20
JUH 101 HUBUNGAN ETNIK 1.0 PENGENALAN Malaysia terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama .Kaum Melayu menjadi etnik terbesar di Malaysia dengan 54 % dari jumlah warganegara. Dari segi perlembagaan, orang Melayu ialah orang yang berkulit sawo matang, berbahasa Melayu dan beragama Islam. Kira- kira satu perempat daripada penduduk Malaysia ialah kaum Cina, dan 7% lagi terdiri daripada kaum India. Hampir 85% daripada kaum India di Malaysia merupakan masyarakat Tamil. Kepelbagaian kelompok etnik di negara ini diterima oleh semua masyarakat dan ia merupakan sumber kekuatan kepada Malaysia. Dari segi sejarah, kerjasama dan ikatan perpaduan pelbagai bangsa dan kaum di negara kita bermula dengan apa yang dinamakan sebagai kontrak sosial antara etnik terbesar di negara ini. 2.0 KONSEP HUBUNGAN ETNIK DAN PERMAINAN TRADISIONAL 1

Hubungan etnik

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Hubungan Etnik

Citation preview

Page 1: Hubungan etnik

JUH 101 HUBUNGAN ETNIK

1.0 PENGENALAN

Malaysia terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama .Kaum Melayu menjadi etnik

terbesar di Malaysia dengan 54 % dari jumlah warganegara. Dari segi perlembagaan,

orang Melayu ialah orang yang berkulit sawo matang, berbahasa Melayu dan beragama

Islam. Kira- kira satu perempat daripada penduduk Malaysia ialah kaum Cina, dan 7%

lagi terdiri daripada kaum India. Hampir 85% daripada kaum India di Malaysia

merupakan masyarakat Tamil.

Kepelbagaian kelompok etnik di negara ini diterima oleh semua masyarakat dan

ia merupakan sumber kekuatan kepada Malaysia. Dari segi sejarah, kerjasama dan ikatan

perpaduan pelbagai bangsa dan kaum di negara kita bermula dengan apa yang dinamakan

sebagai kontrak sosial antara etnik terbesar di negara ini.

2.0 KONSEP HUBUNGAN ETNIK DAN PERMAINAN TRADISIONAL

Masyarakat Malaysia mempunyai pelbagai jenis kebudayaan yang digarap

daripada pelbagai keturunan. Kebudayaan ini disatukan menjadi satu kebudayaan yang

unik kerana hampir setiap keturunan mempunyai adat sehingga membentuk kebudayaan

Melayu. Ini termasuklah suka bergotong-royong menjalankan kegiatan ekonomi, di mana

ikatan itu terus diperkukuh dan dipererat dengan acara-acara keramaian dan juga hiburan.

Lantaran dengan adat resam yang demikian , maka banyak permainan tradisional telah

dipertandingkan. (malaysiana.pnm.my)

1

Page 2: Hubungan etnik

JUH 101 HUBUNGAN ETNIK

Permainan tradisional telah berupaya membentuk sebahagian daripada kehidupan

yang dilalui oleh nenek moyang kita. Asas penting yang menjamin kesinambungan

permainan tradisional pada masa lalu ialah keseragaman cara hidup nenek moyang kita.

Kegiatan harian, bermusim dan tahunan daripada individu ke individu tidak banyak

berbeza. Ini membolehkan mereka bekerja dan berhibur pada masa yang sama. Malah

sejak dari kecil lagi mereka membiasakan diri dengan keadaan yang demikian. Apabila

musim menuai padi berakhir dan musim tengkujuh tiba pesawah dan nelayan mengisinya

dengan kerja-kerja sampingan. Kerja-kerja demikian boleh ditangguhkan dengan mudah.

Tempoh peralihan antara musim inilah digunakan untuk mengadakan keramaian serta

pesta.

Apabila sesuatu permainan diadakan di sesebuah kampung, penduduk kampung

yang terdiri daripada pelbagai etnik bangsa yang berdekatan turut berkunjung untuk

mengambil bahagian atau sekadar memberi semangat. Suasana pesta di padang

permainan boleh mewujudkan interaksi sosial di antara kampung-kampung yang

mengambil bahagian. Oleh yang demikian permainan tradisional juga dikenali sebagai

permainan rakyat. Ada di antara permainan ini yang sekarang tidak dimainkan lagi tetapi

hanya diketahui oleh ibu bapa dan datuk nenek kita sahaja. Tetapi ada juga yang masih

dimainkan lagi oleh kanak-kanak sehingga hari ini. Di antara permainan itu termasuklah

guli, congkak, wau, selambut, sepak raga, gasing dan lain-lain. (malaysiana.pnm.my)

2

Page 3: Hubungan etnik

JUH 101 HUBUNGAN ETNIK

3.0 KAEDAH PENGUMPULAN DATA.

Kaedah pengumpulan data adalah sebuah proses yang menjadi panduan yang sangat

berguna kepada pengkaji manjalankan kajian dengan teratur, sistematik dan berkesan

terutamanya ketika memproses dan menganalisis data.Dalam kajian ini, data Primer dan

juga data sekunder telah digunakan untuk membantu pelancaran tugasan ini dengan baik.

Tambahan pula, sumber-sumebr data ini banyak membantu untuk mendedahkan tujuan

utama dalam kajian lapangan yang kami telah disediakan.

Kawasan kajian lapang kami ialah Kawasan Bukit Jenun yang berada di daerah

Pendang Kedah. Sebanyak 85 peratus penduduk dalam kawasan ini adalah terdiri daripda

orang Melayu dan selebihnya adalah orang Cina, India dan juga Siam. Penduduk-

penduduk di kawasan ini juga amat bersatu padu dan akrab telah menyebabkan kami

memilih kawasan ini untuk mengkaji tentang permainan tradisional di Malaysia.

3.1 Data Primer

Data primer adalah data yang dikumpul sendiri oleh penyelidik untuk kegunaan

penyelidikan. Ia merupakan data asli yang diwujudkan oleh penyelidik sendiri

samada melalui uji kaji, kajian kes, soal selidik, temuduga.Kajian ini meliputi dua

kaedah pengumpulan data primer iaitu temuduga dan pemerhatian.

3

Page 4: Hubungan etnik

JUH 101 HUBUNGAN ETNIK

3.1.1 Temuduga

Temuduga berstruktur yang bersemuka akan dijalankan dalam proses

pengumpulan data kajian ini. Kelebihan kaedah ialah penyelidik boleh mengubah

soalan yang akan ditanya berdasarkan input-input yang diberikan oleh responden.

Penyelidik dapat memastikan bahawa responden benar-benar faham soalan yang

ditanya dengan mengolah semula soalan tersebut. Selain itu, penyelidik juga

boleh membaca atau memerhatikan tanda-tanda yang bukan lisan yang wujud

pada responden seperti gemuruh, tidak stabil atau pun tidak selesa dengan soalan.

Temuduga kajian ini akan dilakukan terhadap Encik Hj. Ismail Bin Din

iaitu penghulu kawasan Bukit Jenun. Beliau merupakan orang yang sangat

berpengaruh dan juga mempunyai tanggungjawab yang penting bagi

melaksanakan tugas-tugas penting di kampungnya. Kami juga telah menemubual

beberapa penduduk kampung untuk mendapatkan maklumat selanjutnya.

3.1.1Pemerhatian

Teknik mengumpul data ini dijalankan tanpa menemuduga atau menyoal kepada

responden. Melalui teknik ini, maklumat dikumpul dengan memerhatikan

individu responden di dalam natural setting mereka.

.

Kajian ini tidak akan mengambil kira maklumat yang dikumpul pada

peringkat awal jika didapati maklumat tersebut terlalu berbeza dengan maklumat

yang dikumpulkan kemudiannya. Ini adalah sebab bias di pihak responden

4

Page 5: Hubungan etnik

JUH 101 HUBUNGAN ETNIK

mungkin berlaku di mana responden telah mengetahui bahawa mereka telah

diperhatikan maka mereka akan bertindak atau berkelakuan disebaliknya semasa

tempoh pemerhatian.

Kami telah melakukan pemerhatian terhadap hubungan di antara kaum-

kaum etnik yang melakukan aktiviti-aktiviti di kawasan Bukit Jenun. Ini akan

membolehkan kami untuk mendapatkan satu pendekatan yang amat penting bagi

mengkaji hubungan etnik di antara kaum-kaum di kawasan tersebut.

3.2 Data Sekunder

Data sekunder didokumentasikan atau secara bertulis adalah amat diperlukan bagi

membantu penyelidik untuk mendapatkan maklumat daripada kajian-kajian lepas

yang telah dijalankan oleh para penyelidik terdahulu. Data-data sekunder untuk

kajian ini diperolehi daripada pembacaan dan penyelidikan yang telah dibuat di

dalam sumber internet dan juga ulasan buku-buku yang berkaitan dengan

hubungan etnik untuk mendapatkan lebih banyak maklumat.

4.0 ANALISIS

Kami telah menggunakan dua permainan tradisional untuk mengukur tahap hubungan

etnik dan perpaduan di kawasan Bukit Jenun. Permainan Tradisonal tersebut adalah

5

Page 6: Hubungan etnik

JUH 101 HUBUNGAN ETNIK

Gasing dan Congkak. Permainan tersebut merupakan permainan yang sangat terkenal di

Malaysia dan mudah diaplikasikan oleh semua lapisan masyarakat.

4.1 Permainan tradisional

4.1.1Congkak

Congkak sejenis permainan tradisional Melayu yang menggunakan papan kayu

berlubang atau lubang di atas tanah dan buahnya daripada biji congkak, biji getah,

biji guli dan lain-lain. Di utara semenanjung ianya dipanggil juga

Jongkok.Permainan ini telah wujud sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi,

tetapi tidak pasti asalnya, samada pengaruh luar telah datang bersama pedagang

atau sememangnya telah dicipta oleh orang Melayu ketika itu. .(ms.wikipedia.org)

Cara Bermain :-

Dua orang pemain duduk berhadapan menghadap papan congkak, dimulakan

dengan kedua-dua pemain serentak mencapai buah di kampung masing-

masing dan memasukkan buah satu demi satu di dalam lubang kampung

dengan pergerakan dari kanan ke kiri hingga ke rumah dan kampung lawan.

Gerakan diteruskan hingga buah yang terakhir pada tangan dimasukkan dalam

kampung kosong di kawasan sendiri atau lawan dan pemain hendaklah

berhenti, sekiranya buah itu jatuh atau mati di kampung sendiri. Pemain itu

boleh menembak kampung lawan yang setentang dengan kampungnya iaitu

mengaut kesemua buah (jika ada) di dalam kampung tersebut.

(malaysiana.pnm.my)

6

Page 7: Hubungan etnik

JUH 101 HUBUNGAN ETNIK

Pihak lawan mengambil giliran meneruskan permainan hingga buahnya mati.

Sekiranya buah terakhir jatuh di dalam rumah sendiri, pemain boleh

meneruskan permainan dengan mengambil buah yang masih banyak di mana-

mana kampung sendiri. Sekiranya buah terakhir jatuh di kampung kosong

pihak lawan, maka permainan itu mati di situ sahaja dan pihak lawan boleh

memulakan permainan seterusnya hingga mati.

Setelah tamat pusingan pertama, setiap pemain mengisi semula kampung

dengan buah congkak dan jika ada kampung yang tidak cukup buah, ia

dianggap terbakar. Kampung ini tidak boleh diisi apabila bermain pada

pusingan yang kedua, ketiga dan seterusnya hingga pihak lawan mengaku

kalah.

Walaupun permainan congkak kelihatan sama dengan permainan lain yang

berasaskan lubang dan buah seperti Manchala dan Sungka, terdapat beberapa

perbezaan dari segi peraturan. Perbezaan utama ialah semasa permulaan

permainan di mana permainan congkak bermula serentak antara kedua-dua

pemain. Pengagihan buah dalam permainan congkak juga bergerak mengikut

arah jam berbanding dengan permainan lain yang bergerak secara melawan

arah jam. .(ms.wikipedia.org)

4.2 Gasing

Gasing merupakan permaian tradisional orang-orang Melayu sejak dahulu lagi.

Biasanya dimainkan selepas musim menuai. Permainan gasing dipertandingkan

7

Page 8: Hubungan etnik

JUH 101 HUBUNGAN ETNIK

antara kampung. Pemenang dikira berdasarkan tempoh masa gasing mampu

berputar. Gasing dibuat daripada kayu bebaru, kemuning, merbau, rambai, durian

atau kundang. Kayu tersebut akan ditakik-takik dan dikikis sehingga menjadi

bentuk gasing.

Tali gasing dibuat daripada kulit pokok bebaru. Tapi sekarang tali gasing

dibuat daripada tali nilon. Panjang tali gasing biasanya bergantung kepada

panjang tangan seseorang. biasanya 1 meter panjang. Minyak kelapa digunakan

untuk melicinkan pergerakan tali gasing.

Jenis gasing

Gasing toyol

Gasing begelen

Gasing uri

Gasing pangkah

Gasing leper

Gasing jantung

Gasing tanjung

Gasing kuno

Gasing leper Kelantan

Gasing Melayu dan lain-lain lagi.(ms.wikipedia.org)

8

Page 9: Hubungan etnik

JUH 101 HUBUNGAN ETNIK

Cara Bermain

Gasing dimainkan dengan dua cara, iaitu sebagai gasing pangkah atau gasing uri.

Gasing pangkah, dimainkan dengan melemparkannya supaya mengetuk gasing

lawan. Gasing uri dipertandingkan untuk menguji ketahanannya berpusing.

Gasing pinang dimainkan oleh kanak-kanak. Buah pinang muda

dikupaskan sabut dan kulitnya, dipangkaskan bahagian atas dan bahagian

bawahnya, kemudian dicucukkan lidi buluh melalui pulurnya menjadi paksi serta

pemegang gasing itu. Gasing ini boleh dilagakan atau diurikan.Untuk

memusingkan gasing, tali setebal 1.75 cm dan sepanjang 3 hingga 5 meter

dililitkan pada jambulnya hingga meliputi seluruh permukaan gasing. Kemudian

gasing itu dilemparkan ke atas tanah dan serentak dengan itu tali yang melilit

jambuhnya direnggut. .(ms.wikipedia.org)

Pertandingan Gasing

Pertandingan gasing uri berbeza dengan gasing pangkah. Gasing uri lebih bersifat

individual, manakala gasing pangkah bersifat kumpulan.(ms.wikipedia.org)

Gasing Uri

Dua orang pembantu diperlukan dalam pertandingan gasing uri; seorang

memegang cokok dan seorang lagi memegang lopok. Cokok diperbuat daripada

kayu dan berbentuk leper seperti sudip, kira-kira 60 cm panjang. Lopok juga

diperbuat danipada kayu tetapi berbentuk torak atau pun seperti pancang, 45 cm

9

Page 10: Hubungan etnik

JUH 101 HUBUNGAN ETNIK

panjang. Di hujung lopok itu dilekatkan logam bergaris pusat 4-5 cm. Tempat

permainan atau arena gasing dipanggil bong. Bong berbentuk bulat, bergaris pusat

kira-kira 3.25 meter, dan dibuat di atas tanah yang keras.

Gasing yang berpusing dipindahkan oleh jong (juru) cokok ke atas lopok

yang telah dicacakkan di atas tanah. Gasing yang berpusing paling lama dikira

pemenang pertandingan. Biasanya gasing uri berupaya berpusing lebih daripada

satu jam.

Gasing Pangkah

Gasing jenis ini pula dimainkan secara berkumpulan. Setiap pasukan terdiri

daripada dua hingga lima orang. Untuk menentukan pasukan menanti dan

pasukan memangkah, peraduan uri diadakan, antara gasing-gasing yang mewakili

pasukan-pasukan yang mengambil bahagian. (malaysiana.pnm.my)

Pasukan yang gasingnya paling lama berpusing menjadi pasukan

memangkah pertama. Permainan dimulakan dengan pasukan menanti

melemparkan gasing mereka ke tengah-tengah bong. Kemudian pasukan

memangkah pula memangkah gasing mereka. Tiap-tiap gasing pasukan

memangkah mesti mengetuk salah satu gasing pasukan menanti. Tujuannya ialah

sama ada memecahkan gasing lawan ataupun sekurang-kurangnya menjejaskan

keseimbangan pergerakannya supaya cepat berhenti berpusing.

Dalam perlawanan gasing ini, setiap pasukan mempunyai jong cokok.

Selesai pemangkahan, gasing-gasing di dalam bong itu dicokokkan dan

10

Page 11: Hubungan etnik

JUH 101 HUBUNGAN ETNIK

dipindahkan ke atas lopok, seperti dalam pentandingan gasing uri. Jika salah satu

gasing pihak menanti berpusing lebih lama, pihak itu tidak diberi markah tetapi

ditukarkan menjadi pemangkah. Pasukan yang memangkah tadi kini menjadi

pasukan menanti pula (malaysiana.pnm.my)

5.0 DAPATAN KAJIAN

5.1 Peranan Hubungan etnik dalam permainan tradisional

Permainan tradisional adalah sebuah pendekatan yang amat baik untuk melahirkan

permuafakatan. Di kawasan Bukit Jenun permainan tradisional seperti congkak dan

gasing amat terkenal di kalangan semua lapisan masyarakat. Semasa pemerhatian

kami, banyak golongan masyarakat termasuk kanak-kanak amat menyukai permainan

ini. Tambahan pula, permainan gasing ini dimainkan oleh kaum India, Melayu dan

Siam bersama-sama. Permuafakatan ini tentunya akan menggalakan hubungan etnik

di kalangan masyarakat kawasan tersebut.

Sebelum saya mengkaji kawasan kajian lapangan saya, saya mentafsirkan bahawa

kaum-kaum di kawasan tersebut akan melakukan kerja mereka sendiri dan tidak lagi

berminat terhadap permainan tradisional. Kami juga berharap untuk melihat ketiga-

ketiga kaum bermain bersama. Tamabahan pula, permainan tradisional juga boleh

dikatakan lama dan tidak lagi diamalkan oleh golongan muda di kawasan tersebut.

11

Page 12: Hubungan etnik

JUH 101 HUBUNGAN ETNIK

Apabila kami sampai di kawasan tersebut, kami dapat melihat segelintir kanak-

kanak yang terdiri daripada pelbagai kaum sedang bermain gasing. Kami berasa

gembira kerana dapat melihat keakraban hubungan etnik yang ditanam oleh ibubapa-

ibubapa di kawasan tersebut. Setelah kami kunjungi rumah Penghulu Hj Ismail, kami

juga mendapati bahawa anak perempuan beliau sedang bermain congkak dan ada juga

sedang membuat wau. Pada masa itu kami mendapati kunjungan kami tidak bersia-

sia kerana dapat melihat perpaduan dan juga penghargaan terhadap permainan

tradisionalal.

Hubungan etnik merupakan sesuatu perkara yang harus disemai dari awal lagi. Ini

akan membina satu semangat permuafakatan sejak awal lagi. Permainan tradisional

merupakan satu pendekatan yang amat baik. Melalui kajian ini, kami mendapati

bahawa hubungan etnik tidak akan dibentuk jika tiada kesedaran dari awal lagi.

Dalam konteks ini, Malaysia mempunyai kelebihan tersendiri kerana amalan

permuafakatan dapat dibina sejak awal lagi. Tambahan pula, kanak-kanak di

Malaysia tahu akan kebudayaan kaum-kaum lain melalui banyak perantaraan

termasuklah media elektronik dan juga saluran pendidikan.

Dalam kajian ini juga kami mendapati bahawa permainan tradisional menghadapi

zaman kehilangan identitinya kerana kemunculan banyak aspek yang mengisi masa

lapang. Permainan tradisional yang menjadi warisan turun-temurun akan menghadapi

ancamaan jika pihak kerajaan tidak mengambil langkah yang drastik. Tambahan pula,

12

Page 13: Hubungan etnik

JUH 101 HUBUNGAN ETNIK

ibubapa juga harus berperanan besar mengajar dan menggalkan anak-anaknya tentang

kepentingan permainan tradisional agar identitinya tidak hilang buat selama-lamanya.

Melalui kajian lapangan ini juga, kami mendapati permainan tradisional akan

membantu meningkatkan hubungan etnik dengan lebih baik. Pada masa dulu ,

permainan yang hanya diwarisi oleh kaum tertentu akan dinikmati oleh semua

golongan masyrakat. Ini merupakan satu pencapaian yang amat hebat dan merupakan

satu titk keberkesanan pentadbiran Malaysia. Akhir sekali, kita harus ingat bahawa,

bukan sahaja di kawasan kajian lapangan kami bahkan di seluruh Malaysia,

perpaduan dan kemuafakatan satu benda yang tidak dapat dibeli atau dirampas. Ia

adalah sebuah benda yang harus datang secara semulajadi. Maka kita harus berusaha

untuk mendapatkanya dan juga harus berjuang untuk mencapai status negara maju di

dunia.

13

Page 14: Hubungan etnik

JUH 101 HUBUNGAN ETNIK

KESIMPULAN

Permainan tradisional merupakan satu pendekatan yang amat penting bagi merapatkan

jurang antara kaum. Permainan tradisional ini akan membolehkan golongan masyarakat

yang berlainan agama bekerjasama untuk mencapai kemenangan. Malah, sumber

kebudayaan pun dapat dipelajarai oleh kaum-kaum lain di Malaysia. Permainan

tradisional bukan untuk kanak-kanak sahaja, malah orang dewasa pun boleh menikmati

kebaikkan daripada permainan tersebut. Permainan tradisional bukan sahaja membantu

meningkatkan kesihatan malah ia juga membantu menanamkan sikap faham-memahami

di antara kaum-kaum di Malaysia.

Walaubagaimanapun, permainan tradisional ini kian dilupakan pada masa

sekarang. Permainan yang berelektronik dan baru telah mengambilalih permainan

tradisional pada masa kini. Orang-orang muda pada masa kini lebih mengambil langkah

mudah untuk mengisi masa lapang mereka dengan aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah

dan kepentingan terhadap permainan tradisional ini kian berkurangan.

Oleh sebab itu, satu pendekatan harus diwujudkan untuk membolehkan

kepentingan bagi permainan tradisional dapat diwujudkan. Kerajaan harus berperanan

besar bagi mewujudkan minat golongan muda untuk mengisi masa lapang mereka dengan

permainan tradisional ini.

14

Page 15: Hubungan etnik

JUH 101 HUBUNGAN ETNIK

BIBLIOGRAFI

http://malaysiana.pnm.my/03/0307gasing.htm

http://mingguan.melaka.net/2000/oct_29/artikel3.htm

http://zamhi34.blogspot.com/2007/03/gasing-kuno.html

www.ms.wikipedia.org

www.utusan.com.my

15