32
LEMBAGA PEPERIKSAAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 (PT 3) BAHASA MELAYU 03 UJIAN BERTUTUR

Instrumen Lisan

Embed Size (px)

DESCRIPTION

pt3

Citation preview

Page 1: Instrumen Lisan

LEMBAGA PEPERIKSAANKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 (PT 3)

BAHASA MELAYU 03

UJIAN BERTUTUR

Page 2: Instrumen Lisan

Bil Perkara Keterangan

1 Jenis Instrumen Ujian Bertutur

2 Jenis Item Respon Terbuka

3 Bilangan Soalan Perbincangan berdasarkan satu tema atau tajuk

4 Jumlah Markah 30 markah

5 Tempoh Ujian 10 hingga 12 minit

6 Konstruk Kemahiran lisan – Perbincangan

I. Tatabahasa dan kosa kata

II. Sebutan, intonasi dan nada

III. Fasih dan bermakna

IV. Bertatasusila

7 Kaedah penskoran Holistik

Page 3: Instrumen Lisan

TEMA Tajuk Perbincangan/LisanKemasyarakatan Peranan hidup berjiran

Kepentingan gotong-royong Kepentingan perpaduan antara kaum Kebaikan rukun tetangga

Keremajaan Peranan dan cabaran remaja masa ini Cara-cara menjadi remaja berdisiplin Remaja berwawasan penjana kemajuan negara Masalah remaja dan cara-cara mengatasinya

Kekeluargaan Cara-cara merapatkan hubungan kekeluargaan Peranan ibu bapa dalam membentuk sahsiah anak-

anak Peranan anak-anak terhadap ibu bapa Keluarga bahagia, negara sejahtera

Alam Sekitar Cara-cara mengatasi masalah banjir kilat Pencemaran dan cara-cara mengatasinya Kesan pembalakan terhadap alam sekitar Cara-cara menjaga kebersihan alam sekitar

Teknologi Kebaikan dan keburukan Internet Kebaikan dan keburukan telefon bimbit Kepentingan teknologi dalam kehidupan seharian Kemajuan teknologi dalam pembangunan negara

Kenegaraan Cara-cara menunjukkan semangat patriotik Kepentingan sambutan kemerdekaan diadakan Tokoh-tokoh negara yang anda kagumi Cara-cara memupuk semangat patriotik dalam

kalangan rakyat/pelajar

Manual Am Pelaksanaan Ujian Bertutur

Page 4: Instrumen Lisan

Ujian bertutur dijalankan sekali sahaja mengikut jadual yang

ditetapkan.

Guru menentukan lebih awal kumpulan murid bagi setiap sesi

ujian yang melibatkan 4-5 orang murid. Ujian ini dijalankan dalam

bentuk kumpulan.

Ujian ini boleh dijalankan secara serentak dalam beberapa

kumpulan.

Ujian ini dijalankan di dalam bilik yang disediakan.

Setiap kumpulan akan ditempatkan dalam bilik kuarantin terlebih

dahulu secara bergilir sebelum menduduki ujian bertutur.

Semasa di dalam bilik kuarantin murid perlu mengisi butiran

peribadi yang terdapat di dalam borang penskoran. Mereka juga

akan diberikan tugasan oleh guru berserta masa perbincangan

selama 10 minit sebagai persiapan sebelum ujian dijalankan.

Semasa ujian dijalankan, guru berperanan sebagai fasilitator /

pentaksir.

Ujian dijalankan dalam tempoh 10 hingga 12 minit.

Setiap ahli dalam kumpulan perlu memperlihatkan kemampuan

berlisan.

Pentaksir menilai calon dengan melengkapkan borang

pemarkahan yang telah disediakan mengikut peringkat dan

kriteria penskoran yang telah disediakan.

Walaupun ujian ini dijalankan secara kumpulan, markah diberikan

secara individu.

Borang markah hendaklah ditandatangani oleh pentaksir dan

calon.

Pentaksiran dijalankan sekali sahaja dan tidak boleh diulang-

ulang.

Contoh model aktiviti lisan dalam kumpulan ditunjukkan dalam

rajah di bawah.

Page 5: Instrumen Lisan

BILIK KUARANTIN

CALON CALON

CALON CALON

GURU

BILIK UJIAN

Penskoran

CALON 1

PENTAKSIR / FASILITATOR

CALON 2CALON 4

CALON 3

Page 6: Instrumen Lisan

Penskoran diberikan berdasarkan empat konstruk iaitu :

Tatabahasa dan kosa kata Sebutan, intonasi dan nada Kefasihan Bermakna

Peringkat Pencapaian

Cemerlang 25 - 30 Kepujian 19 - 24 Baik 13 - 18 Memuaskan 07 - 12 Pencapaian tahap minimum 01 - 06

GRED KONSTRUK PENERANGAN

ACEMERLANG

(25-30)

Tatabahasa dan Kosa Kata

Bahasa gramatis, penggunaan perkataan dan kosa kata luas dan tepat.

Sebutan, Intonasi, dan Nada

Sebutan betul dan sangat jelas.Intonasi dan nada betul seperti penutur jati.

Kepetahan Keseluruhan pengucapan sangat petah.Bermakna Keseluruhan pengucapan mencapai maksud, sangat tepat,

bertatasusila, dan idea yang logik, matang dan bernas.

BKEPUJIAN

(19-24)

Tatabahasa dan Kosa Kata

Bahasa gramatis, penggunaan perkataan dan kosa kata luas.

Sebutan, Intonasi, dan Nada

Sebutan betul dan jelas.Kebanyakan intonasi dan nada betul seperti penutur jati.

Kepetahan Keseluruhan pengucapan petah.Bermakna Keseluruhan pengucapan mencapai maksud, tepat, bertatasusila dan

idea yang logik.

CBAIK

(13-18)

Tatabahasa dan Kosa Kata

Bahasa masih gramatis, penggunaan perkataan dan kosa kata masih luas.

Sebutan, Intonasi, dan Nada

Sebutan masih betul dan masih jelas.Kebanyakan intonasi dan nada masih betul.

Kepetahan Keseluruhan pengucapan masih petah.Bermakna Keseluruhan pengucapan masih mencapai maksud, masih tepat,

masih bertatasusila dan idea yang masih sesuai.D

MEMUASKAN(07-12)

Tatabahasa dan Kosa Kata

Bahasa kurang gramatis, penggunaan perkataan serta kosa kata terhad.

Sebutan, Intonasi, dan Nada

Kebanyakan sebutan kurang betul, kurang jelas dan kurang tepat. Intonasi banyak yang salah.

Kepetahan Keseluruhan pengucapan kurang petah.Bermakna Kebanyakan pengucapan tidak mencapai maksud, kurang tepat dan

Page 7: Instrumen Lisan

kurang bertatasusila.

EMENCAPAI

TAHAP MINIMUM

(01-06)

Tatabahasa dan Kosa Kata Keseluruhannya lemah.

Keseluruhan persembahan calon menggambarkan ketidakcekapan berbahasa.

Sebutan, Intonasi, dan NadaKepetahanBermakna

FBELUM

MENCAPAI TAHAP

MINIMUM

Tatabahasa dan Kosa Kata

Tidak memberikan sebarang respons.Sebutan, Intonasi, dan NadaKefasihanBermakna

UJIAN BERTUTURBORANG PROFIL INDIVIDU

NOMBOR CALON : 1 / 2 / 3 / 4 / 5NAMA CALON : ______________________________NOMBOR KAD PENGENALAN : ______________________________TAHUN : ______________________________

SKOR CALON

TARIKH TAKSIRAN

PERINGKAT PENCAPAIAN

A Cemerlang

B Kepujian

C Baik

D Memuaskan

E Penguasaan

Page 8: Instrumen Lisan

(25 – 30) (19 – 24) (13 – 18) (07 – 12)Minimum(01 – 06)

NAMA PENTAKSIR

TANDATANGAN PENTAKSIR

TANDATANGAN CALON

TARIKH CATATAN PENTAKSIR

INSTRUMEN CONTOH

LEMBAGA PEPERIKSAANKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 (PT 3)

BAHASA MELAYU KERTAS 03

UJIAN MENDENGAR

Page 9: Instrumen Lisan

Bil Perkara Keterangan

1 Jenis Instrumen

Ujian Mendengar

2 Jenis Item Objektif Pelbagai BentukRespon Terhad

3 Bilangan Soalan

Bahagian APetikan 1 – 5 soalan Petikan 2 – 5 soalan

Bahagian B Soalan Tunggal - 5 soalan

4 Jumlah Markah

20 markah

5 Tempoh Ujian 30 minit

6 Konstruk Kemahiran bahasa dan aplikasi maklumat

i. Kemahiran mendengarii.Kemahiran memahami

7 Kaedah penskoran

Analitik

Page 10: Instrumen Lisan

Manual Am Pelaksanaan Ujian Mendengar

Murid dikumpulkan di dewan atau di dalam bilik darjah.

Kedudukan murid di dalam bilik ini sama seperti kedudukan semasa dalam

ujian bertulis.

Ujian ini boleh dijalankan serentak di dalam bilik yang berasingan

menggunakan bahan audio yang sama.

Guru mengedarkan kertas tugasan sebelum memperdengarkan sebelum

memperdengarkan rakaman.

Masa untuk mendengar rakaman dan menjawab soalan ialah 30 minit.

Guru mengumpul semua jawapan murid.

Guru memberikan skor kepada jawapan murid berdasarkan skema jawapan

yang disediakan.

Contoh lakaran bilik ujian mendengar

Contoh 1 : Dewan

PEMBESAR SUARA

PEMBESAR SUARA

Page 11: Instrumen Lisan

Contoh 2 : Bilik Darjah

PEMBESAR SUARA

PEMBESAR SUARA

RADIO

Page 12: Instrumen Lisan

BAHAGIAN A

Petikan 1 - Dialog

Haikal : Apa khabar Farah? Lama tak nampak.

Farah : Khabar baik. Saya masih ada di kawasan taman ni juga, tapi saya baru sahaja balik dari melancong bersama-sama keluarga.

Haikal : Wah, mesti seronok sebab awak melancong dengan keluarga! Awak sekeluarga melancong ke mana?

Farah : Kami melancong ke Sabah. Sudah lama keluarga merancang untuk pergi melancong ke sana tapi ayah saya selalu sibuk dan tidak dapat pergi. Tapi kami bernasib baik sebab ayah mendapat cuti baru-baru ini dan peluang itu kami gunakan untuk pergi melancong.

Haikal : Berapa lama awak dan keluarga berada di Sabah? Tentu banyak tempat menarik yang awak lawati.

Farah : Kami berada lima hari di sekitar Kota Kinabalu dan dua hari kami melawat daerah Sandakan. Banyak juga tempat menarik yang kami lawati. Antaranya Pantai Tanjung Aru dan kami sempat juga melawat Taman Sepilok dan Taman Buaya di Sandakan. Awak dan keluarga tidak merancangkah untuk melancong ke mana-mana?

Haikal : Siapa yang tidak mahu pergi melancong, tapi apakan daya keluarga saya masih belum mampu dari segi kewangan. Lagipun, emak saya kurang sihat dan memerlukan wang yang banyak untuk kos rawatannya.

Farah : Oh, yakah? Tapi awak tidak perlu risau sebab awak seorang murid yang bijak. Mesti satu hari nanti awak akan berpeluang juga untuk melawat negeri-negeri lain di Malaysia. Perkara yang penting sekarang ialah awak kena menjaga kedua-dua ibu bapa awak dahulu.

Haikal : Terima kasih. Saya memang berazam untuk belajar bersungguh-sungguh

Page 13: Instrumen Lisan

bagi membantu meringankan beban kedua-dua ibu bapa saya. Selain itu, saya juga berazam untuk membawa kedua-dua ibu bapa saya melancong pada satu hari nanti.

Soalan Ujian Mendengar Petikan 1

Arahan : Pilih dan tandakan satu jawapan yang tepat berdasarkan maklumat daripada petikan dialog yang telah anda dengar.

1. Di manakah Farah dan keluarganya pergi melancong?

A. JohorB. KedahC. Sabah D. Sarawak

2. Berapa harikah Farah dan keluarganya pergi melancong di Sabah ?

A. 5 hariB. 6 hariC. 7 hariD. 8 hari

3. Pilih tempat-tempat yang dilawati oleh Farah dan keluarganya?

A. Pantai Tanjung Aru, Taman Sepilok dan Taman BuayaB. Pantai Tanjung Lipat, Taman Sepilok dan Taman BurungC. Pantai Tanjung Aru, Taman Sepulut dan Taman Burung D. Pantai Tanjung Aru, Lembah Gunung Kinabalu, Taman Sepilok dan Taman

Buaya

4. Mengapakah Haikal dan keluarganya tidak dapat pergi melancong?

A. Ayah Haikal terlalu sibuk dan belum mendapat cutiB. Haikal perlu menyimpan wang untuk melanjutkan pelajaranC. Ibu Haikal kurang sihat dan ayahnya memerlukan wang untuk rawatan

Page 14: Instrumen Lisan

D. Keluarga Haikal belum mampu, ibunya juga kurang sihat dan memerlukan wang untuk rawatan

5. Apakah azam dan cita-cita Haikal pada satu hari nanti?

A. Ingin melanjutkan pelajaran ke luar negaraB. Ingin membawa keluarganya melancong ke luar negaraC. Ingin mengurangkan beban kedua-dua ibu bapanya dan membawa mereka

melancong D. Ingin memelihara kedua-dua ibu bapanya dan membawa ibunya mendapatkan

rawatan

BORANG JAWAPAN UJIAN MENDENGAR

Petikan 1 - Dialog

Arahan : Pilih jawapan yang paling tepat dan tandakan jawapan pada kertas jawapan yang disediakan.

Soalan 1 :

A. JohorB. KedahC. SabahD. Sarawak

Soalan 2 :

A. 5 hariB. 6 hariC. 7 hariD. 8 hari

Soalan 3 :

A. Pantai Tanjung Aru, Taman Sepilok dan Taman BuayaB. Pantai Tanjung Lipat, Taman Sepilok dan Taman BurungC. Pantai Tanjung Aru, Taman Sepulut dan Taman Burung D. Pantai Tanjung Aru, Lembah Gunung Kinabalu, Taman Sepilok dan Taman

Buaya

Soalan 4 :

A. Ayah Haikal terlalu sibuk dan belum mendapat cutiB. Haikal perlu menyimpan wang untuk melanjutkan pelajaranC. Ibu Haikal kurang sihat dan ayahnya memerlukan wang untuk rawatanD. Keluarga Haikal belum mampu, ibunya juga kurang sihat dan memerlukan

wang untuk rawatan

Soalan 5 :

Page 15: Instrumen Lisan

A. Ingin melanjutkan pelajaran ke luar negaraB. Ingin membawa keluarganya melancong ke luar negaraC. Ingin mengurangkan beban kedua-dua ibu bapanya dan membawa mereka

melancong D. Ingin memelihara kedua-dua ibu bapanya dan membawa ibunya mendapatkan

rawatan

SKOR

BAHAN UJIAN MENDENGAR

Petikan 2 - Petikan Umum

Hampir saban hari kita didedahkan dengan isu rokok. Isu ini bagaikan tiada penyudahnya. Media massa sama ada media cetak ataupun media elektronik banyak membangkitkan hal ini. Pada masa dahulu, kebanyakan mereka yang mengamalkan tabiat merokok terdiri daripada golongan lelaki, namun pada hari ini berlainan pula. Sejak akhir-akhir ini sudah banyak wanita yang terlibat dalam gejala merokok. Hal ini demikian kerana mereka mudah terpengaruh oleh cara hidup yang bebas dan ingin melepaskan tekanan.

Wanita yang merokok lebih berisiko mendapat penyakit berbanding dengan kaum lelaki. Hal ini demikian kerana dalam sebatang rokok, terkandung 4000 bahan kimia yang berbahaya terutama nikotin dan karbon monoksida. Bahan kimia ini menjejaskan kesihatan dan mendedahkan mereka kepada risiko penyakit kronik seperti barah payu dara dan barah pangkal rahim. Bukan itu sahaja, seorang perokok yang mengambil lebih daripada 20 batang rokok dalam sehari akan menghadapi 10 hingga 15 kali ganda risiko maut akibat serangan jantung.

Ketika mengandung, berat bayi bagi wanita merokok kemungkinan tiga kali lebih ringan daripada bayi normal. Kelahiran juga boleh berlaku lebih awal dari tarikh yang sepatutnya. Bayi yang dilahirkan lebih tinggi risiko mendapat penyakit serta kematian pada tahun pertama kelahirannya. Kualiti susu badan juga berkurangan jika bakal ibu ini mula merokok semasa bayi dalam kandungan.

[Rencana ini dipetik daripada Dewan Siswa November 2011

oleh Zamilah Zahid]

Page 16: Instrumen Lisan

Soalan Ujian Mendengar Petikan 2

Arahan : Jawab soalan-soalan berikut berdasarkan petikan yang telah anda dengar.

1. Golongan manakah yang lebih berisiko jika terlibat dalam gejala merokok?

2. Berikan satu punca yang menyebabkan seseorang mudah terlibat dalam gejala merokok.

3. Berapa jeniskah bahan kimia yang terkandung dalam sebatang rokok?

4. Jika seseorang wanita merokok, apakah dua jenis penyakit kronik yang mungkin dihidapinya?

5. Apakah kesan kepada bayi dalam kandungan apabila ibunya merokok?

Page 17: Instrumen Lisan

CONTOH BORANG JAWAPAN UJIAN MENDENGAR

Petikan 2 - Petikan Umum

Arahan : Dengar petikan dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang diperdengarkan pada borang jawapan yang disediakan.

Soalan 1 : Golongan manakah yang lebih berisiko jika terlibat dalam gejala merokok?

_______________________________________________________________________

_________________________________________________________________________

Soalan 2 : Berikan satu punca yang menyebabkan seseorang mudah terlibat dalam gejala merokok.

_________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________

Soalan 3 : Berapa jeniskah bahan kimia yang terkandung dalam sebatang rokok?

_________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________

Soalan 4: Jika seseorang wanita merokok, apakah dua jenis penyakit kronik yang mungkin dihidapinya?

_________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________

Soalan 5: Apakah kesan kepada bayi dalam kandungan apabila ibunya merokok?

_________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________

Page 18: Instrumen Lisan

SKOR

BAHAGIAN B

SOALAN 1:

Lihat pelan lokasi rumah pengantin perempuan dan lelaki dengan teliti. Kemudian dengar arahan soalan dengan teliti.

Anda dari Bandar Jengka ingin ke rumah pengantin perempuan. Di simpang pertama, anda perlu membelok ke kanan. Setelah beberapa ketika, anda berhenti berehat sebentar di tepi jalan berhadapan dengan balai polis.

Dimanakah lokasi anda ketika ini?

Bulatkan A atau B atau C atau D pada pelan bagi menunjukkan lokasi anda.

BC

D

A

Page 19: Instrumen Lisan

SOALAN 2:

Dengar pengumuman berikut dengan teliti.

Jadual Latihan

1. Pada hari Isnin Rumah Merah akan menjalani latihan lompat tinggi manakala

Rumah Hijau akan menjalani latihan lompat jauh.

2. Pada hari Selasa Rumah Kuning akan menjalani latihan lompat jauh manakala

Rumah Biru akan menjalani latihan lompat tinggi.

Soalan:

Acara apakah yang akan dijalani oleh ahli Rumah Merah pada hari Isnin?

Acara Jawapan

Lompat tinggi A

Lompat jauh B

Lempar cakera C

Lontar peluru D

Pengumuman

Page 20: Instrumen Lisan

SOALAN 3:

ARAHAN: Dengar dengan teliti cara menyediakan nasi goreng.

RESEPI NASI GORENGCara-cara menyediakan nasi goreng

1. Kisar tiga ulas bawang putih, lima ulas bawang merah, tiga biji cili merah dan ikan bilis .

2. Panaskan minyak masak. Tumiskan bahan-bahan yang telah dikisar sehingga garing.

3. Pecahkan satu biji telur, masukkan ke dalam bahan-bahan tumisan.4. Masukkan sayur kubis.5. Masukkan garam secukup rasa dan seterusnya masukkan semangkuk nasi putih.6. Kacau sehingga sebati.

Soalan:

Apakah langkah yang perlu dilakukan sebelum menumis bahan-bahan yang dikisar?.

Jawapan Langkah

AKisar tiga ulas bawang putih, lima ulas bawang merah, tiga biji cili merah dan ikan bilis.

B Panaskan minyak masak

C Masukkan garam secukup rasa

D Pecahkan sebiji telur

SOALAN 4.

Page 21: Instrumen Lisan

Soalan:

Berikut ialah syarat-syarat kelayakan untuk mengisi jawatan operator pengeluaran atau pekerja pasar raya, kecuali:

Jawapan Kelayakan

A Warganegara Malaysia

B Lulus sekurang-kurangnya SPM

C Had umur 16-40 tahun

D Boleh bekerja syif 12 jam

Soalan 5:

Kitaran hidup rama-rama

Page 22: Instrumen Lisan

Tahukah anda bagaimana seekor rama-rama terbentuk? Proses pembentukannya amat

istimewa. Siapa sangka seekor rama-rama yang cantik asalnya daripada seekor ulat

beluncas yang menetas daripada sebutir telur . Kemudian beluncas akan bertukar menjadi

kepompong yang akhirnya keluarlah seekor rama-rama.

Soalan:

Berdasarkan petikan kitaran hidup rama-rama yang telah anda dengar, pilih urutan proses hidup seekor rama-rama yang betul?

A. Telur ----beluncas----kepompong----rama-rama

B. Beluncas-----telur-------kepompong-----rama-rama

C. Rama-rama------beluncas-----telur------kepompong

D. Rama-rama------telur------kepompong----beluncas

BORANG JAWAPANBAHAGIAN B

SOALAN 1:

Page 23: Instrumen Lisan

SOALAN 2:

Jawapan Acara

A Lompat tinggi

B Lompat jauh

C Lempar cakera

D Lontar peluru

SOALAN 3:

Jawapan Langkah

AKisar tiga ulas bawang putih, lima ulas bawang merah, tiga biji cili merah dan ikan bilis.

B Panaskan minyak masak

C Masukkan garam secukup rasa

D Pecahkan sebiji telur

BC

D

A

Page 24: Instrumen Lisan

SOALAN 4.

Jawapan Kelayakan

A Warganegara Malaysia

B Lulus sekurang-kurangnya SPM

C Had umur 16-40 tahun

D Boleh bekerja syif 12 jam

Soalan 5:

A. Telur ----beluncas----kepompong----rama-rama

B. Beluncas-----telur-------kepompong-----rama-rama

C. Rama-rama------beluncas-----telur------kepompong

D. Rama-rama------telur------kepompong----beluncas