkan komponen akademik dan agama di dalam satu kesepaduan yang saling
lengkap melengkapi di antara satu sama lain. Aspek yang lain ialah kelemahan sistem
pendidikan yang masih terkesan dengan sekularisme di dalam melahirkan individu
pelajar yang seimbang terhadap keperluan dunia dan kepentingan akhirat. Dengan ini,
masyarakat mulai sedar keperluan terhadap sistem pendidikan yang lengkap
merangkumi agama dan akademik sangat diperlukan pada masa kini lantaran arus
kemodenan yang sangat deras amat membimbangkan ibu bapa.
Menyedari tuntutan tersebut, Pusat Pendidikan Hidayah (PPH) telah ditubuhkan
pada tahun 1989. Pusat Pendidikan Hidayah adalah merupakan pusat pendidikan swasta
yang tidak berorentasikan keuntungan. Pembangunan pusat ini adalah hasil bayaran
yuran pelajar dan sumbangan orang ramai. PPH ditubuhkan semata-mata untuk
memberikan pendidikan alternatif berteraskan Islam yang diurus dengan prosesional.
PPH terbahagi kepada dua iaitu Sekolah Rendah Islam Hidayah (SRIH) dan Sekolah
Menengah Islam Hidayah (SMIH). Pada awal penubuhannya, sekolah ini bermula
dengan 12 orang pelajar dan 4 orang guru di sebuah rumah teres kediaman di Skudai,
Johor bahru. Pada tahun seterusnya, pelajarnya telah meningkat kepada 65 orang dan
sekolah ini terpaksa dipindahkan ke pusat operasi yang lebih besar iaitu di rumah banglo
Taman Dawani, Senai, Johor. Permintaan ke atas sekolah ini semakin meningkat
sehingga memaksa Lembaga Pemegang Amanah (BOT) membesarkan sekolah ini ke
tapak yang lebih sesuai. Hasil daripada bantuan orang ramai dari seluruh negara dan
sumbangan sukarela, sekolah ini dapat membeli tanah dan memdirikan bangunan
sendiri.
Sekolah Rendah Islam Hidayah (SRIH) dan Sekolah Menengah Hidayah (SMIH)
adalah sekolah yang menawarkan pendidikan bersepadu menggabungkan matapelajaran
akademik dan Deeniah. Ia beroperasi tanpa bantuan kewangan kerajaan sebaliknya
semata-mata bergantung kepada bantuan orang ramai dan bayaran yuran pelajar. Walau
bagaimanapun SRIH dan SMIH tetap mendapat pengiktirafan kerajaan apabila diterima
pendaftarannya di bawah Kementerian Pelajaran dan Majlis Agama Islam Johor. SRIH
dan SMIH telah diterima mengendalikan peperiksaan UPSR, PMR dan SPM. Kini, pusat
ini telah mengendalikan 30 kelas iaitu 5 bilik darjah untuk setiap tahun pembelajaran .
Senarai 67 guru kini berkhidmat sepenuhmasa mendidik 1,047 orang pelajar dengan
dibantu oleh 4 orang kakitangan sokongan. Pencapaian sekolah ini sehingga tahun 2011
ialah kejayaannya dalam bidang akademik kerana telah mendapat Anugerah Akademik
Terbaik atas pencapaian sekolah terbaik seluruh Johor dan sekolah swasta ke 4 terbaik
seluruh Malaysia. Kejayaan lain ialah pelajar SMIH telah diiktiraf sebagai antara pelajar
terbilang seluruh Malaysia apabila berjaya mencapai keputusan 12 A1 dalam
peperiksaan SPM. Selain daripada itu, SMIH juga telah mencipta sejarah cemerlang
dalam pertandingan debat antara sekolah-sekolah seluruh Malaysia dengan menjadi
johan dalam debat Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris mengalahkan sekolah-sekolah
ternama. SMIH juga telah mencipta kejayaan selama beberapa tahun didalam
pertandingan ini. Kejayaan ini juga telah mengejutkan semua pihak terutamanya
sekolah-sekolah menengah berasrama penuh ternama yang telah sekian lama cemerlang
dalam arena pendebatan.
Sesuai dengan falsafah pendidikan Islam iaitu proses pendidikan yang
berterusan yang berteraskan tauhid bagi membina dan melahirkan insan rabbani yang
berilmu, beriman dan berakhlak mulia serta berkemampuan membentuk kehidupan diri,
masyarakat, negara dan dunia sebagaimana yang dituntut oleh Al-Quran dan As-Sunnah
melalui sistem pendidikan yang seimbang, bersepadu menyeluruh dan berterusan.Maka
tidak hairanlah jika sekolah-sekolah di pusat ini mencapai kejayaan akademik dan
kerohanian secara seiring. Visi dan Misi yang dijadikan matlamat asas sistem
pendidikan di pusat ini ialah menjadi sebuah institusi Pendidikan Islam yang unggul
menjelang 2020 dan membangunkan sistem Pendidikan Islam yang syumul dan lestari
kearah melahirkan insan rabbani yang mampu memimpin masyarakat. Bagi mencapai
visi dan misi pusat ini, maka organisasi di peringkat pusat amatlah memainkan peranan
penting bagi melancarkan proses pengurusan dan pentadbiran di pusat ini. Asas
pengurusan sekolah-sekolah di bawah pusat ini juga berbeza dengan sekolah-sekolah
dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia ini adalah kerana sekolah-sekolah agama
swasta akan diselaraskan pengurusannya di bawah satu pusat yang dikenali sebagai
MUSLEH. MUSLEH akan menjalankan usaha-usaha untuk mengurusperdanakan
pendidikan Islam melalui pendekatan berkualiti dan global. Diantara pendidikan yang
telah diambil ialah memurnikan kurikulum pendidikan Islam dengan menggabungkan
metodologi pendidikan tradisional serta unjuran cabaran masa depan berdasarkan
prinsip-prinsip Islam yang universal.
Dalam pada itu, program pembangunan guru di PPH ini juga di selaraskan di
bawah MUSLEH. Ini adalah di mana sekolah-sekolah di bawah MUSLEH mempunyai
sistem pembangunan staf yang sama iaitu guru-guru akan mengikuti beberapa bahagian
di dalam program pembangunan staf yang telah diselaraskan oleh MUSLEH. Guru-
guru di PPH akan mengikuti Manhaj Tarbiyyah MUSLEH (MTM), Syahadah Perguruan
Islam MUSLEH dan Kursus Dalaman (In House Traning). Program Syahadah Perguruan
adalah program pengajian profesional bagi guru-guru di sekolah rendah dan menengah
gabungan MUSLEH. Matlamat program ini adalah untuk melatih para guru dalam
latihan perguruan yang teratur , seimbang dan professional. Dalam pada itu, guru-guru
yang mengikuti program ini diharap berkemampuan untuk memikul amanah sebagai
muaddib, mu’alim, muddaris dan murabbi. Di sekolah pula, bagi memastikan bahawa
setiap guru akan melalui suatu proses pembangunan diri yang komprehensif dengan
mengikuti Program Tarbiyyah MUSLEH. Semua guru mestilah telah disusunkan
kedalam program ini. Program ini adalah sesuatu yang bersepadu, menyeluruh,
seimbang dan berterusan iaitu bermula daripada pembentukan falsafahnya sehinggalah
kepada perlaksanaanya. Bagi program Kursus Dalaman pula, pihak PPIH akan
mengadakan program ini mengikut keperluan Panitia dan sekiranya terdapat perubahan
dalam struktur kurikulum, penambahbaikan dan pembaharuan dalam silabus
matapelajaran. Proses program ini juga tidak berbeza dengan sekolah-sekolah kerajaan
harian biasa.
1.2 Latar Belakang Masalah
Sekolah Menengah Islam Hidayah (SMIH) merupakan salah satu institusi
pendidikan swasta yang ditubuhkan bertujuan memberikan perkhidmatan secara swasta
kepada murid-murid dimana ibu bapa yang inginkan kelainan daripada institusi
pendidikan awam yang sedia ada. SMIH menawarkan pendidikan bersepadu
menggabungkan matapelajaran akademik dan Deeniah. Ia beroperasi tanpa bantuan
kewangan kerajaan sebaliknya semata-mata bergantung kepada bantuan orang ramai dan
bayaran yuran pelajar. Ini adalah konsep dan falsafah sekolah ini yang mementingkan
kerohanian berbanding sekolah awam menimbulkan minat kepada golongan ibu bapa
yang berkemapuan. Visi sekolah ini adalah ingin menjadi sebuah institusi pendidikan
Islam yang unggul menjelang 2020, manakala misinya pula ialah membangunkan sistem
pendidikan Islam yang syumul dan lestari kearah melahirkan insan Rabbani yang
mampu memimpin masyarakat. Jika kita lihat kedua-dua visi dan misi sekolah ini cukup
hebat dalam menjadi sebuah institusi pendidikan yang dapat melahirkan generasi-
generasi yang Rabbani yang seiring dari segi kehebatan akademiknya, akhlaknya,
aqidahnya sehingga mampu menjadi pemimpin kepada masyarakat. Atas dasar itu
jugalah para pendidik di PPH mestilah menyiapkan diri dan membangunkan diri mereka
dengan pelbagai ilmu yang cukup dalam membimbing dan melatih pelajar kearah
menjadi insan Rabbani yang dapat menjadi pemimpin kepada masyarakat.
Dalam mempersiapkan diri para pendidik, Program Perguruan Syahadah telah
diadakan untuk melatih guru-guru dalam mendidik dan memantapkan penguasaan asas
dan prinsip ilmu pendidikan bagi menjalankan tugas secara ihsan dan profesional.
Program Perguruan Syahadah atau lebih dikenali sebagai Syahadah Pendidikan Islam
MUSLEH (SPIM) terbahagi kepada tiga iaitu Syahadah Perguruan SRI (Sekolah
Rendah Islam), Syahadah Perguruan SMI (Sekolah Menengah Islam) dan Syahadah
Kepengetuaan MUSLEH. Para pendidik akan mengikuti program ini selama beberapa
semester sehingga mereka menerima penganugerahan Syahadah iaitu calon yang
memenuhi semua kehendak peraturan dan telah diperakui soleh MUSLEH akan
menerima diploma yang setaraf dengan diploma pendidikan. Para pendidik di bawah
gabungan MUSLEH akan menjalani kursus ini di satu pusat iaitu di ibu pejabat
MUSLEH. MUSLEH akan menjalankan kursus dan latihan berterusan kepada para
pendidik SRI dan SMI. Setelah tamat, mereka akan diberi Syahadah Perguruan. Ini
adalah untuk memastikan bahawa para pendidik merupakan pendidik dan murobbi yang
dihormati, disayangi serta berkesan untuk menjalankan tanggungjawab.
Bagi semua warga pendidik dan staf di PPH dan semua sekolah dibawah
gabungan MUSLEH Program Syahadah Perguruan atau SPIM masih tidak memadai
untuk mencapai Falsafah Pendidikan Islam dalam melahirkan insan Rabbani yang
berilmu, beriman, berakhlak mulia serta berkemampuan membentuk kehidupan diri
sendiri, masyarakat, negara dan dunia sebagaimana yang dituntut oleh Al-quran dan As-
Sunnah. Dengan itu, terdapat beberapa program lagi yang dijalankan dan dianjurkan di
peringkat sekolah dalam membangunkan diri warga pendidik di PPH. Program yang
dimaksudkan ialah Program Manhaj Tarbiyyah MUSLEH. Setiap warga PPH
termasuklah warga pendidik, pelajar dan juga staf sokongan dikehendaki mengikuti
program Tarbiyyah. Tarbiyyah merupakan satu program yang terdapat pelbagai aktiviti
yang terancang didalamnya. Antara aktiviti tersebut ialah Halaqah, Daurah, Qiamullail,
Perkemahan dan Rehlah. Setiap program tersebut telah dirancang dengan teratur didalam
takwim sekolah. Program ini dianggap begitu penting bagi sekolah-sekolah Islam
dibawah gabungan MUSLEH dalam membentuk diri para pendidik menjadi mukmin
yang sejati dan pemimpin kepada para pelajar. Ini adalah kerana Tarbiyyah bukan
sekadar membentuk seseorang itu menjadi mukmin untuk dirinya, beramal dan bertaqwa
seorang diri sahaja bahkan ia bertujuan melahirkan mukmin yang sedia berkhidmat,
memberi sumbangan kepada Islam dan berjihad pada jalan Allah serta mampu
memperbaiki sesuatu keadaan kearah yang lebih sempurna.
Walaupun program Tarbiyyah menjadi keutamaan dalam membentuk jati diri
mukmin yang sejati namun sebagai sebuah institusi pendidikan, PPH juga mempunyai
sistem kurikulum yang tersendiri. Kurikulum di Sekolah Rendah Islam Hidayah (SRIH)
contohnya mempunyai dua bahagian iaitu Kurikulum KSSR dan Deeniah. Setiap
matapelajaran yang terdapat di kurikulum sekolah rendah mempunyai panitia
matapelajaran masing-masing. Dengan itu, kursus dalaman ataupun In House Traning
akan dijalankan atas permintaan panitia sendiri dalam membuat penambahbaikan ahli-
ahli didalam panitia. Ini adalah kerana pendidikan bersifat dinamik yang sentiasa
mengalami perubahan dari semasa kesemasa mengikut arus perubahan. Sekiranya sistem
kurikulum mengalami perubahan dan pembaharuan adalah menjadi tanggungjawab
panitia untuk merancang dan seterusnya menjalankan kursius dalaman dengan tujuan
untuk menyebarkan maklumat dan melatih ahli-ahli supaya mengikut keseragaman
didalam panitia matapelajaran. Contohnya pada beberapa tahun yang lepas, sistem
kurikulum sekolah rendah telah diubah dari KBSR kepada KSSR, untuk membuat
perubahan di peringkat sekolah oleh ahli-ahli dalam panitia maka kursus dalaman perlu
dijalankan dengan tenaga pengajar dari kalangan mereka sendiri yang telah mengikuti
kursus terlebih dahulu.
Ketiga-tiga program pembangunan untuk para pendidik di PPH adalah penting
dalam membentuk sebuah organisasi supaya stabil, mempunyai penghayatan dan
melahirkan para pendidik yang berinovasi. Dengan itu, perancangan yang jitu dari
organisasi sekolah adalah penting bagi memastikan program berjalan lancar sepertimana
yang telah dirancang sehingga menimbulkan kepuasan kepada diri peserta dan
seterusnya dapat mendidik dan mempraktikkannya bersama pelajar-pelajar. Menurut
Bradley et.al (1991), program latihan pembangunan professional harus memainkan tiga
fungsi utama pada organisasi iaitu kestabilan , penghayatan dan inovasi. Dengan itu,
sesuatu program latihan yang dirancang dan dilaksanakan wajar mempunyai unsur-unsur
yang dinyatakan. Sebelum program dilaksanakan beberapa perkara perlu diambil
perhatian contohnya, jantina, umur, pengalaman dan kelayakan. Ini adalah penting bagi
mengelakkan terdapat masalah keberkesanan dalam penyampaian. Guru-guru sekolah
ini merupakan peserta dan ahli di dalam program-program tersebut.
Dalam pada itu, terdapat juga beberapa faktor yang boleh memungkinkan sesuatu
program yang telah dijalankan berkesan atau pun tidak serta dapat memberikan
kepuasan kepada ahlinya. Faktor fasilitator dan penggunaan pendekatan serta kaedah
penyampainan yang sesuai juga sedikit sebnayak akan memberikan kesan kepada ahli
ataupun peserta. Faktor lain ialah proses penyeliaan terhadap program yang terdiri
daripada pihak pengurusan. Ini dikira aspek penting semasa dan selepas program untuk
melihat kekuatan dan kelemahan daripda program itu sendiri. Dengan itu, tindakan
susulan wajar diambil untuk memperbaiki atau mempertingkatkanprogram pada masa
akan datang. Howton (1988), ini menunjukkan tindakan selepas aktiviti itu akan
memastikan segala kekurangan diperbaiki malah segala kebaikan di pertingkatkan bagi
semua yang terlibat.
1.3 Pernyataan Masalah
Dalam kajian ini, keberkesanan program pembangunan staf berdasarkan 3 aspek
utama terhadap guru-guru adalah diberi fokus utama. Oleh itu, frasa Program
Pembangunan Staf akan digunakan dalam penulisan penyelidikan ini. Melalui kajian ini,
kajian akan dijalankan terhadap keberkesanan program- program yang telah dijalankan
di sekolah. Berdasarkan dari kenyataan di atas penyelidikan ini ingin menjalankan kajian
untuk meninjau sejauhmana kepuasan dan keberkesanan program pembangunan staf
yang telah dijalankan ini kepada para pendidik di PPH. Oleh itu, tumpuan dalam kajian
ini, berkenaan dengan persepsi guru-guru dari pelbagai latar belakang samada jantina,
pengalaman mengajar jawatan serta umur. Justeru itu, kajian ini dibuat untuk mengkaji
keberkesanan program pembangunan staf dan perkara-perkara yang mempengaruhi
keberkesanan program yang boleh dijadikan panduan kepada institusi pendidikan lain
disamping mempertingkatkan kualiti diri dan juga para pelajar.
1.4 Persoalan kajian
Kajian ini bertujuan mencari jawapan kepada beberapa persoalan di bawah :
(i) Apakah persepsi guru-guru terhadap kesan program pembangunan staf
dalam aspek meningkatkan ilmu pengetahuan guru- guru ?
(ii) Apakah persepsi guru-guru terhadap kesan program pembangunan staf
dalam aspek meningkatkan kemahiran guru-guru ?
(iii) Apakah persepsi guru-guru terhadap kesan program
pembangunan staf dalam aspek meningkatkan sahsiah dan sikap
guru-guru ?
(iv) Apakah aspek-aspek yang mempengaruhi keberkesanan objektif program
pembangunan staf di sekolah?
(v) Adakah program pembangunan staf dapat membantu guru dalam bidang
akademik dan kecemerlangan sekolah?
(vii) Adakah program pembangunan staf dapat membantu guru dalam
melaksanakan Tarbiyyah dan Dakwah kepada para pelajar?
(viii) Adakah program pembangunan staf dapat membantu guru dalam
meningkatkan sahsiah pelajar ?
1.5 Objektif Kajian
Objektif kajian ini dijalankan secara khusus adalah:
(i) Mengenalpasti kesan program pembangunan staf dalam meningkatkan
ilmu pengetahuan guru-guru.
(ii) Mengenalpasti kesan program pembangunan staf dalam meningkatkan
kemahiran guru-guru.
(iii Mengenalpasti kesan program pembangunan staf dalam membentuk sikap
guru-guru.
(iv) Mengenalpasti perkara yang mempengaruhi keberkesanan program.
(v) Mengetahui sama ada program pembangunan staf dapat membantu guru-
guru dalam bidang akademik dan kecemerlangan sekolah.
(vi) Mengetahui sama ada program pembangunan staf dapat membantu guru-
guru dalam melaksanakan Tarbiyah dan Dakwah kepada para pelajar.
(vii) Mengetahui sama ada program pembangunan staf dapat membantu guru-
guru dalam meningkatkan sahsiah pelajar.
1.6 Kepentingan Kajian
Kajian ini dijalankan kepada guru-guru di Sekolah Menengah Islam Hidayah,dan
Sekolah Rendah Islam Hidayah di Johor bahru. Hasil penyelidikan ini diharap dapat
mengembangkan satu perspektif yang menyeluruh tentang perlaksanaan program
pembangunan staf diperingkat sekolah. Iannya juga dapat dijadikan suatu sumber
rujukan dalam penambaikan pembangunan profesional perguruan pada masa akan
datang. Bagi MUSLEH dapatan kajian ini diharap boleh dijadikan piawaian atau data
emprikal dalam merancang program-program pembangunan staf yang lain serta
membuat keputusan secara kolektif dalam pembangunan professional keguruan untuk
melatih guru-guru sekolah menjadi pendidik, pemimpin dan Murobbi dalam
menghadapi cabaran era globalisasi dan pembangunan akhlak yang semakin meruncing
pada masa kini. Dapatan hasil kajian ini boleh dijadikan panduan kepada pihak
perlaksana dasar iaitu pentadbiran sekolah. Pihak pentadbiran sekolah harus peka dan
mengesan keperluan sekolah dan guru-guru dalam melaksanakan program-program
pembangunan diri para pendidik. Hasil kajian dapat memberi panduan kepada pengetua
dan guru besar dalam merancang, mereka bentuk, membangun dan menilai tahap
kompetensi pembangunan staf di sekolah masing-masing.
Guru-guru merupakan peserta utama dalam latihan di sekolah. Hasilan
penyelidikan ini diharap dapat memberi suatu kesedaran tentang kepentingan program
pembangunan diri yang professional ini supaya bertindak menggunakan strategi
program latihan untuk menjadikan program ini lebih daripada apa yang diharapkan.
Pemahaman pembangunan staf adalah penting dalam menggalakkan guru-guru berusaha
memperkembangkan pembelajaran kendiri secara berterusan melaui program-program
dalaman dalam mencapai matlamat kerjaya yang lebih tinggi. Selain daripada itu, kajian
ini diharapkan dapat memberikan maklum balas mengenai aktiviti-aktiviti serta
pengisian yang diperlukan oleh seorang guru bagi mendapatkan kepuasan menjalani
program dengan maksimum. Kajian ini juga dapat membantu pihak pentadbir dalam
membuat penilaian dan keperluan tentang latihan kepada anggota sekolah iaitu guru
besar dan pengetua agar dapat mewujudkan suasana pekerjaan yang dapat memberikan
kepuasan kerja secara lebih praktikal. Kajian ini adalah wajar bagi mewujudkan
kerjasama dalam pengurusan, memahami masalah dan tanggungjawab anggota serta
perhubungan yang baik antara pentadbir dan anggotanya agar tercapai matlamat yang di
sasarkan.
1.7 Skop Kajian
Kajian ini terbatas kepada guru-guru di Pusat Pendidikan Hidayah sahaja iaitu
guru-guru di Sekolah Rendah Islam Hidayah (SRIH) dan juga Sekolah Menengah Islam
Hidayah (SMIH). Walaupun responden berbeza dari segi kumpulan umur, jantina,
kelulusan akademik, pengalaman mengajar dan kelayakan ikhtisas. Skop dan batasan
kajian ini boleh dirangkumi kepada 4 aspek iaitu :
(i) Populasi kajian ini terdiri daripada guru-guru di PPH sahaja.
Oleh itu, hasil kajian tidak melambangkan pendapat guru-guru di
sekolah Islam swasta di bawah gabungan MUSLEH.
(ii) Kajian secara kualitatif dan kuantitatif dengan menggunakan
kaedah temuramah dan soal selidik sebagai alat penyelidikan.
(iii) Instrumen soal selidik dan soalan temuramah yang digunakan
hanya berdasarkan kesan perlaksanaan program pembangunan
staf dan aspek-aspek yang mempengaruhi keberkesanan program.
Ianya tidak mengkaji semua aspek secara terperinci mengenai
pembangunan profesionalisme keguruan.
(iv) Keikhlasan responden kajian merupakan faktor penting dalam
menjamin kesahihan dapatan kajian ini. Oleh itu, penyelidikan
menganggap bahawa segala maklumat yang disumbangkan
adalah pesepsi diri responden terhadap kajian ini.
1.8 Kerangka Konseptual Kajian
Matlamat kajian ini ialah meninjau kesan perlaksanaan Program Pembangunan
Staf kepada guru-guru yang merupakan pendidik dan Murobbi kepada para pelajar di
sekolah. Rajah 1.1 menunjukkan kerangka konseptual kajian yang akan digunakan
dalam kajian. Latarbelakang responden yang dikaji ialah jantina, umur, kelulusan
akademik, kelayakan ikhtisas dan pengalaman mengajar. Kajian yang dijalankan
meliputi beberapa perkara yang mempengaruhi keberkesanan program berdasarkan
persepsi guru-guru iaitu jangkamasa program, tenaga pengajar, fasilitator, refleksi,
ketetapan tarikh, masa dan tempat serta modul digunakan.
Objektif program pembangunan staf pada dasarnya ialah menyampaikan ilmu
kepada para pendidik, meningkatkan kemahiran profesionalisme guru dan membina diri
dengan ciri-ciri peribadi muslim sebelum menjadi pemimpin dan Murobbi kepada para
pelajar. Sekiranya objektif program pembangunan staf ini tercapai, namun terdapat
beberapa kesannnya terhadap para pendidik di sekolah ini. Dengan itu kajian akan
dijalankan terhadap keberkesanan program pembangunan staf dalam kalangan guru-
guru. Kajian keberkesanan program yang akan dijalankan meliputi tiga perkara utama
iaitu keberkesanannya dalam peningkatan ilmu pengetahuan, peningkatan kemahiran
guru dan pembentukan sikap guru.
Rajah 1.1: Kerangka Konseptual Kajian
LATAR BELAKANG RESPONDEN
1. JANTINA 4. KELULUSAN AKADEMIK 2. UMUR 5. KELAYAKAN IKHTISAS 3. PENGALAMAN MENGAJAR
OBJEKTIF PROGRAM PEMBANGUNAN STAF
1.Menyampaikan ilmu kepada para pendidik.
2. Meningkatkan kemahiran profesionalisme guru
3.Membina diri dengan ciri-ciri peribadi muslim sebelum menjadi pemimpin dan murobbi kepada para pelajar.
KESAN PROGRAM PEMBANGUNAN STAF DALAM KALANGAN GURU
1. Meningkatkan ilmu. 2. Meningkatkan
kemahiran. 3. Membentuk sikap
guru-guru. 4. Membantu guru
meningkatkan kecemerlangan akademik pelajar.
5. Membantu guru dalam perlaksanaan Tarbiyyah.
6. Membantu guru dalam meningkatkan sahsiah pelajar.
ASPEK-ASPEK YANG MEMPENGARUHI KEBERKESANAN OBJEKTIF
1. Jangkamasa program
2. Tenaga Pengajar 3. Fasilitator 4. Refleksi 5. Ketetapan tarikh,
masa dan tempat 6. Modul
1.9 Definisi Istilah
1.9.1 Perlaksanaan
Mengikut Kamus Dewan Edisi Ke Empat : Perlaksanaan dimaksudkan hasil
daripada melaksanakan sesuatu, mengerjakan atau menyelesaikan sesuatu tugas atau
rancangan.
1.9.2 Pembangunan staf
Mengikut Kamus Dewan 1996: pembangunan dimaksudkan perihal atau
proses menjadikan maju atau tersebar, membiak atau meluas. Tetapi mengikut
penyelidikan Richard, Matthew dan Robbert (1992) dalam buku “Personel
Administration”, konsep pembangunan staf banyak dikaitkan dengan perkembangan
personel, latihan dan kursus dalam perkhidmatan. Dalam aspek perkembangan personel ,
beliau mengaitkannya dengan perkembangan individu, kumpulan, dan kemajuan dalam
sistem pengurusan. Manakala latihan pula dikaitkan dengan keperluan kemahiran
kakitangan. Kursus dalam perkhidmatan adalah satu bentuk latihan semasa bekerja bagi
meningkatkan kecekapan kerja dan membina motivasi diri pekerja.
Zaidatul Akhmaliah Lope Pihie (1989) pula menyatakan bahawa
perkembangan dan pembangunan staf merupakan aspek penting terutama peranan
pemimpin terhadap pengaruh tingkah laku kakitangan. Bagi pengertian staf pula, Kamus
Dewan (1996), mentakrifkan staf sebagai kumpulan pekerja yang berkerja bersama-
sama iaitu di bawah ketua yang sama atau kakitangan. Manakala James A.F Stoner
Wankel (1989), menyatakan bahawa staf merupakan individu atau kumpulan yang
menyediakan nasihat dan perkhidmatan untuk pengurus lain. Berdasarkan kepada
definisi yang diberikan di atas jelas menunjukkan pembangunan staf meliputi semua
perkara yang berkaitan dengan kerjaya dan profesionalisme seseorang guru sama ada
dalam bidang pengajaran, membina sahsiah dan akhlak pelajar serta bidang pentadbiran.
Oleh itu, konsep pembangunan staf secara umumnya bertujuan membolehkan semua
pekerja dalam organisasi seperti sekolah dapat membaiki dan menambah pengetahuan
dalam bidang akademik, membina kerohanian serta tahap profesionalisme.
1.10 Rumusan
Adalah penting bagi sesebuah organisasi seperti sekolah untuk melaksanakan
program pembangunan staf atau perkembangan staf di sekolah masing-masing. Tujuan
perlaksanaan ini adalah untuk meningkatkan kapasiti dan kualiti sebagai guru dan
pendidik yang akan memimpin pelajar dan secara tidak langsung ianya dapat mencapai
matlamat sekolah. Guru yang berkualiti, berkemahiran dan berilmu pengetahuan dapat
melahirkan pelajar-pelajar yang berkualiti kepada negara dan bangsa serta beriman
kepada tuhan. Ianya penting kerana Malaysia memerlukan modal insan yang dapat
memimpin negara dan masyarakat. Dengan itu, kajian terhadap tahap pencapaian
program dan keberkesanan program pembangunan staf kepada para pendidik sekolah
adalah penting bagi membantu pihak sekolah dan pentadbir samada membuat
penambahbaikan, meneruskan program yang sedia ada atau menjadikan program ini
paling berkesan untuk dijadikan model dan contoh kepada sekolah lain. Ini adalah
kerana sesuatu program yang telah dirancang dan dilaksanakan akan memberikan
manfaat semaksima mungkin kepada setiap ahlinya namun terpulanglah kepada ahli
untuk mempraktikannya dalam kerjaya untuk kepentingan sekolah dalam mendidik dan
memimpin pelajar kearah pencapaian matlamat sekolah.
Ianya merupakan satu manfaat yang sangat besar dalam kerjaya sekiranya para
pendidik menjadikan program ini sebagai sesuatu program yang dapat menambahkan
kualiti diri, ilmu, pencapaian dalam memimpin pelajar dan seterusnya berusaha
mencapain visi dan misi sekolah. Oleh yang demikian adalah penting bagi pihak
pentadbir atau pelaksana program pembangunan staf di sekolah faham tentang
kehendak para pendidik dan sekolah dalam memberikan latihan ataupun kursus yang
bersesuaian dengan matlamat sekolah sendiri yang mungkin berbeza dengan matlamat
sekolah lain. Jika ini berlaku, maka segala halangan dapat diatasi bersama malah visi
dan misi sekolah tersebut dapat direalisasikan dengan lebih mudah dan efektif.