20
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS PERLIS, PERLIS KERTAS KERJA PROJEK INTERNSHIP SEMESTER 8 SEK. KEB. PERMATANG GUNUNG, 06250 ALOR JANGGUS, KEDAH DARUL AMAN OLEH PPG SAINS SEMESTER 8 DENGAN KERJASAMA GURU-GURU DAN MURID-MURID SEKOLAH KEBANGSAAN PERMATANG GUNUNG

internship aku papan mini.docx

Embed Size (px)

Citation preview

KERTAS KERJA PROJEK INTERNSHIP

KERTAS KERJA PROJEK INTERNSHIP2012

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIAKAMPUS PERLIS, PERLIS

KERTAS KERJA PROJEK INTERNSHIP SEMESTER 8

SEK. KEB. PERMATANG GUNUNG,06250 ALOR JANGGUS, KEDAH DARUL AMAN

OLEHPPG SAINS SEMESTER 8

DENGAN KERJASAMAGURU-GURU DAN MURID-MURIDSEKOLAH KEBANGSAAN PERMATANG GUNUNG

1.0 Pendahuluan

Internship ialah salah satu program latihan di lapangan yang bertujuan untuk mengembang serta mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman sedia ada sebagai seorang guru. Guru PPG dikehendaki merancang, melaksana dan menilai projek yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran di dalam dan di luar bilik darjah atau aktiviti rutin yang telah menjadi amalan dan budaya sekolah/tempat bertugas.

Sehubungan dengan itu, saya guru PPG dari Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis, Perlis telah memilih untuk melaksanakan satu projek yang berkaitan dengan murid sekolah bagi menjayakan internship yang bermula dari 29 Mac 2015 sehingga 24 April 2015 di Sekolah Kebangsaan Permatang Gunung, Jalan Alor Janggus, Alor Setar, Kedah.

Projek yang saya ingin jalankan ialah berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran dalan bilik darjah. Keberkesananan pengajaran dan pembelajaran adalah sangat penting. Namun begitu terdapat beberapa masalah yang perlu diatasi bagi mencapai hasrat tersebut. Fokus utama saya ialah untuk mengatasi rasa malu beberapa orang murid dari Tahun 5 Unggul. Murid murid ini terdiri dalam kumpulan sederhana dan lemah. Saya ingin membantu mereka melibatkan diri secara penuh dalam pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan tanpa rasa malu dan tidak yakin pada diri untuk melibatkan diri dalam aktiviti yang dijalankan dan menjawab soalan yang dikemukakan dengan betul.

2.0 Objektif

Antara objektif pelaksanaan projek ini ialah untuk ;

Merancang dan melaksana projek yang berkaitan dengan pengajaran danpembelajaran yang menarik dan seronok di dalam bilik darjah.

Menunjukkan komitmen yang tinggi kearah kecemerlangan, akauntabiliti dan integriti dalam melaksanakan tugas.

Berkomunikasi secara berkesan dengan murid di dalam bilik darjah.

Membentuk sikap positif dalam diri guru supaya lebih kreatif dan inovatif dalam penggunaan bahan yang sesuai dan bermanfaat kepada murid di dalam bilik darjah.

Membimbing dan memupuk berinteraksi yang positif sesama guru dan berkongsi pengalaman semasa menyediakan bahan projek.

Memberi latihan dan menyediakan pengalaman dalam aspek pengurusan dalam penghasilan bahan projek papan mini. Memberi pendedahan dan menambahkan pengetahuan dalam bidang kepimpinan dan tanggungjawab terhadap pengurusan kurikulum di peringkat sekolah.

Menunjukkan usaha menangani pelbagai cabaran untuk memenuhi kehendak program pendidikan semasa.

Membuat refleksi dan menilai amalan pengajaran dan pembelajaran,pengurusan projek dan sebagainya.

Memantapkan usaha dan inisiatif ke arah pemupukan ciri-ciri inovasi dan kreativiti.

3.0 Strategi Dan Perancangan Aktiviti :

BILPERANCANGAN AKTIVITITEMPOH MASA

1.BERBINCANG DENGAN GURU PEMBIMBING TENTANG PROJEK- mengenaplasti apa, kenapa, bagaimana tentang projek yang hendak dilaksanakan

1 MINGGU

2MENGHASILKAN PAPAN MINI

3 HARI

2.MENGGUNAKAN PAPAN MINI SEBAGAI PAPAN TULIS MURID

1 MINGGU

3.MEMBUAT RAKAMAN VIDEO BERSAMA MURID 2 HARI

4MELENGKAPKAN FOLIO LAPORAN INTERSHIP 1 MINGGU

4.0 Ahli Jawatankuasa Induk

PENAUNG :PN ZARIHA BINTI ABDUL RAHMANPENSYARAH PENYELIA : DR HAIRANI BINTI HARISMENTOR : EN NUR RUSLI BIN SALEH

4.1 Strategi Perlaksanaan Projek

BIL LANGKAH PERLKSANANTINDAKAN

1.PERANCANGAN AWAL

Perbincangan dengan guru pembimbing. Mengenalpasti masalah ( apa, kenapa, bagaimana, bila ) Menentukan kaedah ( inovasi yang akan dibina ) Membuat anggaran kos projek

Guru Dan Guru Pembimbing

Guru PPG

2.MEMBINA PROJEK INOVASI

Menyediakan bahan yang akan digunakan untuk projek inovasi. Papan tulis (kad board, glossy paper, gam ) marker, pemadam.Membina bahan projek Papan Mini

Guru PPG

3.MELAKSANAKAN INOVASI ( INTERNSHIP )

Mengaplikasikan bahan projek di dalam kelas.

Guru PPG

4MELENGKAPKAN FOLIO LAPORAN INTERSHIPFASA 5

Penilaian oleh Guru Pembimbing

Guru PPGGuru Pembimbing

4.2 Strategi Pelaksanaan

BIL PROJEKKEBERKESANAN KEPADA MURID

1.PENGGUNAAN PAPAN MINI

Peringkat 1

Guru memperkenalkan tajuk dan standard pembelajaran. Guru menggunakan Papan Mini sebagai medium untuk murid memberi jawapan secara bertulis. Memberi peluang kepada semua murid untuk memberi jawapan mereka. Fokus utama kepada murid yang pemalu dan tidak yakin diri.

2.Peringkat 2 Murid tahu cara penggunaan Papan Mini. Murid mula berminat dan seronok. Mula berlumba-lumba untuk memberi jawapan setiap kali guru mengemukakan soalan. Murid yang menjadi fokus kajian mula yakin dan berani untuk memberikan jawapan dengan menulis jawapan mereka pada Papan Mini.

3.Peringkat 3

Murid mahir menggunakan Papan Mini. Murid dapat membina peta I-Think seperti carta alir dan carta buih dengan betul dan kemas. Murid yang menjadi fokus kajian mula berani memberi jawapan tanpa perlu menulis pada Papan Mini dan dapat memberi jawapan secara lansung.

5.0 Anggaran Kos Perbelanjaan Projek KosBILPERANCANGAN AKTIVITIKOS PERBELANJAAN

1.Papan Board

RM 8.00 X 5 = RM 40.00

2.Glossy PaperRM 0.70 X 38 = RM 26.60

3.Pemadam RM 0.50 X 20 = RM 10.00

JUMLAH RM 76.00

*MARKER PEN : Guru kelas sediakan.

6.0 Laporan Lengkap Projek Inovasi

LAPORAN LENGKAP PELAKSANAAN INTERNSHIP

NAMA PELAJAR: MARLIANA BINTI MD REZALI

PROGRAM: PPG SAINS B ( SEMESTER 8 )

NAMA SEKOLAH:SEK. KEB. PERMATANG GUNUNG, JALAN ALOR JANGGUS, 06250 ALOR SETAR, KEDAH

NAMA AKTIVITI: PAPAN MINI CONFIDENT ( PROJEK KO-AKADEMIK SAINS )

TARIKH PELAKSANAAN: 29 MAC 2015 24 APRIL 2015

OBJEKTIF: 1. Membina keyakinan dalam diri murid-murid yang pasif ( malu ) terhadap sesi soal jawab bersama guru.2. Mengenalpasti tahap pengetahuan dan kefahaman murid terhadap pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan.3. Memastikan murid mempunyai sifat kreativiti dan berdaya saing antara rakan.4. Memupuk hubungan dua hala yang baik dan mesra di antara murid dengan murid serta murid dengan guru.5. Memastikan kecemerlangan akademik murid tidak terabai. 6. Memastikan murid yang lemah tidak terus terpinggir dengan membuang peluang dan hak sama rata semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.

STRATEGI PELAKSANAAN: 1. Saya berjumpa dan berbincang dengan guru pembimbing.2. Saya berbincang tentang isu yang sesuai digunakan untuk diberi perhatian. Disebabkan murid- murid ini terdiri daripada pelbagai tahap kognitif maka, maka kami memutuskan untuk menjalankan satu projek inovasi bagi mengatasi masalah rasa malu dikalangan murid Tahun 5 Unggul. Ia bertujuan untuk memberi peluang dan membina keyakinan diri dalam diri mereka supaya mereka tidak rasa malu dan rendah diri untuk bersaing dengan rakan-rakan sekelas.3. Dalam tempoh seminggu saya berusaha untuk menyediakan semua alatan untuk mencipta Papan Mini Confident.4. Papan Mini Confident ini digunakan apabila: Guru meminta murid menjawab soalan yang dikemukakan. Murid akan menulis jawapan mereka pada papan tersebut. Guru akan meminta semua murid mengangkat jawapan mereka. Guru dapat melihat secara terus dan menyeluruh kesemua jawapan yang diberikan murid. Secara tidak langsung guru dapat mengenalpasti murid yang masih tidak faham dan faham apa yang diajar oleh guru. Guru boleh memberi peneguhan dan pengayaan secara langsung kepada murid.5.Guru akan memperbaiki perlaksanaan pengajaran dari masa ke semasa.

REFLEKSI:

KEKUATAN PROJEK / AKTIVITIKEKUATAN PROJEK / AKTIVITI

1. Melalui projek ini, saya dapat mengenalpasti dan memberi fokus kepada murid yang mempunyai sikap yang pasif ( malu ) dan tidak yakin diri terhadap kebolehan diri.

2. Selain itu juga, melalui projek ini, ia turut memberi saya suatu ilmu dan peluang untuk mengembangkan kreativiti dalam usaha menambahbaik amalan dalam pengajaran dan pembelajaran saya. Membina bahan bantu mengajar ini memberi satu kepuasan apabila murid dapat menggunakannya dengan betul dan bermkana.

3. Dapat meningkatkan pengurusan masa saya dalam mengendali sesuatu pengajaran dan pembelajaran. Jika sebelum ini saya terpaksa meminta murid menjawab soalan tanpa mengetahui samada mereka memahami atau sebaliknya tentang apa yang dipelajari dan ia mengambil masa yang agak lama untuk mendapat jawapan daripada mereka terutamanya murid yang pemalu dan kurang yakin dengan jawapan mereka.

4. Murid memberi respon dan kerjasama yang baik sepanjang pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Mereka tidak perlu bising dan berebut-rebut untuk menmberi jawapan. Ini kerana setelah saya mengemukakan soalan, murid akan diberi sedikit masa untuk mencatat jawapan mereka pada Papan Mini Confident. Apa bila cukup tempoh masa yang diberi, kesemua murid akan mengangkat jawapan mereka. Saya dapat melihat jawapan mereka satu persatu.

5. Apabila saya dapat mengenalpasti jawapan murid, pada yang menjawab salah saya dapat membetulkan serta merta jawapan tersebut denga memberi penjelasan yang lebih mendalam.

6. Selain itu juga, saya dapat melatih murid membimbing rakan sebaya (bersebelahan). Ia dijalankan dengan cara murid yang telah memahami topik yang diajar dapat membimbing rakan mereka di sebelah berdasarkan jawapan yang dipamerkan mereka tadi. Secara tidak lansung ia dapat mengikis rasa malu dan tidak yakin pada diri sendiri dan memudahkan mereka untuk berhubung. Malahan rakan yang memahami apa yang dipelajari pada awalnya akan dapat mengukuhkan kefahaman mereka semasa membimbing atau menerangkan kepada rakan yang lemah itu.

7.Murid yang menjadi menjadi fokus kepada tercetusnya projek ini akan lebih yakin dan berani untuk menyatakan jawapan mereka. Apabila jawapan yang diberi oleh mereka sentiasa betul, lama kelamaan mereka dapat memberi jawapan secara lansung tanpa perlu menggunakan Papan Mini Confident lagi.

8. Saya hanya perlu mengeluarkan kos yang kecil sahaja berbanding dengan kejayaan oleh murid dan ianya memberi kepuasan yang maksimum kepada saya apabila murid yang malu dan tidak yakin diri ini berubah kepada sikap yang lebih positif dan berlumba-lumba untuk menjawab soalan setiap kali saya mengemukakan soalan semasa proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan.9. Selain itu juga, Papan Mini Confident ini dapat digunakan oleh guru lain kerana ia mudah alih di mana ia kecil, nipis dan ringan.

KELEMAHAN PROJEK / AKTIVITI

1. Kebanyakan aktiviti seperti ini memerlukan dana dan modal yang menjadi penghalang setiap kali mahu menjalankan sesuatu projek. Jadi semasa internship saya mengambil peluang ini menjalankan sesuatu projek inovasi yang memberi faedah yang terbaik kepada saya dan murid.

2. Masa untuk menjalankan aktiviti singkat kerana saya perlu menjalankan aktiviti hanya pada waktu Sains sahaja. Segalanya perlu dilakukan tepat pada masa bagi mengelakkan masa pengajaran dan pembelajaran seterusnya tergangu atau terlewat.

3. Pada peringkat awal projek ini hendak dilaksanakan terdapat beberapa kekangan di mana murid sukar untuk memberi kerjasama kerana mereka belum dapat membiasakan diri dengan Papan Mini Confident yang digunakan. Ia mengambil sedikit masa untuk mereka membiasakan diri dan memahami cara penggunaannya.

4. Murid yang pemalu ( fokus inovasi ) masih lagi bersikap malu dan tidak yakin untuk memberikan jawapan. Oleh itu guru perlu memberi lebih tumpuannya kepadanya dengan melihat pada Papan Mini Cinfident denga tujuan untuk member galakan dan peneguhann supaya beliau aktif menjawab semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan..

5. Saya perlu membawa alat bantu mengajar tersebut untuk disimpan di tempat yang lebih selamat. Ia memandangkan bilik darjah tidak dapat kekunci dan bertujuan untuk mengelakkan sebarang kehilangan alatan tersebut.

6. Pada peringkat awal mrid- murid sangat teruja dan membuat bising semasa sesi pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan papan ini. Ini kerana mereka belum faham cara pengguaan Papan Mini Confident tersebut. Ia mengambil sedikit masa untuk mereka membiasakan diri..

7. Langkah keselamatan kurang dititikberatkan kerana terdapat murid yang bermain marker pen dan ini boleh mendatangkan kemudaratan kepada murid. Seharusnya aspek keselamatan hendaklah saya utamakan semasa berlakunya pengajaran dan pembelajaran.

8. Selain itu juga, saya mengalami kekangan tugas. Ia adalah tugas utama di sekolah dan projek internship yang perlu saya laksanakan ini. Ini kerana sepanjang Mac dan April ini saya terpaksa menghadiri kursus kursus KSST tahun 2015. Walaubagaimanapun ketiadaan saya di sekolah saya telah atasi dengan mengadakan jual beli dengan guru- guru di sekolah saya.

9. Sekiranya masa diberi tempoh yang lebih panjang saya dapat melaksanakan aktiviti dengan lebih baik dan berkesan dengan membuat beberapa kesinambungan terhadap aktiviti- aktiviti yang dilaksanakan.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN:

Saya amat berharap dengan penggunaan Papan Mini Confident ini murid- murid yang pasif ini akan berubah dengan menjadi lebih yakin dan tidak merendah diri lagi. Selain itu juga, penggunaan papan mini ini amat sesuai bagi mengatasi masalah malu dan tidak yakin diri. Bagi mencapai sesuatu objektif pengajaran dan pembelajaran, interaksi pelu wujud antara guru dan pelajar. Apabila kedua- duanya dapat dicapai, tugas guru akan menjadi lebih mudah dan cepat.Sekiranya saya berpeluang melanjutkan lagi pelajaran dan jika diberi tugasan yang sama saya akan mempelbagaikan lagi teknik pengajaran yang boleh diaplikasikan dengan penggunaan Papan Mini Confident ini. Dalam projek kali ini saya telah berjaya menerapkan penggunaan Ithink dengan mengajar murid menggunakan carta alir, carta pokok dan carta buih. Ternyata mereka sangat seronok dengan sesi pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan. Di samping pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang baik, saya akan berusaha meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran saya khasnya. Pengurusan masa juga akan ditingkatkan kerana masa permulaan sesuatu pengajaran akan memainkan peranan yang penting. Jika lewat maka guru akan tergangu emosinya kerana banyak lagi perkara lain yang harus dilakukan selepas itu. Persediaan yang rapi haruslah dirangka dahulu sebelum memulakan sesuatu pengajaran dan pembelajaran. Saya juga berharap saya dapat meminimakan diri dengan penglibatan aktiviti lain supaya dapat memberi fokus kepada inovasi yang dilaksanakan.

KESIMPULAN

Melalui Program Internship ini saya dapat mengembangkan kreativiti saya dengan menghasilkan sesuatu inovasi iaitu Papan Mini Confident. Ia dibina bertujuan untuk membantu mengatasi masalah rasa malu dan tidak yakin diri murid yang di mana tahap kognitifnya sederhana dan rendah.Walaupun pelbagai kekangan masa yang dihadapi seperti kekerapan keluar kursus sedikit sebanyak mengganggu kelancaran projek inovasi ini. Walaubagaimanapun masalah ini dapat diatasi dengan jual beli antara guru. Oleh itu saya masih berpeluang dan dapat menjalakan projek inovasi ini dengan baik.Saya berharap agar dapat membantu dengan lebih dalam lagi tentang permasalahan yang dihadapi oleh mereka supaya murid- umurid ini tidak ketinggalan dalam pelajaran mereka. Selain itu saya berharap dapat meningkatkan pengurusan masa saya dalam mengendali sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran kerana pengurusan masa amatlah penting bagi seseorang yang bergelar pendidik.

Selepas ini saya akan belajar cara untuk mengadili sesuatu pertandingan. Sebagai hakim keputusan saya haruslah muktamad dan tidak dipengaruhi oleh sesiapa. Pada projek yang telah saya laksanakan agar suka untuk saya mengadili tetapi setelah diberi tunjuk ajar oleh mentor, saya telah dapat menentukan pemenang dalam pertandingan tersebut.Saya juga mempelajari sesuatu bahawa penyediaan tempat hendaklah dilakukan awal kerana perkara tersebut akan memakan masa dan menyebabkan pertandingan bermula lewat. Pada pertandingan tersebut kerusi untuk murid tidak cukup dan saya terpaksa mengambil kerusi dalam kelas lain. 10 minit telah berlalu untuk mengaturkan murid sahaja.

6.0 Penutup

Diharapkan Program Internship PPG Sem 8 ini berjaya memberi sesuatu makna kepaga anak murid saya khasnya dan membantu pihak sekolah mengatasi masalah murid yang malu dan tidak yakin akan kebolehan diri. Ini kerana pada pada masa kini seluruh Negara diwarwarkan tentang KBAT. Oleh itu saya percaya dengan menggunanakan alat bantu mengajar Papan Mini Confident ini dapat membantu mengatasi masalah terbabit.

6.0 Penutup

Disediakan oleh ;(NUR ATIQAH BT MAT SABERI)Setiausaha Seminar Kajian Penyelidikan Tindakan II

Di semak oleh :(PUAN CHIN SOO FONG)Penyelaras PISMP SEM 8

Di sahkan oleh ;Timbalan Pengarah ,IPG Kampus Sultan Abdul Halim08000,Sg Petani,Kedah