14
ISI KANDUNGAN BIL PERKARA MUKA SURAT 1 Penghargaan 1 2 Pengenalan - Hak Dan Tanggungjawab Kanak- Kanak - Apa Itu Hak Kanak-Kanak - Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak - Perjanjian Menggariskan 4 Penjelasan Hak Utama 2 3 4 5 3 Lampiran Keratan Akhbar 8 4 Kesimpulan 5 Rujukan Penghargaan

Hak Kanak Kanak

  • Upload
    drsha76

  • View
    13

  • Download
    6

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Folio untuk Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan

Citation preview

ISI KANDUNGAN

BIL

PERKARA

MUKA SURAT

1

Penghargaan

1

2

Pengenalan

Hak Dan Tanggungjawab Kanak-Kanak

Apa Itu Hak Kanak-Kanak

Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak

Perjanjian Menggariskan 4 Penjelasan Hak Utama

2

3

4

5

3

Lampiran Keratan Akhbar

8

4

Kesimpulan

5

Rujukan

Penghargaan

Assalamualaikum w.b.t

Terlebih dahulu saya ( Nur Shahida Binti Mohd Sufian) selaku ketua Kumpulan Next Generation ingin memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT , dengan limpah kurnia dan kebenaranNya , akhirnya dapat juga saya menghasilkan buku skrap bertajuk Hak dan Tanggungjawab Kanak-Kanak untuk mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan.

Dikesempatan ini saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih di atas bimbingan dan tunjuk ajar oleh guru saya iaitu Puan Baizura.

Tidak ketinggalan juga saya ingin merakamkan penghargaan yang tidak berbelah bagi kepada kedua-dua ayah dan mama saya yang tidak jemu mengajar saya dalam penggunaan computer serta membimbing saya untuk menyiapkan buku skrap ini.

Nur Shahida Binti Mohd Sufian

10/2/2015

HAK DAN TANGGUNGJAWAB KANAK-KANAK

Kanak-kanak merupakan pemimpin generasi masa hadapan. Oleh itu, menjadi tanggungjawab ibu bapa, guru, pemimpin dan setiap individu dalam memastikan kanak-kanak ini membesar dalam persekitaran yang harmoni, berkesefahaman dan penyayang.

i. Kanak-kanak juga mempunyai hak sepertimana orang dewasa. Tambahan lagi, keadaan mereka yang masih belum matang dan tidak dapat membuat keputusan dengan sendiri, menyebabkan mereka memerlukan perlindungan dan penjagaan khas, termasuk disediakan perlindungan undang-undang yang sewajarnya.

ii. Mereka berhak ke atas perlindungan, hak untuk tidak didiskriminasi, hak ke atas perlindungan, hak untuk menyuarakan pendapat serta pelbagai hak-hak lain yang termaktub di dalam perjanjian antarabangsa, undang-undang serta dasar negara.

iii. Malangnya, masyarakat Malaysia secara amnya tidak mengetahui dengan jelas bahawa kanak-kanak mempunyai hak istimewa ini. Pendapat kanak-kanak sering tidak diberikan perhatian dan tidak diberikan perlindungan yang sewajarnya. Berapa banyak kes yang dilaporkan oleh media massa tentang kes penderaan dan pembuangan bayi? Bagaimana pula dengan kes-kes penganiayaan dan pengabaian kanak-kanak yang tidak dilaporkan?

APA ITU HAK KANAK-KANAK?

Menurut Akta Kanak-kanak 2001, kanak-kanak didefinisikan sebagai individu yang berumur di bawah 18 tahun. Hak kanak-kanak pula adalah hak-hak yang telah disenaraikan di dalam Konvensyen mengenai Hak Kanak-kanak (Convention on the Rights of the Children).

KONVENSYEN MENGENAI HAK KANAK-KANAKKonvensyen mengenai Hak Kanak-kanak merupakan instrumen antarabangsa yang mempunyai ratifikasi paling banyak antara instrumen PBB yang lain. Konvensyen ini telah diterima pakai pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu pada 20 November 1989 bagi mengiktiraf hak kanak-kanak. Malaysia telah meratifikasi konvensyen ini pada 17 Februari 1995, namun masih mengekalkan reservasi kepada Perkara 1, 2, 7, 13, 14, 15, 28(1)(a) dan 37.

Konvensyen ini menuntut agar kita menjadi lebih peka terhadap keperluan kanak-kanak dan mewujudkan persekitaran yang harmoni dan penyayang. Ia menggariskan hak kanak-kanak di seluruh dunia tanpa mengira jantina, agama, bangsa, kefahaman atau perbezaan. Tanggungjawab bagi memastikan perlindungan terhadap hak-hak ini terletak kepada kerajaan Negara-negara Pihak dan juga masyarakat.

PERJANJIAN INI MENGGARISKAN EMPAT PENJELASAN HAK UTAMA

Kehidupan

Hak kanak-kanak kepada kelangsungan hidup dan keperluan-keperluan asas untuk hak tersebut seperti makanan, air bersih dan tempat tinggal.

PerkembanganIbu bapa mestilah memberikan pendidikan kepada kanak-kanak. Pendidikan ini termasuklah mengenali tuhan, nilai-nilai murni dan persekolahan. Ibu bapa harus memupuk minat membaca dan cintakan ilmu kepada kanak-kanak. Ilmu-ilmu yang baik dan bermanfaat ini adalah untuk menyediakan kanak-kanak pada masa hadapan.

PerlindunganHak kepada perlindungan daripada pengaruh-pengaruh tidak baik seperti penderaan, eksploitasi dan sebagainya.Kanak-kanak berhak kepada perlindungan daripada sebarang keadaan yang berbahaya seperti penderaan, pencabulan dan eksploitasi. Kanak-kanak tidak seharusnya dijadikan mangsa kepada sesuatu masalah. Mereka perlu dilindungi daripada dicederakan dari segi emosi ataupun dari segi seksual.

PenyertaanHak kepada penyertaan sepenuhnya dalam keluarga, budaya dan kehidupan sosial masyarakat setempat.Kanak-kanak perlu diberi hak untuk mengambil bahagian dalam hal ehwal dan pembesaran mereka. Contohnya mereka ingin mendapatkan sesuatu barangan, sekiranya difikirkan sesuai, ibu bapa perlulah menyediakan barangan tersebut.

NOTA RUJUKAN

1. https://aimyaimielya.wordpress.com/2012/02/22/sivik-kewarganegaraan-tahun-6/comment-page-1/

2. Buku teks Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan

Penerangan

Video memaparkan seorang murid sekolah dibuli kini menjadi viral di laman sosial.

ALOR SETAR - Polis Kedah menerima empat laporan berhubung kejadian buli di sebuah sekolah rendah di sini membabitkan lebih lima pelajar dan seorang mangsa yang tersebar dalam laman sosial sejak Jumaat lepas. Ketua Polis Negeri, Datuk Zamri Yahya berkata kes buli itu berlaku September tahun lepas tetapi tiada sebarang laporan polis yang dibuat berhubung kejadian itu sehinggah ia mula menjadi viral di laman sosial. "Rakaman video itu melibatkan lima orang pelajar dan seorang mangsa yang masing-masing merupakan pelajar tahun enam," katanya dalam kenyataan di sini hari ini. Siasatan Polis Kedah mendapati kejadian buli itu berlaku kira-kira dua minggu selepas tamatnya peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan. Menurut Zamri empat laporan polis telah dibuat semalam oleh beberapa pihak yang menonton video klip tersebut di laman sosial.Berikutan laporan itu, katanya pihaknya telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh tanpa senjata. Beliau turut meminta mana-mana pelajar yang menjadi mangsa buli atau tahu mengenai sebarang kejadian buli supaya melaporkan kepada pihak polis. - Bernama

KESIMPULAN

Kanak-kanak merupakan modal insan penting kepada negara. Modal insan ini dapat dibangunkan kepada tahap optimum melalui penyediaan persekitaran yang selamat dan kondusif. Sehubungan itu, perlindungan terhadap kanak-kanak daripada pengabaian, penderaan, keganasan dan eksploitasi adalah satu aspek penting dan hendaklah diberi keutamaan.

Justeru, dasar perlindungan kanak-kanak amat perlu pada masa ini bagi menggalakkan setiap agensi, organisasi dan anggota masyarakat memberi keutamaan kepada perlindungan kanak-kanak sebagai tanggungjawab bersama. Dasar ini adalah selaras dengan falsafah Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak (CRC) dan Akta Kanak-Kanak 2001 yang juga menekankan prinsip perlindungan kepada kanak-kanak demi kepentingan terbaik mereka.

LAMPIRAN KERATAN AKHBAR

Penerangan

Hak orang asal atau orang asli khasnya kanak-kanak tidak sepatutnya dipinggirkan, mereka berhak untuk diberli perlindungan, penghidupan, penyertaan dan juga pendidikan.