46
Artikel Berita Mengenai Industri Pembangunan di Malaysia Innovacia Sdn Bhd www.innovacia.com.my Experience Innovation. Outsource it to us. [email protected] 1 IBS (2015): Berita Harian: 359 Rumah Kekal Baharu mangsa banjir siap Februari depan ISNIN, 16 NOVEMBER 2015 @ 3:19 PM KUALA LUMPUR: Kerajaan memberi jaminan 359 Rumah Kekal Baharu (RKB) untuk mangsa banjir di Kelantan akan siap dibina menjelang Februari tahun depan, Dewan Rakyat diberitahu hari ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim, berkata walaupun berdepan risiko berlaku lagi bencana banjir dalam masa terdekat, ia tidak menghalang kerajaan menyiapkan RKB yang sudah ditetapkan. Beliau berkata, jumlah itu adalah sebahagian daripada keseluruhan 1,123 rumah yang perlu dibina dengan Sistem Bangunan Berindustri (IBS) dan konvensional di negeri itu. "Sebanyak 500 RKB akan dibina kerajaan negeri Kelantan manakala baki 187 RKB pula akan dibina badan bukan kerajaan (NGO) dan pihak swasta melalui sumbangan yang diterima dan diberikan," katanya bagi menjawab soalan tambahan Sim Tong Him (DAP-Kota Melaka). Menjawab soalan Datuk Irmohizam Ibrahim (BN-Kuala Selangor) yang mahu tahu persediaan kerajaan menghadapi banjir, Shahidan berkata setiap daerah yang berdepan risiko banjir telah diarahkan membuat latihan simulasi banjir di kawasan masing-masing. "Latihan sebelum banjir ini membolehkan mereka tentukan siapa yang akan buat kerja, NGO mana yang akan buat kerja supaya tidak jadi kelam kabut bila berlaku banjir nanti," katanya. Beliau berkata, setiap Ahli Parlimen juga akan dilantik sebagai Kolonel Kehormat bagi kawasan masing-masing yang akan terbabit secara langsung dalam pengurusan banjir dibantu pasukan keselamatan. Menjawab soalan asal Irmohizam yang meminta Perdana Menteri menyatakan sejauh mana kaedah pembinaan IBS dan Modular dapat mempercepatkan tempoh siap RKB, Shahidan berkata kaedah yang digunakan Kerajaan Negeri telah mengurangkan tempoh pembinaan rumah kepada 30 hari berbanding 35 bagi kaedah konvensional. - BERNAMA Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/97438 Kerajaan akan pertingkat guna sistem IBS bina rumah AHAD, 8 NOVEMBER 2015 @ 3:45 PM IPOH: Kerajaan akan meningkatkan penggunaan sistem binaan berindustri (IBS) dalam sektor pembinaan rumah di negara ini supaya rakyat dapat membelinya dengan harga murah, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah. "Ketika ini, sektor IBS ini belum berkembang. Apabila ia berkembang nanti, PR1MA (Perbadanan PR1MA Malaysia), Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan turut menggunakan sistem ini. "Dengan itu orang ramai akan dapat membeli rumah yang berkualiti dengan harga yang murah," katanya pada sidang media selepas sesi wawancara bersama Perakfm di Radio Televisyen Malaysia (RTM) di sini, hari ini.

IBS (2015):

  • Upload
    tranbao

  • View
    268

  • Download
    3

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: IBS (2015):

Artikel Berita Mengenai Industri Pembangunan di Malaysia Innovacia Sdn Bhd

www.innovacia.com.my Experience Innovation. Outsource it to us. [email protected] 1

IBS (2015):

Berita Harian:

359 Rumah Kekal Baharu mangsa banjir siap Februari depan

ISNIN, 16 NOVEMBER 2015 @ 3:19 PM

KUALA LUMPUR: Kerajaan memberi jaminan 359 Rumah Kekal Baharu (RKB) untuk mangsa banjir di Kelantan akan siap dibina menjelang Februari tahun depan, Dewan Rakyat diberitahu hari ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim, berkata walaupun berdepan risiko berlaku lagi bencana banjir dalam masa terdekat, ia tidak menghalang kerajaan menyiapkan RKB yang sudah ditetapkan. Beliau berkata, jumlah itu adalah sebahagian daripada keseluruhan 1,123 rumah yang perlu dibina dengan Sistem Bangunan Berindustri (IBS) dan konvensional di negeri itu. "Sebanyak 500 RKB akan dibina kerajaan negeri Kelantan manakala baki 187 RKB pula akan dibina badan bukan kerajaan (NGO) dan pihak swasta melalui sumbangan yang diterima dan diberikan," katanya bagi menjawab soalan tambahan Sim Tong Him (DAP-Kota Melaka).

Menjawab soalan Datuk Irmohizam Ibrahim (BN-Kuala Selangor) yang mahu tahu persediaan kerajaan menghadapi banjir, Shahidan berkata setiap daerah yang berdepan risiko banjir telah diarahkan membuat latihan simulasi banjir di kawasan masing-masing. "Latihan sebelum banjir ini membolehkan mereka tentukan siapa yang akan buat kerja, NGO mana yang akan buat kerja supaya tidak jadi kelam kabut bila berlaku banjir nanti," katanya. Beliau berkata, setiap Ahli Parlimen juga akan dilantik sebagai Kolonel Kehormat bagi kawasan masing-masing yang akan terbabit secara langsung dalam pengurusan banjir dibantu pasukan keselamatan.

Menjawab soalan asal Irmohizam yang meminta Perdana Menteri menyatakan sejauh mana kaedah pembinaan IBS dan Modular dapat mempercepatkan tempoh siap RKB, Shahidan berkata kaedah yang digunakan Kerajaan Negeri telah mengurangkan tempoh pembinaan rumah kepada 30 hari berbanding 35 bagi kaedah konvensional. - BERNAMA

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/97438

Kerajaan akan pertingkat guna sistem IBS bina rumah

AHAD, 8 NOVEMBER 2015 @ 3:45 PM

IPOH: Kerajaan akan meningkatkan penggunaan sistem binaan berindustri (IBS) dalam sektor pembinaan rumah di negara ini supaya rakyat dapat membelinya dengan harga murah, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah. "Ketika ini, sektor IBS ini belum berkembang. Apabila ia berkembang nanti, PR1MA (Perbadanan PR1MA Malaysia), Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan turut menggunakan sistem ini. "Dengan itu orang ramai akan dapat membeli rumah yang berkualiti dengan harga yang murah," katanya pada sidang media selepas sesi wawancara bersama Perakfm di Radio Televisyen Malaysia (RTM) di sini, hari ini.

Page 2: IBS (2015):

Artikel Berita Mengenai Industri Pembangunan di Malaysia Innovacia Sdn Bhd

www.innovacia.com.my Experience Innovation. Outsource it to us. [email protected] 2

Ahmad Husni berkata, Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB), telah menggunakan sistem IBS dalam membangunkan Rumah Mesra Rakyat. Katanya, China mula menggunakan sistem ini untuk membina sebuah hotel 30 tingkat dengan proses pembinaannya hanya memakan masa dua minggu. "IBS juga sudah berkembang di Filipina untuk membuat rumah teres yang mempunyai tiga bilik dan dua bilik air dan dijual pada harga murah," katanya. Ahmad Husni berkata, kerajaan tidak mengawal harga rumah kerana ia tertakluk kepada harga pasaran yang mengambil kira kos pembinaan. "Harga rumah di negara ini berdasarkan kepada kos pembinaannya sama ada menggunakan IBS atau sistem lain," katanya. -- BERNAMA

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/95350

Teks Ucapan Bajet 2016 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak (Klik pautan untuk berita penuh)

JUMAAT, 23 OKTOBER 2015 @ 6:57 PM

Tuan Yang Dipertua,

Langkah Dua: Bagi mempertingkatkan penggunaan teknologi dalam sektor pembinaan, Kerajaan akan menggalakkan lagi penggunaan teknologi Industrialised Building System atau IBS. Sehubungan itu, Kerajaan menggalakkan lebih banyak syarikat menggunapakai teknologi IBS. Bagi tujuan ini, dana khas IBS Promotion Fund sebanyak 500 juta ringgit disediakan melalui SME Bank, sebagai pinjaman mudah kepada pemaju dan kontraktor kategori G5 dan ke bawah.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/91259

Kaji semula langkah berkaitan hartanah dalam Bajet 2016 - REHDA

SELASA, 20 OKTOBER 2015 @ 7:21 PM

KUALA LUMPUR: Saranan mengkaji semula langkah-langkah berkaitan jualan hartanah di Malaysia dikemukakan oleh Persatuan Pemaju-pemaju Perumahan dan Hartanah Malaysia (REHDA) sebagai harapan untuk Bajet 2016. Bagi memudahkan pembelian rumah di negara ini, REHDA berkata, bank perlu memperkenalkan skim mesra pembeli rumah yang baharu terutamanya bagi pembeli kali pertama untuk harga rumah sehingga RM500,000. Presidennya, Datuk Seri Fateh Iskandar Mohamed Mansor, berkata sebahagian daripada langkah itu yang diumumkan kerajaan dalam Bajet 2014 memberi kesan negatif kepada keupayaan pembeli untuk mendapatkan pembiayaan. "Bank perlu membenarkan beberapa bentuk fleksibiliti.

"Kriteria untuk kelulusan pinjaman perlu lebih mudah, dan fleksibiliti harus diberikan, terutamanya untuk pembeli rumah kali pertama dan harga rumah sehingga RM500,000," katanya kepada pemberita di sini hari ini. REHDA turut mengemukakan lima cadangan lain, penggunaan Sistem Bangunan Berindustri (IBS), pelepasan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) untuk rumah mampu milik dan hartanah kawalan, semakan dasar kuota Bumiputera, pengurangan kos menjalankan perniagaan untuk industri, dan peningkatan penawaran rumah mampu milik. "Dengan banyak

Page 3: IBS (2015):

Artikel Berita Mengenai Industri Pembangunan di Malaysia Innovacia Sdn Bhd

www.innovacia.com.my Experience Innovation. Outsource it to us. [email protected] 3

syarikat dan badan kini berusaha menyediakan rumah mampu milik di negara ini, kerajaan juga perlu mempertimbangkan untuk mewujudkan sebuah badan tunggal untuk melihat rumah berharga RM100,000 hingga RM500,000, dan rumah berharga RM100,000 dan ke bawah," katanya. - BERNAMA

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/90415

Menjelang Bajet 2016: Harapan pembeli rumah kali pertama

SELASA, 20 OKTOBER 2015 @ 8:34 AM

PERUMAHAN dan kehidupan di bandar adalah antara aspek utama yang dijangka diberi tumpuan oleh kerajaan apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membentangkan Bajet 2016, Jumaat ini. Ini berikutan, wujud pelbagai rungutan dalam kalangan masyarakat mengenai kesukaran memiliki rumah disebabkan harganya yang melambung tinggi dan kesukaran mendapatkan kelulusan pinjaman untuk membelinya, hingga wujud gesaan supaya kerajaan mengkaji semula beberapa peraturan semasa, terutama untuk pemilik rumah kali pertama. Penolakan pinjaman untuk membeli rumah juga dikatakan menjadi antara sebab utama jumlah transaksi hartanah menjadi rendah dan kelembapan sektor berkenaan.

Tinjauan oleh Institut Penyelidikan Khazanah baru-baru ini membuktikan pasaran hartanah negara sedang berdepan dengan masalah kos pemilikan rumah yang terlalu mahal dan tidak mampu dimiliki. Perkenal peraturan Kerajaan dan Bank Negara Malaysia (BNM) sebelum ini memperkenalkan beberapa peraturan seperti Cukai Keuntungan Hartanah (RPGT), kelulusan pemberian pinjaman perumahan yang ketat serta harga rumah minimum RM1 juta kepada warga asing bagi mengekang spekulasi harga untuk membendung kenaikan harga rumah yang tidak terkawal. Maklumat Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) menunjukkan, daripada 10,877 buah rumah yang dilancarkan sepanjang separuh pertama tahun ini, hanya 4,373 unit terjual. Bagaimanapun, kebanyakan rumah yang tidak terjual itu berharga dalam lingkungan RM500,000 hingga RM1 juta seunit, iaitu pilihan utama bagi kebanyakan keluarga bandar kelas pertengahan. Bagi mengatasi permasalahan itu, REHDA menggariskan enam langkah untuk diberi perhatian oleh kerajaan dalam pembentangan Bajet 2016, yang disifatkan perlu dalam usaha menangani kos projek pembinaan perumahan dan kenaikan harga rumah ketika ini, selain menggalakkan pembinaan rumah mampu milik oleh pemaju terutama di bandar raya utama seperti Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang.

Enam langkah itu ialah memudahkan pemilikan rumah, penilaian semula polisi kuota Bumiputera, mengurangkan kos perniagaan untuk pengusaha industri, meningkatkan bekalan rumah mampu milik, menggalakkan penggunaan Sistem Binaan Berindustri (IBS) serta pengecualian Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) bagi rumah mampu milik atau hartanah kawalan. Laman web hartanah, PropertyGuru, menyifatkan Bajet 2016 boleh dijadikan landasan terbaik untuk memudahkan lagi syarat pinjaman perumahan khususnya bagi golongan pembeli rumah pertama. Kaji semula pinjaman perumahan Pengurus Negara Malaysia PropertyGuru, Sheldon Fernandez, berkata pemerhatian pihaknya mendapati ejen hartanah, penyedia pinjaman, pemaju hartanah dan pembeli

Page 4: IBS (2015):

Artikel Berita Mengenai Industri Pembangunan di Malaysia Innovacia Sdn Bhd

www.innovacia.com.my Experience Innovation. Outsource it to us. [email protected] 4

bersetuju bahawa sudah tiba masanya kerajaan mengkaji semula dasar pinjaman perumahan semasa bagi memberi peluang sewajarnya kepada pemohon baharu.

"Permohonan pinjaman yang tidak diluluskan adalah antara punca utama kadar transaksi pembelian rumah yang rendah. Tinjauan pendapat pembeli yang kami jalankan mendapati, kesukaran mendapatkan kelulusan pinjaman bank adalah punca utama pembeli tidak berpuas hati," kata Fernandez. Tinjauan PropertyGuru mendapati, golongan paling terjejas adalah mereka yang berpendapatan sederhana dan tidak layak untuk memohon skim perumahan kos rendah. Malah, golongan itu juga berdepan dengan kesukaran membeli hartanah dari pasaran sedia ada ekoran masalah mendapatkan bantuan kewangan. Menurut Fernandez, PropertyGuru yakin bahawa cadangan menilai semula peraturan serta syarat pembiayaan dan pinjaman perumahan khasnya untuk pembeli rumah kali pertama bakal disambut baik pelbagai pihak di dalam industri hartanah.

"Dengan pembentangan Bajet 2016 yang bakal menjelang tiba, ini adalah masa terbaik untuk menilai semula langkah kewangan sedia ada yang telah pun berjaya mengurangkan spekulasi dan menyejukkan pasaran sebelum ini," katanya. Sementara itu, Mah Sing Group Bhd mahu kerajaan mengembalikan Skim Tanggungan Faedah Pemaju (DIBS) dalam Bajet 2016, namun hanya untuk pembeli rumah kali pertama. Pemaju perumahan itu berkata, skim berkenaan akan mempermudah pembelian kediaman oleh pembeli rumah tulen dengan membolehkan mereka mengikat hartanah pada harga semasa.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/90265

Pembinaan lebih RM50 juta wajib guna IBS mulai tahun depan

ISNIN, 12 OKTOBER 2015 @ 1:57 PM

PETALING JAYA: Mulai tahun depan, projek pembinaan swasta yang melebihi RM50 juta dan projek kerajaan yang melebihi RM10 juta wajib menggunakan kaedah Sistem Bangunan Berindustri (IBS). Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof, berkata ini bagi memastikan reka bentuk pembinaan yang lebih seragam, mengurangkan tempoh pembinaan, sekali gus meningkatkan kualiti pembinaan di negara ini. "Mana-mana projek bernilai RM50 juta ke atas untuk sektor swasta, kita bersetuju pada dasarnya untuk mewajibkan kaedah IBS digunakan, kecuali jika keadaan tidak mengizinkan baru kita buat pengecualian.

"Dengan aplikasi teknologi IBS, kita akan ada standard rekaan, prakelulusan pelan, khususnya bangunan kerajaan dengan IBS ini yang mampu menjimatkan masa dan kos pembinaan," katanya selepas mengadakan Sesi Dialog Tertutup bersama Syarikat Berprestasi Tinggi (Teras) di Damansara, di sini hari ini. IBS adalah satu kaedah pembinaan di mana komponen dikilangkan dalam persekitaran yang terkawal sama ada di dalam atau di luar tapak yang diletakkan dan dipasang untuk kerja-kerja pembinaan.

Ditanya mengenai Bajet 2016 yang akan dibentangkan pada 23 Oktober ini, Fadillah berkata kementeriannya berharap kerajaan dapat mengutamakan peruntukan dari segi infrastruktur bagi memastikan jurang pembangunan di tiga wilayah Semenanjung, Sabah dan Sarawak dapat dikurangkan. Beliau berkata, kementerian kini sedang berusaha memastikan setiap projek perluasan

Page 5: IBS (2015):

Artikel Berita Mengenai Industri Pembangunan di Malaysia Innovacia Sdn Bhd

www.innovacia.com.my Experience Innovation. Outsource it to us. [email protected] 5

jaringan diteruskan dan disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan termasuk Projek Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat yang sudah bermula April lepas. "Dari segi infrastruktur ini, fokus kita supaya aspek keterangkuman pembangunan dapat dirapatkan bagi memastikan jaringan perhubungan antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak diperluas, sekali gus meningkatkan perkhidmatan kita kepada rakyat," katanya.

Sementara itu, ditanya mengenai Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) yang mungkin memberi kesan kepada syarikat pembinaan di Malaysia, beliau berkata ia perlu dilihat dari sudut positif terutama usaha kerajaan dalam mengantarabangsakan pakar di negara ini. "Di sinilah kita nak strategi di bawah CITP (Program Transformasi Industri Pembinaan), kita boleh memperkenalkan semua profesional dan pakar yang kita ada dalam bidang tertentu kepada kepakaran luar," katanya. Menurut laporan, menteri-menteri perdagangan Pasifik telah merumuskan rundingan bagi TPPA baru-baru ini. Pihak terlibat ialah Australia, Brunei, Kanada, Chile, Jepun, Malaysia, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura, Amerika Syarikat dan Vietnam. - BERNAMA

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/88419

Transformasi sektor pembinaan

ISNIN, 15 JUN 2015 @ 3:16 PM Oleh Sri Ayu Kartika Amri dan Sofyan Rizal Ishak

KUALA LUMPUR: Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) bakal memperkenalkan Program Transformasi Industri Pembinaan (CITP), September depan selari dengan pengumuman kerajaan dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) untuk mentransformasikan sektor pembinaan dalam tempoh lima tahun akan datang. Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Seri Dr Judin Abdul Karim berkata, program yang dirangka melalui rundingan bersama penggiat industri termasuk agensi kerajaan, syarikat swasta dan pihak akademik itu dilihat mampu melonjakkan industri pembinaan negara setanding dengan negara maju.

"Keputusan kerajaan memasukkan CITP ke dalam RMK11 sememangnya satu perkara wajar bagi memastikan industri pembinaan lebih dinamik, efektif dan mapan, sekali gus memberi impak positif kepada sektor ekonomi serta sosial negara secara keseluruhannya," katanya kepada Bisnes Metro di sini, semalam. Beliau berkata, antara inisiatif CITP adalah menubuhkan Pusat Maklumat Pembinaan Negara dan pihak akademik boleh mendapatkan maklumat yang akan membantu mereka dalam melakukan perancangan dalam setiap projek binaan.

Menurutnya, CIDB akan fokus kepada peningkatan penggunaan Pemodelan Maklumat Bangunan (BIM) dan Sistem Pembinaan Perindustrian (IBS) dalam kalangan pemaju bertujuan memacu produktiviti sektor pembinaan. "Kami sedang bekerjasama dengan pihak industri untuk membangunkan katalog BIM iaitu spesifikasi bahan binaan yang terdapat di pasaran bagi dimasukkan dalam perisian BIM selain menerbitkan katalog kompenen

IBS bertujuan membantu perunding untuk menghasilkan rekaan bangunan yang menggunakan komponen standard IBS. "Di bawah CITP juga, kami turut menggariskan kerjasama dengan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) untuk mengurang atau menghapuskan duti jentera pembinaan bagi menurunkan

Page 6: IBS (2015):

Artikel Berita Mengenai Industri Pembangunan di Malaysia Innovacia Sdn Bhd

www.innovacia.com.my Experience Innovation. Outsource it to us. [email protected] 6

kos pembinaan yang menggunakan kaedah IBS," katanya. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika membentangkan Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) berkata, sektor pembinaan dijangka berkembang pada kadar 10.3 peratus setahun dan menyumbang RM327 bilion atau 5.5 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang 2020.

Beliau berkata, kerajaan akan memperkenalkan CITP pada 2016 hingga 2020 untuk memesatkan pembangunan industri bagi memenuhi permintaan pasaran dan dalam tempoh RMK11, usaha mentransformasi sektor pembinaan akan berdasarkan empat strategi iaitu meningkatkan kandungan pengetahuan, memacu produktviti, memupuk amalan lestari serta meningkatkan pengantarabangsaan. "Strategi untuk meningkatkan kandungan pengetahuan dalam industri pembinaan termasuk meningkatkan kualiti modal insan, mempercepat pembangunan kapasiti dan keupayaan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta kontraktor Bumiputera selain mengurangkan ketidakpadanan antara permintaan dengan penawaran tenaga kerja," katanya.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/61449

133 rumah mangsa banjir diserah sebelum Aidilfitri

JUMAAT, 12 JUN 2015 @ 11:57 AM

KUALA LUMPUR: Kerajaan Persekutuan yakin dapat menyerahkan 133 unit Rumah Kekal Baharu (RKB) kepada mangsa banjir di seluruh negara sebelum sambutan Aidilfitri bulan depan. Mengikut kenyataan Unit Pemulihan Pasca Banjir (UPPB), Jabatan Perdana Menteri (JPM), hingga kini kerajaan sedang melaksanakan pembinaan 546 unit RKB di seluruh negara yang mana 34 unit sudah siap sepenuhnya. Ia menegaskan bahawa kerajaan komited menunaikan janji untuk membina sejumlah 1,415 unit RKB kepada mangsa-mangsa banjir di seluruh negara.

"Kerajaan prihatin dan mengambil berat akan kepayahan yang dialami mangsa-mangsa banjir yang menginap di khemah-khemah sementara menunggu siap pembinaan RKB terutamanya di jajahan Gua Musang, Kelantan. "Oleh itu, pemindahan mangsa-mangsa banjir ke Kem Etno-Botani Pusat Latihan Khidmat Negara sedang diuruskan secara berperingkat dan ia dijangka selesai sebelum Ramadan ini," kata UPPB dalam kenyataan di sini hari ini. Kenyataan itu adalah bagi menjelaskan dakwaan Penasihat DAP, Lim Kit Siang kononnya kerajaan Persekutuan gagal menunaikan janji untuk membina rumah kepada mangsa-mangsa banjir di Kelantan. UPPB JPM turut menyangkal dakwaan Lim bahawa kerajaan Persekutuan hanya bersenang-lenang sedangkan mangsa banjir masih tinggal di dalam khemah.

"Dalam usaha mempercepatkan tempoh pembinaan RKB, kerajaan Persekutuan sudah mengenal pasti kaedah pembinaan berasaskan sistem binaan berindustri (IBS) dan Modular. "Ia dijangka dapat mempercepatkan tempoh siap pembinaan kepada 30 hari berbanding 75 hari jika dilaksanakan secara konvensional," kata unit itu. Mengikut UPPB JPM, kerajaan Persekutuan tetap komited untuk menunaikan janji walaupun berdepan pelbagai kekangan termasuk kesukaran mendapatkan tapak-tapak rumah yang sesuai bagi menempatkan 835 mangsa. Namun, dengan kerjasama kerajaan negeri dan opsyen lain, kerajaan Persekutuan yakin isu seumpama itu dapat diselesaikan dalam kadar segera dan pembinaan RKB dapat diteruskan sepenuhnya dalam tempoh terdekat. - BERNAMA

Page 7: IBS (2015):

Artikel Berita Mengenai Industri Pembangunan di Malaysia Innovacia Sdn Bhd

www.innovacia.com.my Experience Innovation. Outsource it to us. [email protected] 7

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/60810

Lend Lease rancang buka akademi latihan di TRX

KHAMIS, 26 MAC 2015 @ 12:30 AM

KUALA LUMPUR: Pemaju hartanah, Lend Lease Projects (M) Sdn Bhd, bercadang menubuhkan akademi latihan menerusi projek utamanya Lifestyle Quarter di Tun Razak Exchange (TRX), sebagai sebahagian kerjasama dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB). Pengarah Urusan, Dinesh K Nambiar, berkata akademi itu akan menjadi projek perintis di rantau Asia dan bertujuan meningkatkan kemahiran serta kecekapan pekerja utama menerusi Program Perantisan Penyelia Keselamatan. "Kami sudah ada kurikulum latihan dan TRX akan menjadi projek utama pertama yang akan kami manfaatkan sebagai tempat latihan, 'bilik darjah' yang akan diterjemah menjadi satu projek," katanya.

Mengenai inovasi dan peningkatan produktiviti, Dinesh berkata Lend Lease akan melaksanakan Sistem Binaan Berindustri di TRX serta menetapkan penanda aras baharu dalam industri pembinaan dan pada masa sama berharap untuk mengurangkan pergantungan kepada tenaga asing di di Malaysia. TRX bakal menjadi antara projek pembangunan terbesar dalam portfolio semasa projek global Lend Lease yang menguasai 60 peratus daripada perkongsian pembangunan segmen gaya hidup dengan pemaju induk TRX, 1MDB Real Estate.

Segmen gaya hidup TRX itu adalah pembangunan bercampur-campur diterajui oleh sektor runcit yang akan dibina di atas kawasan seluas 6.88 hektar dengan sasaran menjadi hab kewangan dan perniagaan antarabangsa. Ia diunjur menghasilkan nilai pembangunan kasar RM8 bilion apabila siap. Sejak Lend Lease memeterai perjanjian dengan CIDB pada April tahun lalu, syarikat beribu pejabat di Australia itu menganjurkan pelbagai seminar CIDB mengenai amalan pembinaan yang selamat. Ia juga terbabit dalam acara-acara utama untuk menggalakkan penggunaan amalan terbaik antarabangsa dalam pembinaan antaranya operasi loji dan kren, perancah dan kimpalan.

Syarikat itu yang mempunyai pengalaman selama 40 tahun dalam membangun, membina, memiliki serta mengendalikan pusat beli-belah, telah menyiapkan lebih 10,000 projek di seluruh dunia. Ia berikrar untuk memastikan bebas kemalangan dan kecederaan di semua tapak pembinaannya di Amerika, Australia, Asia dan Eropah. Syarikat itu terbabit dalam pembinaan pusat beli-belah hijau pertama di Malaysia -- Setia City Mall. Projek utama lain di Malaysia termasuk Menara Kembar Petronas dan yang terbaharu Pinewood Iskandar Malaysia Studios. - BERNAMA

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/43414

Rumah musnah dihempap pesawat siap dibina Jun ini

SELASA, 14 APRIL 2015 @ 5:54 PM

LANGKAWI: Projek pembinaan semula rumah seorang penduduk yang musnah selepas dirempuh sebuah pesawat yang terhempas semasa latihan penerbangan bersempena Pameran Maritim dan

Page 8: IBS (2015):

Artikel Berita Mengenai Industri Pembangunan di Malaysia Innovacia Sdn Bhd

www.innovacia.com.my Experience Innovation. Outsource it to us. [email protected] 8

Udara Antarabangsa Langkawi 2015 (LIMA'15) Mac lepas dijangka siap Jun ini. HW Lima Sdn Bhd, syarikat yang terlibat dalam penganjuran LIMA'15, telah menerima cadangan pelan dan sebut harga daripada kontraktor yang akan melaksanakan pembinaan semula rumah itu secara konvensional tidak lama lagi.

Pengarah Urusannya, Ahmad Dzuhri Abd Wahab hari ini berkata, sebelum ini pihaknya bercadang untuk melaksanakan kaedah rumah pasang siap bagi menggantikan kediaman yang musnah itu namun tidak dipersetujui pemiliknya, Zulkeflee Abu Mutalib. "Sebaliknya beliau (Zulkeflee) meminta supaya rumahnya dibina semula secara konvensional dan kami akur dengan permintaannya," katanya ketika ditemui media semasa membuat tinjauan ke tapak rumah yang musnah itu di Kampung Gelam, Kedawang di sini. Anggota Parlimen Langkawi Datuk Nawawi Ahmad turut hadir dalam tinjauan ke kawasan itu di mana sebuah pesawat jenis KT-1B milik Jupiter, pasukan aerobatik Angkatan Udara Tentera Nasional Indonesia (AU-TNI), terhempas semasa membuat latihan 15 Mac lepas.

Pesawat yang menghempap kediaman Zulkeflee itu sebelum itu dikatakan telah bergesel di udara dengan sebuah lagi pesawat jenis sama yang terhempas di kawasan hutan berdekatan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi. Kedua-dua juruterbangnya bagaimanapun berjaya menyelamatkan diri menggunakan payung terjun sebelum pesawat itu terhempas. Ekoran insiden itu, pasukan Jupiter mengambil keputusan untuk menarik diri daripada terlibat dalam persembahan udara LIMA'15.

Ahmad Dzuhri berkata pihaknya memberi komitmen untuk membantu mereka yang terlibat sejak berlakunya insiden itu dan telah menyalurkan sumbangan awal sebelum ini untuk meringankan beban yang dihadapi mereka. "Kami agak kecewa juga dengan komen negatif yang dilemparkan oleh sesetengah pihak, seolah-olah kami cuba lari daripada tanggungjawab kami sedangkan mereka tidak tahu apa yang kami buat selama ini. Kami tidak pernah mengabaikan kebajikan mereka yang terlibat," katanya. - BERNAMA

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/47593

Laluan alternatif dibina ganti Jambatan Sungai Tanum yang runtuh

SABTU, 3 JANUARI 2015 @ 7:28 PM

KUALA LIPIS: Pemasangan titi terapung dan jambatan pasang siap secara sementara akan dibina sebagai laluan alternatif bagi menggantikan Jambatan Sungai Tanum di Kampung Aur Gading yang runtuh akibat banjir. Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata pembinaan titi terapung akan dilaksanakan serta merta manakala jambatan pasang siap mengambil masa selama 24 jam dan ia dilaksanakan dengan kerjasama Angkatan Tentera Malaysia dan Jabatan Kerja Raya. "Titi terapung ini 50 meter panjang dan 2 meter lebar untuk digunakan penunggang motosikal dan pejalan kaki manakala jambatan pasang siap sepanjang 40 meter boleh digunakan kenderaan tidak melebihi 60 tan. "Ia perlu dilaksanakan bagi membolehkan penduduk tempatan keluar dan masuk ke bandar Kuala Lipis seperti biasa, serta melancarkan rutin persekolahan apabila sesi persekolahan dibuka tidak lama lagi," katanya kepada pemberita.

Page 9: IBS (2015):

Artikel Berita Mengenai Industri Pembangunan di Malaysia Innovacia Sdn Bhd

www.innovacia.com.my Experience Innovation. Outsource it to us. [email protected] 9

Beliau melakukan lawatan kerja bersama Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof ke Kuala Lipis bagi meninjau keadaan Jambatan Sungai Tanum. Dalam program sehari itu, Hishammuddin dan Fadillah juga meninjau dua lagi jambatan di sungai sama yang turut runtuh akibat dihanyutkan banjir selain mereka beramah mesra dengan penduduk setempat. Jambatan konkrit Sungai Tanum itu merupakan jalan utama bagi penduduk Kampung Aur Gading untuk ke bandar Kuala Lipis yang mengambil masa selama setengah jam. Runtuhan jambatan itu telah menjejaskan kira-kira 3,000 penduduk dari Kampung Aur Gading, Kampung Berkam dan Kampung Bukit Betong untuk berulang-alik ke bandar. Laluan yang ada ketika ini hanya di kawasan Felda yang hanya boleh dilalui kenderaan pacuan empat roda.

Hishammuddin berkata pembaikan jambatan berkenaan sepenuhnya mungkin akan mengambil masa. Dalam perkembangan sama, beliau berkata beliau akan ke Kelantan esok untuk meninjau kerja-kerja pembersihan pasca banjir dan menyeru sukarelawan khususnya anggota pasukan Wataniah agar turut serta. "Keutamaan pembersihan adalah di sekolah-sekolah. Peralatan kita akan bekalkan melalui Majlis Keselamatan Negara," katanya. Hishammuddin berkata sehingga semalam, sebanyak 303 penerbangan menggunakan aset Tentera Udara Diraja Malaysia dilakukan bagi menjayakan Ops Murni di seluruh negara sejak 25 Dis lepas, manakala sebanyak 670 tan bekalan banjir telah disalurkan ke negeri terlibat melalui penerbangan itu. – BERNAMA

Anggota Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) melakukan kerja – kerja pemasangan titi terapung (jetfloat) sepanjang 50 meter dan 20 meter lebar untuk menggantikan jambatan Sungai Tanum yang runtuh akibat banjir di Kampung Aur Gading.

Page 10: IBS (2015):

Artikel Berita Mengenai Industri Pembangunan di Malaysia Innovacia Sdn Bhd

www.innovacia.com.my Experience Innovation. Outsource it to us. [email protected] 10

Keadaan jambatan Sungai Tanum yang rosak teruk akibat banjir ketika tinjauan bersama Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein di Kampung Aur Gading

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/26941

Page 11: IBS (2015):

Artikel Berita Mengenai Industri Pembangunan di Malaysia Innovacia Sdn Bhd

www.innovacia.com.my Experience Innovation. Outsource it to us. [email protected] 11

Utusan Malaysia:

Kontraktor G7 harus diberi insentif IBS

NUR NAZLINA NADZARI | 05 November 2015 12:34 AM

Yee Wing Peng (kiri) berjabat tangan dengan A. K Nathan selepas forum percukaian sempena Seminar Deloitte TaxMax di Petaling Jaya, semalam. Turut kelihatan Pengarah Urusan Prokhas Sdn. Bhd., Dr. Nungsari Ahmd Radhi (kanan) dan moderator seminar, Khoo Hsu Chuang. UTUSAN/FAUZI BAHARUDIN

KUALA LUMPUR 4 Nov. - Kerajaan harus memperluaskan tawaran insentif Sistem Binaan Berindustri (IBS) kepada kontraktor di bawah kategori G7 jika mahu sistem tersebut lebih berjaya dilaksanakan di negara ini. Pengarah Urusan Eversendai Corp. Bhd., Tan Sri A. K. Nathan berkata, kontraktor kategori G7 berada di kedudukan yang lebih kukuh untuk mempromosikan IBS dalam pembangunan hartanah. Katanya, ini kerana untuk menjayakan sistem tersebut, seseorang kontraktor perlu mempunyai inovasi, kekuatan kewangan dan pemikiran untuk membawa teknologi ini ke hadapan. “Jika kita mahu perkara ini berlaku, kerajaan harus memberi fokus kepada pemain industri yang lebih besar bagi memastikan kejayaannya. “IBS adalah sesuatu yang diperlukan dan jika kerajaan mahu idea ini terlaksana pengurangan cukai import terhadap mesin bagi pembinaan ini adalah penting serta insentif perlulah diberikan kepada kontraktor yang betul-betul akan mengguna pakai perkara itu,” katanya. Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar sempena Seminar Deloitte TaxMax di sini hari ini. Yang turut hadir, Ketua Cukai Negara Deloitte Malaysia, Yee Wing Peng.

Pada pembentangan Bajet 2016 lalu, kerajaan mengumumkan satu Dana Promosi IBS sebanyak RM500 juta akan diberikan melalui SME Bank kepada pemaju dan kontraktor di bawah kategori G5 ke bawah. Dana tersebut diperkenalkan bagi membolehkan pemaju dan kontraktor berkenaan

Page 12: IBS (2015):

Artikel Berita Mengenai Industri Pembangunan di Malaysia Innovacia Sdn Bhd

www.innovacia.com.my Experience Innovation. Outsource it to us. [email protected] 12

membuat pinjaman sejajar dengan usaha kerajaan untuk mempromosikan IBS di negara ini. Sementara itu, Wing Peng berkata, walaupun keadaan pasaran perlahan akibat ketidakstabilan ekonomi global, ekonomi Malaysia masih bertahan disebabkan kepelbagaian dan daya tahan yang kukuh. “Dengan tujuan untuk me-ngekalkan kedudukan fiskal, saya gembira melihat kerajaan mengetatkan perbelanjaan operasi dengan mengurang sebanyak RM8 bilion manakala peruntukkan untuk perbelanjaan pembangunan di-tingkatkan sebanyak empat peratus kepada RM52 bi-lion. “Ini menunjukkan kesungguhan kerajaan untuk mencapai status negara berpendapatan tinggi menjelang 2020,” ujarnya.

http://www.utusan.com.my/bisnes/ekonomi/kontraktor-g7-harus-diberi-insentif-ibs-1.154671

Pemaju perumahan mungkin diwajib guna IBS

10 November 2015 1:03 AM

KUALA LUMPUR 9 Nov. – Pemaju perumahan mungkin diwajibkan mengguna Sistem Bangunan Berindustri (IBS) dalam masa terdekat bagi membantu mengurangkan harga rumah dan mempercepatkan pembinaan sekali gus membantu rakyat memiliki rumah sendiri. Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, banyak perkara perlu diambil kira sebelum mewajibkan pemaju menggunakan sistem berkenaan termasuk jumlah permintaan dan kilang di setiap negeri. Katanya, kementerian itu akan mengadakan perbincangan dengan pemaju-pemaju perumahan termasuk Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) dalam tempoh terdekat. “IBS merupakan salah satu cara mempercepatkan pembinaan. Lebih penting, jika hendak mewajibkan penggunaan sistem itu kepada pemaju perumahan perlu ada kilang yang mencukupi bagi menampung jumlah permintaan yang tinggi. “Sebaliknya, jika IBS tidak digunakan oleh semua pemaju mungkin kos pembinaan akan meningkat. Banyak perkara yang perlu diselesaikan terutama isu permintaan, jumlah kilang dan persetujuan pemain industri sebelum syarat ini dapat dikuatkuasakan,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah semalam memaklumkan penggunaan IBS yang dilaksanakan secara meluas di seluruh negara dapat membantu mengurangkan harga rumah. Menurut beliau, perkara itu dibuktikan menerusi pembinaan beberapa projek kerajaan termasuk Rumah Mesra Rakyat kelolaan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) sehingga orang ramai mampu memiliki rumah bertaraf ‘banglo’ pada kadar RM45,000 hingga RM65,000 sahaja. Mengulas lanjut, Abdul Rahman berkata, dianggarkan 70 peratus daripada projek di bawah kementeriannya telah menggunakan IBS kerana sistem berkenaan dapat mengurangkan tempoh pembinaan sesebuah projek. Dalam pada itu, kata beliau, buat masa ini jumlah permintaan bagi IBS tidak cukup banyak dan membuatkan kos pembinaan menjadi mahal. “Kementerian masih membuat kajian berhubung perkara ini kerana cukup permintaan terhadap sistem ini masih rendah. Penglibatan atau penggunaan IBS oleh semua pemaju mungkin dapat mengatasi masalah ini,” katanya.

http://www.utusan.com.my/berita/nasional/pemaju-perumahan-mungkin-diwajib-guna-ibs-1.156797

Page 13: IBS (2015):

Artikel Berita Mengenai Industri Pembangunan di Malaysia Innovacia Sdn Bhd

www.innovacia.com.my Experience Innovation. Outsource it to us. [email protected] 13

IBS bantu turun harga rumah

Kos kediaman bertaraf ‘banglo’ mampu dimiliki pada kadar RM45,000 hingga RM65,000

SYUKRI SHAARI | 09 November 2015 1:16 AM

IPOH 8 Nov. - Kerajaan percaya penggunaan Sistem Bangunan Berindustri (IBS) yang semakin meluas di negara ini akan dapat membantu menurunkan harga rumah sekali gus membantu rakyat memiliki kediaman pada harga yang murah. Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah (gambar) berkata, perkara itu telah dibuktikan menerusi pembinaan projek Rumah Mesra Rakyat di bawah kelolaan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) yang menggunakan IBS. Katanya, menerusi projek tersebut, orang ramai mampu memiliki sebuah rumah bertaraf ‘banglo' yang mempunyai tiga bilik dan dua bilik air pada kadar RM45,000 hingga RM65,000. “Ini dalam keadaan sektor IBS masih belum berkembang di negara kita, bayangkan apabila berkembang nanti. Bayangkan apabila Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) guna, Kementerian Kesejahteraan Bandar,Perumahan dan Kerajaan Tempatan guna, semua guna, orang ramai akan dapat membeli rumah yang murah dengan kualiti baik. “Apabila dilaksanakan, si A beli rumah yang guna IBS dengan kualiti baik, yang guna sistem lain siapa mahu beli? Jadi, dengan sendirinya pasaran perumahan akan `dikawal', kerajaan tidak payah buat kawalan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas meluangkan masa menjadi tetamu saluran radio Perak FM di sini hari ini. Mengulas lanjut, Ahmad Husni memberitahu, Malaysia telah mula melaksanakan sistem IBS dalam pembinaan bangunan dengan pemberian insentif cukai, selain kelulusan daripada Kementerian Kerja Raya. “Ini merupakan perancangan masa depan, penekanan diberikan kepada peningkatan industri IBS. Jadi, ada antara projek kerajaan akan mula menggunakan kaedah IBS selepas ini,” jelas beliau. Mengulas mengenai sektor di dalam Bajet 2016 yang mampu menarik balik sokongan rakyat terhadap kerajaan, Ahmad Husni menyifatkan isu sokongan adalah bersifat subjektif. Katanya, apa yang direncanakan oleh kerajaan menerusi Bajet 2016 adalah kerana tanggungjawab terhadap rakyat. “Apabila cakap pasal sokongan, sekiranya ada kelompok penyokong DAP, adakah kamu percaya apabila kami buat sesuatu, mereka akan menyokong kami. Kami buat sebab tanggungjawab, kami ambil berat terhadap rakyat.

http://www.utusan.com.my/berita/nasional/ibs-bantu-turun-harga-rumah-1.156497

Penggunaan IBS dalam sektor pembinaan rumah ditingkatkan

08 November 2015 2:23 PM

IPOH 8 Nov. - Kerajaan akan meningkatkan penggunaan sistem binaan berindustri (IBS) dalam sektor pembinaan rumah di negara ini supaya rakyat dapat membeli rumah dengan harga murah, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah. "Ketika ini, sektor IBS ini belum berkembang. Apabila ia berkembang nanti, PR1MA (Perbadanan PR1MA Malaysia), Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan turut menggunakan sistem ini. "Dengan itu orang ramai akan dapat membeli rumah yang berkualiti dengan harga yang murah, katanya pada sidang media selepas sesi wawancara bersama Perakfm di Radio Televisyen Malaysia (RTM) di sini hari ini.- BERNAMA

Page 14: IBS (2015):

Artikel Berita Mengenai Industri Pembangunan di Malaysia Innovacia Sdn Bhd

www.innovacia.com.my Experience Innovation. Outsource it to us. [email protected] 14

http://www.utusan.com.my/berita/nasional/penggunaan-ibs-dalam-sektor-pembinaan-rumah-ditingkatkan-1.156170

Manfaatkan teknologi IBS

Pendekatan yang semakin popular dalam pembinaan bangunan

OLEH ASHRIQ FAHMY AHMAD | 01 Jun 2015 2:01 PM

Membawa konsep pasang siap, teknologi Sistem Binaan Berindustri (IBS) yang juga dikenali sebagai pembinaan pasang siap telah wujud di negara ini sejak tahun 1960-an lagi.

Bagaimanapun, teknologi itu tidak begitu popular pada waktu itu kerana persepsi masyarakat bahawa bangunan yang menggunakan kaedah tersebut tidak bagus, kurang daya tahan dan sebagainya. Kini, setelah sekian lama, teknologi itu dilihat semakin popular di Malaysia bahkan dunia telah lama menggunakannya. Antara faktor teknologi IBS kurang mendapat perhatian kerana kurang diuar-uarkan kepada masyarakat namun antara sedar atau tidak teknologi yang sama digunakan untuk membina pelbagai bangunan yang ada kini.

Bermula projek perumahan Flat Pekeliling, Kuala Lumpur dan Flat Rifle Range Road atau Jalan Padang Tembak, Pulau Pinang pada 1966 sehinggalah kepada pembinaan Menara Berkembar Petronas, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). Menurut Pengurus Besar Bahagian Teknologi, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) Malaysia, Ir. Noraini Bahri komponen-komponen binaan dihasilkan di kilang dalam persekitaran terkawal. Jelasnya, komponen tersebut dihantar ke tapak pembinaan untuk dipasang menjadi struktur dengan tenaga kerja yang minimum. “Oleh yang demikian tidak timbul bahawa binaan bangunan yang menggunakan bahan (komponen) menerusi sistem IBS tersebut tidak kukuh.

“Penggunan bahan bancuhan serta pembinaan komponen yang diselia rapi menjadikannya lebih kukuh malah menjimatkan masa pembinaan sesebuah bangunan,” katanya ketika ditemui baru-baru ini. Tambahnya, matlamat IBS diperkenalkan di negara ini adalah untuk meningkatkan kualiti bangunan dan kerja, mengurangkan penggunaan buruh asing di tapak projek serta mempercepatkan kerja pembinaan. “Buat masa ini terdapat enam jenis IBS yang digunakan secara meluas di Malaysia iaitu sistem kerangka keluli, sistem kerangka kayu, sistem blok, sistem konkrit pratuang, sistem acuan dan sistem berinovatif lain,” katanya.

Jelas Noraini lagi, berbanding cara konvensional, penggunaan sistem IBS menghasilan produk berkualiti tinggi serta dapat meminimumkan pembaziran kerana produk yang dihasilkan di kilang perlu melepasi standard yang ditetapkan. “IBS merupakan antara sistem pembinaan yang telah lama digunakan di Eropah dan dikenali sebagai kaedah pembinaan moden,” ujarnya.

Antara manfaat sistem IBS adalah penggunaan tenaga buruh yang lebih rendah kerana kerja-kerja melepa dan mengikat batu-bata tidak lagi dipraktikkan. Oleh itu, jika dilihat secara keseluruhannya, sistem IBS ini membolehkan kos pembinaan dikurangkan. Antara rungutan yang paling banyak didengar mengenai sistem IBS ialah sistem itu tidak boleh digunakan dalam pembinaan di luar bandar dengan alasan jaringan perhubungan yang terbatas.

Page 15: IBS (2015):

Artikel Berita Mengenai Industri Pembangunan di Malaysia Innovacia Sdn Bhd

www.innovacia.com.my Experience Innovation. Outsource it to us. [email protected] 15

Mungkin benar kos pengangkutannya agak tinggi dan perkara tersebut turut diakui Noraini kerana kebanyakan pengeluar komponen binaan berasaskan sistem IBS tertumpu di sekitar Lembah Klang. Namun, alasan tersebut tidak begitu tepat kerana IBS bukan hanya melibatkan sistem konkrit pra tuang, bahkan sistem itu termasuk sistem kerangka kayu, sistem kerangka besi dan sistem blok yang lebih mudah diangkut ke kawasan luar bandar. Malah, sistem pratuang juga masih boleh digunakan dalam projek pembinaan di luar bandar dengan menggunakan acuan yang telah sedia dibentuk di tapak pembinaan.

Sehingga kini, sistem IBS telah diwajibkan ke atas mana-mana projek pembinaan bangunan kerajaan sebanyak 70 peratus dan CIDB kini sedang menyasarkan penggunaan sistem yang sama sebanyak 50 peratus di pihak swasta. Penerimaan sistem IBS dalam kalangan sektor swasta pada masa kini agak baik dan berdasarkan kajian yang dijalankan, CIDB mendapati 46 peratus daripada 400 projek bangunan swasta di Lembah Klang menggunakan IBS dengan purata skor IBS sebanyak 55.

CIDB akan mempromosikan penggunaan kaedah IBS secara meluas dalam sektor pembinaan di negara inimenerusi IBS Roadmap 2011-2015. Pelan hala tuju itu akan dilaksanakan di bawah empat aliran kerja teras dengan memfokuskan kepada pengukuhan institusi, pengguna IBS, produk dan industri. Kini pelan hala tuju tersebut bakal berakhir pada tahun ini dan roadmap seterusnya akan bersambung bagi tahun 2016 hingga 2020. CIDB memainkan peranan penting dalam memperkenalkan teknologi sistem IBS di negara ini.

Antara objektif CIDB adalah untuk memastikan kualiti bangunan yang sentiasa terjamin di samping meningkatkan kesedaran terhadap penyiapan bangunan yang merangkumi nilai estetika yang tinggi dan juga tahap keselamatan bangunan itu sendiri. Selain itu, menerusi sistem IBS, ketepatan penyiapan dan kebolehupaya dalam menyiapkan projek pada masa yang singkat juga dapat dipastikan dengan lebih tepat berbanding kaedah pembinaan konvensional.

Malah, jika dilihat dari sudut produktiviti dan keberkesanan sistem tersebut, ia dapat memastikan kesediaan golongan profesional dan pekerja binaan yang menggunakannya bermula daripada proses reka bentuk, pengeluaran, pembangunan dan juga penyelenggaraan adalah lebih komprehensif dan produktif.

Semuanya dapat dilakukan menerusi latihan komprehensif berasaskan keperluan industri. Antara permasalahan yang turut menjadi perhatian kebanyakan pemain-pemain utama industri pembinaan adalah kewangan yang mapan. Semakin lama sesebuah projek pembangunan itu mengambil masa semakin lambat mereka untuk mendapat wang pusiangan modal dan keuntungan.

Oleh yang demikian, keupayaan sistem IBS mempercepatkan proses pembinaan, mengurangkan kos tenaga buruh dilihat amat membantu dalam memastikan persekitaran kewangan yang sihat bagi pihak industri tersebut.

Bagi mencapai objektif polisi untuk memperoleh daya saing dan produktiviti dalam tenaga buruh, pihak industri perlu memastikan ketersediaan tenaga kerja tempatan sama ada dalam kalangan profesional atau buruh yang mengamalkan IBS bagi mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing. Cabaran yang dihadapi sekarang ialah keadaan dan bayaran kerja di tapak binaan tidak menarik minat tenaga kerja tempatan. Selain itu, tenaga pekerja tempatan yang mahir dengan IBS

Page 16: IBS (2015):

Artikel Berita Mengenai Industri Pembangunan di Malaysia Innovacia Sdn Bhd

www.innovacia.com.my Experience Innovation. Outsource it to us. [email protected] 16

terlalu sedikit sehingga menyebabkan pihak industri lebih berminat mengupah buruh asing yang dibayar pada harga murah dan mudah dilatih.

Antara usaha yang dilakukan bagi meningkatkan kemahiran buruh sedia ada ialah menyediakan latihan IBS, menjalinkan kerjasama dengan industri bagi menggalakkan latihan pekerjaan berterusan dan memulakan latihan kepada profesional yang dapat menerapkan penggunaan inovatif IBS ke dalam reka bentuk bangunan.

Cabaran yang dihadapi dalam melaksanakan sistem IBS adalah kemampuan syarikat pengeluar untuk menyediakan produk keperluan industri pembinaan pada masa hadapan. Ini kerana sebahagian besar syarikat pengeluar komponen IBS merupakan kilang tunggal yang berhadapan dengan masalah kewangan. Selain itu, satu lagi masalah yang dihadapi oleh syarikat pengeluar komponen IBS adalah kemampuan untuk menarik dan mengekalkan jurureka dan pekerja IBS berkemahiran untuk industri pembuatan.

Bagi memastikan segala maklumat berkenaan sistem IBS dapat disebarkan kepada umum CIDB menyediakan pelbagai saluran antaranya adalah Pusat IBS yang juga menjadi menjadi pusat rujukan sehenti dalam hal IBS, bagi kedua-dua sektor kerajaan dan swasta. Ini akan menggalakkan perkongsian pengetahuan dan memudahkan kerjasama yang lebih baik di kalangan pihak berkepentingan.

Antara kemudahan yang disediakan di Pusat IBS adalah Makmal Kerja Raya (CREAM) yang berfungsi sebagai pusat penyelidikan industri pembinaan termasuk ujian struktur komponen IBS. Dilengkapi dengan pelbagai peralatan ujikaji terkini seperti mesin pengujian universal, mesin pengujian dinamik. Sistem Actuator makmal tersebut telah beroperasi sejak tahun 2009 lagi. Seterusnya, dewan Konvensyen CIDB yang mula beroperasi pada tahun yang sama boleh menampung sehingga 100 peserta serta mempunyai kemudahan bagi 90 gerai untuk tujuan pameran. Galeri Informasi IBS pula mengandungi pelbagai maklumat mengenai polisi dan teknologi IBS, penerbitan berkaitan dan model-model pembinaan menerusi sistem IBS. Terakhir adalah galeri Komponen IBS yang mengandungi pelbagai teknologi IBS berskala besar dan merupakan galeri terbaharu di pusat tersebut.

Peranan CIDB dalam memperkenalkan sistem IBS bermula sejak tahun 1995 lagi dengan tugas mengkoordinator standard saiz komponen IBS yang dihasilkan. Kini CIDB menumpukan perhatian mereka bagi mewajibkan setiap projek pembangunan menggunakan sistem IBS sama ada di pihak industri lebih-lebih lagi di pihak kerajaan. CIDB turut bekerjasama dengan pelbagai agensi serta universiti awam dalam melaksanakan pelbagai kajian dan pengembangan (R&D) berkaian teknologi IBS.

Sementara itu, CIDB turut mempamerkan rumah contoh yang menggunakan teknologi IBS yang dihasilkan oleh Bayer Material Science seluas 106 kaki persegi di ibu negara. Replika rumah tersebut diterima oleh Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof daripada ahli jawatankuasa eksekutif kemampanan syarikat tersebut, Richard Northcote sebagai simbolik bukti kelebihan teknologi IBS. Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan sistem IBS layari laman web CIBD di www.cidb.gov.my atau hubungi mereka di talian 603-9281 6909.

http://www.utusan.com.my/sains-teknologi/teknologi/manfaatkan-teknologi-ibs-1.98066

Page 17: IBS (2015):

Artikel Berita Mengenai Industri Pembangunan di Malaysia Innovacia Sdn Bhd

www.innovacia.com.my Experience Innovation. Outsource it to us. [email protected] 17

Wajib guna IBS tahun depan

MOHD. AZRAIE MD. YUSOF | 12 Oktober 2015 5:19 PM

PETALING JAYA 12 Okt. - Kerajaan akan mewajibkan penggunaan Sistem Bangunan Berindustri (IBS) bagi projek pembinaan swasta yang melebihi RM50 juta dan projek kerajaan yang melebihi RM10 juta mulai tahun depan. Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, hal demikian bagi memastikan reka bentuk antara bangunan-bangunan kerajaan dan swasta lebih seragam selain menjimatkan kos dan tempoh pembinaan. “Apa yang kita ketengahkan ini merupakan salah satu tumpuan dalam Program Transformasi Industri Pembinaan (CITP) 2016-2020 dan Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11),” katanya kepada pemberita selepas dialog tertutup bersama Syarikat Bumiputera Berprestasi Tinggi (Teras) anjuran Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Treaju) di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

http://www.utusan.com.my/berita/nasional/wajib-guna-ibs-tahun-depan-1.145682

Pembinaan: IBS kurangkan buruh asing

16 September 2015 12:46 AM

KUALA LUMPUR 15 Sept. – Kerajaan menerusi Program Transformasi Industri Pembinaan (CITP) 2016-2020 akan memberi penekanan berat kepada penggunaan Sistem Binaan Berindustri (IBS) dalam industri pembinaan negara, terutamanya bagi mengurangkan kebergantu-ngan terhadap buruh asing.

Ketua Eksekutif Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) Malaysia, Datuk Seri Dr. Judin Abdul Karim berkata, ini kerana IBS dapat mengurangkan 50 peratus penggunaan tenaga kerja berbanding sistem pembinaan konvensional. Katanya, penggunaan IBS juga merupakan satu daripada kaedah yang akan memodenkan industri pembinaan tempatan selain dapat meningkatkan produktiviti pekerja industri. “Kita terlalu bergantung kepada tenaga kerja asing. Kebanyakan mereka bukannya pekerja mahir dan hal itu menyebabkan produktiviti pekerja industri pembinaan Malaysia adalah rendah. “Menjelang tahun 2020, diharapkan produktiviti ini mampu ditingkatkan sehingga 2.5 kali ganda. Prestasi produktiviti industri pembinaan yang dicapai Malaysia ketika ini tidak setanding dengan negara-negara maju,” katanya semasa sidang meja bulat bersama media bagi menghuraikan CITP di sini hari ini. Turut hadir ialah Pengurus Besar Kanan Korporat dan Bisnes CIDB, Sariah Abd. Karib.

http://www.utusan.com.my/bisnes/korporat/pembinaan-ibs-kurangkan-buruh-asing-1.136386

Rumah mangsa banjir akan dibina guna kaedah IBS - Fadillah

09 Julai 2015 9:02 PM

MACHANG 9 Julai - Kerajaan Persekutuan akan menggunakan kaedah Sistem Binaan Industri (IBS) bagi pembinaan rumah kekal mangsa banjir di Kelantan, kata Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah

Page 18: IBS (2015):

Artikel Berita Mengenai Industri Pembangunan di Malaysia Innovacia Sdn Bhd

www.innovacia.com.my Experience Innovation. Outsource it to us. [email protected] 18

Yusof. Beliau berkata, konsep IBS akan diperluaskan ke negeri ini sekiranya projek percubaan membabitkan lapan unit rumah jenis itu di beberapa tempat di Pahang berjaya. "Konsep IBS atau rumah jenis pasang siap ini lebih cepat iaitu mengambil masa sekitar 60 hingga 65 hari berbanding cara konvensional iaitu 75 hari. "Bagaimanapun, dari segi kos ia masih sama. Kerajaan Persekutuan sedaya upaya berusaha untuk mempercepatkan pembinaan rumah kekal kepada mangsa banjir terutama di Gua Musang dan Kuala Krai yang membabitkan jumlah paling banyak," katanya. Beliau berkata demikian pada sidang media bersempena lawatan kerja satu hari beliau di jajahan Pasir Puteh dan Machang di pejabat Jabatan Kerja Raya (JKR) Machang di sini, hari ini.

Hadir sama anggota Parlimen Machang Datuk Ahmad Jazlan Yaakub dan Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan Datuk Makhtar Mustapha. Fadillah berkata cabaran utama pembinaan rumah kekal yang dihadapi kerajaan Persekutuan pada masa kini adalah melibatkan masalah tanah di Bertam di Gua Musang dan Lebir di Kuala Krai. "Walaupun tiada bantahan terhadap cadangan lokasi di peringkat awal, masalah timbul selepas siasatan dibuat terhadap tapak berkenaan kerana ia terletak di kawasan pedalaman, hutan serta berbukit. "Sehingga kini sebanyak 810 keluarga di dua jajahan berkenaan masih belum dibina rumah kerana masalah berkenaan," katanya. Beliau berkata, sehingga kini kerajaan Persekutuan telah menyiapkan 92 unit rumah kekal termasuk 41 di Kelantan serta 298 unit dalam pembinaan.- BERNAMA

http://www.utusan.com.my/berita/nasional/rumah-mangsa-banjir-akan-dibina-guna-kaedah-ibs-fadillah-1.112270

Bajet 2016 perkasa sektor hartanah negara

24 Oktober 2015 12:14 AM

PETALING JAYA 23 Okt. – Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) yakin Bajet 2016 dapat memperkasa dan mengukuhkan sektor pembangunan hartanah negara secara mapan menerusi penubuhan Dana Promosi bagi Sistem Bangunan Berindustri (IBS) sebanyak 500 juta.

Presiden REHDA, Datuk Seri FD Iskandar FD Mansor berkata, penubuhan dana itu juga dijangka meningkatkan produktiviti dan perolehan dalam sektor hartanah tempatan sekali gus merancakkan pertumbuhan industri berkenaan dengan cemerlang. Beliau berkata, Bajet 2016 juga dijangka merangsang pemilikan rumah khususnya golongan pertengahan menerusi peruntukan sebanyak RM200 juga di bawah Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama.

Jelasnya, pembayaran deposit sering kali menjadi isu utama dan penghalang kepada pembeli rumah semasa membuat pilihan membeli rumah, jadi dengan pembentangan Bajet 2016 itu, ia dijangka dapat memulihkan perkara terbabit dan memudahkan pembelian rumah.

Selain itu, rancangan untuk membina se-banyak 175,000 unit rumah projek Per-badanan PR1MA Malaysia (PR1MA) yang akan dijual sebanyak 20 peratus di bawah harga pasaran dijangka merancakkan industri pembangunan hartanah tem-patan. “Malah, dengan pe-run-tukan sebanyak RM1.6 bilion ia adalah jumlah yang memberangsangkan bagi menjalankan projek itu. Malah, dijangka sebanyak 10,000 unit akan siap pada tahun hadapan,” katanya kepada pemberita mengulas pembentangan Bajet 2016 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini. Dalam

Page 19: IBS (2015):

Artikel Berita Mengenai Industri Pembangunan di Malaysia Innovacia Sdn Bhd

www.innovacia.com.my Experience Innovation. Outsource it to us. [email protected] 19

pembentangan itu, Perdana Menteri antara lain menggariskan 10 program pemilikan rumah mampu milik yang merupakan langkah proaktif kerajaan menggalakkan rakyat untuk memiliki rumah sendiri.

Program terlibat akan dikelolakan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), PR1MA, Suruhanjaya Perumahan Negara Malaysia (SPNB) dan projek Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) yang dijangka meningkatkan pembangunan hartanah serta menstabilkan harga yang dapat memanfaatkan rakyat . Mengulas lanjut, FD Iskandar berkata, REHDA sedia bekerjasama dengan agensi-agensi kerajaan terlibat bagi melaksanakan projek dirancang agar memenuhi agenda perumahan nasional. Mengulas lanjut Dana Promosi bagi IBS, beliau berkata, ia juga mampu meningkatkan penggunaan teknologi dalam sektor pembinaan, seterusnya memperkasa serta memperkukuhkan industri terbabit secara mapan. Dana khas berkenaan akan disediakan melalui SME Bank, sebagai pinjaman mudah kepada pemaju dan kontraktor kategori G5 dan ke bawah.

http://www.utusan.com.my/bisnes/ekonomi/bajet-2016-perkasa-8232-sektor-hartanah-negara-1.149986

Peruntukan deposit peluang miliki rumah pertama

27 Oktober 2015 1:13 AM

KUALA LUMPUR 26 Okt. – Langkah kerajaan menyediakan peruntukan deposit RM200 juta bagi pembeli rumah pertama merupakan satu peluang terbaik untuk memiliki rumah khususnya bagi kumpulan berpendapatan rendah dan pertengahan.

Pengarah Urusan Kumpulan Bina Darulaman Bhd. (BDB), Datuk Izham Yusoff berkata, permintaan untuk pemilikan rumah masih tinggi dalam kalangan masyarakat tempatan, namun pembayaran deposit kerap kali menjadi isu berbangkit dan penghalang untuk mereka memiliki rumah. Ujarnya, menerusi peruntukan yang diumumkan, pihak-nya berharap ia sedikit sebanyak dapat membantu golongan yang ingin memiliki rumah sekali gus mampu meringankan beban rakyat. “BDB ketika ini bekerjasama rapat dengan pelbagai agensi kerajaan seperti Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA), Syarikat Perumahan Negara Bhd. (SPNB) dan Jabatan Perumahan Negara dalam membangunkan bank tanah yang sesuai untuk projek pembinaan rumah mampu milik,” kata-nya dalam kenyataan di sini hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Bajet 2016 mengumumkan peruntukan RM200 juta di bawah Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama sebagai sumbangan kepada pembeli rumah pertama untuk rumah mampu milik bagi tujuan bayaran deposit. Tambah Izham, kerajaan Kedah menyasarkan untuk membina 40,000 unit rumah bagi semua peringkat kumpulan pendapatan menjelang tahun 2018 dan untuk menyokong usaha itu, BDB akan memberi tumpuan kepada pembinaan rumah mampu milik pada tahun 2016 khususnya di Bandar Darulaman, Darulaman Perdana dan Da-rulaman Utama.

“Sebanyak 28,081 unit rumah sudah diluluskan dan kini dalam peringkat pembinaan di Kedah dan BDB yang terbabit dalam beberapa projek pembangunan dan pembinaan ketika ini memiliki nilai tempahan dalam buku berjumlah RM438 juta,” katanya. Sementara itu, mengulas langkah kerajaan menyediakan dana khas untuk menggalakkan penggunaan Sistem Bangunan Berindustri (IBS) di

Page 20: IBS (2015):

Artikel Berita Mengenai Industri Pembangunan di Malaysia Innovacia Sdn Bhd

www.innovacia.com.my Experience Innovation. Outsource it to us. [email protected] 20

Malaysia, Izham berkata, langkah itu dapat menjimatkan kos operasi dan tempoh pembinaan sesuatu projek sama ada rumah kediaman atau bangunan.

http://www.utusan.com.my/bisnes/ekonomi/peruntukan-deposit-peluang-miliki-rumah-pertama-1.151057

Bantu rakyat miliki rumah

FADZIL ZAINOL | 23 Oktober 2015 1:08 AM

KUALA LUMPUR 22 Okt. - Syarikat pemaju hartanah, Bina Darulaman Bhd. (BDB), berharap Bajet 2016 yang dibentangkan esok akan membantu lebih ramai golongan berpendapatan rendah dan sederhana memiliki rumah sendiri. Pengarah Urusan BDB, Datuk Izham Yusoff berkata, kediaman mampu milik sememangnya menjadi isu utama dan Bajet 2016 dilihat mampu merangsang industri hartanah tempatan yang kini berdepan dengan pelbagai cabaran.

Jelasnya cabaran itu muncul disebabkan keadaan ekonomi semasa yang menyaksikan pembeli mengambil langkah berhati-hati dalam berbelanja. “Kerajaan berusaha keras menangani isu pemilikan rumah dengan menggerakkan semua agensi perumahan seperti PR1MA Corp, Jabatan Perumahan Negara dan Syarikat Perumahan Negara Bhd. (SPNB). “Ia adalah untuk memastikan rakyat berpendapatan rendah hingga sederhana boleh memiliki rumah ketika mereka bergelut dengan peningkatan kos hidup sekarang,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Kata Izham, sejak tiga tahun kebelakangan ini juga memperlihatkan keadaan harga pasaran hartanah semakin meningkat sekitar 10 peratus setahun dan ini memberi tekanan kepada rakyat untuk membeli rumah dengan bajet yang terhad. “Pemberian insentif bagi pembinaan rumah menerusi skim Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) juga membantu rakyat untuk mendapatkan harga kediaman 20 peratus lebih murah daripada harga pasaran semasa di kawasan yang berkenaan,” katanya.

Dalam pada itu katanya, langkah kerajaan mewajibkan penggunaan Sistem Bangunan Berindustri (IBS) bagi projek pembinaan swasta yang melebihi RM50 juta dan projek kerajaan yang melebihi RM10 juta mulai tahun depan adalah tepat pada masanya. Beliau berkata, ini bagi memastikan reka bentuk antara bangunan-bangunan kerajaan dan swasta lebih seragam selain menjimatkan kos dan tempoh pembinaan. Malah pada masa sama dapat membantu rakyat mendapatkan harga kediaman lebih murah memandangkan kos pembinaan dapat dijimatkan.

BDB sebagai pemaju perumahan di Kedah dan turut mempunyai pejabat operasi di Kuala Lumpur berharap dapat mengukuhkan kehadiran jenamanya di Lembah Klang khususnya dalam sektor perniagaan, produk dan perkhidmatan selain menjadi jambatan penghubung antara sektor perniagaan di Kedah dan di luar Kedah.

http://www.utusan.com.my/bisnes/ekonomi/bantu-rakyat-miliki-rumah-1.149493

Page 21: IBS (2015):

Artikel Berita Mengenai Industri Pembangunan di Malaysia Innovacia Sdn Bhd

www.innovacia.com.my Experience Innovation. Outsource it to us. [email protected] 21

97 unit rumah kekal siap dibina untuk mangsa banjir

02 Julai 2015 4:00 PM

KUALA LUMPUR 2 Julai - Sebanyak 97 unit rumah kekal telah siap dibina untuk mangsa banjir di pantai timur dan Perak yang berlaku akhir tahun lepas, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim. Beliau berkata, jumlah itu adalah yang siap dibina sejak 29 Jun lepas, manakala 88 unit rumah lagi akan disiapkan sebelum Hari Raya ini.

Setakat ini katanya, pembinaan rumah kekal yang dibina oleh kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri adalah di Kelantan, Pahang, Terengganu dan Perak. "Di Kelantan, sebanyak 37 unit rumah kekal baharu telah siap dibina oleh kerajaan persekutuan dan 29 unit lagi oleh kerajaan negeri, manakala di Pahang, sebanyak 21 unit rumah siap dibina oleh kerajaan persekutuan. "Di Terengganu pula, kerajaan persekutuan telah siap membina tiga unit rumah manakala seunit lagi oleh kerajaan negeri. Sementara di Perak, enam unit telah siap dibina oleh kerajaan persekutuan," katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini.

Shahidan memaklumkan bahawa kebanyakan rumah yang masih belum siap adalah disebabkan ia masih dalam peringkat pembinaan dan penyelesaian urusan tapak dengan kerajaan negeri. Sebanyak 2,094 unit rumah kekal baharu telah dikenal pasti untuk dibina bagi mangsa banjir dan usaha pemulihan tersebut dilakukan oleh Unit Pemulihan Pasca Banjir yang ditubuhkan pada 4 Feb lepas. Beliau berkata daripada jumlah 2,094 itu, sebanyak 1,415 unit akan dibina kerajaan persekutuan dan 573 unit oleh kerajaan negeri, manakala 106 unit lagi tidak memenuhi syarat pembinaan.

Pecahan pembinaan mengikut negeri ialah Kelantan (1,255 unit rumah oleh kerajaan persekutuan dan 572 unit oleh kerajaan negeri), Pahang (224 dibina kerajaan persekutuan, Terengganu (16 dibina kerajaan persekutuan dan seunit oleh kerajaan negeri) dan Perak (26 dibina kerajaan persekutuan). "Untuk mempercepatkan usaha pembinaan rumah kekal baharu, kerajaan persekutuan akan menggunakan kaedah Industrialised Building System (IBS) di kawasan penempatan berkelompok," kata Shahidan.- BERNAMA

http://www.utusan.com.my/berita/nasional/97-unit-rumah-kekal-siap-dibina-untuk-mangsa-banjir-1.109759

Penghuni khemah sementara setuju pindah ke Kem PLKN

19 Jun 2015 1:12 AM

GUA MUSANG 18 Jun – Seramai 46 keluarga mangsa banjir yang masih tinggal di khemah sementara Majlis Keselamatan Negara (MKN) di Bandar Utama di sini akan dipindahkan secara berperingkat ke Kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Etnobotani bermula hari ini. Ketua Sektor Unit Pemulihan Pascabanjir Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Muhammad Yusoff Wazir berkata, beberapa agensi telah berjumpa dengan penghuni khemah dan mereka bersetuju untuk berpindah bermula hari ini sehingga 21 Jun ini.

Beliau berkata, penghuni khemah juga bersetuju untuk menjalani kehidupan baharu di kem PLKN tetapi dengan beberapa syarat. “Hari ini sebanyak lima keluarga sudah bersetuju untuk berpindah ke

Page 22: IBS (2015):

Artikel Berita Mengenai Industri Pembangunan di Malaysia Innovacia Sdn Bhd

www.innovacia.com.my Experience Innovation. Outsource it to us. [email protected] 22

kem PLKN. Melalui perbincangan yang dibuat penghuni khemah meminta bantuan pengangkutan untuk menghantar anak mereka ke sekolah dan menyediakan tempat memasak khusus untuk mereka. “Saya berharap masalah ini akan diselesaikan secara berhemah dan semua mangsa banjir yang terlibat gembira kerana dapat menjalani ibadah berpuasa di kem PLKN,” katanya ketika ditemui pemberita di Kem PLKN Etnobotani, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paloh, Datuk Nozula Mat Diah dan ADUN Galas, Ab. Aziz Yusoff. Sementara itu, Nozula berkata, kerajaan tidak pernah mengabaikan kebajikan mangsa banjir dan berharap supaya mereka bersabar menunggu penempatan kekal. “Kerajaan komited untuk membantu mangsa banjir tetapi beberapa kekangan menyebabkan proses pembinaan rumah kekal yang dijanjikan sebelum ini tidak dapat di-siapkan dalam tempoh masa yang dijanjikan.

“Namun, ketika ini kerajaan pusat sedang giat melaksanakan projek pembinaan rumah kekal sebanyak 74 buah di Jalan Pulai di sini. “Bagi projek tersebut kita telah membelanjakan RM750,000 untuk membeli tanah seluas empat hektar. Projek rumah kekal menggunakan Sistem Binaan Berindustri (IBS) atau pembinaan pasang siap ini dijangka dapat disiapkan dalam masa 45 hari,” katanya.

http://www.utusan.com.my/berita/nasional/penghuni-khemah-sementara-setuju-pindah-ke-kem-plkn-1.104573

CIDB promosi teknologi bina rumah mampu milik

17 Mac 2015 1:27 AM

Page 23: IBS (2015):

Artikel Berita Mengenai Industri Pembangunan di Malaysia Innovacia Sdn Bhd

www.innovacia.com.my Experience Innovation. Outsource it to us. [email protected] 23

Prototaip rumah mampu milik projek kerjasama CIDB dengan syarikat Jerman, Bayer di Pusat Konvensyen CIDB, Kuala Lumur, semalam.

KUALA LUMPUR 16 Mac – Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) sedang berbincang dengan agensi Kerajaan Negeri Kedah untuk membina 200 buah rumah mampu milik menggunakan teknologi komposit polyurethane iaitu teknologi pembinaan terkini yang dikeluarkan oleh syarikat Jerman, Bayer.

Ketua Eksekutif CIDB, Datuk Seri Judin Abdul Karim berkata, perbincangan dengan agensi kerajaan negeri itu masih di peringkat awal, namun melihat potensi teknologi yang akan digunakan amat besar kerana tempoh pembinaan boleh dijalankan dua kali lebih cepat berbanding teknologi konvensional. Kata beliau, teknologi komposit polyurethane itu membolehkan rekaan dalaman dan luaran rumah dibentuk mengikut reka bentuk yang dikehendaki selain teknologi itu dapat mengurangkan bil penggunaan elektrik kepada penghuni rumah. “Melalui teknologi ini, pembinaan rumah tidak perlu menggunakan terlalu ramai buruh, dan inilah yang dimahukan negara. Teknologi ini juga memenuhi piawaian Sistem Binaan Berindustri (IBS) sekali gus mengurangkan kos berbanding pembinaan rumah binaan konvensional,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran rumah prototaip Bayer yang menggunakan teknologi komposit polyurethane itu, di sini hari ini. Yang turut hadir, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Jelas Judin, rumah terbabit akan dibangunkan di Padang Terap, Kedah dan pihaknya masih tidak dapat menganggarkan harga namun menjangka harganya sama seperti pembinaan rumah mampu milik yang dibina oleh agensi-agensi kerajaan lain. “Selain pembinaan rumah mampu milik, teknologi ini juga boleh digunakan untuk pelbagai bentuk kediaman sama ada teres dan bertingkat serta rumah dalam segmen mewah,” katanya.

Dalam pada itu, Fadillah berkata, teknologi yang diperkenalkan oleh Bayer itu memberi pilihan kepada syarikat-syarikat pemaju hartanah tempatan khususnya yang terlibat dalam aktiviti pembinaan rumah mampu milik. Katanya, kerajaan juga sedia mempertimbangkan teknologi itu bagi membina semula rumah-rumah mangsa banjir yang telah musnah akibat bencana alam itu lebih dua bulan lalu yang melanda beberapa buah negeri. Namun katanya, sama ada teknologi itu akan digunakan adalah bergantung kepada keputusan syarikat-syarikat pemaju hartanah tempatan yang dipilih untuk membina semula rumah-rumah tersebut.

http://www.utusan.com.my/bisnes/korporat/cidb-promosi-teknologi-bina-rumah-mampu-milik-1.70255

Kelas sementara SK Penimbawan siap

07 Mac 2015 2:12 AM

KOTA KINABALU 6 Mac – Seramai 113 orang murid tahun dua, tiga dan empat Sekolah Kebangsaan (SK) Pe-nimbawan, Tuaran yang sebelum ini terpaksa menjalani sesi persekolahan dalam kelas tidak berdinding, mula dipindahkan ke kelas sementara semalam. Kelas sementara itu dilengkapi kemudahan lebih selesa walaupun dinding diperbuat daripada papan lapis sementara menunggu bangunan kekal siap sepenuhnya kira-kira dua bulan lagi.

Page 24: IBS (2015):

Artikel Berita Mengenai Industri Pembangunan di Malaysia Innovacia Sdn Bhd

www.innovacia.com.my Experience Innovation. Outsource it to us. [email protected] 24

Guru Besar sekolah berkenaan, Rahman Awang berkata, bangunan kekal bagi menggantikan bangunan yang terbakar pada Mei lalu dibina menggunakan sistem binaan berindustri (IBS). “Semalam kita sudah memindahkan murid terlibat ke kelas se--mentara. Kelas itu dibina oleh kontraktor yang dilantik Pejabat Pen-didikan Daerah Tuaran. Ada dinding, lantai dan siling. Cuma dindingnya diperbuat daripada papan lapis. “Ini cuma sementara sebelum ba-ngunan kekal siap. Mungkin dua ke tiga bulan lagi siap,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Baru-baru ini Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengarahkan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa menyiasat dakwaan sebuah sekolah yang beroperasi tanpa infrastruktur lengkap dengan kelas tidak berdinding. Susulan itu, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan peruntukan membaik pulih sekolah terbabit sudah diluluskan dan kerja tersebut diharap siap tahun ini.

Pada Mei lalu, sebuah bangunan SK Penimbawan yang menempatkan bilik darjah bagi tahun dua, tiga dan empat terbakar menyebabkan murid berkenaan terpaksa menjalani sesi pembelajaran di bawah khemah. Walau bagaimanapun, khemah-khemah yang didirikan musnah da-lam kejadian ribut pada 10 Oktober lalu. Sebagai alternatif, pihak sekolah mendirikan kelas sementara yang tidak berdinding untuk digunakan bagi sesi persekolahan Januari lepas. Rahman berharap bangunan kekal yang dicadangkan akan siap mengikut jadual sepatutnya bagi kemudahan murid. “Kita memang tidak mahu murid-murid belajar dalam keadaan tidak selesa. Terima kasih kepada semua pihak khususnya pemimpin negara yang prihatin dengan nasib sekolah ini,” tambahnya.

http://www.utusan.com.my/berita/nasional/kelas-sementara-sk-penimbawan-siap-1.66743

Kelemahan perancangan projek penyebab tiga kompleks mahkamah lewat siap - Audit

15 Jun 2015 4:53 PM

KUALA LUMPUR 15 Jun - Kelemahan di peringkat perancangan projek menjadi sebab tiga kompleks mahkamah syariah di Negeri Sembilan, Kelantan dan Pulau Pinang lewat siap, demikian menurut Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2014 Siri 2. Laporan yang dibentang di Dewan Rakyat hari ini menyebut, pengauditan yang dijalankan di Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) pada September 2013 hingga September 2014 mendapati kelewatan bagi ketiga-tiga kompleks itu antara 209 hingga 503 hari dari tarikh siap asal.

Laporan itu menemui beberapa kelemahan seperti kelewatan menandatangani kontrak perkhidmatan perunding; lukisan siap bina lambat, dan manual operasi penyenggaraan belum dikemukakan kepada JKSM bagi kontrak pembinaan Kompleks Mahkamah Syariah Negeri Kelantan (KMSNK) dan Kompleks Mahkamah Syariah Negeri Sembilan (KMSNS).

Sementara itu, JKSM dan Jabatan Kerja Raya (JKR) telah memberi ulasan lanjut dan penjelasan mengenai pencapaian fizikal projek bagi ketiga-tiga kompleks berkenaan. "Projek pembinaan di KMSNK telah disiapkan setelah mendapat empat Lanjutan Masa (EOT) iaitu 503 hari, manakala kontraktor bagi pembinaan KMSNS telah diluluskan tiga EOT iaitu 270 hari dan dikenakan Ganti Rugi Yang Ditentukan Dan Ditetapkan (LAD)sebanyak RM1.05 juta. "Kompleks Mahkamah Syariah Negeri Pulau Pinang (KMSNPP) telah diluluskan dua EOT membabitkan 209 hari," menurut laporan itu.

Page 25: IBS (2015):

Artikel Berita Mengenai Industri Pembangunan di Malaysia Innovacia Sdn Bhd

www.innovacia.com.my Experience Innovation. Outsource it to us. [email protected] 25

Laporan itu berkata, lanjutan masa tersebut diambil berikutan beberapa faktor seperti KMSNK membabitkan kelewatan menerima lukisan pembinaan, percanggahan ukuran saiz lif dan keperluan 'raised floor' di bilik server. KMSNS pula kerana percanggahan antara BQ (Bills of Quantities) dengan lukisan pembinaan dan kelewatan pelantikan NSC (Non Sub-Contractor) dan (KMSNPP); kelewatan kelulusan 'IBS (Industrialized Building System) Shop Drawing' oleh JKR.

Audit berpendapat, kelemahan di peringkat perancangan projek dan kelewatan menandatangani perjanjian persefahaman dengan perunding hendaklah diberi perhatian serius supaya tidak timbul kelewatan projek siap dan secara tidak langsung, menjejaskan kepentingan kerajaan. Justeru, audit mengesyorkan supaya JKSM, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri (JKSN), JKR dan pihak yang terlibat untuk mengkaji semula secara menyeluruh di peringkat perancangan supaya kes EOT dapat diminimumkan. Selain itu, JKR juga disaran memastikan dahulu keupayaan dan kewibawaan perunding yang dilantik pada projek akan datang dan memantau persediaan dokumen lukisan siap bina, manual operasi penyenggaraan dan katalog supaya ia dapat diserah kepada JKSN masing-masing bagi memudahkan kerja penyenggaraan. - BERNAMA

http://www.utusan.com.my/berita/nasional/kelemahan-perancangan-projek-penyebab-tiga-kompleks-mahkamah-lewat-siap-audit-1.103327

Pesakit luar bakal nikmati keselesaan

Prasarana baharu HRPZ II libatkan kos RM177.8 juta

SITI NURAZLINA JAMALUDIN | 09 Februari 2015 12:20 AM

KOTA BHARU 8 Feb. - Kompleks Rawatan Hari-an, Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) yang bakal memulakan operasi tidak lama lagi diyakini mampu memberi kese-lesaan kepada lebih 200,000 pesakit apbila mendapatkan rawatan. Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan, Datuk Farida Mohd. Ali berkata, penambahan enam dewan bedah di kompleks itu akan membolehkan lebih banyak pesakit mendapatkan rawatan pembedahan dengan tempoh menunggu yang singkat. “Klinik sedia ada sebelum ini memang sempit dan kebanyakan bilik perlu berkongsi antara doktor yang sedang merawat dan pesakit yang sudah selesai mendapat rawatan sebelum dibenar pulang. “Dengan prasarana baharu ini, pesakit yang mendapat rawatan akan mendapat lebih privasi dan keselesaan. Selain itu, penambahan 26 mesin hemodialiasis juga bakal membolehkan lebih banyak pesakit di negeri ini mendapat ra-watan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis Penyerahan Kompleks Rawatan Harian HRPZ II yang menelan kos pembinaan berjumlah RM177.8 juta di sini kelmarin. Yang hadir sama, Ketua Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR), Datuk Ir. Annies Md. Ariff; Pengarah Kesihatan Kelantan, Datuk Dr. Ahmad Razin Ahmad Maher dan Pengarah HRPZ II, Datuk Dr. Ghazali Hasni Md. Hassan.

Menurut Farida, prasarana baharu di HRPZ II itu akan turut membolehkan sesi di klinik sub kepakaran seperti Pembedahan Plastik, Kanak-kanak dan Urologi dapat dipertingkatkan dari sekali kepada dua atau tiga kali seminggu. “Perkhimatan pembedahan yang disediakan di bangunan ini

Page 26: IBS (2015):

Artikel Berita Mengenai Industri Pembangunan di Malaysia Innovacia Sdn Bhd

www.innovacia.com.my Experience Innovation. Outsource it to us. [email protected] 26

akan mengurangkan masalah di wad kerana kesemua perkhimatan pakar ini tidak memerlukan masa pemulihan yang lama dan pesakit boleh terus pulang ke rumah selepas rawatan,” katanya.

Sementara itu, Ir. Annies berkata, prasarana baharu itu juga menyediakan lebih 200 lot tempat letak kereta kepada orang ramai. “Projek yang dilaksanakan Menang Intan Sdn. Bhd. itu masih menggunakan rekaan konvensio-nal namun Sistem Binaan Berindustri (IBS) telah dipakai dalam projek ini bagi meningkatkan kualiti serta mengurangkan jumlah buruh,” katanya.

http://www.utusan.com.my/berita/wilayah/kelantan/pesakit-luar-bakal-nikmati-keselesaan-1.57361

Tapak rumah mangsa banjir hanya diterima April

21 Mei 2015 1:01 AM

KUALA LUMPUR 20 Mei – Kerajaan Persekutuan akan tetap berusaha menyegerakan pembinaan rumah kekal buat mangsa banjir di Kuala Krai, Kelantan walaupun baharu menerima tapak tanah daripada kerajaan negeri pada 18 April lalu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, berikutan masalah kelewatan penyerahan tanah itu, Kerajaan Persekutuan setakat ini hanya dapat menyiapkan lima buah rumah dan sedang menjalankan pembinaan 87 buah rumah lagi. Katanya, meskipun tanah di Cenulang dan Telekong, Kuala Krai telah diserahkan pada pertengahan bulan lepas, namun rumah buat mangsa-mangsa banjir itu tidak dapat dibina segera kerana kerja-kerja meratakan tanah perlu dilakukan selain pembinaan infrastruktur.

“Untuk makluman, kerajaan negeri Kelantan meluluskan 12 tapak tanah pada 8 April 2015 untuk membina rumah-rumah kekal baharu kepada mangsa banjir, daripada 12 tapak ini, dua tapak diberikan kepada NGO (pertubuhan bukan kerajaan) untuk pembinaan 27 rumah manakala kerajaan negeri bina di dua tapak lagi melibatkan 122 buah rumah. “Kerajaan Persekutuan sedang melaksanakan kerja-kerja meratakan tanah untuk tapak di Telekong seluas 8.6 hektar yang boleh memuatkan 462 buah rumah sementara tapak di Celunang seluas 21.8 hektar memerlukan penyelesaian dengan pihak yang telah menceroboh (melakukan tanaman sawit haram) di tanah itu,” katanya dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli (Pas-Kuala Krai) yang bertanyakan mengapa ramai mangsa banjir yang kehilangan rumah di Kuala Krai masih belum mendapat rumah walaupun setelah lima bulan banjir luar biasa di Kelantan berlaku. Menurut Shahidan, bagi mempercepatkan proses pembinaan, Kerajaan Persekutuan akan menggunakan teknologi sistem binaan berindustri (IBS) yang memboleh-kan seunit rumah dibina dalam tempoh 45 hari. “Kegelisahan anda adalah kegelisahan kami juga, peruntukan ada dan kontraktor pun ada tapi (sebelum ini) tapak tiada, jadi selepas masalah tapak ini selesai, kita akan menyegerakan pembinaan,” katanya.

Dalam pada itu, Shahidan mendedahkan, tapak yang di-serahkan kepada Kerajaan Persekutuan berada di kawasan agak pedalaman berbanding tapak rumah mangsa banjir yang di-usahakan oleh kerajaan negeri dan perkara itu sedikit sebanyak membabitkan penambahan kos untuk pembinaan infrastruktur. “Saya berpegang kepada kata-kata ‘sekiranya kamu tutup aib saudara kamu di dunia,

Page 27: IBS (2015):

Artikel Berita Mengenai Industri Pembangunan di Malaysia Innovacia Sdn Bhd

www.innovacia.com.my Experience Innovation. Outsource it to us. [email protected] 27

Allah tutup aib mu di akhirat’, saya tidak hendak cerita kenapa kerajaan negeri dan NGO buat rumah dengan cepat, tapak mereka dekat dengan jalan dan sebagainya manakala tapak kita memang jauh sikit,” katanya.

http://www.utusan.com.my/berita/parlimen/tapak-rumah-mangsa-banjir-hanya-diterima-april-1.94109

Hospital Daerah Rembau siap 2018

Kelewatan projek disebabkan masalah reka bentuk

AINOL AMRIZ ISMAIL | 12 Ogos 2015 12:39 AM

MOHAMAD HASAN (tiga dari kiri) diberi penerangan oleh Pengarah Jabatan Kerja Raya negeri, Abdul Karim Mohd. Tahir (dua dari kanan) mengenai perkembangan projek pembinaan Hospital Daerah Rembau ketika melawat tapak pembinaan hospital tersebut di Rembau, Negeri Sembilan, semalam. UTUSAN/ABD. RAZAK AID

REMBAU 11 Ogos - Pembinaan Hospital Daerah Rembau bukan projek terbengkalai tetapi kelewatan disebabkan masalah reka bentuk yang dahulunya menggunakan kaedah Sistem Binaan Berindustri (IBS), iaitu jika diteruskan akan mendatangkan masalah pada bebanan bangunan.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, projek hospital yang kos asal pembinaannya sebanyak RM99 juta dengan disediakan 76 katil itu yang kini dibawah projek khas oleh Kementerian Kerja Raya melalui Jabatan Kerja Raya dan Kementerian Kesihatan telah menimbangkan semula reka bentuknya. “Juruperunding asal telah dike-tepikan disebabkan masalah dalam lukisan reka bentuk, di mana banyak lukisan yang dipaparkan itu terpaksa distruktur semula supaya kaedah binaan baharu diguna pakai agar bebanan dapat ditampung dalam binaan waktu ini,” katanya. Mohamad

Page 28: IBS (2015):

Artikel Berita Mengenai Industri Pembangunan di Malaysia Innovacia Sdn Bhd

www.innovacia.com.my Experience Innovation. Outsource it to us. [email protected] 28

bercakap kepada pemberita selepas melawat tapak pembinaan Hospital Daerah Rembau di sini hari ini.

Katanya, projek ini sentiasa berada dalam pengetahuan kerajaan dan atas faktor keselamatan, JKR dan Kementerian Kesihatan telah memutuskan untuk menggunakan juruperunding baharu dan mengetepikan yang lama bagi memastikan reka bentuk bangunan itu selamat apabila siap kelak. “Benar projek ini terkebelakang daripada pelan asal. Biar saya be-ritahu di sini, jika tidak ada masalah sekali pun dalam aspek reka bentuknya, projek sebenar hospital itu akan siap pada September 2016. “Oleh kerana kita perlu menstruktur semula reka bentuk bangunan asal, maka projek itu mengalami kelewatan selama 400 hari. Oleh itu, kita telah membuat jangkaan masa siap yang baharu iaitu pada awal 2018,” tegasnya.

Katanya, dengan penerangan yang diberikan itu serta komitmen semua pihak termasuklah kontraktor, tidak ada lagi pihak berkepen-tingan yang cuba menyatakan ko-nonnya projek itu terbengkalai. “Jangan jadikan projek Hospital Daerah Rembau itu sebagai ‘kambing hitam’ untuk menuding jari kepada Kementerian Kesihatan, Kementerian Kerja Raya atau JKR dan Menteri Besar. “Projek ini berada dalam dua fasa iaitu yang pertama adalah projek meratakan tanah dan fasa ke-dua ialah pembinaan bangunannya. Kini kerja meratakan tanah sudah selesai dan sekarang adalah projek pembinaannya,” tegasnya.

Mohamad juga memberitahu, walaupun kos asalnya adalah RM99 juta, tetapi disebabkan berlakunya Pengeluaran Arahan Perubahan/Pertambahan Kerja (VO) yang bukan di atas kesilapan kontraktor sebaliknya kesilapan lukisan reka bentuk, itu akan diuruskan oleh kontraktor maka hal itu perlu diberi pertimbangan sewajarnya oleh Kementerian Kerja Raya melalui JKR. “Bagaimanapun, saya minta kontraktor jangan fikirkan soal VO dan Perakuan Kelambatan Dan Lanjutan Masa (EOT). Buat kerja dahulu dan selepas itu, diharap Kementerian Kerja Raya melalui JKR berikanlah pertimbangan sewajar-nya terhadap masalah yang dihadapi kontraktor ini,” ujarnya. Hospital itu dibina di atas tanah seluas 19.4 hektar di Chembong dekat Rembau dan dilengkapi dengan 76 katil serta kemudahan ra-watan lain setaraf hospital daerah, di mana apabila siap kelak akan menjadikan Negeri Sembilan negeri yang mempunyai hospital di setiap daerah.

http://www.utusan.com.my/berita/wilayah/negeri-sembilan/hospital-daerah-rembau-siap-2018-1.123240

Glulam tingkat keupayaan kayu

Teknologi beri nilai tambah kepada industri kayu dan perabot

ASHRIQ FAHMY AHMAD | 28 September 2015 10:55 AM

Penggunaan kayu sebagai bahan pembinaan di negara ini adalah minimum berbanding dengan bahan binaan lain. Hal demikian disebabkan permintaan tinggi oleh pasaran eksport ditambah dengan sumber pengeluaran kayu yang semakin terhad khususnya bekalan kayu gergaji yang bersaiz besar. Keadaan tersebut dibuktikan dengan kegiatan pembinaan seperti rumah kediaman, bangunan pejabat, sekolah dan hospital lebih mengutamakan penggunaan bahan alternatif seperti konkrit dan batu bata. Bahan alternatif tersebut dilihat tidak mampan dan lestari berbanding penggunaan kayu.

Page 29: IBS (2015):

Artikel Berita Mengenai Industri Pembangunan di Malaysia Innovacia Sdn Bhd

www.innovacia.com.my Experience Innovation. Outsource it to us. [email protected] 29

Menurut Ketua Pengarah, Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB), Dr. Jalaluddin Harun, bagi meningkatkan keupayaan kayu sebagai bahan struktur, bahan ini perlu ditambah nilai menerusi inovasi kejuruteraan kayu seperti penggunaan teknik glulam (glued-laminated timber). “Teknologi perekatan kepingan kayu sama ada untuk tujuan dekoratif mahu pun kegunaan lain bermula lebih ribuan tahun dahulu. “Bagaimanapun konsep perekatan lapisan kayu bagi membentuk komponen struktur yang dinamakan glulam dimulakan pada awal abad ke- 20,” katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui pada program Lawatan Mengenal Industri Perkayuan kepada Agensi Media dan Perbankan ke Melaka dan Johor anjuran MTIB, Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) baru-baru ini.

Produk glulam dan teknologi pembuatannya berasal dari Jerman kemudiannya diperkenalkan ke Amerika Utara pada akhir 1930-an. Setelah itu, teknologi tersebut berkembang ke Australia pada tahun 1950-an. Struktur glulam telah digunakan secara meluas di negara Eropah, Australia, Amerika Syarikat, New Zealand dan Jepun. Produk yang dihasilkan menerusi teknologi glulam amat sesuai digunakan dalam pembinaan struktur berbentuk kekuda, gerbang, dan ruang yang besar seperti gimnasium, dewan, gudang, kolam renang, hotel, kompleks perniagaan dan jambatan.

Biarpun teknologi tersebut telah lama digunakan di negara-negara maju, di Malaysia produk glulam masih belum dikomersialkan secara meluas khususnya untuk kegunaan industri pembinaan struktur tempatan. Memandangkan produk glulam memiliki kelebihan tersendiri untuk kegunaan domestik, MTIB telah mengambil langkah drastik dengan mempromosikannya. Antara inisiatif MTIB adalah dengan memperkenalkan produk glulam menerusi projek bangunan ikonik yang pertama di dunia yang mengaplikasikan glulam daripada kayu keras Malaysia. Langkah tersebut diharapkan dapat memberi keyakinan dan galakkan kepada arkitek, jurutera, kontraktor serta pemaju bagi mengaplikasikan glulam dalam sektor pembinaan.

Antara projek yang dilaksanakan adalah bangunan Galeri Glulam yang dibina di atas tanah milik MTIB terletak di Tampoi, Johor. Lokasi berkeluasan 4.9 ekar tersebut dilihat strategik kerana berada di pertengahan laluan utama industri antarabangsa. Projek tersebut telah menerima sejumlah RM1.45 juta peruntukan di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) dan RM20 juta di bawah Pakej Ransangan Ekonomi II. Seterusnya, mereka turut menerima peruntukan tambahan sebanyak RM2.61 juta bagi memenuhi konsep reka bentuk yang bercirikan bangunan ikonik glulam komersial pertama di negara ini.

Pertama kali melangkah masuk ke dalam galeri tersebut mata tertumpu kepada struktur binaan yang moden dan pameran produk berasaskan kayu-kayan. Kelihatan struktur laluan bertangga membahagikan galeri tersebut kepada dua bahagian, bawah dan atas. Kemas dan ringkas namun amat menarik kerana perekanya mengharmonikan rekaan kayu bersama struktur logam dan kepingan kaca dalam versi moden. Tidak hanya kepada strukur asas bangunan, dinding serta siling galeri tersebut juga dibina menggunakan kayu glulam yang jelas memperlihatkan perbezaan urat-urat kayu yang digam bersama.

Mempelopori ciri-ciri unik aplikasi inovasi kejuruteraan kayu dengan penggunaan produk glulam sebagai struktur utama, bangunan tersebut dijadikan sebagai showcase dan pusat rujukan bagi pakar profesional seperti arkitek, jurutera, kontraktor serta semua lapisan pengguna serta pihak berkepentingan dan agensi kerajaan. Galeri tersebut melambangkan identiti MTIB dalam

Page 30: IBS (2015):

Artikel Berita Mengenai Industri Pembangunan di Malaysia Innovacia Sdn Bhd

www.innovacia.com.my Experience Innovation. Outsource it to us. [email protected] 30

mengaplikasikan inovasi kejuruteraan kayu dan teknologi glulam sebagai struktur bangunan pertama berkonsepkan Iconic Timber Building berbentuk tiga dedaunan bertindih bagi lapisan bumbungnya.

Struktur utama bangunan glulam menggunakan kayu keras seperti resak dan keruing manakala bahagian bumbung bagi ketiga-tiga dewan menggunakan kayu belian yang dianggarkan sebanyak 350,000 keping semuanya. Bagi bahagian dinding pula diperbuat daripada kayu kekatong dan timber fins sebagai unsur dekoratif dan estetik menggunakan kayu balau, belian dan resak. Susunan tangga dan susurnya yang kemas dan tegap adalah hasil penggunaan kayu merbau serta nyatoh amat menyakin pengguna ketika mendakinya.

Terbahagi kepada tiga komponen utama iaitu dewan pameran, galeri produk kayu serta pusat pentadbiran (ruang pejabat), keseluruhan galeri tersebut adalah 3,716.48 meter persegi. Sebanyak 80 peratus bahan yang digunakan bagi membina galeri tersebut adalah daripada 640 meter padu kayu dan markah pencapaian bagi IBS adalah melebihi sasaran awal 70 peratus iaitu sebanyak 80 peratus.

Mengapakah kayu glulam? Itu antara pertanyaan yang terlintas difikiran ketika melawat galeri tersebut. Glulam tidak seperti kayu kebiasaanya yang digunakan dalam struktur pembinaan tradisional. Hal demikian kerana, glulam merupakan kayu berlaminasi yang boleh dibentuk atau diperbuat dengan pelbagai saiz, tebal, lebar dan panjang mengikut permintaan.

Merupakan kayu struktural yang dihasilkan dengan merekatkan kayu gergaji yang digred di bawah kawalan kualiti pengeluaran ketat, produk glulam dilihat amat sesuai untuk kegunaan masa kini. Gabungan perekatan kayu tersebut boleh menghasilkan kayu struktur berdimensi besar dan panjang, bersaiz tepat dan sangat kuat. Dikatakan menerusi teknologi tersebut, kayu glulam memiliki kekuatan menanggung beban yang tinggi berbanding dengan berat bahan. Tambahan, kekuatan dan kekakuan yang tinggi membolehkan glulam dijadikan rasuk dan gerbang yang meliputi jarak besar tanpa tiang perantaraan. Kelebihan tersebut tidak diperoleh dengan bahan binaan yang lain seperti konkrit dan keluli.

Kayu glulam juga amat sesuai untuk dijadikan tiang dan rasuk selain struktur berbentuk melengkung, lebih fleksibel dan mudah untuk direka bentuk. Antara faktor terpenting mengapa kayu keras menjadi pilihan sebagai struktur binaan utama adalah kerana bahan tersebut bersifat rintang terhadap api, terbakar namun padar kadar yang amat perlahan. Lapisan carbonized (arang) yang terbentuk apabila bahagian luar kayu terbakar berfungsi sebagai pelindung kepada struktur tersebut daripada kemusnahan total pada suhu tinggi.

http://www.utusan.com.my/sains-teknologi/teknologi/glulam-tingkat-keupayaan-kayu-1.140717

Rumah mampu milik: Mimpi indah tidak kesampaian?

13 Oktober 2015 6:25 PM

DUA minggu lalu saya tinggal semalam dua di Johor Bharu kerana menjalankan tugas. Dalam perbualan saya dengan le-bih 30 warga korporat dan pengamal undang-undang yang menyertai seminar hartanah yang saya kendalikan di sebuah hotel di bandar raya itu, dapatlah saya simpulkan

Page 31: IBS (2015):

Artikel Berita Mengenai Industri Pembangunan di Malaysia Innovacia Sdn Bhd

www.innovacia.com.my Experience Innovation. Outsource it to us. [email protected] 31

bahawa pada umumnya rumah yang baharu dibina dan dijual oleh pemaju perumahan di bandar raya itu tidak lagi mampu milik – hanya ‘mampu tengok’.

Ini bertepatan dengan apa yang disebutkan oleh Pengarah Urusan Khazanah Research Institute (KRI), Datuk Charon Mokhzani pada 25 Ogos lalu bahawa rumah yang baharu dibina dan dijual oleh pemaju perumahan di negara kita sekarang adalah seriously unaffordable (teruk sekali tidak mampu dibeli). Beliau turut menegaskan sekiranya kerajaan gagal menangani isu ini dengan segera, 40 peratus warga negara ini di peringkat bawahan dan 40 peratus di peringkat pertengahan akan memerlukan social housing di masa depan. Situasi yang tidak menyenangkan ini wujud di bandar raya Johor Bahru, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.

Difahamkan mengikut data Jabatan Perangkaan Malaysia, kini terdapat 7.3 juta rumah di seluruh negara, manakala mengikut Pusat Maklumat Hartanah Negara (National Property Information Centre, NAPIC), terdapat 4.3 juta rumah. Wujud perbezaan tiga juta unit rumah ini kerana NAPIC hanya mengambil kira rumah yang dibina selepas 1970, di mana cukai setem dibayar untuk urusan pindah milik.

Memandangkan populasi negara ini kini hampir mencecah 30 juta orang, Charon berpendapat kerajaan perlu mencari jalan bagaimana kos membina rumah (yang kini terlalu tinggi) dapat dikurangkan lagi. Yang menarik perhatian saya dalam laporan KRI itu adalah kenya-taannya bahawa harga rumah yang tinggi menyebabkan harga tanah menjadi tinggi, bukan sebaliknya. Sebelum ini, kita sering dimaklumkan oleh pihak-pihak tertentu bahawa harga rumah yang tinggi sekarang adalah disebabkan oleh harga tanah yang tinggi. Laporan KRI itu juga menyatakan bahawa walaupun harga binaan sekarang telah menurun, harga rumah masih tidak turun lagi.

Pada 11 September lalu, Menteri Kewangan kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah ada menyatakan bahawa dalam Bajet 2016 (yang akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada akhir Oktober ini), keutamaan akan diberi oleh kerajaan kepada projek pro rakyat, termasuklah rumah mampu milik yang berkualiti, menerusi beberapa inisiatif dan dasar yang akan diumumkan sedikit masa lagi. Berikutnya, pada 23 September lalu, Jabatan Perumahan Negara menyuarakan harapan Kerajaan Persekutuan akan meluluskan tambahan 10,000 unit rumah mampu milik di bawah Skim Rumah Saya (My Home Scheme) dalam Bajet 2016. Mengikut Pengarahnya, Murali Jayabalan, penambahan ini akan menampung permintaan yang kian meningkat oleh warga negara ini yang mahukan lebih banyak lagi rumah mampu milik.

Saya kira ramai masih ingat bahawa sewaktu Perdana Menteri membentangkan Bajet 2013 pada 28 September 2012 lalu, Kerajaan Persekutuan memperun-tukan RM1.9 bilion untuk membina 113,000 rumah mampu milik di beberapa lokasi di seluruh negara. Inisiatif ini akan dilaksanakan oleh PR1MA, Syarikat Perumahan Nasional Berhad (SPNB) dan Jabatan Perumahan Negara. Sehubungan itu, RM500 milion akan dibelanjakan oleh PR1MA untuk membina 80,000 rumah di beberapa lokasi di seluruh negara, di mana setiap rumah ini akan dijual dengan harga antara RM100,000 dan RM400,000. Antara lokasi yang dipilih adalah Kuala Lumpur, Shah Alam, Johor Bahru, Seremban dan Kuantan.

Selain itu, PRIMA juga akan mewujudkan dana (Housing Facilitation Fund) bernilai RM500 juta untuk membina rumah dengan kerjasama beberapa pemaju perumahan. Harga rumah yang dibina di bawah skim ini adalah 20 peratus lebih rendah daripada harga pasaran, dan semua rumah ini akan

Page 32: IBS (2015):

Artikel Berita Mengenai Industri Pembangunan di Malaysia Innovacia Sdn Bhd

www.innovacia.com.my Experience Innovation. Outsource it to us. [email protected] 32

diagihkan menerusi sistem undi terbuka. Kita dimaklumkan pada masa itu bahawa mereka yang layak mendapatkan rumah di bawah skim ini mestilah warganegara Malaysia berusia tidak kurang dari 21 tahun, dan punyai pendapatan bulanan isi rumah antara RM2,500 hingga RM7,500 sebulan.

Khabarnya SPNB (yang diberi peruntukan sebanyak RM320 juta) akan membina 1,855 apartmen kos sederhana di Shah Alam dan Sungai Buloh dengan harga jualan antara RM120,000 hingga RM220,000 setiap satu. Selain itu, di bawah skim Rumah Mesra Rakyat, sebanyak 21,000 unit rumah akan dibina dan dijual dengan harga RM65,000 setiap satu, dengan subsidi RM20,000.

Kita juga dimaklumkan pada masa itu Jabatan Perumahan Negara diberi peruntukan RM543 juta untuk melaksanakan 45 projek di bawah Program Perumahan Rakyat (PPR), melibatkan sejumlah 20,454 unit rumah, dibina dengan menggunakan sistem pembangunan industri (Industrialised Building System, IBS). Rumah dalam kelompok ini akan dijual dengan harga antara RM30,000 hingga RM40,000 seunit, iaitu lebih murah dari harga pasaran (yang dianggarkan sekitar RM120,000 se-unit). Kerajaan menyatakan bahawa 20 peratus rumah PPR ini akan dikhaskan untuk kakitangan kerajaan dan satu peratus darinya untuk orang kurang upaya (OKU).

Soalnya apakah yang perlu kita lakukan untuk memastikan rumah yang ditawarkan dalam pasaran benar-benar mampu milik? Mengikut satu cadangan, caranya adalah dengan meningkatkan bekalan unit rumah dalam pasaran. Apabila bekalan bertambah berbanding permintaan, harga rumah akan lambat-laun turun. Walau bagaimanapun, cadangan ini dibantah oleh pihak lain yang menyatakan jika penambahan bekalan ini tidak terkawal ia boleh membawa kepada lambakan dalam pasaran harta (glut in the property market) dan ini mungkin akhirnya menyebabkan krisis pinjaman subprima seperti yang berlaku di Amerika Syarikat.

Dua tahun lalu (pada penghujung Oktober 2013), sewaktu kita menunggu kerajaan membentangkan Bajet 2014, kita dimaklumkan bahawa kerajaan bercadang me-nubuhkan Majlis Perumahan Negara (National Housing Council, NHC), yang dianggotai oleh wakil kerajaan persekutuan dan negeri, Jabatan Perumahan Negara, PR1MA, SPNB dan sektor swasta. Tugas utama majlis berkenaan adalah merangka perancangan yang rapi menyediakan satu juta unit rumah mampu milik untuk rakyat berpendapatan rendah dan sederhana dalam tempoh lima tahun. Ini bermakna pada setiap tahun, 200,000 rumah mampu milik mesti dibina.

Malangnya, mengikut laporan media selama ini sejak tarikh itu, hanya 50,000 unit rumah mampu milik yang dapat dibina setiap tahun. Dasar Perumahan Negara kita (yang dilancarakan pada tahun 2010) ada menyatakan matlamatnya untuk menyediakan perumahan yang “mencukupi, selesa, berkualiti dan mampu milik” bagi meningkatkan kelestarian kehidupan rakyat. Soalnya, apakah dasar ini telah dikuat kuasakan sepenuhnya? (sila lihat Azman Anuar, “Mana penguatkuasaan Dasar Perumahan Negara?” Utusan Malaysia, 21 September 2014). Nampaknya mimpi indah generasi muda memiliki rumah mereka sendiri dalam masa terdekat tidak akan kesampaian.

PROF. SALLEH BUANG ialah penganalisis undang-undang.

http://www.utusan.com.my/berita/politik/pas-sedia-hadapi-prk-dun-chempaka-8211-ahmad-1.61847

Page 33: IBS (2015):

Artikel Berita Mengenai Industri Pembangunan di Malaysia Innovacia Sdn Bhd

www.innovacia.com.my Experience Innovation. Outsource it to us. [email protected] 33

Bina rumah kekal guna konsep IBS

Cepatkan pembinaan rumah kekal mangsa banjir

SITI NURAZLINA---JAMALUDIN | 10 Julai 2015 12:15 AM

Fadillah Yusof (tiga dari kanan) menyampaikan replika kunci rumah sebagai simbolik penyerahan kepada penerima daripada 20 keluarga di Machang dalam Majlis Penyerahan Kunci Rumah Kekal Mangsa Banjir di Kampung Padang Temangan, Machang, Kelantan, semalam. Turut sama Ahli Parlimen Machang, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub (dua dari kanan).

MACHANG 9 Julai - Kerajaan Persekutuan me-rancang menggunakan konsep sistem binaan industri (IBS) untuk mempercepatkan tempoh pembinaan rumah kekal bagi mang-sa banjir khususnya di negeri ini.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, sistem ter-sebut hanya mengambil masa antara 60 hingga 65 hari untuk menyiapkan sesebuah rumah berbanding cara konvensional iaitu sekitar 75 hari. Bagaimanapun kata beliau, kon-sep pasang siap itu hanya akan diaplikasikan di negeri ini sekiranya projek percubaan untuk mangsa banjir di Pahang berjaya. “Kita perlu membuat percubaan terlebih dahulu untuk melihat ke-berkesanan sistem ini kerana dari segi kos pembinaan, jumlahnya masih sama. “Cepat dan jimat masa (pem-binaan rumah kekal untuk mangsa banjir) jika konsep ini dapat dilaksanakan di negeri ini,” katanya selepas menghadiri taklimat ber-kenaan banjir di sini hari ini.

Kata Fadillah, Kerajaan Perse-ku-tuan sedang berusaha sedaya upaya menyiapkan pembinaan rumah kekal untuk mangsa banjir terutama di daerah Kuala Krai dan Gua Musang. “Cabaran terbesar kita

Page 34: IBS (2015):

Artikel Berita Mengenai Industri Pembangunan di Malaysia Innovacia Sdn Bhd

www.innovacia.com.my Experience Innovation. Outsource it to us. [email protected] 34

adalah di dua daerah tersebut kerana ber-kaitan dengan isu tanah. Sehingga kini, kita masih belum boleh membina rumah untuk 810 keluarga kerana masalah berkenaan. “Tanah yang diberikan oleh kerajaan negeri di Gua Musang mempunyai masalah seperti jarak yang jauh dari jalan utama dan perlu melalui tanah milik Perbadanan Aset Kereta Api selain terletak di hutan atau bukit. “Kita hanya menyedari perkara ini selepas siasatan dibuat ter--hadap tapak berkenaan, namun langkah proaktif telah diambil untuk mempercepatkan projek pembinaan rumah kekal untuk mangsa banjir,” ujarnya.

Tambahnya, 41 buah rumah kekal telah berjaya dibina di negeri ini manakala 73 buah lagi dalam proses pembinaan. Dalam perkembangan lain, katanya, projek menaik taraf Jalan Pasir Puteh-Gong Kulim-Tok Bali akan memudahkan orang ramai kerana sebelum ini jalan raya tersebut ter-putus disebabkan pembinaan Terusan Semerak. “Projek merangkumi pembinaan jalan baharu sejauh 10 kilometer dan kerja menaik taraf dengan jarak 2.5 kilometer. “Secara keseluruhannya, enam projek pembinaan lebuh raya dan jalan sedang dilaksanakan di negeri ini membabitkan kos RM550 juta,” katanya.

http://www.utusan.com.my/berita/nasional/bina-rumah-kekal-8232-guna-konsep-ibs-1.112342

Dewan Tabika Kampung Pulau Tok Daud terbengkalai

ABD. RAZAK OSMAN | 21 Mei 2015 12:46 AM

SUNGAI PETANI 20 Mei – Pembinaan dewan Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika) iaitu salah satu projek pasang siap yang pertama di negeri ini di Kampung Pulau Tok Daud mukim Sidam di sini, kini berhadapan dengan masalah terbengkalai.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Pulau Tok Daud, Mazlan Ibrahim memberitahu, sepatutnya dewan itu sudah boleh digunakan kerana dibina sejak Julai 2014. “Akibat tidak dapat disiapkan kini kawasan sekitar premis itu sudah naik semak-samun dan dan mendatangkan pemandangan tidak elok kepada kawasan itu. “Saya sendiri tidak tahu apa yang sebenar berlaku terhadap pembinaan dewan itu,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini.

Menurut Mazlan, sehingga kini, pemaju projek dewan pasang siap itu langsung tidak kelihatan untuk meneruskan kerja-kerja yang terbengkalai itu. “Pada peringkat awal, pemaju melaksanakan projek itu dengan begitu rancak sekali, kemudian semakin lama semakin perlahan dan selepas itu tidak kelihatan lagi sampai sekarang. “Sepatutnya pembinaan dewan baharu ini boleh disiapkan dalam masa tiga bulan sahaja kerana kosnya mencecah hampir RM300,000,” katanya. Mengulas lanjut, beliau berkata, dewan baharu tersebut sebenarnya dibina untuk mengantikan dewan lama yang terletak dalam kawasan tanah milik seorang penduduk tempatan.

Seorang penduduk kampung, Mahadzer Ibrahim, 54, pula berkata, pihak Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) negeri perlu melakukan sesuatu agar projek itu dapat disiapkan sepenuhnya. “Bila dewan ini siap sepenuhnya ia tentu memberi keselesaan tempat belajar kepada kanak-kanak di sekitar kampung berkenaan,” katanya.

http://www.utusan.com.my/berita/wilayah/dewan-tabika-kampung-8232-pulau-tok-daud-terbengkalai-1.94013

Page 35: IBS (2015):

Artikel Berita Mengenai Industri Pembangunan di Malaysia Innovacia Sdn Bhd

www.innovacia.com.my Experience Innovation. Outsource it to us. [email protected] 35

Rumah dihempap pesawat siap dibina Jun ini

15 April 2015 1:30 AM

LANGKAWI 14 April –Projek pembinaan semula rumah seorang penduduk yang musnah selepas dirempuh sebuah pesawat yang terhempas semasa latihan penerbangan bersempena Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi 2015 (LIMA’15) Mac lepas dijangka siap Jun ini. HW Lima Sdn Bhd, syarikat yang terlibat dalam penganjuran LIMA’15, telah menerima cadangan pelan dan sebut harga daripada kontraktor yang akan melaksanakan pembinaan semula rumah itu secara konvensional tidak lama lagi.

Pengarah Urusannya, Ahmad Dzuhri Abd Wahab hari ini berkata, sebelum ini pihaknya bercadang untuk melaksanakan kaedah rumah pasang siap bagi menggantikan kediaman yang musnah itu namun tidak dipersetujui pemiliknya, Zulkeflee Abu Mutalib. “Sebaliknya beliau (Zulkeflee) meminta supaya rumahnya dibina semula secara konvensional dan kami akur dengan permintaannya,” katanya ketika ditemui media semasa membuat tinjauan ke tapak rumah yang musnah itu di Kampung Gelam, Kedawang di sini.

Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Nawawi Ahmad turut hadir dalam tinjauan ke kawasan itu di mana sebuah pesawat jenis KT-1B milik Jupiter, pasukan aerobatik Angkatan Udara Tentera Nasional Indonesia (AU-TNI), terhempas semasa membuat latihan 15 Mac lepas. – BERNAMA

http://www.utusan.com.my/berita/nasional/rumah-dihempap-pesawat-siap-dibina-jun-ini-1.81074

Rumah dihempap pesawat siap dibina semula Jun ini

14 April 2015 5:37 PM

LANGKAWI 14 April - Projek pembinaan semula rumah seorang penduduk yang musnah selepas dirempuh sebuah pesawat yang terhempas semasa latihan penerbangan bersempena Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi 2015 (LIMA’15) Mac lepas dijangka siap Jun ini.

HW Lima Sdn. Bhd., syarikat yang terlibat dalam penganjuran LIMA’15, telah menerima cadangan pelan dan sebut harga daripada kontraktor yang akan melaksanakan pembinaan semula rumah itu secara konvensional tidak lama lagi. Pengarah Urusannya, Ahmad Dzuhri Abd. Wahab hari ini berkata, sebelum ini pihaknya bercadang untuk melaksanakan kaedah rumah pasang siap bagi menggantikan kediaman yang musnah itu namun tidak dipersetujui pemiliknya, Zulkeflee Abu Mutalib. “Sebaliknya beliau (Zulkeflee) meminta supaya rumahnya dibina semula secara konvensional dan kami akur dengan permintaannya,” katanya ketika ditemui media semasa membuat tinjauan ke tapak rumah yang musnah itu di Kampung Gelam, Kedawang di sini.

Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Nawawi Ahmad turut hadir dalam tinjauan ke kawasan itu di mana sebuah pesawat jenis KT-1B milik Jupiter, pasukan aerobatik Angkatan Udara Tentera Nasional Indonesia (AU-TNI), terhempas semasa membuat latihan 15 Mac lalu. Pesawat yang menghempap kediaman Zulkeflee itu sebelum itu dikatakan telah bergesel di udara dengan sebuah lagi pesawat

Page 36: IBS (2015):

Artikel Berita Mengenai Industri Pembangunan di Malaysia Innovacia Sdn Bhd

www.innovacia.com.my Experience Innovation. Outsource it to us. [email protected] 36

jenis sama yang terhempas di kawasan hutan berdekatan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi.

Kedua-dua juruterbangnya bagaimanapun berjaya menyelamatkan diri menggunakan payung terjun sebelum pesawat itu terhempas. Ekoran insiden itu, pasukan Jupiter mengambil keputusan untuk menarik diri daripada terlibat dalam persembahan udara LIMA’15.

Ahmad Dzuhri berkata, pihaknya memberi komitmen untuk membantu mereka yang terlibat sejak berlakunya insiden itu dan telah menyalurkan sumbangan awal sebelum ini untuk meringankan beban yang dihadapi mereka. “Kami agak kecewa juga dengan komen negatif yang dilemparkan oleh sesetengah pihak, seolah-olah kami cuba lari daripada tanggungjawab kami sedangkan mereka tidak tahu apa yang kami buat selama ini. Kami tidak pernah mengabaikan kebajikan mereka yang terlibat,” katanya. - Bernama

http://www.utusan.com.my/berita/nasional/rumah-dihempap-pesawat-siap-dibina-semula-jun-ini-1.80919

Teknologi untuk insan

Komitmen Zull Design Autotronic bantu masyarakat yang perlu pembelaan

02 Februari 2015 1:47 PM

Kelainan yang ditawarkan oleh Zull Design Autotronic (ZDA) dalam pembinaan rumah sementara untuk mangsa banjir agak ketara dengan penggunaan panel solar bersama bateri yang boleh dicas semula untuk menyimpan tenaga elektrik yang dihasilkan. Ini kerana, belum ada rumah atau penempatan untuk mangsa banjir yang memiliki kemudahan tenaga alternatif untuk kegunaan penggunanya. Hal demikian membuktikan teknologi ZDA yang berkonsep membantu masyarakat memerlukan dapat direalisasi menerusi Kamazu TransHome.

ZDA diasaskan untuk menyampaikan teknologi dan inovasi kepada masyarakat umum agar dapat memudahkan kehidupan mereka, membantu menyelesaikan masalah dan menyempurnakan suatu hasrat bahawa tidak ada yang mustahil dapat dilakukan sekiranya ada kemahuan yang kuat. “Tekad ZDA bukanlah keuntungan perniagaan yang menjadi keutamaan tetapi bagaimana inovasi tersebut dapat sampai ke tangan pengguna dan membantu menyelesaikan masalah mereka,’’ujar pengarah urusan dan juga pengasas ZDA, Zulkifli Haron. Kata beliau, pemasangan rumah tersebut diberi suntikan yang lebih istimewa menerusi teknologi panel solar kerana ZDA mahukan penggunanya merasai kelainan yang ditawarkan oleh mereka.

Dengan tempoh pemasangan yang pantas kira-kira beberapa jam sahaja bersama empat orang tenaga kerja. Mereka yang memilikinya boleh dianggap yang bertuah, meskipun hanya perlindungan untuk sementara. Biarpun TransHome merupakan produk sulung (prototaip) ZDA, ciptaan tersebut tidak berdepan sebarang masalah untuk dibina dan dipasang sekali gus ia boleh teus diduduki tanpa perlu sebarang perubahan yang besar. “Untuk produk pertama ini mungkin terdapat sedikit pelarasan dan penambahan yang masih perlu diperbaiki, namun cetusan idea yang hanya memakan

Page 37: IBS (2015):

Artikel Berita Mengenai Industri Pembangunan di Malaysia Innovacia Sdn Bhd

www.innovacia.com.my Experience Innovation. Outsource it to us. [email protected] 37

masa satu minggu bersama tenaga mahir di ZDA, Kamazu TransHome dapat direalisasikan dengan begitu berjaya,” kata Zulkifli.

Kesempatan penulis mengikuti kru ZDA dalam misi penyerahan rumah tersebut kepada salah seorang mangsa banjir di Kampung Kemubu, Dabong, Kelantan, Yusoff Abdullah, 91 membuka mata bahawa rekaan tersebut benar-benar membantu. Perjalanan bermula dari bengkel ZDA bersama segala peralatan dan komponen Kamazu TransHome dimuatkan ke dalam lori dan diikuti sebuah pacuan empat roda mengambil masa hampir empat jam ke Gua Musang, Kelantan untuk bermalam. Keesokan harinya kru bersama penulis bergerak ke Kuala Krai dan terus ke Kampung Kemubu, Dabong.

Sepanjang perjalanan, perasaan penulis benar benar tersentap menyaksikan kemusnahan harta benda dan tanaman pertanian penduduk kampung di kiri-kanan jalan. Kesan lumpur yang masih tersisa pada dinding rumah penduduk jelas menunjukkan paras air yang begitu tinggi semasa kejadian banjir yang berlaku. Tidak hairanlah, kebanyakan kediaman penduduk yang dibina di sekitar sungai berhampiran musnah dihanyutkan air.

Setibanya di halaman rumah Yusoff, pandangan sekali lagi tertumpu kepada keadaan rumahnya yang musnah hanya meninggalkan tapak konkrit dan blok batu-bata. Berhampiran tapak tersebut, kelihatan bahagian atas rumah yang dibina daripada papan tersadai di pangkal pokok durian dan mangga. Jelas sekali bah kuning seperti yang digelar penduduk tempatan telah mengangkat keseluruhan bahagian atas rumah Yusoff dan menghanyutkannya sebelum tersangkut pada pokok berhampiran.

Kerja-kerja pemasangan sebaik sahaja mendapat kebenaran tuan rumah hanya mengambil beberapa jam untuk disiapkan. Namun, berlaku sedikit perubahan kerana ingin memenuhi permintaan Yusoff yang mahukan pintu menghadap ke belakang bagi memudahkannya untuk ke bilik air. Pembinaan berjalan lancar kerana kerangka yang dibina ringan serta konsep pasang siap yang digunakan. Menerusi pemerhatian penulis, rekaan tersebut tidak begitu kompleks menyebabkan inovasi tersebut mudah dipasang waima bagi mereka yang tiada pengalaman dalam kerja-kerja pembinaan sekalipun. Penggunaan bumbung daripada papan lapis dan kanvas menjadikan rumah pasang siap tersebut tidak panas dan amat selesa untuk didiami.

Bagaimanapun bagi sesetengah orang, kos sebanyak RM20,000 mungkin dilihat tidak berbaloi bagi membina rumah sedemikian sebaliknya lebih baik kos yang sama digunakan untuk membina rumah kekal berbentuk sederhana. Namun, harus difahami, Kamazu TransHome adalah berkonsepkan rumah pasang siap dan boleh dileraikan untuk disimpan dan diguna semula apabila keadaan memerlukan.Justeru disitulah kelebihan ciptaan ZDA tersebut. Kos tersebut adalah kerana ciptaan itu menggunakan bahan seperti besi keluli tahan lasak yang seperti mana kita ketahui agak mahal selain mampu bertahan lama. Akhirnya, matlamat penubuhan ZDA oleh pengasasnya, Zulkifli dilihat tercapai dan syarikat ini telah pun banyak membantu mereka-mereka yang memerlukan tidak kira di dalam apa jua keadaan dan bidang di negara ini.

http://www.utusan.com.my/sains-teknologi/teknologi/teknologi-untuk-insan-1.55213

Page 38: IBS (2015):

Artikel Berita Mengenai Industri Pembangunan di Malaysia Innovacia Sdn Bhd

www.innovacia.com.my Experience Innovation. Outsource it to us. [email protected] 38

Model rumah arkitek USIM pilihan Tesco

AINOL AMRIZ ISMAIL | 25 April 2015 1:47 AM

GEORGE FISCHER (kiri) menyerahkan lukisan grafik model rumah USIM kepada Musa Ahmad sambil disaksikan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek (tengah) selepas Majlis menandatangani MoU antara USIM dan TESCO dan pelancaran model rumah Projek Shelter di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

SEREMBAN 24 April - Model rumah hasil rekaan sekumpulan pelajar program Seni Bina, Fakulti Sains dan Teknologi (FST), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menjadi pilihan Tesco Store (Malaysia) Sdn. Bhd untuk dibina bagi mangsa banjir di Kampung Belian dan Kampung Laut, Tumpat, Kelantan. Rumah hasil rekaan lapan pelajar, Wan Mohd. Azly Wan Mohamad, Bibi Nur Bashirah Baharun, Muhammad Izzat Irfan Mustaffa, Mohd Farizal Zulkepli, Nasrinm Majdina Ramli, Mohd Safuan Mohd Fadzil, Mohd Azry Hadi Abd Manan dan Luqman Hakkim Yusof dipilih berdasarkan elemen kesejahteraan dalam pembangunannya.

Ketua Pegawai Eksekutif Tesco Malaysia, Datuk George Fischer berkata, kos pembinaan dan kelengkapan rumah itu menggunakan sumbangan tunai yang dikumpul melalui 52 buah pasar raya Tesco di seluruh negara, sumbangan pembekal, rakan perniagaan dan dana Tesco Malaysia serta Tesco Plc United Kingdom. “Sebanyak lapan unit rumah yang bernilai RM55,000 seunit dengan keluasan 225 meter persegi yang mempunyai tiga bilik tidur, dua bilik air, ruang tamu dan dapur ini telah bermula pembinaannya. “Kita menjangkakan rumah itu dapat disiapkan pada Julai nanti dan pastinya menjadi anugerah yang bermakna dan menggembirakan buat keluarga terpilih menjelang Hari Raya Aidilfitri,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan Pusat Komunikasi Strategik USIM di sini hari ini. Jelas Fischer, pembinaan rumah berdasarkan rekaan USIM itu mengambil masa yang singkat kerana menggunakan kaedah pasang siap.

Dalam pada itu Naib Canselor USIM, Prof. Datuk Dr. Musa Ahmad berkata, kerjasama antara USIM dan Tesco merupakan satu peluang yang signifikan bagi kedua-dua pihak meneroka sesuatu yang baharu. “Jalinan USIM-Tesco ini selari dengan seruan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin

Page 39: IBS (2015):

Artikel Berita Mengenai Industri Pembangunan di Malaysia Innovacia Sdn Bhd

www.innovacia.com.my Experience Innovation. Outsource it to us. [email protected] 39

Yassin yang mahu melihat kerjasama kepakaran di antara universiti dan industri ditingkatkan melalui pemerkasaan bidang penyelidikan dan pengkomersialan. “Projek Shelter ini merupakan permulaan yang baik bagi program Seni Bina USIM khususnya kerana selari dalam mengangkat kebitaraan USIM iaitu menjadi universiti yang menerajui integrasi ilmu naqli dan aqli,” katanya.

Model rumah yang dihasilkan itu mendapat bimbingan daripada pensyarah program Seni Bina FST, Fadli Arabi, Elina Mohd Husini dan Wan Norisma Wan Ismail, malah pemilihan model rumah itu secara tidak langsung merupakan satu pengiktirafan kepada kemampuan arkitek muda USIM menghasilkan sesuatu yang menepati citarasa industri. Rumah berkonsepkan sistem modular itu menggunakan bahan binaan kitar semula yang mesra alam malah reka bentuk rumah itu juga unik kerana patuh syariah dan memenuhi prinsip seni bina Islam seperti pintu masuk utama menghadap kiblat dan ruang dapur yang terlindung.

http://www.utusan.com.my/berita/nasional/model-rumah-arkitek-usim-pilihan-tesco-1.84591

Tahun Baharu Cina hilang seri bagi penduduk Tionghua di Manek Urai

21 Februari 2015 1:11 AM

KUALA KRAI 20 Feb. – Setiap kali Tahun Baharu Cina, seorang warga emas, Ong Heng yang hidup sebatang kara di Kampung Manek Urai Lama, dekat sini masih mampu tersenyum girang biarpun terpaksa menyambutnya bersendirian. Situasi dilalui Heng atau mesra dipanggil Pok Heng itu tahun ini bagaimanapun berbeza apabila dia sekadar duduk termenung seorang diri di dalam khemah sambil memandang sayu tapak rumah yang musnah dibadai bah kuning baru-baru ini. “Saya bujang, tiada isteri apatah lagi anak dan sekarang rumah pun tiada. Tahun Baharu Cina kali ini tiada erti namun saya harus tabah,” keluh lelaki berusia 66 tahun itu ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurut bekas tentera itu, selepas bah surut, dia terkejut melihat rumahnya hanya tinggal tapak dan tidak ada pilihan selain terpaksa tinggal di dalam khemah yang disumbangkan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Baru-baru ini, keperitannya sedikit terubat apabila Persatuan Penganut Buddha Tzu-Chi Merit Malaysia (Tzu Chi) sudi membantu membina sebuah rumah pasang siap sementara menunggu bantuan rumah kekal daripada kerajaan. “Sayangnya, rumah sumbangan Tzu Chi ini lantai serta bahagian dalam belum siap. Mahu tak mahu, saya terpaksa menyambut Tahun Baharu Cina di dalam khemah sahaja,” katanya. Tambah Heng, walaupun dilanda musibah, dia tidak akan sekali-kali melupakan tradisi masyarakat Cina dengan merancang untuk menziarahi saudara-mara di sekitar Manek Urai Lama.

Sementara itu, abangnya, Ong Guang Chong, 76, yang tinggal di kampung sama berkata, dia bersimpati dengan nasib Heng yang boleh diibaratkan seperti sudah jatuh ditimpa tangga dan mengajak lelaki itu menyambut Tahun Baharu Cina bersama keluarganya. “Ketika banjir, rumah saya terselamat daripada dilanda arus bah, namun melihat penderitaan jiran tetangga serta adik saya sendiri, kami tidak tergamak untuk menyambut Tahun Baharu Cina secara besar-besaran,” katanya.

Guang Chong yang dipanggil Pok Cu oleh penduduk kampung berkata, menjelang perayaan tahun ini, dia sekeluarga sukar mendapatkan juadah wajib seperti limau mandarin dan kuih bakul di Kuala

Page 40: IBS (2015):

Artikel Berita Mengenai Industri Pembangunan di Malaysia Innovacia Sdn Bhd

www.innovacia.com.my Experience Innovation. Outsource it to us. [email protected] 40

Krai sehingga mereka terpaksa ke Tanah Merah yang terletak kira-kira sejam dari rumah. “Harga kuih bakul juga naik mendadak sehingga RM16 sekilogram berbanding RM8 tahun lalu memandangkan tidak ramai pe-ngusaha membuatnya tahun ini kerana peralatan memasak rosak ditenggelami air. “Untuk jimat, isteri dan menantu saya membuat kuih koci sendiri untuk dihidangkan kepada tetamu yang datang ke rumah,” katanya.

http://www.utusan.com.my/berita/komuniti/tahun-baharu-cina-hilang-seri-bagi-penduduk-tionghua-di-manek-urai-1.61784

Arkitek USIM berbakti

Bina rumah untuk mangsa banjir berkonsepkan sistem modular menggunakan bahan kitar semula yang mesra alam

11 Mei 2015 2:37 PM

Model rumah hasil rekaan sekumpulan pelajar program Seni Bina Fakulti Sains dan Teknologi (FST), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menjadi pilihan Tesco Store (Malaysia) Sdn. Bhd. untuk dibina bagi mangsa banjir di Kampung Belian dan Kampung Laut, Tumpat Kelantan. Rumah ini merupakan hasil rekaan lapan pelajar Seni Bina USIM yang terdiri daripada Wan Mohd. Azly Wan Mohamad, Bibi Nur Bashirah Baharun, Muhammad Izzat Irfan Mustaffa, Mohd. Farizal Zulkepli, Nasrinm Majdina Ramli, Mohd. Safuan Mohd Fadzil, Mohd. Azry Hadi Abd. Manan dan diketuai oleh Luqman Hakkim Yusof.

Pembinaan kediaman itu merupakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) Projek Shelter Tesco dimana sebanyak lapan unit rumah bernilai RM 55,000 seunit dengan keluasan 740 kaki persegi yang mempunyai tiga bilik tidur, dua bilik air, ruang tamu dan dapur Dijangka rumah itu siap pada Julai nanti, ia pastinya menjadi hari yang bermakna dan menggembirakan keluarga terpilih menjelang Hari Raya Aidilfitri.

Pembinaan rumah itu berdasarkan rekaan USIM itu mengambil masa yang singkat kerana menggunakan kaedah pasang siap. Selain itu, ia berkonsepkan modular sistem dan bahan binaan yang digunakan daripada bahan kitar semula dan bercirikan mesra alam. Reka bentuk rumah ini juga unik kerana memenuhi prinsip seni bina Islam seperti pintu masuk utama menghadap kiblat dan ruang dapur yang terlindung.

Tesco mengadakan pelancaran rasmi model rumah Projek Shelter hasil kreativiti arkitek muda ini dalam Majlis Minum Petang Penghargaan Bantuan Banjir Tescoada Mac baru-baru ini. Majlis itu disusuli dengan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara USIM dan Tesco pada 14 April bertempat di Majestic Hotel, Kuala Lumpur yang disaksikan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Tesco Malaysia, Datuk George Fischer berkata, kos pembinaan dan kelengakapan rumah itu menggunakan sumbangan tunai yang dikumpul melalui 52 buah pasar raya Tesco di seluruh Malaysia termasuk sumbangan pembekal, rakan perniagaan dan dana TescoMalaysia serta Tesco Plc.United Kingdom.

Page 41: IBS (2015):

Artikel Berita Mengenai Industri Pembangunan di Malaysia Innovacia Sdn Bhd

www.innovacia.com.my Experience Innovation. Outsource it to us. [email protected] 41

Sementara itu, Naib Canselor USIM, Prof. Datuk Dr. Musa Ahmad berkata, kerjasama antara USIM dan Tesco ini merupakan satu peluang yang signifikan bagi kedua-dua pihak meneroka bentuk kerjasama lain selepas ini memandangkan ini adalah julung kali USIM menjalankan kerjasama dalam Projek Shelter bersama syarikat gergasi seperti Tesco. “Jalinan USIM-Tesco ini selari dengan hasrat Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang mahu melihat kerjasama kepakaran di antara universiti dan industri ditingkatkan melalui pemerkasaan bidang penyelidikan dan pengkomersialan. “Projek Shelter ini merupakan permulaan yang baik bagi program Seni Bina USIM khususnya kerana ia selari dalam mengangkat niche (kebitaraan) USIM iaitu menjadi Universiti yang menerajui intergrasi ilmu Naqli dan Aqli,” ujarnya.

Model rumah yang dihasilkan ini mendapat bimbingan daripada Ar. Fadli Arabi, Ar. Elina Mohd Husini dan Ar. Wan Norisma Wan Ismail yang merupakan pensyarah program Seni Bina di FST. Pemilihan model rumah ini secara tidak langsung merupakan satu pengiktirafan kepada kemampuan arkitek muda USIM menghasilkan sesuatu yang menepati cita rasa industri.

http://www.utusan.com.my/pendidikan/kampus/arkitek-usim-berbakti-1.90707

Rumah ‘amfibia’ semasa banjir

ZULKIFLI JALIL | 10 Februari 2015 12:39 AM

SEBAHAGIAN daripada 46 rumah amfibia di Maasbommel, Belanda yang akan terapung jika dilanda banjir. – MIT TECHNOLOGY REVIEW

APABILA banjir melanda, tidak ada banyak tempat untuk ratusan malah ribuan mangsa menyelamatkan diri.

Page 42: IBS (2015):

Artikel Berita Mengenai Industri Pembangunan di Malaysia Innovacia Sdn Bhd

www.innovacia.com.my Experience Innovation. Outsource it to us. [email protected] 42

Di United Kingdom, hujan sering kali membawa masalah dan kerosakan harta benda yang besar. Dalam usaha mengurangkan masalah ini, pihak berkuasa Britain baru sahaja setahun dua ini membina rumah ‘amfibia’ (amphibious) atau rumah terapung pertama di negara itu di tebing Sungai Thames. Apabila air sungai naik, rumah ‘naik bersekali’ dengannya.

Rumah amfibia ini adalah konsep baharu penempatan di kawasan tanah rendah sebagai strategi tebatan banjir. Bagaimanapun Britain, bukanlah negara pertama menggerakkan pembinaan tempat tinggal terapung seperti ini.

Konsep ini telah lama dipraktikkan di Kanada, Jerman, Belanda dan Amerika Syarikat (AS) serta beberapa negara di Asia dan Amerika Selatan di mana rumah biasanya dibina di atas (diikat pada) tiang untuk mengelakkan air banjir bermusim. Pembinaan rumah-rumah amfibia ini menandakan banyak kerajaan kini secara diam-diam memperakui bahawa dekad akan datang mungkin akan membawa peristiwa cuaca yang semakin kritikal.

Sebahagian besar kawasan di Belanda contohnya adalah di bawah paras laut. Reputasi Belanda sendiri dikenali kerana memiliki teknologi terbaik dalam tebatan banjir dunia. Beberapa tahun lalu, sebuah firma Belanda membina beberapa rumah terapung di luar Amsterdam untuk melihat bagaimana mereka konsep rumah amfibia ini boleh dimajukan. Satu lagi reka bentuk rumah di Belanda yang sedang diusahakan adalah sebuah kompleks pangsapuri pelbagai unit yang boleh terapung di atas air.

Di Britain, rumah-rumah amfibia ini diletakkan di atas empat tiang menegak yang dipacakkan jauh dalam tanah. Ia terletak dalam sejenis dok, dikelilingi tembok penahan di atas platform konkrit. Jika air banjir mula mengalir di permukaan tanah, air dikatakan akan memasuki kawasan berongga (berlubang) di bawah rumah.

Kawasan berongga yang disediakan ini membantu kestabilan semasa terapung dengan mengurangkan olakan di bawah rumah semasa banjir. Ia membantu mengurangkan interaksi permukaan ‘platform konkrit’ dengan aliran air semasa banjir. Lebih-lebih lagi, ia menyediakan kawasan untuk pembersihan dan penyelenggaraan selepas setiap banjir. Ini ideanya. Di Malaysia, konsep perumahan ‘amfibia’ ini ini boleh dilaksanakan di kawasan-kawasan yang dilanda banjir di Kelantan, Pahang , Terengganu dan Johor.

Perubahan iklim dan pemanasan global sering meningkatkan risiko banjir dan kenaikan paras laut di Asia Tenggara. Lebih-lebih lagi risiko banjir kilat yang memerlukan penjanaan pendekatan dan strategiyang berbeza untuk mengurangkan impak bencana alam ini ke atas kemudahan awam dan kediaman.

Tidak dinafikan, kerjasama di antara Kerajaan Pusat dan negeri-negeri di Malaysia telah menyaksikan banyak usaha bagi mengekang kesan buruk daripada akibat bencana banjir. Antara langkah-langkah bagi ‘melawan’ banjir, kita melihat pihak berkuasa tempatan sering membersihkan longkang tersumbat, mendalamkan sungai malah membina terowong lencongan air yang merupakan binaan kedua terpanjang di Asia dengan kos pelaburan bernilai hampir RM2 bilion. Terbaharu, akibat musibah banjir baru-baru ini, kerajaan mengumumkan peruntukan bernilai beratus-ratus juta ringgit untuk membina kembali kemudahan awam dan kediaman yang musnah.

Page 43: IBS (2015):

Artikel Berita Mengenai Industri Pembangunan di Malaysia Innovacia Sdn Bhd

www.innovacia.com.my Experience Innovation. Outsource it to us. [email protected] 43

Cuma, kita melakukan penyelesaian dengan cara mencari kaedah untuk ‘melawan’ limpahan air yang mengakibatkan banjir. Mengapa tidak diusahakan secara ‘luar kotak’ untuk hidup secara harmoni dalam limpahan air banjir itu dengan menggunakan konsep rumah ‘amfibia’ ini.

Maldives, negara yang diunjur bakal tenggelam akibat kesan pemanasan global juga mulai menerima konsep pembangunan terapung untuk menyelamatkan geografi mereka.

Kerajaan jiran di utara kita iaitu Thailand juga, dikatakan telah menimbang secara serius untuk menggalakkan lebih banyak projek pembinaan hartanah secara pembangunan terapung sebagai kaedah penyelesaian terbaik dan bersifat jangka panjang bagi menghadapi bencana banjir di negeri gajah putih itu.

Di Seattle, AS, rumah-rumah bot terawal di sana telah direkodkan pada tahun 1930-an dan memuncak dengan lebih 1,500 rumah bot pada 80-an di seluruh negara itu. Kini jumlahnya mencapai puluhan dan ratusan ribu. Rumah-rumah bot pasang siap atau lain-lain jenis perlindungan terapung seperti treler amfibia juga banyak didapati di negara-negara Eropah.

Dalam aspek ini, difahamkan, Vlothomes.com, syarikat pemaju hartanah terapung yang berpangkalan di Rotterdam, Belanda bercadang mengembangkan operasi di Malaysia dan Singapura.

Semakin banyak negara lain di seluruh dunia menerima konsep pembangunan terapung atau amphibious untuk hidup secara harmoni dan mesra kepada fenomena banjir. Mengapa tidak kita?

http://www.utusan.com.my/rencana/rumah-8216-amfibia-8217-semasa-banjir-1.57826

Rumah kecemasan mangsa bencana

UPM tawar teknologi bina rumah yang lebih kos efektif

OLEH ASHRIQ FAHMY AHMAD [email protected] | 02 Februari 2015 1:56 PM

Pengurusan pasca banjir merupakan antara cabaran besar perlu dihadapi oleh mangsa banjir dan kerajaan berbanding ketika kejadian itu berlaku. Kemusnahan yang dialami mangsa banjir di sebelah pantai timur negara amat teruk menyebabkan mereka kehilangan segalanya. Bagi meringankan beban mangsa banjir yang kehilangan tempat berteduh, kerajaan telah mendapatkan kerjasama daripada beberapa agensi yang terlibat untuk membantu.

Antaranya adalah Universiti Putra Malaysia (UPM) menerusi kerjasama Persatuan Kejuruteraan dan Teknologi Malaysia (MySET) bagi menawarkan teknologi membangunkan penempatan sementara dan kekal dalam jangka masa yang singkat.

Menurut Ketua Pusat Kajian Perumahan, Fakulti Kejuruteraan UPM, Prof. Datuk Dr. Abang Abdullah Abang Ali, UPM menerusi fakulti tersebut memiliki teknologi khas untuk untuk membina infrastruktur khas dengan kadar masa yang benar-benar singkat. Katanya, antara keperluan mangsa banjir adalah pembinaan semula infrastruktur asas seperti kediaman dan kawasan perlindungan. “Kami telah diminta oleh agensi yang terlibat dalam usaha membangunkan semula kawasan yang terjejas untuk mencadangkan beberapa kertas kerja berkaitan pembinaan rumah kecemasan. “Ini

Page 44: IBS (2015):

Artikel Berita Mengenai Industri Pembangunan di Malaysia Innovacia Sdn Bhd

www.innovacia.com.my Experience Innovation. Outsource it to us. [email protected] 44

berdasarkan pengalaman kami membina kemudahan yang sama untuk rakyat Palestin di Gaza sebelum ini,” katanya ketika ditemui di Serdang, Selangor baru-baru ini. Apa yang lebih menarik, menerusi teknologi yang dibangunkan UPM itu, sebuah penempatan berbentuk kabin dapat disiapkan dalam masa seminggu sahaja.

Katanya, kabin tersebut adalah untuk tujuan penempatan sementara, namun jika tidak lagi digunakan, kemudahan tersebut boleh ditukarkan kepada resort atau infrastruktur yang berguna untuk masyarakat sekeliling. Persis sebuah kabin kontena, namun kemudahan yang disediakan tersebut lebih fleksibel. Inovasi tersebut juga mudah untuk dialihkan ke kawasan yang memerlukannya. Selain itu, kabin tersebut memiliki bumbung khas serta ruang pengudaraan bagi memastikan penghuninya lebih selesa.

UPM juga mempunyai teknologi pembinaan yang dikenali sebagai Putra Block iaitu inovasi blok batu bata yang diperkenalkan oleh UPM bersifat pasang siap untuk membina sebuah rumah. Kelebihan penggunaan teknologi Putra Block ini adalah binaan tidak memerlukan tiang dan rasuk sebaliknya dibina terus menggunakan blok batu-bata ciptaan UPM ini. Blok batu-bata akan disusun mengikut sistem yang telah ditetapkan terus dijadikan sebuah rumah.

Menurut Dr. Abang Abdullah lagi, hasil kajian selama lima tahun tersebut telah diperkenalkan sebelum ini dan dalam proses dikomersialkan. “Tujuan menggunakan Putra Block adalah untuk mempercepatkan proses pembinaan berbanding kaedah pembinaan biasa,” ujarnya. Tambah Dr. Abang Abdullah, rekaan block batu bata itu mampu menahan bebanan bagi bangunan setinggi dua tingkat justeru pembinaan bangunan tidak memerlukan sebarang tiang sebaliknya blok batu bata itu sendiri akan menampung beban struktur binaan. Malah, kos binaan sebanyak RM35,000 itu merupakan kadar yang minimum bagi membantu mangsa banjir untuk membina semula kediamaan mereka. “Kos ini adalah yang terendah jika dibandingkan kos di pihak komersial dan ia dilakukan atas tujuan untuk membantu golongan memerlukan. “Tambahan, pembinaan rumah tersebut melibatkan penggunaan Putra Block menjadikan kos serta jangka masa pembinaan dapat diminimumkan,” katanya.

Ditanya mengenai teknologi Putra Block itu sendiri, Dr. Abang Abdullah berkata, kajian mendapati blok tersebut mampu menahan beban untuk pembinaan rumah tanpa tiang dan rasuk. Ia juga dilengkapi dengan sistem kait panca (locking system) yang membolehkan blok tersebut dipasang tanpa lapisan lepa (mortar). Menerusi sistem tersebut, setiap Block mempunyai kekunci tersendiri yang terdapat di dalam ruang-ruang batu blok bagi memastikan cantuman blok lebih kukuh. Sistem tersebut juga katanya sesuai diaplikasikan untuk pembinaan rumah setingkat sehingga bangunan lima tingkat.

Tiga jenis batu blok yang berlainan bentuk dan saiz adalah batu blok asas sebagai pembinaan sesebuah rumah malah ia tidak memerlukan tenaga kerja yang banyak dan mahir manakala blok konvensional mempunyai berat lebih 20 kilogram dengan ukuran panjang 400 milimeter. Pengguna hanya mengambil masa tujuh hari (seminggu) untuk mendirikan sesebuah rumah, contohnya rumah setingkat. Hal demikian bermakna sesebuah rumah itu boleh disiapkan dalam tempoh tujuh hari berbanding sistem konvensional yang memerlukan masa yang lebih lama.

Berasaskan konsep kitar semula, pengguna yang mahu mengubahsuai rumah yang dibina menggunakan Putra Blok boleh menggunakan semula blok tersebut dengan memastikan proses

Page 45: IBS (2015):

Artikel Berita Mengenai Industri Pembangunan di Malaysia Innovacia Sdn Bhd

www.innovacia.com.my Experience Innovation. Outsource it to us. [email protected] 45

pemisahan blok dilakukan dengan berhati-hati. Sistem tersebut juga telah diuji bagi bebanan tegak melalui penggunaan komputer simulasi. Ujian di dalam makmal juga menunjukkan ia kukuh dan memenuhi keperluan piawaian. Walaupun berkonsep lego iaitu cantuman setiap blok, ia juga tahan hakisan dan padat sekali gus tidak membenarkan air masuk melalui setiap liang cantuman itu. Lebih membanggakan, rumah yang dibina menggunakan sistem berkenaan adalah rumah modular pertama di negara ini yang menggunakan Sistem Koordinasi Modular.

Apa yang penting, teknologi yang dibangunkan oleh penyelidik UPM tersebut terbukti amat berguna kepada masyarakat terutamanya apabila melibatkan pembangunan pasca banjir seperti yang dialami negara pada waktu ini.

http://www.utusan.com.my/sains-teknologi/sains/rumah-kecemasan-mangsa-bencana-1.55250

Borneo Post:

Jangan ubah rumah jadi kedai

January 23, 2015, Friday

Oleh Connie Sylvia Mesa //

PBT perlu bertindak tegas terhadap pemilik ubah suai kediaman jadi premis perniagaan, kata Abang Johari

LAWATAN KERJA: Abang Johari (kiri) bercakap sesuatu kepada wakil pemaju, sambil diperhatikan Abdul Karim (dua kiri), Ripin (empat kiri) serta yang lain ketika mengadakan tinjauan ke tapak Projek Perumahan Rakyat Lambir petang semalam.

MIRI: Pihak berkuasa tempatan (PBT) perlu menguatkuasakan undang-undang dan mengenakan tindakan terhadap pemilik yang mengubah suai kediaman di kawasan perumahan untuk dijadikan premis perniagaan.

Page 46: IBS (2015):

Artikel Berita Mengenai Industri Pembangunan di Malaysia Innovacia Sdn Bhd

www.innovacia.com.my Experience Innovation. Outsource it to us. [email protected] 46

Menteri Perumahan Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg berkata, pemilik yang mengubah suai rumah dianggap melanggar perjanjian memandangkan ia adalah kediaman, bukannya premis perniagaan. “Rumah diubah suai bukan sahaja menyalahi undang-undang tetapi secara langsung mengganggu kawasan kejiranan dalam kawasan perumahan,” katanya.

Jelasnya, kementeriannya memantau di kawasan yang melakukan pengubahsuaian rumah dari semasa ke semasa bagi memastikan tiada pihak mengambil kesempatan bagi tujuan berniaga. Abang Johari menegaskan, PBT harus melaksanakan undang-undang penguatkuasaan secara ketat agar tiada pemilik rumah berani melanggar perjanjian.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai aduan penduduk kawasan perumahan Tudan yang terdapat rumah termasuk rumah kos rendah yang diubah suai untuk dijadikan premis perniagaan. “Pihak berkuasa tempatan harus menjalankan penguatkuasaan dan mengambil tindakan terhadap mereka yang mengambil kesempatan mengubah suai rumah untuk dijadikan premis perniagaan,” ujarnya. Terdahulu, Abang Johari mengadakan lawatan kerja ke tapak Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sungai Rait Lambir di sini petang semalam bagi meninjau perkembangan projek terbabit.

Menurutnya, PPR Lambir dijangka siap lebih awal daripada jadual iaitu pada April akan datang dengan menggunakan Sistem Bangunan Berindustri (IBS) iaitu sistem teknologi bangunan yang menjimatkan kos pembinaan. “IBS merupakan sistem baik dan perlu dilaksanakan oleh kontraktor bagi membantu mengurangkan masa dan penjimatan kos pembinaan,” katanya. Mengulas lanjut, beliau turut memberitahu mengenai projek perumahan membabitkan 400 unit rumah di Miri pada tahun ini bagi menampung permintaan penduduk. Jelasnya, rumah PPR bernilai RM50,000 melalui sistem IBS setaraf dengan rumah berharga lebih RM100,000 yang dijual di pasaran swasta.

Justeru, beliau mahu pemaju swasta mengamalkan sistem IBS bagi mengurangkan kos, masa dan tenaga pembinaannya. Katanya Sarawak melalui kementeriannya akan menggunakan sistem IBS untuk penjimatan kos pada masa akan datang. “Setakat ini, PPR Lambir merupakan projek ketiga di negeri ini di bawah sistem IBS dan dijangka siap awal daripada jadual,” katanya.

Turut hadir Menteri Muda Perumahan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah, Menteri Muda Perumahan Datuk Francis Harden Hollis, Menteri Muda Perhub-ungan Datuk Lee Kim Shin, Ahli Dewan Undangan Negeri Lambir Ripin Lamat, Tan Sri Peter Chin dan Datuk Sebastian Ting.

Read more: http://www.theborneopost.com/2015/01/23/jangan-ubah-rumah-jadi-kedai/#ixzz3nxsoeJ7w