7
Malaysia adalah sebuah negara yang terkenal dengan kepelbagaian etnik,budaya, bangsa, bahasa dan adat resam.Menurut Mohd Sohaimi Isa (2011) perpaduan merujuk sebagai satu proses yang menyatupadukan seluruh masyarakat dan negara supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan banggakan tanah air.Perpaduan negara pula merujuk kepada satu bentuk penyatuan pelbagai kelompok yang mempunyai latar belakang sosial, agama, budaya, dan bahasa yang berbeza di bawah satu bentuk identiti nasional yang lebih khusus serta dapat diterima oleh majoriti golongan etnik di negara ini. Sejak merdeka sehinggalah mutakhir ini, pelbagai usaha telah dilaksanakan yang bertujuan mencapai perpaduan dalam kalangan masyarakat Malaysia. Salah satu usaha yang telah dijalankan kerajaan dalam mencapai matlamat keseimbangan ekonomi dan perpaduan ialah pengenalan Dasar Ekonomi Baru. Dasar ini diperkenalkan oleh Tun Abdul Razak iaitu Perdana Menteri Malaysia Kedua pada tahun 1970 selepas negara dikejutkan dengan peristiwa 13 Mei 1969.Dasar Ekonomi Baru telah berjaya mengurangkan kemiskinan tanpa mengira kaum dan menempatkan semula masyarakat supaya pengenalan kaum mengikut sektor ekonomi dan penempatan dikikis. Pelancaran Dasar Ekonomi Baru menekankan kepentingan mencapai sasaran sosioekonomi seiring dengan pertumbuhan ekonomi sebagai satu cara mewujudkan keharmonian dan perpaduan di dalam negara Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kumpulan etnik dan agama. Pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum merupakan matlamat utama pelancaran dasar tersebut. Dasar Ekonomi Baru merupakan Rangka Rancangan Jangka Panjang Pertama yang meliputi tempoh antara tahun 1970-1990 melalui:

hubungan etnik

Embed Size (px)

DESCRIPTION

dasar ekonomi baru & dasar pembangunan nasional

Citation preview

Malaysia adalah sebuah negara yang terkenal dengan kepelbagaian etnik,budaya, bangsa, bahasa dan adat resam.Menurut Mohd Sohaimi Isa (2011) perpaduan merujuk sebagai satu proses yang menyatupadukan seluruh masyarakat dan negara supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan banggakan tanah air.Perpaduan negara pula merujuk kepada satu bentuk penyatuan pelbagai kelompok yang mempunyai latar belakang sosial, agama, budaya, dan bahasa yang berbeza di bawah satu bentuk identiti nasional yang lebih khusus serta dapat diterima oleh majoriti golongan etnik di negara ini. Sejak merdeka sehinggalah mutakhir ini, pelbagai usaha telah dilaksanakan yang bertujuan mencapai perpaduan dalam kalangan masyarakat Malaysia. Salah satu usaha yang telah dijalankan kerajaan dalam mencapai matlamat keseimbangan ekonomi dan perpaduan ialah pengenalan Dasar Ekonomi Baru. Dasar ini diperkenalkan oleh Tun Abdul Razak iaitu Perdana Menteri Malaysia Kedua pada tahun 1970 selepas negara dikejutkan dengan peristiwa 13 Mei 1969.Dasar Ekonomi Baru telah berjaya mengurangkan kemiskinan tanpa mengira kaum dan menempatkan semula masyarakat supaya pengenalan kaum mengikut sektor ekonomi dan penempatan dikikis. Pelancaran Dasar Ekonomi Baru menekankan kepentingan mencapai sasaran sosioekonomi seiring dengan pertumbuhan ekonomi sebagai satu cara mewujudkan keharmonian dan perpaduan di dalam negara Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kumpulan etnik dan agama. Pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum merupakan matlamat utama pelancaran dasar tersebut. Dasar Ekonomi Baru merupakan Rangka Rancangan Jangka Panjang Pertama yang meliputi tempoh antara tahun 1970-1990 melalui: Rancangan Malaysia Kedua (1971-1975) Rancangan Malaysia Ketiga (1976- 1980) Rancangan Malaysia Keempat (1981-1985) Rancangan Malaysia Kelima (1986-1990 )Rancangan-rancangan pembangunan di bawah Dasar Ekonomi Baru adalah disusun dan dijalankan menerusi strategi serampang dua mata:i. Mengurang dan seterusnya membasmi kemiskinan dengan memperbanyakkan peluang-peluang pekerjaan kepada semua rakyat tanpa mengira kaum.ii. Penyusunan semula masyarakat untuk mengurangkan dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi.

Selain itu, kerajaan turut meluaskan lagi peluang-peluang pekerjaan bagi semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum juga dilaksanakan dalam strategi membasmi kemiskinan. Kerajaan telah membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada semua kaum tanpa terikat lagi dengan dasar ekonomi pecah dan perintah penjajah.Pelaksanaan strategi pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyakat menghasilkan kemajuan yang ketara menjelang 1990. DEB telah berjaya membina hubungan erat antara etnik yang dikecapi sekarang melalui penstrukturan politik, ekonomi dan social masyarakat. Sektor-sektor ekonomi tertentu yang dahulu dimonoli oleh kaum-kaum tertentu kini berjaya distruktur semula supaya bercorak pelbagai kaum dan seimbang supaya integrasi kaum dapat diwujudkan melalui kegiatan ekonomi. Malahan, melalui DEB ekonomi negara dilihat semakin meningkat dan mata wang negara semakin kukuh. Jika dikupas dari perspektif lain pula, pelancaran Dasar Pembangunan Nasional merupakan dasar kesinambungan dasar ekonomi baru. Dasar Pembangunan Nasional telah dilancarkan oleh Y.A.B. Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia pada 17 Jun 1991. Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP 2) 1991 - 2000 teah digubal berasaskan Dasar Pembangunan Nasional (DPN), menandakan bermulanya satu lagi era baru di dalam usaha untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang tahun 2020.Objektif utama pengenala DPN ialah untuk terus memperkukuhkan lagi kestabilan sosial dan politik dan mengekalkan pembangunan ekonomi yang berterusan. DPN menetapkan satu langkah ke arah membolehkan Malaysia mencapai taraf sebuah negara yang maju dalam semua segi iaitu dari segi keadilan sosial,nilai, etika dan moral, kestabilan politik, kualiti hidup, kecekapan pentadbiran kerajaan, dan kecemerlangan ekonomi. Seterusnya, terdapat juga beberapa program atau pendekatan baru yang diambil dalam usaha melaksanakan DPN. Antaranya termasuklah tumpuan diberikan kepada straregi membasmi kemiskinan dalam kalangan golongan termiskin. Dalam DPN, penglibatan sektor swasta juga ditingkatkan. Beberapa strategi telah digalurkan seperti mengemaskan perlaksanaan dan pendekatan program membasmi kemiskinan. Tumpuan khas diberikan kepada keluarga termiskin menerusi Program Pembasmian Rakyat Termiskin (PPRT). Tumpuan juga diberikan kepada mengurangkan masalah kemiskinan relatif. Persaingan Dalam Pasaran Antarabangsa DPN telah mengambilkira kemampuan negara untuk bersaing dengan lebih terdaya dalam pasaran antarabangsa di samping menghadapi cabaran baru. Di dalam menghadapi persaingan antarabangsa, Malaysia perlu meningkatkan daya tarikan kepada pelabur dan pengusaha supaya dapat memperluaskan urusan mereka di negara ini. Dalam bidang eksport pula, halangan- halangan (perlindungan) perdagangan antarabangsa akan meningkat.Tambahan pula, Penyertaan semua kaum di negara ini adalah sangat penting untuk memajukan Malaysia ke taraf negara yang maju menjelang tahun 2020. Oleh yang demikian pelaksanaan strategi serampang dua mata DPN akan terus menggalakkan penggemblengan sumber-sumber negara dan menggunakan potensi kecerdasan masyarakat berbilang kaum untuk membina ekonomi yang teguh serta meningkatkan ketahanan negara bagi mengatasi ketidakstabilan dan ketidak tentuan ekonomi dunia. Dalam hal ini,seperti DEB,DPN akan meneruskan usaha-usaha mengurangkan ketidakseimbangan ekonomi bukan sahaja di kalangan kaum etnik tetapi juga di antara golongan kaya dan miskin dan antara wilayah. Ketidakseimbangan ekonomi ini akan dapat dikurangkan berasaskan prinsip pembangunan seimbang dan pengagihan yang saksama untuk mencapai keadilan sosial dan memperkukuhkan perpaduan negara. Rentetan itu, perpaduan kaum yang mampu meningkatkan taraf ekonomi negara akan menjadikan Malaysia berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara lain.Konklusinya, pihak kerajaan perlulah mengadakan pelbagai program atau aktiviti yang dapat memupuk semangat perpaduan kaum. Masyarakat Malaysia juga perlu memainkan peranan dalam memupuk perpaduan kaum supaya negara kekal dalam kemerdekaan. Semoga 58 tahun kemerdekaan pada tahun ini akan meningkatkan kesepakatan masyarakat untuk menobatkan Malaysia agar megah dan popular di seluruh sarwajagat ini. Laungan 'Malaysia Boleh' perlu diteruskan agar semangat warganegara Malaysia ini digeruni oleh negara luar.

Salah satu langkah bagi memajukan ekonomi masyarakat Malaysia ialah dengan menambahkan pemilikan bumiputera dalam ekonomi melalui penubuhan UDA dan pelancaran Permodalan Nasional Berhad dan Amanah Saham Nasional. Lantaran itu, Akta Penyelarasan Perindustrian (1975) juga telah diluluskan dalam tempoh DEB. Melalui penubuhan-penubuhan tersebut kerajaan dapat memastikan penglibatan bumiputera dalam pemilikan ekonomi tercapai.Tambahan pula, kerajaan juag memainkan peranan dalam Dasar Persyarikatan Malaysia dan Dasar Penswastaan. Sehubungan itu, pihak kerajaan berjaya menyediakan peluang pekerjaan sekaligus dapat meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara. Seterusnya,kerajaan juga mengambil perhatian terhadap kemajuan masyarakat luar bandar. Strategi lain dalam menyusun semula masyarakat ialah pembangunan wilayah iaitu mengurangkan ketidaksamaan tingkat kehidupan di antara kawasan-kawasan dengan menggandakan kadar pertumbuhan yang berhubung dengan kawasan-kawasan yang kurang membangun. Bersangkutan dengan hal ini, kerajaan juga tidak dipandang rendah terhadap pembangunan kawasan bandar. Kerajaan telah mencorakkan perbandaran-perbandaran baru dan pembinaan industri-industri baru supaya kepentingan kaum Melayu sentiasa diuatamakan tanpa menjejeskan kepentingan kaum lain.Pihak kerajaan juga memberi latihan kemahiran kepada kaum Melayu bagi melahirkan individu yang mampu memberi sumbangan dalam pembangunan ekonomi negara.Di samping itu, dalam menyusun semula masyarakat kerajaan juga telah berusaha meluaskan lagi peluang-peluang pelajaran dalam dan luar negeri.Kerajaan memastikan golongan muda menerima pendidikan dan kerajaan juga memperbanyakkan bilangan sekolah di kawasan luar bandar untuk mengurangkan bilangan buta huruf dalam kalangan rakyat Malaysia.Jika dikupas dari perspektif lain pula, sekitar tahun 1990, telah menandakan berakhirnya DEB yang menjadi asas rancangan pembangunan negara untuk jangka masa 1970 -1990.Dasar ini tidak mampu 100% mencapai matlamatnya atas beberapa faktor seperti masalah kemeseletan ekonomi dunia. Setelah tempoh Dasar Ekonomi Baru tamat, kerajaan telah menubuhkan Dasar Pembangunan Nasional yang merupakan usaha atau kesinambungan kepada perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru.

RUJUKAN

http://notactu553.blogspot.com/2012/11/tajuk-07.html(atas talian 11/2/2015)http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/nkra/11743-dasar-dasar-kerajaan-dalam-membentuk-perpaduan.html(atas talian 12/2/2015)https://zanas.wordpress.com/artikal/dasar-ekonomi-baru-deb/(atas talian 13/2/2015)http://gurudasar.blogspot.com/(atas talian 14/2/2015)Laurent Merzger (2007) Masyarakat Dan Budaya Melayu. Kuala LumpurUtusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.