16

Perayaan Kaum Melayu

Embed Size (px)

DESCRIPTION

hi

Citation preview

Page 1: Perayaan Kaum Melayu
Page 2: Perayaan Kaum Melayu

Hari Raya Aidilfitri

• 1 Syawal tahun Hijrah• Juga dikenali sebagai Hari Raya Puasa (setelah

menghabiskan kewajipan puasa pada bulan Ramadan)

• Sambutan Hari Raya Aidilfitri akan ditentukan apabila anak bulan Syawal (rukyah) dapat dilihat pada penghujung bulan Ramadan (mengikut hisab berdasarkan Takwim Tahun Islam.

Page 3: Perayaan Kaum Melayu

• Kebiasaannya, apabila sudah ditentukan 1 Syawal itu, pada malamnya, umat Islam akan beramai-ramai bertakbir hari raya di masjid ataupun surau.

• Keesokan harinya, semua umat Islam akan ke masjid untuk menunaikan sembahyang sunat Hari Raya Aidilfitri secara berjemaah.

Page 4: Perayaan Kaum Melayu

• Antara tradisi umat Islam di Negara ini, menjelang kedatangan 1 Syawal, adalah dengan menyediakan pakaian baharu untuk keluarga, menghias rumah dan membuat berbagai-bagai jenis kuih tradisi untuk dihidangkan kepada para tetamu yang datang berkunjung

• Umat Islam diwajibkan membayar zakat fitrah bagi setiap anggota keluarga

• Kadar nilai zakat ini ditentukan oleh harga beras semasa

Page 5: Perayaan Kaum Melayu

• Pada pagi hari raya pertama, umat Islam akan mengambil kesempatan untuk memohon ampun dan maaf kepada ibu bapa, suami atau isteri dan dari yang muda kepada yang tua

• Tradisi kunjung-mengunjung ke rumah sanak saudara dan sahabat handai

• Berkunjung ke pusara ahli keluarga dan saudara mara

• Konsep rumah terbuka yang dianjurkan oleh pihak-pihak tertentu

Page 6: Perayaan Kaum Melayu
Page 7: Perayaan Kaum Melayu

Hari Raya Aidil Adha

• Juga disebut sebagai Hari Raya Korban dan Hari Raya Haji

• Menandakan berakhirnya tempoh mengerjakan ibadat haji di Mekah, iaitu selepas jemaah haji mengerjakan wukuf di Arafah

• Tanggal 10 Zulhijjah pada setiap tahun• Bulan terakhir dalam kalendar Hijrah Islam

Page 8: Perayaan Kaum Melayu

• ‘Aidiladha’ – Berasal daripada bahasa Arab yang membawa maksud hari penyembelihan korban

• Sempena memperingati kisah Nabi Ibrahim A.S yang diperintahkan oleh Allah S.W.T agar menyembelih anaknya, iaitu Nabi Ismail A.S

• Walaupun dengan hati yang amat berat, Nabi Ibrahim terus taat dengan suruhan Allah untuk menyembelih anaknya. Walau bagaimanapun, Allah telah menggantikan Nabi Ismail dengan seekor kibas

Page 9: Perayaan Kaum Melayu

• Sebagai mengigati perintah Allah kepada Nabi Ismail ini, masyarakat Islam yang berkemampuan digalakkan menyembelih binatang seperti kambing atau lembu sebagai korban pada hari raya ini

• Daging sembelihan ini akan dibahagikan, terutamanya kepada fakir miskin

Page 10: Perayaan Kaum Melayu

• Sambutan Hari Raya Aidiladha biasanya dimulakan dengan bacaan takbir dan tahmid secara berjemaah di masjid

• Disusuli dengan sembahyang sunat Aidiladha pada waktu pagi

• Bacaan kutbah akan diperdengarkan yang berkisarkan tentang pengorbanan dan perjuangan Nabi Ibrahim

Page 11: Perayaan Kaum Melayu

• Selepas itu, umat Islam akan mengambil kesempatan untuk berkunjung ke rumah saudara mara dan sahabat handai untuk mengeratkan silaturahim sambil menjamu selera dengan juadah istimewa

• Acara penyembelihan pula akan diadakan selepas itu dan tiga hari berikutnya (11, 12 dan 13 hari Tasyrik)

Page 12: Perayaan Kaum Melayu

Majlis Qurban

Page 13: Perayaan Kaum Melayu

Ceramah Pengorbanan

Page 14: Perayaan Kaum Melayu

Sambutan Maulidur Rasul

• ‘Maulid’ – Bahasa Arab yang bermaksud hari lahir seseorang

• Maulidur Rasul – Hari keputeraan Junjungan Besar, Nabi Muhammad S.A.W

• Nabi Muhamamd S.A.W dilahirkan di Tanah Suci Makkah pada 20 April tahun Masihi 571 bersamaan 12 Rabiulawal Tahun Gajah

Page 15: Perayaan Kaum Melayu

• Lazimnya, mengadakan syarahan memperingati Junjungan Besar Nabi Muahammad S.A.W, orang ramai berselawat, perarakan dan lain-lain.

• Sambutan diadakan di rumah dan masjid• Bagi sesetengah tempat, mereka mengadakan

majlis membaca riwayat maulid, iaitu sebuah kitab yang ditulis khas tentang riwayat Nabi Muhammad S.A.W.

Page 16: Perayaan Kaum Melayu

Perarakan