26
Their topic is: Apakah yang dimaksudkan dengan ‘kontrak sosial’ dalam konteks Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 dan bagaimanakah konsep ini berperanan dalam penggubalan perlembagaan itu? PENGHARGAAN Kami ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada pensyarah kami iaitu Puan Noorfadzlyah Ahmad kerana telah banyak memberikan tunjuk ajar, panduan dan bantuan kepada kumpulan kami sepanjang menjalankan tugasan ini dan juga membantu kami dalam menyiapkan laporan. Kami juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak Perpustakaan Universiti Tunku Abdul Rahman (Utar), Perak yang telah memberikan kerjasama yang positif dan jitu. Akhir sekali, kami juga merakamkan ucapan terima kasih kepada ibu bapa dan rakan-rakan seperjuangan yang turut sama membantu secara langsung atau tidak langsung dalam membuat

HE Assignment

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Curry Rendang

Citation preview

Page 1: HE Assignment

Their topic is: Apakah yang dimaksudkan dengan ‘kontrak sosial’ dalam konteks Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 dan bagaimanakah konsep ini berperanan dalam penggubalan perlembagaan itu?

PENGHARGAAN

Kami ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada pensyarah kami iaitu

Puan Noorfadzlyah Ahmad kerana telah banyak memberikan tunjuk ajar, panduan dan

bantuan kepada kumpulan kami sepanjang menjalankan tugasan ini dan juga membantu kami

dalam menyiapkan laporan.

Kami juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada

pihak Perpustakaan Universiti Tunku Abdul Rahman (Utar), Perak yang telah memberikan

kerjasama yang positif dan jitu.

Akhir sekali, kami juga merakamkan ucapan terima kasih kepada ibu bapa dan

rakan-rakan seperjuangan yang turut sama membantu secara langsung atau tidak langsung

dalam membuat kajian dan laporan ini. Semoga segala tunjuk ajar dan bantuan kalian dapat

aiaplikasikan pada masa hadapan dan kami amat menghargainya.

Sekian Terima Kasih.

Page 2: HE Assignment

Isi Kandungan

BIL. TAJUKMUKA SURAT

1. PENGHARGAAN

2. ISI KANDUNGAN

3. BAB 1 : PENGENALAN

1.0 KONTRAK SOSIAL DI MALAYSIA

4.

BAB 2 : PERBINCANGAN

2.1 DEFINISI DAN HURAIAN

2.2 KEPENTINGAN KONTRAK SOSIAL

2.3 PERANAN KONTRAK SOSIAL DI MALAYSIA

2.4 ELEMEN-ELEMEN KONTRAK SOSIAL MENURUT PERLRMBAGAAN PERSEKUTUAN

5. BAB 3 : ANALISIS

3.1 KAEDAH KAJIAN

6. BAB 4: KESIMPULAN

7. RUJUKAN

8. LAMPIRAN

Page 3: HE Assignment

Pengenalan

Menurut sejarah idea mengenai kontrak sosial mulai berkembang di Eropah pada abad

ke-17 dan 18. Konsep kontrak sosial kemudiannya dijelaskan dengan lebih mendalam oleh

ahli falsafah seperti Hugo Grotius, Jaque Rousseau, Kant, Thomas Hobbes dan John Locke

ialah bahawa manusia mewujudkan negara sebagai satu perjanjian bersama di mana setiap

individu itu bersetuju kepadanya. Kontrak ini bererti individu-individu yang bebas bersetuju

untuk menyerahkan haknya untuk memerintah diri sendiri itu kepada satu institusi bersama

yang berkuasa dan berdaulat. Tiga orang ahli falsafah yang banyak menghidupkan dan

mewarnai teori kontrak sosial dalam sains politik moden Barat, ketika zaman pencerahan dan

Revolusi Industri adalah Thomas Hobbes(Leviathan,1651M) ,diikuti oleh John Locke(Two

Treaties of Government ,1960) dan Jean Jacques Rousseau (Du Contact Social 1762).

Manakala dalam Islam persoalan-persoalan mengenai kontrak sosial telah

diperjelaskan oleh Rasulullah di dalam Piagam Madinah(Sahifah Madinah) sewaktu

perjalanan dakwah baginda mewujudkan Negara Islam di Madinah. Piagam Madinah adalah

dianggap kontrak sosial dan perlembagaan bertulis yang pertama di Dunia.

Setelah Rasulullah berhijrah ke Madinah, maka baginda terus menggubal piagam

yang dinamakan Sahifah Al-Madinah (Piagam Madinah) sebagai asas kepada pembentukan

sebuah negara baru iaitu Daulah Islamiyyah. Sahifah yang menjadi dokumen asas negara ini

digubal berdasarkan wahyu semata-mata. Antara kandungan yang jelas adalah unsur

pembentukan Negara, hubungan antara orang Islam dan kafir serta hubungan luar negara.

Keseluruhan perkara yang diperbincangan menjadi contoh bagi kontrak sosial dalam Agama

Islam.

Hasil dari istilah-istilah kontrak sosial yang diperolehi melalui sejarah definisi

Kontrak sosial ialah satu bentuk pakatan atau perjanjian untuk mencapai sesuatu maksud atau

tujuan antara dua pihak atau lebih sama ada secara bertulis atau lisan.

Page 4: HE Assignment

Kontrak Sosial di Malaysia

Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai pelbagai kaum atau etnik yang

hidup secara harmoni. Pembentukan Negara Malaysia ini dapat dilihat sejak dari zaman

Kesultanan Melayu Melaka, yang menjadi contoh kepada pembentukan negara yang ada

sekarang. Malaysia menjadi sebuah Negara yang unik dan istimewa kerana walaupun

penduduknya berbilang bangsa , agama dan kebudayaan, namun konflik antara kaum jarang

berlaku. Contohnya, peristiwa 13 MEI 1969 menjadi asa kepada pembentukan Malaysia amat

memikirkan kea rah kehidupan yang lebih harmoni dan aman damai tanpa memikirkan

kepentingan sesuatu kaum sahaja. Jika berlaku tidaklah sehingga menghancurkan negara.

Di antara masalah utama ke arah kemerdekaan ialah masalah perpaduan. Ia berkait

rapat dengan kepelbagaian keturunan, budaya, bahasa dan agama. Setiap kaum mahukan

bahasa ibundanya dijadikan bahasa kebangsaan. Di samping itu, kaum-kaum lain berasa

bimbang apabila orang Melayu mahukan agama Islam dijadikan agama rasmi. Sementara itu

orang bukan Melayu menuntut supaya mereka diberikan kerakyatan.

Sebaliknya orang Melayu mempersoalkannya. Masalah ini bukan disebabkan oleh

sikap kaum-kaum yang ada di tanah Melayu tetap hasil daripada dasar pecah dan perintah

Inggeris yang mengasingkan mereka dari segi tempat tinggal dan bidang ekonomi. Ini

menyebabkan mereka kurang berinteraksi, akhirnya mewujudkan jurang perbezaan dan

menjejaskan perpaduan.

BAB 2 PERBINCANGAN DAN HURAIAN

Page 5: HE Assignment

2.1 DEFINISI

Merujuk kepada Kamus Dewan Edisi Ketiga, apakah adalah kata untuk menanyakan

sesuatu. Dimaksudkan adalah dikehendaki dan diminta. Ia juga bermaksud diberi erti yang

sebenar, disampaikan atau dikatakan. Kontrak adalah perjanjian formal dengan syarat-syarat

tertentu antara dua pihak atau lebih. Ia juga bermaksud dokumen yang mengandungi syarat-

syarat perjanjian atau cabang undang-undang yang berkaitan dengan kontrak. Sosial adalah

segala yang berkaitan dengan masayarakat, perihal masyarakat dan kemasyarakatan. Konteks

adalah ayat yang menentukan atau menunjukkan erti perkataan yang terkandung di dalamnya.

Ia juga didefinisikan sebagai keseluruhan keadaan atau latar belakang tertentu yang ada

kaitannya atau dapat dihubungkan dengan sesuatu. Perlembagaan adalah undang-undang atau

peraturan negeri,dasar pemerintah negeri. Persekutuan adalah pergabungan untuk

kepentingan bersama ahli-ahli, negara-negara dan lain-lain. Tanah adalah negeri, daerah,

wilayah. Melayu adalah nama suatu bangsa dan bahasa. Bagaimana adalah dengan cara apa

atau dengan jalan apa. Konsep berdefinisi pendapat yang terbentuk dalam fikiran mengenai

sesuatu, tanggapan, gagasan dan idea. Berperanan adalah pemain sandiwara, pelawak. Ia juga

didefinisikan sebagai bahagian (sandiwara, pekerjaan, tugas) yang dipegang. Penggubalan

adalah perihal, perbuatan, tindakan dan sebagainya.

Kontrak sosial merupakan satu istilah permuafakatan antara kaum yang dicapai

sebelum merdeka melalui satu persetujuan di kalangan rakyat dan pemimpin yang terdiri

daripada kaum Melayu, Cina dan India. Pemeteraian kontrak sosial juga turut disertai dan

dipersetujui oleh parti-parti yang mereka wakili iaitu UMNO, MCA dan MIC. Istilah ini

sebenarnya tidak wujud dalam sejarah Negara dan permuafakatan yang dicapai itulah yang

mentakrifkan negara kita dan seturusnya menentukan sifat negara.

Kontrak sosial sebenarnya merupakan watikah asas keadilan sosial untuk negara.

Keadilan sosial yang terkandung dalam perjanjian ini merangkumi bukan sahaja soal keadilan

ekonomi tetapi juga politik dan keadilan kebudayaan. Oleh itu, kontrak sosial yang

dipersetujui perlu dijadikan rujukan asas segala usaha untuk menegakkan keadilan sosial di

negara ini.

Kontrak sosial di Malaysia adalah persetujuan semua kaum Melayu dan bukan

Melayu atas perkara-perkara yang sangat mustahak kepada kestabilan negara. Dengan

kewujudan kontrak sosial, orang bukan Melayu telah diberi hak kewarganegaraan yang

Page 6: HE Assignment

longgar berasaskan prinsip Jus Soli iaitu pengecualian orang bukan Melayu mengetahui

bahasa Melayu.

2.2 KEPENTINGAN KONTRAK SOSIAL

Termeterainya kontrak sosial telah menyebabkan perlembagaan disepakati bersama

terutamanya di kalangan Melayu, Cina dan India. Selain itu, kontrak sosial membolehkan kita

mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Hal ini kerana pihak British mengeluarkan syarat

iaitu permuafakatan. Apa-apa kesepakatan mesti ditelusi dengan keharmonian dan

persefahaman. Ia dapat memastikan kepentingan minoriti dan majoriti diambil kira dengan

tidak menjejaskan kepentingan masing-masing. Di samping itu, kontrak sosial juga adalah

anak kunci kepada integrasi kaum seluruhnya sebagaimana yang termaktub dalam

perlembagaan.

Seterusnya, kontrak sosial juga merupakan asas sistem pemerintahan kini iaitu negara

kita yang berteraskan Demokrasi Berparlimen dan raja Berperlembagaan dengan konsep

negeri dan persekutuan. Selain itu, kontrak sosial memastikan persetujuan-persetujuan

tersebut yang dicapai akan kekal dan diwarisi turun-temurun kerana persetujuan dianggap

memenuhi kepentingan yang bermasa panjang. Akhirnya, kontrak sosial dapat memastikan

semua pihak bersetuju mematuhi dan ia akan disampaikan kepada generasi seterusnya agar

tidak bercanggah pada masa depan.

Elemen penting kontrak sosial telah mewujudkan perlembagaan yang telah termaktub,

integrasi dan persefahaman antara kaum dan mencorakkan sistem pemerintahan negara

seterusnya dan kemerdekaan yang dikecapi.

2.3 PERANAN KONTRAK SOSIAL DI MALAYSIA

Kontrak sosial di Malaysia ialah persefahaman semua kaum Melayu dan bukan

Melayu bersetuju atas beberapa perkara yang sangat penting kepada kestabilan negara.

Melalui Kontrak Sosial ini, orang bukan Melayu telah diberikan hak kewarganegaraan yang

longgar berasaskan prinsip Jus Soli (pengecualian tentang perlunya mengetahui bahasa

Melayu bagi bukan Melayu). Orang Melayu pula diperuntukkan dalam perlembagaan

mengenai agama Islam, Bahasa Melayu dan kedudukan istimewa orang Melayu serta

Page 7: HE Assignment

kedudukan Raja-raja Melayu. Perlembagaan Malaya ini diisytihatkan pada 31 Ogos 1957,

diperbaharui apabila Singapura, Sabah dan Sarawak bergabung membentuk Malaysia pada 16

September 1963. Secara tak langsungnya menjalankan perjanjian kontrak sosial di kalangan

masyarakat utama kepada Melayu, Cina mahupun India telah mengakibatkan wujudnya

perlembagaan yang telah disepakati bersama. Selain itu tanpa kontrak sosial juga mungkin

negara tidak akan menikmati kemerdekaan. Apa yang pasti kesepakatan antara kaum itu perlu

ditelusi dengan persefahaman dan keharmonian. Masyarakat Malaysia sepatutnya tidak perlu

mendengar cadangan dari masyarakat luar tetapi hendaklah bersama-sama mencari jalan

penyelesaian yang terbaik ke arah membangunkan masyarakat itu sendiri.

Selain itu kontrak sosial juga secara tak langsungnya adalah anak kunci kepada

integrasi kaum seluruhnya sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan. Kontrak sosial

juga merupakan asas kepada sistem pemerintahan kini yang menjadikan negara kita negara

berteraskan Demokrasi Berparlimen, raja Berpelembagaan dengan konsep negeri dan

persekutuan. Kepentingan kontrak sosial akhirnya telah mewujudkan perlembagaan yang

baik, kemerdekaan, persefahaman dan integrasi antara kaum dan mencorakkan sistem

pemerintahan negara seterusnya.

2.4 ELEMEN-ELEMEN KONTRAK SOSIAL MENURUT PERLEMBAGAAN

PERSEKUTUAN

Perlembagaan Persekutuan adalah hasil daripada persetujuan yang tercapai antara

penduduk di Malaysia daripada kalangan kaum Melayu, Cina dan India. Perlembagaan

Malaysia bukan sahaja dokumen perundangan akan tetapi adalah kontrak sosial dan

perjanjian perdamaian. Perlembagaan Malaysia merupakan suatu bentuk tolak ansur yang

ulung dengan setiap kumpulan memberi sesuatu dan kembali mendapat sesuatu (yang lain).

Beberapa peruntukan yang digubal dalam perlembagaan mengekalkan beberapa elemen

penting yang menjadi tradisi sejak zaman sebelum penjajahan British lagi. Para penggubal

menganggap elemen-elemen tersebut penting memandangkan peranan yang dimainkan dalam

menjaga kestabilan negara terutamanya dalam konteks negara Malaysia yang berbilang

kaum. Peruntukan itu adalah hasil proses tawar menawar pada asasnya merupakan semangat

perjanjian di sebalik pembentukan perlembagaan tahun 1957. Sebahagian besar ciri-ciri

utama yang wujud dalam Perlembagaan Persekutuan adalah unsur kontrak sosial yang

dipersetujui oleh semua pihak. Elemen-elemen ini yang menjadikan bangsa Melayu selaku

Page 8: HE Assignment

bangsa asal yang mendiami Tanah Melayu memasukkannya ke dalam Perlembagaan bagi

mengekalkan keistimewaan mereka.

1. KEDUDUKAN RAJA MELAYU DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

Pemerintahan beraja memang telah sedia wujud dalam sistem sosial di negeri-negeri Melayu

sejak berabad-abad lamanya. Menurut sistem beraja ini, raja mempunyai kuasa mutlak dalam

setiap pemerintah dan pentadbiran negeri dengan dibantu oleh pembesar-pembesar yang

dilantik, pentingnya sebelum penjajahan British.Namun ketika penjajahan British, kuasa

mutlak raja mula terhad iaitu raja mesti menerima nasihat Residen British dalam semua

perkara kecuali dalam adat istiadat kaum Melayu dan agama Islam. Hal yang sama juga

berlaku apabila British memperkenalkan Malayan Union yang turut menghapuskan kuasa

Raja-raja Melayu. Tetapi selepas Malayan Union mendapat tentangan hebat daripada orang

Melayu, kuasa Raja-raja Melayu dikembalikan semula apabila Persekutuan Tanah Melayu

diperkenalkan.Setiap negara mencapai kemerdekaan, institusi beraja terus dikekalkan di

bawah konsep raja berpelembagaan selaras dengan sistem demokrasi yang diamalkan di

Malaysia. Menurut konsep Raja Berperlembagaan ini, raja-raja bertindak mengikut lunas-

lunas perlembagaan yang telah ditetapkan.

2. HAK KEISTIMEWAAN ORANG MELAYU DAN BUMIPUTERA SABAH DAN SARAWAK

Kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak pula disentuh dalam

Perkara 153. Hak istimewa ini meliputi jawatan dalam perkhidmatan awam, biasiswa,

pendidikan, perniagaan dan kemudahan khas lain yang diberikan. Walau bagaimanapun,

perkara ini juga melindungi kaum-kaum lain, iaitu menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan

Agong untuk melindungi hak-hak mereka yang sah menurut peruntukan lain. Begitu juga

perkara ini tidak boleh dilaksanakan jika mengakibatkan kehilangan sebarang jawatan awam

yang dipegang oleh sesiapa atau penarikan sebarang biasiswa atau keistimewaan yang

dinikmati oleh kaum lain atau perlucutan atau penamatan permit lesen yang dipegang

olehnya.Kedudukan-kedudukan istimewa lain orang Melayu termasuklah peruntukan Perkara

86 dan 90 berhubung dengan tanah rizab orang Melayu yang memberi kuat kuasa undang-

undang Perlembagaan kepada undang-undang sedia ada berkenaan perkara melindungi tanah

rizab orang Melayu daripada diselenggarakan oleh orang bukan Melayu. Kemasukan

perkhidmatan oleh orang Melayu ke dalam Rejimen Askar Melayu, dengan pengecualian

orang bukan Melayu, dikuatkuasakan oleh Perkara 8 (5) dan dengan demikian boleh juga

dianggap sebagai sebahagian daripada kedudukan istimewa orang Melayu ( Mohd Salleh

Page 9: HE Assignment

Abas, 1985).Perlu juga diperjelaskan siapakah yang dikatakan orang Melayu dan Bumiputera

Sabah dan Sarawak itu. Dalam Perlembagaan Malaysia (Perkara 160), “Melayu” itu

ditakrifkan sebagai:

- bertutur dalam Bahasa Melayu;

- Menganuti agama Islam; dan

- Mengamalkan adat istiadat Melayu.

Manakala Bumiputera di Sabah dan Sarawak (Bukitan, Bidayuh, Dusun, Dayak Laut, Dayak

Darat, Kadayan, Kalabit, Kayan, Kenyah, Kajang, Lugat, Lisum, Melayu, Melanau, Murut,

Penan, Sian, Tagal, Tabun dan Ukit atau dia berketurunan campuran daripada kaum tersebut)

ialah:

Di Sarawak terdiri daripada mana-mana satu kaum asli iaitu Bukitan, Bidayuh, Dusun, Dayak

Laut, Dayak Darat, Kadayan, Kalabit, Kayan, Kenyah, Kajang, Lugat, Lisum, Melayu,

Melanau, Murut, Penan, Sian, Tagal, Tabun dan Ukit atau dia berketurunan campuran

daripada kaum tersebut; dan

- Di Sabah pula, anak atau cucu kepada seseorang daripada suatu kaum asli Sabah dan dia

telah dilahirkan di Sabah.

3. KEDUDUKAN ISLAM SEBAGAI AGAMA RASMI

Kedudukan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan adalah satu isu yang penting kerana

ianya berkait rapat dengan kepercayaan dan iktikad orang Melayu di Malaysia.Dalam

Perlembagaan Persekutuan dinyatakan:“Agama Islam ialah bagi seluruh persekutuan, tetapi

agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian

Persekutuan” Selain itu, Melayu dan Islam adalah dua unsur yang bercantum dan tidak boleh

dipisahkan untuk tujuan undang-undang dan perlembagaan. Maka adalah menjadi

tanggungjawab Yang Dipertuan Agong untuk melindungi orang Melayu seperti yang

termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan. Oleh kerana Islam dan Melayu

merupakan dua entiti yang tidak boleh dipisahkan, maka tugas menjaga orang Melayu

termasuk juga melindungi dan menjaga agama Islam. Orang Melayu sebagaimana yang telah

dijelaskan oleh penulis sebelum ini ditakrifkan dalam Perkara 160 Perlembagaan Persekutuan

iaitu sebagai seorang yang menganut agama Islam, yang lazim bertutur bahasa Melayu dan

mengamalkan adat istiadat Melayu.Maka dengan ini, peruntukan Perkara 3 Perlembagaan

Page 10: HE Assignment

Persekutuan yang mengisytiharkan bahawa “Islam adalah agama bagi persekutuan”

membayangkan apa yang telah dipertahankan oleh orang Melayu sepanjang masa, malah

sebelum kuasa British masuk ke Malaysia lagi. Semasa penjajahan British, mereka membawa

masuk agama Kristian sementara kaum pendatang membawa masuk agama lain seperti Hindu

dan Buddha. Oleh yang demikian, menjadikan agama Islam sebagai agama bagi Persekutuan

mestilah juga memberikan pertimbangan kepada kepercayaan kaum lain. Oleh itu, Perkara 3

memperuntukan satu fasal imbangan yang menyebut “tetapi agama lain boleh diamalkan

dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan“. Malah setiap kumpulan

agama juga mempunyai hak untuk:

a) Menguruskan hal ehwal agamanya sendiri

b) Menubuh dan menyelenggara institusi-institusi bagi maksud-maksud agama atau khairat,

dan

c) Memperoleh dan memiliki harta benda serta memegang dan mentadbirkannya mengikut

undang-undang

Berikutan dengan Islam diterima sebagai agama bagi persekutuan, maka kerajaan

Persekutuan dan negeri mempunyai kebebasan, kuasa dan keistimewaan untuk menubuhkan

atau menyelenggara atau membantu penubuhan atau penyelenggaraan institusi Islam atau

mengadakan atau membantu dalam mengadakan ajaran dalam agama Islam dan untuk

mengeluarkan perbelanjaan yang diperlukan untuk tujuan itu. Oleh itu, kerajaan persekutuan

dan negeri melalui akta dan enakmen perbekalan tahunan, diberi kuasa untuk membelanjakan

wang untuk pentadbiran agama Islam dan undang-undangnya. Peruntukan seumpama itu jelas

disahkan oleh Perkara 12(2).

4. BAHASA MELAYU

Bahasa kebangsaan disentuh dalam Perlembagaan melalui Perkara 152 yang

memperuntukkan bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu (yang mengikut implikasi mestilah

digunakan untuk maksud-maksud lain). Namun begitu, perkara ini juga melindungi bahasa-

bahasa lain dan seterusnya memperuntukkan bahawa tiada sesiapa pun boleh dilarang atau

ditahan daripada menggunakan (selain maksud rasmi) atau mengajar atau belajar bahasa lain.

BAB 3 ANALISIS

Page 11: HE Assignment

3.1 KAEDAH KAJIAN

Kajian ini telah menjawab dua soalan objektif utama kajian iaitu kepentingan dan peranan

kontrak sosial di Malaysia. Bahagian ini akan mengemukakan analisis data dan menunjukkan

hasil penemuan kajian yang telah dijalankan daripada soal selidik yang diisi oleh responden

bagi menjawab kedua-dua objektif kajian tersebut. Setelah memperolehi data-data yang

diperlukan, pengkaji akan melaksanakan proses menganalisis data yang diperolehi dengan

berkesan.

DEMOGRAFI RESPONDEN

Seramai 50 orang responden yang terdiri daripada pelajar dan para pekerja di Universiti

Tunku Abdul Rahman yang akan mengisi borang soal selidik huraian bagi latar belakang

responden melibatkan aspek jantina, umur, bangsa dan agama dalam Bahagian A. Manakala

Bahagian B merujukkan objektif kajian yang pertama iaitu kenpentingan kontrak sosial di

Malaysia dan berikutnya adalah Bahagian C iaitu Peranan kontrak sosial di Malaysia yang

menurut objektif kedua .

UMUR

Jadual 1 : Responden yang Berdasarkan Umur

UMUR BILANGAN PERATUS

20 – 25 tahun 38 76

26 – 30 tahun 7 14

30 tahun ke atas 5 10

Sumber : Hasil Kajian Daripada Soal Selidik

Berdasarkan hasil kajian daripada 50 orang responden yang disoal, seramai 38 orang

responden (76%) yang terdiri daripada golongan umur antara 20 - 25 tahun. Manakala

responden yang terdiri daripada golongan umur antara 26 – 30 tahun adalah seramai 7 orang

Page 12: HE Assignment

responden (14%). Selebihnya adalah golongan umur antara 30 tahun ke atas iaitu seramai 5

orang responden (10%).

JANTINA

Jadual 2 : Responden yang Berdasarkan Jantina

JATINA BILANGAN PERATUS

Lelaki 28 56

Perempuan 22 44

Sumber : Hasil Kajian Daripada Soal Selidik

Jadual 2 menunjukkan 50 orang responden yang disoal, seramai 28 orang responden (56%)

yang terdiri daripada responden lelaki. Manakala bakinya seramai 22 orang responden (44%)

terdiri daripada responden perempuan.

BANGSA

Jadual 3 : Responden yang Berdasarkan Bangsa

BANGSA BILANGAN

Melayu 2

Cina 40

India 8

Lain-lain 0

Sumber : Hasil Kajian Daripada Soal Selidik

Daripada hasil kajian 50 orang responden yang disoal, seramai 2 orang responden yang terdiri

daripada bangsa melayu. Manakala responden yang terdiri daripada bangsa cina adalah

seramai 40 orang responden. Seterusnya yang terdiri daripada bangsa india adalah seramai 8

orang responden dan tiada resonden yang terdiri daripda bangsa lain-lain.

Page 13: HE Assignment

Jadual 4 : Kepentingan Dan Peranan Kontrak Sosial Di Malaysia

KEPENTINGAN KONTRAK SOSIAL DI MALAYSIA

Bi

l

PERKARA Setuju Sangat

Setuju

Tidak

Setuj

u

Sangat

Tidak

Setuju

1 Kontrak sosial adalah sesuatu yang penting

untuk mencapai kemerdekaan.

24 13 8 5

2 Kontrak sosial mewujudkan perlembagaan

yang baik, kemerdekaan, persefahaman dan

integrasi antara kaum.

17 19 8 6

3 Kontrak sosial mencorakkan sistem

pemerintahan Negara seterusnya.

20 11 14 5

4 Kontrak sosial yang dipersetujui dapat

kekal dan diwarisi turun-temurun adalah

penting dalam bermasa panjang.

17 17 9 7

PERANAN KONTRAK SOSIAL DI MALAYSIA

Bi

l

PERKARA Setuju Sangat

Setuju

Tidak

Setuj

u

Sangat

Tidak

Setuju

1 Kontrak sosial merupakan anak kunci

kepada seluruh kaum integrasi.

23 13 8 6

2 Kontrak sosial merupakan asas sistem

pemerintahan terkini.

19 19 7 5

3 Kontrak sosial merupakan persefahaman

dalam semua kalangan kaum.

18 19 7 6

4 Kontrak sosial merupakan jalan

penyelesaian yang terbaik dalam

membangunkan masyarakat itu sendiri.

17 12 16 5

Page 14: HE Assignment

Sumber : Hasil Kajian Daripada Soal Selidik

Skala : 1 – Setuju

2 – Sangat Setuju

3 – Tidak Setuju

4 – Sangat Tidak Setuju

Rajah 1: Kontrak Sosial Adalah Sesuatu yang Penting untuk Mencapai Kemerdekaan

48%

26%

16%

10%

Kontrak sosial adalah sesuatu yang penting un-tuk mencapai kemerdekaan

setuju sangat setuju tidak setuju sangat tidak setuju

Sumber : Hasil Kajian Daripada Soal Selidik

Menurut analisis, soalan pertama yang merujuk kepentingan kontrak sosial di Malaysia yang

dipersoalkan dalam borang soal selidik ialah kontrak sosial adalah sesuatu yang penting

untuk mencapai kemerdekaan. Terdpat sebanyak 24 orang (48%) setuju dengan kepentingan

yang dikemukakan ini manakala seramai 13 orang (26%) sangat setuju. Bagi responden yang

tidak setuju dengan pernyataan ini, mereka telah merangkumi 8 orang (16%) daripada

keseluruhannya. Sebanyak 5 orang (10%) responden sangat tidak setuju dengan pernyataan

ini.

Rajah 2: Kontrak sosial mewujudkan perlembagaan yang baik, kemerdekaan, persefahaman

dan integrasi antara kaum