Interaksi Antara Tamadun Melayu Dan Tamadun Jepun

  • Upload
    lee-joy

  • View
    271

  • Download
    3

Embed Size (px)

Citation preview

  • 8/2/2019 Interaksi Antara Tamadun Melayu Dan Tamadun Jepun

    1/3

  • 8/2/2019 Interaksi Antara Tamadun Melayu Dan Tamadun Jepun

    2/3

    diberi tanggungjawab bagi menyelaras keahlian dari sektor perniagaan dan

    MAJECA.

    Sementara itu, ketika pemerintahan Tun Dr. Mahathir Mohamad, beliau

    cukup kagum dengan kejayaan Jepun yang bangkit dari Perang Dunia Kedua.Hal ini telah menyebabkan beliau telah memperkenalkan Dasar Pandang Ke

    Timur pada Februari 1982. Melalui dasar itu, sistem pengurusan Jepun dan etika

    kerja telah secara meluas diberi publisiti sehingga mewujudkan personaliti-

    personaliti berpengaruh di kalangan ahli-ahli perniagaan Malaysia dan Jepun

    yang kemudiannya meneruskan orientasi pro-Jepun.

    Tumpuan ke atas pertumbuhan ekonomi domestik dengan fokus kepada

    perindustrian, toleransi masyarakat multi-etnik serta kestabilan politik menjadi

    tema dasar luar negara Malaysia sepanjang tempoh pentadbiran beliau untuk

    menarik masuk Pelaburan Langsung Asing (FDI). Orientasi pro-Jepun yang

    dipegang Mahathir sejak awal tahun 1980-an telah membentuk hubungan politik

    yang kuat dengan sektor perniagaan.

    Dalam dasar ini juga, ramai pelajar dari Malaysia dihantar ke Jepun, yang

    mana seramai lebih kurang 3,000 pelajar Universiti Malaya dihantar belajar diJepun dalam pelbagai bidang kritikal seperti kejuruteraan, perubatan dan

    pergigian sejak Dasar Pandang Ke Timur ini diperkenalkan oleh Tun Dr.

    Mahathir Mohamad pada tahun 1982. Canselor UM Toh Puan Hajah Dr Aishah

    Ong menyatakan tumpuan kerjasama lebih berfokuskan dalam sektor ekonomi,

    perindustrian, latihan teknologi, akademik, penyelidikan dan pengurusan.

    Dasar pandang ke Timur ini juga telah berjaya menghasilkan kereta

    jenama tempatan yang pertama iaitu Proton. Kilang keretanasional Proton mendapat kerjasama daripada syarikat Mitsubishi dari Jepun.

    Proton ini telah ditubuhkan pada 7 Mei 1983. Kereta pertama yang dikeluarkan

    oleh kilang ini ialah, Proton Saga yang dilancarkan pada 1985. Kini kepakaran

    automotif Malaysia dalam Proton dan Produa setanding dengan syarikat

  • 8/2/2019 Interaksi Antara Tamadun Melayu Dan Tamadun Jepun

    3/3

    pengeluar kenderaan Ford, Honda, Volvo, Fiat, Renaults, Audi, BMW, Mercedes

    Benz dan sebagainya. Kini, Produa MyVi yang mana merupakan

    keluaran Produa telah dihasilkan berdasarkan kereta Daihatsu dari Jepun.

    Selepas Tun Abdullah Ahmad Badawi dipilih menjadi Perdana Menteripada 31 Oktober 2003, beliau mengadakan lawatan luar negara pertama apabila

    menghadiri Sidang Kemuncak Memperingati Hubungan ASEAN dan Jepun yang

    ke-30 di Tokyo pada 11 dan 12 Disember 2003. Semasa mengadakan

    pertemuan dengan Junichiro Koizumi, Abdullah menegaskan Malaysia akan

    meneruskan Dasar Pandang Ke Timur kerana dasar tersebut terbukti berjaya

    dalam meningkatkan hubungan bilateral Kuala Lumpur dan Tokyo selama lebih

    21 tahun. Semasa Shinzo Abe mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia pada 24

    Ogos 2007 sempena sambutan 50 tahun kemerdekaan Malaysia, Abdullah sekali

    lagi menegaskan Malaysia akan meneruskan Dasar Pandang Ke Timur.

    Hubungan Malaysia dan Jepun di bawah pentadbiran Datuk Seri Najib

    Tun Razak pula, memperlihatkan penerusan dasar-dasar sedia ada. Dalam

    aspek ekonomi misalnya, negara masih lagi mengeksport petroleum ke negara

    matahari terbit itu. Dalam aspek pelaburan pula, Jepun menjadi pelabur asing

    terbesar di Malaysia dengan kelulusan 63 projek bernilai RM5.6 bilion. Jepun

    telah melabur dalam sektor elektrik dan elektronik, industri teknologi hijau

    automotif, peralatan pengangkutan dan komponen, petrokimia dan produk kimia,

    peralatan perubatan, produk makanan, teknologi hijau dan kereta hibrid.

    Interaksi Malaysia dan Jepun dari tahun 1957 sehingga 2010 di bawah

    pentadbiran enam Perdana Menteri menunjukkan trend yang stabil tanpa

    sebarang krisis yang boleh menjejaskan hubungan baik kedua-dua negara ini.