Upload
others
View
12
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
i n d u k s i
P e l a j a r a n 6
Menyatakan maksud
maksud Insan.
Menerangakan proses kejadian
insan menurut Al Quran
Menjelaskan peringkat dan hakikat
sebenar alam yang perlu dilalui
oleh manusia untuk menjadi insan kamil
Menghuraikan keistimewaan insan
yang dikurniakan akal untuk
membentuk jati diri
Menilai kepentingan memelihara
fitrah kejadian insan sebagai hamba
dan khalifah Allah SWT
Mencadangkan tindakan yang sesuai
dilaksanakan untuk mengembalikan
manusia kepada fitrahnya
yang sebenar.
OBJEKTIF PEMBELAJARAN
Insan ialah makhluk ciptaan Allah SWT yang dikurniakan akal dan ditugaskan untuk mengabdikan
diri kepada Allah SWT serta memakmurkan alam.Allah SWT telah mencipta manusia dengan sebaik-
baik kejadian.
2.1.1 Maksud Insan
Manusia pertama yang diciptakan oleh Allah SWT ialah Adam a.s. Baginda ialah Abu al-Basyar (bapa semua manusia). Allah SWT menciptakan Adam a.s. dari segumpal tanah. (Surah Sad 38: 71)
Allah SWT memberitahu kepadapara malaikat bahawa Dia akanmenciptakan manusia di mukabumi. Mendengar hal ini, malaikatbertanya kepada Allah SWT tentang hikmah penciptaanmanusia di muka bumi.(Surah al-Baqarah 2: 30)
Setelah Adam a.s. diciptakan, Allah SWTmemerintahkan para malaikat dan jinuntuk sujud memberikan penghormatansebagai memuliakan baginda a.s.(Surah al-Baqarah 2: 34)
01
02
03
KRONOLOGI KISAH PENCINTAAN NABI
ADAM a.s.
KRONOLOGI KISAH PENCINTAAN NABI
ADAM a.s.
Allah SWT mempersilakan Adam a.s. untuk tinggal di dalam syurgabersama pasangan yang dijadikan
untuknya iaitu Hawa. Kedua-duanya dibenarkan untuk
menikmati semua kenikmatan di dalam syurga, kecuali memakan
satu jenis buah.(Surah al-Baqarah 2: 35)
Iblis telah berasa iri hati dan dengkidengan kemuliaan yang dikurniakankepada Adam a.s. Dia telah ingkardengan perintah Allah SWT danmeminta terus hidup untukmenjerumuskan anak cucu NabiAdam a.s. ke jalan yang sesat danmerosakkan fitrah kejadianmanusia.(Surah al-A’Raf 7: 12-17)
04
05
Proses kejadian insan menurut al-Quran adalah selaridengan kejadian sains.
Ertinya:“Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia daripada pati (yang berasal) daripada tanah. Kemudian Kami jadikan ‘pati’ itu (setitis) air benih pada penetapan yang kukuh; kemudian Kami ciptakanair benih itu menjadi sebuah darah beku. Lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging; kemudianKami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging. setelah sempurna kejadian itu, Kami bentuk dia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya. Maka, nyatalahkelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta.”
(Surah al-Mu’minun 23: 12-14)
2.1.2 Proses Kejadian Manusia
NUTFAH (CONCENTRATION)
Sperma lelaki dan ovum perempuan bercantum
dan disenyawakan di dalam rahim perempuan (permanian)
ALAQAH (ZIGOT)
percantuman nutfah menjadi segumpal
darah
MUDGHAH (EMBRIO)Alaqah akan menjadi seketul daging. Pada
peringkat ini terbentuk tangan, kepala, kaki dan
tulang rusuk
2.1.2 Proses Kejadian Manusia
‘IZAM dan LAHM (EMBRIO)
Daging akan membaluti tulang sehingga
membentuk lembaga manusia yang
sempurna fizikalnya
JANIN (FETUS)
Pada peringkat ini Allah SWT meniupkan roh ke dalam tubuh janin yang berumur empat bulan
BAYI (INFANT)
Dilahirkan ke dunia apabila cukup
tempohnya
Nilai Penghayatan• Sentiasa mengingati asal usul kejadian agar sentiasa bersyukur• Sentiasa menggunakan nikmat Allah SWT dijalan yang diredai.
2.1.2 Proses Kejadian Manusia
2
1 3
ALAM ROH
• Alam roh ialah alam yang dirahsiakan Allah SWT. Roh
bermaksud nyawa yang menyebabkan jasad hidup
dan bergerak.• Manusia berikrar danmengakui akan keesaan
Allah SWT.
ALAM RAHIM
• Merujuk kepada alamketika manusia dalam
kandungan ibunya.• Ditiupkan roh, ditetapkan
ajal, rezeki danamalannya.
ALAM DUNIA
• Alam nyata yang kita diamisaat ini. Allah SWT mencipta
alam ini sebagai tempat untukmanusia beribadah danmenjadi khalifah-Nya.
• Alam sementara manusiadiuji.
2.1.3 Peringkat Alam yang Dilalui Manusia
45
ALAM BARZAKH/ALAM KUBUR
• Alam yang memisahkanantara alam dunia dengan
alam akhirat. Barzakhmenjadi tempat
persinggahan sementaramenunggu hari kiamat
sesudah kematian.• Soalan Munkar dan Nakir.• Nikmat dan seksaan kubur.
ALAM AKHIRAT
• Alam akhirat ialah alam yang kekal dan abadi setelah terjadikiamat. Allah SWT memberikan
balasan kepada para hamba-Nya atas segala amalan di dunia.
• Buku amalan, timbangan (al-Mizan), titian sirat, syurga dan
neraka.
2.1.3 Peringkat Alam yang Dilalui Manusia
Informasi:ALAM MUSYAHADAH: Alam nyata yang dapat ditanggapi oleh pancaindera dan akalmanusia tentang kewujudannya seperti manusia, haiwan dan tumbuhan.ALAM GHAIB: alam yang tidak dapat ditanggapi oleh pancaindera dan akal. Kewujudannya hanya dapat diketahui dan diyakini daripada penjelasan al-Quran dan al-Sunnah seperti alam barzakh, alam mahsyar, syurga dan neraka.
Ertinya;“ Dan sesungguhnya Kami telah memuliakan
anak-anak Adam dan Kami telah memberi merekamenggunakan pelbagai kenderaan di daratan danlautan serta Kami telah memberikan rezeki kepadamereka daripada apa-apa yang baik serta Kami telahutamakan mereka dengan selebih-lebihnya ke atasbanyak makhluk yant telah Kami ciptakan.”
(Surah al-Isra’ 17: 70)
2.1.4 Keistimewaan Insan
01
03
02
04
Dikurniakan akal
fikiran
Diberi
tangunggjawab
sebagai khalifah
Diberikan
kitab sebagai
panduan
Dianugerahkanrasul sebagaipembimbing
2.1.4 Keistimewaan Insan
Manusia perlu memeliharafitrah kejadian insan sebagai
hamba dan khalifah Allah SWT.
2.1.5 Kepentingan Memelihara Fitrah Kejadian Insan
Mendapat keredhaan
dan petunjuk Allah
SWT
Menerima kebenaran
dan menolak
kebatilanMembentuk kehidupan
yang aman dan
harmoni
Dapat
memakmurkan bumi
Mengkuhkan keimanan
dan menyemai
ketakwaan
2.1.5 Kepentingan Memelihara Fitrah Kejadian Insan
Saya akan menjaga sikap
dan tingkah laku,memupuk
akhlak mulia dan menjaga
kesucian diri.
Saya akan berusaha untuk
menjadikan keluarga saya
yang dibina atas
ketakwaan dan
kasih sayang agar
kehidupan kami tenteram01 02Sesungguhnya berjayalah orang
yang menjaga fitrahnya(dengan iman dan amal
kebajikan), tetapi akan rugiorang yang mengotori fitrahnya
sendiri (dengan sebabkekotoran maksiat)
(Surah al-Syams 91: 9-10)
Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu memintadengan menyebut-nyebut
namaNya, serta peliharalah hubungan(silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah
sentiasa memerhati (mengawasi) kamu.
(Surah al-Nisa’ 4: 1)
2.1.6 Tindakan untuk Memelihara Fitrah Kejadian Insan
04
Saya akan mengambil
berat ,membantu dan
membimbing rakan-rakan
supaya mereka sentiasa
positif melakukan kebaikan 03
Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu
adalah bersaudara
(Surah al-Hujurat 49: 10)
Saya wajib melaksanakan
amanah dengan penuh
tanggungjawab,berlaku adil
dan menjauhi kezaliman
Sesungguhnya Allah menyuruhkamu supaya menyerahkan segalajenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya) dan apabilakamu menjalankan hukum antaramanusia, hukumlah dengan adil.
(Surah al-Nisa’ 4: 58
2.1.6 Tindakan untuk Memelihara Fitrah Kejadian Insan
Nota Guru:Guru membimbing murid melaksanakan sumbang saran berkaitan caramemelihara fitrah kejadian insan sebagai hamba dan khalifah Allah SWT.
Simulasi
Berdasarkan situasi berikut, nyatakan tindakan yang perlu diambil sebagai langkah mengembalikan manusiakepada fitrah sebenar.
01
02
03
Anda bercuti bersama keluarga dia suatu pusat perkelahan. Apabilahendak mendirikan khemah, didapati kawasan tersebut dipenuhisampah sarap yang dtinggalkan oleh pengunjung.
Anda bersama rakan bermain bola sepak di padang. Sedang asyikbermain, azan berkumandang menandakan masuk waktu Solat Asar.
Jiran anda menghadapi kecemasan kerana anaknya dipatuk ular ketikaanda hendak ke sekolah.
04
05Rakan-rakan sekelas anda sering menggunakan perkataan-perkataankasar dan kesat ketika berbicara.
Ketika menghadapi rumah terbuka rakan di hari raya, anda melihatramai tidak menutup aurat dengan sempurna.
Situasi 1 TindakanAnda bersama rakan bermain bola sepak di padang.
Sedang asyik bermain, azan berkumandang
menandakan masuk waktu solat asar.
Saya akan berhenti bermain bola kemudian mengajak
rakan-rakan dengan berhemah agar mereka berhenti
untuk menunaikan Solat Asar secara berjemaah.
Contoh
Nota Guru:Guru membimbing murid mencadangkan tindakan bagi mengembalikan manusia kepada fitrah sebenar dalam pelbagai situasi kehidupan.
Aktiviti
1. Laksanakan aktiviti Team Word-Web tentang kisah Nabi Lut a.s. berkaitan perkara berikut:
a) Latar belakang Nabi Lut a.s
b) Cabaran-cabaran yang diterima oleh Nabi Lut a.s. dalam berdakwah.
c) Kisah Nabi Lut a.s yang menyimpang daripada fitrah sebenar.
d) Faktor penolakan fitrah oleh kaumnya.
2. Laksanakan aktiviti pin-up dalam kumpulan, tindakan yang perlu dilakukan berdasarkan perkara berikut:
i. Cara memelihara fitrah kejadian insan.
ii. Sebab dan akibat penolakan memelihara fitrah kejadian insan.
3. Cipta sajak bertajuk “Insan”. Deklamasikan sajak tersebut di hadapan kelas.
4. Ateisme ialah fahaman yang menolak kewujudan tuhan dan amalan beragama. Golongan ini mempunyai
pengikut yang ramai sejak kebelakangan ini. Bincangkan dalam kumpulan, mengapa golongan ini menolak
fahaman beragama.
5. Bina peta pemikiran yang sesuai berkaitan kepentingan memelihara fitrah kejadian insan sebagai hamba
dan khalifah Allah SWT.
6. Guru menguji kefahaman murid tentang Fitrah Kejadian Insan dengan menjawab kuiz interaktif melalui
aplikasi Kahoot. Sila imbas di sini.
UJI DIRI
Jawab soalan-soalan berikut.
1. Berikut merupakan ciri-ciri keistimewaan manusia kecuali ___________.
A mempunyai naluri untuk mencipta dan mendapatkan sesuatu.
B berkemampuan untuk memikirkan tentang zat-zat Allah SWT.
C mempunyai kekuatan akal untuk berfikir kebesaran Tuhan-Nya.
D berkemampuan untuk menerima amanah Allah SWT sebagai khalifah di muka bumi.
2. Isi tempat kosong dengan jawapan yang betul.
i. Insan ialah makhluk _________ Allah SWT.
ii. Menurut Islam, ketika janin bersuara _________ Allah SWT meniupkan roh ke dalam jasad manusia.
iii. _________ adalah unsur utama yang membezakan manusia dengan makhluk lain ciptaan Allah SWT.
iv. Allah SWT menjadikan manusia sebagai _________ atau pentadbir di atas muka bumi.
v. Asal usul kejadian insan adalah bermula daripada penciptaan _________ yang berasal daripada tanah.
3. Apakah maksud insan?
4. Jelaskan tiga keistimewaan insan berbanding makhluk lain.
5. Nyatakan maksud Alam Roh dan Alam Barzakh.
6. Mahsyar ialah tempat perhimpunan agung bagi seluruh makhluk di akhirat setelah dibangkitkan dari
kubur. Sebagai seorang Muslim, apakah persediaan anda bagi menghadapi keadaan semasa di Mahsyar?
Keyakinan terhadap al-Mizan boleh membentuk keperibadian
diri murid yang baik.
7. Berdasarkan pernyataan di atas, berikan hujah anda.