Ikatan KontrakPSP

  • Upload
    haida

  • View
    234

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

  • 8/19/2019 Ikatan KontrakPSP

    1/3

    IKATAN KONTRAK

    Pegawai dikehendaki menandatangani surat Perjanjian sebelum mengikuti kursus.

    Sekiranya pegawai tidak menyempurnakan dan menandatangani perjanjian ini dalamtempoh yang ditetapkan, maka HLP ini akan ditarik balik . Pegawai akan terikat denganikatan kontrak selama tujuh (7) tahun (bagi Sistem Tertutup) / lima (5) tahun (bagiSistem Terbuka) untuk berkhidmat dengan Kerajaan Malaysia selepas tamat pengajianatau membayar ganti rugi sebanyak RM160,000.00 (bagi Sistem Tertutup) /RM100,000.00 (bagi Sistem Terbuka) sekiranya gagal berkhidmat dalam tempohtersebut.

    TINDAKAN PENALTI KEPADA PEMEGANG BIASISWA DALAM PERKHIDMATAN YANG GAGAL MENAMATKAN PENGAJIAN DENGAN JAYA

    Berkuatkuasa kepada semua pegawai yang memulakan pengajian mulai 1 Januari2010 , Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah menggariskan Dasar PelaksanaanTindakan Penalti Kepada Pemegang Biasiswa Dalam Perkhidmatan Yang GagalMenamatkan Pengajian Dengan Jaya.

    Bagi penerima biasiswa dalam perkhidmatan yang gagal tamat pengajian dengan jaya,tindakan penalti akan dikenakan seperti di bawah.

    Kutipan balik gantirugi akan dibuat sebaik sahaja pegawai ditamatkan penajaan keranagagal menamatkan pengajian dengan jaya.

    BIL. PERKARA PENALTI YANG DIKENAKAN

    1. Masalah disiplin i) Bayaran gantirugi kos sebenar;ii) Pelaksanaan kontrak berkhidmat dengan

    Kerajaan;iii) Tidak layak ditawarkan biasiswa dalam

    perkhidmatan sepanjang tempoh berkhidmatdengan Kerajaan; dan

    iv) Tidak layak dipertimbangkan sebarangbentuk Cuti Belajar di sepanjang tempoh

  • 8/19/2019 Ikatan KontrakPSP

    2/3

    perkhidmatan.

    2. Tarik diri i) Bayaran gantirugi kos sebenar;ii) Pelaksanaan kontrak berkhidmat dengan

    Kerajaan;iii) Tidak layak ditawarkan biasiswa dalam

    perkhidmatan sepanjang tempoh berkhidmatdengan Kerajaan; dan

    iv) Tidak layak dipertimbangkan sebarangbentuk Cuti Belajar di sepanjang tempohperkhidmatan kecuali sebab tarik diri adalahdi atas kepentingan perkhidmatan (yangdapat dibuktikan oleh Ketua Jabatan /

    Perkhidmatan).

    3. Kelemahan akademik i) Bayaran gantirugi sekurang-kurangnya 25%daripada kos sebenar;

    ii) Pelaksanaan kontrak berkhidmat denganKerajaan; dan

    iii) Tidak layak ditawarkan biasiswa dalamperkhidmatan sepanjang tempoh berkhidmatdengan Kerajaan.

    4. Tamat tempoh penajaan i) Bayaran gantirugi sekurang-kurangnya 25%daripada kos sebenar sekiranya gagalmengemukakan bukti tamat dengan jayadalam tempoh satu (1) tahun bagi Sarjana dan dua (2) tahun bagi PhD setelah tamattempoh tajaan rasmi;

    ii) Pelaksanaan kontrak berkhidmat dengan

    Kerajaan;iii) Tidak layak ditawarkan biasiswa dalamperkhidmatan sepanjang tempoh berkhidmatdengan Kerajaan; dan

    iv) Tidak layak dipertimbangkan sebarangbentuk Cuti Belajar di sepanjang tempohperkhidmatan.

  • 8/19/2019 Ikatan KontrakPSP

    3/3

    5. Masalah kesihatan(Penyakit kronik)

    (Penyakit yang disahkansebagai penyakit kronik dantidak sihat untuk meneruskanpengajian oleh PakarPerubatan Kerajaan dan/atauPakar Perubatan yangdiperakukan oleh penaja.)

    i) Tiada tuntutan gantirugi dikenakan;ii) Pelaksanaan kontrak berkhidmat dengan

    Kerajaan; daniii) Tidak layak ditawarkan biasiswa dalam

    perkhidmatan sepanjang tempoh berkhidmatdengan Kerajaan.