Upload
miziey-zainie
View
37
Download
3
Embed Size (px)
DESCRIPTION
OK
Citation preview
OUM HBEF2103
FACULTY OF EDUCATION AND LANGUAGES
HBEF2103
PSIKOLOGI PENDIDIKAN
PERBEZAAN INDIVIDU
NAMA : ROSMAN BIN RAJID
NO. MATRIK : 740222125647001
NO. KAD PENGENALAN : 740222125647
NO. TELEFON : 014-8510405 (H/P)
NAMA TUTOR : EN. RAFFAEE MUSLEH
PUSAT PEMBELAJARAN : SABAH LEARNING CENTRE (X02)
SEPTEMBER 2012 Semester
OUM HBEF2103
ISI KANDUNGAN
BIL PERKARA MUKA SURAT
1. Pengenalan 4
2. Objektif Kajian 5
3. Sasaran Kajian 5
4. Latar Belakang Ringkas Sekolah Tempat Kajian 6
4.1 Latar Belakang Ringkas Murid A 6
4.2 Latar Belakang Ringkas Murid B 7
4.3 Analisis Perbezaan Latar Belakang Murid A
dan Murid B 7
5. Sosio-ekonomi 8
5.1 Kajian Tentang Sosio-ekonomi Murid A 8 – 9
5.2 Kajian Tentang Sosio-ekonomi Murid B 9
5.3 Analisis Sosio-ekonomi Murid A dan Murid B 9
6. Stail Pembelajaran 10
6.1 Kajian Stail Pembelajaran Murid A 10
6.2 Kajian Stail Pembelajaran Murid B 10 – 11
6.3 Analisis Stail Pembelajaran Murid A dan Murid B 11
7. Sahsiah 12
7.1 Kajian Dari Segi Sahsiah Murid A 12 – 13
7.2 Kajian Dari Segi Sahsiah Murid B 13 – 14
7.3 Analisis Kajian Sahsiah Murid A dan Murid B 14 – 15
8. Analisis Pandangan Guru Mata Pelajaran Tentang Perbezaan
Individu Secara Keseluruhan Murid A dan Murid B 16
9. Implikasi Perbezaan Dalam Pertumbuhan dan Perkembangan
ke atas Pengajaran dan Pembelajaran Murid A dan Murid B 17
9.1 Perbezaan Jantina 17
9.2 Perbezaan Latar Belakang 17
9.3 Kesediaan Untuk Belajar 18
2
OUM HBEF2103
9.4 Kebolehan Kecerdasan Yang Berbeza
Di antara Kanak-kanak 18
9.5 Kebolehan Psikomotor 18
9.6 Kemudahan Sekolah Dan Sikap Guru 19
10. Kesimpulan 20
11. Rujukan 21
3
OUM HBEF2103
1. PENGENALAN
Setiap manusia mempunyai keunikan tersendiri. Ini boleh diertikan sebagai perbezaan
individu. Menurut Mok Soon Sang (2002), perbezaan individu adalah diertikan sebagai
ketidaksamaan dalam aspek perkembangan secara fizikal, mental, emosi dan sosial di
kalangan individu. Beliau juga memetik dari Dictionary of Psychology (1973), perbezaan
individu dihuraikan sebagai variasi atau ketidaksamaan individu daripada norma
kumpulan, sama ada sifat-sifat kognitif, emosi, fizikal, moral, tingkah laku, sosial, bakat
dan lain-lain aspek yang mungkin terdapat di kalangan individu dalam sesuatu kumpulan.
Mok Soon Sang (2002) seterusnya menyatakan bahawa aspek-aspek perbezaan individu
pula boleh dihuraikan kepada beberapa aspek perbezaan. Pertama, aspek fizikal adalah
perbezaan dari segi jantina, rupa dan saiz badan serta kemahiran jasmani. Kedua, aspek
kognitif pula perbezaan dari segi keupayaan berfikir, belajar, mengingat, menaakul,
menganalisis dan bakatnya. Seterusnya, aspek emosi menunjukkan emosi yang berbeza
dalam situasi yang sama. Aspek tingkah laku pula perbezaan tingkah laku individu dari
segi pergaulan, interaksi dan aktiviti sosial. Dari segi aspek sosial, setiap individu
mempunyai cara kehidupan yang tersendiri dan berbeza di antara satu sama lain,
termasuk individu-individu dalam berkeluarga. Manakala aspek rohani pula perbezaan
dalam falsafah hidup dan agama antara individu berbeza. Perbezaan individu juga boleh
dipengaruhi oleh persekitarannya.
Henson dan Eller (1999), menyatakan dalam bukunya yang berjudul Educational
Psychology for Effective Teaching, kepelbagaian individu merujuk kepada ciri-ciri dan
sifat manusia yang mempunyi potensi sama ada memajukan keupayaan seseorang atau
membataskan keupayaan seseorang untuk belajar di dalam persekitaran sekolah.
4
OUM HBEF2103
2. OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian yang saya jalankan ini ialah untuk mengetahui sejauh mana saya dapat
mengenal pasti dan menilai perbezaan di antara murid. Melalui kajian ini saya akan dapat
mengenal pasti perbezaan di antara dua orang murid yang berbeza dari segi jantina,
fizikal, status ibu bapa, sosio-ekonomi, stail pembelajaran, sahsiah, dan kemahiran
jasmani.
3. SASARAN KAJIAN
Saya telah memilih dua orang murid yang pada masa ini belajar dalam Tahun 5 di
Sekolah Kebangsaan Merintaman, Sipitang, iaitu murid dari sekolah saya mengajar. Ciri-
ciri murid yang saya pilih ialah perbezaan dari segi:
i. Jantina – lelaki dan perempuan.
ii. Status Ibu bapa – murid A adalah anak yatim dan murid B mempunyai kedua ibu
bapa.
Melalui perbezaan tersebut saya juga ingin mengetahui perbezaan sosio-ekonomi, stail
pembelajaran dan sahsiah murid-murid yang telah saya pilih.
5
OUM HBEF2103
4. LATAR BELAKANG RINGKAS SEKOLAH TEMPAT KAJIAN
Sekolah yang saya pilih ialah Sekolah Kebangsaan Merintaman, Sipitang, Sabah yang
terletak 5 kilometer dari Pekan Sipitang. Sekolah ini dibina pada tahun 1996 dan
mempunyai 5 blok bangunan iaitu 2 blok untuk bilik darjah (16 buah bilik darjah)
manakala 3 blok pula digunakan untuk bilik-bilik pentadbiran, bilik guru dan bilik-bilik
khas panitia. Pada masa ini Sekolah Kebangsaan Merintaman mempunyai 29 orang guru
dan 198 orang murid. Sesi pembelajaran di sekolah ini cuma diadakan di sebelah pagi
sahaja.
4.1 LATAR BELAKANG RINGKAS MURID A
Murid yang dipilih ialah seorang murid lelaki berbangsa Melayu dan beragama Islam
yang berumur 10 tahun dan belajar dalam Tahun 5. Dia ialah seorang anak yatim dan
mempunyai fizikal yang baik (mempunyai badan yang tegap). Bapanya telah meninggal
dunia sejak dia berumur setahun. Dia mempunyai ramai adik-beradik iaitu seramai 3
orang dan murid ini adalah anak bongsu dalam keluarganya. Pencapaian akademik murid
ini adalah ditahap yang sangat baik tetapi prestasi pembelajarannya akan menurun pada
peperiksaan semester kedua. Ini dapat dibuktikan dengan data kajian pembelajarannya,
seperti jadual 1.1:-
TahunPeperiksaan Pertengahan
TahunPeperiksaan Akhir Tahun
2008 80.17 % 77.67%
2009 84.75 % 79.13%
2010 80.25% 76.05%
2011 79.06% 76.96%
2012 77.85% 71.15%
Jadual 1.1 : Prestasi pembelajaran murid A.
6
OUM HBEF2103
4.2 LATAR BELAKANG RINGKAS MURID B
Murid kedua yang dipilih ialah seorang murid perempuan berbangsa Melayu, berugama
Islam yang berumur 10 tahun dan belajar di Tahun 5. Dia seorang murid yang gemuk.
Dia mempunyai ibu bapa yang masih hidup dan bilangan adik-beradiknya ialah seramai 5
orang dan dia ialah anak sulung dalam adik-beradik. Pencapaian akademik murid ini
ialah ditahap yang sangat baik. Ini berdasarkan dengan data kajian jadual 1.2 di bawah:-
TahunPeperiksaan Pertengahan
TahunPeperiksaan Akhir Tahun
2008 78.17 % 81.67%
2009 80.25 % 83.00%
2010 82.75% 80.25%
2011 81.89% 83.66%
2012 82.65% 83.45%
Jadual 2 : Prestasi pembelajaran murid B.
4.3 ANALISIS PERBEZAAN LATAR BELAKANG MURID A DAN
MURID B
Kesimpulan latar belakang prestasi pembelajaran yang dapat diberi terhadap 2 murid ini
ialah murid A mempunyai prestasi yang menurun pada peperiksaan semester kedua,
manakala murid B mempunyai prestasi yang meningkat pada semester kedua. Ini
menunjukkan bahawa murid B lebih baik prestasi pembelajaran daripada murid A.
7
OUM HBEF2103
5. SOSIO-EKONOMI
Anita Woolfolk (2007) menyatakan sosio-ekonomi seperti berikut:
“Socioeconomic status (SES) a term used by sociologists for variations of wealth,
power, control over resources, and prestige. Socioeconomic status is
determined by several factors – not just income – and often overpowers other
cultural differences.”
Menurut Dr. Ragbir Kaur A/P Joginder Singh (2005) ada menyatakan bahawa murid-
murid mempunyai pelbagai kelas sosial, hasil daripada status sosio-ekonomi keluarga
yang berlainan. Dia berpendapat murid-murid yang berasal daripada kelas sosio-ekonomi
yang rendah mungkin mengalami konsep kendiri yang rendah.
Mok Soon Sang (2002) pula menyatakan unsur-unsur institusi keluarga yang
mempengaruhi perkembangan individu ialah suasana rumah, makanan, asuhan dan status
sosio-ekonomi keluarga. Adalah diketahui umum, perbezaan suasana rumah, makanan,
asuhan dan status sosio-ekonomi keluarga melahirkan perbezaan individu mengikut
perbezaan kadar perkembangannya.
5.1 KAJIAN TENTANG SOSIO-EKONOMI MURID A
Ibu murid A ini ialah seorang suri rumah. Beliau berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia
sahaja dan mengambil upah menjahit pakaian untuk menyara keluarganya. Suaminya
telah meninggal dunia lima tahun yang lepas. Beliau tinggal bersama dengan anak-
anaknya seramai 3 orang di sebuah rumah yang sederhana besarnya terletak di Kampung
Bangsal, Sipitang.
Melalui kaji selidik yang saya dapati, beliau mampu menyediakan keperluan-keperluan
yang mencukupi untuk murid A. Murid A diberi belanja wang saku sebanyak RM2.00
sehari untuk persekolahan sekolah Melayu dan sekolah ugama. Sarapan pagi, makan
8
OUM HBEF2103
tengahari dan makan malam disediakan secukupnya. Ia merangkumi jenis-jenis makanan
yang berkhasiat sesuai untuk perkembangan individu.
5.2 KAJIAN MENGENAI SOSIO-EKONOMI MURID B
Bapa murid B bekerja di Kementerian Kerja Raya sebagai Merinyu dan ibunya pula
seorang suri rumahtangga. Mereka tinggal di sebuah rumah yang didiami seramai 18
orang terdiri dari datuk, nenek, beberapa orang adik-beradik sebelah bapa murid B dan
sepupu-sepupunya. Dari hasil soal jawab yang dijalankan, didapati murid ini disediakan
sarapan pagi iaitu minuman Milo dan makanan biskut. Makan tengahari pula, setiap hari
datuknya membelikan ayam goreng dari Restoran Ayamku, Pekan Sipitang.
5.3 ANALISIS SOSIO-EKONOMI MURID A DAN MURID B
Dalam kajian ini saya mendapati, perbezaan dari segi saiz keluarga mempengaruhi
perkembangan murid A dan murid B. Murid A disediakan permakanan yang mencukupi
sesuai untuk perkembangan individu. Murid B pula kurang mendapat permakanan yang
seimbang berdasarkan kepada saiz keluarga yang besar dan sumber ekonomi yang
rendah. Melalui permakanan yang tidak seimbang itu juga, saya mendapati murid B
mempunyai saiz badan yang besar (gemuk).
9
OUM HBEF2103
6. STAIL PEMBELAJARAN
Mengikut Hunt (1981), dipetik dari Ragbir Kaur (2005) stail pembelajaran merujuk
kepada syarat-syarat pendidikan yang membolehkan pembelajaran paling berkesan. Gaya
pembelajaran juga merujuk kepada cara-cara bagaimana seseorang memproses,
menghayati dan mempelajari bahan pembelajaran yang baru dan mencabar.
Witkin (1940) pula mengatakan, beliau telah mengenal pasti dua stail pembelajaran, iaitu
gaya belajar bergantung latar (field dependence) dan gaya belajar bebas latar (field
independence). Individu yang bergantung latar suka mempersepsi sesuatu yang global,
sementara individu yang bergaya kognitif bebas latar suka mempersepsi sesuatu secara
analitikal.
6.1 KAJIAN STAIL PEMBELAJARAN MURID A
Melalui pemerhatian dan kaji selidik saya mendapati murid A ini menumpukan perhatian
sepenuhnya terhadap pengajaran yang disampaikan oleh gurunya semasa berada di dalam
kelas. Gurunya juga memberi pandangan yang murid ini berdisiplin dalam membuat kerja
sekolah. Murid A ini sering menghantar kerja sekolah dan kerja rumah yang diberikan
tepat pada waktunya. Jika ada masalah dalam pembelajaran dia akan menanyakan kepada
guru. Di rumah, murid A kurang memperuntukkan masa untuk mengulangkaji
pelajarannya dan jika ada masalah pembelajaran murid A akan bertanya kepada ibunya
sahaja. Murid A memperuntukkan masa belajar jika ada kerja rumah dan hanya belajar
semasa menjelang ujian atau peperiksaan.
6.2 KAJIAN STAIL PEMBELAJARAN MURID B
Hasil soal selidik yang saya lakukan, didapati murid B menyatakan dia suka belajar
secara individu. Namun begitu, dia suka membantu kawan-kawannya jika mereka
10
OUM HBEF2103
menghadapi masalah dalam pembelajaran. Dia juga akan bertanya jika tidak memahami
apa yang diajar oleh guru semasa pembelajaran.
Di rumah pula, murid B mempunyai jadual belajar sendiri. Dia memperuntukkan masa
selama sejam setiap malam untuk mengulangkaji pelajaran dan membuat kerja rumah.
Salah seorang ahli keluarga yang tinggal bersama murid B ini ialah ibu saudaranya. Ibu
saudaranya itu bekerja sebagai seorang guru di sebuah sekolah rendah di Daerah
Sipitang. Murid B ini mempunyai kelebihan dalam meningkatkan mutu pembelajarannya
kerana dia sering dibantu oleh ibu saudaranya.
6.3 ANALISIS STAIL PEMBELAJARAN MURID A DAN MURID B
Hasil kajian saya mendapati, stail pembelajaran murid A dan murid B mempunyai
perbezaan yang nyata. Sebagai contoh, murid A cuma belajar secara berkala manakala
murid B mempunyai jadual belajar yang berterusan dan teratur. Murid A dibantu oleh
ibunya dalam pembelajaran dan murid B dibantu oleh ibu saudaranya.
Implikasi stail pembelajaran murid A dan murid B dapat dilihat dari keputusan
Peperiksaan Tahun 2012 contohnya dalam matapelajaran Matematik, Bahasa Inggeris
dan Sains murid B lebih baik daripada murid A.
11
OUM HBEF2103
7. SAHSIAH
Dalam psikologi pendidikan, konsep sahsiah ditafsirkan dengan pelbagai definisi yang
berbeza. Mengikut Alder (1948) yang dipetik oleh Mok Soon Sang (2003) menyatakan
sahsiah merupakan gaya hidup seseorang individu. Beliau seterusnya memetik dari Crow
dan Crow (1983) yang berpendapat bahawa sahsiah seseorang adalah perwatakan fizikal,
corak pertuturan dan daya penarik yang dimilikinya.
Mok Soon Sang (2003) juga memetik dari Robert Havighurst yang mengemukakan
teori-teori tugas perkembangan manusia berlandaskan sosio-budaya berkaitan dengan
perkembangan jasmaninya. Robert Havighurst menyenaraikan tugas-tugas
perkembangan kanak-kanak yang berumur 6 hingga 12 tahun boleh membentuk
kemahiran fizikal untuk permainan, membentuk konsep diri yang sihat, membentuk
kemahiran sosial untuk berkawan dengan rakan sebaya, memperoleh kemahiran
membaca, menulis dan mengira. Selain daripada itu kanak-kanak boleh menguasai
konsep-konsep moral, nilai, kemahiran hidup dan belajar berdikari.
Ragbir Kaur (2005) pula menyatakan mengenai perbezaan sahsiah. Beliau menjelaskan
bahawa dalam perbezaan individu, ada murid yang mempunyai sahsiah ekstrovert dan
dapat memiliki lebih ramai kawan daripada kanak-kanak yang lain. Ada juga murid
mempunyai sahsiah introvert yang bersikap pemalu, mempunyai konsep kendiri yang
rendah dan mungkin memiliki kurang kawan.
7.1 KAJIAN DARI SEGI SAHSIAH MURID A
Kajian yang telah saya buat, didapati murid ini boleh berdikari dan sering membantu
keluarganya. Dia sudah boleh memasak masakan yang mudah seperti menggoreng telur,
memasak nasi dan memasak mi segera. Dia juga mempunyai sikap berjimat dengan
menyimpan baki perbelanjaan sekolahnya setiap hari. Dia menceritakan pernah membeli
12
OUM HBEF2103
alat permainan kesukaannya iaitu “Sony Playstation 3” dengan menggunakan wang hasil
simpanannya.
Selain itu, dia juga seorang yang mudah bergaul mesra dan sering membantu serta
memberi nasihat yang baik kepada rakan sebayanya. Dia juga aktif dalam sukan di
sekolah dan di kampungnya. Aktiviti sukan yang diminatinya ialah badminton dan bola
sepak. Dia juga diberi tugas sebagai Pengawas sekolah dan membaca ikrar sekolah
semasa perbarisan pagi. Dia meminati rancangan televisyen seperti rancangan sukan dan
kartun Tom and Jerry. Dia bercita-cita untuk menjadi seorang peguam kerana baginya
tugas peguam adalah untuk menegakkan keadilan.
7.2 KAJIAN DARI SEGI SAHSIAH MURID B
Mengikut soal jawab yang saya jalankan, murid B mengatakan dia tidak suka dilahirkan
sebagai anak pertama. Murid B selalu disuruh oleh ibunya untuk menjaga adik-adiknya
yang masih kecil. Dia juga disuruh membantu dalam urusan rumahtangga seperti
mengemas rumah dan memandikan adik-adiknya.
Dari apa yang diceritakan oleh murid B, bapanya sering lewat pulang ke rumah kerana
bekerja lebih masa. Ini menyebabkan ibunya selalu marah bapanya kerana lewat balik ke
rumah. Apabila ibu bapanya bertengkar, dia terus masuk ke bilik tidurnya dan tidak mahu
ambil peduli tentang situasi tersebut. Saya bertanya, adakah situasi ini akan mengganggu
emosi dan pembelajarannya. Dia menyatakan bahawa situasi tersebut tidak memberi
kesan kepada emosi dan pembelajarannya kerana ibu saudaranya sentiasa memberi
perhatian kepadanya. Ibu saudaranya itu juga selalu memberi nasihat agar tidak
mempedulikan keadaan tersebut.
Selain itu, Murid B ini aktif dalam aktiviti akademik seperti bulan akademik mata
pelajaran Matematik dan Bahasa Inggeris. Dia juga meminati mata pelajaran Matematik
dan bercita-cita untuk menjadi seorang doktor. Hobinya ialah membaca buku yang
13
OUM HBEF2103
dibelikan oleh ibu saudaranya. Pelbagai jenis bahan bacaan yang berbentuk ilmiah yang
dibelikan oleh ibu saudaranya.
Dia pernah mencuba untuk aktif dalam sukan seperti bola jaring tetapi dia tidak mahu
meneruskannya kerana telah diejek oleh rakan-rakannya sebagai “budak gemuk”. Ini
menyebabkan dia tidak berminat untuk meneruskan permainan tersebut.
7.3 ANALISIS KAJIAN SAHSIAH MURID A DAN MURID B
Analisis kajian ini mendapati, murid A dan murid B mempunyai kekuatan dan kelemahan
yang ada pada sahsiah mereka. Ini dapat dilihat daripada tindakan yang diambil oleh
mereka. Contohnya, murid A sangat berminat dalam sukan bola sepak dan badminton.
Walaupun dia tidak terpilih mewakili pasukan sekolah tetapi dia tetap meneruskan untuk
bermain bola sepak dan badminton. Ini jelas dia mempunyai motivasi intrinsik iaitu dia
tidak mengharapkan sebarang ganjaran ataupun dorongan daripada orang lain. Dia
bermain untuk kepuasan dirinya sendiri. Shahabudin (2003) menjelaskan seseorang
individu akan bertindak mengikut nilai yang dipegangnya. Dalam menjalani kehidupan,
individu tersebut sentiasa akan berhadapan dengan peristiwa-peristiwa yang bertentangan
dengan kendirinya.
Murid B pula, lebih cenderung kepada aktiviti berunsur akademik seperti kuiz dan
membuat projek. Dia tidak berminat menyertai sukan yang diadakan di sekolah kerana
pernah diejek oleh rakan sebaya sebagai “budak gemuk”. Tindakan murid B ini sesuai
sebagaimana menurut Ragbir (2005) faktor yang mempengaruhi konsep kendiri negatif
sebahagiannya ialah pengalaman pahit atau kegagalan yang pernah ditempuhi dan
kritikan negatif berterusan daripada ibu bapa, guru dan rakan.
Menurut Shahabuddin (2003) yang memetik dari Rogers (1951) menyatakan dalam
kehidupan seharian, individu pelajar akan menempuh pelbagai bentuk interaksi dengan
persekitarannya. Hasil daripada interaksi yang berlaku akan membentuk sifat kendiri
14
OUM HBEF2103
seseorang individu. Sifat kendiri juga boleh terbentuk apabila seseorang individu tersebut
membayangkan dan mengambil nilai-nilai orang lain supaya dijadikan sebagai nilai
dirinya sendiri. Lama kelamaan sifat kendiri seseorang individu tersebut semakin tekal.
15
OUM HBEF2103
8. ANALISIS PANDANGAN GURU MATA PELAJARAN TENTANG
PERBEZAAN INDIVIDU SECARA KESELURUHAN MURID A DAN
MURID B
Dari kaji selidik yang telah dibuat, murid A ialah seorang yang periang dan suka
bersukan pada waktu petang. Murid A ini juga seorang yang bertanggungjawab dalam
menjalankan tugas yang diberi. Prestasi pelajaran murid A menurun setiap tahun terutama
peperiksaan semester kedua. Murid A kurang mengulang kaji pelajaran semasa di rumah.
Namun demikian, murid A tetap lulus dalam peperiksaan.
Manakala murid B pula, dia seorang yang mesra terhadap rakan-rakannya di dalam kelas.
Dia suka membuat kerja secara berkumpulan di dalam bilik darjah. Murid A juga rajin
bertanya soalan dan tidak berasa malu untuk meminta guru memberi tunjuk ajar jika dia
tidak faham tentang topik yang dipelajari. Murid B ini sentiasa membuat kerja rumah
yang diberikan dengan baik.
Dari penelitian saya, guru matapelajaran matematik telah menggunakan konsep
peneguhan positif yang dipelopori oleh B.F. Skinner. Sebelum memulakan pelajaran,
guru menyuruh murid-murid membaca sifir secara berkumpulan dan individu. Ini dapat
dilihat dari carta peningkatan keseluruhan murid dalam menghafal sifir. Sebagai contoh
murid A dapat menghafal sifir 2 hingga 7 dan diberi pelekat `stickers’ manakala murid B
pula dapat menghafal sifir 2 hingga 10 dan mendapat pelekat `stickers’ yang lebih
daripada murid A.
16
OUM HBEF2103
9. IMPLIKASI PERBEZAAN DALAM PERTUMBUHAN DAN
PERKEMBANGAN KE ATAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
MURID A DAN MURID B
Perbezaan individu kanak-kanak berhubung rapat dengan persekolahan dan
pembelajaran. Terdapat beberapa implikasi perbezaan individu ke atas kemajuan
persekolahan kanak-kanak, iaitu:
9.1 PERBEZAAN JANTINA
Dalam kebanyakan lapangan belajar, perlakuan kanak-kanak lelaki dan perempuan
menunjukkan sedikit perbezaan kecuali sebagai minat atau peluang individu untuk belajar
yang mungkin mempengaruhi kemajuan persekolahan mereka. Perbezaan pada
kebolehana di antara jantian masih belum lagi dapat dikaji dengan secukupnya untuk
merumuskan satu kesimpulan am yang boleh dikatakan sempurna.
9.2 PERBEZAAN LATAR BELAKANG
Ibu bapa biasanya akan menghantar anak-anak mereka ke sekolah yang mempunyai
keputusan peperiksaan umum yang lebih cemerlang dan lebih baik. Sebenarnya murid-
murid yang belajar di “sekolah terkenal” adalah bergantung kepada latar belakang
keluarga mereka. Kebanyakkan mereka menerikam ‘tuition’ dan pengajaran tambahan di
rumah. Latar belakang yang dialami oleh seseorang pelajar boleh didapati yang menolong
atau melambatkan pencapaian persekolahan pelajar. Minat individu, sikap terhadap
sekolah dan terhadap mata pelajaran dan guru yang tertentu dipupuk hasil dari sikap di
rumah, kebolehan atau kesungguhan untuk memberi perhatian yang tinggi terhadap
pelajaran tetap mempengaruhi kesan persekolahan kanak-kanak.
17
OUM HBEF2103
9.3 KESEDIAAN UNTUK BELAJAR
Umur adalah faktor yang penting dalam menentukan kesediaan untuk kanak-kanak
belajar dengan lebih baik dan berkesan. Tidak semestinya kanak-kanak yang sama umur
berada di peringkat kesediaan belajar yang sama. Perbezaan kesediaan untuk belajar
adalah disebabkan oleh kadar kematangan, kecerdasan, latar belakang keluarga dan juga
pengamalan persekolahan seperti sekolah rendah.
9.4 KEBOLEHAN KECERDASAN YANG BERBEZA DI ANTARA
KANAK-KANAK
Manusia mempunyai perbezaan dalam kecerdasan dan kebolehan. Pelbagai bentuk ujian
dapat dilakukan untuk mengukur tahap kecerdasan kanak-kanak. Contohnya kecerdasan
kanak-kanak boleh diuji dengan menggunakan pengkelasan Binet. Pelajar yang bijak
boleh diramal akan mencapai kemajuan yang baik dalam prestasi pembelajarannya di
sekolah. Pelajar yang telah mengetahui akan nilai pelajaran akan lebih bermotivasi untuk
belajar dan menimba ilmu.
9.5 KEBOLEHAN PSIKOMOTOR
Kanak-kanak pada sebarang peringkat umur berbeza dalam kebolehan mereka untuk
melaksanakan kegiatan yang melibatkan psikomotor. Pada amnya penyelarasan
psikomotor dan kebolehan untuk melakukan sesuatu dengan jayanya dengan kemahiran
psikomotor yang lebih kompleks bertambah dengan meningkatnya umur. Peningkatan
umur akan membawa bersamanya kuasa untuk mengekalkan perhatian, penyelarasan
otot, kepantasan, ketetapan kawalan dan penentangan kepada kelesuan. Kanak-kanak di
peringkat sekolah rendah harus menguasai kemahiran asas iaitu kemahiran menulis,
membaca dan mengira.
18
OUM HBEF2103
9.6 KEMUDAHAN SEKOLAH DAN SIKAP GURU
Kajian menunjukkan bahawa kemudahan sekolah dan sikap guru terhadap pelajar-pelajar
dan pekerjaannya akan mempengaruhi kesan kemajuan persekolahan kanak-kanak. Kita
pernah mendengar pendapat dan pujian terhadap jasa baik sekolah dan guru daripada
bekas pelajar dan sebagainya.
19
OUM HBEF2103
10. KESIMPULAN
Perbezaan individu ialah satu konsep yang merujuk kepada keunikan dan ketidaksamaan
yang wujud di antara individu yang berlainan. Murid-murid dalam bilik darjah boleh
berbeza dari segi sosio-ekonomi, kecerdasan kognitif, pencapaian akademik, jantina,
gaya pembelajaran, bangsa, budaya dan lain-lain aspek. Ini dapat dilihat daripada kajian
yang dibuat ke atas murid A dan murid B. Aspek-aspek persekitaran juga boleh
mempengaruhi dalam membentuk perbezaan individu.
Seperti mana yang telah dihuraikan, murid-murid di dalam sesebuah kelas berbeza dari
segi intelek, jasmani, rohani, emosi, pengalaman, minat, bakat dan sebagainya. Oleh itu
guru harus merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran mengikut kebolehan pelajar.
Guru harus menggunakan strategi dan pendekatan yang sesuai seperti aktiviti kumpulan,
pemulihan, pengayaan dan sebagainya untuk melayan pelajar yang berbeza.
Bagi murid A dan murid B, ketiga-tiga faktor iaitu sosio-ekonomi, sahsiah dan stail
pembelajaran mempunyai hubung kait dalam perbezaan antara mereka.
(2539 patah
perkataan)
20
OUM HBEF2103
11. RUJUKAN
Anita E. Woolfolk.(2007).Psychology in Education.Pearson Longman.
Crow dan Crow.(1983).Psikologi Pendidikan untuk Perguruan.Dewan Bahasa dan
Pustaka.Kuala Lumpur.
J.G.Hunt.(1981).Fungctionalism:Basisfor an alternate approach to the study of
Leadership.Pergamon Press. New York.
Kenneth T. Henson, Ben F. Eller.(1999).Educational psychology for effective teaching.
Wadsworth Pub.Co.Cornell University.
Mok Soon Sang.(2002).Psikologi pendidikan:kursus diploma perguruan.Kumpulan
Budiman.Selangor.
Ragbir Kaur a/p Joginder Singh.(2005).Panduan ulangkaji ilmu pendidikan untuk kursus
perguruan lepasan ijazah (KPLI) sekolah rendah dan menengah.Kumpulan
Budiman.Subang Jaya, Selangor.
21