Upload
iklimah-sazali
View
263
Download
11
Embed Size (px)
DESCRIPTION
tesis
Citation preview
KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN
MENGENAL HURUF JAWI TAMBAHAN MENGGUNAKAN PERMAINAN LITAR KERETA
DI SEKOLAH KEBANGSAAN SERI BINJAI
DISEDIAKAN OLEH
SITI NURUL IKLIMAH BINTI SAZALI
920709-01-5982
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN HUSSEIN ONN BATU PAHAT
ISI KANDUNGAN
ISI KANDUNGAN.........................................................................................................1
1.0 PENDAHULUAN....................................................................................................3
1.1 LATAR BELAKANG KAJIAN..............................................................................3
1.2 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU.................................3
1.3 RUMUSAN..........................................................................................................5
2.0 FOKUS KAJIAN....................................................................................................6
2.1 FOKUS KAJIAN..................................................................................................6
2.2 TINJAUAN MASALAH........................................................................................7
2.3 TINJAUAN LITERATUR.....................................................................................9
2.4 RUMUSAN........................................................................................................14
3.0 OBJEKTIF KAJIAN DAN SOALAN KAJIAN......................................................15
3.1 OBJEKTIF KAJIAN...........................................................................................15
3.2 SOALAN KAJIAN..............................................................................................15
3.3 RUMUSAN........................................................................................................15
4.0 SUBJEK KAJIAN................................................................................................16
4.1 KUMPULAN SASARAN....................................................................................16
4.2 RUMUSAN........................................................................................................17
5.0 PELAKSANAAN KAJIAN...................................................................................18
5.1 PERANCANGAN LANGKAH TINDAKAN.........................................................18
5.2 PERANCANGAN PELAKSANAAN TINDAKAN...............................................20
5.3 KOS KAJIAN.....................................................................................................21
1
5.4 RUMUSAN........................................................................................................21
6.0 PENGUMPULAN DATA......................................................................................22
6.1 PERANCANGAN PENGUMPULAN DATA.......................................................22
6.2 PERANCANGAN MENGANALISIS DATA.......................................................22
6.3 RUMUSAN........................................................................................................23
7.0 SENARAI RUJUKAN...........................................................................................24
2
1.0 PENDAHULUAN
1.1 LATAR BELAKANG KAJIAN
Pengkaji merupakan seorang guru pelatih Institut Pendidikan Guru Kampus
Tun Hussien Onn. Pengkaji mengambil kursus Program Ijazah Sarjana Muda
Perguruan Pengajian Islam selama empat tahun dan sekarang berada pada tahun
akhir pengajian. Pengkaji telah melaksanakan praktikum ketiga di Sekolah
Kebangsaan Seri Binjai selama tiga bulan. Pengkaji telah mengajar kelas Tahun 3
dan 4.
Pengkaji telah mengenal pasti lima orang murid daripada Tahun 3 yang
mempunyai masalah dalam membaca tulisan Jawi, bagi kemahiran membaca.
Setelah dikenalpasti, masalah ini berpunca daripada pelajar tersebut kerana tidak
mengenal huruf jawi lebih-lebih lagi huruf jawi tambahan. Oleh itu, pengkaji telah
mengambil langkah memperkenalkan kaedah “Litar Kereta” bagi mengatasi masalah
murid tidak mengenali huruf jawi tambahan.
1.2 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU
Selama menjalani praktikum di Sekolah Kebangsaan Seri Binjai, pengkaji
diamanahkan untuk mengajar kelas 3 Mutiara dimana kelas ini merupakan kelas
ketiga daripada tiga kelas untuk Tahun 3. Masalah mengenal huruf merupakan satu
masalah yang dihadapi oleh murid-murid di kelas ini yang lambat menguasai abjad.
Apabila murid-murid ini tidak mengenal huruf maka akan timbul pula masalah lambat
atau tidak boleh membaca. Ini akan menimbulkan masalah kepada murid tersebut
apabila mereka melangkah kaki ke tahun 4 nanti.
Apabila pengkaji mengajar di dalam kelas, pengkaji sering menggunakan
kaedah soal jawab untuk membuat pemerhatian ke atas murid-murid pengkaji
seterusnya membuat penilaian sama ada mereka telah menguasai abjad atau
sebaliknya. Terdapat beberapa orang murid telah menguasai abjad dan telah dapat
membaca ayat-ayat pendek.Yang menjadi masalah ramai murid yang masih belum
menguasai abjad. Apabila pengkaji menyuruh mereka menyebut huruf abjad murid
yang tidak tahu akan mendiamkan diri.
Sebagai seorang guru, pengkaji memerhatikan bahawa murid cenderung
untuk tidak menumpukan perhatian semasa sesi pengajaran dan pembelajaran
3
Pendidikan Jawi berlangsung kerana mereka tidak mampu mengenal huruf jawi
dengan betul. Ini menyebabkan mereka kurang berminat terhadap pembelajaran dan
sekaligus akan menyebabkan wujudnya pelbagai masalah tingkah laku di dalam
kelas contohnya bising semasa guru mengajar, mengganggu rakan sekelas, kerap
pergi ke tandas, bermain-main, membuat kerja lain dan sebagainya.
Pembelajaran berpusatkan murid adalah amat ditekankan untuk memastikan
murid lebih aktif semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Namun begitu,
sekiranya murid tidak mengenal huruf dengan baik, maka segala aktiviti pengajaran
dan pembelajaran yang dijalankan tidak akan mampu untuk memenuhi kehendak
objektif pengajaran yang telah ditetapkan (Azlan Shah Bin Ibrahim, 2012). Oleh itu,
pengkaji perlu memikirkan cara ataupun kaedah yang terbaik dan bersesuaian
dengan murid untuk mengatasi masalah tersebut daripada terus berlaku.
Melalui refleksi kendiri yang pengkaji lakukan berdasarkan masalah tersebut,
akhirnya idea untuk memperkenalkan kaedah “Litar Kereta” telah terhasil bagi
membantu untuk meningkatkan penguasaan pelajar untuk mengenal huruf jawi
tambahan. Ahmad Mohd. Salleh (2004) berpendapat bahawa kaedah permainan
sangat sesuai dijalankan di sekolah rendah memandangkan ianya bersifat lebih
menarik dan praktis.. Oleh itu, pengkaji memikirkan dengan kaedah yang menarik
sebegini, ia bertujuan untuk membantu murid lebih mudah mengingati huruf jawi
terutamanya huruf jawi tambahan.
Tambahan lagi melalui beberapa sumber literatur yang telah diambil sebagai
rujukan kajian, seperti jurnal yang telah dihasilkan oleh Abdul Rahim bin Hamdan
dan Hayazi bin Mohd Yasin (2011) yang menerangkan bahawa “Dalam Proses
pengajaran dan pembelajaran, rangsangan dari pelbagai sumber penting bagi
membina daya kreativiti dan inovasi pelajar. Bahan-bahan terkini perlu disediakan
agar dapat membantu pelajar memahami konsep yang diajar dan sebagai
penyokong kepada pengajaran guru itu sendiri”. Melalui jurnal ini, pengkaji mula
menyedari bahawa “ Rangsangan dari pelbagai sumber” bermaksud bahan bantu
mengajar yang pelbagai yang mana banyak melibat deria pelajar seperti sentuhan,
pendengaran, dan penglihatan.
Justeru pengkaji bertekad untuk menjalankan kajian lanjut mengenai kaedah
“Litar Kereta” dalam mengenal huruf jawi tambahan terhadap murid. dan pengkaji
ingin melihat hasil pencapaian murid apabila mengaplikasikan kaedah ini.
4
1.3 RUMUSAN
Bahagian ini memberi penerangan mengenai latar belakang kajian yang
terdiri daripada dimana dan keatas siapa kajian ini akan dijalankan. ia juga berkaitan
permasalahan yang dihadapi oleh pelajar yang menjurus kepada kajian tindakan.
5
2.0 FOKUS KAJIAN
2.1 FOKUS KAJIAN
Berdasarkan kajian yang telah pengkaji jalankan, pengkaji dapati terdapat
beberapa masalah yang dihadapi oleh murid Tahun 3 Mutiara dalam penguasaan
jawi, namun pengkaji akan memberikan fokus kepada masalah mengenal huruf jawi
tambahan sahaja. Masalah penguasaan jawi di kalangan pelajar menjadi isu yang
hangat diperkatakan. Menguasai setiap kemahiran mengenal huruf adalah wajib bagi
setiap pelajar terutamanya mengenal huruf tunggal jawi.
Pelajar yang tidak mengenal huruf tunggal jawi akan menyebabkan mereka
tertinggal apabila rakan-rakan seusia mereka telah mengikut kemahiran yang lebih
tinggi dan susah. Pelajar akan semakin sukar mengingat kembali apa yang diajar
dan terkeliru dengan adanya huruf jawi tambahan yang hampir sama sebutan dan
bentuknya. Menurut Muhammad Endut (1990) dalam jurnal Akmariah Mamat dan
Sofiah Ismail (2010) pelajar yang tidak dapat menguasai kemahiran membaca dan
menulis jawi akan semakin ketinggalan dalam Pendidikan Islam apabila alat bantu
mengajar yang digunakan oleh guru ditulis dalam tulisan jawi.
Kemahiran dalam mengenal huruf jawi tambahan merupakan salah satu
masalah yang dihadapi oleh murid di peringkat sekolah rendah. Murid menghadapi
banyak kekeliruan dan kesukaran dalam mengenal huruf jawi. Asas untuk menulis
dan membaca adalah dengan mengenal huruf jawi terlebih dahulu. Murid perlu
menguasai kemahiran mengenal huruf untuk memahami dan membuat perkataan
dan seterusnya aras yang lebih sukar iaitu untuk membuat ayat yang lengkap. Tanpa
menguasai asas tulisan jawi iaitu mengenal huruf jawi dengan betul dan tepat, maka
sudah pastinya murid akan menghadapi kesukaran untuk menyebut huruf jawi
terutamanya huruf jawi tambahan yang jarang dilihat dan tiada di dalam al-Quran.
Justeru, ekoran daripada masalah ini pengkaji akan mengambil insiatif untuk
menjalankan kajian tindakan terhadap masalah yang dihadapi agar ianya dapat
diatasi. Pengkaji akan menggunakan kaedah “Litar Kereta” dalam memastikan
penyelidikan pengkaji berjaya. Menurut Ee Ah Meng (1997), Sekiranya murid berasa
seronok ketika menjalankan sesuatu, perkara yang dialami diingati dengan lebih
lama lagi.
6
2.2 TINJAUAN MASALAH
Berdasarkan kepada sesi pengajaran dan pembelajaran yang telah pengkaji
jalankan di kelas 3 Mutiara, pengkaji mendapati bahawa murid di kelas pengkaji agak
bermasalah dalam mengenal huruf jawi. Contohnya apabila pengkaji bertanya
kepada murid tentang berapa banyak murid yang dapat mengenal bentuk huruf jawi
dengan baik, maka hanya sebahagian kecil sahaja yang mengangkat tangan. Selain
itu, apabila pengkaji meminta murid untuk menyebut huruf jawi, ada dalam kalangan
murid yang menunjuk ke arah rakan yang lain. Ini menunjukkan bahawa
permasalahan ini hendaklah ditangani dengan segera agar murid tidak akan
menghadapi kesukaran semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.
Masalah utama murid adalah mereka tidak mampu untuk mengenal huruf jawi
tambahan akibat bentuk yang hampir sama dengan betul. Ini menyebabkan mereka
agak lambat untuk membaca tulisan jawi. Tanpa asas yang kukuh dan persepsi yang
positif terhadap pembelajaran jawi, murid tidak akan berjaya membaca dengan baik.
Oleh itu, sebagai seorang guru, pengkaji haruslah mengubah tanggapan murid
terlebih dahulu terhadap pembelajaran jawi. Pengkaji perlu menyediakan bahan
bantu mengajar yang menarik dan menyeronokkan untuk meningkatkan minat murid.
Minat seseorang murid amat membantu di dalam proses pengajaran kerana mereka
akan menjadi lebih fokus.
Oleh yang demikian, bagi mengetahui dengan lebih tepat tahap penguasaan
murid dalam mengenal huruf jawi tambahan, pengkaji telah melakukan ujian
diagnostik ke atas murid Tahun 3 Mutiara. Tinjauan yang telah pengkaji laksanakan
telah ditunjukkan di dalam jadual dibawah. Setiap kesalahan yang dilakukan oleh
murid akan direkodkan.
Cara Tinjauan Masalah Kumpulan Sasaran Tujuan
Ujian Diagnostik 33 orang murid 3 Mutiara
Mengenalpasti kesalahan
pelajar mengenal huruf
jawi tambahan
Jadual 1 : Tinjauan Masalah
Hasil daripada analisis pemerhatian melalui ujian diagnostik yang telah
dilaksanakan, pengkaji dapati terdapat 5 orang murid yang menghadapi masalah
yang ketara dimana boleh dikatakan tidak dapat menjawab kesemua soalan dengan
betul.
7
Dengan adanya ujian diagnostik yang telah dilaksanakan dapat membantu
pengkaji mengenalpasti bilangan murid yang melakukan kesalahan dan memerlukan
bimbingan dan bantuan. Pengkaji telah menjalankan ujian diagnostik ini ketika
menggantikan ketiadaan guru yang mengajar di kelas tersebut pada hari itu.
Kesempatan yang diberi telah pengkaji gunakan dengan sebaiknya dan ujian
diagnostik dapat dilaksanakan dengan lancar.
Gambar 1: Bukti kesalahan pelajar dalam mengenal huruf jawi tambahan
Berdasarkan masalah yang timbul ini, pengkaji telah membuat keputusan
untuk menggunakan bahan bantu mengajar yang dapat membantu murid belajar
dengan adanya bahan sokongan tambahan. Bagi pengkaji, dengan adanya bahan
sokongan ini mampu menerapkan konsep “belajar sambil bermain”. Konsep belajar
sambil bermain akan membantu pelajar belajar dengan cara yang lebih berkesan
dengan menggunakan bahan bantu/sokongan yang menyeronokkan. Mereka akan
lebih mudah untuk mengingat, dan dapat memahami sesuatu pelajaran dengan
cepat dan bermakna.
Berdasarkan konsep belajar sambil bermain, pengkaji telah memilih untuk
membina bahan bantu mengajar yang dipanggil “Litar Kereta”. Permainan “Litar
8
Kereta” ini disertai dengan gambar dan juga kad huruf. Langkah pertama, pelajar
akan memilih gambar terlebih dahulu. Sebagai contoh gambar cawan. Kemudian
pelajar akan menyebut apakan nama objek yang terdapat didalam gambar. Langkah
yang kedua, pelajar akan menggerakkan kereta mini kearah huruf yang mewakili
sebutan pertama objek. Contohnya cawan . خ→ Langkah ketiga, pelajar akan
mengambil kad huruf yang terdapat didalam kocek huruf. Kad tersebut mengandungi
titik-titik huruf yang perlu disambungkan bagi menguatkan lagi ingatan terhadap huruf
jawi tambahan yang dipelajari.
2.3 TINJAUAN LITERATUR
Kajian ini adalah mengenai kebolehan muridmurid Tahun 3 Mutiara dalam mengenal
huruf jawi tambahan. Oleh sebab itu, pengkaji akan membincangkan tentang
beberapa perkara seperti yang berikut :
a) Teori-teori mengenai tulisan Jawi.
b) Kajian terdahulu berkaitan dengan permainan atau bahan bantu mengajar supaya
pelajar mudah mengenal huruf dan penulisan jawi.
TEORI-TEORI
Menurut Mohamad Anwar Bin Ahmad dalam kajian Penguasaan jawi Di
Kalangan Murid-Murid Tahun Tiga menyatakan salah satu perkara yang berkaitan
dengan agama Islam yang dipelajari oleh murid-murid di peringkat sekolah rendah
ialah pendidikan islam dalam tulisan Jawi. Ianya merupakan aspek komponen yang
ditekankan melalui Kurikulum Pendidikan Islam. Aspek asas Jawi membolehkan
murid mengecam dan membunyikan huruf Jawi iaitu pergerakan mata dan tangan
mengikut bentuk huruf, membentuk huruf Jawi serta membaca sukukata dan
perkataan mudah. Melalui tulisan Jawi juga penerapan nilai-nilai Islam dapat
diperteguhkan. Hal ini adalah disebabkan tulisan Jawi merupakan pendekatan yang
paling baik dalam usaha menerapkan nilai-nilai Islam kepada murid-murid dan
masyarakat selaras dengan cita-cita ‘Falsafah Pendidikan Negara’.
Ustaz Zali bin Muda (1996) kajiannya mendapati bahawa pencapaian dalam
pelajaran Jawi di kalangan murid-murid Darjah Lima adalah sederhana, terdapat
banyak faktor yang mempengaruhi dalam pencapaian tersebut. Dari segi sikap pula,
9
kebanyakan pelajar tergolong dalam kategori sikap tinggi, mencadangkan mereka
mempunyai sikap positif terhadap pelajaran.
Kajian daripada Nik Rosila Nik Yaacob pula menegaskan bahawa kebolehan
membaca dan menulis Jawi amat penting dalam pengajaran dan pembelajaran
Pendidikan Islam. Hal ini kerana bahan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan
Islam sebahagian besarnya ditulis dalam Jawi. Pelajar juga diwajibkan untuk cekap
dan menguasai kemahiran Jawi supaya dapat mempelajari dan membaca al-Quran
dengan lancar. Berdasarkan kajian ini, dicadangkan agar guru-guru Pendidikan Islam
menggunakan kedua-dua bahan tulisan Rumi dan Jawi dalam proses pengajaran
dan pembelajaran agar semua pelajar dapat memahami bahan Pendidikan Islam
yang diajar oleh guru.
Kaedah pengajaran juga boleh dipelbagaikan mengikut keperluan pelajar
yang mempunyai latar belakang keupayaan yang berbeza dalam penguasaan Jawi.
Hal ini bertujuan untuk memudahkan pelajar-pelajar sekolah menengah memahami
pengajaran guru dan memudahkan mereka untuk belajar dengan baik. Untuk
kembali kepada pengajaran Jawi asas adalah sukar dan hampir mustahil kerana
pada peringkat menengah, pelajar seharusnya telah memperoleh kemahiran tersebut
semasa berada di sekolah rendah.
KAJIAN TERDAHULU
Murni binti Hashim dalam kajiannya Meningkatkan Penguasaan Kemahiran
Membaca Dan Menjawikan Perkataan Rumi Murid Tahun 2 Dengan Menggunakan
Sifir Jawi, Jadual Daftar Ejaan Jawi-Rumi Dan Jadual Kelompok Huruf Jawi
mendapati keyakinan diri murid menunjukkan peningkatan yang positif. Murid juga
berkeyakinan dalam memberi respon pengajaran guru terutamanya mengeja,
menyebut perkataan, dan menjawikan. Kajian yang dilaksanakan memberikan
gambaran bahawa sebenarnya murid-murid ini berpotensi untuk menguasai .
Seramai 3 orang daripada 4 orang telah dapat menguasai ejaan, menyebut,
menjawikan dan membina perkataan dengan betul.
Dalam kajian Penggunaan “Kaedah Tiru Macam Pengkaji” Membantu
Menyambung Huruf Jawi Tunggal Dalam Kalangan Murid Tahun 3 yang dibuat oleh
Mardhiyyah binti Md. Sahmilin, beliau menyatakan melalui pelaksanaan kajian
tindakannya, beliau bukan sahaja dapat memperbaiki amalan pengajaran beliau,
tetapi juga dapat membantu murid dalam kemahiran menulis Jawi, khususnya dalam
aspek menyambung huruf Jawi tunggal. Kajian yang dilaksanakannya telah mencipta
10
kaedah untuk memudahkan murid untuk menyambung huruf bagi tulisan Jawi
tunggal.
Kajian yang bertajuk Program peningkatan kemahiran mengenal huruf
dengan menggunakan kaedah kalam (kuasai abjad lantas arif membaca) telah
dilaksanakan oleh Azrini bt Mohamad Radzi ke atas murid prasekolah. Kajian ini
mendapati bahawa pelajar lebih mudah mengenali dan dapat menyebut setiap abjad
dengan mudah.
Satu kajian oleh berkaitan dengan bahan bantu mengajar semasa sesi
pengajaran dan pembelajaran telah dilakukan oleh Abdul Rahim Bin Hamdan dan
Hayazi Bin Mohd Yasin (2011). Beliau menyatakan bahawa ABM memainkan
peranan penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Guru boleh
menyampaikan pelajarannya dengan menarik dan berkesan serta pelajar boleh
memahami pelajaran yang disampaikan oleh guru dengan mudah. Selain itu ia dapat
meningkatkan kefahaman pelajar. Dapatan kajian Muhamad Sobri (2000), mendapati
tanpa ABM pelajar akan sukar memahami isi pelajaran yang di ajar oleh guru.
Selain itu, penggunaan ABM dalam pengajaran menjadikan interaksi dengan
pelajar menjadi lebih aktif dan menjadikan suasana pembelajaran menarik.
Penggunaan ABM juga dapat membantu responden mengawal kelas dengan mudah,
memotivasikan pelajar, menarik minat dan tumpuan pelajar serta menjadikan pelajar
lebih aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Hasil keseluruhan kajian daripada Murni Bt Hashim mendapati bahawa
penggunaan jadual sifir jawi, jadual daftar ejaan jawi-rumi serta jadual kelompok
huruf jawi tersebut terhadap murid-murid kumpulan sederhana ini dapat
meningkatkan pemahaman mereka dari segi konsep dan formula dalam penulisan
jawi. Selain itu, mereka dapat menyambungkan huruf-huruf jawi dengan baik
walaupun terkadang bentuk huruf salah tulis. Bahkan apa yang penting, tanggapan
susah bagi mereka mula berubah.
Setelah bersama-sama dengan murid menjalankan kajian ini, perubahan
sikap kurang berminat, malas, kurang tumpuan dan tidak yakin kepada kemampuan
diri dapat diatasi dengan baik sekali. Ini secara tidak langsung dapat memotivasikan
murid yakin bahawa sesukar mana pun sesuatu topik jika dipelajari dengan teknik
yang betul ia akan menjadi mudah dan seronok dipelajari. Kemahiran mengeja,
membaca dan menulis mereka sebenarnya masih boleh dipertingkatkan asalkan
mereka berusaha dan guru ada sebagai pembimbingnya.
11
Azlan Shah Bin Ibrahim (2012) di dalam kajiannya pula menyatakan
penyelidikan tindakan ini memberikan perubahan positif yang amat menggalakkan
dalam kalangan peserta kajian. Sebelum ini persepsi ataupun pandangan mereka
terhadap pembelajaran jawi adalah agak negatif. Kaedah Permainan Kad Huruf
Bergrafik memberikan mereka peluang untuk mendekati dan lebih memahami dalam
mengenal dan menyebut huruf-huruf jawi yang hampir sama bentuk. Peserta kajian
cenderung untuk keliru terhadap huruf-huruf tersebut memandangkan bentuk huruf
yang hampir sama.
Kaedah permainan yang diperkenalkan menjadikan peserta kajian lebih yakin
terhadap diri sendiri. Pada permulaan permainan, mereka agak ragu-ragu terhadap
kemampuan sendiri. Setelah melibatkan diri secara aktif, pandangan mereka sedikit
demi sedikit berubah. Mereka melibatkan diri secara sepenuhnya dan berusaha
dengan bersungguh-sungguh untuk meningkatkan prestasi masing-masing.
Bagi bahan bantu mengajar, Dalilah Binti Desa (2011) dalam kajiannya telah
memperkenalkan teknik dalil Avu Zar Zad dalam meningkatkan kemahiran menulis
jawi. Teknik Dalil Avu Zar Zad adalah satu formula mudah bagi mengatasi masalah
murid dalam menulis Jawi. Teknik Dalil adalah menggunakan Jadual Kunci Huruf
yang mengandungi huruf-huruf yang mewakili huruf-huruf tunggal Rumi bersamaan
huruf tunggal Jawi. Teknik Avu Zar Zad pula adalah Jadual yang menunjukkan huruf-
huruf Jawi yang boleh disambung dan yang tidak boleh disambung dengan huruf
selepasnya. Huruf hamzah, alif, va, wau, zai, ro, zal dan dal atau dikenali sebagai
Avu Zar Zad adalah huruf-huruf yang tidak boleh disambung. Pada kad, selepas
huruf-huruf ini diletakkan symbol ( - ). Huruf-huruf Jawi selain daripada huruf-huruf
Avu Zar Zad boleh disambung dengan huruf-huruf lain selepasnya. Pada kad, simbol
(+) diletakkan.
Kesannya, murid-murid yang sebelum ini langsung tidak tahu menulis
perkataan Jawi dan tidak tahu menyambung huruf-huruf tunggal mampu
melakukannya dengan penuh keyakinan tanpa memanggungkan kepala mereka
untuk melihat kiri dan kanan bagi mencari jawapan daripada rakan, seperti sebelum
ini. Mereka begitu khusyuk tunduk dan menulis jawapan mereka tanpa ragu-ragu.
Dalam menekankan kaedah permainan, kajian yang telah dilakukan oleh
Mastura bt Hashim, Nurulhuda bt Mohd Tasrif dan Nurulhuda bt Abdul Razak (2009)
telah membuat kajian tentang Penceritaan dan Permainan dalam Proses Pengajaran
dan Pembelajaran. Menurut mereka, pembelajaran yang menggunakan kaedah
penceritaan dan permainan menghasilkan suasana pembelajaran yang menarik dan
12
menyeronokkan kerana dua kaedah ini memberi ruang kepada pelajar untuk
melibatkan diri secara aktif di dalam kelas. Walaupun penceritaan pada dasarnya
dilihatkan berpusatkan pada guru dan berbentuk perkuliahan, sebaliknya ia boleh
dilakukan pengubahsuaian dengan melibatkan penyertaan pelajar dengan cara
beralih peranan di mana pelajar yang akan bercerita berdasarkan pengalaman dan
kefahaman mereka.
Permainan dalam pembelajaran juga mewujudkan suasana pembelajaran
yang tidak membosankan kerana interaksi antara guru dan pelajar sentiasa berlaku.
Permainan yang mencabar dan menguji tahap kognitif pelajar akan mewujudkan
suasana pembelajaran yang aktif dan berdaya saing. Permainan adalah salah satu
strategi guru untuk menarik perhatian pelajar supaya fokus terhadap pembelajaran.
Oleh itu, pengaplikasian kaedah penceritaan dan permainan dalam kelas telah
mencapai salah satu objektif kajian iaitu untuk menggalakkan penglibatan pelajar
didalam kelas kerana melalui penglibatan pelajar ia menunjukkan pelajar fokus dan
tertarik dengan sesi pembelajaran dan pengajaran yang berlangsung.
Selain itu, melalui kaedah penceritaan dan permainan di dalam kelas pelajar
menggalakkan pelajar lebih banyak berfikir dan terus berfikir. Hal ini kerana, melalui
penceritaan, ia bukan sahaja untuk menguji tahap kefahaman pelajar tetapi melatih
pelajar berkomunikasi secara lisan dengan baik. Bercerita menggalakkan minda
pelajar untuk berfikir dan menyusun strategi menyampaikan maklumat. Permainan
juga menggalakkan pelajar untuk berfikir kerana permainan yang menarik
memerlukan pelajar untuk berfikir mencari penyelesaian. Demikian itu, obejektif
kedua kajian adalah untuk mencungkil daya kreativiti pelajar. Berdasarkan dua
kaedah pengajaran tersebut dan pelajar yang kreatif bermula daripada guru yang
kreatif. Oleh itu, guru juga perlu sentiasa kreatif dalam mencipta cerita dan
menghasilkan permainan untuk meningkatkan kefahaman dan merangsang daya
kreativiti pelajar.
Pelajar suka pada sesuatu yang menarik dalam proses pembelajaran mereka
sama ada yang berada dihadapan mereka atau melalui imaginasi mereka. Oleh yang
demikian, dengan mengetengahkan dua pendekatan yang sedia ada ini ia mampu
membantu pelajar untuk berfikir dalam menjana idea. Bagi pelajar yang lemah dan
pemalu, kaedah pemainan mengubah mereka daripada pasif kepada melibatkan diri
dalam aktiviti kelas tanpa ada rasa malu sekiranya jawapan yang diberikan adalah
salah. Sebaliknya, bagi pelajar yang sederhana atau pandai penceritaan boleh
13
mengasah kemahiran mereka berkomunikasi dengan baik dan bukan hanya untuk
memantapkan penguasaan dan pemahaman mereka terhadap pelajaran.
Penceritaan dilihat sebagai satu kaedah lama yang membosankan pelajar,
namun berdasarkan kajian ini penceritaan adalah satu kaedah yang banyak
merangsang minda pelajar dan boleh meningkatkan tahap komunikasi pelajar. Begitu
juga kaedah permainan yang memberi motivasi kepada pelajar untuk berusaha
menguasai pembelajarannya. Usaha guru adalah amat penting dalam memperbaiki
dan meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran terhadap kaedah
penceritaan dan permainan.
2.4 RUMUSAN
Bahagian fokus kajian ini menggambarkan tumpuan kajian dalam
menjalankan penyelidikan tindakan yang menggunakan litar kereta sebagai kaedah
dalam meningkatkan kemahiran murid mengenal huruf jawi tambahan. Tinjauan
literatur dijadikan sebagai rujukan ilmiah yang berkualiti dengan disokong hujah-
hujah dan bukti-bukti daripada hasil kajian yang lepas-lepas. Ia dapat mengukuhkan
dan mendokong kajian yang dijalankan.
14
3.0 OBJEKTIF KAJIAN DAN SOALAN KAJIAN
3.1 OBJEKTIF KAJIAN
OBJEKTIF UMUM
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji kemahiran murid mengenal huruf jawi tambahan menggunakan permainan litar kereta.
OBJEKTIF KHUSUS
Objektif khusus kajian ini dijalankan adalah untuk:
a) Mengenalpasti kesan permainan litar kereta dapat meningkatkan kemahiran murid mengenal huruf jawi tambahan.
b) Mengkaji pelaksanaan permainan litar kereta dapat menarik minat murid dalam mengenal huruf jawi tambahan.
3.2 SOALAN KAJIAN
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk menjawab persoalan kajian berikut:
a) Adakah permainan litar kereta berkesan meningkatkan kemahiran murid mengenal huruf jawi tambahan?
b) Adakah permainan litar kereta dapat menarik minat murid dalam mengenal huruf jawi tambahan?
3.3 RUMUSAN
Jelas dilihat disini bahawa objektif kajian dan persoalan kajian mempunyai
perkaitan antara satu sama lain. Ia juga perlu ditulis dengan isi yang sama Cuma
berbeza pada cara menulis yang bergantung pada tujuannya yang berbeza. Ini
bermaksud objektif yang ditulis bersifat tujuan dan persoalan pula ditulis dalam
bentuk soalan.
15
4.0 SUBJEK KAJIAN
4.1 KUMPULAN SASARAN
Kumpulan sasaran terdiri daripada 5 orang murid Tahun 3 Mutiara di SK Seri
Binjai yang menghadapi masalah dalam mengenal huruf jawi tambahan. Daripada
pemerhatian, mereka adalah kumpulan murid yang paling memerlukan bantuan
untuk meningkatkan kemahiran mengenal huruf jawi tambahan. Pengkaji mengambil
keputusan untuk menjalankan kajian diagnostik ke atas murid-murid yang tidak dapat
mengikuti pengajaran dan pembelajaran melalui kaedah biasa yang dijalankan
selama ini.
Rajah 1 : Graf garis menunjukkan murid yang telah dikenal pasti sebagai responden penyelidikan
16
M1 M3 M5 M7 M9M11
M13M15
M17M19
M21M23
M25M27
M29M31
M330
1
2
3
4
5
6
7
UJIAN DIAGNOSTIK
Skor
MURID
SKO
R
Bilangan Sasaran 5 daripada 33 orang
Jantina 3 lelaki, 2 perempuan
Umur 9 Tahun
Prestasi Akademik 3 Mutiara kelas ketiga daripada 3 kelas
Jadual 2: Kumpulan sasaran kajian tindakan
4.2 RUMUSAN
Kumpulan sasaran yang dipilih adalah berdasarkan dapatan yang diperolehi
daripada ujian diagnostik yang dijalankan. seterusnya, maklumat daripada
responden akan diperoleh melalui temubual, soal selidik, dan beberapa aktiviti yang
dirancang untuk membantu mereka memperbaiki dan meningkatkan kemahiran
mengenal huruf jawi tambahan melalui permainan litar kereta.
17
5.0 PELAKSANAAN KAJIAN
5.1 PERANCANGAN LANGKAH TINDAKAN
Berdasarkan kepada beberapa jenis model kajian tindakan yang telah
dipelajari dan dikenal pasti, pengkaji telah mengambil Model Lewin (1946) dan
Laidlaw (1992) sebagai panduan dalam menjalankan penyelidikan tindakan. Ini
kerana model ini bertepatan dengan kajian yang pengkaji ingin laksanakan.
Model Lewin (1946) dan Laidlaw(1992) merupakan model adaptasi daripada
Model Lewin (1946) dan mengandungi lima peringkat atau langkah, berbeza dengan
Model Kurt Lewin yang mempunyai empat peringkat sahaja iaitu merancang,
bertindak, pemerhatian dan refleksi. Ini kerana Model Lewin mempunyai kelemahan
kerana tidak dapat memberi gambaran secara khusus dalam menjalankan kajian
tindakan. Rajah di bawah menunjukkan proses penyelidikan tindakan dalam Model
Lewin (1946) dan Laidlaw (1992):
18
Berdasarkan Rajah 1, proses kajian tindakan berlaku dalam satu kitaran yang
berterusan melibatkan lima peringkat iaitu peringkat mengenal pasti masalah,
merancang, tindakan, melihat kesan tindakan dan membuat refleksi.
Dalam peringkat pertama, pengkaji telah mengenal pasti masalah dimana
pelajar tidak dapat mengenal huruf jawi tambahan. Bagi mengenal pasti masalah ini,
pengkaji telah membuat kaji selidik semasa di dalam kelas dengan menjalankan soal
jawab secara rawak. Kemudian bagi meneliti dengan lebih tepat, pengkaji telah
menjalankan ujian diagnostik ke atas murid Tahun 3 Mutiara dan mendapati seramai
5 orang yang mempunyai masalah yang paling ketara.
Pada peringkat kedua, pengkaji telah membuat perancangan untuk
menjalankan kajian tindakan ke atas 5 orang pelajar Tahun 3 Mutiara tersebut.
Kaedah yang akan pengkaji gunakan ialah permainan Litar Kereta bagi mengenal
huruf jawi tambahan. Pengkaji juga telah mengenal pasti cara-cara, bahan-bahan
dan sebagainya yang akan digunakan ketika menjalankan kajian tindakan.
Seterusnya pada peringkat ketiga, pengkaji akan melaksanakan tindakan
dengan menggunakan permainan Litar Kereta. Cara permainan Litar Kereta ini ialah,
langkah pertama, pelajar akan memilih gambar terlebih dahulu. Sebagai contoh
gambar cawan. Kemudian pelajar akan menyebut apakan nama objek yang terdapat
didalam gambar. Langkah yang kedua, pelajar akan menggerakkan kereta mini
kearah huruf yang mewakili sebutan pertama objek. Contohnya cawan . خ→
Langkah ketiga, pelajar akan mengambil kad huruf yang terdapat didalam kocek
huruf. Kad tersebut mengandungi titik-titik huruf yang perlu disambungkan bagi
menguatkan lagi ingatan terhadap huruf jawi tambahan yang dipelajari.
Peringkat keempat pula, pengkaji akan melihat kesan tindakan dimana
pengkaji akan memberikan soalan ujian pasca yang sama seperti di peringkat
pertama untuk memerhatikan hasil menggunakan kaedah permainan Litar Kereta.
Jika tiada atau kurang kesalahan, bermakna kajian tindakan pengkaji berjaya
manakala jika kesalahan jawapan tetap sama, maka kaedah yang dilakukan tidak
berjaya dan perlu dinilai semula.
Yang terakhir iaitu pada peringkat kelima, pengkaji akan membuat refleksi
terhadap kaedah yang akan pengkaji laksanakan. Disini, pengkaji akan membuat
analisis terhadap instrumen yang ditadbir bagi mendapatkan hasil dapatan kajian.
Pengkaji juga turut akan menilai dan membuat refleksi tentang kekuatan dan
kelemahan disepanjang pelaksanaan kaedah permainan yang akan pengkaji
19
laksanakan. Seterusnya pengkaji akan memberikan cadangan penambahbaikan
berdasarkan maklum balas yang diperoleh dalam dapatan kajian bagi melihat sejauh
mana objektif yang telah dinyatakan akan tercapai. Dapatan kajian yang diperolehi
akan dijadikan sebagai rumusan kajian dan juga sebgai panduan bagi kajian masa
hadapan.
5.2 PERANCANGAN PELAKSANAAN TINDAKAN
JADUAL PELAKSANAAN PENYELIDIKAN TINDAKAN
Cara mengumpul dan menganalisis data
Tarikh
Feb Mac April Mei Jun Julai Ogos Sept Okt
Mengenal pasti Masalah
Pengumpulan Data
Tinjauan Awal
Menentukan Objektif / Soalan Kajian
Merancang Tindakan
Melaksanakan Tindakan
Membuat Refleksi
Menulis Laporan Kajian
Pembentangan Dapatan Kajian
Penjilidan
Jadual 3 : Pelaksanaan Penyelidikan Tindakan
20
5.3 KOS KAJIAN
BIL. BAHAN UNIT HARGA SEUNIT
JUMLAH
1 KAD BOARD 1 RM 4.50 RM 4.502 GAM 1 RM 3.50 RM 3.503 KERTAS A4 1 RM 10.00 RM 10.004 KERTAS WARNA 5 RM 0.80 RM 4.005 KAD MANILA 1 RM 1.00 RM 1.006 STICKER KERETA 1 RM 1.50 RM 1.50
JUMLAH RM 24.50
Jadual 4 : Kos Bahan Kajian
5.4 RUMUSAN
Kesimpulannya, setiap perancangan dapat dilakukan dengan baik kerana
pengkaji telah mengikut setiap prosedur dan pelan tindakan yang dibina. Setiap data
yang diperolehi dicatat dan direkod untuk dianalisis dan dilaporkan dalam tajuk
pengumpulan data. Setiap permasalahan sepanjang kajian tindakan yang dijalankan
dapat diatasi dengan baik dan berhemah.
21
6.0 PENGUMPULAN DATA
6.1 PERANCANGAN PENGUMPULAN DATA
a) Pemerhatian melalui rakaman video
Dalam kajian ini pemerhatian dijalankan menggunakan rakaman video. Rakaman
video yang dijalankan akan merakamkan aktiviti yang terlibat dalam proses
pengajaran untuk membolehkan penyelidik mengkaji tingkahlaku murid, peranan
penyelidik, menganalisis kekuatan dan kelemahan penyelidik dan seterusnya untuk
membolehkan penyelidik membuat penambahbaikan terus menerus sepanjang
kajian dijalankan. Melalui rakaman video penyelidik boleh menganalisis dan
menjawab persoalan adakah permainan litar kereta berkesan meningkatkan
kemahiran murid mengenal huruf jawi tambahan.
b) Temu bual
Pengkaji telah menjalankan temu bual tidak formal dan tidak berstruktur bersama
beberapa responden kajian pengkaji iaitu guru Pendidikan islam Tahun 3, murid
Tahun 3 Mutiara dan subjek kajian. Temu bual yang dijalankan terhadap subjek
kajian adalah bagi menguji sejauh mana permainan litar kereta dapat menarik minat
pelajar dalam mengenal huruf jawi tambahan.
c) Ujian
Ujian diagnostik akan dijalankan oleh penyelidik untuk mengenal pasti kumpulan
sasaran untuk penyelidikan yang dijalankan. Ujian pra diberi kepada murid sebelum
rawatan menggunakan permainan litar kereta dilakukan. Ujian pra mengandungi
ujian memadankan huruf jawi tambahan rumi kepada jawi. Seterusnya ujian pasca
yang menguji kemahiran murid dalam mengenal huruf jawi tambahan juga akan
diberikan selepas sesi rawatan menggunakan permainan litar kereta.
6.2 PERANCANGAN MENGANALISIS DATA
a) Analisis Rakaman Video
Penyelidik akan memainkan semula rakaman video sesi rawatan berkali-kali dan
membuat analisis melaluinya. Analisis rakaman video dijalankan melalui pendekatan
analisis kandungan. Melalui pendekatan ini penyelidik boleh menganalisis ciri, pola
dan tema yang muncul melalui proses rawatan iaitu permainan litar kereta.
22
Terdapat tiga fokus utama analisis iaitu tingkahlaku murid, peranan permainan litar
kereta dan peranan penyelidik dalam sesi rawatan. Analisis tingkah laku murid boleh
memberi gambaran penglibatan mereka dalam proses pengajaran dan seterusnya
memberi maklumat kepada kaitan penglibatan tersebut kepada peningkatan
keupayaan mereka. Seterusnya analisis rakaman video juga memberi gambaran
bagaimana permainan litar kereta berkesan meningkatkan kemahiran murid
mengenal huruf jawi tambahan dan sekali gus memberi maklumat tentang kekuatan
dan kelemahannya dalam membantu peningkatan prestasi murid.
b) Analisis Temu Bual
Proses temu bual juga telah pengkaji catatkan secara tidak berstruktur. Oleh kerana
tiada rakaman yang dibuat, maka pengkaji telah membuat catatan ringkas ketika
temu ramah dilaksanakan. Seterusnya, isi kandungan dalam temu bual yang penting
dan berkaitan untuk menjawab persoalan kajian dicatat dan dihuraikan lebih
terperinci dalam bentuk penulisan.
c) Analisis Ujian
Dalam kajian ini prestasi murid dalam ujian ditunjukkan oleh markah yang mereka
perolehi dalam ujian pra dan ujian pasca. Markah ujian pra menunjukkan prestasi
mereka sebelum permainan litar kereta dijalankan. Sementara markah ujian pasca
menunjukkan prestasi mereka selepas sesi rawatan permainan litar kereta
dijalankan. Perbezaan kedua-dua markah dalam ujian pra dan ujian pasca
menunjukkan peningkatan dalam prestasi dan menunjukkan keberkesanan
permainan litar kereta tersebut.
6.3 RUMUSAN
Pengumpulan data boleh dilakukan dalam banyak bentuk dan sumber sama
ada fakta yang diperolehi akan dikumpul atau direkod. Bentuk pengumpulan data
yang telah digunakan oleh pengkaji ini telah difikirkan sangat sesuai dan fleksibel
sepanjang proses kajian tindakan dijalankan. Segala data yang diperolehi semasa
pengumpulan data ini membantu pengkaji membuat analisis serta memperoleh
kefahaman baru tentang isu yang sedang dikaji.
23
7.0 SENARAI RUJUKAN
Akmariah Mamat, Sofiah ismail,. (2010). Kaedah Pengajaran Dan Pembelajaran Guru Pemulihan Jawi Di Malaysia. Proceedings of The 4th International Conference on Teacher Education.
Abdul Rahim Bin Hamdan, Hayazi Bin Mohd Yasin,. (2011). Penggunaan Alat Bantu Mengajar (Abm) Di Kalangan Guru-Guru Teknikal Di Sekolah Menengah Teknik Daerah Johor Bahru, Johor. Journal of Social Science.
Ahmad Mohd Salleh. (2004). Pendidikan Islam Falsafah, Sejarah dan Kedah Pengajaran dan Pembelajaran. Shah Alam : Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Azlan Shah Bin Ibrahim. (2012). Permainan Kad Huruf Bergrafik Dalam Kemahiran Mengenal Dan Menyebut Huruf Jawi Yang Hampir Sama Bentuk. Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Pendidikan Islam amb. Januari 2009, Seminar.
Azrina Bt Mohamad Radzi. (2009). Program Peningkatan Kemahiran Mengenal Huruf Dengan Menggunakan Kedah Kalam (Kuasai Abjad Lantas Arif Membaca).
DALILAH BINTI DESA. (2011). MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENULIS JAWI 10 ORANG MURID TAHUN 2 OPTIMIS MENGGUNAKAN TEKNIK DALIL AVU ZAR ZAD.
Ee Ah Meng. (1997). Psikologi Pendidikan ll. Selangor: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Ismail Abbas, Fadzillah Mustapa,. (2007). Pengenalan Pendidikan Islam. Kuala Lumpur: UNITEM Sdn. Bhd.
Mok Soon Sang. (2010). Penyelidikan Dalam Pendidikan Perancangan dan Pelaksanaan Penyelidikan Tindakan. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Mardhiyyah Binti Md.Sahmilin. (2012). Penggunaan "Kaedah Tiru Macam Pengkaji" membantu Menyambung Huruf Jawi Tunggal Dalam Kalangan Murid Tahun 3. Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Pendidikan Islam amb. Januari 2009,, 89-100.
Mohamad Anwar Bin Ahmad. (n.d.). Penguasaan Tulisan Jawi Di Kalangan Murid-Murid Tahun Tiga.
Muhammad Firdaus bin Omar Baki, P. b. (2014). PENGGUNAAN PERMAINAN T.I.M TRAVEL DALAM MEMBANTU MURID MENGINGAT PERISTIWA ISRAK DAN MIKRAJ BAGI TAHUN 5 MARIAM.
Muhamad Sobri Bin Hussin. (2000). Kajian Terhadap Kepentingan Penggunaan Alat Bantu Mengajar Di Sekolah Menengah Teknik. Tesis Sarjana Muda.
24
Murni Binti Hashim. (n.d.). Meningkatkan Penguasaan Kemahiran Membaca Dan Menjawikan Perkataan Rumi Tahun 2 Dengan Menggunakan Sifir Jawi, Jadula Daftar Ejaan Jawi-Rumi Dan Jadual Kelompok Huruf jawi.
Nik Rosila Nik Yaacob. (2007). Penguasaan Jawi Dan Hubungannya Dengan Minat Dan Pencapaian Pelajar Dalam Pendidikan Islam. Jurnal Pendidik dan Pendidikan.
Nurulhuda binti Abdul Razak,, M. N. (2009). Penceritaan dan Permainan dalam Proses pengajaran Dan Pembelajaran. Kajian Tindakan Dalam Pendidikan.
Sharifah Alwiah Alsagoff. (1983). Ilmu Pendidikan : Pedagogi. Selangor: Siri Maktab Perguruan.
Zali Bin Muda. (1996). Faktor-faktor psikologi dan permasalahan dalam pengajaran dan pembelajaran jawi di kalangan murid darjah 5 di Sekolah Kebangsaan Bukit Tunggal, Kuala Terengganu.
25