10
HIBURAN MELAMPAU Oleh: DR. MOHD. ASRI ZAINUL ABIDIN RAMAI wartawan menghubungi saya bertanya pendapat tentang beberapa tindakan artis kita yang menimbulkan berbagai-bagai kontroversi. Saya menangguhkan jawapan terhadap kebanyakan soalan itu bimbang nanti disalahtafsirkan. Biar saya sendiri yang menulisnya agar lebih jelas maksud saya. Sebelum saya pergi lebih jauh, wajar dijelaskan terlebih dahulu bahawa saya bukan antihiburan atau seni. Sebabnya, Islam itu bukan agama antihiburan dan seni. Cuma setiap perkara dalam Islam, ada batasan dan disiplinnya. Dalam sahih al-Bukhari, al-Rubaiyi’ binti Mu’awwiz menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w. datang ke majlis perkahwinannya dan mendengar beberapa orang gadis memukul kompang dan menyanyikan lagu kesedihan mengenang bapa mereka yang terbunuh semasa Peperangan Badar sehingga salah seorang daripada mereka berkata: “Di sisi kami ada nabi yang mengetahui apa yang akan berlaku pada hari esok.” Baginda bersabda: Jangan engkau kata begitu, katalah apa yang engkau katakan sebelum itu. Dalam hadis tersebut baginda tidak melarang hiburan pada hari keramaian seperti perkahwinan. Cuma baginda melarang ungkapan atau lirik yang salah. Hanya yang mengetahui apa yang akan berlaku esok hari ialah Allah. Maka baginda membetulkannya. Baginda bertindak bagaikan lembaga penapisan dan penilaian seni atau hiburan agar tidak menyanggahi batasan agama yang murni ini. Islam tidak jumud sehingga menjadikan hidup ini kaku dan tidak ada langsung rempah-ratus kehidupan yang diselang-seli oleh hiburan dan keseronokan dengan kadar yang tidak melampaui batas sehingga boleh menghilangkan matlamat hidup yang sebenar. Dalam riwayat al-Bukhari juga daripada Aisyah bahawa seorang wanita berkahwin dengan lelaki Ansar, maka baginda bersabda: Wahai Aisyah! Mengapakah tiada bersama kamu hiburan? Orang Ansar sukakan hiburan. Dalam hadis yang bertaraf ‘hasan’ yang diriwayatkan oleh al-Nasai dan al-Tirmizi, baginda bersabda: Perbezaan antara yang halal dan yang haram adalah kompang dan suara dalam perkahwinan. Maksudnya perkahwinan yang halal dilakukan secara terbuka dan diisytiharkan. Berbeza dengan perzinaan. Kegembiraan pada hari perkahwinan dizahirkan secara nyata dengan hiburan kompang atau alatan yang lain dan suara. Suara di sini ada yang mentafsirkannya sebagai iklan pernikahan. Juga boleh ditafsirkan sebagai nyanyian seperti hadis al-Bukhari sebelum ini. *Masjid Bahkan baginda mengizinkan pertunjukan yang menghiburkan di masjid sekalipun. Ini seperti hadis al-Bukhari. Kata Aisyah r.a: “Suatu hari Rasulullah s.a.w. berada di pintu bilikku, ketika itu orang-orang Habsyah sedang bermain di

hiburan melampau

  • Upload
    aza88

  • View
    49

  • Download
    4

Embed Size (px)

DESCRIPTION

akhlak

Citation preview

Oleh: DR

HIBURAN MELAMPAU

Oleh: DR. MOHD. ASRI ZAINUL ABIDIN

RAMAI wartawan menghubungi saya bertanya pendapat tentang beberapa tindakan artis kita yang menimbulkan berbagai-bagai kontroversi. Saya menangguhkan jawapan terhadap kebanyakan soalan itu bimbang nanti disalahtafsirkan. Biar saya sendiri yang menulisnya agar lebih jelas maksud saya.

Sebelum saya pergi lebih jauh, wajar dijelaskan terlebih dahulu bahawa saya bukan antihiburan atau seni. Sebabnya, Islam itu bukan agama antihiburan dan seni. Cuma setiap perkara dalam Islam, ada batasan dan disiplinnya.

Dalam sahih al-Bukhari, al-Rubaiyi binti Muawwiz menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w. datang ke majlis perkahwinannya dan mendengar beberapa orang gadis memukul kompang dan menyanyikan lagu kesedihan mengenang bapa mereka yang terbunuh semasa Peperangan Badar sehingga salah seorang daripada mereka berkata: Di sisi kami ada nabi yang mengetahui apa yang akan berlaku pada hari esok. Baginda bersabda: Jangan engkau kata begitu, katalah apa yang engkau katakan sebelum itu.

Dalam hadis tersebut baginda tidak melarang hiburan pada hari keramaian seperti perkahwinan. Cuma baginda melarang ungkapan atau lirik yang salah. Hanya yang mengetahui apa yang akan berlaku esok hari ialah Allah. Maka baginda membetulkannya.

Baginda bertindak bagaikan lembaga penapisan dan penilaian seni atau hiburan agar tidak menyanggahi batasan agama yang murni ini.

Islam tidak jumud sehingga menjadikan hidup ini kaku dan tidak ada langsung rempah-ratus kehidupan yang diselang-seli oleh hiburan dan keseronokan dengan kadar yang tidak melampaui batas sehingga boleh menghilangkan matlamat hidup yang sebenar.

Dalam riwayat al-Bukhari juga daripada Aisyah bahawa seorang wanita berkahwin dengan lelaki Ansar, maka baginda bersabda: Wahai Aisyah! Mengapakah tiada bersama kamu hiburan? Orang Ansar sukakan hiburan. Dalam hadis yang bertaraf hasan yang diriwayatkan oleh al-Nasai dan al-Tirmizi, baginda bersabda: Perbezaan antara yang halal dan yang haram adalah kompang dan suara dalam perkahwinan. Maksudnya perkahwinan yang halal dilakukan secara terbuka dan diisytiharkan. Berbeza dengan perzinaan.

Kegembiraan pada hari perkahwinan dizahirkan secara nyata dengan hiburan kompang atau alatan yang lain dan suara. Suara di sini ada yang mentafsirkannya sebagai iklan pernikahan. Juga boleh ditafsirkan sebagai nyanyian seperti hadis al-Bukhari sebelum ini.

*Masjid

Bahkan baginda mengizinkan pertunjukan yang menghiburkan di masjid sekalipun. Ini seperti hadis al-Bukhari. Kata Aisyah r.a: Suatu hari Rasulullah s.a.w. berada di pintu bilikku, ketika itu orang-orang Habsyah sedang bermain di dalam masjid. Baginda melindungiku dengan selendangnya agar aku dapat melihat kepada permainan mereka. Kemudian baginda bangun keranaku sehingga aku beredar (bosan). Kamu andaikan kadar seorang anak gadis yang muda yang berminat dengan hiburan. Hadis-hadis ini menunjukkan keizinan Islam untuk penganutnya menikmati hiburan dengan batasan yang ditetapkan. Ini kerana hidup yang diciptakan Allah akan menempuh berbagai-bagai situasi dan keadaan. Kadangkala ia memerlukan kerehatan dengan hiburan yang berprinsip bagi membantu melegakan ketegangan urusan hidup. Juga hiburan membantu memeriahkan acara yang patut dihidupkan suasana kegembiraan seperti perkahwinan atau Hari Raya.

Di samping itu, ada pula insan lain yang tidak memerlukan itu semua. Maka hiburan bukan suatu kemestian tetapi suatu keizinan dan peluang untuk insan. Atau paling tinggi suatu galakan Nabi untuk suasana tertentu. Justeru, hiburan bukan fokus utama dalam masyarakat Islam. Ini kerana, hiburan jika berlebih-lebihan maka ia akan mengganggu tumpuan hidup umat yang agung iaitu menjadi khalifah dengan membina tamadun yang bertunjangkan akidah dan pengabdian diri kepada Allah dan membawa rahmat untuk manusia sejagat.

Keizinan Nabi untuk para sahabat menikmati hiburan dengan kadar yang munasabah tidak pernah mengganggu mereka membawa misi agung yang disebut oleh Ribi bin Amir di hadapan angkatan tentera Parsi: Allah yang membangkitkan kami agar kami mengeluarkan sesiapa yang dikehendaki-Nya dari pengabdian sesama hamba menuju pengabdian kepada Allah, dari kekejaman agama-agama kepada keadilan Islam, dari dunia yang sempit kepada keluasan dunia dan akhirat.

Malangnya, apa yang kelihatan dalam masyarakat Muslim kita, hiburan yang merupakan keizinan untuk meredakan ketegangan urusan hidup atau sebagai peluang menikmati keseronokan telah dijadikan fokus utama dalam kehidupan. Media seakan mengajak generasi kita menumpukan sepenuhnya kemampuan diri untuk berlumba-lumba di bidang hiburan. Sehingga jika dilihat kepada media elektronik dan cetak, seakan tidak ada agenda lain yang lebih utama dalam kehidupan generasi baru dari berhibur dan berseronok sepanjang masa.

Hiburan yang diizinkan dengan kadar yang munasabah telah menjadi candu dan barah yang membunuh tumpuan remaja dan para pemuda untuk membina tamadun secara bermaruah dan merdeka.

Lebih buruk lagi, kebanyakan hiburan yang disebarkan itu bukan sahaja tidak mempunyai nilai kesopanan dan tamadun, bahkan sebahagian adalah lambang keruntuhan akhlak dan ketidakmerdekaan jiwa. Sebahagian yang melibatkan diri dalam dunia hiburan itu; kisah, pakaian, bahasa dan gaya mereka bukan sahaja tidak memperlihatkan kematangan dan tamadun, bahkan menonjolkan ciri-ciri kebodohan diri. Lihat sahaja sesetengah adegan lawak jenaka zaman kita atau aksi sesetengah artis.

Di samping itu, acuan atau reka bentuk hiburan itu sendiri gagal menunjukkan jati diri umat yang mempunyai tamadun dan budaya yang tersendiri. Lihat sahaja nama-nama program realiti hiburan yang ditampilkan, kebanyakannya melambangkan jiwa yang tidak merdeka yang menceduk dari reka bentuk sehingga ke nama program pun tidak mampu diubah.

Para penggiat hiburan, ramai yang menjadikan Barat kayu ukur dalam kegiatan mereka. Maka sehingga ada yang merasai gelagat buruk artis Barat sama ada Paris Hilton atau Britney Spears atau seumpama mereka mempunyai nilai seni yang tersendiri.

Mereka lupa bahawa Barat sedang mengalami keruntuhan moral yang parah disebabkan para artisnya. Nilai-nilai buruk dan hodoh telah bertukar menjadi sesuatu yang normal dalam kehidupan mereka sehingga merosakkan ikatan keluarga, budaya asal mereka bahkan agama mereka sendiri. Para artis mereka adalah lambang dan penyumbang kepada keruntuhan tersebut.

Namun Barat masih mempunyai beberapa kelebihan. Antaranya mereka telah berjaya membina tamadun kebendaan yang hebat yang menjadikan mereka dipandang megah oleh dunia. Maka kecuaian muda- mudi mereka masih dapat ditampung dengan tamadun kebendaan yang telah mereka bina. Untuk mereka melangsungkan apa yang sudah mantap tidaklah begitu sukar.

Juga, aktiviti hiburan mereka telah membawa pulangan ekonomi yang tinggi. Ini kerana, dunia lain memandang tinggi jenama mereka dan sanggup membayar harga untuk menikmati hiburan mereka. Adapun kita, belum berjaya membina tamadun kebendaan, mahupun budaya seperti mereka. Lebih malang lagi, kegiatan seni kita lebih banyak membazirkan wang bangsa sendiri dan gagal menghasilkan pulangan ekonomi untuk negara.

Dalam keadaan kita yang dilanda berbagai-bagai masalah yang gagal diselesaikan dengan kadar yang selesa; dadah, kerosakan akhlak, gejala jenayah remaja, malas, sikap tidak bertamadun anak bangsa; adakah patut kita fokuskan tenaga dan kemampuan remaja kita ke arah hiburan tidak berhenti-henti atau hiburan tanpa sempadan? Program realiti hiburan ada yang telah memerangkap cita-cita hidup anak muda sehingga gagal memikirkan kemampuan diri selain dari menjadi artis segera.

Namun perkara yang paling realiti bagi setiap program realiti hiburan itu adalah penajanya mengaut untung gila-gila sementara kerugian langsung atau tidak langsung ditanggung oleh anak dan bapa orang kita.

Sekali lagi, saya bukan antiartis, hiburan dan seni. Anda boleh baca temu bual dengan saya oleh majalah Pentas terbitan Istana Budaya. Namun saya sedang membicarakan soal untung rugi jangka masa panjang terhadap umat jika terus dibiarkan generasi kita tenggelam dalam arus hiburan tidak berdisiplin yang sedang pesat sekarang.

Saya tidak antiartis secara melulu. Bahkan saya tahu ada artis-artis yang ternama juga membaca artikel saya. Setiap orang ada sumbangannya. Namun saya mengharapkan agar kegiatan seni tidak melanggari disiplin agama dan memusnah masa depan bangsa. Hiburan kita seakan hilang arah. Dalam banyak hal, kelihatan tidak banyak memberi sumbangan kepada pembangunan peradaban dan ketamadunan umat.

Islam bukan jumud yang menuntut agar filem atau artis yang berdisiplin mesti mempamer lebai atau kopiah di atas kepala atau dibacakan nas-nas agama. Yang penting ialah disiplin dalam penampilan dan kandungan. Sekadar bersongkok atau berkopiah belum tentu isi seninya tidak melanggar batasan Islam.

Dalam industri perfileman, saya rasa kita boleh puji Iran. Walaupun saya dalam banyak perkara pokok dan cabang amat berbeza dengan mazhab utama negara tersebut. Namun saya akur industri filem di Iran telah berjaya pada suatu tahap menghasilkan filem-filem yang mempunyai disiplin yang tinggi dan kualiti yang baik. Bahkan banyak juga filem mereka yang memenangi berbagai anugerah di peringkat antarabangsa. Tanpa perlu mempamerkan watak yang menyanggahi agama atau menceduk aksi dan watak Barat, filem Kasut dari Iran berjaya memenangi anugerahnya.

Pihak yang diberikan bajet besar untuk kemajuan Islam pula hendak merancang agar media benar-benar dimanfaatkan untuk pembangunan umat. Media adalah kuasa ajaib di zaman ini. Janganlah program kita hanya stereotaip yang tidak boleh dipasarkan untuk generasi baru.

Kepentingan menguasai media atau memanfaatkannya lebih utama dari memikirkan bagaimana mengelakkan Mufti Perlis daripada muncul dalam Forum Perdana. Sehingga hari ini para penggiat seni tidak mempunyai penasihat seni dari sudut agama yang praktikal dan produktif.

Anugerah-anugerah prestij agama yang sudah bersifat muzium itu patutlah digantikan dengan anugerah-anugerah lain yang lebih utama untuk difokuskan. Anugerah filem yang berkualiti dan tidak menyanggahi syariah umpamanya mungkin boleh menjadi pemangkin kepada perkembangan seni yang lebih berdisiplin.

- DR. MOHD. ASRI ZAINUL ABIDIN ialah Mufti Kerajaan Negeri Perlis.

E-mel: [email protected]

Diambil dariUtusan Online RAKYAT KETAGIH HIBURANFenomena hiburan melampau sememangnya menakutkan saya. Kalau di Ireland, rancangan realiti TV mencari bakat baru berlangsung satu demi satu, tetapi di Malaysia, lima program berjalan serentak. Ada untuk remaja, ada untuk kanak-kanak, ada untuk ibu bapa dan ada juga untuk orang tua yang sudah senja. Lagu-lagu lama muncul kembali supaya jiwa rakyat yang hari ini telah beruban, terusik kembali untuk mengenang zaman remaja mereka di taman-taman bunga. Semua berhibur, semua berkhayal dan semua terbang ke cloud nine masing-masing.

Iklan mesti menghiburkan, pendidikan mesti menghiburkan, ring tone telefon bimbit juga mesti berlagu hiburan, malah ceramah agama juga mesti ada unsur hiburan. Mana-mana agenda yang tiada unsur hiburan dengan sendirinya terpinggir. Kehidupan masyarakat kita sudah 'entertainment centered'. Segala keperluan hidup diarahkan kepada hiburan malah wang yang dicari dengan penat lelah, amat mudah ditaburkan kepada sms demi memenangkan idola masing-masing. Akhirnya terhibur menjadi tujuan hidup! Mana-mana yang tidak menghiburkan, tiada makna dan tiada nilai.

Namun, mungkin akibat desakan kemahuan Islam yang masih ada nyawa, suara-suara menegur masih kedengaran walaupun tidak begitu diendahkan. Mufti berfatwa, pendakwah menegur, pemimpin mengeluh. Namun untuk berundur daripada dunia hiburan, jiwa sudah ketagihan. Bagai penagih yang keluar masuk pusat serenti, begitulah rakyat yang sudah ketagih hiburan. Sembahyang, sembahyang juga. Tapi kemudian kembali berhibur. Tarian dan lagu-lagu pathetic terus didendangkan, namun nama-nama Tuhan diselitkan jua. Akhirnya muncullah suatu trend baru dalam masyarakat kita di mana Islam menjadi kosmetik paling murah tapi laku.

Persoalannya, salahkah berhibur? Tentu tidak salah... namun hiburan yang bagaimana? Mentor saya memberikan analogi yang menarik. Katanya, nasyid umpama iklan. Iklan yang berkesan adalah iklan yang berjaya meningkatkan penjualan produk. Tetapi jika yang dikenang hanyalah iklan dan kecantikan paras rupa modelnya, sedangkan barangan tidak terjual malah tersisih dari pasaran, maka iklan itu sudah tersasar. Produk yang diiklankan, pelakon iklan yang naik saham!

Nasyid menjadi wadah 'mempromosikan' Islam dengan citarasa yang kontemporari. Nasyid bertujuan 'memperkenalkan' Tuhan. Namun bagi yang mendengar nasyid cintan cintun dan rap sampah sarap hari ini, berapa ramai yang 'membeli' Tuhan? Adakah cinta kepada Ilahi meningkat selepas menghayati nasyid seperti itu? Walaupun ada penyanyi wanita tergamak mengheret jubah dan tudung ke pentas tari menari, atau yang lelaki menyelitkan kalimah-kalimah Arab di celah caca merba nyanyiannya itu, persoalannya yang manakah yang laku? Adakah Islam semakin laku? Adakah Tuhan semakin dibesarkan? Amat pelik, jika nasyid itu kononnya mempromosikan Islam tetapi Islam tetap tidak laku di pasaran. Jika ia sebuah iklan, maka nasyid hari ini menjadi contoh iklan yang tidak berkesan. Iklan laku, barang tak laku. Nasyid laku, Tuhan tetap terpinggir dan dilupakan.APAKAH SEMUA INI?Inilah soalan yang membingungkan saya. Kita melihat bagaimana menyebut kalam-kalam iman seperti Insya Allah, Alhamdulillah, Syukur, Ameen dan lain-lain sudah menjadi seperti adat. "Semoga Tuhan memurahkan rezeki saya dalam bidang ini!", Tuhan mana yang mengurniakan kemurahan rezeki dalam bentuk maksiat dan kebinasaan jati diri? Kepada Tuhan manakah, si artis tadi berdoa? Habis, apa ertinya mereka yang berpenat lelah melawan hawa nafsu dan syaitan dalam kehidupan sedangkan dalam keadaan menaja maksiat, Tuhan masih mengurniakan kemurahan rezeki? Saya masih ingat bagaimana salah sebuah kumpulan ditemuramah oleh televisyen tentang rahsia kejayaan dan keyakinan diri mereka. Mereka menjelaskan bahawa mereka ada sejenis meditation. Apabila diminta membuat demonstrasi, mereka yang terdiri daripada beberapa lelaki dan seorang perempuan berpegangan tangan membentuk bulatan dan... AL-FATIHAH! Selepas itu ketua kumpulan membacakan doa sambil menadah tangan, memohon supaya Allah melindungi band mereka dari kekalahan dan mala petaka bahaya. Terpegun saya menontonnya. Wartawan tersebut pula mengucapkan syabas kerana walaupun kumpulan tersebut menyanyikan lagu kontemporari dan moden, tetapi masih tidak lupakan agama!

Bingung saya memikirkan hal ini. Apakah sebenarnya kefahaman mereka tentang Islam? Adakah mereka benar-benar memaksudkan bahawa Allah, Tuhan Muhammad, Tuhan Abu Bakr, Tuhan Imam Syafie, adalah Tuhan yang sama boleh mengurniakan keredhaanNya kepada acara henjut-henjut mereka di dalam konsert tersebut? Apakah pelajar-pelajar Akademi Fantasia benar-benar percaya bahawa di alam bukan Fantasia, Allah SWT telah menghalalkan perlakuan mereka hanya kerana sebelum jamming, mereka memberikan salam? Seperti orang yang makan daging yang unknown, baca sahaja Bismillah dan baham! Lantaklah daging tu babi ke atau lembu mati dilanggar kereta, yang penting tadi Bismillah telah dibaca. Err... saya benar-benar kebingungan.

Akhirnya, saya sampai kepada suatu kesimpulan. Saya terkenangkan kepada hadith riwayat Huzaifah, bahawa Nabi Muhammad SAW telah memperingatkan bahawa di akhir zaman, kebenaran itu masih bertahan tetapi bezanya dengan Islam di zaman silam ialah, Islam di akhir zaman ini berdebu, samar-samar dan berasap. Jika realiti di akhir zaman ini begitu, ini bererti Islam tidak boleh dinilai dengan pandangan mata biasa kerana di dalam suasana yang berdebu lagi berasap, dua biji mata di kepala ini akan kemerah-merahan, kabur, berair dan kelam penglihatannya.

Sesungguhnya yang perlu dicelikkan demi mencari kebenaran di akhir zaman, adalah mata hati! Hati telah kenal Tuhan kerana dia datang dari Tuhan. Dia tahu di mana nilai kebenaran. Sebab itu Nabi Muhammad SAW menyuruh kita meminta pandangan hati dalam menilai kebenaran. Dosa itu adalah apa yang mendatangkan keresahan di hati dan kebaikan pula mententeramkan jiwa. Asalkan hati itu bersih, ia akan meilhat dengan pandangan Allah. Pandangan Allah itu adalah world view yang berasaskan tauhid. Tauhidic Mindset itu adalah suatu pandangan yang menilai kehidupan ini berasaskan pandangan Tuhan. Apa yang baik di sisi Allah, baiklah padanya, dan apa yang keji di sisi Allah, kejilah terhadap dirinya. Hakikat ini tidak dapat dicapai oleh mata kasar, namun yang perlu disuburkan adalah pada mata di hati yang kenal Tuhan dan tahu ke mana ia patut pergi.

Oleh yang demikian, adanya rap dan pop yang dinasyidkan, adanya penari dan penyanyi yang bertudung dan berjubah, adanya juara Akademi Fantasia yang berlatar belakangkan agama, hanyalah kosmetik Islam. Kita masih mahu berhibur tetapi kita sedar yang kita sudah terlalu terhibur. Kita sedar hiburan kita sekarang adalah dosa. Maka dengan adanya kosmetik Islam tersebut ia dapat mengurangkan rasa berdosa. Sama seperti seorang artis yang pergi umrah. Menangis-nangis di depan Kaabah dan kemudian balik ke KL berdansa semula. Namun diceritakan kepada wartawan perasaannya semasa berumrah itu. Sedangkan tidak sedikit pun kemungkarannya yang ditinggalkan. Namun, dengan menggunakan hasil nyanyian itu untuk mengerjakan umrah, ia dapat mengurangkan rasa berdosa tersebut. Sama juga seperti orang yang menyamun harta orang lain, menipu dan menindas, kemudian sedekah sedikit hasil kerjanya itu kepada rumah kebajikan. Kurang sedikit rasa berdosa.

Sedangkan apa yang saya belajar, apa yang Imam al-Ghazali tegaskan di dalam pengajarannya ialah: MEMBUANG RASA BERDOSA KETIKA MASIH MELAKUKAN DOSA ADALAH SEBESAR-BESAR DOSA! Allah.. selamatkan kami dari fitnah akhir zaman.http://saifulislam.com/artikel/trenddosa.html

Sejak akhirakhir ini masalah jenayah menjadi satu perkara yang serius dalam Negara kita. Setiap hari pasti ada satu berita yang meletup dan sensasi tentang gejala yang semakin membobrokan itu. Apa yang mendukacitakan ialah masalah yang kini menjadi siulan ramai turut diwarnai dengan penglibatan remaja yang berpelajaran tinggi. Kes curi motor, lumba haram, berpeleseran dan pelbagai lagi seakan direstui amalannya dikalangan mahasiswa yang menuntut di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA). Ragam anak kota ini semakin menjadijadi dan meresahkan semua pihak. Antara jalan penyelesaian yang perlu diambil kira oleh pihak universiti ialah menjadikan universiti sebagai pusat intelektual. Ini kerana universiti merupakan sebuah tempat yang melahirkan graduan cemerlang untuk menjadi pemimpin Negara pada masa akan datang. Di samping itu, mentaliti dan pandangan mahasiswa di universiti sering menjadi sumber rujukan masyarakat. Justeru amat rugi sekiranya mahasiswa yang berdiri di atas nama orang yang berpendidikan, goyah dan berkelakuan tidak senonoh sehingga terbabit secara langsung dalam aktiviti dan gejala kurang sihat.

Selain itu, budaya hedonisme atau budaya hiburan yang melampau semakin menggila di kalangan penuntut universiti. Bahkan budaya hiburan sering menjadi agenda utama dalam sesebuah universiti masa kini. Fungsi universiti sebagai pusat untuk memupuk budaya berilmu semakin hilang dan tidak diyakini. Memang tidak dinafikan bahawa manusia memerlukan masa untuk berehat dan berhibur tetapi sekiranya hiburan telah disalahguna maka manusia akan lalai dan alpa. Inilah antara situasi yang berlaku di kalangan mahasiswa institusi pengajian tinggi. Disebabkan terpengaruh dengan rakan sebaya ditambah pula unsur hiburan berlebihan dan penekanan kepada budaya intelektual berkurangan maka hilanglah taring mahasiswa di mata masyarakat. Selain itu, sikap sesetengah artis yang berkelakuan tidak sopan tidak wajar dijadikan contoh oleh mahasiswa apatah lagi sebagai idola mereka.

Cukuplah konsert hiburan yang wujud disekitar ibukota. Jangan pula dicemari institusi pengajian tinggi negara. Ini bagi merealisasikan Falsafah Pendidikan Negara agar terus dihayati dengan sempurna. Lantaran itu, seluruh IPTA diseru menjadikan Universiti Islam Antarabangsa sebagai contoh dalam menyuburkan konsep ilmiah dan intelektual dikalangan mahasiswa. Konsep Taman Ilmu dan Budi diperkenalkan dengan tujuan memupuk budaya berpengetahuan sepatutnya dipuji dan dijadikan model kepada IPTA lain. Namun begitu tempias dari budaya hedonisme dan hiburan melampau tetap dirasai di universiti tersebut. Justeru budaya hedonisme perlu dihapuskan dalam institusi pengajian tinggi demi mengangkat nama baik universiti. Bahkan mutu dan kualiti sesebuah universiti yang memperjuangkan budaya intelektualisme dapat mengharumkan nama negara. Tambahan pula, pihak universiti perlu menjadi perantara utama kepada rakyat dengan menganjurkan diskusi ilmiah dan forum intelektual kearah melahirkan graduan bersahsiah dan mempunyai nilainilai murni. Ini sejajar dengan saranan kerajaan untuk menyuburkan budaya budi pekerti dan etika kehidupan yang tersusun.

Oleh itu, diharapkan agar pihak universiti dapat memantau budaya hiburan yang semakin menjadi di pusat pengajian tinggi. Di samping itu diharapkan agar konsep Islam Hadhari dapat membendung budaya hiburan melampau dan menyuburkan budaya intelektualisme di kalangan mahasiswa.

KERATAN AKHBARKesal TV3 belanja RM7 juta untuk galakkan hedonismeKUALA LUMPUR, 19 Jun (Hrkh) - Tindakan TV3 yang sanggup membelanjakan RM7 juta untuk sebuah program pertandingan nyanyian berkumpulan baru-baru ini amat dikesali dan didakwa mencambahkan budaya hedonisme yang semakin parah di kalangan remaja di negara ini.

Sila layari www.englishsection.com untuk Laman Utama English Section atau www.harakahdaily.net/wap/ untuk melayari HarakahDaily.Net menggunakan telefon bimbit GPRS (General Packet Radio Service) anda.

AJK PAS Pusat Ustaz Idris Ahmad berkata hiburan melampau atau hedonisme yang lahir daripada program-program realiti TV semakin tidak terkawal dan mengakibatkan kesan yang huruk kepada akhlak dan fikrah remaja yang secara langsung mendatang kesan sosial yang kronik kepada negara.

"Adalah lebih mulia dan baik bagi media seperti TV3 menyumbangkan jutaan ringgit itu kepada mereka yang memerlukan daripada menggalakkan masyarakat lalai dan khayal dengan hiburan supaya lari daripada menghayati realti kehidupan yang sebenar," katanya ketika dihubungi Harakahdaily sebentar tadi.

"Seiring dengan rancangan Bersamamu yang mengalakkan rakyat dan penonton menderma kepada yang susah, Tv3 sepatutnya menjadi contoh terlebih dahulu dan melakukan perkara yang sama,bukannya mementingkan nilai komersial semata-mata yang ada antaranya merosakkan fikrah remaja" katanya lagi.

Tambahnya lagi, jika sebuah rumah kos rendah boleh dibina dengan jumlah RM30,000, dengan jumlah RM7 juta tersebut sudah pasti dapat menyelamatkan ribuan rakyat yang hidup susah, merempat dan tiada tempat berteduh akibat daripada bencana alam, kemalangan ataupun disebabkan oleh kemiskinan.

Kos tersebut juga dapat menampung yuran persekolahan dan pendidikan bakal pemimpin masa hadapan seperti anak-anak yatim dan anak-anak keluarga miskin yang semakin membebankan sehingga menyebabkan mereka kandas dalam pelajaran dan tidak dapat meneruskan pengajian mereka.

Beliau diminta mengulas laporan bahawa rancangan Gang Starz terbitan TV3 yang menelan kos penganjuran dan penerbitan terbesar berjumlah RM7 juta dan turut menyediakan hadiah wang tunai paling lumayan dalam sejarah penganjuran pertandingan nyanyian di negara ini iaitu AS$100,000 (RM343,985) untuk juaranya.

Malah Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Dato' Farid Ridzuan dilaporkan memberi jaminan akan mengadakan rancangan dengan 'lebih hebat' pada masa akan datang.

Insya-Allah kami akan menganjurkan Gang Starz yang lebih besar pada tahun depan, katanya dalam satu sidang akhbar.

Kata Idris,program dan rancangan hiburan seperti ini secara sedikit demi sedikit telah menerapkan nilai-nilai yang rosak kepada pemikiran remaja yang mengakibatkan mereka lalai kepada pelajaran dan malas untuk meneruskan pendidikan.

"Remaja akan berpendapat bahawa bakat lebih penting daripada ilmu pendidikan kerana program dan rancangan hiburan telah 'mengajar' mereka menjadi sebegitu rupa,yang ahirnya mengabaikan pelajaran dan menggalakkan ponteng sekolah" katanya lagi.

Selain itu dakwanya, budaya hedonisme ini dianggap sebagai salah satu agenda kerajaan dengan kerjasama media untuk mematikan kesedaran politik di kalangan masyarakat khususnya para remaja supaya lupa dan tidak sensitf kepada masalah yang berlaku dalam negara seperti gejala rasuah, penyalahgunaan kuasa, kadar jenayah yang meningkat dan masalah beban kos sara hidup yang semakin tinggi dari masa ke semasa.

"Macam di Indonesia sewaktu era Suharto, rakyatnya digula-gulakan dengan hiburan melampau supaya lupa realiti bahawa mereka terpaksa tidur di dalam kotak-kotak dan kaki lima," katanya

Jika tidak dibendung dengan segera kata Idris akan memberi implikasi yang besar dan kesan buruk akan dilihat dalam jangka masa 50 tahun akan datang.

"Akan lahirlah generasi muda yang kosong pengisian ilmu dari sudut mental dan spiritual mereka, bila terlalu lalai dan seronok dengan hiburan yang disogokkan," katanya lagi.

Isu hiburan melampau ini juga pernah diulas oleh Mufti Negeri Perak, Dato' Seri Dr Hj Harussani di dalam laman web Jabatan Agama Islam Perak dua tahun lalu yang menyatakan bahawa umat Islam kini menghadapi krisis akidah yang sangat membimbangkan dan pengaruh hedonisme, merupakan masalah utama yang melanda remaja masa kini seperti leka asyik memuja artis @ idola mereka.

Harussani sebelum ini juga pernah mengeluarkan fatwa bahawa konsert 'Jom Heboh' anjuran Media Prima Berhad sebagai haram di sisi agama.