Upload
others
View
5
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
TAHAP KEMAHIRAN GENERIK PELAJAR TAHUN AKHIR FAKULTI
PENDIDIKAN,UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
NUR FARHANA BINTI CHE MANSOR
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
MEI, 2011
iii
DEDIKASI
Bingkisan ilmu ini dititipkan khas buat
Ayahanda dan bonda tercinta,
En. Che Mansor bin Mat Noor dan Pn. Eshah bt Bakar
Terima kasih atas sokongan serta doa yang dipanjatkan untuk kejayaanku
Teristimewa juga buat
Kanda dan dinda tersayang,
Azwan Fahmi bin Che Mansor
Liyana Shazwani binti Che Mansor
Helmi Fikri bin Che Mansor
Nadziim Fitri bin Che Mansor
Sekalung penghargaan atas kata-kata semangat yang diberikan
Tidak lupa juga buat teman-teman seperjuangan
yang sentiasa memberi galakan dan tunjuk ajar
Terima kasih atas segalanya
iv
PENGHARGAAN
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Syukur ke
hadrat Illahi atas limpah kurnia dan rahmatnya, dapat saya menyempurnakan Projek Sarjana
ini dalam masa yang ditetapkan. Penghargaan ikhlas dan jutaan terima kasih ditujukan khas
buat pensyarah pembimbing iaitu Dr. Ismail bin Khailani atas sokongan,bimbingan dan
teguran dalam menyiapkan penulisan ilmiah ini.
Ribuan terima kasih juga kepada pihak Perpustakaan Sultanah Zanariah UTM
Skudai dan Pusat Sumber Fakulti Pendidikan atas bahan rujukan yang disediakan.
Seterusnya rakan-rakan seperjuangan yang sudi membantu serta memberi kata-kata
perangsang sepanjang proses penghasilan tugasan ini.Sekalung budi dan penghargaan
diucapkan kepada keluarga tercinta.Tanpa sokongan moral semua, tentunya sukar untuk
saya menyempurnakan kajian ini. Doa dan restu kalian sentiasa mengiringi kejayaanku.
Sekian terima kasih. -Nur Farhana Che Mansor -
v
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan bagi mengkaji tahap kemahiran generik di kalangan pelajar
tahun akhir Fakulti Pendidikan UTM,Skudai.Fokus kajian ini adalah tertumpu kepada
tujuh kemahiran generik yang terdapat dalam Atribut Graduan UTM iaitu kemahiran
berkomunikasi, pemikiran kritis dan kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran
kerja berpasukan, kemahiran pembelajaran berterusan dan pengurusan maklumat,
kemahiran keusahawanan, kemahiran beretika dan moral professional serta kemahiran
kepimpinan. Seramai 70 orang responden yang terdiri daripada pelajar lelaki dan
perempuan terlibat dalam kajian ini.Instrumen kajian yang digunakan ialah borang soal
selidik.Data yang diperolehi kemudiannya dianalisis dengan kaedah statistik deskriptif
untuk melihat nilai kekerapan, peratus,min serta sisihan piawai dengan menggunakan
perisian SPSS (Statistical Packages For Social Sciences for windows version
16.0).Keputusan kajian secara keseluruhannya menunjukkan tahap kemahiran generik
para pelajar berada pada tahap yang tinggi bagi ketujuh-tujuh kemahiran generik.Namun
demikian, langkah-langkah yang lebih berkesan perlu dilakukan untuk meningkatkan
lagi kemahiran generik para pelajar bagi menyediakan tenaga kerja yang memenuhi
kehendak pasaran kerja semasa dan masa depan seterusnya memastikan negara dapat
terus bersaing di peringkat antarabangsa.
vi
ABSTRACT
The purpose of this study is to examine the level of generic skills among final
year students in Faculty of Education,UTM Skudai.This research is focused on UTM
Graduate Attributes that consist of seven generic skills which are communication skills,
critical thinking and problem solving skills, team working skills,information
management and lifelong learning, entrepreneurship skills,ethics and moral as well as
leadership skills. There were seventy respondents involved in this research comprising
both male and female students. The research instrument used was the questionnaire
distributed to the respondents.The data collected then were analyzed by descriptive
statistics method to determine the frequency value, percentage,mean and standard
deviation using SPSS (Statistical Packages for Social Sciences for Windows Version
16.0). The overall results of this research showed that the level for those seven generic
skills were at a high level.Nevertheless, more effective steps should be carried out in
order to enhance the generic skills of students as to prepare them to be future work
forces that could fulfill current and future market demand. Futhermore to ensure that our
country will be able to compete at the international level.
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
JUDUL
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI RAJAH xiii
SENARAI SINGKATAN xiv
BAHAGIAN SATU
BAB 1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 4
1.4 Objektif Kajian 5
1.5 Persoalan Kajian 5
1.6 Kerangka Teori 6
1.7 Kerangka Kajian 7
1.8 Kepentingan Kajian 12
1.9 Batasan Kajian 13
1.10 Definisi Istilah 13
1.10.1 Tahap 13
1.10.2 Kemahiran 14
1.10.3 Kemahiran Generik 14
1.11 Penutup 14
BAHAGIAN DUA
BAB 2 SOROTAN KAJIAN MUKA SURAT
2.1 Pengenalan 15
2.2 Tahap Kemahiran Pelajar Universiti 15
2.3 Kemahiran Generik 17
2.3.1 Kemahiran Berkomunikasi 18
2.3.2 Pemikiran Kritis dan 19
Menyelesaikan Masalah
2.3.3 Kemahiran Kerja Berpasukan 21
2.3.4 Kemahiran Pembelajaran 22
Berterusan dan Pengurusan Maklumat
2.3.5 Kemahiran Keusahawanan 22
2.3.6 Kemahiran Beretika dan 23
Moral Professional
2.3.7 Kemahiran Kepimpinan 24
2.4 Kajian-kajian Lepas 25
2.4.1 Kajian Dalam Negara 25
2.4.2 Kajian Luar Negara 27
2.5 Penutup 29
BAHAGIAN TIGA
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 30
3.2 Reka Bentuk Kajian 30
3.3 Prosedur Kajian 31
3.4 Populasi Kajian 32
3.5 Sampel Kajian 32
3.6 Instrumen Kajian 32
3.6.1 Bahagian A (Maklumat Responden) 33
3.6.2 Bahagian B (Kemahiran Generik) 33
3.7 Kajian Rintis 35
3.8 Analisis Data 35
3.9 Penutup 36
BAHAGIAN EMPAT
BAB 4 DAPATAN KAJIAN
4.1 Pengenalan 37
4.2 Bahagian A (Analisis Maklumat Diri Responden) 37
4.2.1 Jantina 38
4.2.2 Keturunan 38
4.3 Bahagian B ( Analisis Item Soalan) 39
4.3.1 Analisis Item Kemahiran Berkomunikasi 40
4.3.2 Analisis Item Pemikiran Kritis dan 41
Kemahiran Menyelesaikan Masalah
4.3.3 Analisis Item Kemahiran Kerja Berpasukan 43
4.3.4 Analisis Item Kemahiran Pembelajaran 44
Berterusan dan Pengurusan Maklumat
4.3.5 Analisis Item Kemahiran Keusahawanan 45
4.3.6 Analisis Item Kemahiran Beretika dan 46
Moral Profesional
4.3.7 Analisis Item Kemahiran Kepimpinan 48
4.3.8 Analisis Keseluruhan Tahap 49
Kemahiran Generik
4.4 Penutup 51
BAHAGIAN LIMA
BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 52
5.2 Perbincangan 52
5.2.1 Tahap Kemahiran Berkomunikasi 53
5.2.2 Tahap Pemikiran Kritis dan Kemahiran 54
Menyelesaikan Masalah
5.2.3 Tahap Kemahiran Kerja Berpasukan 55
5.2.4 Tahap Kemahiran Pembelajaran 56
Berterusan dan Pengurusan Maklumat
5.2.5 Tahap Kemahiran Keusahawanan 57
5.2.6 Tahap Kemahiran Beretika dan 58
Moral Profesional
5.2.7 Tahap Kemahiran Kepimpinan 59
5.2.8 Tahap Keseluruhan Tahap Kemahiran Generik 60
5.3 Cadangan 61
5.4 Cadangan Kajian Pada Masa Hadapan 64
5.5 Rumusan 65
BAHAGIAN ENAM
RUJUKAN 66
LAMPIRAN A
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
3.1 Jenis Konstruk dan Bilangan Item 34
Dalam Soal Selidik
4.1 Taburan Jantina Responden 38
4.2 Taburan Keturunan Responden 38
4.3 Jadual Ukuran Tahap Kemahiran Generik 39
4.4 Taburan Tahap Kemahiran Berkomunikasi 40
4.5 Taburan Tahap Pemikiran Kritis dan Kemahiran 41
Menyelesaikan Masalah
4.6 Taburan Tahap Kemahiran Kerja Berpasukan 43
4.7 Taburan Tahap Kemahiran Pembelajaran 44
Berterusan dan Pengurusan Maklumat
4.8 Taburan Tahap Kemahiran Keusahawanan 45
4.9 Taburan Tahap Kemahiran Beretika dan 46
Moral Profesional
4.10 Taburan Tahap Kemahiran Kepimpinan 48
4.11 Analisis Min Keseluruhan Bagi Kemahiran Generik 49
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT
4.12 Graf Palang Taburan Min Keseluruhan 50
Bagi Tahap Kemahiran Generik
SENARAI SINGKATAN
IPT - Institut Pengajian Tinggi
KGM - Kemahiran Generik Mesti
KGT - Kemahiran Generik Tambah
SPSS - Statistical Package For Social Science
S - Setuju
SS - Sangat Setuju
STS - Sangat Tidak Setuju
TP - Tidak Pasti
TS - Tidak Setuju
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Kemahiran generik merupakan dasar dalam hubungan yang kompleks dan ia
digunakan bergantung kepada bagaimana kemahiran ini diajar (Guile,2002). Beliau
menyatakannya dengan melihat kepada dua cara iaitu kemahiran generik dilihat khusus
kepada individu dan kemahiran am diperlukan untuk bekerjasama dalam rutin
persekitaran. Keduanya, kemahiran generik dilihat sebagai hubungan antara individu dan
kerjanya yang digunakan untuk mengubah persekitaran kerja.
Menurut Model Kearns (2001), kemahiran generik pada individu boleh
dikelaskan kepada empat kumpulan iaitu kesediaan bekerja dan sifat bekerja individu,
pengetahuan dalam keusahawanan, kreatif dan inovatif, mempunyai kemahiran
interpersonal dan berfikir serta mempunyai kemahuan untuk belajar. Kemahiran generik
dikenali sebagai keterampilan utama di Australia, kemahiran teras di United Kingdom,
kemahiran tempat kerja di Amerika Syarikat, kemahiran perlu di New Zealand dan hasil
pembelajaran di Kanada.
2
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010 telah dilancarkan oleh
Y.A.B. Datuk Seri Abdullah Bin Hj. Ahmad Badawi pada 16 Januari 2007 di Pusat
Konvensyen Antarabangsa Putrajaya bermatlamat menghasilkan pendidikan berkualiti
untuk semua rakyat Malaysia. Bagi mencapai matlamat ini terdapat 6 teras strategik
yang digariskan untuk memperkukuhkan sistem pendidikan negara. Teras 2 iaitu
„Membangunkan Modal Insan‟ adalah satu usaha melengkapkan diri pelajar dengan
pelbagai kemahiran “hard skills” dan “soft skills” di samping ilmu akademik serta
pengetahuan yang luas bagi mengisi keperluan tenaga kerja negara pada masa hadapan.
Modal insan yang dihasilkan mempunyai jati diri yang kukuh, berketerampilan,
berkeperibadian mulia, berpengetahuan dan berkemahiran tinggi (Pelita Bahasa, Jun
2007).
Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah menyediakan sebuah modul
kemahiran generik untuk dilaksanakan di kolej-kolej ataupun universiti (Modul
Pembangunan Kemahiran Insaniah (Soft Skills), 2006). Tujuan KPT menerapkan
kemahiran ini kepada pelajar universiti adalah sebagai nilai tambah kepada mereka
selain kurikulum dipelajari. Ini bermakna apabila pelajar melanjutkan pengajian ke
peringkat universiti atau institusi lain, pelajar turut didedahkan dengan pelbagai
kemahiran generik yang berguna sepanjang tempoh pengajian.
Bagi menyahut cabaran tersebut,Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah
menetapkan kemahiran dan nilai yang perlu diterapkan kepada para graduan sebagai
persediaan sebelum melangkah ke alam pekerjaan.Antara kemahiran tersebut ialah
kemahiran komunikasi, bekerja dalam kumpulan, penyelesaian masalah, mampu
menyesuaikan diri, pembelajaran sepanjang hayat, keyakinan diri dan etika atau moral
(Buletin P & P, UTM, 2004).Pada tahun 2007,terdapat perubahan dalam senarai Atribut
Graduan UTM melalui kemasukan dua item baru iaitu kemahiran keusahawanan dan
kemahiran kepimpinan menggantikan dua item lama iaitu penyesuaian diri dan
keyakinan diri (Buletin P&P Edisi Jun 2007).
3
1.2 Latar Belakang Masalah
Pembangunan „Modal Insan‟ di institusi pengajian tinggi (IPT) mempunyai lima
gagasan utama iaitu penerapan nilai intelektual universal, pemurnian nilai kebangsaan,
kredibiliti dan keprihatinan sosial, pengantarabangsaan kegiatan pelajar, dan
pemeriksaan patriotisme (Utusan Malaysia).Tengku Mahaleel (2002) berpendapat untuk
penempatan diri dan bersaing di pasaran pekerjaan global pada masa kini, para
graduan tempatan harus mempunyai elemen-elemen kemahiran generik di samping
cemerlang dalam bidang akademik. Menurut beliau lagi, elemen- elemen kemahiran
generik membolehkan seseorang pekerja menggunakan segala ilmu pengetahuan dan
kemahiran yang ada dalam sebarang bidang pekerjaan.
Berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh Malaysia Today (2005), yang
bertajuk “Malaysia Has 60,000 Graduates Unemployed ” kerajaan telah membuat
satu kajian dan mendapati bahawa punca utama 60,000 graduan Malaysia yang masih
menganggur adalah disebabkan kekurangan beberapa kemahiran seperti komunikasi,
lemah dalam menggunakan Bahasa Inggeris dan kurang pengalaman bekerja. Menerusi
dialog antara Kementerian PengajianTinggi dengan majikan di negara ini, ramai
mengatakan graduan universiti tidak diambil kerja kerana tidak memiliki kemahiran
insaniah (Bernama, 2007).
Pasaran kerja pada era globalisasi memerlukan tenaga kerja yang berketerampilan
dan mempunyai daya saing yang tinggi berikutan persaingan yang semakin sengit.
Pencapaian ilmu yang tinggi sahaja tidak mencukupi kerana majikan memerlukan
pekerja yang serba boleh (Berita Harian, 15/03/2006).Dalam merealisasikan agenda
tersebut, kemahiran generik merupakan salah satu kayu ukur yang menjadi medium
untuk mengenalpasti sejauhmana tahap kesediaan pelajar berhadapan dengan cabaran
alaf globalisasi.
4
1.3 Pernyataan Masalah
Universiti adalah sebuah institut pengajian tinggi yang bukan sahaja berperanan
melahirkan tenaga kerja dalam pelbagai bidang pekerjaan, tetapi juga berperanan
membentuk dan mengembangkan sahsiah seseorang insan supaya menggunakan ilmu
serta daya pemikiran bagi menghadapi sebarang bentuk cabaran dalam hidupnya
termasuk menghadapi alam pekerjaan (Abdul Halim, 2007).
Kemahiran generik merupakan suatu elemen yang penting bagi para pelajar untuk
mencapai kecemerlangan diri.Memiliki ijazah semata-mata belum tentu dapat menjamin
peluang pekerjaan yang cerah.Di samping kejayaan dalam akademik ,seseorang graduan
perlu memiliki pelbagai kemahiran agar mereka dapat bersaing bagi menepati dan
memenuhi kehendak pasaran kerja masa kini.
Namun, timbul persoalan tentang sejauhmana para pelajar mengamalkan
kemahiran generik sepanjang bergelar mahasiswa. Kebanyakan kajian yang dijalankan
terhadap kemahiran generik adalah berkaitan dengan kepentingan kemahiran
generik.Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengetahui tahap kemahiran generik
pelajar dari aspek kemahiran komunikasi, pemikiran kritis dan kemahiran
menyelesaikan masalah, kemahiran kerja berpasukan,kemahiran pembelajaran
berterusan dan pengurusan maklumat, kemahiran keusahawanan, kemahiran beretika
dan moral profesional dan kemahiran kepimpinan.
5
1.4 Objektif Kajian
Antara objektif utama kajian ini adalah untuk :
1. Mengenalpasti tahap kemahiran generik pelajar Fakulti Pendidikan UTM
melalui tujuh kemahiran iaitu :
a) Kemahiran Berkomunikasi
b) Pemikiran Kritis Dan Kemahiran Menyelesaikan Masalah
c) Kemahiran Kerja Berpasukan
d) Kemahiran Pembelajaran Berterusan Dan Pengurusan Maklumat
e) Kemahiran Keusahawanan
f) Kemahiran Beretika Dan Moral Profesional
g) Kemahiran Kepimpinan
1.5 Persoalan Kajian
Persoalan yang diutarakan dalam menjalankan kajian ini adalah seperti berikut :
1.5.1 Apakah tahap kemahiran berkomunikasi pelajar Fakulti Pendidikan
UTM.
1.5.2 Apakah tahap kemahiran pemikiran kritis dan kemahiran menyelesaikan
masalah pelajar Fakulti Pendidikan UTM.
1.5.3 Apakah tahap kemahiran kerja berpasukan pelajar Fakulti Pendidikan UTM.
1.5.4 Apakah tahap kemahiran pembelajaran berterusan dan pengurusan
maklumat pelajar Fakulti Pendidikan UTM.
1.5.5 Apakah tahap kemahiran keusahawanan pelajar Fakulti Pendidikan UTM.
6
1.5.6 Apakah tahap kemahiran beretika dan moral profesional pelajar Fakulti
Pendidikan UTM.
1.5.7 Apakah tahap kemahiran kepimpinan pelajar Fakulti Pendidikan UTM.
1.6 Kerangka Teori
Bagi sesuatu kajian,beberapa teori diperlukan sebagai asas kepada perkara yang
ingin dikaji.Kajian mengenai kemahiran generik berdasarkan teori yang diutarakan oleh
Wilding (2007) yang menyatakan bahawa Emotional Intelligence (EI) sebagai soft skills.
Teori Wilding dipilih sebagai asas penyelidikan ini kerana Wilding menjelaskan elemen
kemahiran generik dengan terperinci sebagai kemahiran intrapersonal dan
interpersonal.Teori yang dibawa oleh Wilding berpadanan dengan tafsiran kemahiran
generik dari pelbagai perspektif. Kemahiran generik bukan sekadar dilihat secara fizikal
melalui kemahiran interpersonal, tetapi juga terkandung dalam aspek kemanusiaan,
kerohanian dan spiritual melalui kemahiran intrapersonal seseorang.
Teori Wilding juga menyatakan bahawa kemahiran generik merangkumi unsur-
unsur yang boleh dilihat, diukur dan dinilai melalui percakapan, tindakan dan tingkah
laku seseorang. Kemahiran generik terdiri daripada sikap dan kebolehan yang boleh
dibina dan dibentuk menjadi personaliti dalam diri seseorang.Ringkasnya, Wilding
mentafsirkan kemahiran generik sebagai kebolehan seseorang menjaga perhubungannya
dengan diri sendiri dan hubungannya dengan orang lain. Kemahiran generik hanya
terbina apabila kemahiran interpersonal dan kemahiran intrapersonal ini digabungkan
dengan sempurna.Selain itu,menurut Taksonomi Bloom yang mula diperkenalkan oleh
Benjamin Bloom pada tahun 1956 mengkategorikan kemahiran dan objektif yang ingin
dicapai oleh pelajar kepada 3 domain iaitu kognitif, afektif dan psikomotor. Domain
kognitif digunakan untuk mengukur kemahiran intelektual. Manakala domain afektif
7
digunakan untuk mengukur kemahiran generik, yang telah diterapkan kepada pelajar
melalui penglibatan pelajar dalam persatuan-persatuan dan juga dalam pelbagai
perbincangan secara berkumpulan seperti dalam kursus rekabentuk sistem dan
sebagainya. Domain psikomotor pula bertujuan mengukur kemahiran praktikal dan
teknikal. Kemahiran ini diterapkan melalui proses latihan industri, ujikaji makmal dan
juga lawatan teknikal.
1.7 Kerangka Kajian
Kerangka kajian merupakan gambaran keseluruhan bagi sesuatu kajian yang
dilakukan.Ia berasaskan kepada kerangka teori yang dinyatakan. Menurut KPT (2005),
kemahiran generik melibatkan kemahiran bukan akademik. Secara ringkasnya,
kemahiran generik boleh dibahagikan kepada tiga kategori iaitu:
a. Kemahiran intrapersonal merangkumi elemen pemikiran kritis dan penyelesaian
masalah serta pembelajaran berterusan dan pengurusan maklumat.
b. Kemahiran interpersonal merangkumi elemen kemahiran berkomunikasi, kemahiran
kepimpinan, kemahiran keusahawanan dan kemahiran kerja berpasukan.
c. Etika dan moral.
Setiap elemen diperincikan kepada dua elemen iaitu Kemahiran Generik Mesti
(KGM) dan Kemahiran Generik Tambahan (KGT). KGM merupakan kemahiran yang
mesti dimiliki oleh setiap pelajar IPT. Jika kemahiran ini tiada, pelajar dianggap tidak
kompeten dalam elemen berkaitan. Manakala KGT merupakan nilai tambah kepada
pelajar. Jika kemahiran ini dimiliki oleh pelajar bersama KGM, beliau boleh dianggap
8
memiliki kompeten cemerlang dalam elemen berkaitan.Justeru,melalui kajian ini soal
selidik yang digunakan merangkumi kedua-dua elemen ini dalam setiap
kemahiran.Terdapat tujuh kemahiran generik yang telah digariskan oleh KPT iaitu :
1) Kemahiran Berkomunikasi
Kemahiran berkomunikasi mempunyai lapan item seperti berikut :
KGM -Kebolehan menyampaikan idea dengan jelas, berkesan dan dengan penuh
keyakinan, secara lisan dan bertulis.
KGM -Kebolehan mengamalkan kemahiran mendengar yang aktif dan memberi
maklum balas.
KGM - Kebolehan membuat pembentangan secara jelas dengan penuh keyakinan
dan bersesuaian dengan tahap pendengar.
KGT - Kebolehan menggunakan teknologi dalam pembentangan.
KGT - Kebolehan berunding dan mencapai persetujuan.
KGT - Kebolehan berkomunikasi dengan peserta komunikasi yang mempunyai
budaya berlainan.
KGT - Kebolehan mengembangkan kemahiran komunikasi perseorangan.
KGT - Kebolehan menggunakan kemahiran bukan lisan.
9
2) Pemikiran Kritis dan Kemahiran Menyelesaikan Masalah
Kemahiran berfikir dan kemahiran menyelesaikan masalah melibatkan tujuh item iaitu :
KGM - Kebolehan mengenal pasti dan menganalisis masalah dalam situasi
kompleks dan kabur, serta membuat penilaian yang berjustifikasi.
KGM - Kebolehan mengembang dan membaiki kemahiran berfikir seperti
menjelaskan, menganalisis dan menilai perbincangan.
KGM – Kebolehan mencari idea dan mencari penyelesaian alternatif.
KGT -Kebolehan berfikir melangkau batas.
KGT- Kebolehan membuat keputusan yang berdasarkan bukti yang kukuh.
KGT -Kebolehan untuk bertahan serta memberikan perhatian sepenuhnya terhadap
tanggungjawab yang diberikan.
KGT -Kebolehan memahami dan menyesuaikan diri kepada budaya komuniti dan
persekitaran kerja yang baharu.
3) Kemahiran Kerja Berpasukan
Kemahiran kerja berpasukan melibatkan lima item seperti berikut:
KGM – Kebolehan membina hubungan baik, berinteraksi dengan orang lain dan
bekerja secara efektif bersama mereka untuk mencapai objektif yang sama.
KGM - Kebolehan memahami dan mengambil peranan bersilih ganti antara ketua
kumpulan dan ahli kumpulan.
10
KGM - Kebolehan mengenali dan menghormati sikap, kelakuan, dan kepercayaan orang
lain.
KGT - Kebolehan memberi sumbangan kepada perancangan dan menyelaraskan hasil
usaha kumpulan.
KGT -Bertanggungjawab terhadap keputusan kumpulan.
4 ) Pembelajaran Berterusan dan Pengurusan Maklumat
Kemahiran pembelajaran berterusan dan pengurusan maklumat ini melibatkan tiga item
iaitu :
KGM - Kebolehan mencari dan mengurus maklumat yang relevan dari pelbagai sumber.
KGM - Kebolehan menerima idea baru dan berkeupayaan untuk pembelajaran autonomi.
KGT - Kebolehan mengembangkan minda ingin tahu dan dahagakan ilmu.
5) Kemahiran Keusahawanan
Kemahiran keusahawanan melibatkan empat item seperti berikut :
KGM - Kebolehan mengenal pasti peluang perniagaan.
KGT - Kebolehan merangka perancangan perniagaan.
11
KGT -Kebolehan membina, meneroka dan merebut peluang perniagaan dan
pekerjaan.
KGT - Kebolehan untuk bekerja sendiri.
6) Etika dan Moral Profesional
Etika dan moral profesional melibatkan tiga item iaitu :
KGM - Kebolehan memahami kesan ekonomi, alam sekitar dan sosiobudaya dalam
amalan profesional.
KGM - Kebolehan menganalisis dan membuat keputusan dalam penyelesaian masalah
berkaitan etika.
KGT - Kebolehan mengamalkan sikap beretika, di samping mempunyai rasa
tanggungjawab terhadap masyarakat.
7) Kemahiran Kepimpinan
Kemahiran kepimpinan melibatkan empat item seperti berikut:
KGM - Pengetahuan tentang teori asas kepimpinan .
KGM – Kebolehan untuk memimpin projek.
KGT – Kebolehan untuk memahami dan mengambil peranan bersilih ganti antara
ketua pasukan dan anggota pasukan.
KGT – Kebolehan untuk menyelia anggota pasukan.
12
1.8 Kepentingan Kajian
Kepentingan kepada para pelajar.
Hasil kajian ini dapat membantu pelajar mengenal pasti tahap kemahiran generik
yang ada dalam diri mereka. Kelemahan dalam menguasai kemahiran-kemahiran
tertentu akan dapat dikenalpasti dan diperbaiki sekaligus membantu para pelajar
menyiapkan diri dengan kemahiran-kemahiran yang diperlukan untuk bersaing dalam
alam pekerjaan.
Kepentingan kepada pihak universiti.
Hasil kajian yang diperolehi dapat membantu pihak UTM mendapatkan
maklumat asas mengenai status dan keberkesanan aktiviti terutamanya dalam proses
pengajaran dan pembelajaran.Selain itu,pihak UTM dapat memperbaiki segala
kelemahan program yang telah dirancang bagi mencapai matlamat seperti yang
ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi.Kajian ini juga diharapkan dapat
membantu tenaga pengajar terutamanya pensyarah-pensyarah di Fakulti Pendidikan
menyusun strategi dalam menerapkan kemahiran generik melalui pengajaran serta
aktiviti-aktiviti lain dengan lebih jelas dan efektif.