13
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER SEPTEMBER TAHUN 2014 (SMP) HBML3203 TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU Bil 1si Kandung MS

Hbml3203 Tatabahasa Dalam Pengajaran Bahasa Melayu

Embed Size (px)

DESCRIPTION

tugasan

Citation preview

HBML 3203

HBML 32032014

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASASEMESTER SEPTEMBERTAHUN 2014(SMP)

HBML3203TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU

Bil1si KandungM/S

1.0Pengenalan3

2.0Definisi Wacana5

3.0Konsep dan Jenis Wacana6

4.0Aplikasi Wacana Berformat Dalam Pengajaran Penulisan Bahasa Melayu10

Kesimpulan13

Bibliografi14

1.0 Pengenalan

Bahasa merupakan alat perhubungan yang paling efektif. Bahasa juga mampu menggambarkan status seseorang. Penggunaan kata yang sempurna dan menepati struktur tatabahasa secara lisan ataupun tulisan menjadikan bahasa itu difahami. Selaras dengan kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengucapan ilmu serta amat penting untuk menyatukan roh bangsa, asas jati diri dan citra bangsa, penggunaan wacana dalam ayat secara lisan maupun tulisan menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa yang lengkap setanding dengan bahasa-bahasa lain di dunia..Selain itu Bahasa Melayu merupakan suatu bahasa yang indah dan unik. Keindahan dan keunikan Bahasa Melayu ini terserlah dengan penggunaan wacana.

Penggunaan wacana dalam penulisan terutamanya Bahasa Melayu merupakan sesuatu yang sangat penting bagi melahirkan sesebuah hasil karya yang berkualiti. Setiap murid dari pelbagai peringkat pendidikan baik sekolah rendah atau sekolah menengah seharusnya tahu akan fungsi dan seterusnya mahir menggunakan wacana ini pada tempat yang sepatutnya. Kegagalan seseorang pelajar menguasai wacana, akan menyebabkan mereka gagal dalam melahirkan atau menghasilkan sesebuah karya penulisan yang kritis dan puitis. Wacana perlu dipelajari dan dikuasai. Latihan yang berterusan dalam penulisan mahupun pembacaan perlu ditekankan kepada pelajar-pelajar sejak di bangku sekolah rendah lagi bagi memastikan mereka dapat menguasai sepenuhnya sehinggalah mereka dapat mengaplikasinya sehingga ke peringkat pengajian yang tertinggi.

Kemahiran menulis adalah di antara cabang kemahiran yang perlu dipelajari oleh manusia untuk melengkapkan proses kelangsungan berbahasa secara natural dan mudah. Malah di dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah telah dinyatakan dengan jelas bahawa kemahiran menulis adalah keperluan wajib bagi selain daripada kemahiran membaca, mengira dan menaakul yang menjadi elemen pengukuhan aplikasi untuk perlaksanaan modul-modul pembelajaran di alaf baru ini.Konsep wacana berformat ialahpenulisan berkesinambungan yang mengandung format-format tertentu untuk menggariskan penampilan wacana tatabahasa secara kohesif dan koheren (Kamarudin Husin, 1988).

Wacana atau juga disebut sebagai discource dalam Bahasa Inggeris merupakan kesatuan bahasa yang lengkap dan paling tinggi dalam pertuturan dan juga dalam penulisan. Dalam sesuatu wacana, ianya perlu memperlihatkan kesinambungan fikiran,iaitu pertautan dan perkaitan semantik yang meliputi aspek kohensi dan juga koheran sama ada dari aspek komunikasi dan konteks. Selain itu, wacana yang dikatakan berada dalam hierarki tertinggi yang hadirselepas tingkat ayat dalam tatabahasa boleh terdiri daripada sesuatu ayat yang dikaitkan dengan konteks dan fungsi penggunaannya. Sehubungan itu, kemampuan menghasilkan wacana merupakan kayu ukuran untuk menilai tahap kecekapan berbahasa bagi seseorang individu.

1.1 Objektif penulisan

Dalam tugasan semester September 2014, kami diminta untuk menerangkan tentang konsep dan ciri-ciri wacana berformat dalam bahasa Melayu. Melalui tugasan ini, saya dapat memahami dengan lebih jelas tentang wacana berformat baik dari ciri-cirinya serta jenis-jenis wacana berformat. Selain itu saya juga dapat mempelajari bagaimana untuk mengaplikasikan dalam pengajaran penulisan bahasa Melayu. Wacana berformat yang dimaksudkan ialah surat kiriman tidak rasmi, surat kiriman rasmi, dialog, syarahan, ucapan, laporan, berita, catatan harian dan perbahasan. Ini menunjukkan wacana berformat mesti ditulis mengikut cara tertentu. Menurut Sulaiman Masri (1988) menyatakan bahawa penulisan berformat yang tidak ditulis mengikut format yang ditetapkan, maka boleh menjejaskan konsep wacana.

Dalam membicarakan wacana berformat, kita harus mengetahui bahawa wacana berformat dalam tatabahasa Melayu merangkumi komponen-komponen yang bersepadu. Komponen bersepadu yang dimaksudkan ialah wacana berformat perlu menggunakan kata, rangkai kata dan ayat yang tepat untuk menyampaikan maklumat secara tersusun dan kohesif. Selain itu, untuk menyampaikan maklumat format, penyampaian harus ditentukan di samping jenis penulisan yang bersesuaian. Untuk memantapkan lagi wacana berformat, gaya bahasa dan penggunaanya yang tepat perlu dikenalpasti. Di samping itu, gaya bahasa yang digunakan baik serta mengandungi isi-isi yang bernas serta huraian yang jelas bagi menghasilkan perenggan yang kohesif. Kemantapan penulisan wacana berformat akan lebih terserlah dengan penyusunan isi serta penggunaan penanda wacana yang bersesuaian. Komponen lain yang perlu ditonjolkan ialah kecekapan berbahasa dan penggunaan tatabahasa yang tepat semasa menghasilkan wacana berformat.2.0 Definisi Wacana

Wacana merupakan kesatuan fikiran atau idea yang teguh dan melebihi batasan ayat. Kesatuan fikiran ini terbentuk melalui jalinan unit-unit bahasa yang tersusun rapi dan kesinambungan untuk melahirkan suatu kesatuan bahasa yang utuh. Wacana bahasa Melayu terdiri dalam dua bentuk iaitu lisan dan tulisan. Unsur-unsur yang membina wacana ini ialah melalui kata, frasa, klausa, dan ayat disusun rapi untuk menampakkan hubungan dan perkembangan fikiran yang berkesinambungan serta menghasilkan kesatuan fikiran atau idea yang utuh. Wacana tidak dilihat melalui binaan ayatnya sahaja malah wacana dapat dilihat melalui konteks ayat tersebut dan idea yang ditonjolkan melalui ayat tersebut.

Wacana merupakan suatu bahagian atau unit yang paling tinggi yang melampaui sebaris ayatyang lengkap.Wacana juga dapat dijelmakan dalam pelbagai bentuk sehinggalah meliputi peristiwa bahasa. Menurut Kamus Dewan (2007), wacana membawa maksud keseluruhan tutur kata yang merupakan suatu kesatuan, ucapan, pertuturan serta percakapan. Harimurti Kridalaksana (1984:204)1 menyatakan bahawa wacana adalah satuan bahasa terlengkap; dalam hierarki tatabahasa merupakan satuan tatabahasa tertinggi atau terbesar. Wacana ini direalisasikan dalam bentuk karangan yang utuh seperti novel, buku, ensiklopedia, dan sebagainya, paragraf, ayat atau kata yang membawa amanat yang lengkap.

Bagaimanapun, Asmah Haji Omar (1982)3 menegaskan bahawa wacana ialah unit bahasa yang melebihi batas ayat, yang di dalamnya memperlihatkan hubungan-hubungan dan perkembangan fikiran yang berurutan seperti ayat, sejumlah ayat, ceraian, perenggan, bab, buku, novel, cerpen, cerita, dialog, siri buku (cerita) dan sebagainya. Menurut beliau lagi, wacana tidak mempunyai satu-satu jenis ayat yang terdiri dengan utuhnya tanpa dipengaruhi oleh proses-proses kelahiran ayat. Ini bermaksud bahawa ayat yang selalu didapati dalam struktur dan sistem secara teratur. Asmah telah membezakan ayat sistem daripada ayat wacana. Ayat sistem adalah ayat atau tutur yang dikeluarkan dan diasingkan dari konteks wacana, sedangkan ayat wacana yang juga disebut ayat teks adalah ayat yang betul-betul terdapat dalam wacana teks dan wacana lisan.

Raminah Haji Sabran (1984:218) dalam bukunya yang bertajuk Kajian Bahasa untuk Pelatih Maktab Perguruan, mentakrifkan wacana adalah unit bahasa yang melebihi batas ayat, kerana itu ia boleh terdiri daripada ayat, sejumlah ayat, ceraian, bab, buku, dialog, siri buku dan sebagainya yang di dalamnya memperlihatkan hubungan-hubungan dan perkembangan fikiran yang berturutan. Menurut beliau lagi, wacana merupakan kesatuan bahasa yang lengkap.

Berdasarkan beberapa pendapat dan huraian tentang definisi mengenai wacana yang diambil daripada berbagai-bagai sumber, dapat dilihat bahawa adanya persamaan dan juga perbezaan pendapat mengenai dengan definisi wacana yang diperolehi dari ahli-ahli linguistik ataupun penulis. Secara ringkasnya, wacana letaknya lebih tinggi daripada ayat pada skala tatatingkat tatabahasa dan mempunyai keteraturan fikiran logik (coherence) dan juga tautan (cohesion) dalam strukturnya. Wacana dicirikan oleh kesinambungan maklumat yang membawa maksud kesatuan makna. Terdapat lapan unsur-unsur penting dalam wacana iaitu satuan bahasa, terlengkap, mengatasi ayat atau klausa, teratur atau tersusun rapi, berkesinambungan, kohesi, lisan atau tulisan awal dan juga akhir yang nyata.Kesimpulannya, wacana ialah unit bahasa yang melebihi had ayat yang terdiri daripada ayat, sejumlah ayat, ceraian, bab, buku, cerita, dialog, siri buku dan sebagainya yang menunjukkan hubungan-hubungan dan perkembangan fikiran yang berurutan. Ringkasnya, wacana ialah satu unit bahasa yang mempunyai kesatuan fikiran yang utuh dan melebihi batas ayat.

3.0 Konsep dan jenis-jenis wacana berformat bahasa Melayu.

Menurut Kamarudin Husin (1998), konsep wacana berformat dalam tatabahasa bahasa Melayu ialah penulisan berkesinambungan yangmengandungi format-format tertentu untuk menggariskan penampilan wacana tatabahasa secara kohesif dan koheren. Penulisan yang tergolong dalam kategori ini adalah surat kiriman tidakrasmi, surat kiriman rasmi, dialog,syarahan, ucapan, laporan, berita, catatan harian dan perbahasan. Ciri-ciri wacana berformat melibatkan perincian yang berasaskan beberapa penulisan berformat (Zainol Ismail, 2003) Penulisan wacana berformat mesti ditulis mengikut cara tertentu. Penulisanberformat yang tidak ditulis mengikut format yang ditetapkan, maka boleh menjejaskan konsep wacana (Sulaiman Masri, 1988)

Konsep wacana ini adalah merangkumi komponen-komponen yang bersepadu iaitupenggunaan rangkai kata secara tersusun dan kohesif, kedua penentuan format penyampaian danjenis penulisan yang sesuai untuk memberikan mklumat. Ketiga pengenalpastian gaya bahasa dan penggunaannya dalam penulisan. Keempat penganalisisan gaya bahasa dan penggunaannya secara koheren dalam penulisan. Kelima penyampaian isi yang bernas dalam kerangka penulisan. Keenam pembinaan ayat utama dan huraian untuk membina perenggan yang kohesif. Ketujuhpenyusunan ini dan penggunaan penanda wacana untuk menghasilkan perenggan yang kohesifdan koheren. Akhir sekali, tatabahasa adalah dasar dalam kecekapan berbahasa. Ia perlu diajar dengan terancang agar ketepatan berbahasa dengan berasaskan penggunaan wacana yang jelas dapat dikuasai

3.1Konsep wacana

Wacana berasal daripada perkataan wacana berasal daripada bahasa Jawa wocono. Wocono pula daripada woco yang bermaksud baca. Dalam bahasa Inggeris, discourse berasal daripada bahasa Latin discursus yang bermakna larian ke dan dari. Menurut Chafe, wacana digunakan dengan pelbagai maksud oleh pelbagai pengkaji. Tetapi, pada umumnya wacana dilihat sebagai sesuatu yang melampaui sempadan ayat yang terpisah-pisah. Wacana dan teks digunakan saling bertukar ganti, dan kedua-duanya merujuk kepada unit bahasa yang lebih besar daripada ayat. Wacana, menurut beliau lagi, merujuk kepada kajian tentang unit tersebut, cabang linguistik yang setara dengan cabang yang lain seperti morfologi atau sintaksis.

Menurut Trask, wacana dikatakan sebagai siri ujaran yang bersambungan oleh seorang penutur atau lebih. Crystal menyatakan wacana dalam linguistik merujuk kepada jujuhan bahasa (biasanya lisan) yang lebih besar daripada ayat. Crystal juga mendefinisikan wacana sebagai unit perlakuan. Unit ini mempunyai status prateori dalam linguistik, iaitu seberkas ujaran yang terdiri daripada peristiwa bahasa seperti perbualan, khutbah dan temu duga. Cook mendefinisikan wacana sebagai bahasa dalam penggunaan dan untuk perhubungan (Sanat, 2002:35-36). Dijk (1997: 1-34) menyatakan konsep wacana kabur kerana tentang fenomena yang rencam. Namun, wacana menurut beliau suatu bentuk penggunaan bahasa yang melibatkan komunikasi dan interaksi. Werth (1999: 1) pula melihat wacana sebagai suatu peristiwa bahasa yang sempurna yang mempunyai awal dan akhir.

Selain itu, menurut Johnstone, B. (2002:2-4), wacana dilihat sebagai contoh sebenar komunikasi melalui bahasa. Wacana juga dalam bentuk jamak merujuk kepada pola kepercayaan dan tindakan lazim di samping pola bahasa. Wacana demikian merujuk kepada idea dan cara bertutur sehingga dapat mempengaruhi dan dipengaruhi. Menurut Schiffrin et. al (2003:1), wacana mempunyai makna yang berbeza kepada pakar yang berbeza bidang. Kepada ahli bahasa, wacana biasanya didefinisikan sebagai apa sahaja yang melampaui ayat. Malah, definisi wacana itu dapat dirangkumkan kepada tiga kategori besar, iaitu yang melampaui ayat, penggunaan bahasa, dan amalan sosial yang meliputi bukan linguistik dan bukan tentu bahasa. Mereka melihat wacana dan analisis wacana sebagai sama.

Berdasarkan definisi-definisi yang diberi, dapat disimpulkan di sini bahawa wacana sebagai unit tertinggi bahasa yang melampaui ayat dan kajian tentang unit tersebut. Sebagai unit bahasa yang tertinggi, wacana dapat direalisasikan dalam pelbagai bentuk sehingga meliputi peristiwa bahasa. Sebagai kajian, wacana memfokuskan pada unit tertinggi bahasa itu sehingga meliputi amalan sosial.

3.2Ciri-Ciri Wacana

Ciri-ciri bagi wacana ialah berstruktur iaitu merangkumi pendahuluan, isi, dan penutup. Dalam pendahuluan, penulis membayangkan perkara yang ingin dibincangkan selanjutnya. Hujah, ulasan, dan pendapat tentang isu yang disertakan dengan contoh pula ditulis dalam isi. Dalam penutup pula, kesimpulan secara menyeluruh dilakukan terhadap penulisan yang dibuat. Selain itu, setiap wacana yang dihasilkan dalam penulisan juga mempunyai tujuan kerana dengannya kita dapat menentukan jenis wacana yang ingin digunakan. Wacana digunakan dalam penulisan berformat dan penulisan tidak berformat. wacana dalam penulisan berformat meliputi surat kiriman tidak rasmi, surat kiriman rasmi, dialog, syarahan, ucapan, perbahasan, laporan, berita dan catatan harian. Wacana dalam penulisan tidak berformat pula tidak mempunyai format yang khusus dan kebiasaannya, penulisan jenis ini menghendaki penulis membincangkan sesuatu topik yang diberi berdasarkan pengalaman. (Adenan dan Mohd Rain, 2013).Menurut Beaugrand dan Dressler (1981) yang dipetik dari surat khabar Berita Harian pada tahun 2008 menyatakan bahawa terdapat tujuh ciri wacana yang perlu dipenuhi untuk menghasilkan wacana, iaitu tautan, runtutan, tujuan, penerimaan maklumat, keadaan dan interteks.a) Kohesi atau tautan : keserasian hubungan antara satu unsur linguistik dengan unsur linguistik yang lain dalam sesuatu wacana bagi menghasilkan wacana yang lengkap. Keserasian hubungan tersebut dapat dilihat melalui hubungan antara satu perkataan, frasa atau ayat lain dalam wacana yang sama, frasa atau ayat dengan perkataan.b) Koheran atau runtutan : kesinambungan idea yang terdapat dalam sesebuah wacana sehingga menjadikan teks tersebut bermakna. c) Tujuan : ditentukan oleh penghasil wacana tersebut. Tujuan juga membolehkan penghasil wacana menentukan jenis wacana yang digunakan. d) Penerimaan : tahap penerimaan seseorang itu tinggi sekiranya pendengar atau pembaca memahami sepenuhnya wacana yang dihasilkan sama ada dalam bentuk lisan atau tulisan.e) Maklumat : terbahagi kepada dua iaitu maklumat lama dan maklumat baru. Maklumat lama merupakan maklumat yang telah dinyatakan pada peringkat awal dan diulang semula dalam konteks yang berikutnya. Maklumat baru pula ialah maklumat yang baru sahaja dinyatakan dengan anggapan pendengar atau pembaca tidak mengetahui maklumat itu sebelum ini.f) Keadaan : sesuatu wacana yang dihasilkan perlu sesuai dengan keadaan. Oleh itu, untuk menghasilkan sesuatu yang sesuai dengan keadaan, pemilihan kata, frasa atau ayat adalah penting.g) Interteks : bermaksud wacana yang bergantung kepada wacana lain. Wacana-wacana yang lain turut memainkan peranan penting untuk membantu seseorang memahami dengan mudah. Kefahaman seseorang terhadap sesebuah wacana bergantung kepada pengetahuannya terhadap perkara yang dibaca atau didengarnya itu.

.4.0 Aplikasi wacana berformat dalam pengajaran penulisan bahasa Melayu

Pelajar-pelajar sekolah rendah terutamanya, perlu didedahkan dengan lebih banyak lagi cara-cara meningkatkan kemahiran penggunaan wacana terutamanya di dalam aktiviti penulisan. Penggunaan wacana yang lemah akan menjejaskan hasil kualiti sesebuah karya.. Guru-guru harus menekankan kehendak atau peraturan sesuatu penulisan, proses penulisan dan rangka kasar pencerakinan idea supaya kesinambungan dapat diwujudkan. Sebelum mengajarkan wacana berformat guru perlu mengambil kira beberapa peraturan yang perlu dipatuhi.

a) Perancangan Pengajaran

Dalam usaha menghasilkan wacana berformat guru perlu memastikan bahawa penulisan mestilahlengkapdansempurnasertamempunyai sekurang-kurangnya tigaisi yang dikembangkan dengan huraian dan contohatau bukti kukuh yang relevan dengan isu-isu semasa yang dikemukakan, selainbertepatan dengan tajuk dipilih. Murid perlu perlu menghuraikan isi pokok yang diutarakan secara matang serta sentiasa menghubungkaitkan pertalian idea semasa mengolah isi agar wujud kesinambungan idea dan ayat. Untuk memastikan ksempurnaan penulisan, penggunaan penanda wacana harus dititikberatkan di samping penggunaan yang baik dan lancar bagi menampakkan idea yang sempurna. Selain itu, penulisan perlu distruktur dengan baik melalui pembahagian perenggan yang seimbang dan tidak melakukan kesalahan ejaan dan memastikan murid menggunakan ragam dan struktur ayat yang betul. Murid-murid digalakkan untuk mengenalpasti format penulisan yang dikehendaki serta membimbing murid untuk membina peta minda yang beresuaian sebelum menulis.

b) Proses menulis

Proses menulis bermula ketika murid memilih tajuk atau soalan. Sebelum menulis, murid perlu memilih tajuk atau soalan yang benar-benar difahami dan sesuai dengan pengetahuan, pemahaman dan keupayaan pengolahan. Murid-murid juga harus berupaya untuk mengembangkan isi yang dikemukakan agar mampu menghasilkan penulisan yang bermutu. Pengetahuan tentang tajuk yang dipilih haruslah berdasarkan bentuk atau format penulisan, penguasaan dan pengetahuan tentang isi-isi yang berkaitan tajuk serta laras bahasa yang akan digunakan. Setelah mengenalpasti tentang keupayaan dan penguasaan diri serta mengetahui kehendak soalan, barulah murid boleh memilih tajuk yang sesuai bagi menghasilkan penulisan yang sempurna.

Untuk menghasilkan penulisan yang baik, murid-murid perlu menguasai kemahiran tentang format penulisan dan laras bahasa. Ini bermaksud murid-murid perlu menguasai perbezaan setiap format penulisan dan pelbagai laras bahasa. Murid-murid perlu membuat banyak latihan dan membuat kajian tentang perkara ini. Murid-murid juga harus melengkapkan diri dengan membaca pelbagai bahan bacaan seperti buku-buku ilmiah, majalah, surat khabar, buku cerita dan bahan bacaan lain yang bersesuaian. murid-murid juga perlu membuat catatan ringkas untuk memudahkan murid membuat rujukan Murid-murid juga perlu merujuk kamus bagi memperkaya kosa kata dan memahami maksud perkataan-perkataan yang akan digunakan.

c) Susunan

Untuk menghasilkan penulisan yang cemerlang, susunan perenggan harus diambil berat. Murid perlu menyediakan rangka untuk menulis. Melalui rangka yang disediakan, perkara-perkara yang yang dikemukakan tidak terpesong daripada tajuk yang dipilih. Susunan ini akan memastikan idea-idea disusun mengikut keutamaan dan murid mampu menghasilkan perenggan yang cemerlang. Murid-murid juga perlu menganggar bilangan patah perkataan dalam setiap isi yang diolah bagi memastikan karya yang ditulis tidak melebihi bilangan perkataan yang ditentukan. Selain itu, rangka yang disediakan akan memastikan tiada fakta yang diulang dalam penulisan murid. Untuk memudahkan pemahaman murid, rangka yang disediakan mestilah ringkas dan mengandungi isi-isi penting sahaja bagi menjimatkan masa. Antara kandungan rangka penulisan ialah pendahuluan , isi-isi penting serta huraian dan penutup.

d)Pembinaan perenggan

Setiap karangan harus mempunyai perengan-perenggan tertentu. Satu perenggan mestilah mengandungi sekurang-kurangnya satu isi yang mempunyai huraian atau penjelasan yang lengkap dan contohuntuk mengukuhkan isi. Struktur perenggan yang baik adalah denganmemulakanperenggan secara menyatakan isi pokok, diikuti oleh huraian lanjut serta contoh yang dapat memperkukuh isi penting. Walau bagaimanapun murid bebas memulakan perenggan dengan idea utama. Isi-isi karangan perlu dikaitkan dengan penggunaan penanda wacana dan memastikan pembinaan perenggan yang seimbang. Untuk mengembangkan idea murid, guru boleh menggunakan elemen iThink yang menggunakan peta pemikiran yang bersesuaian seperti peta pelbagai alir, peta dakap dan peta buih berganda. Guru juga boleh membuat lawatan ke kilang atau tempat-tempat yang tertentu baga menjana pemikiran murid melalui pengalaman yang dilalu. Melalui elemen-elemen ini murid dapat mengenal pasti idea utama, huraian dan contoh-contoh yang bersesuaian.

e)Proses Semakan

Setelah pelajar selesai menulis, pelajar diminta membaca dan menyemak semula hasil penulisan mereka. Ini merupakan penilaian kendiri terhadap hasil penulisan tersebut Proses melibatkan penyemakan dilakukan untuk memastikan segala aspekd alam penulisan dipatuhi. Perkara-perkara yang perlu disemak atau disunting ialah kesalahan bahasa,jumlah perkataan dan pemerengganan. Murid perlu memastikan tiada isi penting yang tertinggal dan menambahbaik penulisan dengan memberi contoh yang tepat. Selain itu, murid perlu menyemak aspek bahasa seperti ejaan, tanda baca dan tatabahasa. Jika terdapat penerangan yang kurang jelas, murid perlu membuat perubahan agar idea yang dihuraikan dapat difahami dengan jelas. Penulisan yang disunting dengan baik akan memudahkan pembaca untuk membaca dan mengesan isi. Oleh yang demikian,penulisan akan menjadi mantap.

5.0KESIMPULAN

Bahasa Melayu merupakan suatu bahasa yang indah dan unik kerana ayat-ayat yang digunakan mempunyai tautan antara satu ayat dengan ayat yang lain (kohesi) dan mempunyai perkaitan antara satu perenggan dengan perenggan yang lain (koheren). Daripada pernyataan inilah yang membuatkan sesebuah karya bahasa Melayu menjadi hebat. Bagi melahirkan karya Bahasa Melayu, ianya bukanlah sesuatu yang sukar tetapi sekiranya seseorang penulis itu tahu menggunakan wacana yang baik dan tepat, sudah pasti hasilnya juga akan hebat. Semasa berbahasa, sama ada tulisan ataupun lisan mestilah mempunyai kesinambungan antara satu idea dengan satu idea yang lain atau memperlihatkan wacana yang berkesan agar pendengar atau pembaca memahami isi atau hujah yang ingin dan akan disampaikan.

Wacana yang baik mestilah mempunyai beberapa perkara seperti kohesi dan koheren yang dinyatakan di atas dan termasuklah tahu akan fungsi wacana itu sendiri. Seseorang penulis haruslah tahu menggunakan dan faham akan kepentingan wacana itu sendiri kerana aspek penanda wacana akan mempengaruhicara pengolahan sertapenyusunan struktur ayat, pembahagian perenggan, penggunaan kosa kata dan penggunaan bahasa secara keseluruhan. Pelajar seharusnya didedahkan dengan penggunaan penanda wacana yang betul sejak awal lagi agar mereka tidak kekok dan dapat menggunakannya dengan berkesan di masa hadapan. Hal ini tidak boleh dipandang ringan oleh semua pihak jika kita ingin melahirkan seorang penulis atau karyawan yang berkaliber suatu hari nanti kerana semuanya bermula dengan wacana yang berkesan. Kesimpulannya, mengarang bukanlah suatu proses yang hanya berdasarkan kepada jumlah idea atau isi, ejaan, tanda baca dan struktur binaan ayat semata-mata. Sebaliknya, proses mengarang memerlukan kemampuan membina perenggan idea atau isi yang sempurna dari segi pengolahannya dan mempunyai wacana yang berkesan. Sebagai guru, kita harus memastikan bahawa, setiap anak didik menguasai setiap kemahiran yang perlu dan guru harus bersedia menggunakan pelbagai bahan inovasi dan teknologi bagi menarik perhatian dan memberi kefahaman yang lebih terhadap satu-satu kemahiran yang diajarkan. Guru bukan sahaja mengajar tetapi juga pencetus minda kreatif pelajar-pelajar.

RujukanAsmah Haji Omar. (2000). Wacana, Perbincangan, Perbahasan dan Perundingan. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka. Asmah Haji Omar. (2011). Nahu Melayu Kemas kini. Kuala Lumpur: PTS Profesional Publishing Sdn Bhd.Fatimah Busu. (2003). Memupuk Bakat dan Minat Penulisan Kreatif. Teori dan Proses. Kuala Lumpur: PTS Publication.Henry Guntur Tarigan. (1995). Pengajaran Wacana. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Juriah Long, Raminah Sabran, Sofiah Hamid. (1990). Pendekatan Mengajar Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti.Kamaruddin Husin. (1988). Pedagogi Bahasa. Petaling Jaya: Longman Malaysia.Liaw Yock Fang dan Abdullah Hassan. (1994). Nahu Melayu Moden. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd.Mohd Sidin Ahmad Ishak ( 1992 ). Keterampilan Menulis,Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.Nik Safiah Karim et al. (2011). Tatabahasa Dewan Edisi Baru. Kuala Lumpur: Dewan

14