5
CONTOH INSTRUMEN REKOD PORTFOLIO Nama Murid Tarikh Tunjang Standard Kandungan Standard Pembelajaran ( hasil kerja murid)

Instrumen Portfolio (Kumpulan)

  • Upload
    dell

  • View
    239

  • Download
    8

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Instrumen Portfolio (Kumpulan)

CONTOH INSTRUMEN

REKOD PORTFOLIO

Nama MuridTarikhTunjangStandard KandunganStandard Pembelajaran

Baik Sangat Baik Cemerlang

( hasil kerja murid)

Page 2: Instrumen Portfolio (Kumpulan)

JUSTIFIKASI PEMILIHAN INSTRUMEN PORTFOLIO

Portfolio adalah satu himpunan bukti (evidens) atau keterangan yang

terkumpul berkenaan dengan perkembangan dan kemajuan murid dalam sesuatu

jangka masa yang ditetapkan. Penghasilan portfolio adalah bertujuan untuk

menyimpan rekod tentang pengalaman, usaha, kemajuan dan kejayaan yang

diperolehi murid secara individu dan kumpulan. Portfolio boleh dijadikan asas untuk

guru menilai pencapaian murid dan dijadikan panduan untuk menyediakan

pembelajaran selanjutnya. Ia boleh dijadikan sebagai bukti untuk dipamerkan

kepada ibu bapa agar mereka mengetahui sejauh manakah perkembangan

pembelajaran anak mereka di prasekolah.

Berdasarkan penjelasan dalam rancangan pentaksiran setahun, setiap satu

tunjang dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (DSPK) mempunyai

instrumennya yang tersendiri untuk digunakan sebagai alat penilaian ke atas murid

prasekolah. Bagi instrumen ini pula, ia telah diaplikasikan untuk menilai murid bagi

Tunjang Ketrampilan Diri (Sosioemosi).

Mengapakah perkembangan sosioemosi kanak-kanak dinilai menggunakan

portfolio? Seperti yang telah dinyatakan sebentar tadi, portfolio merupakan koleksi

apa-apa sahaja data yang berkaitan dengan murid, baik data peribadi mahupun data

yang berkaitan dengan perkembangan dari segi pembelajarannya. Dan umum

mengetahui bahawa kebanyakkan hasil kerja murid prasekolah adalah berbentuk

penghasilan karya seni visual. Karya seni visual bukan sahaja merupakan aktiviti

yang paling digemari oleh kanak-kanak disebabkan ia bersifat bebas dan

menyeronokkan, tetapi ia juga membawa pelbagai manfaat ke atas kanak-kanak itu

sendiri. Tidak seperti aktiviti yang berbentuk bahasa atau numerasi di mana murid

akan mudah berasa tertekan sekiranya kerja berbentuk sedemikian diberikan secara

berlebihan, aktiviti berbentuk kreativiti adalah lebih menumpukan kepada menjana

daya kreativiti dalam kalangan kanak-kanak, memantapkan koordinasi mata dan

tangan serta berupaya untuk mempertingkatkan motor halus melalui kaedah

genggaman pensel yang betul.

Page 3: Instrumen Portfolio (Kumpulan)

Berdasarkan karya visual tersebut, guru dapat mengenal pasti emosi yang dialami

oleh kanak-kanak pada ketika itu di mana ia bakal dizahirkan melalui lukisan yang

dihasilkan. (citation) pernah menyatakan dalam kajiannya bahawa emosi kanak-

kanak dapat dilihat secara jelasnya melalui hasil karya mereka. Perkara ini dapat

dinilai berdasarkan imej yang mereka hasilkan serta penggunaan warna yang

digunakan untuk mewarnakan gambar tersebut. Pemilihan warna dalam penghasilan

karya memainkan peranan yang penting misalnya warna yang terang dan ceria

menunjukkan kanak-kanak berasa seronok melaksanakan aktiviti seni visual

tersebut manakala warna-warna seperti warna gelap dan suram (hitam, coklat atau

kelabu) seringkali dikaitkan dengan perasaan negative yang seringkali dialami oleh

kanak-kanak.

Berbeza dengan instrumen hasil kerja di mana pada kebanyakan hasil

tersebut akan disemak oleh guru dan diberikan kadar mengikut mutu hasil kerja

(satu bintang untuk memuaskan, dua bintang untuk sangat baik, tiga bintang untuk

cemerlang), portfolio ini lebih bertumpu kepada rumusan keseluruhan yang diberikan

oleh guru untuk menggambarkan prestasi murid berdasarkan hasil kerja mereka

sepanjang tahun. Memandangkan instrument portfolio ini bersifat penyimpanan data

secara berterusan, maka guru dapat mengenal pasti perubahan emosi seseorang

kanak-kanak tersebut dari satu masa ke satu masa. Adalah tidak mustahil sekiranya

terdapat kanak-kanak yang berasa sedih ketika mula-mula memasuki prasekolah

namun perasaan tersebut menjadi semakin gembira dan dapat ditonjolkan melalui

hasil kerja murid kerana mula berasa seronok di prasekolah. Namun tidak kurang

juga bagi kanak-kanak yang pada umumnya memang dikenali sebagai murid yang

ceria dan aktif namun tiba-tiba menghasilkan lukisan yang menggunakan warna

yang suram dan gelap. Maka, guru seharusnya mengambil berat terhadap setiap

hasil karya yang disiapkan oleh murid bagi membolehkan guru mengambil tindakan

susulan ke atas emosi yang ditunjukkan pada hasil karya yang telah siap.