Huraian Dan Tafsirkan Sukatan Pelajaran Pendidikan Kesihatan KSSR

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Huraian Dan Tafsirkan Sukatan Pelajaran Pendidikan Kesihatan KSSR

Citation preview

Huraian dan tafsirkan sukatan pelajaran pendidikan kesihatan KSSR dan KBSR serta tunjang pembelajarannya

Huraian dan tafsirkan sukatan pelajaran pendidikan kesihatan KSSR dan KBSR serta tunjang pembelajarannyaKonsep Kesepaduangabungan beberapa aspek kemahiran atau aspek-aspek perkembangan fizikal kanak-kanakKesepaduan merupakan penyatuan dua atau lebih subjek yang menjadi satu matapelajaran yang bersepadu dan membekalkan murid dengan ilmu yang bersepadu dan tidak terasing. kaedah pengajaran dan cara mengelola program pengajaran agar pelbagai matapelajaran dan kemahiran dalam kurikulum boleh dihubungkaitkan antara satu sama lain. Pendekatan ini memberi kesepaduan kepada pengalaman sekolah murid.Kaedah KesepaduanModel kesepaduan ini melihat murid sebagai seorang yang secara aktif membentuk fahaman mereka tentang topik yang dipelajari.Gabungan beberapa kemahiran atau aspek-aspek perkembangan fizikal murid-muridKombinasi beberapa kemahiran dalam sesuatu matapelajaran.Membina konsep yang kukuh secara tersusun melalui kesinambungan daripada beberapa kemahiran tertentu.

Jenis-Jenis Kesepaduan

Kesepaduan pengetahuan kognitif, kemahiran bahasa dan nilai murni dalam setiap pelajaran.Kesepaduan pengalaman pembelajaran antara mata pelajaran sekolah.Kesepaduan antara pendidikan dalam bilik darjah dengan pendidikan di luar bilik darjah.Hubungkait antara pengalaman dalam bilik darjah dengan pengalaman dalam alam sekitar di luar sekolah.Tujuan Kesepaduan

Untuk mengajar murid berdikari dan menjadi penyelesai masalah yangbergantung kepada diri sendiriUntuk membantu murid memahami dan menghayati sejauh mana mata pelajaran dan kemahiran di sekolah berhubung-kait antara satu sama lain dan bukannya wujud berasinganUntuk mewujudkan minat murid yang tinggi terhadap pembelajaran yang berbentuk peribadi dan individu

Membentuk situasi di mana murid boleh belajar tentang apa yang mereka mahu dan ingin mengetahui berbanding dengan apa yang ditetapkan dalam kurikulumUntuk menekankan proses pembelajaran dan bukan isikandungan mata pelajaran dan kemahiran semata-mataMementingkan nilai sosial pembelajaran di mana murid digalakkan belajar secara koperatif dengan murid lain

Aktiviti KesepaduanContoh aktiviti :1. Permainan Bola Sepak :- Pergerakan Asas melibatkan aktiviti lokomotor, bukan lokomotor dan manipulasi alatan.- Berlari + Jengket + Bola SepakPenggabungjalinan Dalam Pendidikan Kesihatandibahagikan kepada dua bahagianPertama, penggabungjalinan antara kemahiran-kemahiran yang ada di dalam satu matapelajaran itu. Keduanya ialah penggabungjalinan kemahiran daripada beberapa matapelajaran yang lain.Penyerapan pendekatan gabung jalin dalam proses PdP adalah satu inovasi dan anjakan ke arah mewujudkan suasana pembelajaran dan pengajaran yang kondusif bagi menimbulkan minat dan rasa seronok dalam kalangan murid.

Terdapat tiga jenis penggabungjalinan. 1. Penggabungjalinan antara kemahiran dalam satu mata pelajaran2. Penggabungjalinan dengan kemahiran mata pelajaran lain3. Menggabungkan kedua-dua jenis penggabungjalinan dalam satu pengajaran.Contoh PenggabungjalinanI. Penggabungjalinan antara kemahiran dalam satu mata pelajaran.

Contoh permainan - bola sepak. Di dalam permainan ini, terdapat pelbagai kemahiran yang didedahkan kepada murid seperti menghantar, menggelecek, menjaring, menendangr dan sebagainya. Guru boleh menggabungkan dua atau lebih kemahiran dalam satu-satu sesi pengajarannya, contohnya menggabungkan kemahiran menggelecek dan menendang. Dalam lakuan ini, murid dikehendaki menggelecek bola dalam jarak yang ditetapkan sebelum membuat tendangan dengan teknik yang betul. Di sini, kita dapat perolehi satu contoh penggabungjalinan dalam pendidikan jasmani.II. Penggabungjalinan dengan kemahiran mata pelajaran lain.Contoh aktiviti regangan. Di dalam aktiviti ini, guru boleh menerapkan kemahiran membilang dan mengira yang diajar dalam mata pelajaran matematik. Guru hanya perlu meminta murid-murid membuat pergerakan regangan sambil mengira dari nombor satu hingga ke nombor lapan. Melalui aktiviti ini, murid secara tidak langsung dapat memperbaiki kekuatan memori mereka terhadap angka.III. Menggabungkan kedua-dua jenis penggabungjalinan dalam satu pengajaran.Contoh aktiviti senamtari (senamrobik). Aktiviti ini melibatkan pergerakan, aktiviti membilang dan muzik. Guru akan memasang muzik yang berbeza rentak dan kemudian meminta murid-murid melakukan pergerakan fizikal mengikut rentak lagu. Ketika murid melakukan pergerakan, mereka juga dikehendaki untuk membilang beramai-ramai sehingga nombor lapan supaya pergerakan mereka menjadi seragam, kemas dan teratur. Pengajaran yang dijalankan akan menjadi lebih bermakna dan menyeronokkan. Ia bergantung kepada keupayaan guru untuk member penerangan yang jelas kepada murid sebelum melaksanakan aktiviti tersebut.Konsep PenggabungjalinanTumpuan seimbang antara akademik, kesihatan, kemahiran fizikal, kestabilan emosi, sosialisasi nilai dan perhubungan positifProses penyampaian beberapa kemahiranKecekapan melaksanakan aktiviti membaca, menulis,menghurai, mengira, mewarna, menyanyi, melukis, melabel, mengarang, becerita, berlakon dsbMendengar, lisan, membaca dan menulis secara bersepaduKemahiran matematik digabungjalinkan dengan kemahiran bahasa

Kaedah Penggabungjalinan

Mengenalpasti kemahiran utama & kemahiran sampinganKemahiran utama diberi keutamaan/ fokusKemahiran-kemahiran sampingan dikuasai dahulu untuk kukuhkan kemahiran utamaKemahiran utama digunakan di peringkat perkembangan pelajaran, kemahiran sampingan digunakan di semua peringkat pelajaranStrategi penggabungjalinan kemahiran hendaklah dirancangkan berdasarkan objektif pelajaran, kebolehan & pencapaian muridKemahiran-kemahiran diintegrasikan dalam urutan yang sesuai. Setiap kemahiran hendaklah dikaitkan dengan kemahiran yang berikutnya secara logikal

Ciri-Ciri Penggabungjalinan

Integrasi beberapa kemahiranProsesnya bersepadu dan menyeluruhAktiviti dipelbagaikan dengan menarikKemahiran utama menjadi fokusOrganisasi kemahiran fleksibelKemahiran diintegrasikan saling kukuh mengukuh antara satu sama lain

Konsep IntegrasiMenurut Sufean Hussein (1996), Integrasi bermaksud menyatukan etnik-etnik atau kelompok-kelompok yang terasing pada asalnya kepada satu bentuk lain yang tersendiri. Proses mengintegrasikan unsur-unsur isi kandungan daripada dua atau lebih mata pelajaran dalam sesuatu pelajaran.Contoh; isi matapelajaran sains dan kajian tempatan diserap menjadi isi mata pelajaran bahasa.

Ciri-Ciri IntegrasiMengandungi beberapa unsur ilmu pengetahuanBerbagai unsur diserapkan dalam satu matapelajaranBilangan mata pelajaran dalam penyerapan fleksibelOrganisasi isi kandungan - Unsur utama dan unsur sampinganProses penyerapan boleh berlaku serentak dengan proses penggabungjalinan

Aktiviti IntegrasiPermainan kecil :aktiviti melibatkan mata pelajaran matematik dalam dalam topik pembentukan kumpulan. Contohnya: Bulatan, sfera, segiempat dsb. Penggunaan bahasa inggeris digunakan sepenuhnya dalam mengajar pendidikan kesihatan.