Upload
trinhquynh
View
270
Download
7
Embed Size (px)
Citation preview
WAJ3101 Tamaddun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )
1
Tajuk 6 INTERAKSI TAMADUN ASIA DAN RELEVANSINYA DI
MALAYSIA DAN DUNIA
6.1 Sinopsis
Pelajar-pelajar yang dikasihi
Terima kasih kerana anda masih meneruskan tumpuan terhadap pembelajaran modul
ini. Unit ini akan membincangkan tentang perkara yang berkaitan dengan interaksi
Tamadun Asia dan Relevensinya di Malaysia dan Dunia . Antara fokus utama yang
akan dibincangkan dalam modul ini ialah berkaitan dengan;
1. Interaksi Tamadun Cina dengan tamadun lain dan relevansinya di Malaysia dan
di dunia
2. Interaksi Tamadun India dengan tamadun lain dan relevansinya di Malaysia dan
di dunia
3. Interaksi Tamadun India dengan tamadun lain dan relevansinya diMalaysia dan
di dunia
6.2 Hasil pembelajaran
Setelah membaca modul ini, pelajar - pelajar akan dapat :
i. Memahami relevansi tamadun asia dengan Malaysia dan dunia
ii. Membanding beza antara pencapaian tamadun Cina, India dan Jepun
6.3 Kerangka Tajuk
WAJ3101 Tamaddun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )
2
INTERAKSI TAMADUN ASIA DAN RELEVANSINYA DI MALAYSIA DAN DUNIA
6.4 Pengenalan
Ilmu ketamadunan sangat penting untuk sebuah negara majmuk seperti Malaysia
yang rakyatnya terdiri daripada berbilang bangsa, budaya dan agama. Pada dasarnya,
setiap rakyat Malaysia perlu mengetahui dan mengenali prinsip, nilai dan amalan setiap
bangsa dan agama yang terdapat di Malaysia secara tepat dan dekat supaya
perhubungan dan interaksi antara rakyat Malaysia tidak dipengaruhi atau ditentukan
oleh prasangka dan kejahilan yang mudah menimbulkan kecurigaan, ketegangan dan
kebencian. Ilmu ketamadunan harus diterapkan di kalangan rakyat Malaysia di peringkat
awal lagi.
Modul ini akan melihat interaksi yang berlaku di antara tamadun Cina, India dan
Jepun serta relevansi dan kaitannya dengan dunia secara amnya dan Malaysia secara
khususnya.
6.4.1 Interaksi Tamadun Cina dengan tamadun lain dan relevansinya di
Dunia
Masyarakat dan budaya Tamadun Cina
Kemunculan Tamadun cina
Gambaran mengenai kemunculannya agak kabur kerana hanya berasaskan cerita-cerita
mitos dan imaginasi. Sesetengah cendikiawan sejarah berpendapat bahawa sebelum
kewujudan era pemerintahan Dinasti, China diperintah oleh lima orang pendeta yang
mengasaskan peradaban dan tamadun Cina.
Sepanjang perkembangan sejarah negera dan bangsa China, setiap dinasti
bertapak,berkembang dan hancur yang kemudiannya digantikan oleh suatu dinasti
yang lain.
i. Dinasti Hsia ( 2697 SM)
Raja terawal dinasti ini ialah Raja Huang Ti dan salah seorang keturunannya
iaitu Raja Yu dikatakan menjadi pengasas dinasti ini. Walaupun tanpa bukti
yang dan jelas kerana tiada kesan-kesan yang ditemui sebagai bukti namun
bagi orang Cina ianya tetap wujud.
ii. Dinasti Shang (1766-1122 SM)
WAJ3101 Tamaddun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )
3
Berpusat di Anyang dan bukti kewujudan dinasti ini adalah jelas dengan
penemuan alat-alat dan tulang manusia yang banyak di kawasan utara
Sungai Kuning di China.
iii. Dinasti Chou ( 1122- 256 SM)
DInasti ini terbahagi kepada dua iaitu Chou Awal ( 1122-771 SM) yang
berpusat di Lembah Wei dan Chou Akhir (771-256 SM) yang berpusat di
Loyang. DI zaman dinasti Chou ini bangsa China mencapai zaman
keagungannya di bidang ekonomi, politik dan sosial.
iv. Dinasti Chin ( 256-205 SM)
Pusat pentadbirannya berasa di Lembah Wei di bawah pemerintahan
Maharaja Shin Hung Ti (221-210S M). Beliau merupakan maharaja Dinasti
Chin yang teragung . Beliau memerintah selama 11 tahun dengan
menggunakan sistem kekerasan dan undang-undang yang menekan rakyat
DI zaman dinasti Chin inilah Tembok Besar China dibina dengan jarak sejauh
2256 KM untuk menghalang serangan orang-orang Mongol.
v. Dinasti Han ( 202 SM -221 M)
Rajanya yang terkenal ialah Han Wu Ti ( 141-87 SM). Zaman ini merupakan
zaman perkembangan kesenian dan kesusasteraan. Ketika ini juga telah
wujud jalan darat yang menghubungkan China dengan Asia Barat dan
kawasan sekitar Laut Mediterranean dan jalan ini dipanggil Jalan Sutera
kerana melalui jalan-jalan inilah sutera-sutera dari China di bawa ke Barat.
vi. Dinasti Sui ( 589- 618 M)
Dinasti ini diasaskan oleh Sui Wen Ti tetapi kezaliman Yuang Ti yang
menggantikan Maharaja Sui telah membawa kepada pemberontakan oleh Li
Yuen seorang pegawai yang berpengaruh di wilayah Shantung yang
menyebabka kejatuhan kerajaan Sui.
vii. Dinasti Tang ( 618- 907 M)
Selain Li Yuen, raja Tang yang terkenal ialah Tang Tai Tsung putera Li Yuen
yang meluaskan kekuasaan China hingga ke Parsi dan Laut Kaspian.
WAJ3101 Tamaddun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )
4
viii. Dinasti Sung ( 960-975 M)
Di dirikan oleh seorang general yang bernama Chao Hung Yin. Dinasti ini
berkuasa selama kira-kira 300 tahun.
ix. Dinasti Yuan / Mongol ( 1271-1368)
Di bawah kepimpinan Kublai Khan, kaum Mongol berjaya mengalahkan
dinasti Sung dan mendirikan kerajaan baru. Peking dipilih sebagai pusat
pemerintahan dan bermulanya era perhubungan dengan barat.
x. Dinasti Ming ( 1368-1644)
Orang Cina memegang semula tampuk kekuasaan setelah kematian Kublai
Khan. Seorang pemimpin bernama Chu Yuan Chang berjaya mengalahkan
tentera Mongol .
xi. Dinasti Ching /Manchu ( 1682-1911)
Dinasti ini menjalinkan hubungan dagangan dengan pedagang-pedagang
dari barat dengan membenarkan saudagar-saudagar asing singgah di mana-
mana pelabuhan untuk berniaga.
6.4.2 Masyarakat dan budaya Tamadun Cina
Masyarakat Cina
Seratus tahun yang lalu,setiap orang Cina akan memilih cara hidup dan corak pemikiran
yang berasal dari nenek moyang mereka. Dari perkembangan awal sejarah China ,
orang-orang Cina percaya bahawa mereka adalah bangsa yang lebih cerdik, beradab
dan berkebolehan berbanding bangsa - bangsa lain. Orang-orang Cina lebih
menghargai hasil minda (pemikiran) daripada perkara – perkara yang bersifat material.
Mereka memahami faedah yang boleh didapati daripada kemahiran-kemahiran yang
menggabungkan beberapa bahan-bahan yang berlainan untuk menghasilkan peralatan
yang boleh digunakan untuk menghasilkan barang-barang. Mereka juga amat
menghargai kemahiran yang membolehkan manusia hidup bersama-sama dalam
keadaan harmoni dan bahagia. Memang benar orang-orang Cina menghargai kekayaan
material tetapi mereka hanya menghargai kekayaan jika kekayaan itu boleh memberikan
kepuasan dan kenikmatan hidup serta menaikkan status mereka ke tahap yang tinggi
dalam masyarakat.
WAJ3101 Tamaddun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )
5
Budaya Tamadun Cina
Terdapat beberapa budaya yang masih di praktikkan sejak beberapa generasi yang
lalu.Ianya menjadi sebahagian daripada identiti dan warisan masyarakat Cina sejak
turun temurun yang lampau. Setiap budaya, amalan dan adat masyarakat Cina ini
mempunyai pengertian dan pentafsirannya yang tersendiri yang tidak semata-mata
melambangkan nilai - nilai yang wujud di dalam masyarakat Cina bahkan merupakan
manifestasi terhadap beberapa nilai moral yang menjadi pegangan masyarakat Cina
keseluruhannya. Nilai-nilai etika ini penting dalam meneruskan kelangsungan hidup dan
keharmonian sesama anggota masyarakat. Amalan,adat dan pantang larang yang di
pegang oleh masyarakat Cina lebih bersifat kawalan sosial yang berperanan mengikat
anggota-anggota masyarakat agar tidak melakukan perkara - perkara yang menyimpang
dari amalan-amalan orang Cina.
Sistem Etika dan Orientasi Nilai
Sistem keluarga merupakan asas kepada sistem sosial masyarakat China, Terdapat
lima hubungan asas dalam tradisi budaya Cina iaitu: -
Hubungan antara pemerintah dengan seorang rakyat.
Hubungan antara bapa dengan anak lelakinya.
Hubungan antara abang dengan adik lelakinya.
Hubungan antara suami dengan isterinya.
Hubungan antara seorang lelaki dengan kawannya.
Tiga daripada hubungan tersebut merupakan hubungan antara ahli keluarga. Dua
hubungan yang lain (hubungan antara pemerintah dengan rakyat dan hubungan antara
dua orang kawan lelaki) boleh dikembangkan menjadi suatu bentuk hubungan
kekeluargaan. Ke semua ini dapat dilihat dalam perayaan-perayaan kaum Cina seperti
Tahun Baru Cina , Chap Goh Meh, Kuih Bulan dan sebagainya .Ini dapat menjamin
keharmonian dalam sebuah keluarga dan masyarakat
Nilai-nilai dalam bidang pendidikan
Berasarkan kefahaman masyarakat Cina , suatu perancangan pendidikan yang lengkap
bukan sahaja mengajar tentang perkara-perkara yang menjadi kewajipan moral tetapi
juga tentang konvensi sosial secara lengkap. Oleh itu, seorang yang berpendidikan
WAJ3101 Tamaddun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )
6
bukan sahaja bertindak secara bermoral tetapi dia juga merupakan seorang yang
beradap dan bersopan.
Oleh itu, orang Cina begitu mementingkan adat –adat semasa kelahiran, upacara
perkahwinan, jenis pertuturan dan lain-lain.
Pendidikan harus disebar secara meluas bagi menjamin supaya orang-orang yang
menjadi pegawai dan pentadbir adalah mereka yang berpendidikan.
Pentadbir sebuah negeri itu mesti dilantik berasaskan kebolehan dan pendidikannya
bukan berasaskan keturunan dan kekayaannya.
Seseorang yang berjaya mendapatkan pendidikan yang mencukupi dalam hal-hal
tentang adat dan moraliti akan bersedia untuk memajukan kebahagiaan rakyat yang
diperintahnya.
Nilai-nilai sosial
Dari aspek sosial pula, setiap perayaan disambut oleh semua anggota masyarakat
tanpa mengira tua,muda, keturunan dan jantina. Ini membolehkan semua ahli
masyarakat berkumpul dan secara tidak langsung akan mewujudkan perpaduan
sesama ahli keluarga dan masyarakat. Dengan ini permusuhan antara individu dengan
individu dan kumpulan dengan kumpulan yang lain dapat dielak dan dihapuskan. Selain
itu, ia juga berfungsi sebagai kesinambungan sistem-sistem sosial masyarakat Cina .
Pengaruh-pengaruh luar yang mengganggu gugat sistem sosial ini dapat ditangkis
dengan meneruskan nilai-nilai tradisional dan adat resam yang diamalkan sejak turun
temurun. Orang Cina tidak dapat melepaskan diri daripada mempraktikkan elemen-
elemen tradisional dan kepercayaan kuno kerana tanpa ke semua ini orang Cina akan
kehilangan identiti dan ciri – ciri unik yang ada dalam bangsa dan masyarakat Cina yang
telah diwarisi lama dahulu.
a. Institusi politik dan sistem pemerintahan
Konfusius mempercayai bahawa fungsi utama sesuatu kerajaan ialah untuk
menghasilkan kebahagiaan dan kesejahteraan antara rakyat sesuatu negeri. Tujuan
utama ini hanya dapat dicapai jika negeri tersebut dikuasai dan diperintah oleh orang-
orang yang paling adil dalam negeri tersebut.
Tugas pemerintah sesebuah negeri mestilah diberikan kepada orang-orang
berpendidikan tanpa mengira keturunan mereka. Tetapi di zaman Dinasti, raja-raja dan
pemerintah-pemerintah mewarisi jawatan mereka secara turun temurun. Manakala
WAJ3101 Tamaddun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )
7
seorang menteri mempunyai hak untuk mengkritik dan memberi nasihat yang baik dan
berguna kepada pemerintah yang buruk akhlaknya
b. Bahasa dan Kesusasteraan
Abad-abad di antara 500-100 S.M. merupakan zaman kegiatan intelektual dan
kesusasteraan yang hebat di negara China apabila terbentuknya pemikiran klasik
Cina.Semenjak zaman Han, orang – orang Cina banyak menumpukan perhatian
kepada pengkajian dan penulisan sejarah dan menyimpan rekod kronologi yang tepat.
Dalam tradisi kesusasteraan Cina, bahasa yang digunakan adalah bahasa Cina Klasik
(wenyen). Menurut Hu Shih , sejak Dinasti Sung terdapat banyak karya sastera yang
hebat yang ditulis dalam bahasa Cina.
c. Kesenian dan kaligrafi
Karya-karya seni Cina telah memberikan gambaran tentang nilai-nilai estetika dan
beberapa aspek kepercayaan masyarakat Cina. Contohnya fahaman Daoisme
mempunyai pengaruh yang kuat terhadap bentuk-bentuk seni Cina terutama seni catan
dan kaligrafi dan ini menentukan sifat-sifat yang dianggap penting dalam kesenian
tersebut Dalam catan lanskap Cina tradisional, elemen-elemen yang dilukis untuk
mewakili alam semesta seperti gunung tinggi yang dipenuhi pokok-pokok , bukit-bukit
dan air terjun, pokok-pokok kecil yang rimbun ,air sungai dan tasik dan lain-lain lagi.
Manusia boleh timbul dalam catan lanskap tersebut tetapi merupakan bentuk-bentuk
yang kecil kerana menurut Daoisme, manusia cuma sebagai elemen yang kecil dalam
dunia alam semesta yang amat luas dan besar ini. Manakala kemahiran-kemahiran
yang digunakan dalam tulisan kaligrafi atau huruf Cina, diaplikasikan oleh seniman-
seniman Cina kepada penghasilan gerakan -gerakan berus yang terdapat dalam
kaligrafi atau huruf Cina yang terdapat dalam sebuah lukisan ( catan) yang berjaya.
d. Kesenian Seramik
Seramik dan tembikar juga merupakan seni Cina yang popular dan terkenal kerana
kebanyakan tamadun merujuk tembikar sebagai “China”.
Terdapat dua jenis seramik yang menarik sekali dari segi estetikanya iaitu:
1- Seramik Seladon ( celadonware) yang berasal dari Dinasti Sung.
2- Tembikar biru-putih ( blue- and white porcelain) yang berasal dari Dinasti Yuan
(Mongol) dan Dinasti Ming.
WAJ3101 Tamaddun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )
8
Seladon ialah suatu istilah yang digunakan untuk menunjukkan seramik yang
mempunyai lapisan kaca berwarna biru hijau atau kelabu hijau serta menyerupai batu
permata jed. Ianya amat disukai oleh kelas sarjana-pentadbir di negeri China.
Batu Jed bagi orang Cina melambangkan kebaikan, keluhuran budi pekerti, kemuliaan
dan keindahan. Ia merupakan perhiasan yang paling digemari bukan kerana nilai
harganya yang tinggi tetapi dipercayai dapat melanjutkan usia dan membawa
kesejahteraan hidup kepada pemakainya. Ia juga dikenali sebagai batu azimat.
Tembikar biru-putih ( blue-and - white porcelain) berasal di negeri China pada Dinasti
Yuan pada abad ke 13. Ia merupakan tembikar yang sebenar kerana pakar-pakar dari
Barat berpendapat bahawa tukang labu Cina menunjukkan kemahiran yang paling tinggi
apabila mereka mencipta tembikar (sejenis seramik) yang keras, putih dan juga
lutcahaya. Ini merupakan satu revolusi dalam citarasa masyarakat Cina.
Perkembangan ilmu sains dan teknologI
Ciri tamadun Cina yang paling menonjol ialah kepantasan kemajuan teknologinya . Ini
turut diakui oleh beberapa orang pengarang terkenal dari Barat.
Antara kemajuan-kemajuan yang dicapai ialah:
a. Perpustakaan yang besar telah wujud semenjak zaman berzaman.
b. Alat cetak yang boleh bergerak telah direka dalam abad kesebelas, justeru itu
lahirlah
buku-buku dalam jumlah yang besar.
c. Perdagangan dan perindustrian yang digiatkan oleh pembinaan terusan dan
desakan penduduk juga mencapai tahap yang tinggi. Kompas bermagnet juga
dalah satu lagi ciptaan orang-orang Cina yang digunakan hingga kini.
d. Bandar raya China lebih besar daripada kebanyakan bandar-bandar Eropah
pada zaman Pertengahan, sementara laluan perdagangannya pula luas.
Pembinaan semula Tembok Besar China dan terusan-terusan mengikut nasihat
pihak birokrasi yang dikemukakan kepada Maharaja. Ia dianggap penting demi
faedah negara.
e. Wang kertas mempercepatkan aliran perniagaan dan pertumbuhan pasaran
pada peringkat permulaan.
f. Wujud industri besi yang sangat besar di China Utara, menghasilkan kira-kira
125 000 tan setahun kebanyakannya untuk kegunaan kerajaan dan tentera.
WAJ3101 Tamaddun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )
9
g. Bangsa China juga barangkali menjadi bangsa yang pertama mencipta serbuk
letupan dan meriam yang telah digunakan untuk menggulingkan pemerintah-
pemerintah Mongol oleh Dinasti Ming pada penghujung abad keempat belas.
Dalam tahun 1720, rekod menunjukkan bahawa Dinasti Ming memiliki sebanyak
1350 buah kapal perang, termasuk 400 buah kubu terapung yang besar dan 250
buah kapal yang dibina khas untuk pelayaran jarak jauh. Kekuatan ini termasuk
kapal-kapal persendirian yang banyak dan yang mengadakan perdagangan
dengan Korea, Jepun, Asia Tenggara bahkan Afrika Timur pada masa itu. Ini
memberi hasil kepada kerajaan China yang telah mengenakan cukai terhadap
perniagaan laut tersebut.
6.5 Tamadun Cina di Malaysia : Peranan Tamadun Cina Dalam Pembinaan Budaya
Masyarakat Malaysia
Hubungan antara orang-orang Cina dengan Kerajaan Melayu Melaka telah
terjalin di zaman pemerintahan kerajaan Melayu Melaka. Ini bermula dengan
kedatangan Laksamana Zheng He dan pengikut-pengikutnya ke Melaka. Mereka
membawa bersama dengan mereka barang-barang yang berasal dari China seperti
tembikar dan sutera. Pengikut Zheng He telah membina penempatan di Bukit Cina,
Perkahwinan antara Sultan Melaka dengan Puteri Hang Li Po telah mengeratkan lagi
hubungan ini. Hubungan ini mengalami gangguna dan kemerosotan apabila Melaka
ditawan penjajah Portugis pada tahun 1511m. Namun sehingga ke hari ini, masyarakat
Cina yang telah diasimilasi dengan budaya dan adat tempatan masih wujud di Melaka
dan dipanggil golongan Baba dan Nyonya.
Di era penjajahan British di Tanah Melayu, orang-orang Cina dari Tanah Besar
Cina telah dibawa masuk secara pesatnya ke Tanah Melayu untuk bekerja sebagai
buruh di lombong-lombong bijih timah. Setelah merdeka, berdasarkan kepada beberapa
perjanjian sebelum British menganugerahkan kemerdekaan, orang-orang Cina telah
mendapat taraf kerakyatan dan menjadi warganegara Malaysia. Dengan itu, budaya dan
tamadun bangsa Cina juga telah berkembang di Malaysia.
Hari ini masyarakat Cina telah bersama-sama rakyat Malaysia dalam segala
aspek pembangunan dan perkembangan negara Malaysia. Masyarakat Cina merupakan
penyumbang terbesar kepada ekonomi negara. Sebahagian besar masyarakat Cina
dapat berkomunikasi dalam Bahasa Melayu dengan baik dengan kaum – kaum lain-lain.
WAJ3101 Tamaddun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )
10
Masyarakat Cina juga turut melibatkan diri dalam bidang pentadbiran kerajaan, politik,
pertahanan dan keusahawanan .
6.6 Tamadun India
TAMADUN INDIA
Pendahuluan
Negara India terletak di bahagian Selatan benua Asia. Keluasan negara India ialah
2,354, 175 km persegi. Negara India boleh dibahagikan kepada dua kawasan geografi
iaitu:
a. India Utara
b. India Selatan
Kedua-dua kawasan ini mempunyai rupa bentuk fizikal, bahasa, budaya dan amalan
keagamaan yang berbeza.
Latar belakang Perkembangan Tamadun India
Zaman pra sejarah di India dikesan berlaku sejak 100,000 s.m. di benua Lumeria di
Selatan India. Antara 10,000 hingga 6,000 s.m. wujud penempatan manusia di kawasan
Kartanaka dan Lembah Ganges di bahagian tengah India. Sekitar 3,000 s.m. penemuan
kesan-kesan tamadun Lembah Indus yang merangkumi kawasan-kawasan
Mohenjodaro di daerah Montgomery. Penemuan arkeologi membuktikan masyarakat di
Lembah Indus sudah mencapai tamadun yang tinggi.
Tahap Perkembangan Tamadun India
a. Zaman Kuno (1500 s.m. – 1200 m)
Menyaksikan kedatangan orang Aryan dari Asia Tengah dan menguasai
beberapa bahagian di India seperti Lembah Ganges-Jamuna-Doab. Penguasaan
orang Aryan ini dikenali sebagai zaman Vedile. Zaman ini pula dibahagikan
kepada dua zaman iaitu:
1. Vedile Awal (1500 s.m. – 100 s.m)
2. Vedile Akhir (1000 s.m. – 500 s.m.)
Interaksi antara orang Aryan dengan penduduk tempatan melahirkan budaya
Indo-Aryan. Pada tahun 321 s.m. muncul pula Dinasti Maurya diasaskan oleh
Chandragupta Maurya dan dibantu oleh anaknya Asoka. Mencapai
kegemilangan dalam pelbagai bidang dan yang lebih penting dalam
WAJ3101 Tamaddun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )
11
perkembangan agama Buddha dan Jainism. Pada tahun 320-520 s.m. muncul
pula Empayar Gupta yang terkenal dengan perkembangan kesusasteraan Hindu
dan seni bina kuil. Pada masa ini juga lahir kerajaan-kerajaan kecil seperti
Chera, Cola dan Pandhya.
b. Zaman Pertengahan
Dikenali sebagai zaman Islam di India. Kemasukan Islam telah melahirkan satu
tamadun yang lebih cemeralang. Kerajaan Islam yang terkenal ialah kerajaan
Sabaktaqin, Ghori, Khilji dan Mughal.
c. Zaman Penjajahan Barat (mulai 1750)
Kuasa Eropah yang paling awal tiba di India ialah Portugis (1498) di bawah
Vasco da Gama. Kedatangan mereka kerana kepentingan
a. Perdagangan
b. Politik
c. Agama Krisitian
Kuasa Belanda menduduki Pulikat, Masulipatar dan Surat. Kuasa British telah
menawan Surat (1612), Madras (1640), Bombay (1655) dan Calcutta (1690).
Pengaruh British terus berkembang terutamanya selepas Perang Plassey
(1756). Kedatangan penjajah ini telah membawa masyarakat India menerima
pengaruh pemodenan dan budaya barat seperti agama Kristian, bahasa
Inggeris dan cara hidup barat.
UNSUR-UNSUR UTAMA DALAM TAMADUN INDIA
Sistem Pemerintahan
a. Raja/Ketua Negara
Sistem pemerintahan bercorak monarki sejak kerajaan awal sehingga kemasukan
British ke India.Pemimpin tertinggi dikenali sebagai Raja, Maharaja,
Darmamaharaja,Maharajathiraja, Chakravarti, Rendan, Arasar, Mannar. Raja
mempunyai kuasa mutlak dan dibantu oleh menteri-menteri. Raja dilantik secara turun-
temurun dan jawatan Raja Mahkota adalah bakal raja. Raja biasanya mempunyai
hubungan yang rapat dengan golongan Brahmin. Setiap kerajaan mementingkan
angkatan tentera yang kuat – unit infantry, unit gajah dan unit kuda.
WAJ3101 Tamaddun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )
12
b. Pentadbiran Wilayah
Sesebuah kerajaan yang besar membahagikan negaranya kepada beberapa wilayah.
Wilayah-wilayah ini pula dibahagikan kepada kampong-kampung besar (Kurram) dan
paling kecil dinamakan kampong (Kottam) Kedatangan penjajah barat, dasar
Europeanisme diperkenalkan. 90% cukai diberikan kepada kerajaan. Sistem Presidensi
diperkenalkan di Benggal, Madras dan Bombay.
c. Agama
i. Hindu
ii. Buddha
iii. Jaina
iv. Sikhism
v. Islam
d. Ilmu Sains dan Matematik
i. Fizik dan Kimia – konsep jirim diperkenalkan. Ala mini terdiri dari 5 elemen
iaitu
ii. tanah, angin, api, air dan angkasa.
iii. Perubatan- perkembangan bidang Fisiologi, pembedahan, seni pernafasan
(Yoga), reproduksi manusia, farmakalogi, perubatan binatang. Buku
perubatan terkenal ialah Cakara dan Susruta.
iv. Matematik – menggunakan kaedah tali (Sulvasutra). Menggunakan konsep
Geometri dalam upacara-upacara agama. Memperkenalkan sistem
perpuluhan. Karya matematik yang terkenal ialah Bakshali dan Aryabhatiya.
v. Astronomi – India pelopor bidang astronomi. Unsur matahari, bulan, bintang
dianggap sebagai Tuhan. Dalam kitab Rig Veda ada keterangan mengenai
lintasan matahari dibahagikan kepada 12 bahagian dan satu bulatan
dibahagikan kepada 36 bahagian yang bermaksud 360 hari dalam setahun
iaitu 12 bulan.
e. Bahasa dan Sastera
Masyarakat Indo-Arya (bahagian utara) – bahasa Sanskrit. Masyarakat Dravidia (
bahagian selatan) – bahasa Tamil. Terdapat dua jenis kesusasteraan
WAJ3101 Tamaddun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )
13
berdasarkan bahasa Sanskrit dan bahasa Dravidia. Karya-karya epik yang
utama ialah Ramayana, Mahabrata dan Buddhacharita.
Tema-tema yang dibincangkan
a. Ramayana – peperangan antara Rama dan Ravana
b. Mahabrata – peperangan antara Kaurava dengan Pandara
c. Arthasastra – aspek-aspek politik, ekonomi, pengurusan, kesejahteraan
negara dan ketatanegaraan.
Zaman Islam dikenali dengan kesusasteraan Siddha. Karya utama “Seera
Purana oleh Umaru Pulacar. Zaman Mughal muncul tokoh-tokoh seperti Abu
Fazl, Nizamuddin dan Badauni. Sultan yang mengutamakan kesusasteraan ialah
Akhbar, Shah Jehan dan Jahangir.
Senibina
Senibina Hindu bermula dengan pembinaan kuil pada zaman Gupta. Kuil-kuil
menggunakan ukiran Hindu.
Senibina Buddha bermula pada zaman Maurya, Asoka dan Vedik dengan
menampilkan struktur stupa Buddha.
Seni bina Islam menggabungkan cirri-ciri Parsi dan tempatan. Pada masa
pemerintahan Sultan Mahmud Ghazni menyaksikan pembinaan masjid Quwait
Al-Islam di Delhi yang menggabungkan ciri-ciri Hindu-Islam. Senibina Islam yang
termasyhur sehingga kini ialah Masjid Jamek di Fatehpur dan Allahabad , Masjid
Moti di Agra, Taj Mahal, Kota Merah di Agra.
Kemasyarakatan dan Kekeluargaan
Mengamalkan sistem kasta di mana masyarakatnya dibahagikan kepada
a. Brahmin – golongan agama dan kerohanian
b. Ksytria – tentera dan keselamatan
c. Vaisya – peniaga
d. Sudra – petani
Terdapat 4 peringkat kehidupan (ASRAMA). Kitab Jabala Unapishad menjelaskan 4
peringkat tersebut iaitu:
WAJ3101 Tamaddun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )
14
a. Brahmacarya
b. Ghastra
c. Vanaprahasta
d. Sannayasa
Kaum wanita mendapat tempat istimewa dalam masyarakat sejak zaman tamadun
Lembah Indus dan dikenali sebagai Mother Goddes.
ISLAM DALAM TAMADUN INDIA
-Islam tersebar ke India melalui beberapa cara iaitu:
1. Dakwah
2. Perdagangan
3. Perkahwinan
Agama Islam mula bertapak di India pada abad ke-8 apabila Muhammad Al-
Qasim berjaya menguasai Wilayah Sind pada tahun 706 (87 Hijrah). Pada peringkat
awal, Islam bertapak di bahagian Utara India.
Kerajaan Islam yang pertama ialah Kerajaan Sabaktaqin memerintah dari 1004-
1186. Pemerintahnya ialah Sultan Mahmud Al-Ghaznawi, beliau berjaya menguasai satu
kawasan yang luas di utara India.Kerajaan-kerajaan Islam yang lain ialah Kerajaan
Ghori (1189-1289), Kerajaan Khilji (1289-1321) dan yang paling terkenal ialah Kerajaan
Mughal (1527-1857).Dinasti Mughal memerintah selama 400 tahun dan menjadi kuasa
yang dominan dalam sejarah tamadun India dan memiliki kawasan yang luas.
Pemimpin-pemimpin Dinasti Mughal yang terkenal ialah
a. Akhbar
b. Jahangir
c. Shah Jehan
d. Aurangzeb
e. Bahadur Shah
Elemen-elemen dari Timur Tengah telah dibawa masuk dan diasimilasikan dengan
unsur-unsur tempatan dan melahirkan budaya baru yang dipanggil Indo-Islam.
WAJ3101 Tamaddun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )
15
PENGARUH TAMADUN INDIA KEPADA MALAYSIA DAN DUNIA
A. Keagamaan dan Kepercayaan
Agama Hindu dan Buddha telah diterima dan berkembang luas di Asia
Tenggara.Berlaku Sinkritisme antara agama Hindu-Buddha dan kepercayaan
masyarakat pribumi.
B. Kesenian dan Hibura
Paling berkesan dari segi senibina khususnya dalam pembinaan Candi dan Kuil.
Contohnya seperti Angkor Wat, Candi Borobudur.
C. Bahasa dan Kesusasteraan
Masyarakat Asia Tenggara menggunakan bahasa Sanskrit sehinggalah
kedatangan agama Islam. Buktinya melalui penemuan prasasti-prasasti Talang
Tuwo/Kedukan Bukit yang menggunakan bahasa Sanskrit. Terdapat
penggunaan bahasa Sanskrit seperti syurga, neraka, sembahyang dan
Sebagainya
Kemasukan epik terkenal seperti Ramayana dan Mahabrata. Ia dikenali dengan nama
yang berbeza di Thailand (Ramakien), Tanah Melayu (Hikayat Seri Rama), manakala
karya Mahabrata juga dikenali dengan pelbagai nama seperti Hikayat Pendawa Lima,
Hikayat Pendawa, Hikayat Panca Delima dan Hikayat Sang Boma dan karya sejarah
agung iaitu Negarakertagama.
D. Pemerintahan dan Kerajaan
Kemunculan kerajaan di Asia Tenggara seperti Funan, Chenla, Angkor,
Sukhotai/Ayuthia, Langkasuka, Tambaralinga, Folo-an, Kedah Tua/Gangga Negara,
Mataram, Singgasari, Majapahit dan Srivijaya.
E. Idea Politik dan Berkerajaan
Konsep “kosmologis” yang meletakkan raja di tempat yang teratas. Raja dianggap
sebagai penjelmaan Dewa Vishnu dan Siva. Pemerintahan raja yang berpandukan
kepada kitab-kitab perundangan dalam pemerintahan. Kitab-kitab ini adalah mengambil
beberapa aspek dari sistem perundangan Hindu seperti Kitab Dharmasutra/Hukum
Kanun Manu.
WAJ3101 Tamaddun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )
16
Kesimpulan
Tamadun India agak unik jika dibandingkan dengan tamadun asia yang lain. Ini
keranapengaruhnya begitu menyeluruh dari aspek politik, dan sosial. Walau
bagaimanapun, di Tanah Melayu/Malaysia secara amnya pengaruh agama Hindu tidak
kekal, begitu juga dengan pengaruh budaya India semakin dipinggirkan.
6.7 Tamadun Jepun
6.7.1 Sejarah Jepun
Sejarah bertulis Jepun bermula dengan kemunculan ringkas dalam teks-teks sejarah
Cina pada abad ke-1. Bagaimanapun, penyelidikan arkeologi menunjukkan bahawa
manusia telah hidup di pulau-pulau Jepun seawal Zaman Paleolitik Awal lagi. Menyusul
zaman ais terakhir pada sekitar 12,000 SM, ekosistem Kepulauan Jepun yang kaya
menggalakkan pembangunan manusia yang mengeluarkan tembikar terawal yang
diketahui semasa zaman Jomon. Sejarah Jepun berselang-seli antara tempoh-tempoh
keterasingan dengan pengaruh-pengaruh radikal yang kekadang bersifat revolusi dari
dunia luar.
Zaman Pra Sejarah
Pada zaman ais, Jepun tercantum dalam benua Asia dari Sakhalin di utara dan Kyushu
di selatan; memudahkan penghijrahan manusia, haiwan dan tumbuhan ke kepulauan
Jepun dari kawasan yang kini adalah negara China dan Korea. Budaya Jomon timbul
sekitar 11,000 sebelum Masihi dengan berakhirnya zaman ais. Gaya hidup mereka
berputik dari cara mesolitik ke neolitik. Masyarakat Jomon juga merupakan penghasil
barang-barang tembikar yang terawal di dunia. Difahamkan bahawa kaum Jomon
merupakan leluhur kaum Proto Jepun dan Ainu.
Permulaan era Yayoi di sekitar 300 SM ditandakan dengan kedatangan teknologi baru
seperti penanaman padi dan sistem pengairan yang dibawa oleh pendatang dari Korea,
China dan tempat-tempat lain di Asia.
Era Klasik
Menurut mitos Jepun, negara tersebut diasaskan pada kurun ke 7 SM oleh Maharaja
Jimmu. Pada kurun ke 5 dan 6, tulisan Cina dan agama Buddha diperkenalkan ke Jepun
WAJ3101 Tamaddun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )
17
dari Korea dan kemudian langsung dari China. Maharaja-maharaja Jepun merupakan
ketua pada nama sahaja. Kuasa sebenar terletak pada para bangsawan, pemangku raja
dan shogun (gabenor tentera). Permulaan zaman Nara pada kurun ke 8 ditandakan
dengan penubuhan sebuah pemerintah yang kuat yang berpusat di bandar Heijokyo
(kini Nara). Pusat tersebut kemudiannya berpindah ke Heiankyo (kini Kyoto), dan di sini
lahir sebuah budaya klasik Jepun yang dikenali sebagai Heian.
Era zaman pertengahan
Zaman pertengahan era Jepun telah digubal oleh pejuang yang dikenali sebagai
'samurai'. Pada 1185,general Minamoto no Yoritomo adalah orang pertama untuk
memecahkan tradisi memerintah sehaluan dengan Maharaja di Kyoto, memegang
kuasa di Kamakura, di selatan Yokohama masa kini. Meskipun era shogun Kamakura
kelihatan stabil, Jepun kemudiannya berpecah menjadi negeri-negeri yang saling
berperang lalu menderita dalam Zaman Sengoku. Pada abad ke-16, pedagang dan
mubaligh Eropah tiba di Jepun buat julung kalinya, lalu memulakan zaman "Nanban"
("orang gasar selatan") yang melihatkan pertukaran perdagangan dan budaya yang aktif
antara Jepun dan rantau Barat. Pada masa yang sama, Oda Nobunaga, Toyotomi
Hideyoshi, dan Tokugawa Ieyasu, mengenakan kawalan yang makin kuat terhadap
neger-negeri berperang di Jepun. Akhirnya, Tokugawa menyatukan semula Jepun
dengan menewaskan musuhnya di Pertempuran Sekigahara pada tahun 1600,
memindahkan ibu negara ke Edo (sekarang Tokyo) lalu menubuhkan era shogun
Tokugawa.
Pemerintah-pemerintah Tokugawa yang sangsi dengan pengaruh mubaligh Katolik
mengharamkan segala perhubungan dengan orang Eropah kecuali bagi perhubungan
yang amat terbatas dengan saudagar Belanda di Pulau Dejima. Zaman pengasingan ini
bertahan selama dua setengah abad, ketika mengalami perpaduan politik yang halus
dikenali sebagai zaman Edo, dianggap sebagai kemuncak budaya zaman pertengahan
Jepun
Zaman moden
Pada 1854, Komodor tentera laut Amerika Syarikat Matthew Perry memaksa
pembukaan Jepun ke kuasa Barat dengan Konvensyen Kanagawa. Ramai wira samurai
memberontak, melihat apa yang dianggap oleh mereka kelemahan Shogun, dan
WAJ3101 Tamaddun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )
18
pemberontakan ini meluas menjadi Perang Boshin 1867-68. Shogun terpaksa meletak
jawatan, dan Restorasi Meiji memulangkan kuasa ketua negara ke maharaja. Berbagai-
bagai idea institusi Barat mula digunakan semasa era Meiji, termasuk kerajaan moden,
sistem perundangan dan tentera. Reformasi-reformasi ini mengubahkan Empayar Jepun
menjadi kuasa besar yang mengalahkan negara China didalam Perang China-Jepun
dan Rusia didalam Perang Rusia-Jepun. Dari 1910, Jepun mengawal Taiwan, setengah
pulau Sakhalin, dan Korea.
Awal abad ke-20 melihat tempoh singkat "demokrasi Taisho" ditenggelami oleh
kebangkitan peluasan Jepun, mendorong kepada penjajahan Manchuria dan Perang
Sino-Jepun (1937). Pada tahun 1941, Jepun menyerang pengkalan tentera laut Amerika
Syarikat di Pearl Harbor, mendorong kedua-dua negara ke kancah Perang Dunia II.
Setelah kempen yang panjang di Lautan Pacifik, Jepun kehilangan jajahan yang
diperolehi awalnya, dan Amerika Syarikat hampir ke jarak untuk memulakan
pengeboman strategik ke atas Tokyo, Osaka, dan bandar-bandar lain. Jepun menyerah
selepas pengeboman bom atam bandar Hiroshima dan Nagasaki pada 1945, kehilangan
keseluruhan koloninya di Asia dan Pasifik
Jepun kekal di bawah penjajahan Amerika Syarikat sehingga 1952. Dalam tempoh itu, ia
menerima pakai perlembagaan baru yang menetapkan negara tersebut sebagai pacifist
constitutional monarchy. Selepas penjajahan, di bawah program pembangunan industri
agresif, dasar perlindungan, dan penyerahan pertahanan strategik kepada Amerika
Syarikat, keluaran negara kasar Jepun makin meningkat menjadi yang kedua tertinggi di
dunia. Sungguhpun berlakunya kejatuhan pasaran saham yang teruk pada tahun 1989
yang mana negara ini amsih belum peulih sepenuhnya, Jepun masih sebuah kuasa
ekonomi dunia dan juga baru-baru ini telah bangkit semula sebagai kuasa strategik
dengan meminjamkan sokongan bukan kombat dalam Perang Teluk dan pencerobohan
Iraq pada tahun 2003
6.7.2 Falsafah/Agama Masyarakat Jepun
Terdapat 3 agama yang sangat berpengaruh dalam masyarakat Jepun. Agama-
agama tersebut ialah:
a. Shintoisme
b. Buddhisme
WAJ3101 Tamaddun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )
19
c. Konfusianisme
6.7.3 Agama Shinto
Agama khas bagi masyarakat Jepun. Shinto bererti “Jalan Tuhan’ (kami-no-michi).
Shinto berkait rapat dengan negara, bangsa dan alam Jepun dan merupakan symbol
perpaduan dan kesetiaan kepada maharaja dan negara. Konsep Tuhan dan Dewa Dewi
(kami) agak kabur. Terdapat 8 juta Dewa Dewi.Dewi Matahari (Amaterasu-omi-
kami)adalah Tuhan yang besar dan Maharaja Jepun dipercayai dari keturunan Dewi
Matahari. Agama Shinto tidak mempunyai nabi/pengasas/kitab suci. Pendeta Shinto
telah menyusun/menulis kitab untuk rujukan –Shinto Gabusho/Lima Buku ajaran Shinto.
Mereka juga tidak ada falsafah dan etika. Semangat berkorban untuk Maharaja/Tuhan
ditanamkan ke dalam jiwa setiap rakyat.
6.7.4 Buddhisme
Agama ini mendapat tempat yang kukuh semasa pemerintahan Putera Shotoku
pada 592 s.m. di mana Buddhisme telah dijadikan sebagai agama rasmi. Ajaran
Buddhisme ini diterapkan dalam Perlembagaan 17 Artikel (mengandungi pelbagai aspek
ajaran Buddhisme dan Konfusianisme)yang mewajibkan kakitangan kerajaan
mematuhinya. Beliau juga menekankan pentingnya ajaran Buddha dan menjunjung
tinggi “Tiga Harta Suci” iaitu Buddha, Dharma dan Sangha, menghantar pelajar ke China
untuk mempelajari Buddha dan menulis 3 buah buku mengenai ajaran Buddha. Buddha
Zen adalah ajaran yang paling mendominasi masyarakat Jepun di mana ia merupakan
salah satu hasil himpunan alam fakir China yang tidak ingin kepada corak falsafah dan
lebih kepada penerangan.
6.7.5 Konfusianisme
Konfusianisme bukanlah satu agama tetapi lebih kepada pengajaran falsafah
untuk mempertingkatkan moral dan menjaga etika manusia.
Diasaskan oleh Kung Fu Tze yang lahir di negara China pada tahun 551 S.M oleh
ibunya Chiang Tsai yang berumur 15 tahun ketika itu. Kung Fu Tze merupakan seorang
yang bijak sejak kecil lagi dan terkenal dengan penyebaran ilmu-ilmu baru ketika
berumur 32 tahun. Konfusius banyak menulis buku-buku moral, sejarah, kesusasteraan
dan falsafah yang banyak diikuti oleh penganut ajaran ini. Kung Fu Tze meninggal dunia
pada tahun 479 S.M.
WAJ3101 Tamaddun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )
20
Ajaran Konfusius :
1. Amat mementingkan akhlak yang mulia dengan menjaga hubungan antara
manusia di langit dengan manusia di bumi dengan baik.
2. Penganutnya diajar supaya tetap mengingati nenek moyang seolah-olah roh
mereka hadir di dunia ini.
3. Merupakan susunan falsafah & etika yang mengajar bagaimana manusia
bertingkah laku.
Konfusius tidak menghalang orang Cina menyembah keramat dan penunggu tetapi yang
dipentingkan ialah setiap manusia perlu berusaha menjadi baik. Ia dikembangkan oleh
muridnya yang bernama Mencius ke seluruh China dengan beberapa perubahan.
Konfusius disembah sebagai seorang dewa dan agama baru tetapi dia sebenarnya
adalah manusia biasa. Pengagungan yang luar biasa kepada Konfusius telah menukar
falsafahnya menjadi sebuah agama dengan mengadakan perayaan-perayaan tertentu
bagi mengenangkannya.
6.7.6 Budaya Kerja Jepun
Jepun merupakan antara negara Asia yang maju dan setanding dengan negara barat.
Apa yang penting ialah kegigihan masyarakat Jepun membangunkan negara dan
ekonomi mereka perlu dijadikan contoh kepada negara Asia yang lain. Pada era Meiji,
para cendikiawan Jepun telah mengemukakan idea pemodenan Jepun melalui
penerapan teknologi maju dari barat di samping mengekalkan dan memelihara
semangat kebangsaan. Jepun pernah mengalami kehancuran selepas perang dunia ke
dunia apabila dua wilayah mereka di Hiroshima dan Nagasaki di bom dengan teruk oleh
pihak berikat. Lanjutan itu, Jepun mengisytiharkan penolakan peperangan buat selama-
lamanya dalam perlembangaan baru negara Jepun dan sebaliknya mereka berusaha
untuk bangkit kembali untuk menjadi kuasa terkuat ekonomi dunia dengan member
tumpuan kepada pembangunan industri sebagai sebuah negara aman tanpa perang.
Kehebatan bangsa Jepun bangun daripada kemusnahan akibat perang adalah hasil
daripada sikap positif mereka sendiri dan kejayaan ini tidak dapat dinafikan terhasil dari
etika kerja mereka yang cemerlang.
Bermula dari sinilah, kepandaian dunia barat telah ditranformasikan dan disesuaikan
dengan semangat masyarakat Jepun. Masyarakat Jepun sememangnya terkenal
dengan sikap rajin dan menepati masa, malah mereka mudah untuk tidak mempercayai
WAJ3101 Tamaddun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )
21
sesiapa yang malas atau tidak menepati masa. Mereka juga cenderung mengikut kata
sepakat kumpulan berbanding dengan pendapat sendiri dan sikap itu membantu setiap
individu bekerja sebagai satu kumpulan. Masyarakat Jepun juga amat mementingkan
ilmu pengetahuan dan ini terbukti apabila kadar celik huruf di negara Jepun adalah
hampir 100 peratus dan kesedaran tentang kepentingan ilmu ini bermula sejak zaman
Edo (1603 – 1876) lagi. Pada masa itu anak-anak petani, saudagar dan tukang telah
belajar di sekolah swasta yang dikenali sebagai Terakuya.
6.7.7 Peranan Tamadun Jepun Dalam Pembinaan Budaya Masyarakat Malaysia
Pembudayaan tamadun Jepun dalam membina budaya masyarakat Malaysia ini
bolehlah dikaitkan secara langsung dengan Dasar Pandang Ke Timur yang telah
diumumkan oleh YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad pada 8
Februari 1982.
Dasar Pandang Ke Timur ini bermakna kerajaan akan membuat pengkajian, penelitian
dan pemilihan terhadap contoh – contoh dan teladan yang baik daripada negara Jepun
dan Korea dengan mengubahsuaikannya dengan keadaan dan kesesuaian di Malaysia.
Adalah tidak tepat jika dasar ini ditakrifkan sebagaikan mengambil apa sahaja dari
Jepun dan Korea untuk dipraktik di Malaysia dengan mengetepikan teladan yang juga
boleh dipelajari dari negara – negara barat.
Rasional dasar ini ialah kerana seperti yang sedia maklum, Jepun adalah merupakan
sebuah negara maju dan beberapa bidang mereka adalah lebih maju dari negara barat
sendiri. Kejayaan mereka boleh dijadikan contoh dan teladan kepada Malaysia dan
seterusnya diteladani dan dipratikkan untuk pembangunan negara. Antara perkara
positif yang diambil dari budaya masyarakat Jepun ialah kerajinan dan disiplin kerja
mereka, kesetiaan kepada negara dan perusahaan dan perniagaan di mana pekerja
bekerja, member keutamaan kepada kerja kumpulan melebihi dari kerja secara individu,
produktif dengan mutu penghasilan yang berkualiti tinggi, meningkatkan kecekapan,
mengurangkan jurang perbezaan antara eksekutif dengan golongan pekerja dan sistem
pengurusan yang menitikberatkan kejayaan jangka panjang serta lain – lain aspek positif
dari budaya dan sikap masyarakat Jepun yang sesuai dan boleh diteladani untuk
pembangunan negara dan rakyat Malaysia.
WAJ3101 Tamaddun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )
22
Sebagai sebuah negara membangun, etika dan nilai-nilai kerja di atas diamalkan kerana
ia sesuai dengan diterapkan dalam budaya masyarakat Malaysia yang berbentuk
majmuk. Dasar ini mewujudkan kerjasama yang rapat antara Malaysia dan Jepun
terutama di bidang ekonomi, industry,latihan teknikal dan akademik serta bidang
penyelidikan dan pengurusan.
Sebagai kesimpulan, Dasar Pandang Ke Timur merupakan satu usaha positif oleh
kerajaan Malaysia untuk meningkatkan lagi prestasi pengurusan dan pembangunan
negara. Dasar ini memberi kesan yang besar merubah budaya kerja masyarakat
Malaysia dan meninggikan prestasi dan daya pengeluaran negara. Di samping itu ia
menjadi asas kewujudan sebuah masyarakat yang dinamik dan progresif.
WAJ3101 Tamaddun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )
23