24
Hukum Muzik & Nyanyian Nyanyian dalam Islam Nyanyian dan Muzik merupakan salah satu dari cabang seni yang utama. Ia dikenali sebagai suatu seni yang indah dan unik jika dibandingkan dengan seni-seni lain. Seperti yang sedia maklum, Islam merupakan agama yang indah dan Allah sendiri sebagai pencipta alam semesta ini turut dikenali dengan sifatnya yang Maha Cantik dan juga menyukai kecantikan dan juga keindahan. Firman Allah SWT: Maksudnya: ” Yang menciptakan tiap-tiap sesuatu dengan sebaik-baiknya (As-Sajdah:7) Berdasarkan maksud firman di atas, jelas membuktikan bahawa Allah itu sendiri menciptakan setiap kejadian dengan sebaik- baiknya (sempurna). Sebaik-baiknya boleh kita kaitkan dengan sifat Allah yang maha indah dan menyukai keindahan. Hukum Nyanyian Ulama berselisih pendapat berhubung hukum nyanyian menurut syarak. Terdapat khilaf ataupun perselisihan pendapat dalam menentukan hukum bagi nyanyian dan muzik. Ada sebahagian ulama menetapkan hukum nyanyian dan muzik adalah haram manakala sesetengah lagi menghalalkan dan tidak kurang ada juga yang mengharuskannya. Setiap dari ulama ini berpegang kepada pendirian masing-masing berdasarkan kepada dalil-

Hukum Muzik dan Nyanyian

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Menceritakan hukum muzik dan nyanyian beserta rujukan.

Citation preview

Page 1: Hukum Muzik dan Nyanyian

Hukum Muzik & NyanyianNyanyian dalam Islam

Nyanyian dan Muzik merupakan salah satu dari cabang seni yang

utama. Ia dikenali sebagai suatu seni yang indah dan unik jika

dibandingkan dengan seni-seni lain. Seperti yang sedia maklum, Islam

merupakan agama yang indah dan Allah sendiri sebagai pencipta alam

semesta ini turut dikenali dengan sifatnya yang Maha Cantik dan juga

menyukai kecantikan dan juga keindahan.

Firman Allah SWT:

Maksudnya: ” Yang menciptakan tiap-tiap sesuatu dengan sebaik-baiknya”

(As-Sajdah:7)

Berdasarkan maksud firman di atas, jelas membuktikan bahawa Allah

itu sendiri menciptakan setiap kejadian dengan sebaik-baiknya

(sempurna). Sebaik-baiknya boleh kita kaitkan dengan sifat Allah yang

maha indah dan menyukai keindahan.

Hukum Nyanyian

Ulama berselisih pendapat berhubung hukum nyanyian menurut

syarak. Terdapat khilaf ataupun perselisihan pendapat dalam

menentukan hukum bagi nyanyian dan muzik. Ada sebahagian ulama

menetapkan hukum nyanyian dan muzik adalah haram manakala

sesetengah lagi menghalalkan dan tidak kurang ada juga yang

mengharuskannya. Setiap dari ulama ini berpegang kepada pendirian

masing-masing berdasarkan kepada dalil-dalil serta autoriti yang

dibawa dari ayat-ayat al-quran serta hadis-hadis baginda Rasulullah

SAW.

Dalil ulama mengharamkan nyanyian dan Muzik

Page 2: Hukum Muzik dan Nyanyian

Seperti sedia maklum terdapat sebahagian ulamak yang berpendirian

mengharamkan terus nyanyian dan muzik. Mereka telah berhujah

dengan mendatangkan beberapa nas-nas aal-quran bagi menyokong

pendirian mereka. Antara dalil dari al-quram yang golongan ini

ber[egang padanya termasuklah:

Firman Allah:

Maksudnya: dan ada di antara manusia: orang Yang memilih serta

membelanjakan hartanya kepada cerita-cerita dan perkara-perkara

hiburan Yang melalaikan; Yang berakibat menyesatkan (dirinya dan

orang ramai) dari ugama Allah Dengan tidak berdasarkan sebarang

pengetahuan; dan ada pula orang Yang menjadikan ugama Allah itu

sebagai ejek-ejekan; merekalah orang-orang Yang akan beroleh azab

Yang menghinakan.

Surah Luqman:6

Perkataan ‘lahwal hadis’ di dalam hadis ini ditafsirkan sebagai

nyanyian. Ini menurut riwayat yang sahih daripada ibnu Mas’ud, Ibnu

‘Abbas dn Ibnu Umar. Malah Ibnu Mas’ud telah bersumpah dengan

berkata: demi Allah, maksudnya adalah nyanyian. Ini disebut oleh

Ibnuu al-Qayyim dan yang lainnya.

Al-Hakim dalam kitabnya pula menyebut bahawa tafsir sahabat berada

pada tahap hadis yang marfuk. Ibnul Qayyim turut menambah yang

hadis pada sahabat adalah lebih berautoriti dan leboh layak diterima

berbanding tafsiran para ulama yang datang selepasnya meskipun

masih terdapat pertikaian berhubung pendapat berkenaan.

Berdasarkan ayat yang dikemukakan ini, sebenarnya tafsiran bagi

perkataan lahwal-hadith tidaklah hanya terhad tafsirannya kepada

maksud nyanyian sahaja. Bahkan ada juga yang mentafsirkannya

sebagai cerita-cerita dan kisah-kisah orang a’jam (bukan arab)

berhubungkait dengan raja-raja mereka.

Page 3: Hukum Muzik dan Nyanyian

Yusuf al-Qardawi tidak menerima pendapat yang menyatakan bahawa

tafsir sahabat adalah sama seumpama hadis marfuk. Ini ekoran

tafsiran para sahabat lazimnya berasaskan kepada kefahaman mereka

sendiri berhubung ayat-ayat al-quran. Ini kerana banyak berlaku

pertentangan antara tafsiran dikalangan sahabat sendiri. Jika semua

tafsiran mereka setaraf hadis marfuk sudah tentu tafsuran mereka

tidak berbeza bahkan serupa antara satu dengan yang lain.

Ibnu Hazmin berpendapat bahawa tafsiran sahabat ini tidak boleh

dijadikan hujah kerana beberapa sebab:

1. Orang-orang selain dari Rasulullah, kata-katanya tidak boleh

dijadikan hujah.

2. Tafsiran tersebut bertentangan maksud dengan tafsiran para

sahabat yang lain.

3. Nas ayat tersebut telah menidakkan hujah mereka sendiri

Dalil al-quran berikutnya yang mengharamkan nyanyian dan muzik:

Maksudnya: “dan apabila mereka mendengar perkataan Yang sia-sia,

mereka berpaling daripadanya sambil berkata: "Bagi Kami amal Kami

dan bagi kamu pula amal kamu; Selamat Tinggalah kamu; Kami tidak

ingin berdamping Dengan orang-orang Yang jahil".

Surah al-Qasas: 55

Secara zahirnya, ayat ini menunjukkan bahawa yang dimaksudkan

dengan lafaz al-laghwa dalam ayat ini adalah ‘kata-kata bodoh’ seperti

‘caci-maki’, ‘sumpah-seranah’ dan sebagainya. Ibnu Jurayj telah

memberi sedikit kelonggaran bagi mndengar nyanyian. Lalu beliau

ditanya secara sinis: Pada hari akhirat kelak, adakah nyanyia ini akan

dating dalam suratan kebajikan atau kejahatan kita? Lalu beliau

menjawab: tiada dalam suratan kebajikan mahupun suratan kejahatan.

Ini kerana ia adalah sama seperti al-laghwi dalam satu firman Allah:

Page 4: Hukum Muzik dan Nyanyian

Maksudnya:“Allah tidak mengira kamu bersalah tentang sumpah kamu

Yang tidak dimaksudkan (untuk bersumpah), tetapi ia mengira kamu

bersalah (dan akan mengenakan hukuman) Dengan sebab sumpah

Yang diusahakan (disengajakan) oleh hati kamu (dengan niat

bersumpah). dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha

Penyabar”

Surah Al-baqarah: 255

Dr Yusuf al-Qardawi tetap berpegang dengan pendiriannya yang

menyatakan bahawa tidak semua nyanyian adala laghwa bahkan ia

mempunyai hokum yang tersendiri bergantung kepada niat si

pelakunya. Niat yang baik boleh mengubah hiburan menjadi suatu

qurbah dan perkara yang harus menjadi satu amalan taat. Berbeza

pula dengan niat buruk yang akan merosakkan amalan yang pada

zahirnya berbentuk ibadat tetapi pada hakikatnya terdapat sifat riya’.

Bagi sesiapa yang mendengar nyanyian tanpa mempunyai apa-apa

niat sama ada ibadat mahupun untuk maksiat, ia merupakan satu

perkara lagho yang dimaafkan. Ia samalah seperti seorang yang

bersiar-siar di taman atau duduk di pintu rumahnya sambil melihat

permandangan di luar.

Dalil seterusnya bagi golongan yang mengharamkan nyanyian adalah:-

Maksudnya : “Allah berfirman (kepada iblis): "Pergilah (lakukanlah apa

Yang Engkau rancangkan)! kemudian siapa Yang menurutmu di antara

mereka, maka Sesungguhnya neraka Jahannamlah balasan kamu

semua, sebagai balasan Yang cukup.Dan desak serta pujuklah sesiapa

Yang Engkau dapat memujuknya Dengan suaramu; dan kerahlah

penyokong-penyokongmu Yang berkuda serta Yang berjalan kaki untuk

mengalahkan mereka; dan turut - campurlah Dengan mereka Dalam

menguruskan harta-benda dan anak-anak (mereka); dan janjikanlah

mereka (dengan janji-janjimu)". padahal tidak ada Yang dijanjikan oleh

Syaitan itu melainkan tipu daya semata-mata.

Page 5: Hukum Muzik dan Nyanyian

Al-Israa: 63 dan 64

Sesetengah ahli tafsir menyatakan: maksud suaramu itu suara syaitan

dalam ayat tttersebut ialah nyanyian. Mujahid berkata: suara syaitan

ialah nyanyian, seruling, dan hiburan. Ad dohlak berkata: suara tiupan

seruling (muzik). Namun begitu, tafsiran ini tidaklah bersifat maksum.

Oleh itu, kita tidak wajib berpegang kepada tafsiran ini kerana ramai

ahli tafsir lain yang membuat tafsiran berbeza sama sekali.

Ibnu Abbas r,a berkata: Maksud suara syaitan ialah setiap seruan yang

menggalakkan perbuatan maksiat kepada Allah. Ia turut ditafsirkan

sebagai bisikan was-was. Hakikat yang sebenarnya ialah: apa yang

difahami daripada ayat ini, bukan makna zahirnya yang tersurat.

Kerana maksudnya di sini ialah keran Iblis yang dilaknat itu telah

diberitahu agar menyesatkan umat manusia. Sesungguhnya iblis tidak

berupaya menyesatkan hamba Allah yang ikhlas.

HUKUM SUARA WANITA

Firman Allah swt. di dalam Surah Al-Ahzaab ayat 32:

“Wahai isteri-isteri Nabi, kamu semua bukanlah seperti mana-mana

perempuan yang lain kalau kamu tetap bertaqwa. Oleh itu janganlah

kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan

lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan

orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada

kamu), dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai

dan sopan)”

Tiada dalil yang terang dan jelas dalam syariat Islam yang menyatakan

hukum bagi suara wanita. Namun demikian berdasarkan hadis-hadis

marfu’ hukum suara bagi wanita dapat diperjelaskan.

Contoh hadith yang menyentuh tentang suara wanita ialah daripada

Shahih Bukhari, hadis 949 dan 952, Shahih Muslim, hadits 892

Page 6: Hukum Muzik dan Nyanyian

menyatakan bahawa Rasulullah SAW mengizinkan dua budak

perempuan bernyanyi di rumahnya. Hadith Riwayat Tirmidzi dinilainya

sahih Imam Asy-Syaukani Nailul Authar, VII / 119 juga ada menyatakan

tentang perbuatan Rasulullah terhadap suara wanita dimana

Rasulullah SAW mendengar nyanyian seorang wanita yang bernazar

untuk memukul rebana dan bernyanyi di hadapan Rasulullah .

Daripada Dalil As-Sunnah ini menunjukkan suara wanita bukanlah

aurat, sebab jika aurat tentu tidak akan dibiarkan oleh Rasulullah.[1]

BILAKAH SUARA WANITA MENJADI AURAT?

Suara wanita akan menjadi aurat bila berada dalam keadaan yang

berikut,

Pertama, apabila bercakap antara kaum Adam dan Hawa yang bukan

muhrim akan perkara yang sia-sia, mengajak kepada perkara maksiat

serta melalaikan Keduanya menurut Imam Ghazali ialah ketika wanita

menyanyi. Maka pada saat itu suaranya aurat . Terakhir ialah

daripada syeikh Atiyah juga memetik beberapa pendapat ulama

terdahulu mengenai perkara ini. Al-Qurtubi berkata, suara wanita

ketika berkata-kata bukanlah termasuk aurat, kecuali ketika dia

menyanyi, maka pada saat itu suaranya aurat

SUARA WANITA DAN NYANYIAN

Pertama, suara itu dalam batas kewajaran, bukan sengaja dibuat-buat

contohnya mendayu-dayu, mengada-ngada, merayu, dan

seumpamanya.

Kedua, perbuatan itu tidak disertai perbuatan-perbuatan haram dan

maksiat, seperti minum arak, membuka aurat, dan sebagainya.

Ketiga, tidak bersuara manja, dengan tujuan menarik perhatian dan

menggoda lelaki.

PERINGATAN BUAT KAUM HAWA

Page 7: Hukum Muzik dan Nyanyian

1. Kaum Adam dibolehkan bercakap atau berdialog dengan kaum

Hawa dengan suatu hajat yang perlu sahaja

2. Kaum Hawa tidak boleh bermanja-manja, memerdukan, melembut-

lembutkan suaranya pada saat bercakap dengan lelaki yang bukan

muhrimnya kerana ianya boleh menimbulkan nafsu berahi dan fitnah

orang

3. Wanita tidak boleh mengeluarkan suara sewenang-wenang; tidak

disyariat kepada wanita untuk azan bagi mendirikan sembahyang,

kecuali di kalangan mereka sendiri

4. Apabila seorang wanita ingin menegur kesalahan yang dilakukan

imam dalam sembahyang tidak boleh dengan melafazkan tasbih

seperti yang dilakukan oleh lelaki tetapi memadailah dengan menepuk

tangannya saja

5. Kaum Hawa juga tidak boleh membaca nyaring dalam bacaan solat

6. Di antara fitnah dalam suara wanita ialah hilai ketawa, suara yang

memberahikan, nyanyian yang bertujuan menggoda dan melalaikan. Ia

dilarang bagi menjaga martabat sebagai seorang wanita

7. Wanita yang ingin mempelajari Al-Quran secara berlagu tidaklah

dilarang. Imam Nawawi menyebut di dalam kitabnya Riadhus Salihin

mengenai galakan belajar Al-Quran berlagu.

Hukum alat muzik menurut pandangan Ulama’.

Ulama telah berselisih pendapat dalam menghukum alat muzuk baik

dari jenis peralatan tersebut dan juga hukum memainkannya. Terdapat

3 pandangan ulama’ utama dalam hukum alat muzik. Penjelasan

terperinci mengenai golongan ulama dan juga pandangan masing-

masing adalah seperti yang di bawah.

Golongan Ulamak Yang Pertama

Page 8: Hukum Muzik dan Nyanyian

Sebahagian ulamak mengharamkan hampir semua termasuk ulama 4

mazhab bentuk alat-alat hiburan atau muzik. Mereka berdalilkan

kepada beberapa hadis yang menyebut tentang alat-alat muzik yang

ditegah oleh syarak sepertimana diriwayatkan oleh Abu Umamah r.a.

bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud:

Bahawa Allah telah membangkitkan Aku menjadi Nabi dengan

membawa hidayat dan rahmat kepada orang-orang mukminin dan

Allah telah memerintahkan Aku supaya menghapuskan alat ma’azif

(alat bunyi-bunyian), alat-alat mazamir (seperti seruling) dan alat-alat

awtar (alat-alat muzik bertali), salib dan perkara-perkara jahiliah …..

( Riwayat Abu Daud al Thoyalisi )

Hadis ini diriwayatkan oleh al Imam Abu Daud al Thoyalisi dan lafaz

hadis ini dari riwayatnya dan juga diriwayatkan oleh al Imam Ahmad

bin Hanbal.

Hadis Abu Umamah ini terdapat pada rawinya Ali bin Yazid al Ilhani

dan dia adalah lemah keadaannya, tetapi oleh kerana ia disokong oleh

sumber yang lain seperti hadis Ibnu Mas’ud dan lain-lain sahabat maka

hadis ini menjadi hassan. Antara hadis yang menyokong hadis itu juga

ialah hadis riwayat Ibnu ‘Abbas r.a. yang telah berkata:

حرام والمزامير حرام والمعازف حرام والدن حرام الكوبة

Maksudnya: Kubah itu haram, dannu itu haram, ma’azif itu haram dan

alat muzik jenis bertiup itu haram.

Selain itu terdapat juga hadis yang berkaitan dengan pengharaman

alat ma’azif

, بالمعازف رءوسهم على يعزف اسمها بغير يسمونها الخمر أمتي من س أنا ليشربن

, والخينزير, القردة منهم ويجعل األرض بهم الله يخسف .والغنيات

Akan datang masanya di mana orang-orang dari kaumku akan

meminum khamar(minuman keras)yang kemudian dinamakannya

dengan rentak dan nyanyian-nyanyian para wanita,nanti Allah akan

Page 9: Hukum Muzik dan Nyanyian

tengelamkan mereka ke dalam bumi, dan akan menjadikan mereka itu

monyet-monyet dan babi-babi.[2]

(Riwayat Ibn Majah)

والمعارف الخمر و والحرير الحر يستحلون أقوام أمتي من ليكونن

Akan ada dari kalangan umatku segolongan manusia yang

menghalalkan zina,sutera,arak dan al-ma’azif

Walaupun ia sahih Bukhari, tapi ia mudhtarib (bersimpang siur

rawinya) dan mu’allaq (sanadnya terputus). Pengkritik hadis yg

berpendapat demikian ialah Imam Ahmad, Abu Daud, Ibn Hazm, Abu

Hatim, alHafeedz azZahabi dan alHafeedz Ibn Hajar Asqalani.

Kalimah mu’adzif dalam hadis di atas tidak disepakati sebagai

bermaksud alat muzik.

Golongan Ulamak Yang Kedua

Sebahagian ulama yang mengharuskan alat-alat nyanyian atau muzik

ialah Al Syeikh Mahmud Syaltut Beliau telah menjelaskan dalam

fatwanya Al Fatawa Dirasah li Musykilat al Muslim al Mu’asir fi Hayatihi

al Yaumiyyah wa al ‘Ammah[3] di mana katanya:

“ Mendengar alat-alat bunyian yang ada irama dan suara yang merdu

tiada boleh dihukumkan haram sebagai ia suara alat atau suara

manusia atau suara binatang. Hanya haram itu apabila digunakan

pada perkara haram atau digunakan untuk tujuan haram atau ia

melalaikan daripada perkara yang wajib pada syara’ ”.

Selain itu, Dr. Ahmad al Syarbashi juga menghimpunkan segala fatwa

ulamak dalam kitabnya dalam perkara mendengar muzik dan

nyanyian. Daripada perbincangannya itu dapat disimpulkan bahawa

beliau berpendapat, fatwa al ‘Allamah al Syeikh Mahmud Syaltut itu

adalah pendapat pertengahan yang adil di antara ulama yang

Page 10: Hukum Muzik dan Nyanyian

mengharamkan dan ulamak yang mengharuskan dalam perkara muzik

dan nyanyian itu[4].

Syeikh Abdul Ghani al Nabulsi menegaskan dalam kitabnya Idhoh al

Dilalat fi Sama’i al Alat -(Menjelaskan dalil-dalil dalam masalah yang

berkait dengan hukum mendengar alat-alat muzik) bahawa hukum

haram segala bentuk alat muzik yang disebutkan di dalam hadis

bukanlah disebabkan alat-alat muzik itu sendiri atau suara dan bunyian

yang terhasil daripadanya. Kalaulah dihukumkan dengan sebab yang

demikian, maka sudah tentulah bunyi-bunyian yang merdu seperti

suara burung akan termasuk dalam hukum haram. Sedangkan ulama

telah bersepakat bahawa suara kicauan burung dan seumpamanya itu

tidaklah dihukum haram. Bahkan menggunakan dan mendengar alat-

alat muzik dihukum haram adalah disebabkan faktor-faktor luar yang

haram yang beserta dengannya dan juga yang membawa kepada “ Al

Laghwa ”. Menurut beliau “ Al Laghwa ” ialah perkara-perkara yang

dengannya menyebabkan manusia lalai daripada melakukan ketaatan

dan menunaikan kewajipan kepada Allah serta membawanya kepada

melakukan perkara-perkara yang haram dan dilarang oleh syariat.

Golongan Ulama Yang Ketiga 

Imam Al-Ghazali diantara golongan yang mengharamkan beberapa

jenis alat muzik dan mengharuskan selain daripadanya. Alat-alat muzik

yang diharamkan itu ialah (al mizmar- المزمار) seruling atau semua alat

yang ditiup seperti serunai dan seumpamanya, (al awtar – األوتار) alat

muzik bertali dan ( al Kubah Thoblu –  الكوبة طبل ) gendang kecil ramping

ditengah. Ini kerana ia menjadi lambang kepada peminum arak. Selain

daripada alat-alat muzik tersebut hukumnya masih kekal dengan

seperti asalnya iaitu harus. Umpamanya rebana sekalipun terdapat

loceng kecil padanya, begitu juga dengan tabuh, syahin dan gendang

yang dipukul dengan kayu serta alat-alat lain.

Page 11: Hukum Muzik dan Nyanyian

Al Imam al Ghazali berhujah dengan berkata bahawa syara’ tidak

mengharamkan alat-alat tersebut kerana kelazatannya. Jikalau ia

hanya kerana kelazatannya maka perkara-perkara lazat yang lain turut

dilarang. Ia dilarang atas dasar turutan (ittiba’). Apabila arak

diharamkan, maka semua amalan peminum arak turut diharamkan

bersama iaitu alat muzik bertali dan seruling. Setiap perkara yang

mendorong kepada yang haram mesti diharamkan juga sebagai satu

jalan menghalang daripada berlaku kesesatan.

Muzik bertali dan seruling (atau seumpamanya) menjadi haram kerana

mengikuti pengharaman arak berdasarkan beberapa alasan iaitu Alat

ini menyebabkan seseorang yang baru meninggalkan arak mengingati

kembali majlis-majlis hiburan yang dihidangkan dengan arak. Ini

kerana majlis hiburan tersebut kebiasaannya diserikan dengan alat-

alat muzik tersebut. Dengan itu apabila dia bermain dengan muzik

tersebut, maka ia akan membawa kepada ingatan terhadap majlis itu.

Dengan itu alat muzik tersebut menjadi penyebab seseorang yang

telah meninggalkan amalan meminum arak kembali melakukannya.

Selain itu,terdapat ijma’ ulamak mengenainya, kerana ia telah menjadi

amalan orang-orang fasik. Oleh itu ia dilarang kerana menyerupai

mereka. Ini kerana sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka

termasuk di kalangan kaum tersebut. 

Hukum bermain alatan muzik bertali

Dalam kategori-kategori alatan muzik yang menggunakan tali,

terdapat banyak cabang daripadanya. Tetapi ianya boleh di khususkan

kepada beberapa alat muzik khasnya yang di petik iaitu Al-‘Ud atau Al-

Muzhir : Kecapi Ar-Rabab : Rebab (seperti biola). At-Tanbur : Gambus

Al-Bazaq : Sejenis gambus kecil, biola, gitar piano.. Adapun alatan

muzik seperti gambus, gitar bass, gitar lead, semuanya termasuk

dalam kategori gitar. Manakala keyboard termasuk dalam kategori

piano.

Pada fasa kemodenan di era kini, muzik telah berkembang dengan

begitu pesat, sehingga timbul bermacam-macam persoalan mengenai

Page 12: Hukum Muzik dan Nyanyian

muzik. Terdapat alatan muzik yang menggunakan sistem komputer

seperti minus one yang semakin banyak di gunakan. Begitu juga

dengan alat muzik DJ yang di gunakan dalam lagu-lagu

berunsurkan rap dan juga r n b dan terdapat juga pada lagu-lagu

nasyid kontemporari. Bagaimana maslahah memandangnya.

Hukum bermain gitar, piano dan biola

Mengenai hukum penggunaan gitar dalam Islam, Imam Al-Ghazali

menganggap bahawa alat muzik yang dipetik dengan tali(autar) dan

yang ditiup dengan mulut(mazamir) adalah sebahagian daripada

punca pengharamannya. Beliau beranggapan sedemikian kerana

berasaskan kepada kenyataan bahawa ada dalil syarak yang telah

melarangnya. Hujah yang telah beliau kemukakan adalah :

Syarak tidak mengharamkannya(alat-alat muzik tersebut) kerana zat

alat itu sendiri. Sebabnya ialah, jika ia diharamkan kerana keseronokan

yang ada padanya, nescaya semua benda lain yang menjadikan

manusia merasa seronok juga tidak boleh. Akan tetapi yang

diharamkan itu ialah arak. Oleh kerana pada ketika itu orang ramai

pada mulanya sudah begitu ketagih dan sukar untuk membuang tabiat

tersebut, mereka terpaksa memecahkan tong-tong arak dan

sebagainya. Justeru, setiap apa yang

menjadilambang dan simbol kepada peminum arak juga diharamkan

iaitulah autar danmazamir.

Pengharaman kedua-dua alat ini adalah ekoran daripada hukum

pokoknya iaitu arak. Hukum haramnya samalah seperti hukum

berkhalwat dengan wanita ajnabi kerana mengikut hukum pokoknya

iaitu zina. Kerana perbuatan khalwat ini adalah gerbang dan

muqaddimah ke arah maksiat keji tersebut. Oleh itu, alat muzik autar

dan muzamir ini diharamkan ekoran daripada pengharaman arak

dengan 3 sebab:-

Page 13: Hukum Muzik dan Nyanyian

1. Muzik tersebut merangsang orang yang mendengar untuk meminum

arak. Dan dengan meminum arak itu pula,perasaan seronok mendengar

alat muzik itu tadi akan menjadi lebih memuncak.

2. Bagi seseorang yang baru berhenti minum arak pula, mendengar alat

muzik ini akan menggamit ingatannya kepada sejarah silam iaitu

tentang tempat dan pesta minumnya dulu. Ingatan ini akan

membangkitkan rasa rindunya dan seterusnya akan membawanya

semula ke tabiat lama.

3. Berhimpun dan berkumpul mendengarnya adalah menjadi adat

kebiasaan golongan fasik. Sepertimana yang kita sedia tahu, Kita

dilarang menyerupai golongan fasik. Ini kerana, “sesiapa yang

menyerupai sesuatu puak atau golongan yang negatif, maka dia akan

dianggap sebahagian daripada golongan tersebut.”

Setelah Imam Al-Ghazali membuat huraian tersebut, beliau kemudian

menyatakan:

Dengan ini jelaslah bahawa sebab pengharamannya bukanlah kerana

ia sesuatu yang baik dan menyeronokkan. Sebaliknya, rumusan yang

diperolehi melalui sumber syarak membuktikan bahawa semua

perkara yang baik adalah halal kecuali jika ia membawa kerosakan

kepada manusia[5]. Bersesuaian dengan firman Allah,

“Katakanlah(wahai Muhammad): Siapakah yang (berani )

mengharamkan perhiasan Allah yang telah dikeluarkanNya untuk

hamba-hambaNya, dan demikian juga benda-benda yang baik lagi

halal dari rezki yang dikurniakanNya?” (Al-A’raf:32)

Syeikh Ibn Baz berkata dalam kitabnya Majmoo’ al-Fataawa[6] 3/423-

424 :

Ma’aazif merujuk kepada menyanyi dan peralatan muzik. Nabi SAW

berpesan kepada kita, pada akhir zaman akan datang seseorang yang

akan membenarkan semua ini seperti mana mereka membenarkan

arak, zina dan sutera. Ini adalah satu petanda kenabian nabi SAW

semua ini telah berlaku. Hadith ini menyatakan bahawa alat muzik

adalah haram, dan mengutuk sesiapa yang menghalakannya, sama

Page 14: Hukum Muzik dan Nyanyian

seperti mengutuk sesiapa yang berkata arak dan zina dibenarkan.

Banyak ayat al-Quran dan hadith yang memberi amaran dan larangan

berkenaan nyanyian dan alat muzik. Sesiapa yang menyatakan

bahawa Allah membenarkan nyanyian dan alat muzik adalah

berbohong dan melakukan kemungkaran besar. Kita memohon kepada

Allah supaya dijauhkan daripada hasutan hawa nafsu dan syaitan.

Lebih teruk lagi dan lebih berdosa lagi daripada sesiapa yang

menyatakan muzik atau alat muzik mustahabb (disarankan). Tidak

diragukan lagi, ini membawa kepada perasaan tidak peduli kepada

Allah dan agamaNya. Ini menderhaka kepada Allah dan berbohong

tentang undang-undangNya.

Apa yang disarankan (mustahabb) ialah, memukul daff (kompang)

pada majlis perkahwinan. Perbuatan ini disaran kepada wanita sahaja

dalam mengumumkan perkahwinan dan bg mengelakkan fitnah. Tidak

ada salahnya wanita bernyanyi sesama wanita, disertakan dengan

kompang selagi nyanyian tidak mengandungi perkataan yang

menggalakkan kejahatan atau melalaikan manusia daripada

melakukan tugas mereka. Ini dengan syarat sesama wanita sahaja dan

tidak bercampur dengan lelaki. Dan juga tidak mengganggu jiran

tertangga. Sesetengah orang menguatkan nyanyian dengan pembesar

suara adalah kejahatan, kerana mengganggu Muslim yang lain, jiran

tertangga dan orang lain. Tidak dibenarkan juga bagi wanita di majlis

perkahwinan atau majlis lain, menggunakan sebarang alat muzik

selain kompang, seperti oud (alat muzik arab yang bertali), biola,

rebab (alat muzik arab yang bertali) dan lain-lain. Penggunaan alat

muzik ini adalah kemungkaran, kebenaran kepada wanita untuk

menggunakan alat muzik adalah kompang sahaja.

Bagi orang lelaki pula, tidak dibenarkan mereka bermain apa-apa alat

muzik sekali pun sama ada pada majlis perkahwinan atau majlis-majlis

lain. Apa yang Allah tentukan bagi lelaki ialah berlatih menggunakan

alatan perang seperti menggunakan pedang, lembing, menunggang

Page 15: Hukum Muzik dan Nyanyian

kuda, kereta kebal, pesawat pejuang, meriam, machine gun, bom dan

lain-lain lagi yang boleh membantu jihad demi Allah.

Di dalam mencari nas pengharaman nyanyian dan muzik tidak ada nas

yang cukup kuat di dalam mengisthibat hukumnya. Kaedah fiqh “asal

hukum sesuatu perkara itu boleh”. Dalam syariat Islam sesuatu nas itu

mestilah cukup kuat dan jelas dalam mengharamkan sesuatu perkara,

ini kerana haram dan halal itu ada kaitannya dengan pembalasan di

akhirat.

Kebanyakan nas yang dijadikan sandaran dalam pengharaman muzik

dan nyanyian dipertikai oleh ulama muktabar akan kesahihanya

terutamanya hadis-hadis Rasulullah s.a.w. walaupun ada nas yang

sahih dari sudut sanadnya tidak sorih (jelas) dari segi

pengharamannya. Pada masa yang sama ada nas yang sorih (jelas)

tetapi tidak sahih pula hadis tersebut.

Di antara tanda keuniversalan Islam itu adalah bertoleransi, memberi

kemudahan, bukan menjadi masyarakat yang menakutkan orang lain

dan menjauhkannya. Dalam satu riwayat Nabi s.a.w telah

menunjukkan sikap Baginda yang tegas terhadap Abu Bakar yang

bersikap keras ke atas dua orang hamba sahaya yang bernyanyi, ini

jelas dalam beberapa hadis yang sahih di antara yang bermaksud:

Agar orang-orang yahudi mengetahui, bahawa dalam agama kita

(Islam) terdapat keluasan dan toleransi.

Manakala menurut Imam al-Syaukani[7]: “Ulama’ Madinah dan yang

bersepakat dengan ulama al-Zohiriy serta ulama-ulama Sufiyyah

mengharuskan nyanyian biarpun nyanyian itu diiringi dengan alat

muzik yang bertali.”

Sementara itu, menurut Imam al-Haramain di dalam kitab al-Nihayah

dan Ibn Abi al-Dunya telah meriwayatkan satu peristiwa yang stabit

(tepat) dari sudut sejarah : “Sesungguhnya Abdullah bin al-Zubir

Page 16: Hukum Muzik dan Nyanyian

memiliki beberapa orang hamba sahaya yang pandai bermain alat-alat

muzik yang bertali. Pada suatu hari Abdullah bin Umar telah masuk ke

dalam rumah Absullah bin al-Zubir dan mendapati di sisinya terdapat

alat muzik yang bertali, lalu dia bertanya kepada Abdullah bin al-Zubir,

Apa ini sambil memegang dan memerhatikan alat muzik tersebut,

Abdullah bin al-Zubir menjawab: “Alat ini untuk mengimbangi

kecerdasan akal.”

Berikut beberapa kesimpulan dari pandangan ulama-ulama mazhab

berkenaan penggunaan alat muzik bertali seperti gitar :-

Mazhab Hanbali.

Haram: Segala alat muzik yang ditiup dan bertali seperti seruling dan

gitar serta lain-lainnya.

Mazhab Shafie.

Haram: Segala alat muzik bertali, bertiup dan segala alat muzik yang

dipalu melainkan kompang. Seperti seruling dan gitar serta lain-

lainnya.

Mazhab Maliki.

Haram: Menggunakan alat-alat muzik yang bertali seperti gitar dan

lain-lainnya.

Mazhab Hanafi.

Haram : Semua jenis alat muzik kecuali kompang.

Hukum muzik menggunakan sistem komputer

Dr al-Imam Prof Yusof al-Qaradhawi berpendapat hadis-hadis yang

berkaitan haramnya alat muzik tertentu kesemuanya tidak terlepas

dari kecacatan. Ini kerana isu muzik mula dibahaskan di zaman

sahabat dan tabi’in. Maka hukum alat muzik (baik dari alat atau

penghasilan komputer) itu harus dan keharusannya bergantung

kepada penggunaannya. Kecualilah alat muzik itu menjadi lambang

kefasikan dan dinisbahkan kepada agama tertentu menurut

pandangan uruf (budaya setempat).

Page 17: Hukum Muzik dan Nyanyian

Kebanyakan nas yang mengharamkan nyanyian dan muzik adalah

apabila ia bercampur dengan perkara-perkara haram seperti nyanyian

disertakan dengan arak, pergaulan lelaki dan wanita tanpa batasan,

seni kata yang bercanggah dengan iktiqad Islam, muzik yang

digunakan yang melampau seperti rock yang padanya tidak

mendatangkan ketenangan malahan mendatangkan ketegangan

emosi yang tidak stabil.

Nyanyian dan muzik hukumnya harus selagi mana etika Islam

dipelihara di dalamnya seperti nyanyian yang menggambarkan

keindahan alam, kasih sayang sesama manusia, ketuhanan,

kedamaian dan sebagainya.

Perkara ini masih menjadi khilaf di kalangan ulama’ mengenai hukum

muzik. Para ulama’ sejak zaman silam telah cuba mengupas masalah

ini berdasarkan kepada kefahaman nas-nas yang ada diseragamkan

dengan uslub istinbat hukum sebagaimana yang tertera di dalam

kanun perundangan Islam. Muzik terus menjadi salah satu isu yang

sukar untuk diputuskan hukumnya. Para ulama’ dan fuqaha’ telah

berijtihad dalam menentukan hukumnya dan mereka terbahagi kepada

dua golongan iaitu golongan yang mengharuskan dan golongan yang

mengharamkan. Masing-masing mempunyai hujah-hujah yang

tersendiri dalam memahami nas-nas yang berkaitan dengan perkara

ini.

Sebagai kesimpulannya, hukum bermain alat muzik seperti gitar,

piano, dan biola hukumnya harus selagimana tidak ada perkara yang

boleh menjadikannya haram seperti adanya arak, pergaulan bebas

antara lelaki dan perempuan dan sebagainya. Begitu juga dengan

sesuatu alat itu mengikut ‘urf setempat, jika menunjukkan kepada

kefasikan dan nisbah kepada suatu agama lain maka jatuh hukumnya

haram. Manakala hukum bermain alat muzik menggunakan komputer

juga adalah harus hukumnya selagi tidak ada perkara yang

membolehkannya haram.

Page 18: Hukum Muzik dan Nyanyian

Isu-isu yang berbangkit berkaitan dengan hukum muzik dan

hiburan dalam islam

Antara isu-isu yang selalu diperkatakan ialah:

1) Hukum mendengar atau menyanyikan lagu-lagu bahasa asing yang

tidak diketahui makna seni kata atau liriknya.

- tiada dalil atau nas serta pandangan ulama yang khusus

mengenainya

- sememangnya ia boleh menimbulkan keraguan

- ia boleh merosakkan akidah seorang muslim jika liriknya

bertentangan dengan akidah umat islam.

- Sebagai langkah berwaspada umat islam haruslah meneliti latar

belakang penyanyi,konsep lagu tersebut,ciri-ciri lagunya dan

sebagainya.

- Menurut Yusuf al-Qaradawi : terdapat syarat berkaitan dengan diri

orang yang mendengar hiburan(muzik)

- orang yang mendengar hiburan itu adalah dikira orang yang lebih

memahami tentang dirinya sendiri dan lebih layak menjadi penentu

hukum kepada diri sendiri.

2) Hukum mendengar serta menyanyikan lagu-lagu yang mempunyai

lirik yang agak melampau atau bercanggah dengan syariah islam.

- diharamkan kerana ianya secara terang-terangan bersalahan dengan

apa yang telah disyaratkan oleh ulama’

- Dr.Yusuf al-Qaradawi: Nyanyian yang harus hukumnya ialah nyanyian

yang tema dan kandungannya menepati

syarak serta.tidak bercanggah dengan ajaran-ajaran Islam samaada

dari segi akhlak, syariah, aqidah dan sebagainya.

Page 19: Hukum Muzik dan Nyanyian

3) Isu lagu berbentuk dakwah (nasyid) tetapi menggunakan muzik

yang agak melampau seperti berunsur rock dan sebagainya.

- liriknya bercirikan dakwah,nasihat,kisah-kisah nabi,selawat,zikir dan

sebagainya.

- Dr.Yusuf al-Qaradawi berpendapat: muzik yang diharuskan itu adalah

selama mana ia tidak melampau,serta tidak melalaikan sehingga lupa

kepada tanggungjawab sebagai muslim .

Ulama yang mengharuskan hiburan berunsur muzik ini meletakkan

beberapa syarat sebagai landasan kepada umat islam. Menurut fatwa

yang dikeluarkan oleh JAKIM garis panduan yang digariskan mengenai

hiburan ialah:

Program Hiburan

a. Bermatlamatkan kebaikan dan kesejahteraan.

b. Diadakan di tempat yang bersesuaian supaya tidak mengganggu

ketenteraman awam dan orang ramai.

c. Mengambil kira masa yang bersesuaian dengan sensitiviti

masyarakat dan ajaran Islam.

d. Tidak disertai oleh perbuatan-perbuatan haram atau maksiat.

e. Tidak mengandungi acara yang bersifat provokasi yang boleh

menimbulkan sikap prejudis atau permusuhan.

f. Tidak mengandungi unsur-unsur pemujaan atau penyembahan yang

bertentangan dengan ajaran Islam.

Persembahan Muzik

a. Tidak menimbulkan gerakgeri liar.

b. Tidak mendorong kepada perbuatan maksiat.

c. Tidak melalaikan.

Lirik

a. Kalimah syahadah dalam bahasa Arab hendaklah disempurnakan.

b. Tidak mengandungi sebutan yang boleh membangkitkan nafsu

syahwat, perkataan lucah, menggambarkan arak, dan memberi

Page 20: Hukum Muzik dan Nyanyian

perangsang melakukan dosa.

c. Tidak mengandungi unsur-unsur pemujaan kepada makhluk dan

peribadi.

d. Tidak mengandungi ungkapan-ungkapan yang melanggar adab

kesopanan dalam Islam.

e. Tidak mengandungi ungkapan yang melanggar akidah dan syariat

Islam.

f. Tidak mengandungi unsur mengutuk nasib dan lucah.

g. Tidak mengandungi unsur menghina, mengaib, mencaci, memfitnah

dan seumpamanya.

h. Tidak boleh menjadikan teks al-Quran sebagai lirik.

Persembahan Artis

a. Berinteraksi dengan penonton secara sopan dan disertai kata-kata

yang boleh membina nilai-nilai kemanusiaan.

b. Berpakaian kemas, sopan serta tidak memakai pakaian yang boleh

mendedahkan diri kepada eksploitasi penonton dan tidak bercanggah

dengan kehendak Islam.

c. Tidak melakukan gerak geri dan perkataan yang boleh menimbulkan

perasaan yang mendorong kepada maksiat dan menghina Islam.

d. Tidak mengucapkan kata-kata yang menggalakkan perbuatan

maksiat atau menghina agama Islam.

Persembahan Tarian

a. Berpakaian kemas, sopan serta tidak memakai pakaian yang boleh

mendedahkan diri kepada eksploitasi penonton dan tidak bercanggah

dengan kehendak Islam.

b. Gerak tari yang dipersembahkan tidak menimbulkan fitnah.

c. Tidak berlaku percampuran antara lelaki dengan perempuan yang

boleh menimbulkan fitnah.

d. Tidak bertujuan pemujaan atau penyembahan.

e. Tidak dipersembahkan dengan gaya yang memberahikan.

Page 21: Hukum Muzik dan Nyanyian

Tanggungjawab Penganjur

a. Penganjur hendaklah mempastikan acara hiburan yang dianjurkan

menepati garis panduan yang telah disediakan.

KESIMPULAN

Sebagai kesimpulannya, hukum bermain alat muzik seperti gitar,

piano, biola dan alatan muzik lain yang menggunakan tali

hukumnya harusselagimana tidak ada perkara yang boleh

menjadikannya haram.

Begitu juga dengan sesuatu alat itu mengikut ‘uruf setempat, jika

menunjukkan kepada kefasikan dan nisbah kepada suatu agama lain

maka jatuh hukumnya haram. Manakala hukum bermain alat muzik

menggunakan komputer juga adalah harus hukumnya selagi tidak ada

perkara yang membolehkannya haram.

Hukum tentang muzik ini harus berlandaskan beberapa syarat yang

telah ditetapkan oleh para ulama’ yang mengharuskannya..

Rujukan1. Yusuf al-Qardawi. 2006. “Nyanyian dan Muzik menurut perspektif

Islam”, Pustaka Salam Sdn Bhd.

2. Zuhayli, Wahbah, 1997. Al-fiqh al-islami wa adillatuhu, Damsyik: Al-fikr.

3. Yusuf al-Qardawi. 2001. “Al-islam wa al-fan, seni menurut perspektif

islam”, Perniagaan Jahabersa.

4. Engku Ibrahim bin Ismail, 1992. “Konsep seni dalam Islam”, Akademi

Pengajian Melayu Universiti Malaya.

5. Muhammad Qutb, 1980. “Manahij al-Fan al-Islami”, Cairo: Dar al-syuruq.

6. Yusuf al-Qardawi. 1967. “al-Halal wa al-Haram fi al-Islam”. Beirut

[1] Abdurrahman Al-Baghdadi, Seni Dalam Pandangan Islam, hal. 69-70

[2] Yusuf Al-Qardhawi(2010),fikh halal dan haram dalam Islam.cetakan

ke 8.

[3] Mahmud Syaltut Al Fatawa Dirasah li Musykilat al Muslim al Mu’asir

fi Hayatihi al Yaumiyyah wa al ‘Ammah

Page 22: Hukum Muzik dan Nyanyian

[4] Ahmad al Syarbashi :Yas’alunaka ‘an al Din wa al Hayah

[5] DR. Yusuf Al-Qardawi, Nyanyian dan Muzik Menurut Perspektif Al-

Quran dan As-Sunnah, (Cetakan Pertama : Ogos 2006)

[6] http://www.muttaqun.com/music.html

[7] Imam Al-Syaukani, Nail al-Authar, jilid 8, hal. 264-266Share this: