Upload
dangthuy
View
260
Download
1
Embed Size (px)
Citation preview
1
Seminar Kepustakawanan
Memperkasakan Perpustakaan Melalui Inisiatif Berasaskan Keberhasilan
2015
IMPAK PAMERAN DAN PERKHIDMATAN PANDU LALU TERHADAP PINJAMAN
BUKU BAHARU: KAJIAN BERASASKAN RETURN ON INVESTMENT (ROI)
Shamsudin Ibrahim, Rosnah Yusof, Azmah Ishak, Harith Faruqi Sidek, Norliah Sukarno,
Rohalia Mohd Rohani, Nor Hamsiah Ahmad Hosaini, Fatimah Kamilah Awang, Azhari Sahamir,
Nor Ilyah Othman, Liyana Jasman, Mohd Syamrooz Kamal Mhd Redza.
QIT Pengurusan
Perpustakaan Tun Seri Lanang, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. Selangor
[email protected], [email protected]
ABSTRAK
Perpustakaan UKM telah membeli sebanyak 10,050 naskhah buku bercetak bagi kegunaan para
penyelidik UKM pada 2009-2013. Namun, kajian mendapati hanya 4,864 (48.4%) buku pernah
dipinjam. Masalah ini perlu diatasi kerana kos pembelian buku dianggarkan bernilai RM8.72 juta
berbanding jumlah buku yang pernah dipinjam (RM4.5 juta). Kajian awal dilakukan oleh
pasukan Quality Improvement Team (QIT) Pengurusan mengenai transaksi pinjaman buku
baharu menggunakan pendekatan Return on Investment (ROI) dan Cost Benefit Ratio (CBR).
Beberapa cadangan bagi meningkatkan kadar pinjaman buku telah dibentangkan oleh QIT
Pengurusan kepada Perpustakaan. Dua (2) cadangan telah dilaksanakan oleh Kumpulan Inovatif
dan Kreatif (KIK) KLIK pada 2014/2015 iaitu pameran buku baharu dan perkhidmatan pinjaman
buku secara pandu lalu. Hasil kajian telah membuktikan pameran buku baharu dan perkhidmatan
Pandu-Lalu@PTSL telah meningkatkan transaksi pinjaman daripada 1.6% kepada 46.8% dalam
tempoh sembilan (9) bulan.
Katakunci : pameran, transaksi, pinjaman, buku baharu, Return on Investment (ROI), Cost
Benefit Ratio (CBR), penyusunan, koleksi, perkhidmatan pandu lalu
The Library has purchased 10,050 copies of printed books for UKM researchers from year
2009-2013. Nevertheless, the study found only 4,864 (48.4%) of books were borrowed. This
problem should be overcome due to the fact that the estimated cost of books purchasing is
RM8.72 million compared to the number of books that were borrowed (RM4.5 million). Early
study was conducted by the Management Quality Improvement Team (QIT) regarding the
borrowing transactions using Return on Investment (ROI) and Cost Benefit Ratio (CBR)
methods. Several suggestions in increasing books circulation have been presented by the
Management QIT to the Library. Two (2) suggestions were implemented by
Innovative and Creative Group (ICG) KLIK in 2014/2015 which include new books display and
Drive-Thru@PTSL service. The study has proved that new books display and Drive-Thru@PTSL
service have increased the borrowing transaction rate from 1.6% up to 46.8% in nine (9)
months.
2
Seminar Kepustakawanan
Memperkasakan Perpustakaan Melalui Inisiatif Berasaskan Keberhasilan
2015
Keywords : book display, book transaction, books circulation, new books, Return on Investment
(ROI), Cost Benefit Ratio (CBR), books arrangement, books collection, drive-thru service
PENGENALAN
Perpustakaan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) terletak di Bangi, Selangor. Ia ditubuhkan
pada 18 Mei 1970 dan mempunyai enam (6) buah Perpustakaan Cabang. Perpustakaan induk
UKM dikenali sebagai Perpustakaan Tun Seri Lanang. Pada tahun 2014, koleksi Perpustakaan
UKM telah mencapai 1,181,913 buku/jurnal bercetak, 521,481 buku elektronik, 405,243 bahan
media dan 24,584 jurnal elektronik. Perpustakaan UKM menggunakan sistem Virtua (VTLS)
bagi mengurus proses perolehan, pengkatalogan, pinjaman dan pemulangan buku oleh
pelanggan. Modul sirkulasi dalam sistem Virtua boleh menyimpan data pinjaman yang dikenali
sebagai log transaksi. Justeru, kekerapan pinjaman buku boleh diukur melalui bilangan sirkulasi
atau transaksi yang direkodkan.
Berdasarkan rekod Virtua, jumlah transaksi pinjaman buku bercetak di Perpustakaan Tun Seri
Lanang pada 2013 (243,651) menunjukkan penurunan sebanyak 134,815 berbanding 2012
(378,466). Transaksi bermaksud bilangan kekerapan pinjaman atau pembaharuan pinjaman yang
dilakukan oleh pelanggan. Sekiranya pelanggan meminjam sebuah buku, transaksi akan
direkodkan sekali. Jika pelanggan tersebut memperbaharui pinjaman, maka satu (1) transaksi
yang baharu akan direkodkan. Dengan kata lain, pelanggan yang sama boleh menyumbang sama
ada satu (1) hingga tiga (3) kali transaksi bagi sebuah buku sehinggalah buku tersebut
dipulangkan. Walaubagaimanapun, kekerapan maksima pelanggan boleh membuat pembaharuan
pinjaman buku mungkin berbeza dan tertakluk kepada peraturan yang ditetapkan oleh
perpustakaan masing-masing.
Situasi ini telah mendorong pasukan kualiti Perpustakaan iaitu QIT Pengurusan menjalankan
kajian terhadap pinjaman 10,050 buah buku baharu Koleksi Am – Perpustakaan Tun Seri Lanang
(PTSL) yang dibeli sepanjang tempoh 2009-2013. Kajian mendapati hanya 4,864 (48.4%)
sahaja buku pernah dipinjam. Manakala sebanyak 5,186 (51.6%) buku tidak pernah dipinjam
oleh pelanggan Perpustakaan.
Berdasarkan Analisis Soal Selidik Kajian Kepuasan Pelanggan tahun 2011, beberapa maklum
balas berkaitan kekurangan buku baharu mengikut bidang dan kesukaran mengesan buku di rak
telah dibangkitkan oleh ahli akademik dan pelajar UKM. Berdasarkan ujicuba pencarian dan
pinjaman buku, didapati memerlukan purata masa 35 minit. Perkara ini telah menyumbang
kepada masalah buku baharu tidak dipinjam oleh pelanggan. Masalah ini perlu diatasi kerana
jumlah pelaburan yang telah dibelanjakan bagi pembelian 10,050 buku baharu tersebut
dianggarkan bernilai RM8.72 juta berbanding jumlah buku yang pernah dipinjam dianggarkan
sebanyak RM4.5 juta. Walaupun bilangan pinjaman buku merupakan faktor luar kawalan,
perpustakaan seharusnya melihat pendekatan yang lebih inovatif dan kreatif bagi memastikan
peranan dan fungsi dalam membangunkan koleksi dan menyediakan kemudahan sumber
maklumat yang berkesan dapat dicapai.
3
Seminar Kepustakawanan
Memperkasakan Perpustakaan Melalui Inisiatif Berasaskan Keberhasilan
2015
TINJAUAN LITERASI
Kebanyakan perpustakaan akademik sedar bahawa buku bercetak yang dibeli untuk menyokong
keperluan pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan di Universiti merupakan sumber maklumat
yang penting. Kepesatan teknologi maklumat telah menyebabkan buku elektronik banyak
diterbitkan namun ia belum 100% dapat menggantikan kepentingan buku koleksi buku bercetak
bagi kebanyakan pelajar Universiti. Dalam tinjauan yang dilakukan, ramai pelanggan tidak sedar
mengenai koleksi buku elektronik yang terdapat di perpustakaan mereka. (Noorhidawati
Abdullah & Gibb, 2006). Kajian lepas juga mendapati penggunaan buku elektronik adalah
rendah (Roesnita Ismail and Zainab Awang Ngah 2005; Noorhidawati Abdullah & Gibb, 2006).
Kajian oleh Gregory (2008) menyatakan 66% pelajar prasiswazah di Cincinnati, Ohio memilih
buku bercetak berbanding buku elektronik untuk keperluan pengajian mereka. Sekiranya buku
bercetak tidak dapat diperolehi, 89% pelajar boleh menggunakan buku elektronik.
Walaupun pembelian buku bercetak terus dilakukan setiap tahun, perpustakaan akademik
berhadapan dengan masalah buku yang tidak dipinjam. Menurut Cheung, Chung, dan Nesta
(2011), data sirkulasi bagi perolehan buku pada tahun 1995-2009 di Lignan University, Hong
Kong menunjukkan, tidak semua buku yang diperolehi oleh perpustakaan dipinjam. Kadar
pinjaman pula akan meningkat selepas enam (6) atau tujuh (7) tahun ia berada dalam koleksi.
Analisis yang dilakukan oleh Rose-Wiles (2013) terhadap sirkulasi buku di Seton Hall
University Libraries menggunakan WorldCat dan Voyager mendapati hanya 21.% buku dipinjam
sepanjang 2005 dan 2009 dan berbeza mengikut bidang.
Breslin & McMenemy (2006) pula telah menyenaraikan beberapa faktor kemerosotan pinjaman
buku bercetak di perpustakaan seperti kekinian koleksi; lokasi, peraturan dan waktu operasi
perpustakaan; minat membaca; keupayaan pelanggan membeli buku sendiri serta faktor
kekurangan masa.
Di kebanyakan perpustakaan akademik, masalah peruntukan yang merosot termasuklah kuasa
beli yang semakin berkurangan menyebabkan perbelanjaan secara berhemat amat dititikberatkan.
Justeru, setiap pelaburan yang dilakukan perlu diukur dengan berkesan. Kemerosotan bilangan
pinjaman buku menyebabkan perpustakaan sukar untuk mencapai pulangan atas pelaburan yang
telah dibuat. Return On Investment (ROI) diterangkan oleh Bodycomb & Baglivo (2012)
sebagai peratus ‘kadar pulangan’ (benefit sama ada untung atau rugi ) berbanding dengan jumlah
pelaburan (kos perbelanjaan) yang dikeluarkan.
Kegiatan promosi yang berkesan serta penawaran perkhidmatan baharu sebagai nilai tambah
boleh membantu meningkatkan bilangan buku perpustakaan. Kajian oleh Rosiah Hamzah,
Shamala Devi dan Selvarajah (2009) mendapati jumlah jualan buku ilmiah terbitan MARDI bagi
lima (5) pameran teratas telah mencapai 61-85% daripada keseluruhan hasil jualan pada tahun
2005-2007. Camacho (2014) pula telah berjaya meningkatkan peratus pinjaman buku di Brigham
Young Universities Harold Lee Library sebanyak 58% apabila melaksanakan pameran buku
dalam bidang ekonomi.
4
Seminar Kepustakawanan
Memperkasakan Perpustakaan Melalui Inisiatif Berasaskan Keberhasilan
2015
Penggunaan ICT seperti Quick Response (QR) Codes juga boleh diintegrasikan dalam pameran
buku baharu. Ia telah digunakan dengan berkesan di Jepun dan Eropah bagi tujuan promosi dan
penyebaran maklumat. QR Code ialah sistem pengekodkan dua dimensi (dimensi menegak dan
melintang) bagi menyimpan lebih banyak maklumat berbanding barkod satu (1) dimensi (Baker
2010). QR Codes boleh menyimpan teks, nombor, dan alamat web (URL) dan boleh diimbas
oleh aplikasi telefon pintar. Reese (2014) telah membuat pameran buku elektronik di The
Discovery Park Library of the University of North Texas dengan menampal kulit buku dan QR
Code pada kotak kayu yang asalnya digunakan dalam kerja-kerja penyusunan buku. Kotak kayu
tersebut yang dikenali sebagai book dummies diubahsuai untuk menarik perhatian pelanggan
membaca atau meminjam buku.
Lokasi pameran buku yang strategik juga boleh menyumbang kepada peningkatan pinjaman
buku. Jones et al. (2011) berjaya meningkatkan bilangan sirkulasi buku kepada 60% dengan
menyusun rak pameran di lobi serta menyediakan penanda arah dan petunjuk dalam bentuk
digital dan bercetak di James Madison University East Campus Library. Selain itu, susun atur
pameran yang berkesan dapat mengatasi masalah kesukaran menyusun buku, memberi
keselesaan untuk mencari dan menyemak kandungan dan akhirnya meningkatan kepuasan
pelanggan (Bezawada, 2009).
Penawaran perkhidmatan pinjaman buku secara pandu lalu (drive-thru) amat berkesan dalam
mengatasi masalah kekurangan parkir di perpustakaan. Ia juga boleh menjimatkan masa
pelanggan kerana tidak perlu masuk ke perpustakaan, membuat carian buku menggunakan
katalog dalam talian, carian di rak buku dan membuat pinjaman buku menggunakan mesin layan
diri atau pinjaman secara manual. McMenamin (2000) telah menyenaraikan beberapa contoh
perpustakaan yang telah melaksanakan perkhidmatan secara drive-thru. Sebagai contoh, pada
Julai 1998, Harford County Public Library telah menyediakan drive-thru di mana kakitangan
mereka bertugas selama dua (2) jam di sebelah pagi dan petang. Pada bulan pertama ia
diperkenalkan, seramai 670 pelanggan telah menggunakan perkhidmatan tersebut. Kemudian ia
telah meningkat kepada 4,300 pelanggan sebulan dan perkhidmatan dibuka mulai 8 pagi hingga
8.30 malam. Antara perkhidmatan yang ditawarkan di kaunter drive-thru termasuklah meminjam
buku yang telah ditempah, memulangkan buku serta membayar denda lewat.
PAMERAN BUKU BAHARU DAN PERKHIDMATAN PANDU-LALU@PTSL
Melalui aktiviti perbincangan dalam kumpulan dan penandaarasan, KIK KLIK telah
melaksanakan kaedah pameran buku baharu yang kreatif berdasarkan langkah berikut;
i. Penyediaan senarai buku baharu (sampel projek)
Kumpulan telah mendapatkan senarai buku baharu Koleksi Am-PTSL daripada Unit
Sistem dan Teknologi Maklumat dan pasukan QIT Pengurusan Perpustakaan. Senarai ini
mengandungi 1,022 (10.2%) daripada keseluruhan populasi (10,050) buku baharu dalam
5
Seminar Kepustakawanan
Memperkasakan Perpustakaan Melalui Inisiatif Berasaskan Keberhasilan
2015
pelbagai bidang seperti di Rajah 1. Pemilihan sampel projek dibuat berdasarkan panduan
berikut;
a. Buku yang dibeli sepanjang tahun 2012-2013 yang berada di rak Koleksi Am-
PTSL
b. Jika judul mempunyai beberapa naskhah, hanya satu (1) naskhah dipamerkan.
c. Jika buku berjilid (volume), kesemua jilid dipamerkan dalam set lengkapnya.
Rajah 1: Sampel projek mengikut bidang
ii. Tempoh pameran
Tempoh pameran bagi buku baharu yang dibeli pada 2012 dan 2013 ditetapkan selama
tiga (3) bulan bermula Oktober 2014 hingga 31 Disember 2014. Sepanjang tempoh
tersebut, promosi buku baharu digiatkan melalui laman web Perpustakaan UKM dan
Universiti, surat pekeliling kepada Fakulti, Institut dan Pusat, papan buletin digital dan
bercetak, bunting dan sebagainya. Buku baharu yang dibeli pada 2014 dan 2015
dipamerkan sehingga 31 Disember 2015. Bagi tujuan ini, QR Code yang berbeza telah
dicetak dan ditampal mengikut mengikut batch pameran.
iii. Laman web buku baharu
Web buku baharu http://www.ukm.my/ptsl/newbook diwujudkan bagi memudahkan
pelanggan menyemak senarai buku baharu mengikut bidang seperti di Rajah 2. Sehingga
artikel ini ditulis, web ini telah mempunyai 4,263 judul buku baharu Koleksi Am-PTSL
bagi tahun 2012-2016. Senarai buku diekstrak daripada Sistem Virtua oleh Unit Sistem
dan Teknologi Maklumat.
6
Seminar Kepustakawanan
Memperkasakan Perpustakaan Melalui Inisiatif Berasaskan Keberhasilan
2015
Rajah 2: Laman web buku baharu
iv. Teknik susunan buku
Teknik susunan buku mengikut subjek yang santai dan menarik telah dipraktiskan oleh
syarikat jualan buku seperti Syarikat MPH dan Syarikat Kinokuniya bagi mengalakkan
jualan seperti di Rajah 3. Ia berbeza dengan amalan di Perpustakaan UKM sebelum ini di
mana, buku baharu Koleksi Am PTSL disusun mengikut nombor panggilan yang
ditetapkan di rak Koleksi Am PTSL aras 5 Perpustakaan. Teknik penyusunan buku secara
konvensional ini menyebabkan buku baharu bercampur dengan buku lama, sukar dikesan
dan tidak menarik. Teknik susunan buku di MPH dan Kinokuniya telah diaplikasikan
seperti di Rajah 4.
Rajah 3: Pameran dan jualan buku di MPH dan Kinokuniya
7
Seminar Kepustakawanan
Memperkasakan Perpustakaan Melalui Inisiatif Berasaskan Keberhasilan
2015
Rajah 4: Pameran buku baharu di lobi Aras 4 Perpustakaan Tun Seri Lanang
v. Pengumpulan buku baharu untuk pameran
Proses mengesan dan memindahkan buku dari rak asal dilakukan berdasarkan senarai
1,022 sampel buku. Buku tersebut dipindahkan ke lokasi pameran. Hasil pameran
menunjukkan impak yang sangat positif, langkah seterusnya ialah pemindahan
keseluruhan buku baharu dari rak Koleksi Am PTSL ke lokasi pameran.
vi. Rekod lokasi dalam Sistem Virtua
Selepas kerja pemindahan buku dilakukan ke lokasi pameran, senarai sampel buku yang
mempunyai maklumat unik iaitu item barcode number dimajukan kepada Pegawai IT di
Pusat Teknologi Maklumat UKM yang menyelaras kerja-kerja teknikal dalam sistem
Virtua. Dua kod lokasi baharu diwujudkan iaitu (1) BUKU BAHARU – P. TUN SERI
LANANG (ARAS 4) dan (2) BUKU BAHARU [TRANSIT] - P. TUN SERI LANANG.
Pertukaran lokasi baharu dalam Virtua dapat dilakukan secara automatik dengan bantuan
Pegawai IT berkenaan (Rajah 5)
Rajah 5: Skrin pertukaran lokasi buku baharu dalam Sistem Virtua
8
Seminar Kepustakawanan
Memperkasakan Perpustakaan Melalui Inisiatif Berasaskan Keberhasilan
2015
vii. Penampalan ‘pink spot’
‘Pink spot’ ditampal (Rajah 6) di atas pelekat nombor panggilan buku bagi memudahkan
kakitangan mengenalpasti dan menyusun semula buku di lokasi pameran selepas ia
dipinjam oleh pelanggan dalam tempoh yang ditetapkan.
Rajah 6: Penampalan ‘pink spot’
viii. Penampalan ‘QR Code’
Kumpulan memohon QR Code dari Unit Sistem dan Teknologi Maklumat Perpustakaan.
Penggunaan kertas khas berpelekat membolehkan QR Code mempunyai saiz yang
seragam dan mudah ditampal pada penjuru atas-kanan kulit buku atau mana-mana ruang
mengikut kesesuaian (Rajah 7). Maklumat yang disimpan dalam QR Code ialah pautan
kepada web buku baharu mengikut subjek. Maklumat tambahan iaitu ‘Buku Baharu
sehingga 31/12/2014’ juga dapat membantu kakitangan mengenalpasti ia adalah sampel
buku yang dipamerkan.
Rajah 7: Penampalan ‘QR Code’
9
Seminar Kepustakawanan
Memperkasakan Perpustakaan Melalui Inisiatif Berasaskan Keberhasilan
2015
ix. Lokasi pameran yang strategik
Untuk meningkatkan visibiliti pameran dan menarik perhatian pelanggan, lokasi pameran
yang dipilih adalah di lobi Aras 4 Perpustakaan Tun Seri Lanang. Kedudukan pameran
adalah strategik kerana ia merupakan laluan utama pelanggan. Pameran juga berdekatan
dengan mesin pinjaman buku layan diri, kaunter pinjaman buku secara manual, kaunter
Meja Penasihat Pembaca dan kaunter Unit Perkhidmatan Pelanggan yang menguruskan
bayaran denda lewat, perkhidmatan Sistem Pembekalan Penerbitan dan sebagainya.
(Rajah 8 dan Rajah 9). Pemilihan lokasi ini adalah di luar kelaziman kerana kedudukan
buku baharu yang asal ialah di rak Koleksi Am PTSL di aras 5 yang disusun bersama
buku lama.
Rajah 8: Kaedah penyusunan buku baharu di Lobi Aras 4, Perpustakaan.
Rajah 9 : Kaedah penyusunan buku baharu di Lobi Aras 4, Perpustakaan.
x. Perkhidmatan pinjaman buku secara Pandu-Lalu@PTSL (Drive-Thru@PTSL)
Bagi mengalakkan pinjaman buku baharu, Kumpulan KIK KLIK memperkenalkan
perkhidmatan pinjaman buku secara pandu lalu (drive-thru). Berdasarkan hasil tanda
aras, Perpustakaan UKM merupakan perpustakaan akademik pertama di Malaysia yang
menyediakan perkhidmatan ini. Pandu-Lalu@PTSL dilaksanakan kerana masalah
10
Seminar Kepustakawanan
Memperkasakan Perpustakaan Melalui Inisiatif Berasaskan Keberhasilan
2015
kekurangan parkir di perpustakaan yang merupakan antara punca kemerosotan kunjungan
ahli akademik dan pelajar ke perpustakaan. Ia didapati menjimatkan masa kerana buku
yang ditempah lebih awal oleh pelanggan akan diserahkan di kaunter pandu lalu selepas
sesi temujanji diadakan. Buku tersebut akan dipinjamkan oleh kakitangan perpustakaan
bagi pihak pelanggan berdasarkan rekod tempahan di http://goo.gl/forms/A5HtKlxrCY.
Slip pinjaman buku beserta borang pengesahan penerimaan akan diserahkan kepada
pelanggan (Rajah 10)
Rajah 10: Penyerahan buku kepada pelanggan di lokasi Pandu-Lalu@PTSL
ANALISIS DATA PINJAMAN BUKU BAHARU (SEBELUM & SELEPAS BUKU
DIPAMERKAN)
Taburan sampel projek sebanyak 1,022 naskhah buku mengikut bidang seperti di Jadual 1. Kos
pembelian buku ialah RM334,697.00 atau purata RM327.50 seunit. Buku ini dikeluarkan
daripada rak asalnya ke lokasi pameran.
Bidang Bilangan Buku Peratus (%)
Industries 117 11
Science 116 11
Education 68 7
Language 78 8
Technology 49 5
Medicine 51 5
Sociology 45 4
Finance 48 5
Family 48 5
Commerce 126 12
Others 276 27
Jumlah 1022 100%
Kos (RM) RM334,697.00
Jadual 1: Bilangan dan peratus buku mengikut bidang yang
digunakan sebagai sampel projek
11
Seminar Kepustakawanan
Memperkasakan Perpustakaan Melalui Inisiatif Berasaskan Keberhasilan
2015
Bilangan judul yang dipinjam dan bilangan tranksasi pinjaman disemak menggunakan modul
sirkulasi dalam sistem maklumat bersepadu Perpustakaan iaitu Sistem Virtua.
Sejak Januari 2012 hingga Februari 2014 (26 bulan), hanya 442 buah buku (43.3%) telah
dipinjam daripada keseluruhan 1,022 sampel buku baharu yang dibeli pada tahun 2012 dan 2013.
Manakala berbaki 56.7% (580 buku) tidak dipinjam oleh pelanggan. Secara purata dalam tempoh
26 bulan, hanya 16 buah buku (1.6%) dipinjam setiap bulan.
Sebagai contoh, pada Mei 2014 (sebelum pameran dilaksanakan) hanya 16 (1.6%) buah buku
telah dipinjam seperti di Jadual 2.
Bidang Judul
Keseluruhan
Jumlah
Dipinjam
Peratus
Pinjaman (%)
Industries 117 2 1.7
Science 116 2 1.8
Education 68 1 1.5
Language 78 2 2.6
Technology 49 0 0.0
Medicine 51 1 2.0
Sociology 45 0 0.0
Finance 48 2 4.3
Family 48 0 0.0
Commerce 126 0 0.0
Others 276 6 2.2
Jumlah 1,022 16 1.6
Jadual 2: Bilangan dan peratus buku yang dipinjam
mengikut bidang pada Mei 2014 (sebelum pelaksanaan pameran buku baharu)
Sasaran Peningkatan Peratus Pinjaman
Semasa menetapkan sasaran peratus pinjaman buku baharu, Kumpulan KIK KLIK membuat
penandaarasan melalui emel dan panggilan telefon ke Perpustakaan Universiti Putra Malaysia,
Perpustakaan Universiti Teknologi MARA, Perpustakaan Universiti Malaya dan Perpustakaan
Universiti Sains Malaysia. Walaubagaimanapun, tiada penetapan sasaran peratusan pinjaman
buku baharu ditetapkan oleh Perpustakaan tersebut. Sasaran akhirnya ditetapkan kepada
meningkatkan peratusan pinjaman buku daripada 1.6% sebulan kepada 4.8% sebulan
berdasarkan purata pinjaman buku sebulan dan disokong dengan hasil kajian yang dilakukan
oleh Camacho (2014).
Perbandingan keputusan menunjukkan pameran buku baharu telah berjaya meningkatkan jumlah
transaksi buku. Secara purata, hanya 61 transaksi buku dipinjam sebulan sebelum dipamerkan.
Setelah dipamerkan, bilangan transaksi meningkat kepada sekurang-kurangnya 138 (Mei 2015)
12
Seminar Kepustakawanan
Memperkasakan Perpustakaan Melalui Inisiatif Berasaskan Keberhasilan
2015
hingga 478 (Nov 2014) transaksi seperti ditunjukkan dalam Jadual 3 atau purata transaksi 246
buku sebulan.
Purata Transaksi Buku
(Sebelum Pameran)
BilanganTransaksi Buku
(Selepas Pameran)
Bulan
Bil.
Transaksi Bulan Bil. Transaksi
Feb 2014 61 Nov 2014 478
Mar 2014 61 Dis 2015 453
Apr 2014 61 Jan 2015 283
Mei 2014 61 Feb 2015 171
Jun 2014 61 Mac 2015 182
Jul 2014 61 Apr 2015 153
Ogo 2014 61 Mei 2015 138
Sep 2014 61 Jun 2015 197
Okt 2014 61 Jul 2015 160
Jumlah 549 Jumlah 2215
Jadual 3: Perbandingan transaksi buku yang dipinjam
sebelum dan selepas pameran dilaksanakan
Manakala Jadual 4 menunjukkan pencapaian sasaran yang ditetapkan oleh Kumpulan KIK KLIK
iaitu meningkatkan peratus pinjaman kepada 4.8% sebulan. Malahan pencapaian peratusan
tertinggi telah direkodkan pada bulan Nov 2014 (46.8%) dan peratusan terendah pada Mei 2015
(13.5%).
Purata Judul Buku Dipinjam
(Sebelum Projek)
Bilangan Judul Buku Dipinjam
(Selepas Projek)
Bulan
Peratus
Sasaran (%) Bulan
Peratus
Pencapaian (%)
Feb 2014 4.8 Nov 2014 46.8
Mar 2014 4.8 Dis 2015 44.3
Apr 2014 4.8 Jan 2015 27.7
Mei 2014 4.8 Feb 2015 16.7
Jun 2014 4.8 Mac 2015 17.8
Jul 2014 4.8 Apr 2015 15.0
Ogo 2014 4.8 Mei 2015 13.5
Sep 2014 4.8 Jun 2015 19.3
Okt 2014 4.8 Jul 2015 15.7
Jadual 4: Peratus pencapaian pinjaman buku baharu
dan selepas pameran dilaksanakan
13
Seminar Kepustakawanan
Memperkasakan Perpustakaan Melalui Inisiatif Berasaskan Keberhasilan
2015
Impak dan keberkesanan pameran juga dapat ditunjukkan seperti di Rajah 11.
Rajah 11: Geraf Transaksi Pinjaman (Secara Terkumpul) dan Peratus Pencapaian
Pinjaman Buku Baharu (Nov 2014 – Julai 2015)
RETURN ON INVESTMENT (ROI) DAN COST BENEFIT RATIO (CBR)
Semasa mengira impak pinjaman buku, formula dan e-kalkulator Return on Investment (ROI)
dan Cost Benefit Ratio (CBR) yang dibangunkan oleh The National Network of Libraries of
Medicine (NN/LM), Mid Continental Region http://nnlm.gov/mcr/evaluation/roi.html telah
digunakan sebagai rujukan dan tandaaras. Kalkulator elektronik juga telah digunakan oleh
Aphrodite Bodycomb & Megan Del Baglivo (2012) bagi mengira ROI dan CBR.
Formula pengiraan ROI ialah ;
[(Jumlah benefit – jumlah kos) / jumlah kos] x 100
Bagi mendapatkan CBR, pengiraan ‘jumlah kos’ adalah ;
Bajet buku bercetak + (bayaran gaji pekerja x peratus masa digunakan untuk memproses
buku baharu)
Manakala formula pengiraan benefit bersamaan ;
(bilangan pinjaman x harga buku) + [pendapatan pelanggan / bilangan jam bekerja atau
belajar dalam sehari] x (bilangan pinjaman x masa dijimatkan per pinjaman)
Apabila indikator dalam setiap medan e-kalkulator telah dilengkapkan, e-kalkulator ini akan
mengira jumlah ROI dan CBR secara automatik. Bagi tujuan ini, maklumat asas perlu disediakan
478
9311214
13851567 1720 1858
20552215
40 42
54
64 6568 69
72 73
0
10
20
30
40
50
60
70
80
0
500
1000
1500
2000
2500
NOV DIS JAN FEB MAC APR MEI JUN JULAI
Per
atu
s P
inja
man
(%
)
Bila
nga
n T
rasa
ksi (
Pin
jam
an)
Pinjaman Buku Baharu Secara Kumulatif (Terkumpul)
14
Seminar Kepustakawanan
Memperkasakan Perpustakaan Melalui Inisiatif Berasaskan Keberhasilan
2015
seperti di Jadual 5. Beberapa perubahan ke atas formula dan parameter telah dilakukan mengikut
kesesuaian kajian.
Indikator Sebelum Pameran
(Feb 2014 – Okt 2014)
Selepas Pameran
(Nov 2014 – Julai 2015)
Purata pendapatan pelanggan
dalam setahun
RM 36,094.00 RM 38,750.00
(+ 5%)
Purata jam bekerja pelanggan
dalam setahun
2,304 jam 2,304 jam
Bajet Perpustakaan untuk
bayaran gaji tiga
pustakawan/enam kakitangan
RM 42,000.00 RM 44,100.00
(+ 5%)
Bilangan transaksi (pinjaman)
buku
549 transaksi 2,215 transaksi
Purata harga buku
di pasaran bagi sampel 1,022
RM 328.00 RM 328.00
Purata penjimatan masa
pelanggan
bagi setiap buku yang dipinjam
dalam masa 1 jam
0.25 jam
(jimat 15 minit)
0.75 jam
(jimat 45 minit)
Bajet pembelian sampel 1,022
buku
RM 334,697.00 RM 334,697.00
Peruntukan masa kakitangan yang
menguruskan buku
0.14
(14%)
0.14
(14%)
Jadual 5 : Indikator yang digunakan dalam Kalkulator Elektronik bagi Pengiraan ROI dan
CBR dalam tempoh 9 bulan (sebelum dan selepas pameran dilaksanakan)
Hasilnya, perbandingan pencapaian Cost Benefit Ratio (CBR) selepas pameran dijalankan ialah
bagi setiap RM1.00 telah berjaya menjana manfaat (benefit) sebanyak RM2.20. Pencapaian
dalam kiraan Return On Investment (ROI) selepas pameran ialah 120%.
Ini berbeza bagi pencapaian CBR sebelum pameran ialah bagi setiap RM1.00 yang dibelanjakan,
manfaat yang diterima ialah RM0.54 atau dengan erti kata lain ia menyebabkan kerugian
sebanyak RM0.46. ROI sebelum pameran adalah bersamaan -46%. Ia dapat dilihat pada Jadual
6.
Perkara Sebelum Pameran
(Feb 2014 – Okt 2014)
Selepas Pameran
(Nov 2014 – Julai 2015)
Cost Benefit Ratio (CBR) 0.54 : 1 2.20 : 1
Return On Investment (ROI) - 46 % 120 %
Jadual 6 : Perbandingan Pencapaian CBR dan ROI
sebelum dan selepas pameran dilaksanakan
15
Seminar Kepustakawanan
Memperkasakan Perpustakaan Melalui Inisiatif Berasaskan Keberhasilan
2015
KESIMPULAN
Hasil kajian telah membuktikan pameran buku baharu dan perkhidmatan Pandu-Lalu@PTSL
telah meningkatkan transaksi pinjaman daripada 1.6% kepada 46.8% dalam tempoh sembilan (9)
bulan. Ia telah memberikan Return On Investment (ROI) sebanyak 120% dan Cost Benefit Ratio
(CBR) 2.20 : 1. Dengan meningkatkan visibiliti koleksi buku baharu melalui inovasi dalam
pemasaran perkhidmatan secara tidak langsung akan mengangkat imej Perpustakaan di kalangan
warga Universiti mahupun komuniti luar.
Hasil kajian juga telah membuktikan koleksi buku bercetak kekal relevan untuk dibangunkan
walaupun buku elektronik semakin banyak di pasaran. Selanjutnya, ia perlu diurus dengan cara
yang menarik melalui pameran buku baharu bagi meningkatkan kadar pinjaman. Kajian lanjutan
terhadap keseluruhan koleksi Perpustakaan seperti buku, jurnal, bahan media, tesis dan lain-lain
meliputi pelbagai format perlu dilakukan untuk mendapat hasil yang lebih menyeluruh. Kajian
ini akan menjadi salah satu justifikasi kepada pengurusan Perpustakaan untuk memohon bajet
perolehan buku bercetak yang mencukupi termasuklah penggunaan perabot buku yang menarik
pada masa hadapan.
PENGHARGAAN
Kumpulan KIK KLIK, Unit Sistem dan Teknologi Maklumat, Unit Perolehan, Unit Katalog dan
Unit Perkhidmatan Pelanggan, Perpustakaan Tun Seri Lanang serta Pusat Teknologi Maklumat
UKM.
RUJUKAN
Baker, L. (2010). Making physical objects clickable: Using mobile tags to enhance library
displays. Journal of Library Innovation, 1(2), 22-28.
Bezawada, R., Balachander, S., Kannan, P. K., & Shankar, V. (2009). Cross-category effects of
aisle and display placements: A spatial modeling approach and insights. Journal of
Marketing, 73(3), 99–117.
Bodycomb, A., & Baglivo, M. D. (2012). Using an automated tool to calculate return on
investment and cost benefit figures for resources: The Health Sciences and Human Services
Library experience. Journal of the Medical Library Association, 100(2), 127–130.
doi: 10.3163/1536-5050.100.2.011
Breslin, F., & McMenemy, D. (2006). The decline in book borrowing from Britain's public
libraries: A small scale Scottish study. Library Review, 55(7), 414 – 428.
16
Seminar Kepustakawanan
Memperkasakan Perpustakaan Melalui Inisiatif Berasaskan Keberhasilan
2015
Camacho, L., Spackman, A., & Cluff, D. (2014). Face out: The effect of
book displays on collection usage. Journal of Business & Finance Librarianship, 19(2),
114-124. doi: 10.1080/08963568.2014.883874
Cheung, S., Chung, T., & Nesta, F. (2011). Monograph circulation over a 15-year period in a
liberal arts university. Library Management, 32(6/7), 419 – 434. doi:
10.1108/01435121111158565
Gregory, C. L. (2008). “But I want a real book”: An investigation of undergraduates' usage and
attitudes toward electronic books. Reference and User Services Quarterly, 47(3), 266‐273.
Jones, D. Y., McCandless, M., Kiblinger, K., Giles, K., & McCabe, J. (2011). Simple marketing
techniques and space planning to increase circulation. Collection Management, 36(2), 107-
118. doi: 10.1080/01462679.2011.553774
McMenamin, J. (2000, March 17). Drive-through lanes en route to libraries: Eldersburg branch
seeks convenience. The Baltimore Sun. Retrieved from
http://articles.baltimoresun.com/2000-03-17/news/0003170074_1_drive-through-lane-
library-staff-library-patrons
Noorhidawati Abdullah & Gibb, F. (2006) A survey of e-book awareness and usage amongst
students in an academic library. Proceedings of International Conference of
Multidisciplinary Information Sciences and Technologies, Merida, 25-28 October 2006,
Merida, Spain. Retrieved from http://strathprints.strath.ac.uk/2280/1/strathprints002280.pdf
Reese, P. E. (2014, Summer). Tips from the experts: Creating a featured book sisplay when most
of the books are e-books. Issues in Science and Technology Librarianship. doi:
10.5062/F4TB14WP.
Roesnita Ismail & Zainab Awang Ngah (2005). The pattern of e-book use amongst
undergraduates in Malaysia: A case of to know is to use. Malaysian Journal of Library and
Information Science, 10(2), 1-23. Retrieved from
http://arxiv.org/ftp/arxiv/papers/1301/1301.5400.pdf
Rose-Wiles, L. M. (2013) Are print books dead? An investigation of book circulation at a mid-
sized academic library. Technical Services Quarterly, 30(2), 129-152. doi:
10.1080/07317131.2013.759496
Rosiah Hamzah, Shamala Devi, M. A., & Selvarajah, M. (2009). Strategi pemasaran penerbitan
ilmiah : Kajian kes Penerbit MARDI. Economic and Technology Managemet Review, 4,
117-124.