Info API Co2

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Info API Co2

Citation preview

Info #2: Sistem Melawan Kebakaran Karbon Dioksida Januari 06, 2012Labels: Api, Fasiliti, Info 0 komen

Kita selalu terlihat tong silinder merah (seperti gambar di sebelah kiri ini) di luar bangunan pencawang TNB, belakang restoran, tingkat bawah shopping kompleks dan sebagainya. Apakah sebenarnya tong merah ini?

Tong silinder ini adalah sebahagian daripada sistem melawan kebakaran (fire fighting system). Tong ini mengandungi gas karbon dioksida bertekanan tinggi.Gas karbon dioksida ini akan dilepaskan apabila sensor sistem mengesan api pada sesuatu tempat.

Sistem melawan kebakaran jenis ini biasanya dipasang pada bilik kejuruteraan (seperti bilik transformer, bilik generator elektrik), dapur kafeteria/restoran dan stor bahan kimia, iaitu tempat di mana air tidak sesuai digunakan untuk memadam api apabila kebakaran berlaku.

Menggunakan air untuk memadam kebakaran di bilik elektrik boleh menyebabkan litar pintas yang boleh menyebabkan kerosakan menjadi lebih teruk.Menggunakan air untuk memadam kebakaran di dapur pula akan menyebabkan api lebih marak sekiranya kebakaran berpunca daripada minyak masak atau lemak haiwan.Menggunakan air untuk memadam kebakaran di stor bahan kimia boleh menyebabkan penghasilan gas mudah terbakar apabila air bercampur dengan bahan kimia tertentu. Oleh itu, karbon dioksida digunakan untuk memadam kebakaran pada tempat-tempat seperti ini.

Sebelum ini, pada tahun 1970an hingga 1980an, gas halon digunakan untuk memadam kebakaran. Walaubagaimanapun, penggunaannya telah mula dikurangkan dan dihentikan apabila perjanjian antarabangsa yang dikenali sebagai Protokol Montreal ditandatangani pada tahun 1987. Ini kerana pembebasan gas halon ke persekitaran boleh menyebabkan hakisan lapisan ozon pada atmosfera bumi.

Info #1: Lampu Jalan Disember 05, 2011Labels: Elektrik, Lampu 0 komen

Mengapakah lampu jalan selalunya mengeluarkan cahaya kuning?

Jawapan: Jenis lampu jalan yang sering digunakan adalah lampu sodium bertekanan rendah (low pressure sodium). Lampu ini sangat jimat tenaga berbanding lampu jenis lain (seperti lampu kalimantang, lampu pijar, metal halide, dll). Malah ia juga mempunyai jangkahayat yang panjang iaitu sehingga 20,000 jam. Penggunaan lampu jenis lain akan meningkatkan beban kewangan pada kerajaan membayar bil elektrik untuk lampu jalan.

Walaupun sangat jimat elektrik dan jangkahayat yang panjang, tetapi kelemahannya, lampu ini hanya boleh mengeluarkan cahaya kuning sahaja. Tetapi ia bukanlah masalah besar memandangkan tujuan lampu jalan hanyalah untuk menerangi jalan sahaja.

Alat Pengesan Objek Di Dalam Dinding Julai 23, 2011Labels: DIY, Peralatan Pertukangan 0 komen

Alat ini sepatutnya dimiliki oleh juruelektrik atau kontraktor yang sering membuat kerja2 menggerudi dinding. Iaboleh mengelakkan masalah yang timbul akibat kerja penggerudian kebocoran paip air, kerosakan wayar elektrik, terputus bekalan elektrik (trip), kerosakan mata gerudi dan sebagainya.

Bosch Detector DMF 10 Zoom boleh mengesan objek di dalam dinding seperti besi, kayu, paip air, wayar elektrik, konduit elektrik dan juga boleh mengukur jarak kedalaman selamat yang boleh digerudi. Harganya juga tidaklah begitu mahal, hanya dalam lingkungan RM300 sahaja. Alat ini boleh dibeli secara online di lelong.com.my.Video di bawah ini menunjukkan cara penggunaan alat tersebut.

Pembentukan Selaput Dalam Karburator Enjin Petrol Labels: Automotif, DIY 1 komen

Sekiranya anda mempunyai mesin yang menggunakan enjin petrol seperti mesin rumput, pam air, generator elektrik, motorsikal atau kereta yang jarang digunakan, contohnya anda menggunakannya sebulan sekali atau dua bulan sekali, anda dinasihatkan tidak menggunakan petrol RON95 untuk enjin tersebut.

Setiap enjin petrol mempunyai karburator yang berfungsi mencampurkan petrol dan udara pada nisbah yang betul untuk dibekalkan kepada enjin. Sekiranya enjin dibiar lama tanpa digunakan, maka tiada aliran petrol berlaku dalam karburator. Petrol akan membentuk selaput pada permukaan dalam karburator dan ini akan menyebabkan karburator tersumbat. Apabila ini berlaku, enjin tidak akan dihidupkan dan karburator perlu dihantar ke bengkel untuk diservis.

Berdasarkan pengalaman saya, sekiranya anda menggunakan petrol RON95, pembentukan selaput ini boleh terjadi dalam masa sebulan sahaja. Pembentukan selaput untuk petrol RON97 adalah lebih lambat, iaitu dalam tempoh 6 bulan atau lebih.