18
ISI KANDUNGAN Bil. Perkara Muka Surat 1. Isi Kandungan 1 2. Pendahuluan 2 3. Biodata Howard Gardner 3-5 4. Teori Pemikiran Howard Gardner 6-15 5. Kesimpulan 16 6. Rujukan 17 1

Howard Gardner

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Sedikit ringkasan tentang Teori Kecerdasan Howard Gardner

Citation preview

ISI KANDUNGAN

Bil.PerkaraMuka Surat

1. Isi Kandungan1

2.

Pendahuluan2

3. Biodata Howard Gardner3-5

4. Teori Pemikiran Howard Gardner6-15

5. Kesimpulan16

6. Rujukan17

PENDAHULUAN

Dengan nama Allah , Yang Maha Pengasih dan Penyayang Segala puji pujian dipersembah ke hadrat Allah SWT . Dari-Nya kita memohon pertolongan dan keampunan , seta perlindungan-Nya dari gangguan syaitan . Sesiapa yang dikurniakan hidayah oleh Allah SWT , maka mereka tidak sesat selamanya . Sesungguhnya Allah sahajalah yang selayaknya disembah dan Nabi Muhammad SAW itu adalah pesuruh-Nya . Setinggi tinggi kesyukuran ke hadrat Allah swt . Ucapan selawat dan salam untuk junjungan kita Nabi Muhammad, segenap keluarga dan sahabatnya, serta siapa saja yang menyerukan dakwahnya hingga hari kiamat. Alhamdulillah , bersyukur ke hadrat Ilahi kerana atas limpah kurnia dari Nya , saya MUHAMMAD HUSIN BIN PARWAZALAM, IEB130010 telah dapat menyelesaikan tugasan yang diberi dengan jayanya . Sekalung ucapan terima kasih kepada semua yang banyak membantu saya dalam mengumpul bahan bahan dan maklumat untuk di jadikan teras penulisan saya terutamanya kepada keluarga saya . Seterusnya , tak lupa juga kepada pensyarah saya , Ustaz Abdul Muhsien Bin Sulaiman yang banyak memberi dorongan dan tunjuk ajar agar tugasan ini dapat di jalankan dengan sempurna. Seperti tajuk tugasan yang telah diberikan ialah mengenai pemikiran tokoh terkenal iaitu Howard Gardner : Multiple Intelligence , skop penulisan saya mengenai pemikiran salah seorang tokoh falsafah yang telah memberi sumbangan yang besar dalam pendidikan. Semoga ilmu dan pengetahuan yang telah di kongsikan bersama ini , dapat memberi manfaat dan di jadikan contoh teladan kepada sekalian pembaca . Sekian.

BIODATA HOWARD GARDNER

Howard Gardner dilahirkan pada tarikh 11 Julai 1943 di Scranton, Pennsylvania. Beliau menyifatkan dirinya sendiri pada zaman kanak-kanak sebagai kanak-kanak rajin yang mendapat keseronokan lebih dengan bermain piano.( a studious child who gained much pleasure from playing the piano ). Beliau menamatkan pendidikan menengahnya di Havard dan memperoleh sarjana muda pada tahun 1965 dan Ph.D pada tahun 1971. Kedua-duanya di Universiti Havard dan dalam bidang psikologi.Beliau pada asalnya merancang untuk belajar undang-undang di universiti. Tetapi, karya-karya serta kajian-kajian Jean Piaget telah mengilhamkan beliau untuk mengkaji perkembangan psikologi. Dorongan oleh ahli psikoanalisis atau ahli analisa jiwa Erik Erikson merupakan sebab utama beliau memasuki bidang psikologi. KERJAYA :Howard Gardner mula memperkenalkan teori yang direka untuk mensintesiskan penyelidikan dan pemerhatian beliau selepas beliau menghabiskan masa dengan tinggal dan bekerja dengan dua golongan iaitu golongan kanak-kanak biasa yang berbakat serta golongan orang dewasa yang mempunyai masalah otak. Pada tahun 1983, beliau telah menerbitkan bukunya yang pertama iaitu Frame of Mind yang menerangkan mengenai kecerdasan yang pelbagai (Multiple Intelligence).Menurut teori in, setiap individu mempunyai cara yang berbeza untuk belajar. Tidak seperti teori tradisional yang hanya memberi tumpuan kepada satu teori iaitu, kecerdasan umum tunggal (single general intelligence). Howard Gardner percaya bahawa setiap orang mempunyai pelbagai cara yang berbeza dalam pemikiran dan pembelajaran. Dia telah mem perkenalkan 9 jenis kecerdasan : Kecerdasan Visual-Ruang Kebolehan Linguistik Lisan Kecerdasan Matematik Kecerdasan Kinestetik Kecerdasan Muzik Kecerdasan Interpersonal Kecerdasan Intrapersonal Kecerdasan Naturalistik Kecerdasan Spiritual Atau Eksistensialime

Teori Howard Gardner ini telah memberi kesan yang besar dalam bidang pendidikan. Teori ini telah mendapat perhatian di seluruh dunia. Konsep kecerdasan beliau yang wujud lebih daripada satu, telah membuka lebih banyak penyelidikan mengenai kecerdasan manusia.Seorang penyelidik Mindy L. Kornhaber telah menegaskan bahawa teori kecerdasan Howard Gardner ini begitu popular kerana ia mengesahkan pengalaman seharian seorang pendidik. Pelajar belajar dan berfikir dengan pelbagai cara. Ia juga memberi seorang pendidik satu rangka kerja konsep bagi menyusun dan mencerminkan penilaian kurikulum dan amalan pedagogi mereka. Oleh sebab itu, teori ini telah ini telah membawa ramai pendidik untuk membangunkan pendekatan baru yang lebih baik mungkin memenuhi keperluan pelbagai pelajar di dalam kelas mereka.Howard Gardner kini berkhidmat sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pemandu Projek Zero di Harvard Graduate School Pendidikan dan sebagai Profesor Adjung Psikologi di Universiti Harvard.Anugerah : 1981, MacArthur Prize Fellowship 1987, William James Award, American Psychological Association 1990, University of Louisville Grawemeyer Award in Education 2000, John S. Guggenheim Memorial Foundation Fellowship 2011, Prince of Asturias Award in Social Sciences

Karya-karya :Di antara karya-karyanya ialah: Frame of Mind (1983) Leading Minds (1995) Creating Minds (1993) The Diciplined Mind (1999) Multiple Intelligence (1993) The Minds New Science (1985) Five Minds for the Future (2004) Intelligence: Multiple Perspectives (1996) Truth, Beauty, and Goodness Reframed: Educating for the Virtues in the Twenty-first Century (2011) Changing Minds: The Art and Science of Changing Our Own and Other People's Minds (2004)

TEORI PEMIKIRAN HOWARD GARDNER

MULTIPLE INTELLIGENCEHoward Gardner ialah seorang ahli psikologi barat. Beliau telah mewujudkan dan mengasas satu teori yang berkaitan dengan kecergasan pada tahun 1983. Teori tersebut telah dikarang di dalam bukunya Frames of Mind. Teori tersebut dikenali sebagai Multiple Intellgence atau Kepelbagaian Kecerdasan. Untuk menghasilkan teori ini, beliau telah membuat satu kajian yang dilakukan dikalangan masyarakat yang terdiri daripada kanak-kanak istimewa dan kanak-kanak biasa. Meraka ini mempunyai pelbagai sifat-sifat dan kriteria tersendiri. Di dalam bukunya, Howard Gardner menerangkan bahawasanya kecerdasan tidak boleh diwarisi semata-mata dan kecerdasan boleh dipengaruhi oleh budaya, persekitaran, peluang pendidikan, makanan, suasana pembelajaran dan lain-lain. Teori yang diasas oleh Howard Gardner ini lebih kepada aspek kognitif dan perkembangan psikologi, antrapologi dan sosiologi dalam menjelaskan kecerdasan manusia.

Teori Multiple Intelligence (Kecerdasan yang pelbagai) Howard Gardner adalah berdasarkan satu pemikiran iaitu pemikiran kemampuan intelektual yang diukur melalui ukuran ujian IQ adalah sangat terbatas. Mengapa Howard Gardner mengunakan pemikiran tersebut. Ini kerana ukuran IQ hanya menekankan kepada kemampuan logikal-matematik dan bahasa sahaja. Pada hakikat yang sebenarnya, setiap individu mempunyai caranya yang tersendiri dalam menyelesaikan masalah dan persoalan yang mereka hadapi. Tambahan pula, kecerdasan bukan hanya dilihat dari nilai yang ada pada seseorang individu tersebut. Hal ini kerana, kecerdasan merupakan satu konsep kemampuan yang dimiliki oleh seseorang individu dalam mengenalpasti masalah dan kemudian berupaya menyelesaikan masalah tersebut serta melakukan sesuatu yang berguna kepada orang lain. Definisi Multiple Intelligence (Kecerdasan yang pelbagai) yang diterangkan oleh Howard Gardner didalam bukunya Frame Of Mind (1983) adalah kepakaran kecerdasan manusia sepatutnya mempunyai kemahiran untuk menyelesaikan masalah, menangani masalah sesuai dengan masa dan tempat dan menghasilkan output yang efektif. An intelligence is the ability to solve problems, or to create products that are valued within one or more cultural setting (Howard Gardner:Frame Of Mind, 1983).

Multiple Intelligence (Kecerdasan yang Pelbagai) Howard Gardner merangkumi sembilan jenis kecerdasan. Pada asasnya, teori ini merupakan perkembangan daripada Kecerdasan Otak (IQ), Kecerdasan Emosional (EQ) dan Kecerdasan Spiritual (SQ). Teori Multiple Intelligence ini mempunyai pengaruh signifikan di dalam pendidikan serta memberi kesan kepada pembelajaran organisasi. Howard Gardner menjelaskan bahawa pendidikan tradisional dengan proses pengujian tradisional (IQ) telah mengabaikan kecerdasan pelbagai manusia. Menurutnya lagi, kebolehan verbal atau bahasa dan pemikiran logikal atau matematik sahaja yang boleh diukur dengan kebanyakan ujian IQ. Manakala, kemahiran selain daripada itu seperti sosial, emosi dan interpersonal yang membenarkan seseorang individu itu berfungsi dengan berkesan telah dikecualikan dari ujian IQ tradisional.

Howard Gardner pada mulanya Teori Multiple Intelligence (Teori Kecerdasan Yang Pelbagai) ini hanya diperkenalkan dengan tujuh kecerdasan sahaja. Tetapi pada tahun 1999, Howard Gardner menambah lagi 2 jenis kecerdasan. Beliau mengatakan bahawa dengan pendidikan dan latihan, kecerdasan kita dapat dipertingkatkan. Kecerdasan yang dikemukakan oleh Howard Gardner tidak semestinya terlibat dalam kecerdasan seseorang individu tersebut. Walau bagaimanapun, Howard Gardner di dalam bukunya yang lain iaitu Multiple Intelligence:New Horizons (2006) telah membuat satu spekulasi bahawa terdapat kewujudan kecerdasan yang kesembilan iaitu existential intelligent yang digelar oleh beliau sebagai intelligence of big question. Menurutnya lagi, setiap individu mempunyai tahap kecerdasan yang berbeza-beza. Kecerdasan tersebut boleh dipertingkatkan melalui pendidikan dan aktiviti yang bersesuaian.

Berikut merupakan kecerdasan-kecerdasan berserta ciri-cirinya yang diterangkan oleh Howard Gardner di dalam bukunya:1. Kecerdasan Logikal Matematik

Kecerdasan ini berkait rapat dengan logik, abstrak, penaakulan secara deduktif serta berfikir secara konseptual. Kecerdasan ini juga mempunyai kemampuan dalam menggunakan angka dengan baik. Mereka yang mempunyai kecerdasan ini sejak lahir atau semula jadi selalunya cemerlang dalam bidang-bidang yang berkaitan dengan matematik, catur, aktiviti-aktiviti yang melibatkan logik atau angka, mengenal pasti pola abstrak, pemikiran saintifik dan penyiasatan dan keupayaan untuk melaksanakan penaakulan kiraan. Kepintaran bendalir dan keupayaan umum berkait rapat dalam Logikal kompleks.

Jika seseorang individu itu mempunyai kecerdasan logikal yang tinggi, dia akan menunjukkan minat yang besar di dalam kegiatan atau aktiviti yang berbentuk eksplorasi. Mereka juga akan memikirkan dan sering tertanya-tanya tentang fenomena yang dilihat dan berlaku di sekelilingnya serta bersifat analisis. Contohnya memikirkan bagaimana dan mengapa hujan turun. Seseorang yang mempunyai kecerdasan ini juga suka menuntut keterangan yang logikal dari setiap persoalan yang mereka fikir. Selain itu, mereka juga gemar mengklasifikasikan sesuatu yang mudah dikira dan menyelesaikan masalah matematik dengan pantas. Merancang eksperimen untuk membuktikan sesuatu, menghabiskan waktu bermain permainan logikal seperti permainan teka-teki, berprestasi dalam Matematik dan IPA merupakan sifat yang ada kepada mereka yang memiliki kecerdasan ini. Doktor, jurutera, saintis dan arkitek yang selalunya mempunyai kecerdasan ini. Diantara tokoh-tokoh yan mempunyai kecerdasan ini ialah Carl Friedrich Gauss, Al-Khawarizmi dan Isaac Newton.

2. Kecerdasan Spatial atau Visual Ruang

Howard Gardner menerangkan di dalam bukunya bahawa kecerdasan ini berkaitan dengan penghakiman ruang dan keupayaan untuk menggambarkan sesuatu dengan mata minda. Kecerdasan ini merupakan kemampuan untuk mempersepsikan dunia spatial atau visual secara tepat dan mentransformasikan persepsi dunia spatial atau visual ini dalam bentuk tertentu. Kecerdasan ini juga merangkumi kemampuan dalam membayangkan, mempersembahkan idea secara spatial atau visual dan juga dapat mengorientasikan diri secara tepat dalam ruang lingkup spatial dan visual. Artis, pereka dan arkitek di antara yang mempunyai kecerdasan ini. Mereka yang memiliki ciri-ciri ruang kecerdasan ini juga mahir dan pandai dalam menyelesaikan puzzle. Mereka juga berkebolehan dalam menceritakan dan menggambarkan pengalaman yang pernah mereka tempuhi serta bijak dalam menghubungkaitkan objek-objek di dalam ruang. Kecerdasan ruang visual membolehkan seseorang individu tersebut mempersembahkan idea-idea visual dan ruang kecenderungan dalam aspek imaginatif dan kreatif.

Seseorang individu yang mempunyai kecerdasan ini selalunya mempunyai kemampuan untuk sentiasa sedar akan posisi relatifnya dalam koordinat ruang dan waktu. Berbeza dengan mereka yang mempunyai kecerdasan ruang visual yang rendah. Mereka akan sentiasa berasa bingung untuk mengingati jalan dan tempat mereka tinggal. Walaupun mereka sudah tinggal di kawasan itu dalam jangka masa yang lama. Seseorang individu yang sentiasa sesat di dalam perjalanan, mereka ini selalunya mengalami masalah gangguan orientasi ruang. Mereka juga tergolong di dalam kalangan mereka yang tidak cerdas ruang. Yang memiliki kecerdasan ruang pula mampu untuk menggambarkan visual yang jelas dalam menerangkan atau menjelaskan sesuatu perkara. Individu yang mempunyai kecerdasan ini juga gemar menconteng di dalam buku sekolah atau di dalam kertas. Mampu untuk membaca peta atau diagram dengan baik merupakan salah satu daripada kemahiran mereka. Selain itu, mereka lebih cenderung dalam memahami informasi gambaran daripada kata-kata atau huraian serta mempunyai daya imaginasi yang kuat. Individu yang selalunya mempunyai kecerdasan ini terdiri daripada arkitek, perancang bandar, juruterbang, angkasawan, ahli pelayaran dan juga pelukis. Diantara mereka yang mempunyai kecerdasan ini ialah Hijjaz Kasturi. Minoru Yamasaki, Alexander Thomson Alexander, Pablo Picasso dan Leonardo Da Vinci.

3. Kecerdasan LinguistikKecerdasan Linguistik ini mempunyai kaitan yang rapat dengan kata-kata, lisan dan menulis. Seseorang individu yang mempunyai kecerdasan verbal-linguistik yang tinggi menunjukkan kemudahan dengan kata-kata dan bahasa. Mereka ini mampu untuk berbahasa dengan menggunakan kata-kata yang efektif, baik dalam lisannya seperti syarahan,berpidato dan baik dalam tulisan seperti editor, penulis dan sebagainya. Seseorang individu yang mempunyai kecerdasan ini biasanya sensitif terhadap perkataan dan mahir dengan baik dalam membaca, mendengar kuliah, menulis nota serta berbincang dan berdebat dengan apa yang mereka pelajari.

Selain itu, mereka yang mempunyai kecerdasan verbal linguistik ini juga mudah mempelajari bahasa asing. Ini kerana mereka memiliki ingatan yang tinggi dan kuat dalam lisan dan berkebolehan untuk memahami dan memanipulasi sintaksis dan keupayaan struktur. Di dalam kebanyakan diri seseorang individu, verbal merupakan salah satu kebolehan yang paling tinggi. Secara keseluruhannya, mereka ini gemar menceritakan cerita jenaka, mengarang kisah-kisah imaginasi, menulis dengan kreatif, menghafal nama, tempat, hal-hal kecil dan segala aktiviti yang melibatkan membaca, mendengar, berkata-kata, menulis dan menghafal. Dapat menyimpan pelbagai informasi yang bererti dan berkaitan dengan pemikirannya merupakan kelebihan yang akan ada pada seseorang individu yang mempunyai kecerdasan ini. Individu yang kebiasaannya mempunyai kecerdasan ini seperti pengarang, pensyarah, wartawan, penyunting, penyair, penulis skrip dan novel. Diantara mereka yang mempunyai kecerdasan ini ialah Faisal Tehrani, A. Samad Said, William Shakespeare, Rene Blanco dan Sir Arthur Conan Doyle.

4. Kecerdasan Kinestetik atau Jasmani

Mengawal gerakan badan seseorang dan kapasiti untuk mengendalikan objek mahir ialah unsur-unsur utama bagi badan kinestetik. Bagi kecerdasan ini pula, Howard Gardner menerangkan bahawa ia merupakan kemampuan menggunakan seluruh badan untuk mengekspresikan idea dan perasaan seperti penari, atlet dan pelakon. Mereka yang memiliki kecerdasan ini selalunya mempunyai kemahiran menggunakan tangan untuk mengubah atau mencipta sesuatu. Contohnya ahli mekanik dan doktor bedah. Kecerdasan ini meliputi kemampuan fizikal yang lebih spesifik seperti koordinasi, keseimbangan, keterampilan, kekuatan, kelenturan, kecepatan atau kemampuan menerima rangsangan. Howard Gardner di dalam bukunya tekah menjelaskan secara terperinci bahawa kecerdasan ini juga termasuk rasa masa, rasa yang jelas matlamat tindakan fizikal, dan keupayaan untuk melatih jawapan supaya mereka menjadi refleksi.

Individu-individu yang mempunyai kecerdasan ini, secara teorinya perlu lebih banyak belajar dengan lebih baik dalam melibatkan pergerakan otot dan melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti fizikal seperti sukan secara amnya. Mereka yang mempunyai kecerdasan ini selalunya akan cepat belajar sekiranya mereka belajar dan melakukan sesuatu secara fizikal daripada belajar dengan membaca dan mendengar yang merupakan sesuatu yang sukar bagi mereka yang mempunyai kecerdasan ini. Biasanya, mereka yang memperoleh kecerdasan ini berasa seakan-akan mereka menggunakan apa yang diistilahkan sebagai memori otot. Mereka akan ingat sesuatu perkara melalui badan mereka seperti memori lisan.

Di antara ciri-ciri yang ada pada mereka yang mempunyai kecerdasan ini ialah mereka kerap bergerak ketika duduk atau mendengar sesuatu. Mereka juga aktif di dalam aktiviti-aktiviti fizikal seperti berlari, berjoging dan sebagainya. Selain itu, keupayaan untuk meniru gerakan. Kebiasaan atau gerak-geri orang lain juga merupakan salah satu ciri kecerdasan ini. Dalam bidang kraf tangan seperti mengukir, menjahit dan memahat adalah perkara yang mereka akan cepat belajar. Jika mereka ingin mendapatkan jawapan sesuatu perkara, mereka lebih gemar beraksi secara fizikal. Menceraikan sesuatu dan kemudian mencantumkan atau menyusun semula merupakan sifat semula jadi meraka. Kerjaya-kerjaya yang sesuai bagi mereka yang mempunyai kecerdasan ini ialah atlet, pelakon, pakar bedah, doktor dan segala pekerjaan yang banyak melibatkan aktiviti-aktiviti fizikal. Diantara mereka yang mempunyai kecerdasan ini ialah Nicole David, Michael Jordan, David Beckham, Shazlin Zulkifli, Muhammad Ali, Shah Rukh Khan, Rosyam Noor dan Jackie Chan.

5. Kecerdasan Muzik

Menggemari, mendiskriminasikan dan meluahkan perasaan melalui muzik merupakan keterangan yang diberi oleh Howard Gardner tentang kecerdasan ini. Seseorang individu yang mempunyai kecerdasan ini mampu dan berkebolehan dalam mengesan bunyi tanpa lisan, muzik serta irama yang wujud di persekitarannya. Mereka juga mampu untuk menguasai dan menangani bentuk-bentuk muzikal dengan kaedah mempersembahkan, mengubah dan mengekspresikannya. Selain itu, mereka yang mempunyai kecerdasan ini juga peka terhadap irama, melodi, nada, warna nada serta suara sesuatu lagu. Mereka yang tergolong ialah penyanyi, pengubah lagu dan sebagainya.

Seseorang individu yang mempunyai kecerdasan ini selalunya sangat sensitif kepada bunyi-bunyi atau suara yang wujud dan timbul di dunia ini. Baik yang asalnya datang daripada suara alat muzik, suara manusia, binatang, guruh dan sebagainya. Mereka juga berupaya menggunakan dan bermain alat-alat muzik serta mudah menghafal lirik muzik. Selain itu, mereka yang memiliki kecerdasan ini mampu menggubah rentak serta tempo muzik dan mudah mengenali dan mengingati nada-nada bunyi dan muzik. Kebanyakan individu yang mampu mengubah kata-kata menjadi lagu, kebiasaannya mereka juga mampu mencipta pelbagai alatan muzik. Individu yang memiliki kecerdasan ini juga bijak dalam melantunkan nada lagu dengan baik, pandai dalam menggunakan kosa kata muzikal serta peka terhadap ritma, ketukan, melodi atau warna suara dalam sebuah komposisi muzik. Setiap individu mempunyai tahap yang berbeza-beza dalam penghayatan terhadap muzik. Diantara mereka yang memiliki kecerdasan ini ialah Adnan Abu Hassan, Ajai, M. Nasir, Yasin, Kitaro, Beethoven, Mozart, P. Ramlee dan Siti Nurhaliza.

6. Interpersonal

Merupakan kecerdasan yang berhubung kait dalam kemampuan seseorang individu dalam mendiskriminasikan antara pelbagai tanda interpersonal dan kebolehan untuk berkomunikasi dengan berkesan secara pragmatik terhadap tanda tersebut. Jika seseorang individu yang mempunyai kecerdasan ini, mereka mampu untuk memahami perasaan, motivasi, tabiat serta hasrat orang lain. Selain itu, mereka juga mudah berinteraksi dan bekerjasama dengan orang lain secara praktikal bagi menghasilkan sesuatu yang berfaedah. Jika kecerdasan interpersonal ini agak menonjol dalam diri seseorang itu, ia selalunya memiliki interaksi yang baik terhadap orang lain. Kecerdasan ini meliputi kepekaan terhadap gerak-isyarat,ekspresi wajah serta suara.

Selain daripada itu, mereka yang memiliki kecerdasan ini lazimnya akan menjaga sensitiviti serta memahami emosi, tingkah laku, fikiran, perasaan dan harapan terhadap orang lain. Dengan kata lain, ia juga bermaksud keupayaan seseorang murid memahami dan mengenal sensitiviti terhadap perasaan orang yang lebih tua di sekelilingnya. Jika murid-murid mempunyai kecerdasan ini, pembelajaran sesuatu subjek akan lebih berkesan kerana mereka akan belajar dan bekerjasama bersama rakan sebaya serta mudah terlibat dengan sesebuah pergaulan. Ciri-ciri individu yang memiliki kecerdasan ini ialah mereka memiliki ramai teman. Selain itu, mereka lebih suka bersosial di sekolah atau di kawasan tempat tinggalnya. Lebih gemar duduk dalam berkelompok serta mereka juga pandai menjadi orang tengah dalam menyelesaikan sesuatu konflik yang berlaku di kalangan temannya. Menjadi seorang pengajar sentiasa berada di dalam fikirannya. Mereka yang memiliki kecerdasan ini berbakat menjadi pemimpin serta pandai di dalam mata pelajaran ilmu sosial. Diantara tokoh-tokoh yang memiliki kecerdasan ini ialah Donald Trump, David Letterman dan Aznil Hj. Nawawi.

7. Intrapersonal

Kecerdasan ini agak berbeza dengan kecerdasan interpersonal. Jika seseorang itu memiliki kecerdasan interpersonal, mereka pandai berkomunikasi serta memahami perasaan motivasi dan tabiat orang lain. Tetapi, kecerdasan intrapersonal ialah tentang kesedaran diri sendiri, berfikiran metakognitif serta berkemampuan untuk menilai diri sendiri. Sekiranya seseorang individu tersebut mempunyai kecerdasan intrapersonal yang tinggi, mereka biasanya dapat mengenali diri sendiri secara mendalam serta memiliki tanggapan sendiri mengenai kekuatan dan kelemahan diri sendiri. Apa yang istimewa dengan kecerdasan ini ialah ia berkebolehan memberi keyakinan diri yang tinggi tentang kebolehan yang ada pada dirinya sendiri. Selain itu, mereka juga pandai dalam menentukan hala tuju kehidupan mereka serta mempunyai azam, prinsip dan pegangan yang kuat. Mereka juga pandai dan berkebolehan dalam berdikari.

Kebiasaannya, seseorang individu yang memiliki kecerdasan intrapersonal yang tinggi selalunya sentiasa mengelamun. Tetapi dalam pada yang sama mereka sentiasa berwaspada dan memiliki wawasan dalam melakukan sesuatu. Orang yang seperti ini lebih gemar belajar secara bersendirian. Mereka juga sering dalam renungan yang panjang dan termenung sekiranya berada di persekitaran yang sepi. Mempunyai peribadi yang tertutup merupakan sifat mereka. Di samping itu, mereka yang memiliki kecerdasan ini juga sentiasa peka terhadap perasaan dalam situasi yang sedang berlaku serta memahami diri dan seterusnya mampu untuk mengendalikan diri dalam sesuatu konflik yang berlaku dengan mudah dan cepat. Mereka mengetahui apa yang perlu dilakukan dan apa yang tidak perlu dilakukan dalam persekitaran sosial serta tahu kepada siapa harus mereka meminta bantuan pada masa-masa yang diperlukan. Mereka selalunya kurang pandai berkomunikasi dengan orang baru. Diantara tokoh-tokoh yang memiliki kecerdasan ini ialah H.M Tuah Iskandar, Dr. Fadzilah Kamsah, Albert Ellis, Willaim Glasser, Howard Gardner, Jean Piaget dan Muhammad Husin Bin Parwazalam.

8. Kecerdasan Naturalis

Satu jenis kecerdasan yang mempunyai kaitan dengan memupuk diri untuk mengumpul maklumat berkaitan persekitaran semula jadi. Mereka dengan kecerdasan ini sangat peka terhadap fenomena-fenomena alam serta dapat mengenali dan mengkategorikan spesies, flora dan fauna di sekelilingnya. Jika seseorang individu mempunyai tahap kecerdasan naturalis ini tinggi, mereka biasanya merupakan pencipta alam semula jadi dan dapat mengenali dan mengklasifikasikan flora, fauna, dan galian dengan mudah. Menghabiskan masa di luar serta mendengar bunyi-bunyi alam semula jadi adalah hobi mereka. Oleh sebab itu, mereka sangat sensitif terhadap alam sekitar dan mampu menghubungkaitkan kehidupan flora dan fauna.

Sifat-sifat dan ciri-ciri yang wujud pada mereka yang memiliki kecerdasan ini ialah mereka suka dan sayang terhadap haiwan peliharaan. Selain itu, mereka menikmati berjalan-jalan di alam yang terbuka. Individu ini juga mampu untuk mengklasifikasikan betuk-bentuk alam semula jadi serta nama-nama flora dan fauna. Secara keseluruhannya mereka sangat berpengetahuan tentang alam semula jadi yang Allah ciptakan. Di antara mereka yang mempunyai kecerdasan naturalis yang tinggi ialah ahli zoologi, ahli biologi, petani, ahli geologi dan segala kerjaya yang melibatkan alam semula jadi. Diantara tokoh-tokoh terkenal dengan kecerdasan ini ialah Louis Agassiz, David Starr Jordan, Edward D. Cope dan Charles Darwin.

9. Kecerdasan Spiritual Atau Eksistensialime

Berdasarkan penelitian di dalam buku Multiple Intelligence:New Horizons (2006), Mereka yang mempunyai kecerdasan ini amat menyusahkan. Ini kerana, mereka memiliki ciri-ciri yang cenderung dan sering bertanya tentang segala hakikat kejadian kewujudan manusia, mengapa manusia akan mati, erti kita hidup dan juga realiti yang dihadapi oleh manusia dalam hidup ini. Howard Gardner memperkenalkan kecerdasan ini pada tahun 1999 dan diterangkan di dalam buku Multiple Intelligence:New Horizons pada tahun 2006. Seseorang individu yang mempunyai kecerdasan ini ,mampu untuk memahami dan menguasai nilai-nilai yang berkembang di tengah-tengah masyarakat. Sama ada nilai itu jenis tradisional ataupun nilai itu masih baru dan sedang berkembang. Mereka boleh meningkatkan kecerdasan ini melalui pembacaan buku-buku falsafah dan boleh menyoal diri sendiri tentang pertanyaan yang membolehkan mereka mempelajari jawapan dengan lebih mendalam. Mereka yang mempunyai kecerdasan ini disarankan belajar secara berguru agar tidak sesat dengan pelbagai pertanyaan. Seperti yang berlaku pada Kassim Ahmad serta Benz Ali.

Howard Gardner pada asalnya mewujudkan teori ini bukanlah memfokuskan kepada pendidikan. Tetapi, sehingga sekarang teori ini telah digunakan oleh pelbagai negara dan bukunya iaitu Frame Of Mind: The Theory Of Multiple Intellgence (1983) dan Multiple Intelligence:New Horizons (2006) telah diterjemahkan di dalam lebih 20 bahasa. Dengan teori ini, Howard Gardner telah menempah nama di seluruh dunia di dalam dunia pendidikan serta falsafah.

KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, teori yang dibawa oleh Howard Gardner ini sangat menarik dan memberi kesan yang besar kepada dunia pendidikan. Kecerdasan pelbagai yang diasaskan oleh Howard Gardner telah memberi ruang kepada para pendidik untuk mengajar dengan lebih efektif. Selain itu, dengan teori yang diperkenalkan oleh beliau, seseorang individu tersebut mampu untuk mengenali diri sendiri dan seterusnya memperbaiki kehidupannya kepada yang lebih baik. Dengan lebih daripada 20 bahasa telah diterjemahkan, ini menunjukkan teori Multiple Intelligence ini mampu mengubah falsafah pendidikan sesebuah negara kepada yang lebih berkesan. Dengan ini, saya dapat simpulkan bahawa Howard Gardner merupakan tokoh yang saya sendiri kagumi kerana berjaya mewujudkan satu teori yang seterusnya mengubah sistem pendidikan di kebanyakan negara.Akhir kalam, saya harap penulis yang dibuat ini dapat memberi ilmu baru kepada semua. Semoga ilmu dan pengetahuan yang telah di kongsikan bersama ini , dapat memberi manfaat dan di jadikan contoh teladan di dunia dan akhirat kepada sekalian pembaca . Sekian.

RUJUKAN

1. Gardner, H. (1983). Frame Of Mind: The Theory Of Multiple Intellgence. NewYork: Basic2. Books.3. Gardner, H. (2006). Multiple Intelligence:New Horizons. London: Basic Books.4. Gardner, H. (1999). Intelligence reframed. New York: Basic Books.5. http://howardgardner.com/6. http://www.thomasarmstrong.com7. Palmer, J. A. (2010). 50 Pemikir Paling Berpengaruh terhadap Dunia Pendidikan Modern: Laksana.

18