22
027/1 BAHASA CINA Bahasa Cina 1 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2012 INSTRUMEN PENTAKSIRAN Kod Mata Pelajaran : 027 Bentuk Ujian : Ujian Subjektif Markah Penuh : 60 Masa : 1 jam 15 minit REKA BENTUK INSTRUMEN PENTAKSIRAN Kertas Bahasa Cina Penulisan UPSR ini mengandungi tiga bahagian, iaitu Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C. Bahagian A terdiri daripada lima (5) soalan respons terhad dalam konteks kosa kata, yang mesti dijawab. Markah yang diperuntukan ialah 10. Bahagian B terdiri daripada satu (1) soalan respons terhad dalam konteks karangan berdasarkan bahan rangsangan, yang mesti dijawab. Markah yang diperuntukan ialah 20. Bahagian C terdiri daripada tiga (3) soalan pilihan berbentuk respons terbuka dan perlu dijawab satu (1). Markah yang diperuntukan ialah 30. Konstruk yang diukur ialah: a) Keupayaan membina ayat b) Keupayaan menggunakan kata / kosa kata c) Keupayaan melahirkan dan menyampaikan idea d) Keupayaan menggunakan grafologi dan tanda baca PRESTASI KESELURUHAN Pada keseluruhannya, kebanyakan calon tahun ini dapat menjawab soalan mengikut kehendak item. Tetapi jika dibanding dengan tahun lepas, penguasaan bahasa kelihatan sedikit merosot, banyak melakukan kesalahan dalam ejaan, tatabahasa dan struktur ayat. Tulisan calon juga agak kurang kemas. Kebanyakan calon dapat menjawab soalan Bahagian A dengan cemerlang. Majoriti calon dapat menjawab soalan Bahagian B dengan tepat, di mana soalan ini berkait rapat dengan pengalaman kehidupan calon, iaitu “Membersihkan kawasan lapang” . Bahagian C mengandungi tiga soalan. Bilangan calon yang menjawab soalan C1,C2 dan C3 agak setara. Segelintir calon kurang memahami kehendak soalan C1 dan C2, di mana mereka tidak dapat menghuraikan idea dengan baik. PRESTASI MENGIKUT KUMPULAN CALON Kumpulan Tinggi Calon dalam kumpulan ini menunjukkan kemahiran penulisan yang bermutu tinggi. Jawapan yang dikemukakan menepati kehendak tugasan. Calon dapat mengulas idea dan isi kandungan dengan mantap. Hasil penulisan menunjukkan calon dapat menggunakan kosa kata yang tepat, bahasa kiasan yang indah serta struktur ayat yang gramatis dan lancar.

INSTRUMEN PENTAKSIRAN · yang terdapat dalam petikan untuk mengisi tempat kosong di dalam 5 ayat yang ... secara umum tentang ... Kosa kata ,ejaan dan tanda baca mesti tepat. 5

Embed Size (px)

Citation preview

027/1 BAHASA CINA

Bahasa Cina 1 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2012

INSTRUMEN PENTAKSIRAN Kod Mata Pelajaran : 027 Bentuk Ujian : Ujian Subjektif Markah Penuh : 60 Masa : 1 jam 15 minit REKA BENTUK INSTRUMEN PENTAKSIRAN Kertas Bahasa Cina Penulisan UPSR ini mengandungi tiga bahagian, iaitu Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C. Bahagian A terdiri daripada lima (5) soalan respons terhad dalam konteks kosa kata, yang mesti dijawab. Markah yang diperuntukan ialah 10. Bahagian B terdiri daripada satu (1) soalan respons terhad dalam konteks karangan berdasarkan bahan rangsangan, yang mesti dijawab. Markah yang diperuntukan ialah 20. Bahagian C terdiri daripada tiga (3) soalan pilihan berbentuk respons terbuka dan perlu dijawab satu (1). Markah yang diperuntukan ialah 30. Konstruk yang diukur ialah: a) Keupayaan membina ayat b) Keupayaan menggunakan kata / kosa kata c) Keupayaan melahirkan dan menyampaikan idea d) Keupayaan menggunakan grafologi dan tanda baca PRESTASI KESELURUHAN Pada keseluruhannya, kebanyakan calon tahun ini dapat menjawab soalan mengikut kehendak item. Tetapi jika dibanding dengan tahun lepas, penguasaan bahasa kelihatan sedikit merosot, banyak melakukan kesalahan dalam ejaan, tatabahasa dan struktur ayat. Tulisan calon juga agak kurang kemas. Kebanyakan calon dapat menjawab soalan Bahagian A dengan cemerlang. Majoriti calon dapat menjawab soalan Bahagian B dengan tepat, di mana soalan ini berkait rapat dengan pengalaman kehidupan calon, iaitu “Membersihkan kawasan lapang” . Bahagian C mengandungi tiga soalan. Bilangan calon yang menjawab soalan C1,C2 dan C3 agak setara. Segelintir calon kurang memahami kehendak soalan C1 dan C2, di mana mereka tidak dapat menghuraikan idea dengan baik. PRESTASI MENGIKUT KUMPULAN CALON Kumpulan Tinggi Calon dalam kumpulan ini menunjukkan kemahiran penulisan yang bermutu tinggi. Jawapan yang dikemukakan menepati kehendak tugasan. Calon dapat mengulas idea dan isi kandungan dengan mantap. Hasil penulisan menunjukkan calon dapat menggunakan kosa kata yang tepat, bahasa kiasan yang indah serta struktur ayat yang gramatis dan lancar.

Bahasa Cina 2 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2012

Kumpulam Sederhana Calon memahami kehendak soalan tetapi tidak dapat menghuraikan idea dengan tepat. Terdapat beberapa kesalahan dalam penggunaan kosa kata, tanda baca dan tatabahasa, struktur ayat adalah ringkas dan mudah. Kumpulan Rendah Calon dalam kumpulan ini kurang memahami kehendak soalan. Calon tidak menunjukkan kesungguhan dalam tugasannya. Idea tidak dikembangkan, karangan yang dikemukakan pendek dan tidak menarik. Calon banyak melakukan kesilapan dalam penggunaan kosa kata, tatabahasa, ejaan dan struktur ayat. Tulisan calon cakar ayam dan sukar dibaca. PRESTASI TERPERINCI MENGIKUT SOALAN Bahagian A

Bahasa Cina 3 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2012

Kehendak Soalan Calon dikehendaki membaca dan memahami petikan. Seterusnya menggunakan kosa kata yang terdapat dalam petikan untuk mengisi tempat kosong di dalam 5 ayat yang diberi. Calon Cemerlang

Calon dapat mengisi tempat kosong dengan kosa kata yang tepat. Jawapan calon jelas dan menepati kehendak soalan .

Bahasa Cina 4 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2012

Calon Sederhana

Calon dalam kumpulan ini hanya dapat menjawab 3 soalan dengan betul. Calon didapati cuai ketika menjawab soalan. Terdapat kesalahan ejaan pada jawapan yang diberikan. Kesalahan ejaan memberi makna yang berlainan dari jawapan sebenar. Calon Lemah

Calon dalam kumpulan ini memberi jawapan yang tidak menepati kehendak soalan. Calon tidak memahami kehendak soalan dan makna kosa kata. Jawapan calon tidak berkaitan langsung dengan kehendak soalan.

Bahasa Cina 5 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2012

BAHAGIAN B

Kehendak Soalan Berdasarkan gambar, calon perlu menghuraikan bagaimana Xiao Qi dapat membersihkan kawasan yang kotor. Calon dikehendaki menceritakan tentang langkah-langkah untuk membersihkan sampah-sarap, longkang, dinding dan memotong rumput yang panjang.

Bahasa Cina 6 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2012

Calon Cemerlang

Calon memahami kehendak tugasan soalan dan dapat memberi penerangan bagaimana menjalankan aktiviti untuk membersihkan kawasan tersebut. Calon dapat menghuraikan idea dengan teratur dan sistematik. Calon dapat menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan sampah-sarap, longkang, rumput-rampai dan lumut dengan langkah-langkah yang betul. Idea yang diberikan oleh calon menunjukkan bahawa calon mempunyai pengetahuan tentang sains dan kitar semula. Penggunaan kosa kata, tanda baca dan tatabahasa adalah tepat. Calon juga menerapkan elemen kerjasama dalam penulisannya.

Bahasa Cina 7 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2012

Calon Sederhana

Calon tidak meneliti gambar dengan baik dan kurang mengemukakan idea. Calon hanya menerangkan tentang cara membersihkan sampah. Calon tidak menceritakan tentang cara dan langkah membersihkan dinding dan rumput yang panjang. Penguasaan bahasa sederhana dan terdapat kesalahan ejaan.

Bahasa Cina 8 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2012

Calon Lemah

Calon tidak memahami kehendak soalan. Jawapan calon tidak menepati kehendak soalan. Calon hanya menceritakan secara umum tentang aktiviti pembersihan. Calon tidak menerangkan tentang langkah-langkah untuk membersihkan kawasan.

Bahasa Cina 9 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2012

BAHAGIAN C Soalan C1

Kehendak Soalan Calon dikehendaki menceritakan tentang kasut baru yang dimilikinya. Seterusnya menceritakan kegunaan kasut tersebut.

Bahasa Cina 10 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2012

Calon Cemerlang

Calon dapat menerangkan tentang kasut baru yang dimilikinya dengan terperinci dari aspek warna, bentuk dan keselesaan. Jawapan calon adalah tepat dan memenuhi kehendak soalan serta mudah difahami. Calon dapat memberi contoh aktiviti yang dijalankan dengan menggunakan kasut baru tersebut. Calon membuat perbandingan sebelum dan selepas memiliki kasut baru. Nilai bersyukur turut diserapkan. Penggunaan bahasa kiasan tepat, kosa kata meluas dan jalan bahasa yang lancar. Calon pandai menggunakan ayat majmuk dalam penulisan.

Bahasa Cina 11 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2012

Calon Sederhana

Jawapan calon kurang menepati kehendak soalan. Calon dapat menerangkan secara ringkas tentang kasut baru yang dimilikinya, tetapi lebih banyak menerangkan tentang cara mendapatkan kasut baru tersebut. Calon tidak menceritakan tentang kegunaan kasut dengan mendalam. Penggunaan kosa kata sederhana dan struktur ayat mudah.

Bahasa Cina 12 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2012

Calon Lemah

Jawapan calon tidak menepati kehendak soalan. Calon menerangkan bagaimana menyimpan wang saku untuk membeli kasut baru. Calon langsung tidak menceritakan tentang kasut tersebut dan kegunaannya. Ayat yang digunakan oleh calon kurang lengkap dan terdapat beberapa kesalahan ejaan.

Soalan C2

Kehendak Soalan Soalan mengkehendaki calon supaya menyambung dan melengkapkan permulaan cerita yang diberikan. Calon perlu menceritakan perasaan ketika membuka hadiah dan juga kegunaan hadiah tersebut.

Bahasa Cina 13 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2012

Calon Cemerlang

Jawapan calon menepati kehendak soalan. Calon menerangkan perasaan gembira apabila membuka hadiah tersebut. Calon dapat menghuraikan tentang kebaikan dan faedah mengguna kamus elektronik dalam pembelajaran. Calon juga dapat menerangkan cara untuk menjaga kamus elektronik yang diperolehi. Penguasaan bahasa tepat, kosa kata meluas dan jalan bahasa lancar. Calon juga telah menggunakan ayat majmuk dalam penulisan.

Bahasa Cina 14 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2012

Calon Sederhana

Jawapan calon kurang menepati kehendak soalan. Calon mempunyai idea tetapi tidak dapat mengembangkan idea tersebut. Penguasaan tatabahasa calon kurang baik, terdapat kesalahan ejaan dan struktur ayat.

Bahasa Cina 15 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2012

Calon Lemah

Jawapan calon tidak menepati kehendak soalan. Idea calon tiada kaitan dengan kehendak soalan. Sebaliknya calon hanya menceritakan bagaimana ibubapa dan kawan merancang untuk mengadakan majlis hari jadi calon. Ini menunjukkan calon tidak memahami soalan.

Bahasa Cina 16 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2012

Soalan C3

Kehendak Soalan Calon dikehendaki menulis sepucuk surat kepada kawan. Di dalam surat tersebut, calon perlu menceritakan tentang pengalaman menyertai pertandingan di sekolah dan berkongsi kegembiraan setelah memenangi pertandingan tersebut.

Bahasa Cina 17 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2012

Calon Cemerlang

Bahasa Cina 18 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2012

Jawapan calon menepati kehendak soalan. Calon dapat menceritakan dengan teratur tentang persediaan sebelum ,semasa dan selepas pertandingan. Calon dapat berkongsi pengalaman dan kegembiraan menyertai pertandingan syarahan. Penyampaian idea padat dan menarik. Calon dapat menghuraikan idea dengan baik. Penguasaan kosa kata, tatabahasa dan bahasa kiasan adalah tepat. Jalan bahasa yang digunakan juga lancar.

Bahasa Cina 19 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2012

Calon Sederhana

Jawapan calon kurang menepati kehendak soalan. Calon mempunyai idea tetapi tidak mengembangkan idea tersebut. Calon tidak dapat menceritakan tentang pengalaman menyertai pertandingan dengan mendalam dan juga tidak berkongsi kegembiraan dengan kawan. Penguasaan bahasa juga sederhana.

Bahasa Cina 20 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2012

Calon Lemah

Jawapan calon tidak menepati kehendak soalan kerana penguasaan kemahiran menulis lemah. Calon tidak dapat menghuraikan idea dengan jelas dan lengkap. Penguasaan bahasa dan kosa kata lemah dan terhad.

Bahasa Cina 21 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2012

SARANAN KEPA DA CALON Bahagian A 1. Calon perlu membaca dan memahami petikan dengan jelas sebelum menjawab 5 soalan

yang diberi dengan kosa kata yang tepat. 2. Tulisan calon haruslah kemas dan jelas agar mudah dibaca. 3. Calon perlu menyemak jawapan dengan teliti. Bahagian B 1. Calon perlu memahami kehendak soalan dan memberi jawapan berdasarkan gambar

rajah dan maklumat yang diberi. 2. Calon haruslah mencari kata kunci soalan dan membuat rangka karangan terlebih

dahulu. 3. Idea yang diperolehi oleh calon perlu dihuraikan dan disertai dengan contoh sekiranya

perlu. 4. Tulisan calon mestilah kemas dan jelas. Bahagian C 1. Calon harus membaca soalan dengan teliti dan memahami kehendak soalan. 2. Calon harus memilih soalan yang paling sesuai untuk menjawab. 3. Calon perlu mencari kata kunci soalan dan membuat peta minda sebelum menjawab

soalan . 4. Calon perlu menghuraikan idea dengan ayat yang gramatis .Kosa kata ,ejaan dan tanda

baca mesti tepat. 5. Calon digalakkan banyak membaca untuk mempertingkatkan penguasaan bahasa dan

memperluaskan pengetahuan .

Bahasa Cina 22 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2012

SARANAN KEPADA GURU 1. Guru haruslah memastikan murid menguasai kemahiran membaca dan menulis . 2. Guru perlu mengajar murid tentang cara-cara menganalisis soalan. 3. Pengajaran penulisan harus merangkumi semua skop penulisan yang terdapat dalam

sukatan pelajaran. 4. Guru perlu memberi penekanan yang tegas kepada pelajar untuk memahami tugasan

soalan, mencari kata kunci dan membuat rangka karangan atau peta minda. 5. Guru perlu menggalakkan pelajar belajar secara pembelajaran rakan sebaya untuk

menyemai sikap minat menulis demi mempertingkatkan kemahiran menulis pelajar. 6. Kaedah Brainstorming dapat menggalakkan murid-murid memberi idea-idea yang kreatif

dan bernas. 7. Guru perlu banyak memberikan latih tubi untuk mengukuhkan kemahiran menulis pelajar. 8. Guru digalakkan memberi komen yang sesuai untuk mempertingkatkan kemahiran

menulis. 9. Guru digalakkan mengajar murid supaya mengagihkan masa untuk menjawab setiap

bahagian . Contohnya: Bahagian A- lebih kurang10 minit

Bahagian B- lebih kurang 25 minit Bahagian C- lebih kurang 40 minit