HST 121

Embed Size (px)

Citation preview

  • 8/7/2019 HST 121

    1/12

    PUSAT PENGAJIAN ILMU KEMANUSIAAN

    Sidang Akademik 2009/2010

    HST 121

    SEJARAH TANAH BESAR ASIA TENGGARA

    Tajuk:

    Bandingkan kesan sosial penjajahan British dan Perancis antara1880-an hingga 1941.

    Nama: Mohd Rosdi Bin ShaariNo Matrik: 106174

    Nama Pensyarah: Profesor Dato Abu Talib Bin Ahmad

    Hari dan Masa Tutorial : Rabu/10.00-11.00Tarikh Hantar : 24.2.2010

  • 8/7/2019 HST 121

    2/12

    Pengenalan

    Kecenderungan kedatangan kuasa barat ke Asia Tenggara berlaku sekitar akhir abad

    ke-19 hingga pertengahan abad ke-20. Dengan kata lain, kedatangan kuasa Eropah ini

    dilakukan bagi tujuan penjajahan dan kuasa-kuasa besar pada ketika itu seperti British,

    Perancis dan negara Eropah lain sedang bersaing menjadi kuasa utama. Oleh itu, negara-

    negara ini giat berusaha meluaskan tanah jajahan mereka. Hal ini menyebabkan

    bermulalah penjajahan British di Myanmar, Perancis di Vietnam dan beberapa siri

    penjajahan kuasa-kuasa lain di sekitar Asia Tenggara.

    Umumnya, penjajahan atau imperialisme ini bermaksud satu kecenderungan sesebuah

    masyarakat atau negara untuk menguasai sesebuah masyarakat atau negara yang lain

    dengan menggunakan apa juga cara dan untuk apa juga tujuan.1

    Faktor utama penjajahan

    kuasa-kuasa Eropah atau imperialisme ini dijalankan adalah bagi mendapatkan tanah

    jajahan bagi membuktikan kekuasaan politik mereka kepada negara lain. Negara atau

    kuasa yang mempunyai kawasan taklukan yang luas pada ketika itu akan dipandang

    tinggi oleh kawan dan lawannya. Dasar imperialisme ini juga berlaku adalah kerana

    negara-negara kuasa besar ingin menguasai ekonomi negara jajahan. Penguasaan

    ekonomi ini amat diperlukan kerana berlakunya revolusi perindustrian terutamanya di

    Eropah yang memerlukan sumber bahan mentah yang banyak. Selain itu, negara-negara

    Eropah melakukan dasar imperialisme ini juga kerana mereka mengatakan bahawa

    mereka bertanggungjawab mentamadunkan rakyat di Asia Tenggara yang dianggap tidak

    bertamadun. Mereka menggunakan slogan beban orang putih sebagai alasan melakukan

    mentamadunkan negara jajahan melalui penjajahan.

    1 Fieldhouse 1983,hlm 1 dalam Abu Talib Ahmad, Sejarah Tanah Besar Asia Tenggara Dewan Bahasa dan

    Pustaka, Kuala Lumpur,1991,hlm 59

  • 8/7/2019 HST 121

    3/12

    Myanmar atau pada asalnya disebut Burma sebelum tahun telah diasaskan oleh

    keturunan Alaungpaya iaitu pengasas Dinati konbaung pada 1752 dan berakhir pada 1885

    selepas dijajah oleh British semasa pemerintahan Raja Thibaw. Penjajahan British di

    Myanmar berlaku pada tahun 1886 adalah ekoran daripada beberapa siri perjanjian dan

    peperangan seperti Perang Inggeris-Myanmar 1, Perang Inggeris-Myanmar 2 dan

    akhirnya Perang Inggeris-Myanmar 3. Pelbagai perjanjian telah dimeterai oleh kedua-dua

    pihak seperti Perjanjian Yandabo, namun perlanggaran syarat-syarat perjanjian ini

    menyebabkan peperangan dan persengketaan berlaku berterusan. Peperangan yang

    berlaku ini menyebabkan Arakan dan Tenasserim ditakluki selepas Perang Inggeris-

    Myanmar 1. Pegu pula jatuh ke tangan Inggeris selepas Perang Inggeris-Myanmar 2 dan

    Ulu Burma ditakluki selepas Perang Inggeris Myanmar dan berakhirlah pemerintahan

    Dinasti konbaung.

    Penjajahan Perancis di Vietnam pula bermula pada tahun 1859 setelah bandar Saigon

    ditawan pada 18 februari 1859. Penaklukan dan kejatuhan empayar lama Vietnam

    mengambil masa selama tiga puluh tahun dan melalui beberapa tahap.2 Sejarah Vietnam

    sebelum tahun 1902 dipenuhi dengan beberapa siri peperangan sama ada perang dengan

    negara jiran atau perang saudara. Maharaja Gia Long atau nama sebenarnya Nguyen Anh

    merupakan pengasas Wangsa Nguyen muncul sebagai pemerintah Vietnam selepas

    tamatnya perang dengan negara jiran dan perang saudara Vietnam. Pemerintahan di

    Vietnam silih berganti dan pelbagai usaha mewujudkan keamanan dan perpaduan telah

    dilakukan. Namun, pada zaman pemerintahan Raja Tu Duc berlaku pelbagai masalah

    dalaman dan perpecahan dalam kepimpinan dan keadaan ini menyebabkan Perancis mula

    mengambil kesempatan. Imperialis Perancis yang semakin hebat pada akhir abad ke-19

    2 Philippe Devillers, Sejarah Indo-China Moden, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1988, hlm 207

  • 8/7/2019 HST 121

    4/12

    itu telah memperalatkan pemerintah Vietnam dengan memaksa beberapa perjanjian

    dengan Perancis ditandatangani. Gerakan-gerakan imperialis Perancis pula semakin

    mendesak Vietnam dan keadaan ini sedikit demi sedikit membolehkan Perancis berjaya

    menguasai pilitik dan menakluk Vietnam setelah beberapa siri perjanjian yang dimeterai

    antara Perancis dengan pemerintah Vietnam telah dibuat. Dalam bulan mac 1902

    Vietnam terpaksa tunduk dan dimasukkan ke dalam empayar jajahan Perancis.3

    Dalam membicarakan mengenai penjajahan British dan Perancis antara 1880 hingga

    1941, penjajahan ini meninggalkan pelbagai kesan kepada tanah jajahan. Penjajahan

    British dan Perancis ini meninggalkan banyak kesan kepada negara jajahan samaada dari

    segi politik, ekonomi dan sosial. Melalui penulisan ini, penulis akan cuba menjawab

    persoalan berkenaan dengan kesan sosial samaada kesan positif mahupun kesan negatif

    akibat penjajahan British dan Perancis meliputi negara jajahan British iaitu Myanmar dan

    negara jajahan Perancis iaitu Vietnam. Dalam hal ini, aspek perbincangan kesan sosial

    meliputi pembaharuan dasar pemerintahan, bahasa dan pendidikan, taraf hidup, undang-

    undang, aspek pembentukan masyarakat dan semangat kebangsaan yang terdapat di

    sesebuah negara jajahan itu. Kedatangan Penjajah telah membawa bersama impak

    perubahan dari segi sosial. Apa yang berbeza hanyalah cara yang digunakkan oleh kedua-

    dua penjajah tersebut.

    Di Myanmar, British telah membawa buruh daripada India masuk ke Myanmar

    terutamanya bagi menjalankan kegiatan ekonomi seperti pertanian padi. Semua sektor

    ekonomi Burma dipertanggungjawabkan kepada syarikat-syarikat Inggeris yang

    diuruskan oleh pentadbir-pentadbir India dan China dan migrasi orang India dan China

    3 Philippe Devillers, Sejarah Indo-china Moden, Dewan Bahasa dan Pustaka,1988, hlm 213

  • 8/7/2019 HST 121

    5/12

    digalakkan oleh orang British.4

    Upah buruh yang murah dari India ini menyebabkan

    British mengambil mereka untuk berkhidmat juga dengan kerajaan seperti di jabatan

    kesihatan, pos dan telegraf. Kemasukan buruh-buruh ini membawa bersama budaya-

    budaya mereka yang menyebabkan berlakunya asimilasi dan sosialisasi terhadap budaya

    dan penduduk tempatan. Selain itu, perkahwinan antara buruh-buruh luar dengan

    penduduk Myanmar turut membawa perubahan kepada budaya temaptan Myanmar yang

    mengakibatkan wujudnya masyarakat majmuk di Myanmar. Kemasukan warga asing

    secara beramai-ramai ini menjurus kepada berlakunya masalah perkauman kerana

    masyarakat peribumi berasa terhimpit dan dipinggirkan. Perkembangan ini

    memperlihatkan golongan Chetti mula menguasai tanah-tanah pertanian dan hak

    masyarakat tempatan mula diabaikan. Kesannya berlakulah pemberontakan dan rusuhan

    seperti pemberontakan Hsaya San. Manakala di Vietnam pula, Perancis telah

    menjalankan dasar asimilasi dan asosiasi. Asimilasi bermakna usaha untuk

    memperanciskan rakyat yang dijajah dari segi bahasa, adat dan idealisme.5 Namun dasar

    ini pada kemuncaknya gagal dilaksanakan dan Perancis menjalankan pula dasar asosiasi

    di Vietnam. Dasar asosiasi pula bermaksud pemerintahan secara tidak langsung yang

    mengambil kira perbezaan ras, geografi, dan biologi kaum yang menjajah dan yang

    dijajah. Dasar ini mengutamakan kerjasama antara penjajah dengan yang dijajah. Melalui

    dasar ini, berlaku banyak perubahan dalam bidang sains dan pembaharuan ini

    mengukuhkan lagi pendudukan Perancis di Myanmar.

    Selain itu, kesan penjajahan turut memberi kesan kepada sistem pendidikan seperti

    pengenalan sisitem pendidikan Inggeris. Penaklukan Burma oleh Inggeris telah membuka

    4 P-B. Lafont, Semenanjung Indo China, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1996, hlm 175 Abu Talib Ahmad, Sejarah Tanah Besar Asia Tenggara, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1991, hlm 79

  • 8/7/2019 HST 121

    6/12

    peluang kepada rakyat untuk menerima pelajaran dan dengan cara memperlengkapkan

    kepentingan umum keadaan masyarakat seluruhnya menjadi bertambah baik.6

    Pengenalan sistem pendidikan ini bertujuan untuk mendidik anak-anak tempatan menjadi

    pensubahat dengan penerapan idealisme dan dakyah penjajah. Di Myanmar,

    pendidikan Inggeris telah diperkenalkan selepas tahun 1852 oleh British dengan tujuan

    untuk meningkatkan pengetahuan masyarakat Myanmar bagi mendidik dan

    meningkatkan tamadun Burma. Dari segi pelajaran Inggeris memberi pelajaran-pelajaran

    yang mendorong kepada kebaikan negeri.7

    Ia juga dilaksanakan untuk menyediakan

    pegawai-pegawai perkhidmatan awam dan pengusaha ekonomi moden dengan kerani

    yang boleh bertutur dalam bahasa Inggeris di samping kakitangan lain yang menyediakan

    negara dengan kemahiran yang diperlukan oleh sesebuah negara moden8. Sebelum abad

    ke-20, pendidikan telah dijalankan oleh rahib-rahib di biara yang terletak di bandar-

    bandar dan kedatangan British telah memperkenalkan sistem pendidikan Inggeris dan

    mewujudkan satu bahasa untuk seluruh negara bagi memudahkan perkembangan

    ekonomi dan memudahkan kawalan. Antara ilmu yang mula diperkenalkan seperti ilmu

    kira-kira, ukur tanah, geografi, sejarah eropah, astronomi dan geometri awalan

    diperkenalkan.9

    Pendidikan yang bersifat fizikal seperti latihan boxing telah mula

    dipinggirkan. Dalam tahun 1871, sebanyak 70 buah sekolah menengah telah ditubuhkan

    dan maktab perguruan juga diadakan. Pendidikan juga sangat pesat dibangunkan di

    Burma Hilir sekitar tahun 1886 dengan banyak didirikan sekolah Inggeris dan juga

    6 W. Williams dan Joginder Singh Jessy, Sejarah Rengkas Asia Tenggara, M.P.H Publications Sdn Bhd,

    1969, hlm 1657 Sufian Bin Taimon, Intisari Sejarah Asia Tenggara, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1972, Kementerian

    Pelajaran Malaysia, Kuala Lumpur, hlm 1348

    David Joel Steinberg, Mengenali Sejarah Asia Tenggara Moden, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1981, hlm3759 Abu Talib Ahmad, Sejarah Tanah Besar Asia Tenggara, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1991, hlm 67

  • 8/7/2019 HST 121

    7/12

    sekolah campuran. Kesannya, sekolah Kyaung (sekolah kampong) semakin dipinggirkan

    terutama dalam kalangan penduduk bandar. Akhirnya wujud tiga sistem pendidikan iaitu

    sistem pendidikan yang keinggerisan, sistem biara yang tradisional dan sistem pendidikan

    campuran keinggerisan dan tradisonal. Kemuncak perkembangan pendidikan di Burma

    ialah penubuhan Universiti Rangoon pada 1920. Sementara di Vietnam pula, pelajaran

    telah diabaikan kerana ini bukanlah matlamat utama Perancis menakluki Vietnam.

    Perancis tidak membuat sebarang perubahan sebelum tahun 1900. Mulai 1900 Sistem

    pelajaran mula diberi perhatian dan beberapa buah sekolah Perancis dibina di bandar-

    bandar besar. Pelajaran mula diberi perhatian bertujuan untuk mengeluarkan penuntut

    yang berkebolehan dalam bidang ekonomi dan juga pentadbiran kolonial. Para pelajar

    didedahkan kepada bahasa Perancis, ilmu kira-kira, sejarah dan juga ilmu geografi.

    Pelajaran pada peringkat rendah adalah selama 6 tahun dan pelajar yang terbaik akan

    dihantar ke Sekolah Menengah Saigon (Hanoi) dan perbelanjaan akan di tanggung oleh

    kerajaan. Selain itu sekolah mubaligh pula mengeluarkan bakal pegawai peringkat

    rendah. Dalam tahun 1907, Universiti Hanoi telah dibina tetapi terpaksa ditutup sebab

    universiti itu dijadikan oleh pihak bumiputera sebagai pusat pergerakan semangat

    kebangsaan.

    Di samping itu, penjajahan tidak semestinya mendatangkan kesan sosial yang positif

    terhadap negara yang dijajah. Terdapat juga pelbagai kesan negatif yang berlaku di

    negara-negara jajahan. Di Myanmar, walaupun kemajuan pesat berlaku namun taraf

    hidup dilihat semakin merosot. Hal ini berlaku kerana terdapat juga kegiatan merompak

    dan peningkatan kegiatan jenayah yang mendadak walaupun selepas pengenalan sistem

    perundangan yang mantap dan kekuatan polis betambah. Pertambahan penduduk yang

  • 8/7/2019 HST 121

    8/12

    semakin meningkat begitu juga perkembangan bandar Rangoon pada 1860 terlalu pesat

    dengan penduduk melebihi 60000 orang menyebabkan kekurangan peluang pekerjaan.

    Masalah ini menyebabkan berlakunya masalah perumahan dan taraf kesihatan penduduk

    turut merosot. Berbanding di Vietnam, penjajah Perancis lebih menumpukan kepada

    usaha memajukan kawasan perbandaran seperti mencantikkan bandar Hanoi dengan

    memperkenalkan bandar seperti di Perancis contohnya dengan memperkenalkan cafe,

    villa dan avenue. Perkembangan perbandaran ini telah membahagikan masyarakat

    Vietnam kepada dua golongan iaitu masyarakat bandar yang bertamadun dan

    berpelajaran Perancis (Quoc Ngu) dan masyarakat desa yang membosankan atau dikenali

    sebagai nha que. Perkembangan ini juga meminggirkan masyarakat luar bandar dan akan

    terus menetap di kawasan luar bandar.

    Selain itu, kesan penjajahan juga dapat dilihat dari aspek perundangan yang mananegara penjajah telah memperkenalkan sistem perundangan Barat. Pengenalan undang-

    undang barat ini telah meminggirkan undang-undang asal yang ada. Di Myanmar, British

    memperkenalkan sistem undang-undang jenayah dan juga sivil. Pengenalan undang-

    undang ini juga membawa kesan negatif kerana pendakwaan semakin banyak dilakukan.

    Selain itu, pengenalan sistem perundangan barat ini juga telah menyebabkan lebih ramai

    penuntut tempatan memberi perhatian kepada undang-undang sedangkan Burma

    sebenarnya memerlukan lebih ramai doktor dan jurutera.10 Pelaksanaan undang-undang

    barat ini sering kali mewujudkan masalah kepada Myanmar dan hanya menguntungkan

    pihak British. Berlaku salah faham mengenai pelaksanaan undang-undang ini antara

    pihak inggeris dengan penduduk Burma dan berlaku juga ketidakadilan dalam

    pelaksanaan undang-undang ini kerana mementingkan warna kulit. Selain itu, terdapat

    10 Abu Talib Ahmad, Sejarah Tanah Besar Asia Tenggara, Dewana Bahasa dan Pustaka, hlm 65

  • 8/7/2019 HST 121

    9/12

    juga campur tangan pihak luar dalam perbicaraan di mahkamah yang menyebabkan

    sistem kehakiman menjadi kucar-kacir. Berbanding dengan negara Vietnam yang dijajah

    oleh perancis, dikatakan bahawa Perancis telah menjalankan sistem perundangan yang

    adil dan saksama terhadap penduduk Vietnam. Namun tindakan ini tidak berjaya juga

    menghilangkan perasaan benci penduduk kepada Perancis. Perjalanan mahkamah juga

    dijalankan tanpa merujuk kepada Golongan Mandarin.

    Penjajahan kuasa barat di Asia Tenggara juga telah menaikkan semangat kebangsaan

    dalam kalangan masyarakat tempatan yang sayangkan negara mereka. Masyarakat

    temapatan mula berasa tidak senang dengan pembaharuan yang dijalankan oleh pihak

    luar di tanah air mereka. Umumnya pembaharuan dan perubahan yang diperkenalkan

    pada mulanya bersifat memihak kepada pembangunan masyarakat tempatan tetapi lama-

    kelamaan mereka mula sedar bahawa pembaharuan yang dijalankan hanyalah bertujuan

    menguasai negara jajahan. Di Myanmar, Pergerakan menentang penjajah belum ketara

    sebelum atau sesudah Perang Inggeris Myanmar 1. Perjuangan menentang kemaraan

    British berasaskan patriotisme dan kebencian terhadap pihak yang berlainan bangsa,

    agama, budaya, agama, kepentingan ekonomi dan politiknya.11

    Pada hakikatnya,

    semangat kebangsaan Myanmar ini bermula sejak 1930an lagi. Penghapusan sistem

    feudal, perubahan susunan masyarakat, penguasaan ekonomi dan campurtangan inggeris

    dalam hal-hal kebudayaan merupakan antara faktor penentangan gerakan kebangsaan

    Myanmar. Boleh dikatakan bahawa badan yang ulung kali mengutarakan pergerakan itu

    ialah sebuah badan kebudayaan yang dikenal sebagai Young Mens Buddisht Association

    11 Wan Abdul Rahman Latif et.al. , Sejarah Perkembangan Tamadun Dunia, Dewan Bahasa dan Pustaka,

    2001, Hlm 357

  • 8/7/2019 HST 121

    10/12

    yang tertuboh dalam tahun 1908.12

    Mereka mula menuntut hak atau taraf yang mereka

    perolehi sebelum penjajahan British dan menuntut hak berkerajaan sendiri. Peristiwa di

    Burma yang lebih terkenal ialah Pemberontakan Hsaya San yang diketuai oleh seorang

    bekas rahib Buddha (pongyi).13 Di Vietnam, Semangat bencikan penjajahan Perancis

    memang sudah lama membara iaitu sejak tahun 1786 lagi. Semangat kebangsaan ini mula

    timbul setelah taraf masyarakat bumiputera dianggap lebih rendah daripada orang-orang

    Perancis. Mereka mula menuntut kebebasan tanah air mereka dan mereka sedar taraf

    mereka tidaklah lebih rendah daripada bangsa Perancis. Kuasa-kuasa penting mula

    dipegang oleh bangsa Perancis dan dalam tahun 1913, orang-orang Vietnam menubuhkan

    Persatuan Mengembalikan Vietnam bagi menuntut hak untuk berkerajaan sendiri. Setelah

    itu, bermulalah berlakunya pemberontakan kebangsaan Vietnam melalui parti-parti yang

    ditubuhkan bagi menyuarakan hak mereka.

    Secara analisisnya, penjajahan atau imperialisme merupakan satu cara atau alternatif

    kuasa-kuasa besar bagi meluaskan pengaruh dan wilayah taklukannya. Keadaan ini

    berlaku kerana persaingan sesama kuasa-kuasa besar di samping kepentingan ekonomi

    yang menjadi salah satu faktor utama mereka menjalankan imperialisme. Kecenderungan

    kuasa-kuasa besar seperti kuasa barat ini menyebabkan negara-negara yang ingin

    ditakluki mereka dihuru-harakan terlebih dahulu seperti mengadakan perjanjian-

    perjanjian sebelum penjajahan dilakukan. Dengan itu, negara yang mengikut telunjuk

    kuasa-kuasa penjajah ini akan menyebabkan negara mereka ditakluki dan pentadbiran

    mula dikuasai oleh orang asing manakala rakyat tempatan hanya menjadi orang suruhan

    di tanah air sendiri. Keadaan ini mengakibatkan kesusahan dan keperitan hidup rakyat

    12Sufian Bin Taimon, Intisari Sejarah Asia Tenggara, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1972, Hlm 135

    13 John Bastin dan Harry J. Benda, Sejarah Asia Tenggara Moden, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1977, Hlm

    13

  • 8/7/2019 HST 121

    11/12

    tempatan yang terpaksa mengikut telunjuk penjajah yang rakus mengejar kepentingan

    kuasa dan ekonomi. Hal ini juga memberi kesan kepada negara yang dijajah setelah

    pelbagai pembaharuan diperkenalkan yang kebanyakannya bertentangan dengan norma

    masyarakat tempatan. Namun, pergerakan-pergerakan kebangsaan yang mula dijalankan

    kesan daripada ketidakpuasan hati masyarakat tempatan terhadap penjajah sedikit

    sebanyak telah menjadi penghalang kepada penjajahan kuasa-kuasa barat diteruskan

    sehinggalah negeri-negeri jajahan dibebaskan.

    Kesimpulannya, penjajahan atau imperialisme merupakan satu kaedah kuasa-kuasa

    besar seperti British dan Perancis meluaskan wilayah taklukannya. Penjajahan yang

    bermotifkan kekuasaan politik dan penguasaan ekonomi ini menyaksikan kejatuhan

    kerajaan Myanmar atau Burma dan kerajaan Vietnam yang pada asalnya merupakan

    sebuah kerajaan yang berdaulat dan mempunyai institusi beraja yang memerintah negara.

    Namun setelah kedatangan kuasa barat ini telah menjadikan raja sebagai boneka yang

    terus menerus mengikut telunjuk mereka dan mengiyakan setiap tindakan yang mereka

    lakukan. Melalui penjajahan ini, pelbagai pembaharuan dan perubahan yang dilakukan

    memberi kesan kepada masyakat di kedua-dua buah negara samaada kesan tersebut

    bersifat positif dan negatif yang meliputi kesan politik, ekonomi dan sosial.

  • 8/7/2019 HST 121

    12/12

    Bibliografi

    Abu Talib Ahmad, 1991, Sejarah Tanah Besar Asia Tenggara, Dewan Bahasa dan

    Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur

    David Joel Steinberg(e.t all), 1981, Mengenali Sejarah Asia Tenggara Moden, Dewan

    Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur

    John Bastin dan Harry J. Benda, 1977, Sejarah Asia Tenggara Moden, Penjajahan

    Nasionalisma dan Kebijajahan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pelajaran

    Malaysia, Kuala Lumpur

    Philippe Devillers, 1988, Sejarah Indo-China Moden Perkembangan Sosiopolitik Hingga

    Abad ke-20, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala

    Lumpur

    Sufian Bin Taimon, 1972, Intisari Sejarah Asia Tenggara, Dewan Bahasa dan Pustaka,

    Kementerian Pelajaran Malaysia, Kuala Lumpur

    W.Williams dan Joginder Singh Jessy, 1969, Sejarah Rengkas Asia Tenggara, M.P.H

    Publications Sdn. Bhd, Singapura

    Wan Abdul Rahman Latif et.al. , 2001, Sejarah Perkembangan Tamadun Dunia, Dewan

    Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur