Upload
fatcroftsimplecode
View
1.328
Download
14
Embed Size (px)
Citation preview
PEMIKIRAN DALAM PENDIDIKAN
KESUSASTERAAN MELAYU
(LHE 3154)PENSYARAH:
TUAN HAJI NAFFI MAT
DISEDIAKAN OLEH:
MOHD REDZUAN BIN ZAINAL ABIDIN (PBMP SEMESTER 6)
1
10 Januari 2011
KONSEP:
Pemikiran adalah kata nama terbitan dari kata dasar
“fikir”
Asalnya dari kata Arab, “fikrun” atau “afkar” bererti
fikiran.
Dari akar kata “fakara”, “yafkira”, “fikran”, “fakkara”,
“afkara”, “tafakkara” & “iftakara” bererti
memikirkan perkara itu, memikirkan sesuatu.
“fikkir” & “faikar” bererti yg banyak berfikir.
“Tafakkur” bererti yg memberi erti kata hal2 tentang
berfikir.
Kalimat “fikir” & “fikiran” sebagai “ingatan” , “angan2”,
“renung”, “akal”, “pemikiran”, “pendapat”.
Pemikiran dihubungkan dgn akal “aqi” & “tiqul” bererti
fikiran @ “aqil”, “uqla” bererti mereka yg berakal &
dihubungkan dgn kalimat hakim bererti bijaksana.
Kalimat akal bererti “budi fikiran” , “daya upaya”, “ikhtiar” ,
“muslihat”, “tipu daya”.
Kalimat berakal bererti mempunyai akal (fikiran), cerdik
(dapat berfikir) pandai mencari akal (ikhtiar).
Akal sama dengan “mind” (BI).
Akal @ mind – menjadi fakulti (besar) segala kegiatan
berfikir manusia & berpunca daripada situ muncul pelbagai
bentuk pemikiran manusia.
2
Kemudian, dihubungkan dgn sifat kecendekiawanan @
keintelektualan seseorang manusia.
Sifat intelek dikaitkan dgn segala bentuk & ragam fikiran dlm
pelbagai jenis karya.
Intelek dikatakan perlakuan yg unik drp manusia iaitu
pemikiran utk menguasai persekitaran melalui latihan fakulti
kecerdasan @ kebolehan menggunakan konsep2 yg abstrak.
Rumusan akal (mind) dihubungkan dgn seseorang
intelektual yg selalu berfikir atas sesuatu masalah dlm
masyarakat.
Rumusan pemikiran-fikiran @ idea yg wujud drp golongan
intelektual yg telah menggunakan akalnya lm memikirkan
masalah dlm masyarakat yg melibatkan dirinya @
lingkungan & pemikiran.
Golongan intelektual memiliki daya intelek tinggi & peka
terhadap masalah yg timbul dlm masyarakat.
12 Januari 2011
PEMIKIRAN PRIMITIF (PRAMODEN)
Tylor (dlm Stocking 1968), Levy-Bruhl (1910) & Levi-Strauss
(1966)-mengkategorikan pemikiran primitive & moden
3
mempengaruhi pandangan & wacana antropologi abad ke-
19.
Pemikiran primitive sebagai kontras manusia moden
dikatakan x logik, x rasional kerana terperangkap dlm
“mystical complex”.
Horton (1967) menyatakan pemikiran primitive sebagai
pemikiran “tertutup” @ tradisional – utk mencirikan
masyarakat pramoden.
Pemikiran tradisional terperangkap dlm 1 situasi dipanggil
“closed predicament” (kemelut tertutup).
Pemikiran tertutup bersifat magis, x reflektif & x logik.
Pemikiran lisan memantulkan cirri pemikiran primitive – teks
sastera lisan.
Sastera lisan bersifat mudah, stereotaip, penuh keselarian &
pengulangan seolah-olah menggambarkan pemikiran yg
rendah keupayaan intelek & ini bermakna tidak
memperlihatkan tingkat keupayaan kreatif tinggi.
Proses penciptaan karya dilihat sebagai suatu sumbangan
budaya (Finnegan, 1973) kerana pemikiran masyarakat
primitif dikatakan tidak mungkin dapat melahirkan bakat
kreatif @ daya imaginasi @ pemikiran yg reflektif seperti yg
dimiliki oleh masyarakat moden.
Finnegan juga menyatakan manusia sering mendengar
pernyataan yg merendahkan mentality pramoden.
Dalam kompleks pemikiran yg begitu, mitos, lagenda, unsur
magis & kuasa ghaib membentuk khazanah ilmu, binatang, 4
dewa, pari2 & manusia sama penting dlm membentuk satu
kosmos yg koheren & bermakna.
24 Januari 2011
PEMIKIRAN DALAM KESUSASTERAAN MELAYU
Pemikiran Melayu Tentang Alam
Aspek pemikiran orang Melayu mencakupi alam nyata &
alam ghaib.
Bentuk pemikiran ini ada kaitan dengan system kepercayaan
& agama yg mereka anuti seperti anismisme.
Bg org Melayu, teras pemikiran mereka adalah agama Islam.
Pemikiran Tentang Alam5
Dalam pemikiran Melayu, alam merupakan makhluk yg Allah
dijadikan terlebih dahulu drp manusia.
Secara umum, alam terbahagi kpd 2, iaitu alam ghaib &
nyata.
i. Alam Nyata
Dikenali juga akan alam material yg difahami org
Melayu ialah alam yg terdiri drp langit & bumi
serta isinya dapat dilihat dgn mata kasar.
Langit berada di bahagian atas dr bumi & sgt luas.
Terdiri drp matahari, bulan & bintang2.
Bumi dikatakan ada 7 lapis, permukaannya
termasuklah laut, tasik & sungai, tanah yg meliputi
bukit & gunung-ganang, tumbuhan & binatang.
Lapisan bumi paling bawah dikenali perut bumi,
manakala di tengah lautan terdapat pusat tasik yg
disebut “Pauh Janggi” (Rentse, 1933)
Menurut Skeat (1984), pusat tasik bg org Melayu
adalah lubang besar di tengah lautan & didiami
ketam raksasa.
Mengikut Ratse, org Melayu percaya pusat tasik ini
didiami oleh naga.
Org Melayu percaya di bumi masih ada lg satu
tempat yg dipanggil seberang laut yg menjadi
tempat tinggal binatang2 ajaib seperti garuda,
gajah putih & buaya putih.6
Mengikut org Melayu, alam nyata terbina drp 4
unsur iaitu tanah, air, api & angin yg mempunyai
sifat sejuk, lembap, panas & kering.
Mengikut Syed Hussain Nasr, keempat-empat
unsur ini membentuk diri manusia yg dipanggil
mikro kosmos.
Alam bukan sahaja membekalkan makanan, tetapi
lambang kekuatan semangat berdasarkan kpd
penggunaan Bintang 12.
Unsur alam & sifatnya dijadikan asas dlm ilmu
tilikkan utk menentukan keserasian di antara
sepasang sahabat, kekasih, suami isteri sama ada
membawa tuah, untung, murah rezeki, sial, rugi &
papa kedana.
Selepas tilikkan itu, dibaca mantera pengasih bg
pasangan yg serasi & mantera membuang sial @
pelemah utk pasangan yg x seimbang.
Alam dpt memikirkan tentang keindahan.
Org Melayu juga memikirkan tentang kekuatan diri
@ kuasa utk menundukkan org lain @ makhluk
halus dgn mengaitkan diri dgn bukit-bukau,
gunung-ganang, binatang ajaib & sebagainya.
ii. Alam Ghaib
7
Bg org Melayu, alam yg dipercayai wujud dlm satu
ruang & mempunyai bentuk, tetapi x dpt dilihat
dgn mata kasar.
Alam ghaib terbahagi kpd 3 iaitu, alam neraka,
alam syurga & alam kayangan.
Org Melayu percaya kayangan terletak di lapisan
pertama langit & didiami oleh para dewa &
“Valter”.
Kayangan yg wujud dlm pemikiran org Melayu
adalah tempat yg indah & mulia yg diduduki para
dewa & manusia luar biasa.
Syurga adalah tempat yg kekal abadi selepas Hari
Kiamat bg org yg baik2.
Org Melayu percaya terdapat beberapa syurga,
antaranya syurga Firdaus.
Neraka merupakan tempat tinggal makhluk kafir &
mereka melakukan dosa kerana melanggar
perintah Allah S.W.T.
Pemikiran Tentang Diri & Manusia
Alam kehidupan terbahagi kpd
I. Alam rahim
II. Alam dunia
III. Alam barzakh
IV. Alam akhirat8
Alam Hakikat Diri
Komponen utama:
I. Jasad
II. Jiwa – hati, nafsu & akal
III. Roh
7 Februari 2011
FALSAFAH PENDIDIKAN KESUSASTERAAN MELAYU
“Pendidikan Kesusasteraan Melayu di Malaysia bertujuan untuk
menjana minda, rohani dan emosi, mengukuhkan jati diri,
menyuburkan budaya bangsa dan memupuk sikap berdaya saing
ke arah pembinaan insan bestari”
Falsafah mengandungi nilai serta kecenderungan sesebuah
masyarakat.
Mencerminkan impian inspirasi & harapan masyarakat &
negara.
Pendidikan KM adalah wahana utk membolehkan murid
menjiwai unsur:-
a) Kemasyarakatan
b) Kemanusiaan, kebudayaan, kewarganegaraan
c) Menanam rasa bangga & cinta pd negara dlm satu
wawasan budaya kebangsaan.9
d) Mampu mengimbangkan perlakuan & sahsiah.
X dijelmakan dlm susun lapis kurikulum-pemikirannya tinggi-
perlu jelas hasil pembelajarannya.
Melibatkan domain afektif- maka guru perlu mentafsir.
Teks sastera memiliki elemen jati diri, iaitu melahirkan
masyarakat yg utuh, kuat, berdisiplin & bertaqwa &
semangat patriotism.
Menyuburkan budaya bangsa, memupuk sikap berdaya
saing & pembinaan insan bestari.
Elemen2 yg lebih terarah perlu ada dlm kurikulum supaya
guru lebih terarah dlm proses p&p.
Rangka kurikulum perlu menterjemahkan falsafah.
Falsafah KM merujuk kpd nilai2 luhur yg asasi @ fadhilah.
Ia menjelmakan wawasan tentang kehidupan &
kemanusiaan yg indah, luhur & unggul.
Menurut Hanna Holborn Gray, memikirkan tujuan pendidikan
memikir jenis manusia, jenis ketrampilan, jenis matlamat yg
paling sesuai utk menjaminkan kesejahteraan sosial & mutu
kewujudan tamadun (bangsa).
PEMIKIRAN PENGARANG2 TERKEMUKA
Pemikiran Pramoedya Anantatoer
Menurut Pramoedya, mereka yg x berfikir panjang, lalu
mengaku sbg pengkritik & sewenang-wenangnya
10
memberikan negatif ini dpt mencetuskan bahaya2 baru bg
kesuburan perkembangan sastera.
Sbg salah seorang anggota masyarakat, sasterawan
mencerminkan masyarakat pd zaman berkenaan dlm
karyanya melalui proses penyaringan.
Utk memahami & menyelami sikap & pemikiran Pramoedya
dlm karya-karyanya, maka wajarlah diberikan tumpuan kpd
hasil-hasil karyanya sendiri drp makalah2 kritikan.
Penulis novel mendedahkan pemikiran & sikapnya melalui
watak2.
Dgn ini, Pramoedya byk memaparkan hasrat &
kekecewaannya melalui watak dlm karyanya.
Hasil karya Pramoedya berhubung erat dgn kehidupannya
sendiri, maka dpt dikatakan karyanya merupakan suatu
saringan pengalaman kehidupan yg pernah ditempuhinya.
Pramoedya menganggap seni sastera yg terbaik adalah seni
sastera yg memihak kerana kedudukan pengarang yg dihidui
oleh masyarakat, maka sastera juga mempunyai tugas yg
membawa tugas & membawa pesanan.
Bg Pramoedya, segala sesuatu dlm kehidupan itu x berdiri
sendiri melainkan berhubungan dgn 1 sama lain dm 1
kompleks yg majmuk.
Pramoedya mementingkan tanggungjawab & kesedaran
terhadap masyarakat & juga yg bersifat peribadi.
11
Pd dasarnya, keunggulan penciptaan sastera bergantung
kpd taraf kemampuan kpd sikap tanggungjawab utk
kesedaran itu.
Hasil sastera tanpa kesedaran & tanggungjawab x
merupakan seni, malah boleh dikatakan antibudaya.
Sebenarnya Pramoedya x terlalu bergantung kpd ilham
kalau ada ilham ia dikatakan hasil kerja keras.
14 Februari 2011
Keluarga Gerilya-Kemanusiaan & Patriotisme
Keluarga Gerilya (KG) menggambarkan semangat rela
berkorban & keadaan persekitaraan yg diperlihatkan oleh
bangsa Indonesia.
KG dianggap novel revolusi, didasarkan kpd pengalaman &
kesaksian dlm perjuangan, kesengsaraan bangsa Indonesia
mencapai kemerdekaan & kedaulatan bangsa.
Dalam KG, Pramoedya bercerita tentang manusia yg menjadi
buas kerana tugas, tekanan hidup & keyakinan.
Namun manusia tetap manusia yg sesekali mempamerkan
sifat kemanusiaan sejati.
Saaman, watak utama dlm KG, sanggup membunuh ayahnya
sendiri. Bagi Saaman, menuntut kemerdekaan drp Belanda
lebih bererti drp jiwa seorang manusia.12
Usman Awang
Pemikiran dlm Novel “Tulang-Tulang Berselerakan” (1966).
Mengikut Mohd Yusoff Hassan: terdapat pemikiran
kerohanian & kebitaraan dlm novel ini.
Kisah kegawatan manusia menghadapi zaman darurat:
o Pd zaman ini penuh dgn unsur2 permusuhan, dengki,
khianat, belot, pembunuhan, kekejaman, kezaliman,
penderitaan, kesusahan & kesengsaraan.
o Manusia mula mengabaikan agama.
o Manusia bergelut mencari survival, penuh ketakutan &
kekecewaan.
o Masyarakat hidup tertekan dgn masalah kemiskinan &
kepayahan mencari kedamaian.
o Masyarakat masih percaya dgn amalan syirik-pakai
tangkal sbg pelindung-mencerminkan betapa ceteknya
keimanan manusia.
o Manusia terjerumus dlm kekelamkabutan hidup-darurat
telah merampas keimanan & ketaqwaan manusia dlm
mencari erti hidup.
o Dlm novel TB-konsep kemiskinan jelas dipaparkan di
kota & desa. Anggota polis tinggal di tempat yg sempit-
kemiskinan harta membawa kpd kemiskinan hati & budi
apatah lagi dlm suasana perang & darurat yg kejam &
zalim.
13
o Konsep kepimpinan ditonjolkan dlm TB, iaitu pemimpin
drp beberapa kuasa seperti Jepun, Inggeris & Komunis.
Ketiga-tiganya x dapat cari jalan penyelesaian
melainkan permusuhan.
Pemikiran Kebitaraan
o Kebitaraan bermaksud keunikan dr segi tindak tanduk
manusia dlm kehidupannya.
o Dlm TB, terdapat beberapa kumpulan manusia, iaitu
polis hutan, komunis, masyarakat luar bandar & bandar
(kota), pejuang kemerdekaan & nasionalisme Melayu.
o Keunikan dr segi tindak-tanduk manusia dlm
kehidupannya.
o Terdapat beberapa watak dlm TB: polis hutan, komunis,
masyarakat luar bandar & desa, pejuang kemerdekaan
& nasionalisme Melayu.
o Dlm TB-Leman, anggota polis yg berkelulusan dr Polis
Depot Johor Bahru, semasa di Melaka menghadapi
gerakan semangat kebangsaan dgn perarakan API-
AWAS-GERAM.
o Kehidupan org Melayu di Melaka mempengaruhi jiwa
Leman bagaikan org gila kerana tekanan hidup &
perempuan2 joget yg mencari makan.
o Dlm TB, kehidupan org Melayu di Melaka
mempengaruhi jiwa Leman-dia seperti org gila akibat
14
drp tekanan hidup & perempuan2 joget yg mencari
makan. Org awam panggil polis sbg anjing kompeni.
o Demi sesuap nasi, Leman terus berjuang
mempertahankan kuasa British, menentang komunis &
memusnahkan ladang2 & rumah penyokong komunis.
o Akhirnya dia mengakhiri kariernya utk mencari kerja
lain & berhasrat meninggalkan Melaka.
20 Februari 2011
Pemikiran Keris Mas
Mengikut pendapat Idris Zakaria-menjunjung falsafah “Seni
utk Masyarakat”-kesan drp tuntutan sosiopolitik, ekonomi &
budaya zamannya.
Keris Mas mahu menegakkan kebenaran dlm segala aspek
kehidupan manusia. Beliau menulis tentang keadilan
masyarakat, kebebasan berfikir, menentang penjajahan &
penindasan terhadap golongan yg lemah.
Menekankan harapan supaya bangsanya berdikari & berjiwa
besar. Kesedaran ini tertanam semasa beliau belajar di
Sumatera, Indonesia.
A. Rahim Abdullah berpendapat: Keris Mas mempunyai
pendangan progresif terhadap masyarakat boleh dikaitkan
dgn konsep Islam yg dinamik & maju. Dlm soal perkahwinan
misalnya secara halus beliau mengkritik sikap negatif
masyarakat Melayu (Islam) yg mengadakan majlis 15
perkahwinan secara besar-besaran sehingga kepentingan
agama diketepikan.
Dlm novel SBDKL-Keris Mas mengkritik fahaman Islam yg
konservatif & menghalang org Melayu dr terus maju &
bekerja keras. Cth: pelajar wanita di IPT yg anti-keduniaan &
enggan bekerja.
Tentang falsafah pemikiran Keris Mas, didapati walaupun
Islam menjadi unsur vital dlm karyanya, Islam yg
diketengahkan bukan dr jenis tradisional, klasik & defensif,
sebaliknya citra Islam ialah dr jurus islah @ reformasi. Keris
Mas menggunakan landasan kreatif utk menentang fikiran2
Kuam Tua.
Dunia Pemikiran Novel Melayu (S.O. Kelantan)
Dunia pemikirannya ialah juga alam pemikiran, yg
bermaksud pemikiran & keragaman cetusan idea drp
pelbagai golongan pengarang Melayu yg sgt akhrab dgn
lingkungan alam kosmologi Melayu.
Alam kosmologi merupakan persekitaran kehidupan yg
bersifat alamiah & tulen sifatnya-disebut juga alam flora &
fauna.
Org Melayu amat akhrab dgn persekitaran alamiah &
mempengaruhi karya mereka. cth : seseorang yg kedekut –
tangkai jering , mandi kerbau (mandi x bersabun).
16
23 Februari 2011
Pemikiran Satira
Satira dipinjam drp BI – satire. Asalnya satura (Latin),
kemudian diucapkan styra, kemudian satyre & akhirnya
satire.
Karangan yg mempersendakan @ menyindir org & lain2.
Utk menimbulkan cemuhan, nista & perasaan muak
terhadap penyalahgunaan & kebodohan manusia serta
pranatanya; tujuannya mengoreksi penyelewengan dgn jalan
mencetuskan kemarahan & ketawa bercampur dgn kecaman
& ketajaman akal.
Dpt dijadikan alat, sumber & bahan utk membina &
membentuk fikiran & falsafah & ideologi utk mengkritik
sama ada kehidupan sosial moral, politik & falsafah.
Karya kreatif yg mengandungi pemikiran tentang ragam
cara yg halus & tajam secara sindiran @ ejekan@ sendaan
yg boleh menimbulkan ketawa & kesedaran dlm kalangan
manusia tentang kebodohan, penyelewengan,
penyalahgunaan kuasa, ketamakan, kehalobaan,
kesombongan & kesalahfahaman & fikiran dlm sesuatu
golongan dlm sesuatu masyarakat, bangsa & negara.
17
Perkembangan Pemikiran Satira Melayu
Dlm cerita lisan-bermula dlm rumah org Melayu sendiri. Cth;
“kisah kutu kpd gadis sunti”.
Pengajaran: supaya ibu2 Melayu peka & prihatin dgn
pertumbuhan anak2 gadisnya. Mereka akan mewarisi
kehalusan budi & sopan santun dlm kehidupan keluarga. Cth
lain; menyanyi di dapur akan mendapat suami tua.
Cerita Perlumbaan Arnab & Kura2: menampilkan pemikiran
tabah & tekun serta yakin pd kebolehan akan membawa
kejayaan.
Memberi pendidikan bahawa tubuh badan yg kecil x
semestinya akan kalah kalau menggunakan kekuatan minda.
Cerita Mat Jenin berangan-angan: makna angan2 adalah
“ingatan, fikiran, gambaran @ bayangan dlm fikiran,
khayalan, fikiran @ ingatan”.
Angan2 ini merupakan permulaan manusia merangka &
merancang masa depan- permulaan dr suatu program yg
besar.
28 Februari 2011
Pemikiran dlm Cerita Jenaka
Pemikiran dlm CJ lebih tajam & amat digemari dalam
masyarakat Melayu.
Peranan wataknya seperti Pak Pandir, Pak Kaduk, Lebai
Malang, Pak Belalang & Si Luncai menimbulkan kesan humor
& unik. 18
Dlm cerita Pak Pandir, digambarkan kebodohannya serta
seluruh hidupnya mendatangkan keburukan & malapetaka.
Perutusan: kebodohan itu membawa kpd kehancuran diri
sendiri, keluarga & masyarakat. Sifat ini harus dijauhi kerana
membawa kpd kemusnahan; member gambaran negatif
terhadap sesebuah rumah tangga kpd perempuan, ibarat
“berkemudi di haluan”.
Cerita Pak Pandir & Lebai Malang- menyindir org yg terlalu
byk perhitungan utk bertindak semata-mata keranan
memikirkan keuntungan diei sendiri, akhirnya membawa kpd
kerugian & malapetaka.
Cerita Pak Kaduk mempunyai pemikiran yg halus & tajam
utk menyindir suatu golongan. Pak Kaduk dianggap dungu &
tolol.
Terjadi begitu kerana Pak Kaduk & Si Luncai mendepani
kewibawaan sang Raja. Tidak ada unsur kebetulan kpd
mereka sebagaimana Pak Belalang.
Pak Pandir, Lebai Malang & Pak Kaduk menjadi sengsara
sepanjang hidupnya kerana x ada unsur kebetulan yg
menguntungkan.
Peristiwa tragis ialah Pak Kaduk terlalu “dungu” & tolol utk
menghalalkan perbuatan raja yg zalim & kejam terhadap
rakyatnya yg ingin mencari rezeki di “gelanggang raja”.
Si Luncai tetap menghormati raja.
Sebenarnya, Si Luncai seorang yg cerdik- iaitu menukarkan
labu dgn seorang lelaki India ke dlm guni.19
Pemikiran dlm Penglipur Lara
Walaupun byk menceritakan mengenai pengambaraan,
kesaktian & perjuangan anak raja, tetapi terdapat cerita
mengisahkan perjuangan utk kemerdekaan org Melayu-
Hikayat Anggun Cik Tunggal.
Pemikirannya menonjolkan perjuangan org Melayu dlm
bentuk cerita secara alamiah dgn lambang yg halus & tajam,
iaitu menentang penjajahan Barat.
3 Mac 2011
Pemikiran Saintifik & Kreatif
Bluhm (1978) – kemahiran saintifik dikenali juga sebagai
kemahiran kritis @ kemahiran pemikiran intelek.
Ismail Jusoh & Zurid Ismail – pemikiran saintifik peringkat
tinggi- kemahiran yg sentiasa mendorong seseorang
menggunakan minda secara aktif & kreatif.
Pemikiran saintifik kreatif utk melahirkan masyarakat yg
saintifik, progresif & inovatif.
Pemikiran Saintifik/Kreatif dlm Sejarah Melayu
Telah disampaikan oleh Tun Sri Lanang secara tersurat &
tersirat.
Keintelektualan pengarang terserlah dlm karya agung &
dapat dikatakan pemikiran intelek beliau mendahului zaman.
20
a) Konsep rekaan kapal selam
Raja Suran telah masuk ke dlm laut dgn memasuki peti
kaca yg berpesawat dr dlm.
Peristiwa itu dianggap mitos yg bertujuan utk
mengagung-agungkan status Raja Suran yg
berkebolehan luar biasa.
Tersirat pemikiran saintifik, pengarang secara futuristic
mengimbas rekaan kapal selam. Pengarang dpt
menggambarkan manusia dpt mencipta sesuatu yg luar
biasa & dpt menyaksikan pemandangan di dasar laut,
siap dgn pembekalan oksigen.
Juga membuktikan kemampuan pengarang
menggunakan daya kreativiti utk mengimbas rekaan
kapal selam yg sudah jauh mendahului zamannya.
b) Konsep pembinaan negara kota/bandar di dasar laut
Dlm cerita pertama- Raja Suran tiba di negeri Dika,
kemudian berkahwin dgn puteri Raja Aftabul Ard
bernama Mahtabul Bahri.
Mitos dimasukkan oleh pengarang utk meninggikan
martabat Raja Suran, iaitu baginda berkahwin dgn
puteri tersebut di dasar laut.
Pemikiran santifik kreatif- baginda berjaya membina
negeri di dasar laut (konsep “buble city under the
sea”). Dgn teknologi canggih, Jepun & England berjaya
21
membina jalan kereta api di dasar laut, tapi belum ada
yg berjaya membina negara kota di dasar laut.
08 Mac 2011
Emosi:
Emosi adalah fitrah semula jadi yg dianugerahkan oleh
Tuhan kepada setiap insan di dunia ini.
Setiap manusia memiliki emosi yg berbeza-beza sama ada
cinta, kasih sayang, benci & marah.
Emosi manusia bukan sahaja berbeza-beza, tetapi juga
bersifat ekstream.
Emosi adalah tindakan @ reaksi tindakan sosiologi
seseorang individu terhadap sesuatu situasi yg dihadapinya
sbg ahli dlm masyarakat.
Emosi bersifat universal, tetapi tindakan2 emosi mengikut
budaya masing2.
Emosi org Melayu berbeza dgn org Cina & India.
Dlm konteks budaya Melayu, emosi dpt dilihat dlm bentuk
verbal & non-verbal.
I. Verbal
Leksikon kata2 yg digunakan menggambarkan
emosi penutur.
Kata2 menyatakan sedih, marah, sayu, gembira,
suka-duka.
22
Cara perkataan dituturkan dgn emosi
menggambarkan penafsiran emosi.
II. Non-verbal
Dilihat melalui mimiki muka @ body language.
Cth; membeliakan mata, muka yg merah padam.
Body language yg bersifat “culture interpretasi” .
cth; mengangkat bulu kening menggambarkan
rasa marah, ingin tahu.
Masyarakat Mauri, menyambut tetamu dgn
menjelir lidah, lagi panjang lidah semakin erat
layanan yg diberikan kpd tetamu.
Meludah @ mengeluarkan kahak, boleh
menimbulkan ketegangan @ pergaduhan.
14 Mac 2011
Rasa:
Rasa adalah tindak balas yg tercetus drp pengalaman
merasai, menikmati, mengecapi @ sentuhan perasaan.
Mengikut Kamus Sanskrit, rasa ialah sari pati, air, arak, susu,
madu, racun, raksa (merkuri), keinginan, indah, rasa kasih @
perasa.
Rasa dlm hubungannya dgn manusia dirujuk sbg rasa hati @
perasaan.
Rasa hati ialah keadaan hati yg apabila mengalami sesuatu
keadaan seperti rasa sedih sehinggalah ke peringkat yg 23
lebih tinggi, iaitu pengalaman estetik yg boleh menyebabkan
tindak balas yg lain. Cth; rasa sedih akan menyebabkan
tangisan, gembira-ketawa.
Dlm konteks Islam, rasa sbg perihal perlakuan yg disedari
kehadirannya.
Kant, rasa merujuk kpd Vigalita Vedyantara , iaitu
kehadirannya x boleh dipisahkan drp wujudnya diri sendiri.
Yg dikaitkan dgn pengetahuan semula jadi.
Pemerolehan pengalaman estetika ini dibuktikan melalui
kewujudan rasa, iaitu selera diri yg diistilahkan sbg
Sahrdaya.
Rasa dlm “Panglima Salleh Selempang Merah” (PSSM) karya
Zarah Nawawi. Mengisahkan kehebatan & kepimpinan tokoh
yg berwibawa, iaitu Panglima Salleh @ Cikgu Salleh @ Kiai
Salleh bg mengatasi pergolakan yg berlaku di Batu Pahat
disebabkan pihak Bintang 3 yg cuba merampas kuasa
pemerintahan drp pentadbiran tentera Jepun ketika itu.
Rasa pertama yg terdapat dlm novel PSSM adalah duka
kerana menyentuh tentang peperangan yg menyebabkan
byk nyawa terkorban. Tragedi ini jg menghilangkan rasa
belas kasihan kerana masing2 ingin melepaskan diri drp
ketakutan, kemiskinan, kezaliman serta kedaifan hidup.
Maka, rasa sedih/duka akan berlaku kesan drp kebuluran,
penyakit yg merebak, penindasan serta kekejaman.
Rasa kedua dlm novel PSSM adalah berang dianggap jg
marah. Rasa berang ini berkaitan dgn peristiwa @ situasi 24
tertentu yg dpt menimbulkan kemarahan & diperlihatkan
dgn tindakan2 seperti balas dendam, cemburu, fitnah,
menghina & sbgnya. Keberangan ini berpunca drp
keporkasaan, penderaan, pembohongan, perogolan, x setia,
mengancam, mengugut.
Dlm PSSM, pengarang menyentuh tentang wujudnya tali
barut Komunis yg terdiri drp bangsa Melayu sendiri.
Sikap negatif jelas diketengahkan oleh pengarang melalui
sifat busuk hati segelintir manusia yg akhirnya akan
memusnahkan strategi menentang penjajah.
Rasa ketiga, iaitu benci. Rasa benci dlm novel PSSM muncul
sbg sikap yg jijik dgn perilaku manusia & sanggup berpaling
tadah kpd pihak pengganas semata-mata ingin
mendapatkan kesenangan hidup di zaman penjajah masa
itu. Situasi ini akan merangsang emosi pembaca betapa
rapuhnya nilai kemanusiaan dlm kalangan bangsa Melayu
ketika itu semata-mata mengejar kesenangan & janji2 yg
ditaburkan oleh penjajah.
23 Mac 2011
Pemikiran Etika
1. Konsep: etika berasal drp perkataan Yunani “ethos” bererti
“kesediaan jiwa utk membentuk kesusilaan”.
2. Dr segi estimologi, etika menitikberatkan:
25
a. Perlakuan individu, iaitu maksudnya “org baik” @
“org x baik”.
b. ………………………………….
3. Dlm karya sastera, “ethos” mempunyai erti tersusun &
kesusilaannya sendiri merupakan kumpulan drp peraturan2
kesusilaan. Maka, etika disebut “sesuatu kebiasaan”.
4. Menurut al-Ghazali (1963), terdapat ciri2 berkaitan dgn
akhlak, iaitu:
Sabar & syukur
Takut & harap
Fakir (rendah diri) & zuhud (sederhana)
Muhasabah (nilai diri sendiri) & muraqabah
(……………….)
Taubat
5. Dlm pernyataan al-Ghazali:
Nilai akhlak Islam bersifat tetap & hakiki.
Barat melihat nilai akhlak bersifat nisbi & berubah
mengikut masa & keadaan.
6. Syed Muhammad Naquib al-Attas menyatakan:
“sbg Islam, tujuan menutut ilmu x lain bg memupuk
serta menjelmakan insane sempurna”.
7. Pendidikan Sekular Barat, melihat ilmu itu:
“hanya merujuk kegunaan hidup duniawi insane dlm
lingkungan masyarakat & negara”.
8. Maka, akhlak @ etika ialah pemikiran falsafah yg
menyentuh:26
Perkara2 kebajikan, kejahatan, perbuatan2 yg
dikatakan baik & teruk, hakikat sanubari, ukuran
kebajikan & kejahatan & sbgnya.
28 Mac 2011
Aliran Pemikiran Etika
a. Aliran etika naturalism – menganggap
kebahagian manusia boleh didapati dgn
menurunkan kejadian fitrah manusia itu
sendiri.
b. Aliran etika hedonism – perbuatan susila itu
adalah perbuatan yg menimbulkan “hedont”,
iaitu kenikmatan & kelazatan.
c. Aliran etika ulititarisme – menilai baik &
buruk perbuatan manusia, ditinjau dr kecil &
besarnya manfaat bg manusia.
d. Aliran etika idealism – berpendirian perbuatan
manusia x terikat pd sebab-musabab lahir,
tetapi haruslah didasarkan kpd prinsip
kerohanian.
27
e. Aliran etika vitalisme – aliran ini menganggap
baik & buruk perbuatan manusia itu sbg
ukuran ada @ tiada daya hidup yg
maksimumnya mengendalikan perbuatan itu/x
bersungguh-sungguh.
f. Aliran etika thelogis – berkeyakinan bahawa
ukuran baik & buruk perbuatan manusia itu
dinilai dgn sesuatu yg sesuai & x sesuai
mengikut perintah Tuhan.
Peranan Etika dlm Kehidupan Insan
Etika & moral mempunyai maksud yg berbeza:
etika merupakan tentang baik & buruk perlakuan
manusia.
moral adalah tingkah laku yg telah @ sedang dilakukan
oleh individu.
Penentuan baik & buruk moral bergantung kpd dasar etika
yg dipegang, dipatuhi & dijadikan garis panduan.
Etika merupakan unsur terpenting dlm kehidupan insan utk
menjamin kesejahteraan di dunia & akhirat. Tanpa etika yg
kukuh, masyarakat akan hancur & kehidupan porak peranda.
Shahnon Ahmad menyatakan bahawa etika amat penting &
menjadi tunjang bg manusia & berkembang kerana buruk
etika maka buruklah dia, keluarganya, masyarakatnya,
bangsanya & seluruh manusia. Kalau baik etikanya, maka
baiklah semuanya.28
Karya2 Hamka kebanyakkannya menyentuh tentang etika yg
baik.
Kesimpulan:
- Etika berfungsi utk membentuk peribadi yg luhur & insane
yg kamil & hidup dgn bahagia. Tanpa etika manusia akan
kecundang hidupnya. Manusia yg x beretika x mendapat
kehormatan semasa hidup & matinya.
04 April 2011
Pemikiran Etika dlm Karya HAMKA
Karya HAMKA bertolak dr dasar cinta.
Dr cinta tersimpul hidup yg harmoni & etika yg mulia.
Etika cinta HAMKA x terlepas dgn Islam.
Pemikiran etika dlm karya HAMKA terbahagi kpd 2;
1. Etika individu
2. Etika sosial
Karya sastera yg x mengandungi falsafah & ajaran2 yg benar
adalah karya yg kering & kosong.
Persoalan etika terjalin melalui ciri seni, iaitu keindahan
bahasa, keindahan gaya & keindahan latar sehingga
mengusik kalbu.
29
Etika Individu
Watak2 yg dikemukakan merupakan pertentangan haq & yg
batil. Pertentangan ini membuahkan hasil sama ada etika baik
atau etika buruk.
Dlm novel “Tenggelamnya Kapal Van Der Wijek”- memaparkan
watak utama Zainudin – seorang pemuda malang, jiwa lembut
& berperasaan halus menggunakan air mata utk membasuh
segala perasaan kasar dr jiwanya.
Zainudin seorang yg setia, jujur & ikhlas. Dia berjaya
mengubah cara hidup Muluk, iaitu dr perewar (melanggan
pelacur) kpd manusia yg bermaruah & bertanggungjawab.
Etika individu dpt jg dilihat dlm novel “Keadilan Ilahi” & “Di
Bawah Lindungan Kaabah”.
HAMKA x suka kpd etika “hedonism” sehingga beliau
mengenakan hukuman berat kpd mereka yg beraliran ini.
Watak Jazali – manusia yg mencari kepuasan dgn mengumpul
harta yg byk dgn cara menindas – dikenakan hukuman berat.
Kesimpulan- perlakuan yg baik akan dihormati org – etika yg
baik datang dr niat perlakuan & tindak-tanduk kpd sesuatu.
Dlm novel “Di Bawah Lindungan Kaabah” dikemukakan watak
Hamid yg dirundung malang. Dia lebih byk menangis drp
ketawa, miskin sehingga menafikan dia menerima
pelajaran/pendidikan. Tetapi, Hamid mempunyai peribadi yg
luhur, kuat & halus perasaannya. Dan bg HAMKA, hati manusia
yg keras jika dibasuh dgn air mata akhirnya akan menjadi
lembut jua. 30
Dlm novel “Keadilan Ilahi”, HAMKA sekali lg mengemukakan
anak muda yg sentiasa dirundung malang, hidupnya miskin
tetapi, berhajat utk memperisterikan Samsiah, iaitu tunangnya
sejak kecil.
Keikhlasan Adnan terhadap tunangnya digambarkan dgn
kegigihannya utk mencari rezeki di perantauan. Di perantauan,
Adnan berhadapan dgn nasib malang kerana duit yg
dikumpulnya telah dicuri. Akhirnya, Adnan pulang utk
memperisterikan Samsiah tetapi, Samsiah telah dikahwinkan
dgn org lain. Tragedi ini telah menyebabkan Adnan berusaha &
x lg memikirkan diri sendiri & dlm dirinya timbul persoalan
hidup ini suatu perjuangan.
Etika Sosial
Perlakuan individu mesti berhubung kait dgn alam sosial.
Keeratan kedua-dua etika ini dpt dilihat dlm novel “Tuan
Direktor”. Kelompok sosial dibina oleh Pak Yasin sehingga
menjadi ikutan org lain. Pak Yasin jg berjaya menarik
Fauzi, iaitu bekas pekerja kpd Tuan Direktor Jazuli.
Perlakuan etika Pak Yasin yg penuh yakin cb diterapkan
kpd anak buahnya.
HAMKA cb memaparkan tentang hambanya kehidupan
manusia yg hanya menghambakan diri utk organisasi
perniagaan org lain sedangkan dirinya terseksa kerana x
dpt menikmati kebebasan.
31
Karya sastera HAMKA yg lain seperti “Merantau ke Deli”
memaparkan tentang kegigihan individu utk
meningkatkan kualiti hidup rumah tangganya.
06 April 2011
Pemikiran Kebitaraan
Pemikiran jenis ini merujuk kpd watak2 & perwatakan yg
dikemukakan dlm sesuatu novel.
Kebitaraan bermaksud keunikan dr segi tindak-tanduk
manusia dlm kehidupannya. Terdapat beberapa kumpulan
watak dlm karya;
Kumpulan masyarakat bandar.
“ “ luar bandar.
“ “ beruniform – polis, tentera,
komunis.
“ pejuang kemerdekaan.
“ nasionalis.
Kumpulan masyarakat melambangkan kebitaraan terdapat
dlm novel “Tulang2 Berselerakan”, novel Sahnon Ahmad (yg
mendedahkan masyarakat petani yg miskin), karya
S.Othman Kelantan (yg mendedahkan masyarakat yg suka
berjudi).
Pemikiran Kesaintifikan 32
Pemikiran ini melibatkan unsur2 fakta tempat & zaman
secara saintifik yg ditonjolkan oleh pengarang.
Pengarang mengemukakan fakta2 sejarah secara terperinci.
Contoh; Usman Awang mendedahkan fakta pergerakan
Komunis pada zaman darurat yg berlaku dlm tahun 1947-
1952.
Biasanya, pengarang akan melakukan “research” utk
mendedahkan sesuatu fakta berkaitan dgn sejarah @ ilmu.
Fakta tokoh jg harus didedahkan secara saintifik, iaitu fizikal
tubuh & hal2 kerohanian. Contoh; utk menceritakan watak
Panglima Salleh, Tok Janggut perlu dilukis secara saintifik.
Pemaparan kostum jg perlu dilakukan penyelidikan berkaitan
dgn budaya & masyarakat. Contohnya; latar masyarakat pd
Zaman Melayu Melaka.
Pemaparan tentang alam kosmos jg perlu dikemukakan
secara saintifik, jgn bertentangan dgn realiti yg sebenar.
33