Upload
st3155j
View
1.874
Download
15
Embed Size (px)
Citation preview
PENGENALAN
Pembangunan dan pembudayaan ICT dalam kalangan rakyat Malaysia di
percepatkan dengan penubuhan Koridor Raya Multimedia yang mempunyai tujuh aplikasi
perdana berkaitan aktiviti berkaitan ICT dalam pelbagai sektor. Salah satu aplikasi tersebut
adalah Sekolah Bestari yang pelaksanaannya menekankan penggunaan ICT sebagai
pengupaya pedagogi dan pengurusan sekolah (PIPP, EPRD 2006).
Persoalan seterusnya adalah untuk mengetahui perkembangan pengintegrasian
pelbagai perisian kursus ini samada dalam kalangan murid atau guru di sekolah-sekolah.
Projek ini bertujuan meninjau status persepsi murid dan guru terhadap kandungan PK,
setakat mana pelbagai PK ini memberi impak nilai tambah kepada aktiviti pengajaran dan
pembelajaran (P&P) dan tahap amalan pengintegrasiannya dalam kalangan guru-guru.
Kedudukan pengintegrasian perisian kursus di sekolah-sekolah harus dijelaskan
memandangkan baru-baru ini.
Dengan perkataan lain, untuk mendapat gambaran tentang manafaat pelaburan
dalam pembangunan pelbagai perisian kursus ini dari sudut kepenggunaannya oleh guru-
guru sekolah dan seterusnya impak terhadap peningkatan pembelajaran dalam kalangan
murid secara keseluruhan.
2.0 Perisian Kursus ( Print Screen)
2.1 Soal Selidik
KAJIAN MENILAI SEMULA PERISIAN KURSUS
BORANG SOAL SELIDIK
Saudara dan saudari yang dihormati,
Saya ingin memohon jasa baik dan kerja sama daripada pihak tuan/puan/cik supaya
menglengkapkan borang soal selidik ini secara jujur dan ikhlas. Masa yang diperlukan
bagi melengkapkan soal selidik ini adalah lebih kurang 30 minit. Sebarang maklumat
yang diberi adalah RAHSIA dan akan diproses secara berkumpulan.
Disediakan oleh:
(KOH FANG NGEE)
Semester Mei 2011
FakiltiI Pendidikan Dan Bahasa
OUM
BAHAGIAN A: MAKLUMAT LATAR BELAKANG RESPONDEN.
Soal selidik bahagian ini bertujuan untuk mengumpul data dan maklumat demografi
responden . Sila isikan ruang kosong yang disediakan di hujung setiap maklumat yang
berkaitan seperti . Bahagian ini mengandungi 2 soalan (maklumat) sahaja. Tidak
perlu menulis nama anda pada kertas soal selidik ini.
1. Jantina: Lelaki
Perempuan
2. Bangsa: Melayu
Cina
India Lain-lain
BAHAGIAN B:
Arahan:
1. Bahagian (A),(B), dan (C) mengandungi sejumlah tiga puluh (30) item atau pernyataan.
Tuan/puan/cik diminta menjawab kesemua item atau pernyataan tersebut.
2. Nombor-nombor yang diberikan di hujung setiap item atau pernyataan membawa maksud
seperti berikut:
1 Sangat Tidak Setuju 2 Tidak Setuju 3 Setuju 4 Sangat
Setuju
3. Jawapan-jawapan yang diberikan tiada yang dianggap betul atau salah. Oleh yang
demikian, jawablah dengan jujur dan iklas. Jawapan tuan/puan/cik adalah RAHSIA.
Bil Penyataan
(A): MUTU PERISIAN BERDASARKAN ISI KANDUNGAN PELAJARAN.
1 Isi kandungan pelajaran dalam perisian ini dikaitkan dengan
pengetahuan sedia ada murid.
1 2 3 4
2 Isi kandungan pelajaran dalam perisian ini adalah lengkap dan jelas. 1 2 3 4
3 Isi kandungan perisian kursus adalah terkini. 1 2 3 4
4 Isi kandungan perisian kursus adalah berasaskan sukatan pelajaran. 1 2 3 4
5 Perisian kursus memberikan maklumat yang tepat tentang topik
pelajaran.
1 2 3 4
6 Isi kandungan dikaitkan dengan pengetahuan sedia pelajar. 1 2 3 4
7 Isi kandungan disusun dengan teratur. 1 2 3 4
8 Bahasa penyampaian adalah mudah. 1 2 3 4
9 Terjemahan istilah adalah tepat. 1 2 3 4
10 Isi kandungan pelajaran dalam perisian ini sesuai dengan tahap murid. 1 2 3 4
(B:) MUTU PERISIAN KURSUS BERDASARKAN REKA BENTUK SKRIN DAN REKA BENTUK
INTERAKTIVITI.
1 Arahan skrin mudah difahami. 1 2 3 4
2 Perisian kursus mempunyai elemen multimedia yang menarik. 1 2 3 4
3 Perisian ini menggunakan warna yang berjaya menarik perhatian
murid.
1 2 3 4
4 Penggunaan muzik (music) latar belakang dapat menarik minat murid
untuk mengikuti pelajaran yang seterusnya.
1 2 3 4
5 Animasi / simulasi dalam perisian kursus membantu proses P&P. 1 2 3 4
6 Saiz huruf mudah dibaca. 1 2 3 4
7 Objek yang digunakan adalah menarik. 1 2 3 4
8 Lokasi Ikon / butang interaktif dalam perisian ini sesuai / senang
dicapai.
1 2 3 4
9 Subtopik-subtopik yang terdapat dalam perisian ini boleh diulangi. 1 2 3 4
10 Pengguna dapat mengawal masa pergerakan paparan skrin. 1 2 3 4
(C): MUTU PERISIAN KURSUS BERDASARKAN DOKUMENTASI
1 Tindak balas yang diberikan oleh perisian kursus adalah cepat. 1 2 3 4
2 Perisian kursus membolehkan pelbagai tahap pelajar memahami
konsep dengan cepat.
1 2 3 4
3 Perisian kursus menggunakan pendekatan pengajaran yang sesuai
dengan topik.
1 2 3 4
4 Perisian kursus mengambil kira elemen pelbagai gaya pembelajaran
pelajar.
1 2 3 4
5 Perisian kursus mengambil kira elemen pelbagai kecerdasan ( mutiple
intelligences)
1 2 3 4
6 Perisian kursus boleh digunakan sebagai bahan sokongan P&P. 1 2 3 4
7 Penggunaan perisisan kursus mudah untuk digunakan sebagai bahan
mengajar dalam kelas.
1 2 3 4
8 Perisian kursus membolehkan saya menamatkan penggunaan pada
bila-bila masa.
1 2 3 4
9 Maklumbalas / Jawapan diberi tentang pencapaian saya semasa
program diteruskan.
1 2 3 4
10 Perisian kursus mengandungi nilai-nilai murni. 1 2 3 4
Soal selidik tamat, terima kasih. Kerjasama tuan/puan/cik amat dihargai.
2.2 Penilaian Sumatif
Penilaian sumatif dijalankan bagi memastikan perisian PPBK yang dibangunkan
berjaya menepati matlamat dan keperluan yang telah ditetapkan. Terdapat dua fasa dalam
penilaian sumatif iaitu :-
i. fasa penilaian pakar
ii. fasa penilaian lapangan
Fasa penilaian pakar adalah untuk menentukan sama ada perisian PPBK ini
memenuhi potensi keperluan pengajaran atau tidak. Fasa penilaian lapangan pula untuk
menentukan sama ada penggunaannya berkesan dan menepati objektif penghasilannya.
Sesuai dengan tujuan fasa penilaian pakar untuk mengesahkan potensi perisian
PPBK ini memenuhi keperluan pengajaran yang telah ditentukan iaitu penerapan unsur
kemahiran mengendalikan sistem komputer bagi kurikulum Bahasa Inggeris KBSR, maka
aktiviti yang akan dijalankan ialah :-
i. menilai secara khusus di antara kehendak pengajaran guru dengan perisian PPBK;
ii. menilai kesempurnaan dan ketepatan perisian PPBK;
iii. menilai pendekatan pengajaran dalam perisian PPBK;
iv. menilai kebolehgunaan perisian PPBK;
v. menentukan sama ada pengguna sasaran berpuashati dengan perisian PPBK.
Penilaian pakar ini melibatkan empat peringkat analisa iaitu :-
i. Analisa kongruen yang melibatkan perbandingan penerapan unsur-unsur kemahiran ini
dalam pengajaran biasa dengan potensi perisian PPBK yang dibangunkan. Analisa
ini dilaksanakan oleh pakar mata pelajaran
ii. Analisa kandungan untuk meninjau sama ada kandungan perisian yang dibangunkan
menepati matlamat dan kemahiran yang ditetapkan. Analisa ini dilaksanakan oleh
pakar mata pelajaran.
iii. Analisa rekabentuk untuk menentukan sama ada rekabentuk yang yang digunakan
menepati prinsip pengajaran dan pembelajaran yang ingin dicapai. Ini termasuklah
strategi pengajaran, penerokaan dan interaktiviti serta antara muka yang digunakan.
Analisa ini dilaksanakan oleh pakar grafik.
iv. Analisa kebolehlaksanaan untuk mendapatkan hubungan perisian PPBK dengan
situasi penggunaannya. Analisa ini dilaksanakan oleh guru mata pelajaran itu sendiri.
Untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan untuk tujuan penganalisaan, borang
soal selidik diedarkan kepada pakar-pakar yang telah dikenalpasti.
Fasa penilaian lapangan melibatkan perlaksanaan perisian PPBK mengikut
perancangannya yang sebenar. Tujuannya ialah untuk mengesan kebaikan dan kelemahan
perisian, menentukan sebab-sebab kebaikan dan kelemahan serta merekodkan setiap
kebaikan dan masalah yang wujud. Fasa ini dibahagikan kepada dua kategori utama iaitu:
i Analisa hasil
ii. Analisa pengurusan
Analisa hasil ialah analisa yang berkaitan dengan pengaruh perisian PPBK ke atas
pencapaian kemahiran dan sikap pelajar. Fasa penilaian lapangan dalam penilaian sumatif
ini melibatkan seramai 30 orang pelajar yang mengambil mata pelajaran Bahasa Inggeris
KBSR. Pengukuran pencapaian kemahiran dan sikap pelajar dilakukan dalam bentuk soal
selidik. Analisa pengurusan adalah untuk menentukan sama ada arahan telah dilaksanakan
sepertimana yang telah dirancang dan perlaksanaan serta pengurusan adalah memuaskan
dari berbagai perspektif. Ia dilakukan dengan cara
mengesahkan tahap perubahan tingkah laku pelajar;
mengesahkan kemahiran dan pengalaman guru;
mengesahkan waktu mula, waktu arahan dan waktu selesai;
menentukan sesi penilaian dijalankan serta proses pemantauan dilaksanakan;
bertanya secara langsung kepada pelajar.
2.3 Pemilihan Perisian Yang Sesuai
Kini, pembangunan perisian kursus mudah dilakukan dengan adanya alat
pengarangan yang mesra pengguna. Ini membolehkan sesiap saja membangunkan perisian
kursus yang mengandungi pelbagai media yang dapat menarik perhatian murid.
Perisian kursus ini dibangunkan untuk kumpulan sasaran tertentu dengan objektif
tertentu. Oleh itu, saya perlu menilai dan memilih perisisan yang sesuai dan dapat
memenuhi keperluan murid-murid saya.
Dalam membuat pemilihan perisian kursus, saya perlu memasatikan ianya
memenuhi beberapa kriteria penting. Kriteria-kriteria yang dicadangkan dikategorikan
kepada tiga, iaitu:
a) Isi Kandungan
b) Aspek teknikal
c) Dokumentasi
Saya juga telah membina dua jadual, iaitu Kriteria Pemilihan Kekuatan Perisian
Kursus (Jadual 2.3.1) dan Kriteria Pemilihan Kelemahan Perisian Kursus (Jadual 2.3.2). Ini
adalah untuk mengaji dan membandingkan kekuatan dan kelemahan PK yang dipilih.
Jadual 2.3.1 Kriteria Pemilihan Kekuatan Perisian Kursus
Kriteria Keterangan
Isi
Kandungan
Ketepatan
Bebas daripada kesilapan
Maklumat terkini.
Pendapat yang tidak berat sebelah.
Sesuai dengan kebudayaan dan agama.
Penggunaan bahasa yang betul dari segi nahu,
ejaan dan struktur ayat.
Kesesuaian
Konsep dan bahasa sesuai dengan murid.
Maklumat adalah sesuai dengan objektif yang
hendak dicapai.
Interaksi komputer-pelajar hendaklah sesuai
dengan tahap murid.
Skop Kandungan disampaikan mengikut susunan yang
sesuai.
Aspek
Teknikal
Navigasi
Penggunanan menu, ikon dan arahan yang intutif.
Ada pilihan untuk mengawal perjalanan perisian
atau keluar.
Ciri-ciri
penyimpanan
rekod
Kemudahan untuk mencetak maklumat.
Menyimpan maklumat tentang kedudukan semasa
dalam suatu perisian atau permainan.
Persembahan
Isi kandungan disampaikan dengan cara yang
dapat merangsang pemikiran murid.
Maklum balas yang membina.
Susun atur paparan yang baik.
Penerangan yang mencukupi bagi visual.
Teks yang mudah dibaca yang mempunyai saiz
yang sesuai dengan kumpulan sasaran.
Dokumentasi
Teknikal
Penerangan tentang keperluan peralatan dan
sistem operasi komputer.
Penerangan tentang pengoperasian perisian.
Panduan
Pengguna
Objektif pembelajaran.
Bahan pengajaran dan pembelajaran tambahan.
Jadual 2.3.2 Kriteria Pemilihan Kelemahan Perisian Kursus
Kriteria Keterangan
Isi
Kandungan Skop
Kandungan yangdisampaikan tidak berada dalam
skop topik yang hendak diajar.
Tidak kepelbagaian dan kesesuaian aktiviti,
misalnya latih tubi atau latihan.
Aspek
Teknikal
Navigasi Maklumat dapat dicari dengan mudah dan cepat.
Bunyi tidak boleh dikawal.
Ciri-ciri
penyimpanan
rekod
Tidak mengambil dan menyimpan nota apabila
perlu.
Tiada rekod penggunaan perisian murid untuk
memantau murid.
Persembahan
Tidak mempunyai aktiviti yang menggalakkan
penyelesaian masalah secara kreatif.
Tiada kemudahan untuk mendapatkan bantuan.
Dokumentasi Panduan
Pengguna
Tidak mempunyai maklumat tetntang kumpulan
sasaran.
Tidak mempunyai ringkasan kandungan perisian.
Tidak mempunyai cadangan cara penggunana
dalam kelas, rancangan mengajar dan aktiviti.
3.0 Kaedah Penganalisisan Data
Kajian ini menggunakan instrumen utama iaitu soal selidik. Soal selidik yang
digunakan terdiri daripada satu set, iaitu soal selidik untuk guru. Soal selidik guru terdiri
daripada soal selidik penilaian PK yang digunakan dalam P&P. Soal selidik guru
mengandungi maklumat demografi dan penilaian PK. Bahagian penilaian
PK mengandungi 30 item yang meliputi 3 aspek iaitu isi kandungan, teknikal dan panduan
pengguna.
Bahagian ini mengutarakan dapatan kajian yang diperoleh daripada data kuantitatif
dan kualitatif. Seterusnya, dihuraikan sintesis kepada data yang telah dikumpulkan.
3.1 Objektif Kajian
Kajian ini bertujuan untuk menjawab persoalan kajian yang dijalankan berasaskan
objektif kajian seperti berikut :
a. Mengenalpasti penerimaan guru terhadap penggunaan pengajaran pembelajaran
berbantukan komputer (PPBK) dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P).
b. Mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi oleh guru terhadap penggunaan
pengajaran pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) dalam pengajaran dan
pembelajaran (P&P).
c. Mengenalpasti kelebihan dan kelemahan yang wujud dalam penggunaan
pengajaran pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) dalam pengajaran dan
pembelajaran (P&P).
Bahagian ini akan membentangkan dapatan kajian tinjauan yang meliputi aspek
demografi sampel tinjauan, penilaian guru terhadap perisian kursus yang digunakan dalam
P&P yang telah dibekalkan.
4.0 Analisis Penilaian Guru Terhadap Perisian Kursus
Kajian yang dijalankan ini berbentuk kajian tinjauan apabila reka bentuk kajian ini
ialah secara deskriptif dan kuantitatif. Tahap kesediaan dilihat pada aspek sejauh mana
perlengkapan guru dari segi pengetahuan dan sikap. Sampel kajian terdiri dari 20 orang
yang terbahagi kepada tiga kategori responden iaitu guru sekolah rendah. Kebanyakan
mereka adalah guru perempuan (70%) berbanding dengan hanya 30% lelaki. Dari segi
etnik, majoriti guru adalah berbangsa Cina (90%) dan Melayu (10%).
4.1 Aspek Mutu Perisian Berdasarkan Isi Kandungan Pelajaran
Dapatan menunjukkan guru bersetuju yang perisian kursus mengaplikasikan teori
P&P dikaitkan dengan pengetahuan sedia ada murid (70 %) dan menggunakan perisian
kursus berasaskan sukatan pelajaran (60%). Bagaimanapun, hanya 40 % guru sahaja
bersetuju yang perisian kursus memberikan maklumat yang tepat tentang topik pelajaran
dan juga (45%) perisian kursus dikaitkan dengan pengetahuan sedia pelajar.
Didapati perisian kursus membolehkan murid memahami bahasa penyampaian
adalah mudah (95 %). Dapatan juga menunjukkan isi kandungan pelajaran dalam perisian
ini adalah lengkap dan jelas (90 %) ,isi kandungan perisian kursus adalah terkini (80 %)
dan (80%) isi kandungan adalah teratur.
PK juga didapati mengandungi aspek penilaian pembelajaran yang membantu
meningkatkan kefahaman murid,iaitu bahasa penyampaian adalah mudah (95%) dan
membolehkan mereka mengaplikasi terjemahan istilah adalah tepat (80%).
(lihat Jadual 4.1)
Jadual 4.1 Peratus Guru Setuju bagi Item Isi Kandungan Pelajaran
Bil Penyataan Setuju
1 Isi kandungan pelajaran dalam perisian ini dikaitkan dengan
pengetahuan sedia ada murid.
70 %
2 Isi kandungan pelajaran dalam perisian ini adalah lengkap dan jelas. 90 %
3 Isi kandungan perisian kursus adalah terkini. 80 %
4 Isi kandungan perisian kursus adalah berasaskan sukatan pelajaran. 60 %
5 Perisian kursus memberikan maklumat yang tepat tentang topik
pelajaran.
40 %
6 Isi kandungan dikaitkan dengan pengetahuan sedia pelajar. 45 %
7 Isi kandungan disusun dengan teratur. 80 %
8 Bahasa penyampaian adalah mudah. 95 %
9 Terjemahan istilah adalah tepat. 80 %
10 Isi kandungan pelajaran dalam perisian ini sesuai dengan tahap
murid.
70 %
4.2 Aspek Mutu Perisian Kursus Berdasarkan Aspek Teknikal
Dalam aspek teknikal, reaksi yang diberikan oleh guru agak pelbagai dimana julat
persetujuan adalah antara 30 % dan 90 % (lihat Jadual 4.2). Hampir kesemua guru (90%)
bersetuju bahawa perisian bukan hanya mempunyai direktori yang mesra pengguna, tetapi
animasi yang terkandung di dalamnya membantu proses P&P secara keseluruhannya.
Jadual 4.2 Peratus Guru Setuju bagi Item Aspek Teknikal
Bil Penyataan Setuju
1 Arahan skrin mudah difahami. 85 %
2 Perisian kursus mempunyai elemen multimedia yang menarik. 90 %
3 Perisian ini menggunakan warna yang berjaya menarik perhatian
murid.
80 %
4 Penggunaan muzik (music) latar belakang dapat menarik minat
murid untuk mengikuti pelajaran yang seterusnya.
50 %
5 Animasi / simulasi dalam perisian kursus membantu proses P&P. 75 %
6 Saiz huruf mudah dibaca. 65 %
7 Objek yang digunakan adalah menarik. 80 %
8 Lokasi Ikon / butang interaktif dalam perisian ini sesuai / senang
dicapai.
60 %
9 Subtopik-subtopik yang terdapat dalam perisian ini boleh diulangi. 40 %
10 Pengguna dapat mengawal masa pergerakan paparan skrin. 30 %
4.3 Aspek Mutu Perisian Kursus Berdasarkan Aspek Dokumentasi
Secara keseluruhannya, perisian yang dihasilkan adalah menepati tuntutan
keperluan kurikulum dimana julat persetujuan guru adalah antara 30% 82% (lihat Jadual
4.3). Meskipun secara relatifnya, perisian kursus dikatakan kurang berkaitan dengan
pengalaman sebenar murid, perisian didapati bukan hanya mengambil kira elemen pelbagai
kecerdasan (78%), malahan mengambil kira elemen pelbagai gaya pembelajaran murid
(82%).Di samping itu, isi kandungan perisian kursus menepati pendekatan pengajaran yang
sesuai (85%), disediakan mengikut membolehkan pelbagai tahap pelajar memahami
konsep dengan cepat (75%) dan sesuai untuk digunakan sebagai bahan mengajar dalam
kelas. (45%).
Jadual 4.3 Peratus Guru Setuju bagi Item Aspek Dokumentasi
Bil Penyataan Setuju
1 Tindak balas yang diberikan oleh perisian kursus adalah cepat. 70 %
2 Perisian kursus membolehkan pelbagai tahap pelajar memahami
konsep dengan cepat.
75 %
3 Perisian kursus menggunakan pendekatan pengajaran yang sesuai
dengan topik.
80 %
4 Perisian kursus mengambil kira elemen pelbagai gaya pembelajaran
pelajar.
82 %
5 Perisian kursus mengambil kira elemen pelbagai kecerdasan ( mutiple
intelligences).
78 %
6 Perisian kursus boleh digunakan sebagai bahan sokongan P&P. 65 %
7 Penggunaan perisisan kursus mudah untuk digunakan sebagai bahan
mengajar dalam kelas.
45 %
8 Perisian kursus membolehkan saya menamatkan penggunaan pada
bila-bila masa.
30%
9 Maklumbalas / Jawapan diberi tentang pencapaian saya semasa
program diteruskan.
42%
10 Perisian kursus mengandungi nilai-nilai murni. 50 %
5.0 HASIL DAPATAN KUALITATIF
Berdasarkan analisis data, perisian kursus telah digunakan untuk mengajar mata
pelajaran Bahasa Inggeris. Analisis data juga menunjukkan beberapa tempat di sekolah
telah digunakan untuk menjalankan pengajaran menggunakan perisian kursus. Kebanyakan
P&P yang menggunakan PK dijalankan di bilik darjah. Di bilik darjah, guru menggunakan
troli PPSMI yang dibekalkan oleh KPM.
Semasa pemerhatian penggunaan perisian kursus dalam P&P, didapati bahawa
kebanyakan guru telah mempamerkan kebolehan menggunakan teknologi dalam proses
P&P. Ini mungkin dipengaruhi oleh latar belakang guru. Mereka ini pernah mengikuti
kursus berkaitan ICT dan juga kelihatan berminat dengan ICT.
Selepas menggunakan perisian kursus tersebut, kebanyakan guru mendapati
kelemahan PK ini adalah tidak mempunyai latih tubi, tutorial dan permainan.
5.1 Latih Tubi
Menurut Alessi & trollip ( 1991), beliau telah mencadangkan cara pemilihan
soalan-soalan yang sesuai digunakan dalam latih tubi. Antara caranya adalah pilihan secara
rawak di mana soalan dipilh dari senarai soalan-soalan secara rawak. Selain itu, soalan
disusun mengikut suatu susunan yang ditentukan terlebih dahulu. Teknik flashcard juga
cara yang baik kerana murid menjawab satu senarai soalan, soalan-soalan yang dijawab
dengan salah disusun semula dan diberikan semula kepada murid. Proses ini berterusan
sehingga murid menjawab kesemua soalan dengan betul.
Latih tubi mempunyai kelebihan tersendiri dalam kemampunan komputer. PKBK
jenis latih tubi membolehkan murid mengawal perjalanan perisian kursus mengikut
kesesuaian. Di samping itu, latih tubi juga menggalakkan murid menguasai suatu
kemahiran atau pengetahuan dan melalui proses penilaian sebelum mempelajari bahagian-
bahagian seterusnya. Dalam latih tubi, grafik dan multimedia yang menarik boleh
digunakan untuk memotivasi dan memberi maklum balas.
5.2 Tutorial
Tutorial merupakan sejenis PPBK yang digunakan untuk mempersembahkan bahan
pengajaran yang baru dan mempunyai langkah-langkah penerangan yang tersusun (Alessi
& Trollip, 1991). PPBK jenis ini bertindak sebagai tutor yang menyampaikan pengajaran.
Tutorial yang dibangunkan dengan baik membolehkan murid belajar mengikut
kemampuan dan merekodkan aktiviti pembelajaran mereka.
Tutorial juga digunakan dalam latihan (Scheafermeyer, 1990). Ianya juga dapat
digunakan untuk pengukuhan, menyelesaikan masalah (Alessi & Trollip, 1985) dan untuk
mengajar konsep-konsep yang konkrit dan abstrak. Ini semua dilakukan dengan
menggunakan ilustrasi, animasi, soalan serta teks. Perkembangan teknologi komputer
membolehkan video serta audio digunakan untuk merangsang pelajar.
Tutorial bermula dengan bahagian pengenalan yang menerangkan kepada murid
tentang perisian kursus yang digunakan termasuk objektif pembelajaran. Ini diikuti dengan
persembahan bahan pengajaran. Seterusnya murid diuji sama ada mereka telah menguasai
pengajaran yang disampaikan. Bergantung kepada respons murid, perisian kursus akan
sama ada menyampaikan maklumat seterusnya atau memberi maklum balas atau
melakukan proses pemulihan. Di akhir tutorial, murid akan diberitahu tentang pencapaian
mereka dan maklumat tentang penggunaan perisian kursus tersebut.
Tutorial membolehkan murid belajar mengikut kemampuan masing-masing. Murid
yang cerdas boleh menjalankan aktiviti dengan cepat, manakala murid lemah pula
dibimbing melalui pemulihan (Alessi & Trollip, 1991). Di mana perlu, murid boleh
mengulangi pelajaran sekerap yang diingini sehingga mereka memahami sepenuhnya
kandungan pelajaran yang disampaikan.
5.3 Permainan
Permainan komputer adalah PPBK yang semakin popular masa kini. Permainan
menggunakan pendekatan belajar sambil bermain untuk menarik minat murid dan untuk
menjadikan pembelajaran suatu yang menyeronokkan.
Menurut MacFarlane & Sparrowhawk (2002), dalam melaksanakan permainan
dalam pengajaran, guru perlu berhati-hati agar objektif permainan adalah sesuai dengan
objektif pengajaran. MacFarlane & Sparrowhawk (2002) juga telah menjalankan kajian
terhadap kesan penggunaan permainan dalam pengajaran dengan menggunakan The Sims,
Sim City 3000 dan beberapa lagi permainan. Kajian mereka mendapati bahawa guru-guru
berpendapat bahawa walaupun kandungan pelajaran di dalam permainan adalah sesuai
dengan kandungan kurikulum, tahap pembelajaran murid adalah rendah. Walau
bagaimanapun, dapatan positif telah diperolehi dari segi penyelesaian masalah, daya
ingatan, semangat kerjasama, komunikasi antara murid dan hormat-menghormati.
6.0 Kesimpulan
Kajian ini hanya dijalankan di SJK ( c) Sin Hwa dan hasil yang didapati
menunjukkan bahawa kumpulan guru-guru ini sudah bersedia untuk menggunakan
teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris walaupun pada
tahap yang sederhana bagi aspek pengetahuan dan sikap. Van Lengen dalam Morton (1996)
menyatakan bahawa kebanyakan guru sudah bersedia untuk mengimplementasikan
teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran. Era teknologi ini berlaku dengan begitu
pantas menyebabkan para guru yang tidak bersedia akan ketinggalan. Ini tidak seharusnya
berlaku kerana guru merupakan elemen pertama dalam menyampaikan maklumat kepada
murid menerusi pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Oleh itu, para guru sepatutnya
mengambil inisiatif sendiri untuk belajar dan mendalami bidang teknologi ini. Sikap guru
juga mestilah positif dan menerima teknologi ini sebagai satu perubahan yang positif untuk
kecemerlangan pelajar (Galigan, 1997).
Guru juga harus memahirkan diri dengan berbagai kemahiran bukan sahaja untuk
pengajaran dan pembelajaran malah untuk meningkatkan prestasi diri sendiri. Guru-guru
harus diberi peluang untuk mendalami penggunaan teknologi maklumat dalam pengajaran
dan pembelajaran. Bilangan komputer yang mencukupi perlu dibekalkan untuk kegunaan
guru dan murid. Selain itu, sebuah makmal komputer bersama keperluan rangkaian tertentu
perlu disediakan untuk keselesaan guru dan murid. Pihak sekolah juga perlu menganjurkan
kursus-kursus komputer dan penggunaan teknologi maklumat untuk guru dalam
mempelbagaikan kaedah pengajaran di dalam kelas. Guru juga perlu didedahkan dengan
cara membina dan membangunkan perisian agar guru mempunyai pengalaman untuk
membuat bahan pengajaran sendiri mengikut kreativiti masing-masing. Selain daripada itu,
cara membaiki komputer perlu didedahkan secara ringkas agar guru mempunyai
pengalaman untuk membaiki komputer dan peralatan elektronik sekiranya ada kerosakan
kecil.
Guru-guru juga mesti diberikan kebebasan untuk mempelbagaikan kaedah
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas masing-masing. Kulik & Kulik (1991)
menyatakan keadaan ini akan membuatkan pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih
teratur. Ini disebabkan oleh pendekatan pembelajaran menggunakan teknologi ini lebih
berpusatkan kepada murid dan ini memerlukan murid berbincang dan bertukar-tukar
pendapat. Kelas akan menjadi lebih bising daripada biasa tetapi ia akan sentiasa di bawah
kawalan seorang guru. Murid pula akan menjadi lebih kreatif dan aktif. Ini secara tidak
langsung menjadikan suasana pembelajaran lebih selesa serta dapat menarik minat murid.
RUJUKAN
Alessi, S. M. & Trollip, S. R. (1991). Computer-based instruction methods and
development. Englewood Cliffs, NJ: Prentice Hall.
Galligan, J. 1997. Computers and Pedagogy: Its Not What Youve Got, Its How You Use
It. (Atas talian) http://www.woodvale.wa.edu.au/acec95
papers/volume1/paper7.Html (Dilayari pada 21 Jun 2001).
Kim, S. N. (2008). Bebeline Co. Kr. Didapatkan Julai 02, 2011, daripada Bebeline:
http://www.61flash.com/flash/6318.htm
Kulik, C. dan J. A. Kulik. 1991. Effectiveness of Computer-based Instruction. An Updated
Analysis. Computers and Human Behavior. 7: 75-94.
MacFarlane, A. , Sparrowhawk, A. & Heald. Y. Report on the educational use of games.
Retrieved April 3 2008, from http://www.teem.org.uk/publications /teem
gamesined_full.pdf
Scheafermeyer, S. (1990). Standards for instructional computing software design and
development. Educational technology, 30 (6), 9-15.