28
[Type here] HBML4203 KESUSASTERAAN MELAYU Name : RADIAH BINTI NASRIPAN Matric No. : 8004112522 6001 IC No. : 8004111252

HBML4203 Kesusasteraan Melayu

  • Upload
    radiah

  • View
    26

  • Download
    0

Embed Size (px)

DESCRIPTION

hbml 4203 kesusasteraan melayu

Citation preview

Page 1: HBML4203 Kesusasteraan Melayu

[Type here]

HBML4203

KESUSASTERAAN MELAYU

Name : RADIAH BINTI NASRIPAN

Matric No. : 80041125226001

IC No. : 800411125226

Study Center: TAWAU LEARNING CENTRE

Page 2: HBML4203 Kesusasteraan Melayu

Isi Kandungan

1.0     Pendahuluan.............................................................................................................2

2.0        Pengenalan.............................................................................................................3

3.0     Prinsip-prinsip Penggunaan Komputer dalam Pengajaran................................5

4.0        Komputer Sebagai Alat Pengajaran..................................................................13

Page 1 of 18

Name : RADIAH BINTI NASRIPAN

Matric No. : 80041125226001

IC No. : 800411125226

Study Center: TAWAU LEARNING CENTRE

Page 3: HBML4203 Kesusasteraan Melayu

PENILAIAN PERISIAN PPBK

1.0     Pendahuluan

Strategi menggunakan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran banyak

digunakan dalam institusi pendidikan.Pengajaran berasaskan komputer meninggalkan

beberapa kesan positif terhadap proses pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan

Komputer dalam pengajaran dan pembelajaran telah memberikan satu pengalaman

yang baik, bermotivasi dan menyeronokkan, di samping dapat menggantikan kaedah

pengajaran tradisional. Oleh kerana penggunaan komputer dalam pengajaran semakin

diperluaskan, penilaian perisian pembelajaran berbantukan komputer perlu dilaksanakan

dengan sebaiknya agar ianya benar-benar dapat memberikan kesan yang mendalam

dalam proses pengajaran pembelajaran. Penilaian bertujuan untuk mengukur sama ada

tercapainya objektif pembinaan perisian PPBK. Penilaian perisian PPBK  ini

memerlukan satu perancangan yang teliti seperti apa yang hendak dinilai, bagaimana

menilainya serta siapa yang akan menjalankan penilaian ini serta sasaran penilai.

Penilaian perisian pembelajaran PPBK ini dijalankan agar bahan yang dihasilkan

benar-benar dapat menyokong proses pengajaran dan pembelajaran. Di samping itu bagi

pereka perisian atau pembinanya, proses penilaian ini akan menjamin mutu penghasilan

bahan untuk mendapatkan pengiktirafan dari pihak tertentu. Penilaian perisian PPBK ini

merangkum i kandungan pelajaran, rekabentuk pengajaran, grafik, ciri-ciri teknikal dan

instrumen penilaian yang disediakan untuk kegunaan penilai.

 

Page 2 of 18

Page 4: HBML4203 Kesusasteraan Melayu

2.0          Pengenalan

Menurut Alessi and Trolip (1991) proses penilaian melibatkan beberapa langkah iaitu,

a)      melihat dokumentasi sekali imbas dan meneliti maklumat penting

b)       Mendapatkan maklumat penting tentang perisian kursus dari dokumentasi

yang dilampirkan untuk disalin ke borang penilaian.

c)         Menggunakan perisian kursus pada komputer dari awal hingga akhir

sambil meneliti ciri yang sedia ada.

d)         Memberikan penilaian berdasarkan penggunaan.

Menurut Norhashimah  (1996) tumpuan penilai apabila menilai sesebuah

perisian kursus ialah

a.     )   senang untuk diedarkan kepada pelajar.

b.     )   mempunyai dokumentasi yang lengkap.

c.     )   mempunyai panduan pengguna yang jelas.

d.     )   skrin yang ramah pengguna.

e.     )   menggunakan ruang ingatan yang optima.

f.       )   dapat dijalankan dengan licin tanpa sebarang masalah.

 

Proses penilaian perisian kursus PPBK bertajuk asas perkakasan komputer ini mengambil

kira isi kandungan perisian yang dibina. Aspek-aspek seperti kesesuaian isi kandungan

kepada pelajar, mencapai objektif topik dengan jelas secara eksplisit atau implisit, aspek

nilai-nilai murni dan ketepatan isi kandungan.Aspek pedagogi juga dipertimbangkan

seperti maklumbalas perisian terhadap pelajar semasa berinteraksi dengan

komputer.Perisian yang baik juga mudah digunakan dan cukup menarik kepada

Page 3 of 18

Page 5: HBML4203 Kesusasteraan Melayu

pengguna. Penilaian perisian kursus ini akan dilaksanakan melalui penilaian sumatif dan

penilaian formatif. 

                Menurut Flagg(1990) penilaian formatif ialah koleksi maklumat yang

sistematik untuk tujuan membuat keputusan bagi merekabentuk dan memperbaiki

sesuatu perisian atau bahan.Penulaian terhadap perisian ini dijalankan semasa

pembangunan dan juga semasa proses pembaikan perisian  melalui kaedah

temubual,pemerhatian dan analisa rekod. Pengunpulan data akan dilakukan secara

tidak formal dan ianya dilakukan secara berterusan bagi setiap langkah

pembangunan perisian.  Penilaian formatif dilakukan untuk menilai bahan-bahan

interaktif seperti hiperteks/hypermedia dan ianya menekankan kepentingan

maklumbalas dan interaksi dikalangan pengguna.  Penilaian sumatif pula akan

digunakan untuk mengumpul maklumat dan menggunakannya untuk membuat

keputusan tentang penggunaan. Penilaian ini akan dijalankan selepas

tamat penghasilan dan penggunaan sesuatu perisian.   Dalam penilaian sumatif

kaedah yang digunakan ialah kaedah tinjauan. Instrumen yang digunakan untuk

penilaian ini ialah item-item soal selidik yang berdasarkan jawapan ya atau tidak

dengan ruangan komen akan disediakan untuk diisi oleh sasaran penilaian.     

Penilai sasaran terdiri daripada

a)          Pelajar (peserta kursus KDP 14 Minggu Komputer Dalam Pendidikan

b)          Guru / Pengajar / pensyarah

c)           Pengkali / penulis

d)           Pakar pengaturcaraan

 

a)       Satu senarai semak akan digunakan bagi menilainya dan diedarkan kepada

penilai sasaran iaitu 40 orang peserta kursus KDP 14 Minggu Komputer

Dalam Pendidikan ,pensyarah dan pakar pengaturcaraan perisian PPBK  di

salah sebuah maktab  perguruan. Satelah selesai menggunakan perisian

PPBK  bertajuk Asas Perkakasan Komputer ini, borang penilaian akan

diedarkan dan penilai sasaran ini akan mengisi

borang  menjawab  menjawab beberapa soalan dan item yang

Page 4 of 18

Page 6: HBML4203 Kesusasteraan Melayu

dikemukakan dalam senarai semak yang terdapat dalam borang penilaian

ini.

b)       Penulis akan membuat pemerhatian dan mendapatkan beberapa maklumat

atau maklumbalas melalui temubual yang dilakukan terhadap

beberapa  lima  pelajar yang menggunakan perisian ini, dua orang

pensyarah yang mengajar subjek dan dua orang  pakar pengaturcaraan

perisian PPBK yang dikenalpasti di kalanagan tenaga pengajar yang ada.

c)   Guru atau tenaga pengajar yang terlibat secara langsung dalam proses

pengajaran matapelajaran perkakasan Komputer juga akan memberikan

maklumbalas mengenai perisian ini dengan mengisi borang senarai semaka

yang disediakan. Satu sesi temubual akan dilakukan oleh penulis dengan

guru berkenaan untuk mendapatkan beberapa maklumat mengenai mutu

perisian, kesesuaian kandungan, grafik, audio, kesesuaian perisian.

d)     Beberapa orang pakar pengaturcaraan perisian PPBK dan matapelajaran akan

membuat penilaian terhadap perisian ini. Penilai akan memberikan

maklumbalas dari segi mutu, kualiti kandungan perisian, persembahan,

rekabentuk pengajaran dan teknikal. Satu instrumen penilaian akan

digunakan oleh jawatankuasa ini.

 

3.0     Prinsip-prinsip Penggunaan Komputer dalam Pengajaran

 a)      Temubual

Pada peringkat awalnya penulis akan membuat temubual secara terancang dengan

beberapa orang peserta kursus dan juga pensyarah atau guru yang terlibat dalam

proses pengajaran dan pembelajaran subjek asas perkakasan komputer. Tujuan

temubual ini dilakukan ialah untuk mendapatkan maklumbalas dan juga seberapa

banyak maklumat yang tepat dan berkaitan dengan masalah yang wujud dalam

proses pembelajaran sekarang. Maklumat yang diperolehi itu akan dikumpulkan

dan direkodkan .Soalan- soalan yang akan dikemukakan itu berdasarkan kepada

satu senarai semak yang mengandungi item-item berikut.

Page 5 of 18

Page 7: HBML4203 Kesusasteraan Melayu

i.          Kandungan tajuk yang sedang dipelajari

ii.        Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang digunakan.

ii.         Aktiviti dan latihan yang dilaksanakan dalam proses pengajaran dan

pembelajaran

iii.       Bahan bantu mengajar yang digunakan.

iv.        Proses penilaian yang dilakukan.    

v.       Bahan sokongan lain yang digunakan untuk proses pengajaran pembelajaran

 

b)      Pemerhatian

Preose pemerhatian akan dibuat oleh penulis terhadap perlaksanaan pengajaran

dan pembelajaran subjek asas perkakasan komputer. Satu senarai semak  akan

digunakan oleh penulis semasa proses pemerhatian ini . Melalui senarai semak ini

pemerhati hanya perlu merekodkannya pemerhatiannya. Pemerhatian dibuat ke

atas proses pembelajaran asas perkakasan komputer bagi mendapatkan gambaran

yang tepat tentang proses pembelajaran di dalam kelas ini. Pemerhatian

berpandukan senarai semak yang telah dibina oleh penulis yang merangkumi

beberapa perkara, antaranya ialah:

i.        Tindak balas pelajar semasa proses pembelajaran.    

ii.       Cara guru merangsangkan pelajar.

iii.      Ciri -ciri pengajaran yang menyukarkan pelajar untuk memahami proses

kerja.

iv.      Reaksi pelajar terhadap perisian ini yang menggunakan bahasa Inggeris.

v.       Cara guru mengendalikan alat bantuan mengajar.

vi.      Cara guru menilai kefahaman pelajar.

vii.     Respon pelajar terhadap contoh kerja yang diberikan kepada mereka.

viii.    Sifat kerjasama antara pelajar semasa membuat latihan.

xi.      Strategi yang digunakan semasa proses pembelajaran.

x.       Kesan strategi pengajaran yang digunakan.

Page 6 of 18

Page 8: HBML4203 Kesusasteraan Melayu

c)       Senarai semak

Dalam penilaian perisian kursus ini senarai semak akan digunakan oleh pengkaji

semasa fasa reka bentuk .Senarai semak akan bertindak sebagai panduan kepada

pengkaji semasa proses reka bentuk. Panduan ini akan membantu pengkaji untuk

membina perisian kursus berdasarkan matlamat dan objektif yang telah dirangka.

Ianya akan digunakan oleh pengkaji sebagai proses refleksi semasa proses reka

bentuk dijalankan. Senarai semak yang akan digunakan semasa proses reka bentuk

adalah seperti di bawah:

 

i.   Matlamat  Dan Objektif kajian

Pembinaan perisian kursus PPBK  ini dapat membantu pelajar memahami  tajuk

perkakasan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran teknologi maklumat.

1.             Penggunaan perisian PPBK dalam proses pengajaran dan pembelajaran

mengenai perkakasan komputer lebih menjimatkan masa dan dapat menarik

minat pelajar untuk belajar berbanding dengan kaedah tradisional.

2.             Penggunaan perisian kursus PPBK mengenai perkakasan komputer ini dapat

membantu meringankan tugas guru dalam membantu pelajar memahami tajuk

yang disampaikan

3.             Perisian ini dapat menyediakan suasana pembelajaran akses kendiri

mengikut tahap dan penguasaan pelajar.

Page 7 of 18

Page 9: HBML4203 Kesusasteraan Melayu

  ii.     Kelebihan Menggunakan Komputer (teknikal)

a)  Penggunaan unsur-unsur multimedia  yang interaktif  seperti grafik,audio,animasi

b)  Pengajaran menjadi lebih efektif dengan adanya  penggunaan hyperteks.

c)  Menjimatkan masa dan kos dan sumber dapat disimpan   dan direkodkan

iii.      Strategi Penggunaan Perisian

a)     Perisian digunakan sebagai bahan bantu mengajar untuk matapelajaran asas

perkakasan komputer

b)          Pengajaran berpusatkan pelajar di mana pelajar akan menggunakan perisian

ini untuk belajar dan mendapatkan maklumat mengenai perkakasan komputer.

c)          Strategi pengajaran pembelajaran akses kendiri, terarah kendiri dilaksanakan di

mana pelajar akan berinteraksi dengan komputer dan perisian mengikut

keupayaan masing-masing

 

iv.      Sumber Sokongan Perisian

a)           Perisian ini menyediakan panduan penggunaan dan maklumat

tentang  spesifikasi keperluan perkakasan komputer yang diperlukan

untuk  membolehkan nya digunakan

b)           Perisian ini bersifat executable (exe) iaitu boleh dilaksanakan tanpa bergantung

kepada perisian asal atau mana-mana perisian lain.

Page 8 of 18

Page 10: HBML4203 Kesusasteraan Melayu

v.      Aspek Pendidikan  Dalam  Perisian

a)      Matlamat pengajaran

       Kandungan perisian tersebut sesuai dengan  matlamat pengajaran dan

pembelajaran dan mencapai objektif.

       Keseluruhan kandungan sukatan dalam perisian menepati kehendak kurikulum

pendidikan.

b)      Objektif pembelajaran

 

       Perisian ini sesuai atau boleh membantu mencapai objektif-objektif pengajaran

dan pembelajaran

       Mempunyai maklumat yang bersesuaian dengan kumpulan sasaran yang boleh

membantu pelajar memahami tajuk

       Pelajar dapat melibatkan diri secara aktif dalam proses pengajaran

pembelajaran

       Suasana pembelajaran yang menyeronokkan dengan adanya integrasi elemen-

elemen multimedia seperti animasi, audio.

       Proses pembelajaran dijalankan mengikut keupayaan pelajar

       Menyediakan latihan dan aktiviti susulan yang sesuai

.

c)           Penerapan Nilai Murni

Terdapat penerapan unsur-unsur nilai murni dalam perisian seperti:

     Menghargai kepentingan dan sumbangan teknologi maklumat dalam

menyelesaikan sesuatu tugas

       Melakukan sesuatu tugas mengikut prosedur yang betul

       Mengambil bahagian dan bertolak ansur dalam kerja kumpulan

       Berkeupayaan untuk berkomunikasi secara verbal dan non verbal untuk

mendapat dan menyampaikan maklumat

Page 9 of 18

Page 11: HBML4203 Kesusasteraan Melayu

       Memandang tinggi sumbangan multimedia

 

d)           Pensebatian Unsur-Unsur KBKK

 

       Kebolehan menyusun dan menyenggara sistem komputer serta

menggunakannya untuk berkomunikasi dan menyelesaikan masalah

       Kebolehan mengenalpasti dan menyelesaikan masalah mengikut perancangan

yang dibuat dengan bantuan perisian

       Kebolehan membuat bandingan beza.

 

e)           Kesesuaian Kandungan

Kandungan perisian menepati kandungan kurikulum

Isi kandungan menepati  dan boleh mencapai objektif yang dinyataka

Perisian ini  tidak mengalami kesilapan fakta dan ejaan

Penggunaan bahasa Malaysia yang  mudah dan sesuai dengan sasaran

       Perisian menggalakkan interaksi pelajar melalui latihan atau ujian untuk

menggalakkan maklumbalas oleh pelajar.

       Perisian menggalakkan pembinaan pengetahuan pelajar dengan bantuan guru

atau sesama pelajar melalui pendekatan konstruktivisme supaya pelajar lebih

efektif.

       Perisian yang dibina menyediakan ruang perbincangan dan aktiviti susulan

yang boleh memperkembangkan kognitif pelajar.

Page 10 of 18

Page 12: HBML4203 Kesusasteraan Melayu

f)             Pedagogi

a)      Perisian ini   sesuai dengan peristiwa atau langkah pengajaran sepertimana

yang telah digariskan oleh Gagne (1985) di mana terdapat sembilan peristiwa

pengajaran semasa mengajar seperti

       Mendapatkan perhatian

       Menyampaikan objektif pelajaran

       Mengingatkan semula pelajaran lepas

       Menyampaikan objektif pelajaran

       Memberikan contoh yang baik dan sesuai

       Memberikan latihan

       Mendapatkan maklumbalas

       Memberikan ujian untuk mengukur prestasi

       Menyediakan aktiviti pengayaan

 

b)    Perisian yang dibina ini boleh difahami oleh kumpulan sasaran

c)    Maklumat yang terdapat dalam perisian adalah tepat dan relevan dengan objektif

pengajaran serta boleh meningkatkan motivasi pelajar.

d)    Perisian juga mudah dikendalikan oleh pelajar dengan bantuan minimum

daripada guru.

e)    Perisian dapat menarik perhatian pelajar seperti penggunaan warna yang sesuai,

animasi, grafik, audio dan sebagainya untuk meningkatkan motivasi pelajar.

f)      Perisian ini juga perlu mempunyai menu atau pilihan untuk memenuhi keperluan

pelajar yang mempunyai pelbagai kebolehan.

g)    Kesuaian maklumbalas adalah sesuai dengan objektif pengajaran. Jenis

maklumbalas terdapat dalam perisian ialah bermaklumat, maklum balas motivasi

dan maklumbalas pengesahan.

h)    Perisian ini mempunyai simpanan rekod prestasi pelajar.

i)      Panduan pengguna disediakan bagi menerangkan cara-cara menggunakan

perisian.

Page 11 of 18

Page 13: HBML4203 Kesusasteraan Melayu

j)      Perisian mudah dikawal oleh pelajar untuk bergerak dari satu bahagian ke

bahagian lain dan boleh berhenti bila-bila masa dan boleh meneruskan semula

pelajaran.

k)    Arahan atau panduan disediakan jelas, ringkasteratur, konsisten.

l)      Ujian atau latihan yang disediakan adalah bersesuaian dengan objektif

pengajaran.

m)  Terdapat unsur-unsur kreativiti dan Inovarif dalam perisian

n)  Mempunyai unsur-unsur yang akan saling bertindak atau maklumbalas

bukannya page turners. Ini adalah untuk memastikan   pengguna dan komputer

saling berhubungan antara satu sama lain. Interaktif yang disediakan sesuai dengan

objektif pengajaran.

o)  Elemen navigasi menggunakan pendekatan metafora dinamik, perpetual unique

navigation, misalnya menu utama menggunakan   topik sebenar dalam sub menu,

subtopik.

 

g)           Reka Letak (Gaya persenbahan)

 

a)    Unsur-unsur teks, arahan dan naratif yang jelas, padat dan teratur juga akan

dipaparkan pada skrin.

b)    Jumlah teks yang digunakan pada latarbelakang tidak terlalu banyak sehingga

menyukarkan pembacaan pelajar.

c)    Teks yang berkaitan dan jelas. warna ,saiz font  kontras dengan latarbelakang

disamping saiz huruf yang sesuai untuk dilihat dan dibaca dengan jelas.

d)  Penggunaan visual dan animasi yang berkeupayaan untuk membantu pelajar

memahami tajuk, menjelaskan konsep tentang isi kandungan perisian komputer. Imej

statik digunakan untuk memberikan gambaran tentang sesuatu objek, fakta atau konsep.

Page 12 of 18

Page 14: HBML4203 Kesusasteraan Melayu

e)  Pemilihan corak latarbelakang yang mengambil kira perkara berikut.

       Kapasiti paparan warna pada monitor

       Penggunaan gambar imbasan yang berkualiti dan menarik.

       Penggunaan video yang relevan dengan tema perisian

       Format layout skrin adalah consistent dalam keseluruhan perisian

kursus.

f)   Warna jelas, selesa dipandang dan mempunyai kontras yang baik antara latar

belakang dengan imej. Jumlah warna yang digunakan tidak lebih daripada empat

warna dalam satu skrin.

 

4.0        Komputer Sebagai Alat Pengajaran

PenilaianPenilai Kaedah Instrumen

Proses Mentadbir

Maklumat Penilaian

Penilaian

Formatif

Peserta kursus KDP

14 Minggu

Komputer

TemubualSet senarai

semak

 Lima orang peserta kursus

yang  dipilih untuk

ditemubual terdiri daripada

tiga peserta lelaki dannm dua

peserta perempuan yang

mempunyai tahap

pengetahuan dan kemahiran

komputer yang baik

 

  Temubual Set  senarai Sesi temubual dengan

Page 13 of 18

Page 15: HBML4203 Kesusasteraan Melayu

Guru / tenaga

pengajar

 

semak

seorang pensyarah yang

mengajar asas perkakasan

komputer. Soalan yang

dikemukakan adalah

berdasarkan senarai semak

yang telah dibina

 

 

Pakar

Pengaturcaraan 

 

TemubualSet senarai

semak

.Salah seorang daripada

pensyarah yang

dikenalpasti mempunyai

pengetahuan dan kemahiran

dalam bidang pengaturcaraan

perisian. Sesi temubual akan

dilakukan unrutk

mendapatkan maklumat dan

komen mengenai kesesuaian

perisian dalam pelbagai

aspek.

 

 

 

Peserta kursus KDP

14 Minggu

Komputer dan

Guru

Pemerhatia

n

Set senarai

semak

Pemerhatian dibuat dibuat ke

atas satu sesi pembelajaran

asas perkakasan komputer

dan dari pemerhatian

tersebut beberapa maklumat

yang diperlukan akan

diambil  untuk melihat

kekuatan dan kelemahan

sistem yang sedia ada dan

keberkesanan pebggunaan

Page 14 of 18

Page 16: HBML4203 Kesusasteraan Melayu

perisian PPBK dalam

pengajaran pembelajaran

tajuk berkenaan.

 

 

 

Pakar

Pengaturcaraan

Perisian PPBK

TemubualSet  senarai

semak

Sesi temubual juga dibuat

pada pakar pengaturcaraan

perisian PPBK   untuk

mendapatkan maklumat asas

tentang keperluan perisian

kursus PPBK dalam proses

pengajaran pembelajaran

asas perkakasan komputer.

 

 

 

Penulis Perisian

Pemerhatia

n

Set senarai

semak

Dalam proses

membangunkan perisian

penulis akan penulis akan

memerhatikan supaya reka

bentuk perisian PPBK yang

dihasilkan akan menepati

kehendak-kehandak dan

keperluan pembangunan

perisian PPBK bertajuk asasa

perkakasan komputer

berpandukan senarai semak

yang telah di bina.

 

Penilaian Peserta kursus KDP

14 Minggu

Tinjauan Soalselidik Empat puluh orang pelajar

yang sedang mengikuti

Page 15 of 18

Page 17: HBML4203 Kesusasteraan Melayu

Sumatif

Komputer

kursus KDP 14 minggu

Komputer dalam pendidikan

akan menjawab soalan yang

disediakan dalam borang

soalselidik.

 

 

/Guru

 

Tinjauan  Soal selidik

Dua orang tenaga

pengajar yang  telibat dalam

pengajaran  asas perkakasan

komputer akan menjawab

soal selidik.

 

 

 

Penulis Perisian

Tinjauan  Soalselidik

Penulis akan membuat

penilaian dengan menjawab

soslan-soalan yang  

disediakan dalam

borang  soal selidik  .

 

 

 

Pakar

Pengaturcaraan

Perisian PPBK

Tinjauan Soal selidik

Pakar pengaturcaraan

perisian PPBK yang telah

dikenalpasti diminta

untuk menjawab soal selidik.

 

 

                           Jadual 1:          Senarai Semakan Penilaian Perisian 

Page 16 of 18

Page 18: HBML4203 Kesusasteraan Melayu

RUJUKAN

Gagne, Briggs and Wager. 1974.  Dalam EdTech'98 Proceedings:Dalgarno

.

Mohd Nasarruddin Ahmad. 1990. Penghasilan dan penilaian satu perisian penjana

ujian: satu kajian. Universiti Sains Malaysia.

 

 

Norhashimah Abu Samah.1996. Pengajaran Bantuan Komputer.DBP.Kuala Lumpur

 

Reeves, Thomas C. 1991. Ten commandments for the evaluation of interactive

multimedia in higher education. Journal of Computing in Higher Education Vol. 2:

84-113.

 

Rozinah Jamaluddin.2000. Asas Asas Multimedia Dalam Pendidikan.Siri pengajian

Dan Pendidikan Utusan. Utusan Publications & Distributors Sdn.Bhd.

 

Yusup Hashim. 1998. Teknologi Pengajaran.Siri Pendidikan Fajar Bakti.Shah Alam

Page 17 of 18