Upload
vuminh
View
266
Download
6
Embed Size (px)
Citation preview
ISI KANDUNGAN
PERKARA MUKA SURAT Isi Kandungan i
Senarai Rajah ix
Senarai Peta x
Senarai Jadual xi
PENGENALAN
1. RANGKA KERJA PERANCANGAN NEGERI 1
2. PROFIL KAWASAN KAJIAN 2
3. WAWASAN PEMBANGUNAN NEGERI 5
4. RANCANGAN FIZIKAL NEGARA 5
5. RMK-8 PAHANG – MENJANA PERTUMBUHAN EKONOMI 9
6. SASARAN PERTUMBUHAN EKONOMI 2020 9
7. KEDUDUKAN PAHANG DALAM KONTEKS NASIONAL 11
8. PEMBANGUNAN NEGERI-NEGERI BERSEMPADAN 15
9. DOKUMEN RANCANGAN STRUKTUR NEGERI PAHANG 15
BAB 1 : STRATEGI PEMBANGUNAN NEGERI
1.1 PENGENALAN 17
1.2 MATLAMAT RANCANGAN STRUKTUR NEGERI PAHANG (RSNPhg) 17
1.3 OBJEKTIF PEMBANGUNAN 17
1.3.1 Objektif Pembangunan Ekonomi 17
1.3.2 Objektif Pembangunan Fizikal 18
1.3.3 Objektif Pembangunan Sosial 18
iRancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020
ISI KANDUNGAN
PERKARA MUKA SURAT
1.4 INDIKATOR PEMBANGUNAN 19
1.4.1 Penduduk 19
1.4.2 Guna Tenaga 20
1.4.3 Kesesuaian Tanah 21
1.4.4 Konurbasi Kuantan dan Temerloh-Mentakab 22
1.4.5 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 22
1.5 STRATEGI PEMBANGUNAN NEGERI 22
1.5.1 Strategi Pembangunan Pertanian 22
1.5.2 Strategi Pembangunan Perindustrian 25
1.5.3 Strategi Pembangunan Pelancongan 26
1.5.4 Strategi Pembangunan Kemudahan Sosial 27
1.6 PENUTUP 28
BAB 2 : LOKASI PEMBANGUNAN
2.1 PENGENALAN 29
2.2 DASAR LP 1 29
2.2.1 Bagaimana melaksanakan dasar ini 30
2.2.2 Indikator mengukur pelaksanaan dasar 30
2.3 DASAR LP 2 30
2.3.1 Bagaimana melaksanakan dasar ini 31
2.3.2 Indikator mengukur pelaksanaan dasar 31
iiRancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020
ISI KANDUNGAN
PERKARA MUKA SURAT
2.4 DASAR LP 3 35
2.4.1 Bagaimana melaksanakan dasar ini 35
2.4.2 Indikator mengukur pelaksanaan dasar 36
2.5 DASAR LP 4 36
2.5.1 Bagaimana melaksanakan dasar ini 37
2.5.2 Indikator mengukur pelaksanaan dasar 37
2.6 DASAR LP 5 37
2.6.1 Bagaimana melaksanakan dasar ini 38
2.6.2 Indikator mengukur pelaksanaan dasar 38
2.7 DASAR LP 6 39
2.7.1 Bagaimana melaksanakan dasar ini 39
2.7.2 Indikator mengukur pelaksanaan dasar 39
2.8 DASAR LP 7 41
2.8.1 Bagaimana melaksanakan dasar ini 42
2.8.2 Indikator mengukur pelaksanaan dasar 43
2.9 DASAR LP 8 47 2.9.1 Bagaimana melaksanakan dasar ini 47
2.9.2 Indikator mengukur pelaksanaan dasar 47
2.10 DASAR LP 9 48
2.10.1 Bagaimana melaksanakan dasar ini 48
2.10.2 Indikator mengukur pelaksanaan dasar 48
iiiRancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020
ISI KANDUNGAN
PERKARA MUKA SURAT
2.11 DASAR LP 10 51
2.11.1 Bagaimana melaksanakan dasar ini 51
2.11.2 Indikator mengukur pelaksanaan dasar 51
2.12 DASAR LP 11 52
2.12.1 Bagaimana melaksanakan dasar ini 52
2.12.2 Indikator mengukur pelaksanaan dasar 52
2.13 DASAR LP 12 53
2.13.1 Bagaimana melaksanakan dasar ini 54
2.13.2 Indikator mengukur pelaksanaan dasar 56
2.14 DASAR LP 13 56
2.14.1 Bagaimana melaksanakan dasar ini 59
2.14.2 Indikator mengukur pelaksanaan dasar 60
2.15 PENUTUP 60
BAB 3 : PEMELIHARAAN ALAM SEKITAR
3.1 PENGENALAN 61
3.2 DASAR AS 1 61
3.2.1 Bagaimana melaksanakan dasar ini 61
3.2.2 Indikator mengukur pelaksanaan dasar 62
ivRancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020
ISI KANDUNGAN
PERKARA MUKA SURAT
3.3 DASAR AS 2 62
3.3.1 Bagaimana melaksanakan dasar ini 63
3.3.2 Indikator mengukur pelaksanaan dasar 64
3.4 DASAR AS 3 66
3.4.1 Bagaimana melaksanakan dasar ini 67
3.4.2 Indikator mengukur pelaksanaan dasar 68
3.5 DASAR AS 4 68
3.5.1 Bagaimana melaksanakan dasar ini 68
3.5.2 Indikator mengukur pelaksanaan dasar 69
3.6 DASAR AS 5 69
3.6.1 Bagaimana melaksanakan dasar ini 69
3.6.2 Indikator mengukur pelaksanaan dasar 70
3.7 DASAR AS 6 70
3.7.1 Bagaimana melaksanakan dasar ini 70
3.7.2 Indikator mengukur pelaksanaan dasar 71
3.8 PENUTUP 71
vRancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020
ISI KANDUNGAN
PERKARA MUKA SURAT BAB 4 : KEPERLUAN INFRASTRUKTUR DAN KEMUDAHAN SOSIAL
4.1 PENGENALAN 73
4.2 DASAR IKS 1 73
4.2.1 Bagaimana melaksanakan dasar ini 73
4.2.2 Indikator mengukur pelaksanaan dasar 78
4.3 DASAR IKS 2 81
4.3.1 Bagaimana melaksanakan dasar ini 81
4.3.2 Indikator mengukur pelaksanaan dasar 85
4.4 DASAR IKS 3 87
4.4.1 Bagaimana melaksanakan dasar ini 87
4.4.2 Indikator mengukur pelaksanaan dasar 88
4.5 DASAR IKS 4 89
4.5.1 Bagaimana melaksanakan dasar ini 89
4.5.2 Indikator mengukur pelaksanaan dasar 90
4.6 DASAR IKS 5 92
4.6.1 Bagaimana melaksanakan dasar ini 93
4.6.2 Indikator mengukur pelaksanaan dasar 93
4.7 DASAR IKS 6 94
4.7.1 Bagaimana melaksanakan dasar ini 94
4.7.2 Indikator mengukur pelaksanaan dasar 95
viRancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020
ISI KANDUNGAN
viiRancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020
PERKARA MUKA SURAT
4.8 DASAR IKS 7 95
4.8.1 Bagaimana melaksanakan dasar ini 96
4.8.2 Indikator mengukur pelaksanaan dasar 96
4.9 DASAR IKS 8 96
4.9.1 Bagaimana melaksanakan dasar ini 97
4.9.2 Indikator mengukur pelaksanaan dasar 98
4.10 DASAR IKS 9 98
4.10.1 Bagaimana melaksanakan dasar ini 100
4.10.2 Indikator mengukur pelaksanaan dasar 100
4.11 DASAR IKS 10 100
4.11.1 Bagaimana melaksanakan dasar ini 101
4.11.2 Indikator mengukur pelaksanaan dasar 101
4.12 PENUTUP 102
BAB 5 : RANGKA KERJA PERANCANGAN GUNA TANAH NEGERI
5.1 PENGENALAN 103
5.2 ASAS PEMBENTUKAN RANGKA KERJA PERANCANGAN 103
GUNA TANAH
ISI KANDUNGAN
viiiRancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020
PERKARA MUKA SURAT
5.3 GUNA TANAH SEMASA 104
5.4 RANGKA KERJA PERANCANGAN GUNA TANAH NEGERI PAHANG 2020 104 5.4.1 Kawasan Perhutanan 105 5.4.2 Kawasan Pertanian 106 5.4.3 Kawasan Tepu Bina 107 5.4.4 Infrastruktur Dan Pengangkutan 108 5.5 PENUTUP 108
BAB 6 : MEKANISME PELAKSANAAN DAN PEMANTAUAN DASAR
6.1 PENGENALAN 111
6.2 MEKANISME PELAKSANAAN DASAR 111
6.2.1 Struktur Pelaksanaan dan Kajian Semula RSN 111
6.2.2 Program-program Pelaksanaan (Utama) 115
6.2.3 Kawalan Perancangan 116
6.3 MEKANISME PEMANTAUAN DASAR 117
6.3.1 Pemantauan Pelaksanaan dan Kajian Semula RSN 117
6.3.2 Pemantauan Guna Tanah melalui Sistem Maklumat 118
Geografi (RSN-GIS)
6.4 PENUTUP 119
SENARAI RAJAH NO. RAJAH PERKARA MUKA SURAT
1 Perbandingan Sumbangan Sektor Ekonomi Kepada KDNK 10 Tahun 2000 dan 2020 Bagi Negeri Pahang 2 Perbandingan KDNK Mengikut Zon Tahun 2000 dan 2020 10 3 KDNK Per Kapita Tahun 2000 dan 2020 12
4 Sumbangan KDNK Tahun 2000 dan 2020 12
5 Jumlah Penduduk Semenanjung Malaysia Pada Tahun 13
2000 dan 2020
6 Kedudukan Pertumbuhan Penduduk Semenanjung Malaysia 13 Pada Tahun 2020
7 Guna Tenaga Tahun 2000 dan 2020 14
ixRancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020
SENARAI PETA
NO. PETA PERKARA MUKA SURAT
1 Zon Pembangunan 4 2 Cadangan Hierarki Petempatan 2020 34 3 Pembangunan Tanah-tanah Kerajaan di Negeri Pahang 40 4 Klasifikasi Tanah 45 5 Cadangan Zon Pertanian dan Akuakultur 46 6 Cadangan Kluster Industri 50 7 Cadangan Zon Pelancongan 58 8 Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS) 65 9 Banjaran Titiwangsa 72 10 Cadangan Sistem Pengangkutan 79 11 Cadangan Pembangunan Naik Taraf Jalan 80 12 Cadangan Pembangunan Utiliti 86 13 Cadangan Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Berpusat 91 14 Guna Tanah Semasa 2002 109 15 Pelan Strategik Guna Tanah Negeri Pahang 2020 110
xRancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL PERKARA MUKA SURAT
1 Keluasan Bagi Setiap Daerah Di Negeri Pahang 2 2 KDNK Negeri Pahang dan Kadar Pertumbuhan Bagi Tahun 1990, 9 1995 dan 2000
3 Taburan Penduduk Mengikut Daerah Bagi Tahun 2000 - 2020 19 4 Unjuran Guna Tenaga Negeri Pahang 2000 – 2020 21 5 Hasil Analisis Kedapatan Tanah Untuk Pembangunan 21
Bagi Negeri Pahang 2020
6 Hierarki Pusat-pusat Petempatan Tahun 2020 32 7 Projek Pembangunan Pelaburan yang telah diluluskan di atas 39
tanah-tanah Kerajaan 8 Cadangan Pengezonan Pertanian 2020 44 9 Kluster Industri Tahun 2002 dan Tahun 2020 49 10 Fokus Pembangunan Pelancongan Mengikut Daerah 55
11 Jumlah Pelancongan Negeri Pahang Pada Tahun 2000 56 Dan Sasaran Pada Tahun 2020 12 Jumlah Bilik Penginapan Tahun 2002 Dan Unjurannya 57 Pada Tahun 2020
13 Cadangan Naik Taraf dan Pembinaan Jalan Baru 74 Sehingga Tahun 2020
xiRancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL PERKARA MUKA SURAT 14 Cadangan Mempertingkatkan Sistem Perhubungan dan 76
Pengangkutan Udara
15 Unjuran Permintaan dan Penawaran 82 Bekalan Air Negeri Pahang, Tahun 2020 16 Permintaan Bekalan Elektrik Mengikut Sektor Di Negeri Pahang 83 17 Projek-Projek Naiktaraf Bekalan Elektrik Di Negeri Pahang 83
18 Cadangan-Cadangan Pembangunan Sistem Telekomunikasi 84
Di Negeri Pahang
19 Status Permohonan Tanah Tapak Loji Rawatan Enapcemar(STF) 87 di Negeri Pahang
20 Tapak Pelupusan Sampah dan Kapasiti Sisa Pepejal Negeri Pahang 88
21 Cadangan Tapak Pelupusan Pepejal Berpusat di Negeri Pahang, 2020 90 22 Kawasan Perletakan Stesen Siren Amaran Banjir di Negeri Pahang 93
23 Unjuran Unit Kediaman bagi Negeri Pahang Mengikut Daerah, 95
2002-2020 24 Penyediaan Kemudahan Masyarakat 2002-2020 97
25 Jumlah Keseluruhan Kawasan Lapang 98
26 Taburan Kawasan Rekreasi Berasaskan Sumber Alam Semulajadi 99
Negeri Pahang Mengikut Daerah, Negeri Pahang
27 Unjuran Keperluan Kemudahan Sukan Mengikut Daerah 2020 101 28 Guna Tanah Negeri Pahang Tahun 2002 dan 2020 105
xiiRancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020
1 Rancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020
1. RANGKA KERJA PERANCANGAN
NEGERI Rancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020 (RSNPhg) merupakan satu dokumen perancangan yang menggariskan dasar utama, cadangan pemajuan dan penggunaan tanah bagi Negeri Pahang menjelang tahun 2020. RSNPhg ini disediakan sebagaimana diperuntukkan di bawah Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172). Selain daripada pemajuan dan penggunaan tanah, RSNPhg ini akan mengemukakan cadangan memperbaiki dan langkah-langkah untuk memperelok persekitaran dari segi fizikal, perhubungan, lalulintas, kesejahteraan sosioekonomi dan menggalakkan pertumbuhan ekonomi untuk memudahkan pemajuan yang mampan.
RSNPhg ini mengambilkira pertalian cadangan guna tanah di enam buah negeri yang bersempadan iaitu Negeri Selangor, Johor, Perak, Negeri Sembilan, Terengganu dan Kelantan. RSNPhg juga mengandungi semua perkara-perkara yang telah ditetapkan oleh
Jawatankuasa Perancang Negeri (JPN) serta Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN). RSNPhg mengandungi gambar rajah yang menunjukkan rangka kerja pembangunan guna tanah keseluruhan negeri serta pelan-pelan subjek dan lain-lain ilustrasi untuk menjelaskan dasar yang telah digubal. Secara ringkasnya, RSNPhg ini disediakan untuk mewujudkan satu persekitaran fizikal yang lebih teratur, menarik dan mesra alam bagi seluruh Negeri Pahang. RSNPhg akan digunakan sebagai rujukan perancangan dan pembangunan guna tanah negeri oleh Kerajaan Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan dan semua agensi Kerajaan Negeri dan Persekutuan.
Rancangan Struktur – Merangka Masa Depan Pahang
PENGENALAN
2 Rancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020
PROFIL KAWASAN KAJIAN
Kawasan kajian RSNPhg meliputi keseluruhan Negeri Pahang seluas 35,965 km persegi atau 3,596,585 hektar iaitu 27 % (peratus) daripada keluasan Semenanjung Malaysia (13.33 juta hektar). Negeri Pahang terletak di sebelah timur dan merupakan negeri yang terbesar di Semenanjung Malaysia. Dari segi konteks wilayah, Negeri Pahang disempadani oleh 6 negeri iaitu Negeri Terengganu dan Negeri Kelantan di sebelah utara, Negeri Selangor dan Negeri Perak di sebelah barat dan Negeri Sembilan dan Negeri Johor di sebelah selatan. Negeri Pahang merangkumi 11 daerah dan mempunyai 12 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) seperti berikut (Rujuk Jadual 1): i. Majlis Perbandaran Kuantan; ii. Majlis Perbandaran Temerloh; iii. Majlis Perbandaran Bentong; iv. Majlis Daerah Raub; v. Majlis Daerah Maran; vi. Majlis Daerah Bera; vii. Majlis Daerah Cameron Highlands; viii. Majlis Daerah Pekan; ix. Majlis Daerah Lipis; x. Majlis Daerah Rompin; xi. Majlis Daerah Jerantut; dan xii. Lembaga Pembangunan Tioman.
Bil Daerah Keluasan (hektar)
PBT
1. Cameron Highlands
71,227.00 Majlis Daerah Cameron Highlands
2. Lipis 519,829.00 Majlis Daerah Lipis
3. Jerantut 756,044.00 Majlis Daerah Jerantut
4. Raub 226,891.00 Majlis Daerah Raub
5. Kuantan 296,046.00 Majlis Perbandaran Kuantan
6. Maran 191,666.00 Majlis Daerah Maran
7. Temerloh 225,086.00 Majlis Perbandaran Temerloh
8. Bentong 183,119.00 Majlis Perbandaran Bentong
9. Pekan 380,500.00 Majlis Daerah Pekan
10. Bera 221,444.00 Majlis Daerah Bera
11. Rompin 524,733.00
Majlis Daerah Rompin & Lembaga Pembangunan Tioman
PAHANG 3,596,585.00
11 Daerah, 12 PBT
PENGENALAN
Jadual 1 : Keluasan Bagi Setiap Daerah Di Negeri Pahang.
Sumber: Kajian Rancangan Struktur Negeri Pahang, 2002-2020
3 Rancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020
Berdasarkan kepada faktor spatial, tekanan dan strategi pembangunan yang seimbang, strategi pembangunan Negeri Pahang telah dibahagikan kepada 3 zon pembangunan iaitu: a. Zon Pembangunan Utara
Merangkumi Daerah Jerantut, Lipis, Raub dan Cameron Highlands;
b. Zon Pembangunan Tengah Merangkumi kesemua daerah yang terletak di sepanjang Lebuhraya Pantai Timur iaitu Daerah Kuantan, Maran, Temerloh dan Bentong; dan
c. Zon Pembangunan Selatan Merangkumi Daerah Bera, Pekan dan Rompin.
(Rujuk Peta 1)
PENGENALAN
4 Rancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020
PENGENALAN
5 Rancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020
3. WAWASAN PEMBANGUNAN NEGERI Kerajaan Negeri telah menetapkan wawasan pembangunan negeri adalah untuk menjadikan Negeri Pahang Indah Membangun, Maju dan Terus Makmur. Secara ringkasnya, pembangunan yang dilaksanakan adalah bertujuan untuk meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan rakyat di negeri ini. Selain daripada itu, adalah menjadi aspirasi kerajaan negeri untuk mewujudkan pembangunan yang mampan iaitu: i. Kemajuan sosial yang memberi
pertimbangan kepada keperluan setiap rakyat;
ii. Pemuliharaan alam sekitar, habitat-
habitat kritikal serta kawasan sensitif alam sekitar;
iii. Penggunaan sumber asli secara mampan;
dan iv. Memastikan pertumbuhan ekonomi yang
tinggi dan stabil serta mewujudkan peluang pekerjaan yang mencukupi.
4. RANCANGAN FIZIKAL NEGARA Dasar dan strategi pembangunan di dalam Rancangan Fizikal Negara (RFN) telah diterjemahkan ke dalam RSNPhg ke arah pencapaian Malaysia sebagai sebuah ‘Developed Nation’ menjelang tahun 2020. Penterjemahan ini, menjurus kepada penggubalan dasar-dasar RSN yang diselaraskan dengan dasar-dasar yang telah digariskan dalam RFN. Dasar-dasar RFN yang berkait secara langsung dengan Negeri Pahang Darul Makmur adalah seperti berikut:
NPP2 Bagi memastikan perancangan
guna tanah dan infrastruktur yang cekap, aktiviti ekonomi perbandaran hendaklah tertumpu di konurbasi utama bagi Negeri Pahang iaitu Bandar Kuantan.
NPP4 Kawasan yang kurang maju tetapi
mempunyai potensi pelancongan hendaklah dipelihara dan dipromosi bagi menggalakkan kepelbagaian ekonomi melalui perluasan asas ekonomi.
PENGENALAN
6 Rancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020
NPP8 i. Pemeliharaan dan pengurusan sumber hendaklah dilaksanakan dengan tegas dan bersungguh-sungguh bagi kawasan-kawasan berikut:-
a. Kawasan semulajadi/Eko-
pelancongan di Endau Rompin dan Taman Negara; dan
b. Cameron Highlands, Bukit
Fraser, Tasik Bera dan Tasik Chini.
ii. Bantuan kewangan yang lebih
menarik akan disediakan bagi Negeri yang memelihara tanah bagi tujuan pelancongan.
NPP9 Rancangan Fizikal Negara
mengenalpasti konurbasi Kuantan-Kemaman sebagai konurbasi pertumbuhan wilayah dan konurbasi Temerloh-Mentakab sebagai “Future Conurbation”.
NPP10 Limpahan perindustrian dan perkhidmatan di konurbasi utama iaitu di Kuantan-Kemaman hendaklah digalakkan untuk ditempatkan di konurbasi Temerloh-Mentakab.
NPP11 i. Satu pelan wilayah hendaklah
disediakan.
ii. Bagi konurbasi yang hanya terletak di dalam Negeri Pahang, pelan wilayah hendaklah disediakan melalui:-
a. Penyediaan Pelan Wilayah
oleh beberapa Pihak Berkuasa Negeri; atau
b. Cadangan untuk
memasukkan Pelan Wilayah bagi sesuatu konurbasi di dalam Rancangan Struktur Negeri.
iii. Tanah kerajaan di dalam
sempadan bandar hendaklah dirizab bagi kegunaan awam.
PENGENALAN
7 Rancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020
NPP12 Rancangan Struktur Negeri Pahang dan Rancangan Tempatan bagi semua kawasan Pihak Berkuasa Perancang Tempatan di Negeri Pahang hendaklah menggalakkan “infilling” dan pembangunan semula “brownfields” di dalam kawasan bandar supaya dapat menggunapakai sepenuhnya infrastruktur fizikal dan sosial sedia wujud dalam kawasan tersebut.
NPP13 Rancangan Fizikal Negara telah
mengenal pasti bandar-bandar di Negeri Pahang yang mempunyai ciri-ciri istimewa yang perlu diguna sepenuhnya dan disokong dengan infrastruktur yang bersesuaian iaitu:-
i. Tanah Rata, Bukit Fraser,
Raub, Kuala Lipis, Jerantut, Maran, Muadzam Shah dan Kuala Rompin sebagai bandar pelancongan; dan
ii. Temerloh-Mentakab sebagai
Nod Komunikasi dan pengangkutan masa depan.
NPP15 Penduduk di kawasan pedalaman yang terpencil atau terlalu jauh atau tidak ekonomik untuk diberi perkhidmatan hendaklah ditempatkan semula di “Rural Growth Centres”.
NPP18 i. Kawasan Sensitif Alam Sekitar yang telah dikenal pasti di dalam Rancangan Fizikal Negara hendaklah diperhalusi di peringkat Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan dengan mengambilkira kepentingan di peringkat Negeri dan Tempatan.
ii. Kawasan Pemeliharaan
hendaklah diperluaskan bagi merangkumi seluruh kepelbagaian ekosistem sumber asli, terutamanya di “Lowland Dipterocarp Forests dan Wetlands”. Bagi Negeri Pahang, Rancangan Fizikal Negara telah mengenalpasti “South East Pahang Peat Swamp Forest” dan Tasik Chini dan kawasan tanah bencah di sekitarnya sebagai Kawasan Sensitif Alam Sekitar Tahap 1.
PENGENALAN
8 Rancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020
NPP19 ‘Banjaran Titiwangsa’ perlu diperkukuhkan sebagai sokongan utama kepada pembentukan tulang belakang rangkaian Kawasan Sensitif Alam Sekitar
Satu kajian hendaklah dijalankan untuk mengintegrasi dan mewujudkan kesinambungan hutan dan tanah bencah (Wetland) menerusi kumpulan-kumpulan hutan utama berikut: a. Banjaran Titiwangsa-
Banjaran Bintang-Banjaran Nakawan;
b. Taman Negara-Banjaran Timur;
c. South East Pahang Chini – Bera Wetlands; dan
d. Taman Endau Rompin-Kluang Wildlife Reserve.
NPP24 Rancangan Fizikal Negara
mencadangkan satu jaringan keretapi berkelajuan tinggi (high speed rail network) akan menghubungkan Kuantan dan Kuala Lumpur.
NPP25 Sekurang-kurangnya tiga
“expressways” hendaklah disediakan bagi menghubung dan mengintegrasikan Pesisiran
Pantai Timur, Pesisiran Pantai Barat dan Tanah Tinggi Tengah.
NPP26 i. Lapangan Terbang Sultan Haji
Ahmad Shah akan dinaiktaraf bagi menyediakan kemudahan untuk pendaratan penerbangan khas (chartered) antarabangsa.
ii. Perancangan dan pembangunan
hendaklah menyokong fungsi dan tugas Pelabuhan Kuantan dan Pelabuhan Kemaman sebagai pelabuhan utama, terutamanya bagi “shipping lines” dari timur.
PENGENALAN
9 Rancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020
5. RMK-8 PAHANG – MENJANA PERTUMBUHAN EKONOMI
Negeri Pahang telah mencatatkan pencapaian Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berjumlah RM 9.6 billion pada akhir tahun 2000. KDNK negeri yang dicatatkan pada tahun 2000 adalah 1.7 kali ganda pencapaian KDNK tahun 1990. Purata pertumbuhan KDNK bagi tempoh 1990-1995 adalah 7.6 peratus sementara purata pertumbuhan KDNK bagi tempoh 1996-2000 pula adalah 3.7 peratus. Pada keseluruhannya, dari segi kadar pertumbuhan aktiviti ekonomi negeri, sektor kedua telah berkembang dalam menyokong pertumbuhan ekonomi negeri dengan menunjukkan perubahan struktur ekonomi, di mana telah berlaku transformasi daripada sebuah negeri pengeluar utama hasil pertanian kepada sebuah negeri pengeluar barangan perindustrian dan perkhidmatan (Rujuk Jadual 2).
6. SASARAN PERTUMBUHAN EKONOMI
2020 Berdasarkan kajian, pertumbuhan ekonomi Negeri Pahang adalah disasarkan seperti berikut:
i. Kadar purata pertumbuhan negeri dijangka
di paras 8.75% antara tahun 2000-2020 berbanding dengan 7.0% di peringkat nasional;
Jadual 2 : KDNK Negeri Pahang Dan Kadar Pertumbuhan Bagi Tahun 1990,
1995 Dan 2000
Sektor Pertama Pertanian
Perlombongan
Sektor Kedua Pembuatan
Pembinaan
Sektor Ketiga
SEKTOR
Jumlah KDNK
(Ditolak pembayar- an Perkhidmatan Bank dan ditambah Duti Import
KDNK
Penduduk
TAHUN KADAR
PERTUMBUHAN (PERATUS)
1,887.7 1,817.8
69.9
660.3
545.6
114.7
1,715.5
4,263.5
-55.7
4,207.8 1,066,400
1990
2,303.2 2,229.2
1,424.6
1,178.3
246.3
2,507.6
6,235.4
-161.7
6,073.7
1,189,600
1995
74.0
2,823.6 2,737.3
2,103.9
1,736.6
367.3
4,866.8
9,794.3
-191.5
9,602.8
1,290,000
2000
86.3
1990- 1995
1996- 2000
4.06 4.16
16.62
16.65
16.51
1.15
7.89 7.90
23.76
7.62
2.2
4.16 4.19
8.07
8.32
3.12
14.18 9.45
3.44
9.59
1.98
8.11
Sumber: Kajian Rancangan Struktur Negeri Pahang, 2002-2020
PENGENALAN
10 Rancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020
ii. Nilai KDNK Negeri Pahang akan meningkat dari RM 9.6 billion pada tahun 2000 kepada RM 51.4 billion pada tahun 2020 dengan KDNK per kapita mencapai RM 28,316.41;
iii. Sektor ekonomi kedua adalah dijangka
akan menjadi peneraju bagi aktiviti ekonomi negeri tahun 2020 berbanding dengan sektor lain berbanding dengan sektor lain iaitu dengan Kadar Purata Pertumbuhan Tahunan (KPPT) 10.75% seperti berikut: a. Sektor Pertama (Pertanian) - 4.43% b. Sektor Kedua (Perindustrian) - 10.75% c. Sektor Ketiga
(Pelancongan & Perkhidmatan) - 9.43%
iv. Sektor pelancongan dan perkhidmatan
dijangka akan mencatat sumbangan KDNK tertinggi pada tahun 2020 kepada ekonomi negeri (Rujuk Rajah 1)
v. Sementara itu, unjuran KDNK Negeri
Pahang sehingga tahun 2020 turut mengambilkira andaian unjuran KDNK mengikut Zon Pembangunan dan adalah dijangka Zon Tengah akan terus menerajui ekonomi Pahang dengan sumbangan KDNK bernilai kira-kira RM 36.4 billion pada tahun 2020 (Rujuk Rajah 2).
Rajah 1 : Perbandingan Sumbangan Sektor Ekonomi Kepada KDNK Tahun 2000 Dan 2020 Bagi Negeri Pahang
Rajah 2: Perbandingan KDNK Mengikut Zon Tahun 2000 Dan 2020
33.1226.04
43.48
13.07
31.52
57.45
010203040506070
Pertama Kedua Ketiga
RM J
uta
Sektor Ekonomi 2000 2020
5,553.72,226.71,822.4
6,742.9 8,239.2
36,415.9
0
5000
10000
15000
20000
25000
30000
35000
40000
Zon Utara Zon Tengah Zon Selatan
PENGENALAN
RM J
uta
2000 2020
11 Rancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020
7. KEDUDUKAN PAHANG DALAM KONTEKS NASIONAL
Perbandingan pencapaian Negeri Pahang dengan negeri-negeri lain dalam aspek ekonomi, kependudukan dan guna tenaga adalah penting bagi melihat kedudukan dan kemajuan Negeri Pahang dalam konteks nasional. Pelbagai usaha perlu dilakukan untuk mempertingkatkan prestasi pertumbuhan ekonomi dan pembangunan negeri untuk kemajuan masa hadapan. KDNK per kapita bagi tahun 2020 adalah RM 28,316. Manakala sumbangan KDNK Negeri pada tahun 2020 adalah RM 51.4 bilion dengan Kadar Purata Pertumbuhan Tahunan sebanyak 6.89%. Sumbangan KDNK Negeri Pahang adalah lebih tinggi daripada negeri-negeri seperti Kelantan (RM 18.8 bilion) dan Terengganu (48.9 bilion). Ini bermakna pertumbuhan ekonomi di Negeri Pahang adalah dijangka lebih tinggi daripada negeri Kelantan dan Terengganu (Rujuk Rajah 3 dan 4). Jumlah penduduk pada tahun 2020 adalah 1.8 juta iaitu 7.3 % daripada jumlah penduduk Malaysia yang dijangka akan meningkat kepada 26.8 juta orang pada 2020. Peratus
penduduk yang akan tinggal di bandar dijangka akan meningkat kepada 66% berbanding dengan 34% yang akan tinggal di luar bandar (Rujuk Rajah 5 dan 6). Jumlah guna tenaga bagi Negeri Pahang menjelang 2020 adalah 853,112 orang. Ini merupakan aset penting negeri, dalam usaha untuk meningkatkan pertumbuhan ekonominya. Daripada jumlah tersebut, lebih kurang 50% akan bekerja di dalam sektor perkhidmatan dan perniagaan. Kerajaan Negeri akan membangunkan institusi-institusi kemahiran dalam bidang automotif, petrokimia, marin, “Information and Communication Technology”(ICT) dan perkhidmatan kesihatan untuk memastikan wujudnya guna tenaga mahir yang akan menyokong perkembangan industri automotif, petrokimia, marin, ICT dan perkhidmatan kesihatan menjelang 2020 (Rujuk Rajah 7).
PENGENALAN
12 Rancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020
Rajah 4: Sumbangan KDNK Tahun 2000 dan
2020
13 Rancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020
14 Rancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020
15 Rancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020
8. PEMBANGUNAN NEGERI - NEGERI BERSEMPADAN
Hubungan wilayah dan kerjasama yang bersepadu di peringkat nasional serta sokongan dari negeri-negeri bersempadan merupakan antara faktor pemangkin kepada pembangunan ekonomi Negeri Pahang. Negeri Pahang akan menerima limpahan pembangunan daripada negeri-negeri yang pesat membangun seperti Selangor. Daerah Bentong dan kawasan sekitarnya akan dilengkapi dengan kemudahan infrastruktur yang mencukupi untuk mengambil peluang-peluang yang akan diperolehi daripada limpahan pembangunan di Negeri Selangor terutama di Lembah Klang. Limpahan pembangunan ini akan disokong oleh Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Lebuhraya Pantai Timur (LPT) yang berupaya meningkatkan tahap mobiliti penduduk dan barangan selaras dengan peranan Negeri Pahang sebagai Pintu Masuk Utama Wilayah Timur.
Disamping itu, pembangunan pelancongan di kawasan sempadan seperti Kuala Rompin-Endau/Mersing serta pembangunan industri petroleum dan petrokimia Kerteh-Gebeng akan diselaraskan untuk mewujudkan satu pembangunan yang ‘collaborative’ dengan Negeri Johor dan Negeri Terengganu.
9. DOKUMEN RANCANGAN STRUKTUR
NEGERI PAHANG RSNPhg mengandungi 6 bab yang akan menjelaskan rangka kerja pembangunan guna tanah negeri dan dasar yang digubal sehingga tahun 2020 : i. Bab 1 menerangkan matlamat, objektif
dan strategi pembangunan negeri; ii. Bab 2 mengandungi dasar-dasar yang
menyentuh kedudukan pembangunan sektoral dan tumpuannya di seluruh negeri;
iii. Bab 3 mengandungi dasar pemeliharaan
alam sekitar negeri;
PENGENALAN
16 Rancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020
iv. Bab 4 pula mengandungi dasar infrastruktur, utiliti dan kemudahan sosial di seluruh negeri;
v. Bab 5 menjelaskan Rangka Kerja Guna
Tanah Negeri Pahang yang akan menunjukkan secara indikatif penggunaan tanah negeri; dan
vi. Bab 6 menghuraikan Mekanisme
Pelaksanaan dan Pemantauan Dasar yang digubal untuk dilaksanakan oleh Pihak Berkuasa Negeri.
PENGENALAN
17 Rancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020
1.1 PENGENALAN Bab ini akan menerangkan matlamat, objektif dan strategi pembangunan negeri yang akan dijadikan asas penting di dalam penggubalan dasar RSNPhg.
1.2 MATLAMAT RANCANGAN
STRUKTUR NEGERI PAHANG (RSNPhg)
Matlamat RSNPhg adalah: Untuk Meningkatkan Kualiti Hidup Dan Kesejahteraan Rakyat Pahang Melalui Pembangunan Fizikal Yang Mampan
1.3 OBJEKTIF PEMBANGUNAN Objektif pembangunan Negeri Pahang dibentuk berdasarkan kepada 3 komponen iaitu ekonomi, fizikal dan sosial.
1.3.1 Objektif Pembangunan Ekonomi Pembangunan ekonomi negeri akan ditekankan kepada “tri-fokus” ekonomi dimana tiga sektor teras iaitu pertanian, perindustrian dan pelancongan akan menjadi impetus kepada pembangunan ekonomi negeri. Objektif pembangunan ekonomi adalah seperti berikut:- 1. Menjadikan Pahang sebagai negeri
pengeluar makanan utama negara; 2. Menjadikan Pahang sebagai pusat
perindustrian utama di Pantai Timur; 3. Menjadikan Pahang sebagai destinasi
pelancongan sepanjang tahun; 4. Mengimbangkan agihan penduduk selaras
dengan proses urbanisasi; dan 5. Memastikan pertumbuhan ekonomi selaras
dengan perkembangan sosial penduduk.
BAB 1 : STRATEGI PEMBANGUNAN NEGERI
18 Rancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020
1.3.2 Objektif Pembangunan Fizikal Proses urbanisasi negeri akan dipertingkat dan diperkukuhkan bagi membentuk pembangunan bandar dan petempatan yang sistematik untuk manfaat penduduk. Ianya akan dibangunkan melalui pendekatan seperti berikut; 1. Pembangunan guna tanah yang optimum; 2. Mewujudkan keseimbangan taburan dan
hierarki bandar serta kawasan-kawasan petempatan di seluruh negeri;
3. Meningkatkan penyediaan kemudahan
perhubungan dan pengangkutan serta infrastruktur dan utiliti yang lebih cekap, menyeluruh, mencukupi dan selaras dengan perkembangan teknologi; dan
4. Memulihara habitat kritikal dan kawasan
sensitif alam sekitar serta meningkatkan kualiti alam sekeliling.
1.3.3 Objektif Pembangunan Sosial Pembangunan sosial akan diseimbangkan dengan pembangunan-pembangunan ekonomi dan fizikal bagi membentuk masyarakat yang bermoral dan bersahsiah tinggi. Objektif ini akan dilaksanakan secara berterusan bagi menghadapi cabaran-cabaran Wawasan 2020 dengan memberi penekanan kepada prinsip-prinsip berikut; 1. Menyediakan kemudahan perumahan yang
mencukupi dan memenuhi keperluan setiap lapisan penduduk serta meningkatkan pemilikan rumah;
2. Menyediakan kemudahan sosial secara adil
dan seimbang selaras dengan taburan penduduk; dan
3. Meningkatkan penyediaan kemudahan
masyarakat yang mencukupi, berkualiti dan berteknologi terkini untuk manfaat setiap lapisan masyarakat.
STRATEGI PEMBANGUNAN NEGERI
19 Rancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020
1.4 INDIKATOR PEMBANGUNAN 1.4.1 Penduduk Jumlah penduduk Negeri Pahang pada tahun 2000 adalah seramai 1.29 juta orang manakala menjelang tahun 2020, ianya dijangka bertambah kepada 1.82 juta orang penduduk. Ini bermakna kadar pertumbuhan penduduk negeri pada tahun 2000 hingga tahun 2020 adalah sebanyak 1.73 peratus. Daripada jumlah tersebut, adalah dijangka sejumlah 66% penduduk Negeri Pahang akan mendiami kawasan bandar menjelang tahun 2020. Taburan penduduk mengikut daerah bagi tahun 2020 adalah seperti di Jadual 3. Zon Pembangunan Tengah didapati mempunyai jumlah penduduk yang tertinggi menjelang tahun 2020 iaitu seramai 1,129,194 orang. Pertumbuhan penduduk yang tinggi ini adalah berkait rapat dengan beberapa faktor antaranya tahap atau hierarki Bandar Kuantan sebagai ibu negeri serta pusat konurbasi wilayah timur semenanjung Malaysia. Selain itu, limpahan pembangunan dari Lembah Klang dijangkakan akan dapat meningkatkan pembangunan Daerah Bentong dan Temerloh.Temerloh-Mentakab juga telah dikenalpasti sebagai konurbasi bandar
diperingkat negara. Pembinaan Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) juga menjadi pemangkin kepada pertambahan penduduk di zon ini. Jadual 3 : Taburan Penduduk Mengikut Daerah
Bagi Tahun 2000-2020
Sumber : Kajian Rancangan Struktur Negeri Pahang, 2002 - 2020
Pertambahan jumlah penduduk yang dialami ini adalah merupakan satu perkembangan yang positif bagi Negeri Pahang. Pembentukan strategi pembangunan fizikal negeri seharusnya akan dapat mengagihkan penduduk ke seluruh negeri dan tidak hanya tertumpu di
2000 2020
Purata Pertumbuhan
Penduduk Tahunan (%) Daerah
Bil % Bil % 2000 – 2020
Bentong 101,533 7.88 157,763 8.69 2.23
Bera 81,991 6.37 101,171 5.58 1.06
Cameron Highlands
30,495 2.37 31,808 1.75 0.21
Jerantut 84,180 6.53 91,083 5.02 0.39
Kuantan 358,261 27.81 672,787 37.07 3.20
Lipis 77,844 6.04 80,412 4.43 0.16
Maran 116,636 9.05 138,097 7.61 0.85
Pekan 103,184 8.01 155,075 8.54 2.06
Raub 83,363 6.47 89,008 4.90 0.33
Rompin 108,095 8.39 137,379 7.57 1.21
Temerloh 142,794 11.08 160,547 8.84 0.59
PAHANG 1,288,376 100.00 1,815,130 100.00 1.73
MALAYSIA 23,274,690 - 26,809,700 - 2.03
STRATEGI PEMBANGUNAN NEGERI
20 Rancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020
Zon Pembangunan Tengah bagi mewujudkan pembangunan yang seimbang di Negeri Pahang. Pada masa yang sama strategi pembangunan fizikal yang digubal mesti dapat memenuhi keperluan dan permintaan penduduk dari segi ekonomi, kemasyarakatan dan kualiti kehidupan. 1.4.2 Guna Tenaga Berdasarkan kajian, adalah diunjurkan bahawa jumlah guna tenaga Negeri Pahang menjelang tahun 2020 adalah 853,112 orang. Daripada jumlah tersebut, adalah dijangka jumlah guna tenaga mahir akan meningkat kepada 30% pada tahun 2020 berbanding 12.1% pada tahun 2004. Pertambahan ini berikutan peningkatan dalam industri petroleum dan automotif yang memerlukan kemahiran yang tinggi. Dari segi taburan, guna tenaga di Zon Pembangunan Tengah adalah yang tertinggi iaitu sejumlah 500,245 orang berbanding dengan 169,161 orang di Zon Pembangunan Utara dan 184,704 orang di Zon Pembangunan Selatan. Adalah dijangkakan bahawa Zon Pembangunan Tengah akan terus menjadi tumpuan penduduk dan pekerjaan kerana ia merupakan kawasan tadahan pembangunan Lebuh Raya Pantai Timur yang akan mengalami limpahan pembangunan dari Lembah Klang dan
perluasan kawasan konurbasi Bandar Kuantan pada masa akan datang.Sektor ketiga adalah merupakan penyumbang utama guna tenaga iaitu seramai 438,926 atau 51.45 peratus daripada keseluruhan jumlah guna tenaga di Negeri Pahang. Daripada jumlah tersebut, seramai 214,216 orang dijangka diperlukan untuk aktiviti perdagangan borong dan runcit, hotel dan restoran manakala 154,413 orang akan berkecimpung dalam aktiviti perkhidmatan masyarakat, sosial dan persendirian. Sementara itu, seramai 39,968 orang dijangka akan terlibat dalam sektor pengangkutan, penyimpanan dan perhubungan dan utiliti serta sejumlah 30,968 orang lagi akan memasuki pasaran dalam sektor perkhidmatan kewangan dan insurans, hartanah dan perniagaan. Sektor pertama akan mengalami penurunan kepada 132,318 orang berbanding 154,055 orang pada tahun 2000 dan manakala sektor kedua pula bertambah kepada 281,878 orang menjelang 2020. Dengan jangkaan saiz guna tenaga yang bertambah dari 447,443 orang pada tahun 2000 kepada 853,112 orang pada tahun 2020, strategi pembangunan Negeri Pahang yang digubal mestilah dapat
STRATEGI PEMBANGUNAN NEGERI
21 Rancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020
menampung permintaan guna tenaga menjelang tahun 2020 ( Rujuk Jadual 4). Jadual 4 : Unjuran Guna Tenaga Negeri Pahang
2000 – 2020. 2000 2020 Kumpulan
Industri Bil % Bil %
SEKTOR PERTAMA 154,055 29.9 132,318 15.51 Pertanian, Perhutanan, Ternakan & Perikanan
152,310 29.61 131,209 15.38
Perlombongan & Kuari
1,745 0.29 1,109 0.13
SEKTOR KEDUA 85,730 25.03 281,878 33.04 Perindustrian 57,541 17.21 215,592 25.27
Pembinaan 28,189 7.82 66,287 7.77
SEKTOR KETIGA 207,658 45.071 438,926 51.45 Perdangangan Borong & Runcit, Hotel & Restoran
61,121 17.51 214,216 25.11
Pengangkutan, Penyimpanan & Perhubungan dan Utiliti.
13,065 3.70 39,968 4.61
Perkhidmatan Kewangan & Insurans, Hartanah & Perniagaan
6,085 2.16 30,968 3.63
Perkhidmatan Masyarakat, Sosial & Persendirian
127,387 21.7 154,413 18.10
JUMLAH 447,443 100.00 853,112 100.00 Sumber : Kajian Rancangan Struktur Negeri Pahang, 2002-2020
1.4.3 Kesesuaian Tanah Daripada analisis yang dijalankan adalah dirumuskan bahawa Negeri Pahang mempunyai
kawasan yang masih luas untuk dibangunkan. Kira-kira 41.87% atau 1,505,766.03 juta hektar tanah berpontensi untuk dibangunkan selepas mengambilkira beberapa kriteria yang telah ditetapkan (Rujuk Jadual 5).
Jadual 5 : Hasil Analisis Kedapatan Tanah Untuk Pembangunan Bagi Negeri Pahang 2020.
Faktor Guna Tanah Keluasan (hektar)
Peratus (%)
Kategori A – Kawasan Tepu Bina 57,000.07 1.58
Kategori B – Kawasan Berhalangan Pembangunan
2,033,818.90 56.55
Kategori C – Kawasan Potensi Pembangunan Dengan Syarat
1,240,757.63 34.50
Kategori D – Kawasan Potensi Pembangunan
265,008.40 7.37
Jumlah Keseluruhan 3,596,585.00 100.00 Sumber : Kajian Rancangan Struktur Negeri Pahang, 2002-2020 Nota : i. Kategori A – Tanah sesuai untuk pembangunan
perumahan, perniagaan, perindustrian, rekreasi dan kawasan lapang, industri dan kemudahan masyarakat, rizab pengangkutan dan infrastruktur serta aktiviti pelancongan.
ii. Kategori B - Diwartakan sebagai kegunaan khas, rizab badan air, rizab hutan, rizab pantai, kecerunan melebihi 36 darjah dan ketinggian melebihi 150 meter.
iii. Kategori C - Kawasan Pemeliharaan seperti kawasan pinggiran sungai, kawasan berkecerunan 15 darjah hingga 35 darjah, kawasan berketinggian lebih 150 meter tetapi berkecerunan tidak melebihi 36 darjah atau sebaliknya, kawasan pertanian kelas 2 dan kawasan bekas lombong.
iv. Kategori D - Selain dari 3 kategori di atas yang meliputi kawasan pertanian dan tanah kelas 3 dan 4.
STRATEGI PEMBANGUNAN NEGERI
22 Rancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020
1.4.4 Konurbasi Kuantan dan Temerloh – Mentakab
Negeri Pahang akan mempunyai dua konurbasi bandar menjelang tahun 2020. Konurbasi Kuantan akan merangkumi Bandar Chukai, Kemaman di sebelah utara hingga ke Bandar Pekan di sebelah selatan yang mana Bandar Kuantan akan menjadi pusat bagi konurbasi ini. Konurbasi ini akan berfungsi sebagai pusat bagi industri petroleum, petrokimia dan automotif negara. Manakala konurbasi Temerloh-Mentakab akan menjadi pengantaraan bagi menyokong pembangunan dan kemajuan konurbasi tersebut dengan Lembah Klang. Dengan adanya konurbasi ini, Negeri Pahang akan bertambah maju dan dijangkakan pembangunan yang boleh menarik lebih ramai pelabur ke negeri ini akan dapat dilaksanakan bagi manfaat ekonomi dan penduduk pada masa hadapan.
1.4.5 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) Kewujudan Lebuhraya Pantai Timur (LPT) sepanjang 169 km yang menghubungkan Kuantan dan Karak telah dapat memendekkan masa perjalanan antara Kuantan dan Kuala Lumpur. Keadaan ini akan dapat
mempercepatkan limpahan pembangunan dari Lembah Klang untuk dimanfaatkan di Kuantan. Di samping itu, LPT ini akan dapat dimanfaatkan untuk membangunkan daerah-daerah lain yang direntasi oleh lebuhraya ini iaitu Maran, Temerloh dan Bentong. Kewujudan LPT ini juga dapat dijadikan pemangkin bagi pembangunan ekonomi negeri yang lebih pesat pada masa hadapan selain menaiktaraf perhubungan darat di dalam negeri dan antara wilayah.
1.5 STRATEGI PEMBANGUNAN NEGERI Strategi Pembangunan Negeri yang disediakan adalah untuk mencapai objektif pembangunan ekonomi, fizikal dan sosial sepertimana di para 1.3.1, 1.3.2 dan 1.3.3.
1.5.1 Strategi Pembangunan Pertanian Strategi pembangunan pertanian yang telah dibentuk adalah seperti berikut:
i. Membangunkan tanah yang berpotensi untuk pertanian seluas 1.55 juta hektar yang mana hanya 95.56 peratus iaitu 1.48 juta hektar telah dimajukan untuk tujuan pertanian. Dari keluasan
STRATEGI PEMBANGUNAN NEGERI
23 Rancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020
tersebut pula 95 peratus adalah kelapa sawit dan getah manakala lain – lain tanaman termasuk tanaman makanan hanya menyumbangkan keluasan sebanyak 5 peratus;
ii. Menyeimbangkan pembangunan antara
tanaman industri (terutama getah dan kelapa sawit) dengan tanaman makanan dan herba yang mempunyai potensi untuk pasaran dalam dan luar negara;
iii. Menggalakkan pembangunan industri
hiliran/industri asas tani untuk tujuan nilai tambahan, mengurangkan masalah pasaran dan kejatuhan harga serta mewujudkan peluang pekerjaan yang baru;
iv. Menyediakan kawasan industri makanan
di daerah yang mempunyai lokasi yang strategik untuk pasaran iaitu Temerloh, Bentong dan Kuantan;
v. Menggunakan teknologi moden untuk
meningkatkan kuantiti dan kualiti hasil pertanian;
vi. Meningkatkan teknologi penternakan lembu, kambing dan biri – biri dengan menggunakan sistem terkini yang sesuai termasuk sistem ‘feedlot’ dan dari baka haiwan yang bermutu tinggi;
vii. Menambah bilangan dan keluasan
ladang penternakan seperti rusa dan burung unta terutama di Daerah Pekan dan Kuantan. Unjuran pengeluaran ialah dari 500 ekor kepada 5000 ekor bagi ternakan rusa dan burung unta pada tahun 2020;
viii. Menggalak dan menambah bilangan
kawasan penternakan ayam dan itik di dalam reban berhawa dingin untuk menambahkan pengeluaran ayam dari 4.9 juta ekor (tahun 2003) kepada 12.9 juta ekor pada tahun 2020 dan itik dari 47,000 ekor (tahun 2003) kepada 94,000 ekor pada tahun 2020;
ix. Meningkatkan penternakan ayam telur
untuk menampung permintaan sebanyak 300 juta biji telur ayam pada tahun 2020;
STRATEGI PEMBANGUNAN NEGERI
24 Rancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020
x. Meningkatkan penternakan arnab dan mempromosikan makanan berasaskan daging arnab;
xi. Meningkatkan lagi promosi produk hasil
pertanian di peringkat tempatan dengan:-
a) Menambahkan bilangan pasar tani
dari 20 buah (tahun 2001) kepada 50 buah menjelang tahun 2020;
b) Membangunkan Pasar Borong Tani di Daerah Bentong, Kuantan dan Temerloh; dan
c) Menyediakan “portal” pemasaran hasil tani khusus untuk Negeri Pahang.
xii. Memoden dan membesarkan jeti
pendaratan ikan marin di :- a) Jeti Lembaga Kemajuan Ikan
Malaysia (LKIM) di Kemunting, Kuantan;
b) Jeti LKIM di Kuala Pahang dan Nenasi, Pekan; dan
c) Jeti LKIM di Kuala Rompin, Rompin.
xiii. Menubuhkan sebuah pusat penyelidikan untuk mengeluarkan benih anak ikan
hiasan yang bermutu tinggi di Daerah Raub seperti ikan koi, pelaga, discus, sepat, mutiara dan sepat biru;
xiv. Mengadakan promosi di peringkat
tempatan dan antarabangsa di Singapura, Jepun, Hong Kong dan Taiwan bagi pasaran produk akuakultur dari jenis ikan segar, udang galah dan ikan sejuk beku;
xv. Sasaran kawasan tanaman industri
seperti kelapa sawit dan getah sebanyak 1.34 juta hektar pada tahun 2020 terutama di Zon Pembangunan Tengah dan Zon Pembangunan Selatan seperti di Daerah Kuantan, Rompin Lipis dan Raub;
xvi. Menambah kilang-kilang memproses
hasil pengeluaran tanaman industri di ladang-ladang sedia ada seperti kawasan kelapa sawit dan getah sedia ada FELDA/FELCRA di Daerah Rompin, Pekan, Maran, Kuantan dan Temerloh;
xvii. Meningkatkan program penyatuan
kebun-kebun berskala kecil ke dalam satu pengurusan yang lebih teratur dan bersistematik;
STRATEGI PEMBANGUNAN NEGERI
25 Rancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020
xviii. Membangunkan kawasan tanaman buah-buahan, herba, sayuran dan tanaman kontan di zon–zon berkaitan mengikut konsep pembangunan kluster industri tanaman;
xix. Menambah bilangan dan keluasan
Taman Kekal Pengeluaran Makanan untuk buah–buahan, sayuran dan juga herba di zon–zon dan kluster yang berkaitan;
xx. Menggunakan bahan tanaman yang
berkualiti tinggi dan mempunyai ketahanan kepada penyakit dan serangan makhluk perosak;
xxi. Merpercepatkan pembinanan Taman
Bio-Teknologi di Gambang;
xxii. Menggalakkan ‘urban farming’ di bandar-bandar utama seperti Kuantan, Bentong, Temerloh dan membuka kawasan ladang intergrasi ulam-ulaman serta tempat perkelahan, rekreasi dan pusat tarikan pelancongan pertanian;
xxiii. Menggalakkan pembangunan pertanian
berkonsepkan agro pelancongan bagi
kawasan yang dikenalpasti untuk tujuan tersebut; dan
xxiv. Menambah peluang latihan kepada
usahawan tani terutama berkaitan teknologi baru.
1.5.2 Strategi Pembangunan Perindustrian
Strategi pembangunan perindustrian adalah seperti berikut: i. Memperkukuhkan dan memajukan lagi
industri-industri petrokimia di Gebeng, automotif di Pekan dan farmaseutikal di Cameron Highlands;
ii. Mewujudkan kemudahan–kemudahan
penginapan, institusi kewangan, pusat perniagaan dan kemudahan–kemudahan lain bagi menyokong dan meransang aktiviti – aktiviti industri ini;
iii. Meningkatkan lagi sistem jaringan jalan
raya sediada bagi meningkatkan lagi pembangunan industri ini;
STRATEGI PEMBANGUNAN NEGERI
26 Rancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020
iv. Menaik taraf dan mempertingkatkan tahap perkhidmatan kargo di Pelabuhan Kuantan di Tanjung Gelang;
v. Menyediakan kemudahan pusat-pusat
latihan kemahiran dalam bidang teknologi maklumat, marin dan automotif bagi melahirkan tenaga pekerja mahir dan terlatih dalam sektor perindustrian;
vi. Mewujudkan dan menaik taraf kawasan
perindustrian yang tersusun dan moden dengan penyediaan kemudahan infrastruktur, utiliti dan landskap yang menarik seperti di Gebeng, Gambang dan Peramu;
vii. Pembangunan kawasan industri akan
dilengkapi dengan kemudahan infrastruktur dan kemudahan sokongan lain seperti perumahan dan pendidikan; dan
viii. Mempertingkatkan tahap ‘reliability’
kemudahan utiliti seperti bekalan air, elektrik dan telekomunikasi di semua kawasan perindustrian di negeri ini.
1.5.3 Strategi Pembangunan Pelancongan
Strategi pembangunan pelancongan adalah seperti berikut: i. Mempergiatkan promosi dan pemasaran
produk pelancongan seperti ‘Cuti-cuti Malaysia’ dan ‘Malaysia Truly Asia’ di peringkat negeri bagi menarik pelancong domestik dan antarabangsa;
ii. Mengadakan pakej pelancongan yang
menarik merangkumi rangkaian lawatan dari pusat pelancongan utama seperti Genting Highlands, Kuantan, Cameron Highlands, Pulau Tioman dan Taman Negara bagi meningkatkan tempoh menginap dari 2 hari pada tahun 2002 kepada 4 hari pada tahun 2020;
iii. Menyediakan kemudahan penginapan yang
mencukupi dan selesa sebanyak 20,130 bilik (menjelang 2020) yang merangkumi kemudahan motel, chalet, hotel dan resort yang mampu disewa oleh semua golongan pelancong;
STRATEGI PEMBANGUNAN NEGERI
27 Rancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020
iv. Meningkatkan bilangan agensi pelancongan dan jurupandu pelancong yang terlatih dan berpengalaman dari 223 orang pada tahun 2002 kepada 2,000 orang pada tahun 2020 bagi memudahkan urusan menjamin keselesaan serta keselamatan para pelancong;
v. Memperbanyakan acara-acara tahunan
berkaitan pelancongan yang merangkumi aktiviti-aktiviti seperti Pesta Pantai, Pesta Kesenian dan Kebudayaan, sukan air, mendaki gunung, berakit dan hiburan;
vi. Melaksanakan program-program
meningkatkan lagi kualiti alam sekitar dengan pemantauan berterusan di destinasi pelancongan seperti di Taman Negara, Cameron Highlands, Pantai Cherating dan Pulau Tioman;
vii. Mempromosikan kawasan pelancongan
semulajadi seperti Bukit Fraser dan Pulau Tioman sebagai destinasi pelancongan ekologi berimpak rendah;
viii. Pokok-pokok spesis eksotik tidak boleh
ditanam di kawasan pelancongan berasaskan alam semulajadi seperti di Pulau Tioman dan Taman Negara;
ix. Kawasan pelancongan berasaskan alam semulajadi perlu dipulihara dengan menggunapakai garispanduan yang telah ditetapkan di dalam Pelan Eko-Pelancongan Kebangsaan;
ix. Mengekalkan warisan budaya bandar-
bandar yang mempunyai nilai estetika sejarah yang tinggi seperti Bandar Diraja Pekan yang mengekalkan 3K iaitu Keislaman, Kesultanan dan Kemelayuan yang tidak terdapat di semua bandar; dan
x. Melaksanakan program mencintai warisan
bagi mengekalkan nilai sejarah seperti pengekalan bangunan-bangunan lama peninggalan zaman British yang terdapat di Kuala Lipis dan Bukit Fraser.
1.5.4 Strategi Pembangunan Kemudahan Sosial
Untuk mencapai objektif pembangunan sosial, beberapa strategi telah dibentuk seperti berikut: i. Menyediakan keperluan perumahan
tambahan sebanyak 75,498 unit di Zon Pembangunan Tengah, 27,733 unit di Zon
STRATEGI PEMBANGUNAN NEGERI
28 Rancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020
Pembangunan Selatan dan 22,893 unit di Zon Pembangunan Utara menjelang tahun 2020;
ii. Menyediakan kemudahan infrastruktur dan utiliti yang mencukupi serta serba lengkap meliputi jalan raya, bekalan air, elektrik, telekomunikasi, pembetungan dan pusat pelupusan sisa pepejal serta sisa toksik;
iii. Keperluan pembinaan ‘sanitary landfill’
bagi pelupusan sisa pepejal domestik dan sisa buangan industri yang tidak dikategorikan sebagai Buangan Terjadual akan dilengkapi dengan sistem rawatan ‘leachate’, manakala bagi buangan terjadual pelupusannya hanya di Kualiti Alam Sdn. Bhd. atau di kemudahan yang telah dilesenkan oleh Jabatan Alam Sekitar;
iv. Menyediakan kemudahan pendidikan,
keselamatan, kesihatan dan rekreasi yang mencukupi menjelang 2020;
v. Memastikan setiap bandar dilengkapi
dengan kemudahan sosial yang sesuai dengan fungsinya;
vi. Mewujudkan satu pangkalan maklumat
mengenai perkhidmatan sosial yang
ditawarkan oleh semua sektor yang boleh dicapai oleh setiap anggota masyarakat dengan cepat, mudah dan pada kadar yang termampu; dan
vii. Membangunkan perkhidmatan pakar di
dalam semua bidang berkaitan dengan pembangunan sosial untuk memenuhi keperluan sebenar masyarakat.
1.6 PENUTUP Strategi-strategi di atas adalah asas kepada cadangan tindakan yang akan disediakan bagi melaksanakan dasar-dasar RSNPhg kelak. Pencapaian strategi di atas akan menjadikan Pahang sebagai negeri maju menjelang tahun 2020.
STRATEGI PEMBANGUNAN NEGERI
29 Rancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020
2.1 PENGENALAN
Dasar-dasar Rancangan Struktur Negeri Pahang digubal adalah untuk memandu perancangan dan pembangunan guna tanah Negeri Pahang menjelang tahun 2020. Dasar yang digubal di bawah bab ini memberi tumpuan kepada petunjuk lokasi bagi sektor ekonomi dan fizikal negeri.
2.2 DASAR LP1
Setiap pembangunan tanah akan ditumpukan di kawasan bandar secara ‘in-fill’ dan membangunkan kawasan sedia ada untuk meningkatkan penggunaan tanah di bandar. Pendekatan seperti ‘urban renewal’ dan ‘urban generation’ bolehlah dilaksanakan. Manakala pembangunan di kawasan ‘greenfield’ akan dikaji secara teliti untuk memastikan bekalan kemudahan infrastruktur
asas dan sosial mencukupi. Selain daripada itu, keadaan ini adalah untuk mengawal berlakunya ‘urban sprawl’. Dasar ini juga akan memastikan supaya pembangunan baru diletakkan di dalam sempadan bandar sedia ada di mana kebanyakan kawasan perumahan, peluang pekerjaan dan perkhidmatan telah pun disediakan. Strategi pembangunan seperti ini akan dapat :- a. Memperbaiki tahap kemudahsampaian
untuk mendapatkan perkhidmatan serta ke tempat kerja melalui berjalan kaki serta menggunakan pengangkutan awam;
b. Menyediakan kawasan bandar sebagai
pusat bagi aktiviti perniagaan, beli-belah dan aktiviti-aktiviti sosial;
c. Membantu pertumbuhan bandar; dan d. Menyediakan peluang pekerjaan kepada
penduduk.
PEMBANGUNAN BARU TERUTAMANYA DI SEKITAR BANDAR-BANDAR UTAMA PERLU MEMBERI KEUTAMAAN KEPADA PEMBANGUNAN ‘IN-FILL’ DAN ‘BROWNFIELD’ MANAKALA PEMBANGUNAN ‘GREENFIELD’ MEMERLUKAN PERTIMBANGAN YANG WAJAR
BAB 2 : LOKASI PEMBANGUNAN
30 Rancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020
2.2.1 BAGAIMANA MELAKSANAKAN DASAR INI
1. Memberi keutamaan kepada tanah yang
masih belum dibangunkan dalam lingkungan pusat bandar;
2. Penyediaan Rancangan Tempatan Daerah
(RTD) haruslah dapat:
i. Mengenalpasti sempadan bandar ‘urban limit’;
ii. Mengenalpasti status kegunaan
tanah bandar dan merangka cadangan serta garispanduan corak guna tanah dan rekabentuk bandar;
iii. Mengenalpasti kawasan sedia ada
yang mengalami keadaan fizikal yang buruk dan merancang pembangunan semula dengan kegunaan yang lebih ekonomik; dan
iv. Pangkalan data status pembangunan
kawasan baru di negeri disediakan dan dikemaskini.
2.2.2 INDIKATOR MENGUKUR PELAKSANAAN DASAR
1. Pangkalan data status kegunaan tanah
bandar sentiasa dikemaskini; 2. Tanah kosong atau tapak terbiar di dalam
kawasan bandar telah dibangunkan sepenuhnya; dan
3. Tren pembangunan kawasan baru
dilaksanakan secara mampan.
2.3 DASAR LP2
Pusat-pusat petempatan akan dibangunkan mengikut fungsi yang telah dirancang. Sehubungan itu, pusat-pusat petempatan kecil yang dinaik taraf kepada pusat petempatan utama perlu dilengkapi dengan kemudahan yang setaraf dengan hierarkinya. Petempatan-petempatan utama seperti Rompin, Bera dan
PEMBANGUNAN DAN PERTUMBUHAN PUSAT-PUSAT PETEMPATAN AKAN DILAKSANAKAN SELARAS DENGAN HIERARKI DAN FUNGSINYA
LOKASI PEMBANGUNAN
31 Rancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020
Tanah Rata perlu dipertingkatkan supaya selaras dengan fungsi sebagai pusat daerah. Bandar Muadzam Shah yang dirancang berperanan sebagai Pusat Separa Wilayah akan digiatkan pembangunan untuk menarik lebih ramai penduduk. Begitu juga dengan bandar Kuala Lipis dan Temerloh-Mentakab. Pertumbuhan Bandar Temerloh-Mentakab akan dapat dipercepatkan apabila cadangan pembinaan keretapi berkembar berkelajuan tinggi daripada Kuala Lumpur ke Kuantan dapat disiapkan kelak. Hierarki pusat petempatan Negeri Pahang menjelang tahun 2020 adalah seperti di Jadual 6 dan Peta 2.
2.3.1 BAGAIMANA MELAKSANAKAN DASAR INI
1. Membangunkan pusat-pusat petempatan
di seluruh negeri berteraskan kepada Dasar Perbandaran Negara (DPN);
2. Menyediakan inventori kemudahan-
kemudahan yang setaraf dengan hierarki dan fungsi bandar-bandar di Negeri Pahang; dan
3. Merancang supaya bandar-bandar dibangunkan dan disediakan dengan kemudahan-kemudahan mengikut hierarki yang ditetapkan.
2.3.2 INDIKATOR MENGUKUR
PELAKSANAAN DASAR 1. Dasar-dasar berkaitan pembangunan
pusat-pusat petempatan di dalam DPN dilaksanakan sepenuhnya oleh Pihak Berkuasa Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT);
2. Bandar-bandar telah dilengkapi dengan
kemudahan-kemudahan sepertimana hierarki yang ditetapkan; dan
3. Peratus penduduk bandar akan meningkat
daripada 45 peratus kepada 60 peratus menjelang 2020.
LOKASI PEMBANGUNAN
32 Rancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020
Jadual 6 : Hierarki Pusat-pusat Petempatan Tahun 2020
Bil Hierarki Perbandaran Cadangan Hierarki Petempatan 2020 Kriteria
1. Pusat Wilayah Timur Negara (Metropolitan)
Bandar Kuantan (Bertindak sebagai Pusat Konurbasi Wilayah Timur)
1. Penduduk >300,000 orang 2. Cawangan Jabatan Kerajaan
Persekutuan 3. Pusat pengguna dan pakar 4. Industri pembuatan am
berteknologi tinggi (berorientasikan eksport)
5. Stesen pengangkutan awam bandar (MRT/LRT)
6. Lapangan Terbang Antarabangsa 7. Pelabuhan 8. Tumpuan badan-badan kewangan 9. Universiti / Kolej 10. Masjid Negeri 11. Hospital Besar /Hospital Pakar 12. Ibupejabat Polis Wilayah 13. Stadium 14. Hotel bertaraf Antarabangsa
2. Pusat Separa Wilayah (Bandar Utama)
1. Bandar Temerloh-Mentakab (Bertindak sebagai Pusat Konurbasi Wilayah Tengah),
2. Bandar Bentong 3. Bandar Muadzam Shah 4. Bandar Kuala Rompin
1. Penduduk 30,000-300,000 orang 2. Majlis Perbandaran 3. Pelbagai badan perdagangan
runcit dan borong 4. Kawasan industri pembuatan am 5. Stesen bas dan keretapi 6. Kolej teknikal / institut pelajaran
persendirian 7. Hospital Besar / Hospital Pakar 8. Masjid 9. Taman Wilayah
3. Pusat Petempatan Utama (Pusat Daerah)
1. Bandar Kuala Lipis 2. Bandar Raub 3. Bandar Tanah Rata-Brinchang, Cameron Highlands 4. Bandar Jerantut 5. Bandar Maran 6. Bandar Jengka, Maran 7. Bandar Pekan
1. Penduduk 10,000-30,000 orang 2. Majlis Daerah & jabatan teknikal
daerah 3. Pasaraya, toko pelbagai barang 4. Zon industri skil kecil / pertanian 5. Stesen bas / keretapi 6. Cawangan bank-bank perdagangan 7. Hospital Daerah
LOKASI PEMBANGUNAN
33 Rancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020
Bil Hierarki Perbandaran Cadangan Hierarki Petempatan 2020 Kriteria
8. Bandar Bera 9. Bandar Tun Razak, Rompin 10. Tanjung Gemok, Rompin
8. Sekolah menengah & rendah 9. Balai polis dengan kemudahan
tahanan 10. Kompleks sukan
4. Pusat Petempatan Kecil
1. Simpang Pelangai, Bentong
2. Karak, Bentong 3. Telemong,
Bentong 4. Jerantut Feri,
Jerantut 5. Kuala Tembeling,
Jerantut 6. Batu Balai,
Jerantut 7. Gambang,
Kuantan 8. Jaya Gading,
Kuantan 9. Beserah, Kuantan 10. Balok, Kuantan 11. Sg.Lembing,
Kuantan 12. Merapoh, Lipis
13. Padang Tengku, Lipis
14. Benta, Lipis 15. Kuala Pahang,
Pekan 16. Sg.Ruan, Raub 17. Dong, Raub 18. Cheroh, Raub 19. Kerdau, Temerloh 20. Kuala
Krau,Temerloh 21. Lanchang,Temerloh 22. Bukit Ibam, Rompin 23. Perantau Damai,
Rompin 24. Chenur, Maran 25. Pekan Tajau,
Maran 26. Sri Jaya, Maran 27. Sg.Jerik, Maran 28. Triang, Bera 29. Kemayan, Bera 30. Chini, Pekan 31. Nenasi, Pekan 32. Ringlet, Cameron
Highlands 33. Bkt Fraser, Raub 34. Mengkarak, Bera 35. Mengkuang, Bera 36. Bandar 32, Bera 37. Batu Malim, Raub
1. Penduduk 5,000-10,000 orang 2. Pasar mini 4. Industri berasaskan pertanian 5. Bank simpanan perdagangan 6. Sekolah rendah/menengah 7. Pusat kesihatan kecil 8. Masjid 9. Balai polis 10. Dewan orang ramai
Sumber : Kajian Rancangan Struktur Negeri Pahang, 2002-2020
LOKASI PEMBANGUNAN
34 Rancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020
35 Rancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020
2.4 DASAR LP3
Berdasarkan strategi pembangunan RFN, konurbasi Kuantan dijangka akan meliputi Bandar Pekan di selatan sehinggalah Bandar Chukai (Daerah Kemaman) di utara. Bandar Pekan-Peramu terkenal dengan pembangunan perindustrian berteraskan kejuruteraan automotif dan dijangka akan bergabung dengan Bandar Kuantan menjelang 2020. Bandar Chukai akan menjadi kawasan tadahan kepada bandar Kuantan. 2.4.1 BAGAIMANA MELAKSANAKAN
DASAR INI 1. Kawasan Perindustrian Gebeng
dibangunkan secara optimum dengan industri-industri yang berasaskan bahan-bahan petrokimia seperti kilang plastik, bahan kimia industri, produk-produk getah dan ‘oleochemical’;
2. Memperkukuhkan kedudukan industri
berasaskan kejuruteraan automotif di
kawasan Perindustrian Peramu di Pekan melalui peningkatan infrastruktur dan utiliti;
3. Membangunkan kawasan pelancongan
bertaraf antarabangsa seperti Pantai Cherating, Telok Chempedak, Muzium Sungai Lembing, Sungai Kuantan dan Bandar Kuantan;
4. Mempercepatkan pelaksanaan cadangan
pembangunan sistem rel keretapi berkembar berkelajuan tinggi yang menghubungkan :-
i. Lembah Klang – Kuantan; ii. Johor Bahru – Kuantan – Kota Bharu;
5. Bandar Gambang akan dibangunkan
sebagai Pusat Bioteknologi, Halal Hub dan ‘Cybercity’; dan
6. Mengambilkira cadangan-cadangan
petunjuk bandar mampan di dalam Malaysia Urban Indicator Network (MurniNet) bagi pembangunan bandar Kuantan.
MENYEDIAKAN SATU PELAN INDUK UNTUK DIJADIKAN RUJUKAN BAGI MEMBANGUNKAN KONURBASI KUANTAN
LOKASI PEMBANGUNAN
36 Rancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020
2.4.2 INDIKATOR MENGUKUR PELAKSANAAN DASAR
1. Menjelang tahun 2020, konurbasi Kuantan
telah dibangunkan dengan kemudahan perbandaran dan mempunyai sistem pengangkutan yang sempurna antara bandar Pekan-Kuantan dan antara bandar Chukai-Kuantan;
2. Perjalanan antara pusat-pusat dalam
kawasan konurbasi Kuantan dijangka mengambil masa 30 minit;
3. Jumlah penduduk konurbasi Kuantan
dianggarkan menjadi 637,900 orang menjelang 2020; dan
4. Melaksanakan cadangan-cadangan di
dalam MurniNet.
2.5 DASAR LP4
Bandar Temerloh-Mentakab merupakan konurbasi sokongan Negeri Pahang yang akan meliputi Lanchang sehingga ke Bandar Karak, Chenor hingga ke Jengka, Kuala Krau dan Triang. Kedudukan strategik Bandar Temerloh-Mentakab yang terletak di tengah-tengah antara Kuala Lumpur ke Kuantan akan membolehkan ia berfungsi sebagai pusat ‘transit’ barangan, hasil produk penduduk dan juga penumpang. Laluan keretapi Johor Bahru – Gemas - Triang – Mentakab – Jerantut – Kuala Lipis- Kota Bharu merupakan potensi yang akan memudahkan pembangunan perbandaran Temerloh-Mentakab. Cadangan pembinaan laluan keretapi berkembar berkelajuan tinggi Lembah Klang – Kuantan dan naiktaraf laluan keretapi sedia ada Johor Bahru – Gemas - Triang – Mentakab – Jerantut – Kuala Lipis- Kota Bharu dijangka akan meningkatkan lagi pembangunan Temerloh-Mentakab.
KEUTAMAAN KEDUA PEMBANGUNAN BANDAR AKAN DIKHUSUSKAN KEPADA BANDAR TEMERLOH – MENTAKAB UNTUK MEWUJUDKAN SATU LAGI KONURBASI BANDAR DI NEGERI PAHANG
LOKASI PEMBANGUNAN
37 Rancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020
2.5.1 BAGAIMANA MELAKSANAKAN DASAR INI
1. Satu Pelan Induk Wilayah bagi konurbasi
Temerloh-Mentakab perlu disediakan; 2. Merancang projek-projek perindustrian
pembuatan di Bandar Temerloh-Mentakab; dan
3. Majlis Perbandaran Temerloh perlu
bersedia memberi perkhidmatan perbandaran yang efisien kepada pengusaha dan pelabur.
2.5.2 INDIKATOR MENGUKUR
PELAKSANAAN DASAR 1. Sasaran jumlah penduduk di konurbasi
Temerloh – Mentakab seramai 100,000 orang pada tahun 2020 tercapai.
2. Konurbasi Temerloh – Mentakab telah
disediakan kemudahan sosial dan infrastruktur selaras dengan fungsinya.
3. Pembangunan projek – projek
perindustrian pembuatan di Koridor Perindustrian Temerloh – Mentakab.
2.6 DASAR LP5
Petempatan desa di Negeri Pahang didapati masih lagi mengekalkan nilai-nilai tradisi kedesaannya. Keadaan ini akan mewujudkan suatu khazanah warisan yang berharga kepada negeri untuk tatapan generasi akan datang. Oleh itu, segala pembangunan yang dirancang di kawasan ini mestilah mampu untuk memelihara warisan tersebut. Walaupun begitu, pembangunan tanah bagi tujuan perbandaran berskala besar hendaklah dilengkapi dengan satu laporan ‘Sosial Impact Assessment’ (SIA) untuk memastikan pembangunan tersebut tidak memberi impak sosial kepada penduduk setempat.
PEMBANGUNAN DI KAWASAN DESA AKAN DIKHUSUSKAN KEPADA PEMBANGUNAN YANG AKAN MEMBERI KESEJAHTERAAN DAN DAPAT MENINGKATKAN KUALITI HIDUP PENDUDUK DESA DISAMPING MEMELIHARA NILAI DAN TRADISI KAWASAN DESA
LOKASI PEMBANGUNAN
38 Rancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020
2.6.1 BAGAIMANA MELAKSANAKAN DASAR INI
1. Pembangunan tanah di kawasan desa
hendaklah dikaji dengan teliti; 2. Program pembangunan sumber manusia
perlu dilaksanakan secara lebih menyeluruh;
3. Kawasan-kawasan FELDA dan FELCRA perlu dibangunkan sebagai ‘new economic frontier’;
4. Kemudahan infrastruktur dan utiliti bagi
petempatan orang asli perlu disedia dan diselenggara melalui Program Penempatan Semula Kampung Orang Asli di Negeri Pahang;
5. Kemudahan masyarakat yang mencukupi
dan berkualiti hendaklah disediakan; 6. Mengurangkan ‘digital divide’ di kawasan
desa; dan 7. Kajian RTD perlulah menentukan kawasan
petempatan desa dan sempadannya.
2.6.2 INDIKATOR MENGUKUR PELAKSANAAN DASAR
1. Pendapatan penduduk desa meningkat
dan peratus penduduk miskin berkurang; 2. Satu pangkalan data perlu diwujudkan
dan dikemaskini; 3. Wujud satu pusat komuniti dan info luar
bandar bagi di setiap Pusat Pertumbuhan Desa (PPD); dan
4. Program penempatan semula Kampung Orang Asli dilaksanakan.
LOKASI PEMBANGUNAN
39 Rancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020
2.7 DASAR LP6
Seluas 19,496.37 hektar tanah-tanah kerajaan (Rujuk Jadual 7 dan Peta 3) telah diluluskan oleh kerajaan Negeri Pahang untuk dibangunkan. Cadangan pembangunan secara komersil perlu diberi keutamaan. Pembangunan projek hendaklah menggunakan pendekatan teknologi terkini dan pengurusan yang efisien. Walaupun begitu, pengekalan dan pengurusan sumber jaya hendaklah menjadi salah satu daripada objektif pembangunan.
2.7.1 BAGAIMANA MELAKSANAKAN DASAR INI
1. Semua projek tanah-tanah kerajaan perlu
selaras dengan pengezonan Rancangan Pemajuan;
2. Pembangunan tanah-tanah kerajaan
hendaklah dipantau; dan
3. Satu Pelan Induk hendaklah disediakan oleh Unit Perancang Ekonomi, Negeri Pahang (UPEN) bagi memudahkan pembangunan tanah-tanah kerajaan dan selaras dengan dasar Kerajaan Negeri.
Jadual 7 : Projek Pembangunan Pelaburan Yang
Telah Diluluskan Di Atas Tanah-tanah Kerajaan
Projek (Hektar) Daerah
Perbandaran Pertanian Perlombongan Ladang Hutan
Kuantan 787.17 1,443.45 111.88 1214.06
Temerloh - 4107.57 - -
Rompin - 4,222.93 - -
Pekan - 9,661.18 - 1,416.50
Raub 31.26 20.23 - 1,289.40
Jerantut 36.63 47.77 - -
Bentong 21.25 - - 80.93
Cameron Highlands
1.02 - - -
Maran 20.23 306.36 - -
Lipis 242.80 - - 161.04
Bera 24.23 - - -
JUMLAH 1,164.5 14,058.06 111.88 4,161.93
JUMLAH KESELURUHAN 19,496.37
Sumber : Unit Perancang Ekonomi Negeri Pahang, 2005
2.7.2 INDIKATOR MENGUKUR PELAKSANAAN DASAR
1. Keseluruhan tanah-tanah kerajaan seluas 19,496.37 hektar akan dimajukan menjelang 2020.
TANAH-TANAH KERAJAAN YANG BELUM DAN BOLEH DIBANGUNKAN AKAN DIMAJUKAN SECARA EKONOMIK UNTUK MEMBERI MANFAAT KEPADA PENDUDUK DAN MENINGKATKAN HASIL NEGERI
LOKASI PEMBANGUNAN
40 Rancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020
41 Rancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020
2.8 DASAR LP7
Jabatan Pertanian Negeri menyediakan Pelan Pengezonan Pertanian sebagai asas dan panduan kepada pembangunan sektor pertanian negeri yang dikemaskini dari semasa ke semasa. Pelan pengezonan ini telah mengambilkira semua jenis aktiviti pertanian termasuk tanaman, ternakan, akuakultur dan hasil laut ( Rujuk Peta 4 dan 5 ). Zon Pembangunan Utara di Negeri Pahang akan terus dikekalkan dengan tanaman sayur-sayuran dan bunga-bungaan dan teh (Cameron Highlands), tanaman minuman seperti koko , tanaman komoditi seperti kelapa sawit dan getah serta tanaman buah-buahan di samping tanaman lain yang berpotensi seperti kabung dan herba (Lipis dan Raub). Zon Pembangunan Utara juga terlibat dengan pembesaran pengeluaran pelbagai jenis ikan hiasan (Raub) dan penggalakkan ternakan lembu, kambing/biri-biri secara integrasi dengan tanaman kelapa sawit dan getah (Lipis, Jerantut dan Raub).
Zon Pembangunan Tengah pula diberi penekanan kepada meningkatkan hasil
tanaman sedia ada dan menggalakkan penanaman buah-buahan tidak bermusim untuk pasaran tempatan dan eksport (Temerloh, Maran dan Kuantan), memperkembang aktiviti akuakultur ikan sangkar air tawar/kolam ikan air tawar (Temerloh), memperbesar jeti dan memodenkan kemudahan pendaratan ikan marin (Kuantan), meluaskan kawasan penternakan ayam (Kuantan) secara sistem kawalan tertutup serta menambahkan pengeluaran daging lembu/kambing/biri-biri dengan aktiviti integrasi bersama-sama tanaman kelapa sawit/getah (Temerloh, Maran & Kuantan).
Zon Pembangunan Selatan akan dipertingkatkan infrastruktur bagi tanaman padi (Pekan & Rompin), memperbanyakkan aktiviti akuakultur ikan sangkar air payau, ikan sangkar air tawar dan ikan kolam air tawar (Pekan & Rompin), memaksimumkan penggunaan kawasan tanaman ladang kelapa sawit dengan integrasi ternakan lembu, kambing dan biri-biri di samping tanaman pokok balak seperti pokok sentang/pokok jati emas yang dikenali sebagai ‘agroforesty’ (Rompin & Bera) sebagaimana disarankan di dalam Dasar Pertanian Negara 3, meluaskan
PEMBANGUNAN KAWASAN PERTANIAN PERLULAH SELARAS DENGAN PELAN PENGEZONAN PERTANIAN NEGERI
LOKASI PEMBANGUNAN
42 Rancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020
kawasan penternakan ayam secara sistem kawalan tertutup (Bera) dan memperbesar dan memodenkan kemudahan jeti pendaratan ikan marin (Pekan & Rompin). Membangunkan tanaman dan tanaman singkat buah–buahan dan herba mengikut konsep pembangunan kluster. Ini bererti kawasan tersebut bukan sahaja akan menumpukan kepada tanaman tertentu,ia juga melibatkan rangkaian pembangunan industri hiliran dan huluan yang berkaitan. Zon Kluster yang telah dikenalpasti ialah;
i. Kluster Temerloh untuk industri tanaman nangka, mangga, jambu batu dan limau. Kluster Temerloh meliputi Daerah Temerloh, Maran, Bentong, Raub, Lipis dan Jerantut; dan
ii. Kluster Mersing yang merangkumi Daerah
Rompin, Pekan dan Kuantan dirancang untuk pembangunan tanaman belimbing, limau, tembikai, nenas dan roselle.
2.8.1 BAGAIMANA MELAKSANAKAN DASAR INI
1. Cadangan Pembangunan berasaskan Zon Pertanian yang dikeluarkan oleh Jabatan Pertanian Negeri Pahang selaku urusetia Pengkalan Data Negeri bagi Sektor Pertanian hendaklah dijadikan sebagai panduan dan dilaksanakan oleh Pihak Berkuasa Negeri/Tempatan/agensi kerajaan yang berkaitan (Rujuk Peta 5);
2. Jabatan Pertanian Negeri Pahang selaku
Urusetia kepada MOA Inc. dan Urusetia Pengkalan Data Pertanian Negeri Pahang hendaklah dijadikan rujukan untuk sebarang aktiviti pertanian yang hendak dilakukan terutamanya bagi pertanian komersil dan pertanian berskala besar;
3. Kawasan paya tidak boleh ditebusguna
untuk aktiviti akuakultur seperti yang dinyatakan di dalam Rancangan Fizikal Negara;
4. Aktiviti akuakultur hendaklah dijalankan di
luar kawasan paya; 5. Penyediaan infrastruktur dan prasarana
pengumpulan aktiviti pertanian akan dipertingkatkan sebagai pemangkin kepada pembangunan sektor pertanian moden melalui:
LOKASI PEMBANGUNAN
43 Rancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020
a. Cadangan penubuhan TEMAN
(Terminal Makanan Negara) di Temerloh;
b. Cadangan pasar borong tani di
Kuantan, Temerloh dan Bentong; c. Pusat Pemasaran Hasil Ternakan
Selancar dan Jengka;
d. Naiktaraf jeti pendaratan hasil laut di Kuantan, Nenasi dan Kuala Pahang di Pekan dan di Kuala Rompin;
e. Pelabuhan Darat di Mentakab; dan
f. ‘Kargo Hub’ di Kuantan.
2.8.2 INDIKATOR MENGUKUR PELAKSANAAN DASAR
1. Menjelang 2020, keluasan tanaman akan
menjadi lebih seimbang dengan keluasan makanan akan meningkat, tanaman industri akan kekal atau menurun, keluasan tanaman herba akan menjadi lebih ketara;
2. Kawasan paya tidak ditebusguna untuk aktiviti akuakultur;
3. Menjelang 2020 Negeri Pahang dijangka
akan mempunyai tambahan keluasan seperti berikut;
a. 4,500 hektar sayur dan tanaman
kontan; b. 1,000 ha/tahun bagi tanaman herba;
c. 1,000 ha/tahun bagi buahan
bermusim dan tidak bermusim contohnya mangga, nangka, nenas, tembikai dll; dan
d. 1000 hektar tanaman kabung yang
akan membangun secara kluster.
3. Menjelang 2020 hasil ternakan air dan perikanan akan menyumbang kepada eksport Negeri Pahang dan negara di samping herba dan tanaman makanan (Rujuk Peta 5).
LOKASI PEMBANGUNAN
44 Rancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020
Bil Daerah/Zon Pembangunan
Cadangan Tanaman Cadangan Ternakan Akuakultur
Cadangan Ternakan
ZON PEMBANGUNAN UTARA 1 Cameron Highlands • Sayur-sayuran
• Bunga-bungaan • Strawbery
• Ikan Hiasan • Integrasi ternakan
2 Lipis • Buah Salak • Gula Kabung
• Ikan Talapia Merah • Integrasi ternakan
3 Jerantut • Buah Dokong • Buah Durian
• Ikan Asli • Integrasi ternakan
4 Raub • Buah Durian • Herba
• Ikan Kelah • Ikan Hiasan
• Integrasi ternakan
ZON PEMBANGUNAN TENGAH 5 Kuantan • Sayur-sayuran
• Bunga-bungaan • Ikan Marin • Pelbagai
• Ternakan Ayam • Integrasi
ternakan 6 Maran • Buah Nangka
• Buah Mesta • Ikan Keli • Integrasi
ternakan 7 Temerloh • Buah Nangka
• Buah Mesta • Ikan Patin • Ikan sangkar air
tawar/kolam ikan air tawar
• Integrasi ternakan
8 Bentong • Ulam-ulaman • Sayur-sayuran
• Ikan Baung • Integrasi ternakan
ZON PEMBANGUNAN SELATAN 9 Pekan • Buah Nenas
• Tanaman Padi
• Udang Harimau • Ikan sangkar air
payau/air tawar • Ikan Marin
• Integrasi ternakan
10 Bera • Buah Nangka • Bunga-bungaan
• Ikan Hiasan • Penternakan Ayam
11 Rompin • Jagung • Kelapa • Tanaman Padi
• Udang Galah • Ikan Marin • Ikan sangkar/air
payau/air tawar
• Integrasi ternakan
Sumber : Jabatan Pertanian Negeri Pahang, 2002
LOKASI PEMBANGUNAN
Jadual 8: Cadangan Pengezonan Pertanian 2020
45 Rancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020
46 Rancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020
47 Rancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020
2.9 DASAR LP 8
Bandar Kuantan dan Temerloh akan dilengkapi dengan kawasan-kawasan perindustrian yang berdaya maju selaras dengan tahap pembangunannya sebagai konurbasi bandar menjelang tahun 2020. Dengan adanya pelbagai jenis perindustrian di kedua-dua pusat tumpuan tersebut, maka pelbagai insentif serta kemudahan prasarana dapat disalurkan di Bandar Kuantan dan Temerloh-Mentakab. Strategi ini akan dapat menjadi pemangkin kepada pertumbuhan bandar Kuantan dan Temerloh-Mentakab sekaligus dapat bersaing dengan konurbasi-konurbasi bandar yang lain seperti Georgetown dan Johor Bahru.
2.9.1 BAGAIMANA MELAKSANAKAN DASAR INI
1. Pelan Indikatif Pembangunan Kawasan
Perindustrian Negeri Pahang 2006-2020 perlu disedia secara lebih terancang, komprehensif dan mampan;
2. Lot-lot industri dalam zon perindustrian terancang yang masih kosong atau belum diduduki perlu dibangunkan sepenuhnya;
3. Pembangunan semua aktiviti
perindustrian perlu mematuhi garis panduan yang telah disediakan; dan
4. Aktiviti-aktiviti industri haram perlu
ditempatkan di dalam kawasan perindustrian terancang dan digalakkan mengikut kelas kelompok industri yang bersesuaian.
2.9.2 INDIKATOR MENGUKUR
PELAKSANAAN DASAR 1. Menjelang tahun 2020, kawasan konurbasi
Kuantan telah dibangunkan dengan industri berasaskan petrokimia, pusat bioteknologi dan industri makanan utama dan nutraseutikal (kesihatan);
2. Konurbasi Temerloh-Mentakab
dibangunkan dengan industri telekomunikasi dan ICT, industri makanan utama serta industri berasaskan sumber kayu; dan
PEMBANGUNAN PERINDUSTRIAN AKAN DITUMPUKAN DI KONURBASI KUANTAN DAN KONURBASI TEMERLOH-MENTAKAB
LOKASI PEMBANGUNAN
48 Rancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020
3. Kawasan-kawasan perindustrian haram ditempatkan di kawasan-kawasan perindustrian yang telah disediakan dan dirancang.
2.10 DASAR LP 9
Satu Pelan Indikatif Pembangunan Kawasan Perindustrian Negeri Pahang 2006-2020 telahpun disediakan (Rujuk Jadual 9 serta Peta 6). Oleh itu, pembangunan perindustrian perlulah dirancang menepati pelan tersebut.
2.10.1 BAGAIMANA MELAKSANAKAN DASAR INI
1. Pelan-Pelan Indikatif Pembangunan
Kawasan Perindustrian Negeri Pahang 2006-2020 perlu diaplikasikan secara berterusan dan dijadikan rujukan dalam merancang pembangunan perindustrian di seluruh negeri;
2. Program tahunan pembangunan perindustrian perlu disediakan oleh agensi yang terlibat; dan
3. Pencapaian pembangunan perindustrian
hendaklah dipantau dan dilaporkan kepada Jawatankuasa Perindustrian Dan Pelaburan Negeri Pahang.
2.10.2 INDIKATOR MENGUKUR PELAKSANAAN DASAR
1. Sasaran sumbangan KDNK sektor
perindustrian berjumlah RM 14 billion menjelang tahun 2020 tercapai; dan
2. Gambang telah dibangunkan sebagai
‘Cyber City’, pusat bioteknologi dan Halal Hub.
PEMBANGUNAN PERINDUSTRIAN AKAN DILAKSANAKAN SELARAS DENGAN PELAN INDIKATIF PEMBANGUNAN KAWASAN PERINDUSTRIAN NEGERI PAHANG
LOKASI PEMBANGUNAN
49 Rancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020
Jadual 9 : Kluster Industri Tahun 2002 dan Tahun 2020 DAERAH KLUSTER INDUSTRI 2002 KLUSTER INDUSTRI 2020
Kuantan 1. Industri Petrokimia 2. Industri Elektrik dan Elektronik 3. Industri Makanan Halal 4. Industri Berasaskan Sumber
1. Industri Makanan Kesihatan (Nutraseutikal)
2. Industri Maritim 3. Industri Telekomunikasi dan ICT 4. Industri Perkayuan
Pekan 1. Industri Automotif 1. Industri Pertahanan 2. Industri Maritim
Bentong 1. Industri Kejuruteraan Berat
1. Industri Kejuruteraan Berat
Rompin 1. Industri Berasaskan Seramik 2. Industri Pemprosesan Hasil Pertanian
1. Industri Makanan Kesihatan ( Nutraseutikal ) 2. Industri Maritim
Temerloh 1. Industri Berasaskan Sumber Kayu 1. Industri Telekomunikasi dan ICT Bera 1. Industri Berasaskan Sumber 1. Industri Makanan Kesihatan
(Nutraseutikal) Jerantut Lipis Raub
1. Industri Berasaskan Sumber dan IKS 1. Industri Berasaskan Sumber dan IKS
Cameron Highlands
1. Industri Pemprosesan Hasil Pertanian 1. Industri Perubatan (Farmaseutikal) 2. Industri Pemprosesan Hasil Pertanian
Maran 1. Industri Sokongan Kejuruteraan 2. Industri Elektrik dan Elektronik
1. Industri Makanan Kesihatan (Nutraseutikal)
Sumber : Kajian Rancangan Struktur Negeri Pahang, 2002-2020
LOKASI PEMBANGUNAN
50 Rancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020
51 Rancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020
2.11 DASAR LP 10
Pembangunan LPT dijangka akan menyediakan perhubungan pengangkutan yang lebih efisien daripada kawasan Lembah Klang ke bandar-bandar utama di Pahang. Hubungan rangkaian lebuhraya dan laluan keretapi dari Mentakab/Temerloh ke destinasi utama seperti Pelabuhan Klang, Pelabuhan Kuantan, Pasir Gudang dan Singapura serta kemudahan perkhidmatan kargo dan lapangan terbang juga memudahkan pengangkutan barangan. Pelabuhan Kuantan yang berperanan sebagai pintu masuk utama Wilayah Pantai Timur sementara pelabuhan darat sebagai sokongan kepada pelabuhan laut dari segi pengurusan kontena mampu mengendalikan kargo import dan eksport bagi aktiviti perindustrian di Negeri Pahang.
2.11.1 BAGAIMANA MELAKSANAKAN DASAR INI
1. Menyediakan satu pelan sistem jaringan
jalan kepada semua kawasan industri di Negeri Pahang; dan
2. Meningkatkan jalan-jalan yang
menghubungkan Pelabuhan Kuantan, Lapangan Terbang Sultan Haji Ahmad Shah dan Pelabuhan Darat Mentakab ke pusat-pusat utama daerah.
2.11.2 INDIKATOR MENGUKUR
PELAKSANAAN DASAR 1. Semua kawasan industri di Pahang telah
dilengkapi dengan sistem perhubungan dan pengangkutan yang efisien menjelang tahun 2020.
SISTEM PERHUBUNGAN DAN PENGANGKUTAN AKAN DIPERKUKUHKAN UNTUK MENINGKATKAN KEMUDAHSAMPAIAN KAWASAN INDUSTRI
LOKASI PEMBANGUNAN
52 Rancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020
2.12 DASAR LP 11
Peranan industri kecil dan sederhana (IKS) adalah penting bagi pertumbuhan ekonomi setempat. Setakat ini terdapat beberapa kawasan IKS yang beroperasi di petempatan utama seperti Kuantan, Bentong, Temerloh dan Maran. Kawasan-kawasan IKS perlu ditingkatkan dan diperbanyakkan diseluruh negeri bagi merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi serta menggunapakai sumber-sumber setempat sedia ada bagi manfaat penduduk negeri. Ianya juga dapat membantu mewujudkan pelbagai peluang pekerjaan kepada penduduk.
2.12.1 BAGAIMANA MELAKSANAKAN DASAR INI
1. Setiap Pihak Berkuasa Tempatan
hendaklah mengenalpasti kawasan yang berpotensi untuk dijadikan kawasan IKS dan ditandakan dalam Rancangan Tempatan;
2. Usaha menarik pelabur perlu dijalankan
dan digiatkan bagi pembangunan IKS oleh Pihak Berkuasa Tempatan;
3. Kajian Rancangan Tempatan haruslah
mampu menyediakan lokasi yang sesuai untuk IKS di kawasan-kawasan yang mempunyai sumber dan bahan mentah yang mencukupi; dan
4. Mempertingkatkan rantaian industri
(industrial lingkages) antara industri besar dengan IKS yang dapat menyokong pertumbuhan kluster dan aktiviti industri hiliran.
2.12.2 INDIKATOR MENGUKUR PELAKSANAAN DASAR
1. Setiap pusat daerah telah dibangunkan
dengan kawasan IKS berasaskan kepada sumber dan permintaan semasa mengikut konsep satu industri satu daerah.
PEMBANGUNAN INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA AKAN DIPERTINGKATKAN DI PUSAT PENEMPATAN UTAMA SETIAP DAERAH
LOKASI PEMBANGUNAN
53 Rancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020
2.13 DASAR LP 12
Strategi utama pembangunan pelancongan Negeri Pahang adalah menjadikan ‘Negeri Pahang Sebagai Destinasi Pelancongan Sepanjang Tahun’. Sejumlah 3.3 juta pelancong telah melawat Negeri Pahang pada tahun 2000 dan dijangka terus meningkat kepada 13 juta pada tahun 2020. Mempunyai 54 buah destinasi pelancongan termasuk 27 destinasi bertaraf antarabangsa merupakan kelebihan bagi Negeri Pahang dalam mempelbagaikan produk-produk pelancongannya. Tempat-tempat tarikan ini yang terdiri dari ketiga-tiga Sumberjaya Semulajadi, Warisan/Kebudayaan dan Buatan Manusia dibahagikan kepada 3 Zon iaitu Zon Tanah Tinggi, Zon Ekologi/Tasik dan Zon Pesisiran Pantai/Pulau (Rujuk Peta 7).
a. Zon Tanah Tinggi merangkumi kawasan tanah tinggi dari Daerah Cameron Highlands, Lipis, Raub sehingga ke Daerah Bentong;
b. Zon Ekologi / Tasik merentasi kawasan
Pahang Tengah dari Daerah Lipis, Jerantut, Temerloh, Maran, Kuantan, Pekan, Bera dan Rompin di mana kebanyakan tempat-tempat tarikan adalah kawasan hutan dan semulajadi; dan
c. Zon Pesisiran Pantai / Pulau / Tasik
terletak di sebelah timur Negeri Pahang meliputi Daerah Kuantan, Pekan dan Rompin.
Fokus produk pelancongan sepertimana di Jadual 10.
PEMBANGUNAN PELANCONGAN AKAN DILAKSANAKAN BERASASKAN KEPADA TIGA ZON IAITU ZON TANAH TINGGI, ZON EKOLOGI DAN ZON PESISIRAN PANTAI / PULAU / TASIK BAGI MENJADIKAN NEGERI PAHANG SEBAGAI DESTINASI PELANCONGAN SEPANJANG TAHUN
LOKASI PEMBANGUNAN
54 Rancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020
2.13.1 BAGAIMANA MELAKSANAKAN DASAR INI
1. Pemasaran ‘Negeri Pahang Sebagai
Destinasi Pelancongan Sepanjang Tahun’ perlu dipertingkatkan melalui:
i. Mengambil bahagian di dalam
pameran-pameran ataupun karnival-karnival pelancongan;
ii. Mengemaskini dan meningkatkan
kualiti maklumat-maklumat pelancongan seperti risalah, poster, majalah, gambar, peta-peta pelancongan dan persembahan multimedia seperti dokumentari;
iii. Mengadakan ‘Familiarization Tour’
kepada para wartawan, penulis, jurugambar dan para operator pelancongan dari dalam dan luar negara;
iv. Penyertaan Negeri Pahang perlu
dipertingkatkan dalam kempen-kempen promosi Kementerian Pelancongan dan Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia melalui penyebaran maklumat; dan
v. Kerajaan Negeri Pahang disarankan untuk menjadi tuan rumah kepada beberapa acara peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
2. Pembuatan kraftangan tempatan yang
berkualiti dan unik perlu ditonjolkan sebagai identiti pelancongan Negeri Pahang; dan
3. Peningkatan Laman Web Pelancongan
Negeri Pahang secara lebih komprehensif melalui :
i. Laman web ini perlu sentiasa
dikemaskini untuk memberi segala maklumbalas secara ‘on-line’; dan
ii. Perlu juga memberi kemudahan
membuat tempahan penginapan atau pakej lawatan secara terus melalui pautan (linkages) ke laman web penginapan dan operator pelancongan.
LOKASI PEMBANGUNAN
55 Rancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020
Jadual 10 : Fokus Pembangunan Pelancongan Mengikut Daerah
Daerah Fokus Produk Pelancongan
Cameron Highlands
1. Ekologi (Tanah Tinggi). 2. Persidangan dan pameran. 3. Agro. 4. Sukan & Rekreasi. 5. Penyelidikan.
Jerantut 1. Ekologi (Hutan). 2. Agro.
Lipis 1. Ekologi (Hutan). 2. Kebudayaan & Warisan
(Bangunan Bersejarah). Raub 1. Ekologi (Tanah Tinggi).
2. Sukan & Rekreasi. 3. Program ‘Malaysia My Second
Home’. Temerloh 1. Ekologi (Hutan).
2. Program Homestay. Kuantan 1. Ekologi (Pantai/Air Terjun).
2. Persidangan dan pameran. 3. Membeli-belah. 4. Agro. 5. Sukan & Rekreasi. 6. Kebudayaan & Warisan
(Muzium). 7. Kesihatan.
Daerah Fokus Produk Pelancongan Maran 1. Ekologi (Air Terjun).
2. Sukan & Rekreasi. 3. Homestay. 4. Kebudayaan dan Warisan [Chenor].
Bentong 1. Ekologi (Tanah Tinggi/Air Terjun). 2. Taman Tema. 3. Persidangan dan pameran. 4. Kesihatan. 5. Program ‘Malaysia My Second
Home’. 6. Sukan & Rekreasi.
Rompin 1. Ekologi (Hutan/Pantai/Pulau/Taman Laut).
2. Sukan & Rekreasi. 3. Penyelidikan. 4. Agro.
Pekan 1. Ekologi (Tasik). 2. Kebudayaan & Warisan (Muzium). 3. Program Homestay.
Bera 1. Ekologi (Tasik). 2. Kebudayaan & Warisan (Orang
Asli). 3. Sukan & Rekreasi.
Sumber: Kajian Rancangan Struktur Negeri Pahang, 2002-2020
LOKASI PEMBANGUNAN
56 Rancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020
2.13.2 INDIKATOR MENGUKUR PELAKSANAAN DASAR
1. Sasaran 13 juta pelancong pada tahun
2020 tercapai seperti Jadual 11; Jadual 11: Jumlah Pelancong Negeri Pahang Pada Tahun 2000 Dan Sasaran Pada Tahun 2020
Tahun Zon Pelancongan
2000 2020
Zon Tanah Tinggi 2.2 juta 9.6 juta
Zon Ekologi 0.8 juta 0.4 juta
Zon Persisiran Pantai / Pulau
1.0 juta 3.0 juta
Jumlah 3.3 juta 13 juta
Domestik 2.0 juta 7.8 juta
Luar Negara 1.3 juta 5.2 juta Sumber: Kajian Rancangan Struktur Negeri Pahang, 2002-2020
2. Sasaran KDNK sektor pelancongan berjumlah RM 7.8 bilion pada tahun 2020 dicapai; dan
3. Sasaran tempoh tinggal
pelawat/pelancong menjadi 4 hari pada tahun 2020 berbanding 2 hari pada tahun 2002 tercapai.
2.14 DASAR LP13
Terdapat beberapa faktor yang akan memberikan kesan terhadap peningkatan kedatangan pelancong ke Negeri Pahang iaitu:
i. Kemudahsampaian; ii. Kemudahan penginapan dan makanan; iii. Agensi Pelancongan/Pengembaraan dan
Jurupandu Pelancong; dan iv. Acara-acara berkaitan pelancongan. Tahap kemudahsampaian ke destinasi pelancongan iaitu mutu jalan darat atau air yang baik dan mod pengangkutan awam seperti bas, teksi, kereta sewa dan pengangkutan air (bot atau feri) yang lebih efisien memberikan keselesaan dan kemudahan kepada para pelancong. Tahap kemudahan di pintu-pintu masuk utama iaitu lapangan terbang (laluan udara), pelabuhan (laluan laut) dan keretapi (laluan darat) serta infrastruktur jalan raya (laluan darat) dari negeri-negeri bersempadan mahu
KEMUDAHAN DAN PERKHIDMATAN SOKONGAN AKAN DIPERTINGKATKAN UNTUK KEMUDAHAN PELANCONGAN
LOKASI PEMBANGUNAN
57 Rancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020
pun dalam negeri juga perlu dipertingkatkan dari semasa ke semasa. Kekurangan kemudahan perkhidmatan penginapan dan makanan yang terdapat di beberapa daerah seperti Bera, Maran dan Pekan turut memberi kesan kepada tempoh lawatan pelancong di Pahang. Taraf penginapan yang disediakan perlu dipertingkatkan dari aspek kualitinya bagi memikat pelbagai golongan pelancong untuk berkunjung ke negeri ini. Menjelang tahun 2020, Negeri Pahang memerlukan sejumlah 20,476 bilik penginapan berbanding 17,136 bilik pada tahun 2002. Kuantan dan Bentong memerlukan bilik penginapan paling tinggi iaitu 5,077 unit bagi Kuantan dan 7,550 unit bagi Bentong (majoritinya terletak di Genting Highlands) (Rujuk Jadual 12). Jurupandu pelancong turut berkait rapat dengan agensi pelancongan dan memainkan peranan penting sebagai orang yang berhubung terus dengan para pelancong. Di beberapa tempat dan aktiviti seperti lawatan sekitar produk pelancongan dan ‘jungle trekking’ dan sebagainya, khidmat jurupandu pelancong adalah sesuatu yang penting.
Jadual 12 : Jumlah Bilik Penginapan Tahun 2002 Dan Unjurannya Pada Tahun 2020
Daerah 2002 2020 Cameron Highlands 1,741 2,025
Jerantut 584 664 Lipis 189 315 Raub 592 745
Kuantan 4,309 5,077 Maran 43 80
Temerloh 626 700 Bentong 6,661 7,550 Rompin 2,273 3,020 Pekan 65 150 Bera 53 150
Jumlah 17,136 20,476 Sumber: Kajian Rancangan Struktur Negeri Pahang, 2002-2020
Sehubungan itu, penganjuran acara yang lebih tersebar ke seluruh daerah akan memberi peluang kepada para peserta/pelancong untuk mengenal lebih dekat sesuatu daerah itu di samping memberikan peluang ekonomi kesemua daerah. Penganjuran acara yang lebih tersusun dapat membantu untuk mencapai matlamat Pahang Sebagai Destinasi Pelancongan Sepanjang Tahun.
LOKASI PEMBANGUNAN
58 Rancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020
59 Rancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020
2.14.1 BAGAIMANA MELAKSANAKAN DASAR INI
1. Pihak Berkuasa Tempatan haruslah
berperanan dengan lebih aktif dalam menyediakan kemudahan dan perkhidmatan sokongan pelancongan yang mencukupi dengan:
i. Menyediakan Khidmat Kaunter
Pelancong di pintu-pintu masuk iaitu di lapangan terbang, pelabuhan serta pintu masuk jalan darat yang bersempadan dengan negeri-negeri Johor, Negeri Sembilan, Perak, Kelantan, Terengganu dan Lembah Klang;
ii. Menyediakan ‘Tourist One stop
Center’ di tempat-tempat tumpuan utama seperti Cameron Highlands, Bukit Fraser, Taman Negara, Bandar Temerloh, Bandar Kuantan, Pulau Tioman dan sebagainya. Pusat ini menempatkan beberapa elemen yang penting kepada para pelancong terutamanya dari luar negara seperti kaunter maklumat, mesin juruwang (ATM), pengurup wang, polis pelancong dan sebagainya; dan
iii. Menaiktaraf kemudahan-kemudahan bagi para pelancong seperti tandas, tempat persalinan, kawasan R&R, papan petunjuk arah, papan maklumat dan sebagainya.
2. Kemudahan penginapan dan pengangkutan
pelancongan perlu dipertingkatkan melalui:
i. Menambah bilangan kemudahan
penginapan seperti Jadual 12; ii. Menaiktaraf Lapangan Terbang Sultan
Haji Ahmad Shah untuk menerima ‘Chartered International Flight’ dan penerbangan terus dari luar negara;
iii. Mempertingkatkan kemudahan di
Pelabuhan Kuantan untuk kapal pesiaran (cruise)/bot mewah seperti kemudahan imigresen, kastam, kawasan tempat letak kenderaan dan maklumat pelancongan;
iv. Meningkatkan kualiti jeti supaya
lebih menarik, selesa dan teratur; dan
LOKASI PEMBANGUNAN
60 Rancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020
v. Meningkatkan mod pengangkutan awam yang lebih efisien ke tempat-tempat tarikan.
2.14.2 INDIKATOR MENGUKUR PELAKSANAAN DASAR
1. Terdapat kemudahan dan perkhidmatan
sokongan pelancongan di setiap destinasi pelancongan yang bertaraf domestik dan antarabangsa;
2. Bilangan kemudahan penginapan selaras
dengan keperluan dan seperti di Jadual 12; dan
3. Segala kemudahan pelancongan berada
di tahap yang baik dan selamat digunakan.
2.15 PENUTUP Aktiviti pembangunan dipelbagai sektor ekonomi mempunyai kesan yang mendalam terhadap keseimbangan alam sekitar. Untuk meminimakan kesan negatif dan menggalakkan pemeliharaan kepelbagaian biologi ekosistem, suatu dasar yang menjurus kepada kepentingan pemeliharaan alam sekitar perlu digubal. Pertimbangan keperluan pemeliharaan alam sekitar perlu dinyatakan sebagai komponen penting dasar untuk memastikan penyelarasan dan integrasi yang berkesan. Perkara ini akan dibincangkan dalam bab berikutnya.
LOKASI PEMBANGUNAN
61 Rancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020
3.1 PENGENALAN Pengurusan sumber alam semulajadi perlu dilaksanakan secara terancang dan menyeluruh bagi memastikan sebarang usaha pembangunan diuruskan dengan mampan. Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS) yang telah dikenalpasti memerlukan pertimbangan khusus di dalam pembangunan sama ada di peringkat tempatan, negeri atau wilayah. Di samping mengurangkan kesan negatif kepada kualiti persekitaran, ia penting di dalam menyeimbangkan pembangunan fizikal, ekonomi dan sosial setempat.
3.2 DASAR AS 1 Usaha-usaha ke arah pembangunan negeri perlu memberi keutamaan kepada pemeliharaan dan peningkatan kualiti alam sekitar. Pihak Berkuasa Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan dan agensi-agensi kerajaan perlu merancang pembangunan guna tanah dengan baik .
Pembangunan yang dijangka boleh memberikan impak negatif kepada alam sekitar akan diurus dengan berhati-hati dan langkah-langkah mitigasi hendaklah dirancang. KSAS yang telah di kenalpasti akan di bangunkan dengan berhemah dan mematuhi garispanduan yang telah di keluarkan oleh Kementerian Pertanian dan Asas Tani,serta Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (Rujuk Peta 8).
3.2.1 BAGAIMANA MELAKSANAKAN DASAR INI
Tindakan-tindakan yang perlu dilaksanakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan dan agensi-agensi yang terlibat adalah seperti berikut: 1. Menguatkuasakan Akta Kualiti Alam
Sekeliling 1974 (Akta 127) dan Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172);
2. Menggunakan sepenuhnya garis panduan
berkaitan kualiti alam sekitar seperti “The Planning Guideline for Environment Noise Limits and Control”;
BAB 3: PEMELIHARAAN ALAM SEKITAR
KUALITI ALAM SEKITAR AKAN TERUS DIPERTINGKATKAN BAGI MEWUJUDKAN PEMBANGUNAN YANG MAMPAN
62 Rancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020
3. Menggunapakai dan menguatkuasakan Akta Perhutanan Negara 1984;
4. Menggunapakai garispanduan berkaitan
perhutanan yang dikeluarkan oleh Jabatan Perhutanan seperti “Guidelines for Reduced Impact Logging in Peninsular Malaysia”;
5. Mempertingkatkan kaedah yang lebih
terkini di dalam mengawal selia kualiti alam sekitar dan melalui teknologi terkini seperti:
i. Teknologi “Remote Sensing” ii. Teknologi “Satelite Image” iii. Teknologi “Airbourne Photo” iv. Teknologi “Geographical
Information System” (GIS);
6. Menggunapakai Strategi Pemuliharaan Tanah Tinggi di dalam Kajian Pembangunan Lestari Untuk Tanah Tinggi di Semenanjung Malaysia dan langkah-langkah pelaksanaan di dalam kajian ‘Study on the Development of Hill Station’ dalam mengurus kawasan tanah tinggi;
7. Pemantauan perlu dilaksanakan secara berterusan oleh jabatan-jabatan yang berkaitan.
3.2.2 INDIKATOR MENGUKUR
PELAKSANAAN DASAR 1. Indeks kualiti air dan udara adalah diparas
yang ditentukan oleh Jabatan Alam Sekitar disemua lembangan sungai di Negeri Pahang perlu berada di antara 75-100% dan untuk kualiti air pada tahap bersih dan sangat bersih.
3.3 DASAR AS 2 KSAS bersepadu ialah kawasan yang perlu dilihat sebagai satu kesatuan ekosistem yang mempunyai pelbagai fungsi penting untuk mengawal kepentingan alam sekitar serta kesejahteraan hidupan (Rujuk Peta 8).
MEWUJUDKAN PEMBANGUNAN YANG MAMPAN MELALUI PENYEDIAAN PELAN PENGURUSAN KAWASAN SENSITIF ALAM SEKITAR NEGERI YANG BERSEPADU BERDASARKAN KONSEP DAN KRITERIA PENGURUSAN RANCANGAN FIZIKAL NEGARA
PEMELIHARAAN ALAM SEKITAR
63 Rancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020
Di antara kepentingan pelan pengurusan KSAS bersepadu adalah seperti berikut: a. Sebagai langkah dalam memelihara
sumber semulajadi; b. Merangkumi pertimbangan mengenai nilai
suatu kawasan untuk memelihara warisan, mengekalkan sistem-sistem sokongan hidup dan mengelak daripada berlakunya bencana;
c. Pelan ini akan mengurus KSAS
keseluruhan Negeri Pahang; d. Menggalakkan penglibatan dan peranan
semua pihak dalam melaksanakan strategi dan pembangunan KSAS;
e. Pembangunan guna tanah efisien dapat
diwujudkan serta mengurangkan masalah alam sekitar seperti tanah runtuh, banjir kilat dan kemusnahan ekosistem setempat; dan
f. Memulihara sumber semulajadi yang
terjejas.
3.3.1 BAGAIMANA MELAKSANAKAN DASAR INI
1. Unit Perancang Ekonomi Negeri perlulah
menyediakan kajian Pelan Pengurusan Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS) Negeri Pahang;
2. Pelan Pengurusan Kawasan Sensitif Alam
Sekitar ini hendaklah mengandungi pelan pengurusan yang komprehensif untuk merancang dan mengurus KSAS secara mampan;
3. Satu garispanduan untuk aktiviti
akuakultur akan disediakan; 4. Sebarang cadangan pembangunan dalam
KSAS hanya boleh dibenarkan selepas mendapat kebenaran daripada Jawatankuasa Perancang Negeri; dan
5. Menggunapakai dan menguatkuasakan
Garispanduan Pembangunan Dan Pengurusan Tanah Gambut Pahang Tenggara.
PEMELIHARAAN ALAM SEKITAR
64 Rancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020
3.3.2 INDIKATOR MENGUKUR PELAKSANAAN DASAR
1. Semua pembangunan KSAS perlu
menepati Pelan Pengurusan Kawasan Sensitif Alam Sekitar Negeri;
2. Garispanduan untuk aktiviti akuakultur
telah disediakan dan digunapakai; dan 3. Garispanduan Pembangunan Dan
Pengurusan Tanah Gambut Pahang Tenggara telah digunapakai dan dikuatkuasakan.
PEMELIHARAAN ALAM SEKITAR
65 Rancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020
66 Rancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020
3.4 DASAR AS 3 Kepelbagaian biologi merupakan warisan negeri dan mestilah diurus secara mampan serta digunakan dengan bijak pada masa kini di samping tidak menafikan kepentingan generasi akan datang. Kepelbagaian biologi biasanya dibahagikan kepada 3 peringkat iaitu: a. Kepelbagaian genetik : kepelbagaian
dalam spesis, seperti yang diukur mengikut variasi dalam gen setiap tanaman, haiwan dan mikro-organisma. Kepelbagaian genetik berlaku dalam dan antara populasi suatu spesis;
b. Kepelbagaian spesis merujuk kepada
pelbagai organisma hidup di dunia; dan c. Kepelbagaian ekosistem merujuk
pelbagai habitat, komuniti biosis dan proses ekologi dalam persekitaran daratan, persekitaran laut dan persekitaran akua yang lain.
Kepelbagaian biologi ini mempunyai implikasi ekonomi, teknologi dan sosial yang penting iaitu: a. Faedah ekonomi : menyediakan
barangan balak dan barangan bukan balak dalam sektor perhutanan, tanaman makanan dan tanaman perindustrian dalam sektor pertanian, serta makanan dalam sektor perikanan;
b. Jaminan makanan : tumbuh-tumbuhan
dan haiwan termasuk ikan, merupakan sumber makanan utama negara. Selain itu, pemuliharaan ekosistem dan kepelbagaian biologi seperti di kawasan paya adalah penting untuk menjamin sumber makanan negara pada masa hadapan;
c. Kestabilan alam sekitar : Kepelbagaian
biologi terdiri daripada gabungan kepelbagaian biologi semua habitat atau ekosistem yang berbeza di sesuatu kawasan. Pengekalan dalam ekosistem ini akan mewujudkan kestabilan alam sekitar dan memastikan khidmat ekologi yang bernilai kepada manusia;
PEMELIHARAAN ALAM SEKITAR
MEMELIHARA DAN MENGGUNAKAN KEPELBAGAIAN BIOLOGI NEGERI PAHANG SECARA MAMPAN BAGI KEMAJUAN DAN PEMBANGUNAN SOSIO EKONOMI SETEMPAT
67 Rancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020
d. Warisan biologi kebangsaan : Malaysia merupakan salah sebuah dari dua belas negara ‘mega kepelbagaian’ di dunia;
e. Nilai-nilai saintifik, pendidikan dan
rekreasi : Sebahagian besar daripada kepelbagaian biologi masih belum diselidiki secara saintifik. Adalah perlu meningkatkan usaha dalam penyelidikan dan pembangunan agar asas saintifik dapat diperkembang dan diperkukuhkan dalam bidang seperti genetik, bioteknologi, farmaseutikal, pertanian dan perikanan; dan
f. Biokeselamatan : Penciptaan,
pengangkutan, pengendalian dan pembebasan organisma yang diubahsuai secara genetik membawa risiko persekitaran, keselamatan dan kesihatan yang tertentu yang masih belum difahami sepenuhnya. Dalam pembangunan bioteknologi, terutamanya kejuruteraan genetik haruslah terdapat pembangunan rangka pengaturan biokeselamatan yang secukupnya dan sepadan.
3.4.1 BAGAIMANA MELAKSANAKAN DASAR INI
1. Memantap dan menambah inventori
sumber biologi dan kajian biologi yang sistematik untuk mendokumenkan kepelbagaian spesis;
2. Memastikan agensi yang melaksanakan
Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) memberi keutamaan yang sewajarnya kepada kepelbagaian biologi;
3. Menggunakan peluang penubuhan ‘Cyber
City’ di kawasan perindustrian Gambang sebagai pusat kecemerlangan dalam penyelidikan perindustrian tentang kepelbagaian biologi tropika;
4. Menubuhkan satu unit pengurusan
biodiversiti dan bioteknologi di peringkat negeri;
5. Mengadakan usahasama dengan sektor
swasta dalam penyelidikan dan pembangunan bioteknologi;
6. Menggalakkan langkah untuk
mengekalkan, memperbaiki dan
PEMELIHARAAN ALAM SEKITAR
68 Rancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020
memperkaya kepelbagaian biologi di kawasan bandar; dan
7. Pemantauan perlu dilaksanakan secara
berterusan oleh Jabatan-jabatan berkaitan.
3.4.2 INDIKATOR MENGUKUR
PELAKSANAAN DASAR 1. Penyediaan dan penyebaran inventori
sumber biologi untuk didokumentasikan di peringkat negeri dan daerah.
2. Unit biodiversiti dan bioteknologi
ditubuhkan dan beroperasi; dan 3. Bilangan penyelidikan kepelbagaian
biologi di Negeri Pahang.
3.5 DASAR AS 4
Kawasan hutan kekal dan kawasan tadahan air di seluruh negeri hendaklah dipelihara keadaan semulajadinya bagi mengekalkan
fungsi serta kepelbagaian biologi di kawasan-kawasan tersebut. Fungsi dan peranan kawasan-kawasan tersebut dalam membekalkan sumber keperluan untuk hidupan tidak boleh diabaikan dalam pembangunan fizikal malah ianya perlu diintegrasikan bagi manfaat sejagat. Justeru, pengurusan yang mampan bagi menjaga pengekalan sumber tersebut adalah merupakan usaha yang wajar dilakukan oleh pihak yang bertanggungjawab.
3.5.1 BAGAIMANA MELAKSANAKAN
DASAR INI 1. Memperkukuhkan mekanisme kawalan
bagi mempertingkatkan kualiti kawasan hutan kekal dan kawasan tadahan air;
2. Sebarang pembangunan fizikal dan
aktiviti pertanian di kawasan hutan kekal dan kawasan tadahan air perlu mendapat pertimbangan dari Jabatan Perhutanan , Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Pertanian, Pihak Berkuasa Tempatan dan Jabatan berkaitan;
3. Setiap pembangunan yang berhampiran
dengan kawasan hutan dan tadahan air hendaklah dirancang dengan teliti
SEMUA KAWASAN HUTAN SIMPANAN KEKAL DAN KAWASAN HUTAN TADAHAN AIR YANG TELAH DIWARTAKAN HENDAKLAH DIURUS SECARA MAMPAN
PEMELIHARAAN ALAM SEKITAR
69 Rancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020
supaya tidak menjejaskan kualiti serta fungsi hutan kekal dan kawasan tadahan air;
4. Memastikan kawasan hutan simpan kekal
dan kawasan tadahan air yang telah dikenalpasti perlu diwartakan;
5. Penempatan-penempatan haram yang
telah memasuki kawasan-kawasan yang diwartakan perlu dikeluarkan dari kawasan tersebut; dan
6. Pemantauan perlu dilaksanakan secara
berterusan oleh Jabatan-jabatan berkaitan.
3.5.2 INDIKATOR MENGUKUR
PELAKSANAAN DASAR 1. Keluasan hutan simpanan kekal dan
kawasan hutan tadahan air hendaklah mempunyai keluasan yang sama sehingga 2020.
3.6 DASAR AS 5
Kawasan-kawasan bandar di seluruh negeri hendaklah dipastikan berada dalam keadaan bersih dan menarik terutamanya di pusat-pusat bandar. Keadaan landskap di pusat-pusat bandar perlu dijaga dengan rapi dan tersusun dengan menggabungkan olahan landskap lembut dan kejur yang kreatif dan menarik agar imej sesuatu bandar itu dapat ditonjolkan. Selain itu, kualiti persekitaran di kawasan bandar perlu dihindarkan dari sebarang pencemaran yang boleh membawa kacau ganggu kepada kesejahteraan rakyat serta pertumbuhan ekonomi setempat. 3.6.1 BAGAIMANA MELAKSANAKAN
DASAR INI 1. Program landskap yang telah disediakan
dalam Pelan Landskap Bandar oleh Jabatan Landskap Negara hendaklah dilaksanakan oleh PBT;
KUALITI ALAM SEKITAR DI KAWASAN PENEMPATAN HENDAKLAH SENTIASA DI PELIHARA UNTUK MEWUJUDKAN PERSEKITARAN YANG SESUAI BAGI PENDUDUK BANDAR
PEMELIHARAAN ALAM SEKITAR
70 Rancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020
Pembangunan perbandaran hendaklah menepati garispanduan yang dikeluarkan oleh Jabatan Perancang Bandar dan Desa dan Pihak Berkuasa Tempatan ; dan 3 Pemantauan perlu dilaksanakan secara
berterusan oleh Jabatan-jabatan berkaitan.
3.6.2 INDIKATOR MENGUKUR PELAKSANAAN DASAR
1. Keadaan fizikal bandar adalah menarik
dan tiada wujud sebarang pencemaran udara dan air.
3.7 DASAR AS 6
Banjaran Titiwangsa adalah merupakan
kawasan hutan yang perlu dikekalkan
ekosistemnya demi kepentingan alam sekitar.
Usaha – usaha pemeliharaan dan pengurusan
yang mampan diantara negeri –negeri perlu
disepadukan bagi mengelak sebarang aktiviti
yang boleh menjejaskan kelangsungan fungsi
kawasan tersebut sebagai kawasan tadahan
air, kawasan hidupan liar dan destinasi eko
pelancongan (Rujuk Peta 9). 3.7.1 BAGAIMANA MELAKSANAKAN
DASAR INI
1. Pemeliharaan dan pengurusan kawasan hutan di Taman Negara perlu melibatkan kerjasama negeri-negeri bersempadan seperti Kelantan, Terengganu dan Perak bagi mengekal fungsi serta mengelakkan sebarang kacau ganggu terhadap ekosistem;
2. Pembukaan tanah - tanah pertanian perlu mengambilkira kepentingan pembangunan di kawasan sempadan terutama di antara Cameron Highlands dengan Dataran Tinggi Kinta, Perak serta Cameron Highlands dan Tanah Tinggi Lojing, Kelantan;
USAHA PEMELIHARAAN DAN PENGURUSAN KAWASAN HUTAN PERLU DILAKSANAKAN SECARA BERSEPADU DI ANTARA NEGERI-NEGERI BERSEMPADANAN BAGI MEMASTIKAN PEMBENTUKAN BANJARAN TITIWANGSA DAPAT DIREALISASIKAN
PEMELIHARAAN ALAM SEKITAR
71 Rancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020
3. Pembukaan kawasan hutan simpan perlu mengambilkira kepentingan bersama antara negeri-negeri bersempadan untuk mengekalkan saranan kawasan hutan simpan dan kawasan tanah tinggi sebagai Banjaran Titiwangsa;
4. Pembangunan fizikal dan pelan
infrastruktur di kawasan sempadan perlu mengambilkira kepentingan bersama di kawasan sempadan negeri seperti Empangan Selangor serta Taman Wawasan Negeri di Negeri Selangor dan ‘Bio Valley’ di Negeri Sembilan;
5. Penyaluran bekalan air dari kawasan
tadahan air negeri boleh dipertimbangkan kepada negeri-negeri yang memerlukan seperti Negeri Selangor;
6. Mewujudkan jawatankuasa bertindak
bersama negeri-negeri bersempadan bagi memastikan dasar-dasar yang digubal dapat diselaraskan bersama; dan
7. Pemantauan perlu dilaksanakan secara
berterusan oleh jabatan-jabatan berkaitan.
3.7.2 INDIKATOR MENGUKUR PELAKSANAAN DASAR
1. Fungsi Banjaran Titiwangsa dapat
dikekalkan demi kepentingan alam sekitar; dan
2. Usaha pemeliharaan Banjaran Titiwangsa
dapat dilaksanakan melalui jawatankuasa bertindak antara negeri-negeri terlibat.
3.8 PENUTUP Dasar-dasar pemeliharaan alam sekitar yang digubal seharusnya mengambilkira peranan alam sekitar dalam mewujudkan satu keseimbangan persekitaran yang sihat. Peranan PBT serta agensi-agensi yang terlibat dalam pemantauan KSAS perlu diperkukuhkan untuk memastikan dasar-dasar di atas dapat dilaksanakan.
PEMELIHARAAN ALAM SEKITAR
72 Rancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020
73 Rancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020
4.1 PENGENALAN
Bab ini akan menerangkan dasar-dasar yang menyentuh kepada pembangunan infrastruktur dan kemudahan sosial yang melibatkan sektor perhubungan dan pengangkutan, utiliti, infrastruktur, perumahan, kemudahan masyarakat, kawasan rekreasi dan sukan. Dasar-dasar ini digubal dengan mengambilkira isu-isu dan keperluan yang telah dikenalpasti. 4.2 DASAR IKS 1 Sistem perhubungan dan pengangkutan di Negeri Pahang terdiri daripada mod pengangkutan jalan raya, keretapi, pengangkutan air dan udara masih perlu dipertingkatkan dan diintegrasikan bagi meningkatkan tahap kemudahsampaian inter dan intra wilayah. Kesemua mod pengangkutan perlu disusun secara berintegrasi untuk mewujudkan keadaan saling melengkapi dan menyokong dalam menyediakan sistem perhubungan yang lengkap, efisien dan menyeluruh samada di
peringkat wilayah, negeri, daerah mahupun sehingga ke peringkat luar bandar (Rujuk Peta 10 dan Peta 11).
4.2.1 BAGAIMANA MELAKSANAKAN
DASAR INI 1. Sistem Perhubungan Jalanraya
i. Menyediakan pelan rancangan lebuhraya dan naik taraf jalan-jalan utama sedia ada serta pembinaan jalan-jalan baru agar sentiasa dapat menampung pertambahan isipadu lalulintas serta meningkatkan tahap kemudahsampaian intra wilayah seperti di Jadual 13;
ii. Cadangan pembinaan lebuhraya baru
dan naiktaraf kepada 4 lorong adalah seperti berikut:-
a. Lebuhraya LPT Bentong-Raub-
Kuala Lipis-Gua Musang b. Lebuhraya LPT Karak-Simpang
Pelangai-Bahau c. Lebuhraya LPT Temerloh-
Triang-Kemayan-Bahau d. Menaiktaraf laluan Persekutuan
12 (Lebuhraya Tun Abdul Razak) e. Menaiktaraf Jalan Kuantan-
Pekan-Rompin.
BAB 4 : KEPERLUAN INFRASTRUKTUR DAN KEMUDAHAN SOSIAL
SEMUA MOD PENGANGKUTAN DIPERTINGKATKAN DAN DIINTEGRASIKAN SECARA BERSEPADU BAGI MEWUJUDKAN SISTEM PERHUBUNGAN YANG EFISIEN
74 Rancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020
iii. Merangka Pelan Induk Sistem
Rangkaian Jalan Raya Daerah yang dapat menggariskan pelan pembangunan jalan baru dan rancangan naik taraf/penyelenggaraan jalan (termasuk jalan kampung dan jalan ladang) di setiap daerah.
2. Perkhidmatan Pengangkutan Keretapi
i. Menaiktaraf dan mempertingkatkan perkhidmatan Keretapi Nasional sedia ada (Johor Bahru – Gemas - Triang – Mentakab – Jerantut – Kuala Lipis – Gua Musang - Kota Bharu) ; dan
ii. Pembinaan sistem pengangkutan
keretapi berkelajuan tinggi di dua koridor pembangunan perindustrian penting iaitu di koridor Kuala Lumpur-Kuantan dan koridor Johor Bahru-Kuantan-Kota Bharu.
Jadual 13: Cadangan Naik Taraf Dan
Pembinaan Jalan Baru sehingga Tahun 2020
KEPERLUAN INFRASTRUKTUR DAN KEMUDAHAN SOSIAL
Sumber : Kajian Rancangan Struktur Negeri Pahang, 2002-2020
Pelan Rancangan Jangka Pendek
Rompin • Piawaian Rekabentuk JKR R5.
• 4 lorong 2 hala
Menaiktaraf Laluan Persekutuan 11 (Bahau – Keratong)
Kuantan Pekan
• Piawaian rekabentuk JKR R5
Menaiktaraf Jalan Negeri C101, C17 dan C13
Kuantan Pekan
• Melengkapkan jaringan jalan persisir pantai antara Pekan dan Kuantan
Pembinaan Jalan Penghubung antara Tanjung Sepat – Tanjung Selangor
Jerantut • Piawaian Rekabentuk JKR R5
• Dilengkapi lorong mendaki kenderaan berat
Menaiktaraf Laluan Persekutuan 083 (Kg Awah-Ke Simpang Jengka 8)
Rompin Pekan
Kuantan
• Piawaian Rekabentuk JKR R5
• 4 lorong 2 hala
Menaiktaraf Laluan Persekutuan 12 (Lebuh Raya Tun Abdul Razak)
Temerloh Bera
• Piawaian Rekabentuk JKR R5
• Dilengkapi lorong mendaki kenderaan berat
• Lorong motosikal
Menaiktaraf Laluan Persekutuan 10 (Kemayan -Temerloh)
Daerah Terlibat Piawaian Projek
75 Rancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020
Projek Piawaian Daerah Terlibat
Pelan Rancangan Jangka Sederhana (2011-2015) Pembinaan Jalan Raub-Pos buntu-Ulu Slim, perak
• Piawaian Reka
bentuk JRK R5. • 2 Lorong 2 hala • Dilengkapi lorong
mendaki kenderaan berat
• Lorong motosikal
Raub Lipis Cameron Highlands
Menaiktaraf Jalan Bera-Chenor-Batu Balik
• Piawaian Reka
bentuk JRK R4.
Bera Maran
Menaiktaraf Jalan Bera-Chini
• Piawaian Reka
bentuk JRK R5. • 2 Lorong 2 hala • Dilengkapi lorong
mendaki kenderaan berat
• Lorong motosikal
Bera Pekan
Menaiktaraf Jalan Kuantan- Pekan-Rompin
• Piawaian Reka
bentuk JRK R5. • 2 Lorong 2 hala • Dilengkapi lorong
mendaki kenderaan berat
• Lorong motosikal
Kuantan Pekan Rompin
Cadangan Lebuhraya Bentong-Raub-Kuala Lipis-Gua Musang
Piawaian rekabentuk JKR dan Lembaga Lebuhraya
Bentong Raub Lipis
Cadangan Lebuhraya Temerloh-Triang-Kemayan-Bahau
Piawaian rekabentuk JKR dan Lembaga Lebuhraya
Temerloh Bera
Cadangan Lebuhraya Karak-Simpang Pelangai-Bahau
Piawaian rekabentuk JKR dan Lembaga Lebuhraya
Bentong
Jalan Baru kuantan-Sg. Lembing-Jerantut
• Piawaian rebentuk
JRK • Dua hala
Kuantan Jerantut
Pelan Rancangan Jangka Panjang (2016-2020) Meaiktaraf Laluan Persekutuan 3
• Piawaian rebentuk
JRK R5. • 4 lorong 2 hala
Rompin Pekan Kuantan
Jadual 13: Cadangan Naik Taraf Dan Pembinaan Jalan Baru sehingga Tahun 2020 (Sambungan)
KEPERLUAN INFRASTRUKTUR DAN KEMUDAHAN SOSIAL
Rompin Maran
• Piawaian Rekabentuk JKR R5.
• 2 lorong 2 hala • Dilengkapi lorong
mendaki kenderaan berat
• Lorong motosikal
Pembinaan Jalan Muadzam Shah - Ibam-Chenor
Kuantan • Piawaian Reka Bentuk JKR R5.
• Dilengkapi lorong mendaki kenderaan berat
• Lorong motosikal
Menaiktaraf Jalan Negeri C4 (Jalan Sungai Lembing)
Rompin • Piawaian Rekabentuk JKR R5.
• 4 lorong 2 hala
Pembinaan jalan baru (Batu Seruk-Kg. Petuh)
Rompin Bera
• Piawaian Rekabentuk JKR R5.
• 4 lorong 2 hala
Menaiktaraf Laluan Persekutuan 63 (Rompin-Muadzam Shah-Bera)
Daerah Terlibat Piawaian Projek
Sumber : Kajian Rancangan Struktur Negeri Pahang, 2002- 2020
76 Rancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020
Sumber : Kajian Rancangan Struktur Negeri Pahang, 2002-2020
3. Perkhidmatan Pengangkutan Udara
i. Menaiktaraf dan mempertingkatkan sistem perhubungan dan pengangkutan udara Negeri Pahang seperti di Jadual 14.
Perkara Lapangan Terbang Infrastruktur Pengangkutan Udara 1. Menaiktaraf Lapangan Terbang
Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan menjadi lapangan terbang bertaraf antarabangsa.
Lapangan Terbang Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan
2. Lapangan Terbang Kuantan turut dicadangkan untuk mengendalikan kargo udara
Lapangan Terbang Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan
3. Memperkenalkan perkhidmatan kapal terbang air (sea-plane) sebagai mod pengangkutan alternatif yang menghubungkan Pulau Tioman dan Kuantan dengan destinasi-destinasi pelancongan utama di Pantai Timur Semenanjung Malaysia seperti dari Mersing dan Terengganu.
Lapangan Terbang Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan Lapangan Terbang Pulau Tioman
Perkara Lapangan Terbang Operasi Penerbangan 1. Menambah penerbangan terus
Lapangan Terbang Kuantan ke destinasi-destinasi yang lain seperti ke Pulau Pinang, Johor Bahru dan Langkawi
Lapangan Terbang Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan
2. Menyediakan penerbangan ke Filipina, Vietnam, Hong Kong dan Negara-negara Kepulauan Pasifik yang lain untuk destinasi antarabangsa.
Lapangan Terbang Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan
3. Operasi lapangan terbang ketenteraan perlu dipindahkan untuk memberi ruang bagi menaiktaraf Lapangan Terbang Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan.
Lapangan Terbang Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan
4. Perkhidmatan penerbangan terus dari Lapangan Terbang Pulau Tioman ke kawasan tumpuan pelancongan seperti Langkawi, Pulau Pinang dan Singapura.
Lapangan Terbang Pulau Tioman
4. Perkhidmatan Pengangkutan Air
i. Mempertingkatkan sistem perhubungan dan pengangkutan air terutamanya bagi pengangkutan penumpang dan kargo melalui:
a. Pelabuhan Kuantan perlu dijadikan pelabuhan terpenting di Pantai Timur Semenanjung
KEPERLUAN INFRASTRUKTUR DAN KEMUDAHAN SOSIAL
Jadual 14 : Cadangan Mempertingkatkan Sistem Perhubungan Dan Pengangkutan Udara
77 Rancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020
Malaysia dengan mengendalikan pengangkutan kargo di rantau ini;
b. Mempertingkatkan kemudahan
pengangkutan air antara Tanjung Gemok dan Pulau Tioman yang dilengkapi dengan terminal kargo dan penumpang ; dan
c. Sistem pengangkutan air di Sungai
Tembeling serta Sungai Pahang perlu dipertingkatkan untuk tujuan pelancongan .
5. Perkhidmatan Pengangkutan Awam
i. Menyediakan kompleks/terminal pengangkutan awam bersepadu di setiap bandar utama Negeri Pahang. Antara yang telah dikenalpasti seperti:
a. “Kuantan Integrated
Transportation Complex” (KITC) di Kuantan yang akan mengintegrasikan semua sistem perhubungan dan mod pengangkutan di Negeri Pahang; dan
b. “Temerloh Integrated Transportation Terminal” (TITT).
ii. Membangunkan sebuah
pelabuhan darat (In-land Port) di Mentakab sebagai kemudahan pengangkutan kargo yang strategik untuk aktiviti pengumpulan dan pengedaran produk-produk pertanian dan perindustrian;dan
iii. Membangunkan Lapangan
Terbang Kuantan sebagai hub pengangkutan bagi kawasan Pantai Timur Semenanjung Malaysia yang mengendalikan kargo dan juga penumpang.
6. Pembangunan Sistem Pengangkutan Pintar
i. Sistem pengangkutan pintar perlu dibangunkan bagi mengintegrasikan sistem teknologi maklumat dalam pembangunan infrastruktur pengangkutan. Antara sistem pengangkutan yang perlu dilaksanakan ialah:
KEPERLUAN INFRASTRUKTUR DAN KEMUDAHAN SOSIAL
78 Rancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020
a. Sistem Pengurusan Lalulintas Terkini ;
b. Sistem Maklumat Kembara Terkini ;
c. Sistem Kawalan Kenderaan Terkini;
d. Kawalan Operasi Kenderaan Perdagangan;
e. Sistem Pengangkutan Awam Terkini; f. Sistem Pembayaran Elektronik; dan g. Sistem Tindak Balas Kecemasan Dan
Keselamatan ;
4.2.2 INDIKATOR MENGUKUR
PELAKSANAAN DASAR 1. Perlaksanaan Pelan Induk Sistem
Perhubungan dan Pengangkutan Negeri dan Daerah;
2. Wujudnya “Kuantan Integrated
Transportation Complex” (KITC) di Kuantan dan ‘Temerloh Integrated Transportation Terminal (TITT) bagi mengintegrasikan semua sistem perhubungan dan mod pengangkutan di Negeri Pahang menjelang tahun 2020;
3. Peningkatan bilangan penerbangan
domestik dan antarabangsa; 4. Pembangunan sistem keretapi laju dan
Perlaksanaan Sistem Pengangkutan Pintar di setiap bandar utama Negeri Pahang;
5. Mencapai nisbah penggunaan
pengangkutan awam dengan kenderaan persendirian iaitu 50 : 50; dan
6. Wujudnya hub pengangkutan di Kuantan
dan pelabuhan darat di Mentakab.
KEPERLUAN INFRASTRUKTUR DAN KEMUDAHAN SOSIAL
79 Rancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020
80 Rancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020
81 Rancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020
4.3 DASAR IKS 2 Kepesatan pembangunan Negeri Pahang akan menyebabkan permintaan terhadap keperluan bekalan utiliti seperti bekalan air, elektrik, gas dan telekomunikasi semakin meningkat. Berdasarkan kepada unjuran pada tahun 2020, keperluan bekalan air dan elektrik didapati mencukupi untuk menampung keperluan pada masa hadapan. Walau bagaimanapun, penyediaan bekalan air pada masa hadapan perlu memastikan kualiti air bersih dan jumlah air tidak terakaun dikurangkan. Bagi penggunaan bekalan gas, promosi dan galakan melalui sistem jaringan paip gas perlu dilaksanakan bagi memberi pendedahan kepada masyarakat dan seterusnya bekalan gas secara ‘city gas system’ dapat diwujudkan terutamanya di Zon Tengah.
Pembangunan prasarana telekomunikasi juga seharusnya selari dengan kewujudan wilayah konurbasi Kuantan, Lebuhraya Pantai Timur (LPT), Terminal Makanan Negara dan zon-zon pelancongan yang bertaraf antarabangsa bagi memastikan tahap perkhidmatan rangkaian telekomunikasi yang berkualiti tinggi serta memuaskan dapat disediakan khususnya bagi perkhidmatan talian selular. Perancangan kemudahan utiliti yang bersepadu adalah penting bagi menyokong perkembangan pembangunan sektor perindustrian, pelancongan, perniagaan dan perumahan. 4.3.1 BAGAIMANA MELAKSANAKAN
DASAR INI 1. Bekalan Air
i. Memastikan bekalan air bersih sebanyak 1,050 (jlh) untuk memenuhi permintaan bekalan air Negeri Pahang pada tahun 2020, seperti di Jadual 15;
MENINGKATKAN PENGAGIHAN DAN KUALITI BEKALAN AIR, ELEKTRIK, GAS DAN TELEKOMUNIKASI DI KAWASAN BANDAR DAN DESA
KEPERLUAN INFRASTRUKTUR DAN KEMUDAHAN SOSIAL
82 Rancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020
ii. Memastikan sasaran 20% kadar
kehilangan air tidak terakaun (NRW) tercapai melalui penggantian paip lama serta meningkatkan kapasiti loji-loji pembersihan air sedia ada;
iii. Memastikan semua hutan tadahan air
diwartakan dan dipulihara sepenuhnya; dan
iv. Mempertingkatkan penguatkuasaan bagi mengatasi masalah pencerobohan kawasan sumber air dan kecurian meter air.
2. Bekalan Elektrik
i. Memastikan gangguan bekalan elektrik sifar di seluruh negeri;
ii. Memastikan bekalan elektrik sebanyak
462.85 MW bagi mengatasi permintaan bekalan elektrik Negeri Pahang menjelang tahun 2020 (Rujuk Jadual 16);
Jadual 15 : Unjuran Permintaan Dan Penawaran Bekalan Air Negeri Pahang, Tahun 2020
1,530.37 1,015 Jumlah
49.41 57 Bera
107.74 77 Rompin
75.41 87 Pekan
119.56 90 Temerloh
146.69 77 Maran
720.80 376 Kuantan
119.62 88 Bentong
72.08 50 Raub
43.83 45 Lipis
50.32 51 Jerantut
24.91 18 Cameron Highlands
Penawaran Permintaan
2020 (jlh)* Daerah
Nota : * Juta Liter Sehari Sumber: Jabatan Bekalan Air Negeri Pahang, 2002
KEPERLUAN INFRASTRUKTUR DAN KEMUDAHAN SOSIAL
83 Rancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020
iii. Menyediakan kemudahan dan sistem penyaluran yang lebih moden (delivery infrastructure) bagi memastikan aktiviti-aktiviti pembangunan ekonomi dan penduduk Negeri Pahang menerima bekalan tenaga elektrik yang mencukupi melalui projek-projek naiktaraf sepertimana di dalam Jadual 17; dan
Jadual 17 : Projek-projek Naiktaraf Bekalan Elektrik Di Negeri Pahang
462.85 237.75 Jumlah (MW)
22.04 11.32 Lampu Awam (5%)
440.81 226.43 Jumlah Kecil
245.56 96.66 Industri Keperluan Elektrik Pada Kadar 0.043 MW/hektar
49.12 30.61 Perniagaan Keperluan Elektrik Pada Kadar 0.145 MW/hektar
146.13 99.16 Domestik Keperluan Elektrik Pada Kadar 0.0018 MW/unit rumah
2020 2000 Sektor
Jadual 16 : Permintaan Bekalan Elektrik Mengikut Sektor Di Negeri Pahang
Sumber: TNB Distribution Sdn. Bhd., 2002
KEPERLUAN INFRASTRUKTUR DAN KEMUDAHAN SOSIAL
Maran Projek menaik taraf keupayaan PMU Jengka dari 3.75 MVA kepada 2X30MVA
Kuantan • Projek menaiktaraf keupayaan PMU Bandar Indera Mahkota dari 132/11kV, 2X30 MVA kepada 132/11kV, 2X30 MVA + 132/33kV, 2X90 MVA.
• Projek menaiktaraf keupayaan PMU Semambu dari 2X15 MVA kepada 2X30MVA
• Projek menaiktaraf keupayaan PMU Kuantan Central 1 kepada 3X30MVA
• Melaksanakan pemulihan sistem PMU Kuantan kepada sistem 3X30 MVA serta sistem pemutus litar hampagas.
• Memperkukuh sistem grid penghantaran dengan pembinaan pencawang 275/132 kV di Gebeng.
Jerantut Projek menaiktaraf keupayaan PMU Jerantut dari 3.75 MVA kepada 2X30MVA
Lipis Projek menaiktaraf keupayaan PMU Kuala Lipis dari 2.75 MVA kepada 2X30MVA
Daerah Projek
Temerloh Projek menaik taraf keupayaan bekalan elektrik kepada Loji Bekalan Air
Rompin Projek menaik taraf keupayaan bekalan elektrik kepada Loji Bekalan Air
Sumber: TNB Distribution Sdn. Bhd., 2002
Sumber: TNB Distribution Sdn. Bhd., 2002
84 Rancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020
iv. Menyediakan rangkaian talian elektrik bawah tanah (melalui utility tunnel) selari dengan rizab jalan yang sesuai dilaksanakan di kawasan perbandaran dan kawasan-kawasan pembangunan baru berskala besar.
3. Bekalan Gas
i. Melaksanakan Cadangan Jaringan Paip Gas Kuantan – Mentakab – Temerloh – Lembah Klang secara berperingkat-peringkat dengan kerjasama Kerajaan Negeri, Petronas Gas dan Gas Malaysia Berhad bagi menyokong sektor perindustrian (Rujuk Peta 11).
4. Bekalan Telekomunikasi
i. Mempertingkatkan penyaluran dan pengagihan infrastruktur bekalan telekomunikasi dengan seimbang di kawasan bandar dan desa selaras dengan kemajuan teknologi; dan
ii. Melaksanakan cadangan-cadangan
pembangunan sistem telekomunikasi sepertimana di dalam Jadual 18.
Jadual 18 : Cadangan-cadangan Pembangunan Sistem Telekomunikasi Di Negeri Pahang
Rompin Pekan
Projek menaiktaraf pembangunan ibusawat telekomunikasi di ibusawat Bandar Muadzam Shah, Nenasi dan Peramu.
Temerloh Projek menaiktaraf pembangunan ibusawat telekomunikasi di ibusawat Lanchang dan Mentakab.
Maran Projek menaiktaraf pembangunan ibusawat telekomunikasi di ibusawat Maran, Kg. New Zealand, Kg. Awah dan Kg. Chenor.
Kuantan Projek menaiktaraf pembangunan ibusawat telekomunikasi di ibusawat Tanjung Lumpur, Bandar Indera Mahkota, Paya Besar, dan Permatang Badak.
Raub Lipis
Projek pembangunan ibusawat telekomunikasi di kawasan perumahan di Jalan Raub ke Sungai Koyan, Kg Gali di Jalan Raub ke Lanchang, dan perkampungan di Jalan Ulu Dong.
Jerantut Pekan
Projek pembangunan ibusawat telekomunikasi di Bandar Baru Indera Pura dan Kg. Desa Kerambit
Jerantut Lipis
Memperkukuh sistem talian grid bagi mewujudkan ‘ring system’ di talian Jerantut-Kuala Lipis.
Lipis Raub
Projek pembangunan ibusawat telekomunikasi di kawasan perkampungan. Jalan Raub ke Sungai Koyan, Kg. Lubuk Kulit, Kg. Pagar Sasak, Kg. Ulu Teras, sekitar Jalan Lipis ke Benta, perkampungan di Jalan Ketualang ke Chenerai, Felda Kercau 7/4 dan perkampungan di Jalan Benta ke Jerantut.
Daerah Perkara
Sumber: Telekom Malaysia Berhad, Kuantan 2002
KEPERLUAN INFRASTRUKTUR DAN KEMUDAHAN SOSIAL
85 Rancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020
4.3.2 INDIKATOR MENGUKUR PELAKSANAAN DASAR
1. Sasaran bekalan air bersih sebanyak
1,050 jlh pada tahun 2020 dapat dicapai; 2. Mencapai sasaran 20% kadar kehilangan
air tidak terakaun (NRW); 3. Gangguan bekalan elektrik sifar; 4. Keupayaan bekalan elektrik dapat
menampung permintaan bekalan dan liputan kawasan bekalan tenaga elektrik adalah 100% sehingga tahun 2020; dan
5. Liputan kawasan bekalan telekomunikasi
adalah 100% menjelang tahun 2020.
KEPERLUAN INFRASTRUKTUR DAN KEMUDAHAN SOSIAL
86 Rancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020
87 Rancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020
4.4 DASAR IKS 3 Bagi mengatasi masalah rawatan enapcemar di Negeri Pahang, penggunaan sistem pembetungan berpusat yang merangkumi pembinaan loji rawatan kumbahan berpusat dan loji rawatan enapcemar berpusat serta jaringan paip pembetungan di Negeri Pahang akan dilaksanakan oleh Jabatan Perkhidmatan Pembetungan [JPP]. Pihak Jabatan Perkhidmatan Pembetungan (JPP- Unit Implementasi Projek) telah merancang beberapa langkah seperti pembinaan kemudahan pengolahan enapcemar meliputi setiap daerah di Negeri Pahang . Berikut merupakan jadual yang menunjukkan tapak loji rawatan enapcemar (STP) mengikut kawasan PBT di Negeri Pahang .
Sumber : Jabatan Perkhidmatan Pembentungan Cawangan Timur, 2002 Nota : * Keperluan Loji Rawatan Enapcemar (STP) bagi Pulau Tioman akan disediakan secara berasingan dari Daerah Rompin.
4.4.1 BAGAIMANA MELAKSANAKAN
DASAR INI 1. Jabatan Perkhidmatan Pembetungan
menyediakan Kajian Tadahan Pembetungan (Sewerage Catchment Strategy) di semua Pihak Berkuasa Tempatan di Negeri Pahang bagi mengenalpasti tapak-tapak loji rawatan kumbahan atau enapcemar berpusat di samping cadangan jajaran paip pembetungan dari permis ke loji rawatan.
Kawasan PBT Mukim Luas (he.)
Majlis Perbandaran Kuantan Sg. Karang 13.5
Majlis Daerah Pekan Pekan 3.0 Majlis Daerah Rompin Pontian 4.0
Majlis Daerah Maran Chenor 3.9 Majlis Perbandaran Temerloh Jenderak 3.2 Majlis Daerah Bera Bera 2.3 Majlis Perbandaran Bentong Bentong 3.4 Majlis Daerah Raub Gali 2.5 Majlis Daerah Lipis Penjom 3.2 Majlis Daerah Jerantut Pedah 2.1 Majlis Daerah Cameron Highlands Ulu Telom 2.7 Bandar Tun Razak Keratong 2.0
JUMLAH 45.8
SISTEM PEMBETUNGAN BERPUSAT AKAN DISEDIAKAN DI KAWASAN DOMESTIK YANG BERKEPADATAN TINGGI, KAWASAN PERDAGANGAN, KAWASAN INDUSTRI DAN KAWASAN PELANCONGAN
Jadual 19 : Status Permohonan Tanah Tapak Loji Rawatan Enapcemar (STP) di Negeri Pahang
KEPERLUAN INFRASTRUKTUR DAN KEMUDAHAN SOSIAL
88 Rancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020
4.4.2 INDIKATOR MENGUKUR PELAKSANAAN DASAR
1. Semua PBT akan dilengkapi dengan tapak
loji rawatan enapcemar sepertimana Jadual 19.
4.5 DASAR IKS 4 Di Negeri Pahang, terdapat dua puluh buah tapak pelupusan sisa pepejal utama di mana hanya Majlis Perbandaran Kuantan dan Majlis Perbandaran Bentong sahaja yang menggunakan kaedah pelupusan ‘sanitary landfill’. Manakala selebihnya menggunakan kaedah ‘control tipping’ dan ‘open dumping’. Jadual 20 menunjukkan penggunaan kaedah pelupusan sisa pepejal mengikut Pihak Berkuasa Tempatan dan Peta 12 menunjukkan cadangan tapak pelupusan sisa pepejal berpusat di Negeri Pahang.
MENYEDIAKAN TAPAK PELUPUSAN SISA PEPEJAL BERPUSAT (CENTRALIZED/ REGIONAL DUMPING SITE) DENGAN KAEDAH PELUPUSAN MODEN SERTA KITAR SEMULA
Kawasan Tapak Pelupusan Sisa Pepejal
Kaedah Pelupusan
Majlis Perbandaran
Kuantan
1. Km 1, Jalan Jabor-Jerangau
Sanitary Landfill
Majlis Daerah Pekan
1. Km 9, Jalan Pekan/ Nenasi
2. Tapak Pelupusan Bandar Chini
Control Tipping
Control Tipping
Majlis Daerah Rompin
1. Lot 145, Kg. Air Antu, Tekek, Pulau Tioman
2. Kampung Feri 3. Muadzam Shah 4. Tun Abdul Razak 5. Perwira Jaya
Mini Incinerator
Open Dumping
Control Tipping Control Tipping Control Tipping
Majlis Daerah Bera
1. Kg. Chuat Open dumping
Majlis Perbandaran
Bentong
1. Sertik Control Tipping Sanitary Landfill
Majlis Daerah Maran
1. Km 3, Jalan Kuala Sentol
2. Batu 55 3. Jengka 10 4. Sri Jaya
Control Tipping
Control Tipping Control Tipping Control Tipping
Majlis Perbandaran
Temerloh
1. Ulu Tualang Control Tipping
Majlis Daerah Raub
1. Km 12, Jalan Cheroh
Control Tipping
Majlis Daerah Jerantut
1. Km 56, Jalan Jerantut-Lipis
Open Dumping
Majlis Daerah Lipis
1. Batu 5, Jalan Padang Tengku
Control Tipping
Majlis Daerah Cameron Highland
1. Blue Valley Open Dumping
Jadual 20 : Tapak Pelupusan Sampah Dan Kapasiti Sisa Pepejal Negeri Pahang
Sumber : Kajian Rancangan Struktur Negeri Pahang, 2002-2020
KEPERLUAN INFRASTRUKTUR DAN KEMUDAHAN SOSIAL
89 Rancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020
Pada masa hadapan adalah disasarkan lebih banyak pembinaan tapak pelupusan sisa pepejal dengan menggunakan kaedah ‘sanitary landfill’ dan ‘incinerator’. Ini bagi mengatasi masalah penggunaan kaedah ‘open dumping’ yang tidak diselenggara dengan sempurna dan menimbulkan pencemaran serta meningkatkan berlakunya pembakaran terbuka. Sehubungan itu, penyediaan sistem pengurusan sisa pepejal dan sisa berjadual yang berkesan akan dilaksanakan melalui penswastaan di samping menyediakan tapak pelupusan yang terancang dan mencukupi untuk menampung keperluan penduduk. Selain itu, lebih banyak ‘transfer stations’ akan dibina di kawasan yang strategik untuk pengumpulan dan penyimpanan sementara sisa toksik dan sisa berjadual.
4.5.1 BAGAIMANA MELAKSANAKAN
DASAR INI 1. Bagi membangunkan tapak pelupusan
sampah berpusat dengan kaedah pelupusan moden dan tidak mencemarkan alam sekitar, Pihak Berkuasa Tempatan
dan agensi-agensi yang terlibat perlu melaksanakan perancangan seperti berikut:
i. Mencadangkan tapak pelupusan sisa
pepejal berpusat dengan menggunakan kaedah pelupusan seperti ‘incinerator’ dan ‘sanitary landfill’ mengikut zon-zon pembangunan di Negeri Pahang;
Jadual 21 menunjukkan cadangan tapak pelupusan pepejal berpusat yang menggunakan kaedah pelupusan ‘incinerator’ dan ‘sanitary landfill’.
ii. Menyediakan sistem pungutan,
simpanan dan pelupusan yang teratur dan berjadual serta melaksanakannya dengan berkesan melalui penswastaan; dan
iii. Mendirikan pusat kitar semula dan
kemudahan pengasingan sampah di stesen pemindahan (transfer stations)
KEPERLUAN INFRASTRUKTUR DAN KEMUDAHAN SOSIAL
90 Rancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020
Jadual 21 : Cadangan Tapak Pelupusan Pepejal Berpusat Di Negeri Pahang, 2020
Zon Kawasan Liputan
Cadangan Tapak
Luas (ekar)
Kaedah Perlupusan
Zon 1 Kuantan Pekan
Rompin
Kuantan 180 S.Landfill
Zon 2 P.Tioman Kg.Tekek 70 Incinerator
Zon 3 Maran
Temerloh Bera
Temerloh 140 S.Landfill
Zon 4 Bentong
Raub Raub 140 S.Landfill
Zon 5 Lipis
Jerantut Lipis 140 S.Landfill
Zon 6 Cameron Highlands
Cameron Highlands
17 Incinerator
2. Pemilihan tapak pelupusan sisa pepejal
perlu dilakukan oleh Pihak Berkuasa Tempatan dengan mengambilkira asas-asas seperti berikut:
i. Mengenalpasti kawasan yang sesuai
untuk dijadikan tapak pelupusan selain daripada kawasan bekalan air, kawasan tadahan air, kawasan banjir, kawasan aliran air, air bawah tanah yang rendah, bertanah pawah, kawasan paya dan berlumpur serta di muara dan persisiran pantai;
ii. Tapak yang sesuai untuk pertimbangan adalah zon industri yang terdiri dari gaung dan lurah yang tidak ada kepentingan, bekas tapak lombong, bekas kolam yang digali dan bekas kawasan tali air dengan syarat memenuhi lepasan EIA;
iii. Mengambilkira aspek guna tanah sedia
ada, paras air bawah tanah dan kestabilan kecerunan. Di samping itu kesan pencemaran air bawah tanah terutama sekali pada bekalan air minuman perlu diberi perhatian;
iv. Memastikan Kempen Kitar Semula di
jalankan di setiap PBT; dan
v. Memastikan pengawalan pencemaran alam sekitar dijalankan terutama di kawasan tadahan air.
4.5.2 INDIKATOR MENGUKUR
PELAKSANAAN DASAR 1. Penyediaan tapak pelupusan sisa pepejal
berpusat yang berteknologi tinggi sepertimana Jadual 21;
Sumber : Kajian Rancangan Struktur Negeri Pahang, 2002-2020
KEPERLUAN INFRASTRUKTUR DAN KEMUDAHAN SOSIAL
91 Rancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020
92 Rancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020
2. Peratus kitar semula adalah berdasarkan garispanduan yang ditetapkan;
3. Penggunaan ‘transfer station’ dan
‘incinerator’; 4. Setiap daerah yang tidak mempunyai
tapak perlupusan sampah mengikut zon perlu menyediakan transfer station’; dan
5. Pemilihan tapak yang tidak akan
mengakibatkan pencemaran alam sekitar.
4.6 DASAR IKS 5 Perkembangan sektor pertanian dan penukaran guna tanah dari pertanian kepada tanah perindustrian, institusi, kediaman atau perdagangan secara langsung menyumbang kepada peningkatan air larian hujan dan aliran puncak menyebabkan berlakunya banjir terutama di hilir sungai. Peningkatan ini disebabkan oleh tempoh tepu air larian semakin pendek akibat peningkatan kawasan
tidak telap serta berlakunya pemendapan sungai akibat hakisan daripada aktiviti pembangunan tanah. Keadaan ini menyebabkan sungai sedia ada menjadi cetek dan perlu diselenggara serta diperlebar bagi menampung keperluan.
4.6.1 BAGAIMANA MELAKSANAKAN DASAR INI
1. Pihak pemaju perlu menggunakan Manual
Saliran Mesra Alam Malaysia (MASMA) di dalam setiap pembangunan melalui penyediaan kolam takungan (Detention pond) di semua kawasan-kawasan pembangunan;
2. Meminimumkan pembukaan hutan kepada
guna tanah lain dan pengurusan hutan secara mampan untuk mengurangkan sedimentasi sungai;
3. Mewartakan rezab sungai sebagai zon
penampan serta mengekalkan vegetasi asli di kawasan rezab sungai untuk mengurangkan risiko banjir; dan
4. Pemasangan sistem siren amaran banjir
seperti di dalam Jadual 22.
PENYEDIAAN STRUKTUR DAN SISTEM KAWALAN BANJIR SERTA APLIKASI MANUAL SALIRAN MESRA ALAM MALAYSIA DALAM SETIAP PEMBANGUNAN BAGI MENGURANGKAN RISIKO BANJIR
KEPERLUAN INFRASTRUKTUR DAN KEMUDAHAN SOSIAL
93 Rancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020
4.6.2 NDIKATOR MENGUKUR PELAKSANAAN DASAR 1. Penggunaan MASMA di dalam setiap
permohonan pembangunan tanah; 2. Perlaksanaan projek pembaikan sistem
saliran/sungai; dan 3. Semua rezab sungai telah diwartakan.
Sumber : Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Pahang, 2006
Daerah Kawasan Banjir Status
Kuantan
1. Pekan Sg. Lembing 2. Perumahan Sg. Isap Damai 3. Kampung Sg. Isap 4. Kg. Tiram 5. Kg. Bukit Rangin 6. Sg.Galing
Beroperasi Beroperasi Beroperasi Beroperasi Beroperasi Cadangan
Pekan
1. Perumahan Shahbandar 2. Taman Rekreasi JPS 3. Kg. Sg. Miang 4. Perumahan PAKR Kg. Pelangkah
Beroperasi Beroperasi Beroperasi Beroperasi
Rompin 1. Sg. Puteri 2. Kg. Rekoh 3. Kg. Paya Setajam
Baru Baru Baru
Maran 1. Kg. Chebong Beroperasi
Temerloh
1. Kg. Lanchang 2. Kg. Batu Kapor 3. Tmn. Mentakab Indah 4. Kg. Lengkong 5. Kg. Bangau Seberang
Beroperasi Beroperasi Beroperasi Beroperasi Beroperasi
Jerantut 1. Kg. Bantal 2. Kg. Pagi 3. Kg. Tanjung Bungor
Beroperasi Beroperasi Beroperasi
Bera 1. Kg. Kuala Triang 2. Kg. Paya Pagar
Beroperasi Beroperasi
Bentong
1. Bandar Bentong (Tanjung Perting)
2. Kg. Kuala Marong 3. PAKR Chamang 4. Karak
Beroperasi Beroperasi Beroperasi Beroperasi
Raub 1. Kg. Tg. Putus, Gali 2. Kg. Kuala Semantan 3. Tringkap
Beroperasi Beroperasi Beroperasi
Cameron Highlands
1. Ringlet 2. Kg. Raja 3. Tringkap
Beroperasi Beroperasi Beroperasi
Jadual 22 : Kawasan Perletakan Stesen Siren Amaran Banjir Di Negeri Pahang
KEPERLUAN INFRASTRUKTUR DAN KEMUDAHAN SOSIAL
94 Rancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020
4.7 DASAR IKS 6 Kemudahan kediaman merupakan keperluan asas yang amat penting ke arah pembentukan sesuatu komuniti yang sejahtera, selesa dan harmoni. Adalah menjadi matlamat Kerajaan Negeri untuk menyediakan unit kediaman yang mencukupi serta serba lengkap dengan segala kemudahan sosial bagi memenuhi keperluan semua lapisan masyarakat. Oleh itu, bagi merealisasi perkara tersebut, ketelitian perancangan dalam penawaran unit kediaman hendaklah sejajar dengan keperluan dan tahap kemampuan penduduk untuk memilikinya.
4.7.1 BAGAIMANA MELAKSANAKAN DASAR INI
1. Penyediaan kediaman perlu selaras
dengan pembangunan ekonomi seperti pembangunan perindustrian dan institusi pendidikan dan dilengkapi dengan kemudahan asas dan infrastruktur yang mencukupi;
2. Polisi perumahan kerajaan negeri
terhadap penyediaan perumahan kos rendah dengan kadar 30% daripada pembangunan hendaklah terus diamalkan sebagai sumbangan pihak swasta dalam menyediakan kediaman kos rendah; dan
3. Penyediaan unit kediaman menjelang
tahun 2020 adalah sepertimana di Jadual 23.
MENYEDIAKAN KEMUDAHAN KEDIAMAN YANG BERKUALITI DAN SELESA BAGI SETIAP GOLONGAN MASYARAKAT
KEPERLUAN INFRASTRUKTUR DAN KEMUDAHAN SOSIAL
95 Rancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020
Jadual 23: Unjuran Unit Kediaman Bagi Negeri Pahang Mengikut Daerah, 2002-2020.
Daerah Keperluan
Semasa Tahun 2020
2003 - 2005
2006 - 2010
2011 - 2015
2016 - 2020
Jumlah 2002 - 2020
Zon Utara Jumlah Kecil 1,490 4,305 6,847 6,109 5,632 22,893 Cameron Highlands Jerantut Lipis Raub
160
459 419 452
462
1,327 1,209 1,307
743
2,114 1,915 2,075
667
1,896 1,688 1,858
613
1,755 1,549 1,715
2,485
7,091 6,362 6,955
Zon Tengah Jumlah Kecil
3,925
11,342
20,458
21,941
21,757
75,498
Bentong Kuantan Maran Temerloh
550 1,959
614 775
1,590 5,661 1,851 2,240
2,900 10,923 3,020 3,615
3,082 12,727 2,819 3,313
3,040 12,963 2,661 3,093
10,611 42,274 10,352 12,261
Zon Selatan Jumlah Kecil
1,579
4,562
7,787
7,799
7,584
27,733
Pekan Rompin Bera
556 581 442
1,607 1,678 1,277
2,845 2,817 2,125
3,011 2,742 2,046
2,988 2,647 1,949
10,451 9,884 7,398
Jumlah Keseluruhan
6,993
20,209
35,093
35,849
34,974
126,125
Nota : Unjuran berdasarkan bilangan stok perumahan tahun berkenaan dan jumlah penduduk
4.7.2 INDIKATOR MENGUKUR
PELAKSANAAN DASAR
1. Pertambahan kepada bilangan unit kediaman sejumlah 126,125 unit dibina menjelang tahun 2020; dan
2. Penyediaan perumahan kos rendah
adalah mencukupi.
4.8 DASAR IKS 7
Taburan kediaman tradisional bagi Negeri Pahang terdapat di semua zon. Di kawasan Zon Tengah telah mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 64,706 unit atau 37.16% daripada jumlah keseluruhan kediaman tradisional (174,151 unit). Manakala di Daerah Rompin mempunyai sebanyak 25,189 unit, Daerah Maran 23,140 unit dan Daerah Bera 17,682 unit. Daerah Cameron Highlands dikenalpasti sebagai daerah paling sedikit terdapat kediaman tradisional iaitu 8,189 unit.
Isu utama yang dihadapi oleh kediaman tradisional iaitu kediaman yang tidak berpenghuni, kawasan kampung–kampung yang kurang kemudahan infrastruktur dan utiliti moden serta generasi-generasi muda skim-skim FELDA, FELCRA dan Orang Asli berhijrah ke bandar dan menetap di sana.
KEMUDAHAN KEDIAMAN DI KAMPUNG-KAMPUNG TRADISIONAL, KAWASAN PENEMPATAN FELDA DAN PERKAMPUNGAN MASYARAKAT ORANG ASLI AKAN DIPERTINGKATKAN SUPAYA MENJADI PETEMPATAN YANG MODEN DI SAMPING MENGEKALKAN CIRI-CIRI PETEMPATAN SEDIA ADA
KEPERLUAN INFRASTRUKTUR DAN KEMUDAHAN SOSIAL
96 Rancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020
Bagi menangani isu yang ini, kediaman tradisional perlulah dilengkapi dengan kemudahan infrastruktur dan utiliti yang setaraf dengan kawasan bandar.
4.8.1 BAGAIMANA MELAKSANAKAN
DASAR INI 1. Penyediaan Rancangan Tempatan
Daearah perlu mengenalpasti kawasan-kawasan desa yang berpotensi untuk dibangunkan sebagai pusat pertumbuhan serta kemudahan-kemudahan infrastruktur dan utiliti yang perlu dipertingkatkan kualitinya di setiap daerah;
2. Agensi kerajaan berkaitan perlu
mengambil tindakan-tindakan berikut:
i. Menyediakan kemudahan awam dan infrastruktur yang serba lengkap dan menyeluruh di setiap petempatan desa; dan
ii. Menjalankan program menaik taraf
kampung di petempatan-petempatan yang dikenalpasti seperti program Penyusunan Semula Kampung Orang
Asli dan program pembangunan FELDA Jaya di skim-skim FELDA (Contoh: di Mempaga).
4.8.2 INDIKATOR MENGUKUR PELAKSANAAN DASAR
1. Wujudnya petempatan desa yang
dilengkapi dengan unit kediaman yang mencukupi dan kemudahan infrastruktur yang sempurna.
4.9 DASAR IKS 8 Penyediaan perkhidmatan dan kemudahan
masyarakat seperti kemudahan kesihatan,
pendidikan, keselamatan, kawasan lapang dan
sebagainya, mestilah berkualiti, mencukupi
dan terancang dari segi taburan dan bilangan
serta berpandukan kepada piawaian-piawaian
yang bersesuaian bagi membentuk masyarakat
bandar dan desa yang harmoni dan sejahtera.
MENYEDIAKAN KEMUDAHAN MASYARAKAT YANG MENCUKUPI DAN LENGKAP BAGI MEMENUHI KEPERLUAN SEMUA LAPISAN MASYARAKAT
KEPERLUAN INFRASTRUKTUR DAN KEMUDAHAN SOSIAL
97 Rancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020
Sejajar dengan pertambahan penduduk
semasa, terdapat beberapa kemudahan
masyarakat yang perlu dipertingkatkan
keadaan fizikalnya serta ditambah
bilangannya. Antara kemudahan yang
dikenalpasti ialah kemudahan pendidikan, di
mana taburan Institusi Pengajian Tinggi ( IPT )
sama ada IPT awam dan IPT swasta hanya
tertumpu di Zon Tengah. Begitu juga dengan
kemudahan kesihatan yang disediakan oleh
pihak kerajaan perlu lebih menyeluruh pada
masa hadapan seiring dengan peningkatan
jumlah penduduk.
4.9.1 BAGAIMANA MELAKSANAKAN DASAR INI
1. Menggunapakai garispanduan kemudahan
masyarakat; 2. Menyediakan kemudahan pendidikan,
kesihatan dan keselamatan sepertimana Jadual 24;
Jadual 24 : Penyediaan Kemudahan Masyarakat 2002-2020
3. Menggalakkan penglibatan dan
sumbangan sektor swasta dalam menyediakan kemudahan (kemudahan tambahan) seperti hospital/klinik swasta dan IPTS/sekolah swasta bagi menampung pertambahan penduduk yang mempunyai pelbagai latarbelakang sosioekonomi;
4. Mewartakan kawasan lapang seluas
1757.517 hektar (sedia ada, komited dan cadangan) seperti di Jadual 25;
24 92 68 Balai Polis
Perkhidmatan Keselamatan
15 73 58 Klinik Kesihatan
2 11 9 Hospital
Kemudahan Kesihatan
26 161 135 Sek Menengah
* 324 502 Sek Rendah
Kemudahan Pendidikan
Tambahan (2020)
2020 Sedia ada (2002)
Perkara
Sumber : Kajian Rancangan Struktur Negeri Pahang, 2002-2020
KEPERLUAN INFRASTRUKTUR DAN KEMUDAHAN SOSIAL
Nota : * menunjukkan keperluan sebenar jumlah sekolah rendah menjelang tahun 2020. Bermaksud berlakunya lebihan penawaran sekolah rendah pada tahun 2020
98 Rancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020
Jadual 25: Jumlah Keseluruhan Kawasan Lapang
5. Menyediakan kemudahan-kemudahan
khusus untuk keperluan golongan warga emas, golongan orang kurang upaya (OKU), kanak-kanak dan golongan bermasalah bagi memudahkan mereka menjalani kehidupan;
6. Menyedia dan menyelenggara kemudahan
masyarakat bagi penempatan orang asli melalui Program Penempatan dan Penempatan Semula Kampung Orang Asli; dan
7. Agensi kerajaan yang berkaitan dan
Pejabat Tanah Dan Daerah akan berperanan sebagai penyelaras dan bekerjasama dengan jabatan-jabatan yang berkaitan dalam perancangan dan penyediaan kemudahan masyarakat
sepertimana dalam Pelan Tindakan Dasar Sosial Negara.
4.9.2 INDIKATOR MENGUKUR PELAKSANAAN DASAR 1. Bilangan kemudahan masyarakat yang
disediakan sejajar dengan pertambahan dan keperluan penduduk di setiap daerah;dan
2. Mempunyai kemudahan yang disediakan
untuk golongan kurang bernasib baik seperti warga emas, orang kurang upaya (OKU) dan kanak-kanak.
4.10 DASAR IKS 9
Kewujudan sumber semulajadi seperti sungai, pantai, hutan dan badan air telah menjadi sebahagian destinasi orang ramai untuk beriadah dan berehat. Malahan terdapat juga kemudahan rekreasi bagi penduduk tempatan yang menarik pelancong seperti di sepanjang persisiran pantai dari Cherating hingga ke
KEMUDAHAN REKREASI PERLU DISEDIAKAN SECUKUPNYA BAGI MENAMPUNG KEPERLUAN PENDUDUK
Perkara Luas (Hektar)
Kawasan Lapang yang diwartakan 782.20
Kawasan Lapang yang belum diwartakan 490.12
Kawasan Lapang dalam proses pewartaan 485.21
JUMLAH 1757.53
KEPERLUAN INFRASTRUKTUR DAN KEMUDAHAN SOSIAL
Sumber : Kajian Rancangan Struktur Negeri Pahang, 2002-2020
99 Rancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020
Teluk Cempedak. Penyediaan kemudahan rekreasi yang melibatkan alam semulajadi perlulah dirancang dan dibangunkan secara berhati-hati. (Taburan kawasan rekreasi berasaskan sumber alam semula jadi di Negeri Pahang adalah seperti diJadual 26). Kawasan rekreasi yang bersumberkan alam semulajadi, taman bandar dan taman wilayah merupakan antara elemen kemudahan rekreasi yang disediakan oleh PBT untuk dinikmati oleh penduduk di kawasan berkenaan. Penyediaan kemudahan-kemudahan rekreasi semasa di Negeri Pahang terutamanya di kawasan-kawasan pusat bandar/pusat daerah masih perlu dipertingkatkan.
Jadual 26: Taburan Kawasan Rekreasi Berasaskan Sumber Alam Semulajadi, Mengikut Daerah, Negeri Pahang
Daerah Nama Kawasan Rekreasi
Zon Utara Cameron Highlands 1. Gua Penelope
2. Gua Cecil 3. Batu Gangan 4. Hutan Simpan Hulu Icat 5. Gunung Brinchang 6. Gunung Berembun 7. Gunung Perdah 8. Robinson Falls 9. Tasik Ringlet
Jerantut 1. Taman Kompleks 2. Gua Kota Gelanggi 3. Taman Negara
Lipis 1. Taman Rimba Kenong 2. Taman Negara Relau
Raub 1. Bukit Fraser 2. Jeram Besu
Zon Tengah Bentong 1. Janda Baik
2. Hutan Lipur Lentang 3. Hutan Lipur Chamang 4. Hutan Lipur Bentong 5. Kolam Air Panas Bentong
Kuantan 1. Pantai Chendor 2. Pantai Beserah 3. Pantai Balok 4. Gua Charas 5. Air Terjun Sungai Pandan 6. Pantai Cherating 7. Pantai Teluk Chempedak 8. Taman Pertanian Jubli Perak
Temerloh 1. Taman Bandar Chatin 2. Taman Temerloh
Maran 1. Hutan Lipur Teladas 2. Hutan Lipur Paya Pasir 3. Tasik Maran
Zon Selatan Pekan 1. Tasik Chini
2. Sungai Miang 3. Air Leleh
Bera 1. Tasik Bera 2. Hutan Rekreasi Bukit Bertangga 3. Sungai Pahang
Rompin 1. Sungai Jeram 2. Hutan Simpan Bukit Ibam 3. Tasik Biru Bukit Ibam 4. Bukit Ridan 5. Air terjun Harimau Berjemur 6. Pantai Rantau Panjang-Lanjut 7. Pulau Tioman
KEPERLUAN INFRASTRUKTUR DAN KEMUDAHAN SOSIAL
Sumber : Kajian Rancangan Struktur Negeri Pahang, 2002-2020
100 Rancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020
4.10.1 BAGAIMANA MELAKSANAKAN DASAR INI
1. PBT hendaklah menyediakan inventori
kawasan lapang di kawasannya; 2. Menyediakan kawasan lapang bagi setiap
pembangunan perumahan berdasarkan kepada piawaian 10 peratus daripada kawasan yang dibangunkan;
3. Kawasan lapang diwartakan oleh PBT
supaya ianya tidak digunakan untuk pembangunan lain; dan
4. Membangunkan kawasan rekreasi seperti
Taman Bandar dan Taman Wilayah seiring dengan garispanduan piawaian perancangan dan keperluan penduduk tempatan.
4.10.2 INDIKATOR MENGUKUR PELAKSANAAN DASAR
1. Penyediaan kawasan tanah lapang, Taman
Bandar dan Taman Wilayah adalah mencukupi berdasarkan kepada hierarki bandar dan jumlah penduduk.
4.11 DASAR IKS 10 Hampir keseluruhan daerah-daerah di Negeri Pahang telah dilengkapi dengan pelbagai kemudahan sukan. Namun begitu, kemudahan infrastruktur sukan yang disediakan didapati tidak seimbang di antara setiap daerah. Pada masa ini, penyediaan kemudahan sukan adalah tertumpu di pusat-pusat daerah terutamanya di Bandar Kuantan. Ini selaras dengan fungsi Bandar Kuantan itu sendiri sebagai Pusat Wilayah dan Ibu Negeri. Bagi pusat daerah yang lain, kemudahan-kemudahan sukan yang disediakan lebih menjurus kepada keperluan dan kegunaan penduduk tampungan sahaja. Bagi perancangan jangkamasa panjang, pelbagai hierarki kemudahan dan infrastruktur sukan akan dibangunkan selari dengan pertambahan jumlah penduduk. Merujuk kepada piawaian perancangan dan keperluan kemudahan yang perlu ada untuk disesuaikan dengan fungsi pusat perbandaran, dijangkakan menjelang tahun 2020 semua daerah memiliki
PEMBANGUNAN KEMUDAHAN SUKAN AKAN TERUS DIGALAKKAN DI SETIAP DAERAH UNTUK MEMAJUKAN SUKAN DI PERINGKAT NEGERI
KEPERLUAN INFRASTRUKTUR DAN KEMUDAHAN SOSIAL
101 Rancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020
kemudahan sukan yang serba lengkap sesuai dengan hierarki sesebuah petempatan. 4.11.1 BAGAIMANA MELAKSANAKAN
DASAR INI
1. Menyediakan kemudahan sukan sepertimana diJadual 27; dan
2. Mengadakan usaha sama dengan pihak
swasta di dalam penyediaan kemudahan sukan di Negeri Pahang.
4.11.2 INDIKATOR MENGUKUR PELAKSANAAN DASAR
1. Kemudahan sukan telah disediakan
sepertimana Jadual 27 menjelang 2020.
Jadual 27 : Unjuran Keperluan Kemudahan Sukan Mengikut Daerah 2020
Daerah KS S MS MKS
Bentong Bentong
-
-
-
1
Cameron Highlands
Tanah Rata
1
-
1
1
Jerantut Jerantut
1
-
-
-
Kuantan Bandar Kuantan
-
-
1
-
Lipis Kuala Lipis
1
-
1
-
Pekan Bandar Pekan
1
1
-
-
Raub Raub
1
-
1
-
Temerloh Bandar Temerloh Bandar Mentakab Kuala Krau
1 1 -
- - -
1 - -
- - 1
Rompin Kuala Rompin Tun Abdul Razak Muadzam Shah
1 - -
1 - -
- - -
- 1 1
Maran Maran Jengka
1 -
- -
- -
- 1
Bera Kerayong
1
-
1
-
Jumlah 10 2 6 5
Nota :
KS - Kompleks Sukan S – Stadium MS – Mini Stadium MKS – Mini Kompleks Sukan Sumber : Kajian Rancangan Struktur Negeri Pahang, 2002-2020
KEPERLUAN INFRASTRUKTUR DAN KEMUDAHAN SOSIAL
102 Rancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020
4.11 PENUTUP
Secara keseluruhannya, dasar-dasar ini telah memberi tumpuan kepada usaha menyediakan kemudahan masyarakat, infrastruktur, utiliti, rekreasi dan sukan bagi mewujudkan keselesaan dan kesejahteraan rakyat Negeri Pahang menjelang 2020.
KEPERLUAN INFRASTRUKTUR DAN KEMUDAHAN SOSIAL
103 Rancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020
5.1 PENGENALAN Dasar-dasar dan cadangan-cadangan guna tanah yang digubal di dalam RSNPhg ini akan disertai dengan Rangka Kerja Perancangan Guna Tanah Negeri Pahang 2020 (sila lihat Peta 14). Pelan ini menunjukkan secara indikatif cadangan-cadangan strategik penggunaan tanah dan tren pembangunan negeri pada tahun 2020. Ianya hendaklah dibaca bersekali dengan dasar-dasar yang berkaitan sebagai panduan di dalam proses membuat keputusan ke atas cadangan-cadangan perancangan pembangunan di negeri ini.
5.2 ASAS PEMBENTUKAN RANGKA KERJA PERANCANGAN GUNA TANAH
Secara ringkasnya terdapat 5 asas pertimbangan dalam pembentukan Rangka Kerja Pembangunan Guna Tanah Negeri Pahang 2020 iaitu:
i. Strategi Pembangunan Negeri; ii. Zon Pembangunan; iii. Hierarki Petempatan;
iv. Rangkaian Perhubungan; dan v. Keadaan fizikal.
i. Strategi Pembangunan Negeri Strategi pembangunan Negeri Pahang akan memberi tumpuan kepada 3 sektor utama iaitu pertanian, perkhidmatan (pelancongan) dan perindustrian. Strategi ”tri-focus” ini akan dicapai melalui langkah-langkah yang telah dihuraikan di dalam bab 1.
ii. Zon Pembangunan Terdapat 3 zon pembangunan utama bagi Negeri Pahang. Ia terdiri daripada zon pembangunan utara, tengah dan selatan. Pembangunan antara zon adalah berbeza-beza berdasarkan kepada keadaan topografi dan kemudah sampaian kawasan berkenaan. iii. Hierarki Petempatan Hierarki petempatan adalah merupakan asas-asas penting dalam menentukan pembangunan guna tanah menjelang tahun 2020. Jaringan pusat-pusat petempatan ini telah ditentukan berdasarkan kepada fungsi sepertimana dalam Rancangan Fizikal Negara, koridor pembangunan dan dasar-dasar sektor negeri.
BAB 5 : RANGKA KERJA PERANCANGAN GUNA TANAH NEGERI
104 Rancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020
iv. Rangkaian Perhubungan Rangkaian perhubungan ini meliputi cadangan pembangunan jalanraya dan keretapi. Rangkaian perhubungan juga akan menentukan corak guna tanah negeri. v. Keadaan fizikal Keadaan fizikal akan menjadi asas penting dalam menentukan pembangunan guna tanah negeri. Di antara fizikal utama yang diambil kira di dalam pembentukan pelan ini adalah keadaan topografi, kawasan hutan dan lembangan sungai.
5.3 GUNA TANAH SEMASA Kawasan perhutanan merupakan guna tanah terbesar Negeri Pahang pada tahun 2002 iaitu 2,025,203.66 hektar atau merangkumi 56.31 peratus daripada jumlah keluasan negeri. Manakala guna tanah kedua terbesar adalah pertanian dengan keluasan 1,216,984 hektar atau 33.84 peratus daripada keluasan negeri. Guna tanah bagi kawasan tepu bina pula adalah hanya 128,843.03 hektar atau 3.58 peratus daripada keluasan negeri. Adalah
dijangka kawasan tepu bina ini akan meningkat ke paras 4.27 peratus daripada keluasan negeri menjelang tahun 2020 berikutan cadangan mewujudkan Konurbasi Kuantan dan Konurbasi Temerloh-Mentakab menjelang tahun 2020. Daripada analisis guna tanah tahun 2002, jelas menunjukkan bahawa guna tanah negeri didominasi oleh guna tanah perhutanan dan pertanian. Keadaan ini menunjukkan tahap perbandaran masih lagi rendah dan tertumpu di ibu negeri dan pusat pentadbiran daerah.
5.4 RANGKA KERJA PERANCANGAN GUNA TANAH NEGERI PAHANG 2020
Berdasarkan kajian adalah dijangkakan pada tahun 2020 kawasan perhutanan masih merupakan guna tanah terbesar bagi Negeri Pahang iaitu 1,967,646.61 juta hektar (54.71 peratus) berbanding guna tanah yang lain. Manakala guna tanah kedua terbesar adalah kawasan pertanian iaitu seluas 1,235,482.16 juta hektar (34.35 peratus) daripada keluasan keseluruhan negeri. Keadaan ini sekaligus menunjukkan Negeri Pahang mempunyai kelebihan untuk memajukan sektor pertanian
RANGKA KERJA PERANCANGAN GUNA TANAH NEGERI
105 Rancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020
bagi menyumbang ke arah peningkatan pendapatan negeri dan peluang pekerjaan kepada penduduk. Jumlah kawasan tepu bina pula hanya meliputi 4.27 peratus iaitu 153,659.05 hektar sahaja daripada keluasan negeri seperti di Jadual 28 dan Peta 13. Jadual 28 : Guna Tanah Negeri Pahang Tahun
2002 Dan 2020
Guna tanah Keluasan
Tahun 2002 (hektar)
% Keluasan
Tahun 2020 (hektar)
%
Kawasan Pertanian
1,216,984.00 33.84 1,235,482.16 34.35
Kawasan Perhutanan
2,025,203.66 56.31 1,967,646.61 54.71
Kawasan Tepu Bina
128,843.03 3.58 153,659.05 4.27
Infrastruktur dan Lalulintas
180,013.34 5.00 194,256.21 5.40
Kawasan Rizab Badan Air
32,064.90 0.89 32,064.90 0.89
Kawasan Perlombongan
13,476.07 0.38 13,476.07 0.38
JUMLAH 3,596,585.00 100.00 3,596,585.00 100.00
Sumber : Kajian Rancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020
5.4.1 Kawasan Perhutanan Negeri Pahang akan mempunyai kawasan perhutanan seluas 1,967,646.61 hektar yang merupakan guna tanah terbesar iaitu sejumlah 54.71 peratus daripada keluasan negeri menjelang tahun 2020. Ianya merangkumi keseluruhan kawasan hutan termasuk hutan simpan kekal serta Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS) yang akan di zon di dalam kawasan pengekalan dan pemeliharaan di mana sebarang jenis aktiviti pembangunan dan pertanian tidak akan dibenarkan di zon ini. Terdapat pengurangan keluasan dalam kawasan perhutanan ini setelah mengambilkira pembukaan kawasan-kawasan untuk aktiviti pertanian di luar kawasan hutan simpan kekal khususnya di kawasan tanah kerajaan yang berhutan. Namun begitu, aspek pemeliharaan alam sekitar akan diberi perhatian serius untuk memastikan pembangunan yang di kawasan yang berhutan ini dapat dijalankan dengan mampan dan kawasan hutan simpan kekal tetap akan terpelihara dengan keluasannya tidak berubah sehingga tahun 2020.
RANGKA KERJA PERANCANGAN GUNA TANAH NEGERI
106 Rancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020
5.4.2 Kawasan Pertanian Kawasan pertanian adalah merupakan guna tanah kedua terbesar di Negeri Pahang menjelang tahun 2020. Berdasarkan analisis kesesuaian tanah pembangunan pertanian, Negeri Pahang akan mempunyai 1,235,482.16 hektar (34.35 peratus) kawasan pertanian menjelang tahun 2020. Guna tanah ini mengalami pertambahan keluasan sebanyak 18,498.16 hektar berbanding pada tahun 2002. Sehingga tahun 2020, Zon Pembangunan Utara akan ditumpukan kepada aktiviti penanaman tanaman komoditi kelapa sawit dan getah di skim-skim tanah rancangan FELDA. Bagi aktiviti penanaman sayur-sayuran dan buah-buahan akan ditumpukan di Daerah Cameron Highlands manakala di Daerah Raub dan Jerantut akan diberi penekanan kepada aktiviti pengeluaran herba, hasil akuakultur serta ikan hiasan. Zon Pembangunan Tengah akan menumpukan sejumlah besar aktiviti pertaniannya kepada tanaman komoditi kelapa sawit dan getah. Di samping itu aktiviti ternakan lembu daging, ayam serta pendaratan hasil marin akan bertumpu di Daerah Kuantan manakala ternakan akuakultur di Daerah Temerloh.
Zon Pembangunan Selatan yang merupakan kawasan pertanian terbesar menjelang tahun 2020 akan lebih menumpukan kepada tanaman komoditi di mana 96 peratus daripada keluasan kawasan pertanian akan diliputi tanaman kelapa sawit dan getah di sekitar skim-skim rancangan tanah FELDA di Daerah Bera dan Rompin. Sementara itu Daerah Pekan akan dipertingkatkan aktiviti pengeluaran udang galah manakala udang harimau di Daerah Rompin. Selain tumpuan kepada aktiviti pertanian, projek-projek infrastruktur untuk pemasaran hasil akan diberi keutamaan menjelang tahun 2020. Antaranya adalah Taman Industri Makanan dan Pasar Borong Tani di Daerah Kuantan, Temerloh dan Bentong serta pemodenan dan pembesaran jeti pendaratan ikan LKIM di Daerah Kuantan, Kuala Pahang serta Nenasi di Pekan dan di Kuala Rompin , Rompin. Di samping itu pusat-pusat pemasaran hasil ternakan juga akan dibangunkan di Jengka (Maran) dan Selancar (Rompin) manakala Terminal Makanan Negara (TEMAN) akan diwujudkan di Daerah Temerloh.
RANGKA KERJA PERANCANGAN GUNA TANAH NEGERI
107 Rancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020
5.4.3 Kawasan Tepu Bina Kawasan perbandaran / tepu bina merangkumi aktiviti-aktiviti pembangunan perumahan, perniagaan, perindustrian, rekreasi dan tanah lapang, institusi dan kemudahan masyarakat serta kawasan pelancongan. Menjelang tahun 2020, Negeri Pahang akan mempunyai sejumlah 153,659.05 hektar iaitu 4.27 peratus daripada keluasan negeri. Pembangunan perbandaran / kawasan tepu bina ini akan tertumpu dan ditentukan oleh hierarki petempatan yang telah ditetapkan iaitu seperti berikut: Pusat Wilayah Negeri :
i. Bandar Kuantan Pusat Separa Wilayah :
i. Temerloh-Mentakab; ii. Bandar Bentong; iii. Muadzam Shah; iv. Kuala Rompin;dan v. Kuala Lipis.
Pusat Petempatan Utama :
i. Bandar Raub; ii. Bandar Jerantut; iii. Bandar Bera; iv. Bandar Pekan;
v. Bandar Maran; vi. Tanah Rata / Brinchang; vii. Bandar Tun Razak; viii. Bandar Pusat Jengka; dan ix. Tanjung Gemok.
Kawasan ini akan mengalami pertambahan sebanyak 24,816.02 hektar berbanding keluasan pada tahun 2002. Antara faktor yang menyumbang kepada penambahan keluasan adalah kewujudan Konurbasi Kuantan yang merangkumi kawasan perbandaran dari Bandar Chukai di sebelah utara hingga ke Pekan di sebelah selatan. Kewujudan konurbasi ini memerlukan tambahan keluasan tepu bina bagi menampung aktiviti-aktiviti pembangunan yang dijangka bertambah menjelang tahun 2020. Di samping itu, kewujudan Konurbasi Temerloh-Mentakab sebagai sokongan kepada Konurbasi Kuantan akan merancakkan lagi pembangunan di kawasan tersebut dan sekali gus akan meningkatkan pertambahan keluasan kawasan tepu bina di Negeri Pahang pada tahun 2020.
RANGKA KERJA PERANCANGAN GUNA TANAH NEGERI
108 Rancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020
5.4.4 Infrastruktur dan Pengangkutan Penyediaan kemudahan infrastruktur turut dititikberatkan dalam pembentukan pelan rangka kerja ini sebagai sokongan kepada pembangunan fizikal dan ekonomi negeri. Antaranya adalah cadangan naiktaraf Lapangan Terbang Sultan Haji Ahmad Shah, di Kuantan, cadangan stesen transit keretapi berkelajuan tinggi di Temerloh, Kuantan dan Rompin, naiktaraf Pelabuhan Kuantan serta jeti-jeti pendaratan hasil laut utama. Selain itu, rangkaian jalan sedia ada, cadangan jalan baru serta naik taraf dan cadangan laluan keretapi berkelajuan tinggi turut ditunjukkan dalam Rangka Kerja Perancangan Guna Tanah Negeri ini. Cadangan laluan keretapi berkelajuan tinggi dari Lembah Klang – Temerloh - Kuantan dan dari Johor Bharu – Kuantan - Kota Bharu akan menjadi pemangkin kepada pembangunan zon tengah dan kawasan persisiran pantai selatan negeri.
Kawasan-kawasan ini akan menjadi koridor pembangunan strategik negeri. Kawasan yang diliputi termasuklah konurbasi Kuantan dan Temerloh-Mentakab. Cadangan pembinaan laluan paip gas Kuantan – Lembah klang turut ditunjukkan.
5.5 PENUTUP Rangka Kerja Perancangan Guna Tanah Negeri ini boleh dijadikan asas dalam perancangan pembangunan diperingkat makro dan ianya akan diperincikan melalui Rancangan Tempatan Daerah ( RTD ).
RANGKA KERJA PERANCANGAN GUNA TANAH NEGERI
109 Rancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020
110 Rancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020
111 Rancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020
6.1 PENGENALAN
Keupayaan sistem penyampaian pelbagai agensi pembangunan di Negeri Pahang akan menentukan keberkesanan dan kejayaan pelaksanaan Rancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020. Semua agensi pelaksana utama perlu mempunyai struktur organisasi yang cekap, pengurusan yang mantap serta sumber kewangan yang mencukupi. Penyelarasan dan kerjasama antara agensi sebagai jentera pelaksana juga amat diperlukan bagi memastikan semua dasar yang digubal dapat dilaksanakan.
6.2 MEKANISME PELAKSANAAN DASAR 6.2.1 Struktur Pelaksanaan dan Kajian
Semula RSN a. Jawatankuasa Perancang Negeri
Jawatankuasa Perancang Negeri (JPN) ditubuhkan mengikut kehendak-kehendak Seksyen 4, Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172). Di antara tugasnya adalah menggalakkan pembangunan dan menasihatkan Kerajaan Negeri mengenai
perkara-perkara yang berkaitan dengan bidang perancangan iaitu pemeliharaan, penggunaan dan pemajuan tanah. Keahlian JPN Pahang adalah seperti berikut: i. Menteri Besar - Pengerusi; ii. Timbalan Menteri Besar - Timbalan
Pengerusi; iii. Tiga Ahli MMKN – Ahli; iv. Setiausaha Kerajaan Negeri - Ahli; v. Pengarah UPEN Pahang – Ahli; vi. Pengarah JKR Negeri Pahang – Ahli; vii. Pengarah PTG Negeri Pahang – Ahli; viii. Penasihat Undang-undang Negeri – Ahli; ix. Pegawai Kewangan Negeri – Ahli; x. Pegawai Pembangunan Negeri – Ahli; xi. Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri –
Ahli; xii. Pengarah Mineral dan Geosains Negeri –
Ahli; dan xiii. Pengarah JPBD Negeri Pahang –
Setiausaha. Selain daripada keahlian sedia ada, dicadangkan, keahlian JPN Pahang ditambah dengan memasukkan ahli-ahli berikut:- i. Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri; dan ii. Pengarah Jabatan Pertanian Negeri.
BAB 6 : MEKANISME PELAKSANAAN DAN PEMANTAUAN DASAR
112 Rancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020
Berdasarkan kepada Akta 172, fungsi-fungsi JPN ini adalah seperti berikut:
i. JPN bertanggungjawab mengawal selia, mengawal, merancang dan menyelaras
semua aktiviti pemajuan pembangunan tanah di dalam negeri;
ii. JPN diberi kuasa untuk meluluskan Draf
Rancangan Tempatan yang dahulunya diluluskan oleh Pihak Berkuasa Tempatan;
iii. Setiap jabatan Kerajaan Persekutuan mahupun Kerajaan Negeri diwajibkan berunding dengan JPN mengenai cadangan aktiviti pemajuan di dalam negeri;
iv. JPN juga boleh memberi arahan kepada
Pihak Berkuasa Perancang Tempatan atas permohonan untuk kebenaran merancang; dan
v. JPN juga harus merujuk kepada Majlis
Perancang Fizikal Negara (MPFN) atas permohonan perancangan di bawah Sub Seksyen 22(2A) Akta 172 iaitu:
a. Pembangunan bandar baru yang melebihi 10,000 penduduk atau meliputi kawasan melebihi 100 hektar;
b. Pembinaan infrastruktur atau
kemudahan utama seperti lapangan terbang, lebuhraya, empangan dan stesen janakuasa utama dan tapak pembuangan sisa toksik; dan
c. Pemajuan yang melibatkan puncak
atau lereng bukit dalam kawasan yang ditetapkan sebagai Kawasan Sensitif Alam Sekitar dalam Rancangan Pemajuan.
b. Jabatan Perancangan Bandar dan Desa
(JPBD)
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (JPBD) Negeri Pahang telah diberi kuasa oleh Kerajaan Negeri untuk memberi khidmat nasihat berkaitan dengan perancangan fizikal, mengurus dan melaksanakan Akta Perancangan Bandar dan Desa, 1976 serta menjalankan apa-apa jua perancangan yang boleh digunakan sebagai panduan oleh Kerajaan Negeri Pahang. Antara tanggungjawab dan kuasa yang diberikan adalah seperti berikut:
MEKANISME PELAKSANAAN DAN PEMANTAUAN DASAR
113 Rancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020
i. Pengarah JPBD sebagai setiausaha kepada Mesyuarat JPN;
ii. Menasihatkan Kerajaan Negeri samada
dengan daya usahanya sendiri atau pada menyahut permintaan Kerajaan Negeri mengenai perkara-perkara yang berkenaan dengan pemeliharaan, penggunaan dan pemajuan tanah;
iii. Mengusaha, membantu dan
menggalakkan pemungutan, penyelenggaraan dan penyiaran perangkaan, buletin dan monograf dan lain-lain siaran yang berhubung dengan perancangan bandar dan desa serta metodologinya; dan
iv. Bertanggungjawab sebagai Pihak Berkuasa
Perancang Tempatan (PBPT) bagi semua kawasan yang tidak menjadi sebahagian daripada mana-mana PBPT;
a. Mengawal selia, mengawal dan
merancang pemajuan dan penggunaan semua tanah dan bangunan dalam kawasannya termasuk kebenaran merancang, permohonan pecah sempadan, ubah syarat dan sebagainya; dan
b. Melaksana lain-lain tugas yang ditetapkan oleh PBN atau Jawatankuasa Perancangan Negeri.
c. Jawatankuasa Rancangan Pemajuan Negeri Pahang (JRPNP)
Jawatankuasa Rancangan Pemajuan Negeri Pahang (JRPNP) ditubuhkan sebagai jawatankuasa kecil kepada JPN dan boleh bertindak sebagaimana kuasa yang ada pada JPN. Keahlian JRPNP adalah seperti berikut: i. Setiausaha Kerajaan Negeri –Pengerusi; ii. Pengarah UPEN - Timbalan Pengerusi; iii. Yang Di Pertua Semua PBT - Ahli; iv. Pegawai-pegawai Daerah – Ahli; v. Pengarah PTG Negeri - Ahli vi. Pengarah JPBD Negeri Pahang -
Setiausaha; dan vii. Jabatan-jabatan teknikal lain akan
dijemput sekiranya terdapat perkara yang melibatkan jabatan berkenaan.
Fungsi JRPNP adalah seperti berikut:- i. Memantau pelaksanaan dasar, program
dan projek-projek yang dicadang oleh RSN;
ii. Memaklum kepada JPN mengenai pembangunan yang menyimpang daripada
MEKANISME PELAKSANAAN DAN PEMANTAUAN DASAR
114 Rancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020
dasar strategi dan perancangan RSN Pahang, dan melapor mengenai pelaksanaan dan pencapaiannya;
iii. Memantau cadangan aktiviti yang
melibatkan kawasan persempadanan samada di peringkat PBT/PBPT dan negeri;
iv. Menyedia laporan secara berkala mengenai
pelaksanaan dan pencapaian RSN serta isu-isu dan masalah yang berkaitan kepada jawatankuasa-jawatankuasa peringkat negeri, atau apabila diperlukan;
v. Menyebar maklumat yang bersesuaian
mengenai RSN dan lain-lain Rancangan Pemajuan kepada semua agensi kerajaan dan badan-badan bukan kerajaan yang berkenaan termasuk kepada masyarakat awam;
vi. Memantau dan mengkaji semula semua
aspek RSN Pahang dan lain-lain Rancangan Pemajuan;
vii. Menyelaras kerja, perundingan dan
pelaksanaan RSN Pahang dan lain-lain Rancangan Pemajuan; dan
viii. Menyelaras dan mengawasi lain-lain kajian yang berkaitan dengan RSN Pahang.
JRPNP akan bermesyuarat sekurang-kurangnya 3 kali setahun. Manakala setiap agensi pelaksana hendaklah memberi laporan bulanan mereka kepada sekretariat JRPNP berkaitan pencapaian dan isu-isu yang berkaitan dengan pelaksanaan RSN Pahang dan lain-lain Rancangan Pemajuan. Selain itu JRPNP juga bertanggungjawab kepada lain-lain Rancangan Pemajuan seperti Rancangan Tempatan Daerah. d. Jawatankuasa Pemantauan Rancangan
Pemajuan (JPRP-PBPT)
Jawatankuasa ini akan ditubuhkan untuk memantau semua Rancangan Pemajuan di setiap PBPT. Keahlian jawatankuasa ini adalah seperti berikut:
i. Datuk Bandar atau Yang Di Pertua
PBT – Pengerusi; ii. Pegawai Daerah;
MEKANISME PELAKSANAAN DAN PEMANTAUAN DASAR
115 Rancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020
iii. Semua ketua-ketua jabatan/agensi daerah – Ahli; dan
iv. Jabatan/Bahagian bidang perancangan di setiap PBPT
Fungsi JPRP-PBPT adalah seperti berikut :-
i. Menyelesaikan isu-isu sektoral dan perancangan yang masih tertangguh di peringkat PBPT;
ii. Memberi input kepada kerja-kerja
perancangan yang sedang dilaksanakan di peringkat PBPT;
iii. Menggalak pembangunan di kawasan
berpotensi yang dikenalpasti oleh Rancangan Pemajuan;
iv. Membantu JRPNP menyelesaikan isu-isu
wilayah atau lain-lain perkara yang dirujuk oleh PBPT atau mana-mana agensi kepada JRPNP; dan
v. Menyedia laporan kemajuan secara
berkala kepada JRPNP berkenaan semua perkara yang berkaitan dengan pelaksanaan RSN Pahang.
6.2.2 Program-program Pelaksanaan (utama)
a. Pelaksanaan Dasar-Dasar RSN Dasar-dasar RSN yang terkandung di dalam bab 2, 3 dan 4 meliputi pelbagai aspek fizikal, ekonomi dan sosial yang terdapat di Negeri Pahang. Agensi-agensi pelaksana yang berkenaan perlu menyediakan program-program dan projek-projek pembangunan yang bersesuaian serta peruntukan kewangan yang mencukupi. Program-program dan projek-projek pembangunan yang seiring dengan dasar-dasar RSN akan diluluskan dalam Rancangan Pembangunan 5 Tahun Negeri.
b. Penyediaan Rancangan Tempatan dan
Rancangan Kawasan Khas
Pihak Berkuasa Perancang Tempatan hendaklah menyediakan Rancangan Tempatan (RT) bagi seluruh kawasannya setelah Rancangan Struktur diwartakan. Pihak JPN juga boleh mengarahkan mana-mana PBPT untuk menyediakan Rancangan Tempatan sebelum atau setelah Rancangan Struktur dikuatkuasakan. Penyediaan RT adalah penyediaan yang amat berkesan untuk melaksanakan dasar-dasar RSN.
Urusetia
MEKANISME PELAKSANAAN DAN PEMANTAUAN DASAR
116 Rancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020
Selain daripada RT, Pengarah Perancang Negeri atau PBT yang berkenaan boleh, atas usahanya sendiri atau atas arahan JPN, menyediakan Rancangan Kawasan Khas (RKK). Penyediaan RKK ini merupakan salah satu cara untuk mengatasi masalah-masalah kritikal yang memerlukan tindakan segera bagi sesuatu kawasan. 6.2.3 Kawalan perancangan a. Pengawalan Perancangan Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 melarang sesiapa selain daripada PBPT untuk menjalankan apa jua pemajuan tanpa kebenaran merancang. JPN juga diberi mandat bagi mengawal aktiviti pemajuan negeri dan boleh memberi arahan berkaitan pengawalan perancangan kepada PBPT di mana pemajuan berkenaan tidak boleh menyalahi arahan tersebut. Untuk mencapai penyelarasan dalam perancangan, permohonan kelulusan pemajuan yang kritikal/utama perlu mendapat perakuan JPN sebelum kebenaran merancang dikeluarkan oleh PBPT. Jenis-jenis pemajuan yang dimaksudkan di atas ialah:-
i. Perkara-perkara yang terkandung dalam
Sek. 22(2A) Akta 172 yang memerlukan nasihat daripada MPFN:-
a. Pembangunan melebihi 100 hektar atau
pembangunan yang menampung penduduk melebihi 10,000 orang;
b. Pembinaan infrastruktur dan
kemudahan utama seperti lapangan terbang, pelabuhan laut, landasan kereta api, lebuh raya, pembinaan empangan, stesen janakuasa utama dan tapak pembuangan sisa toksik; dan
c. Semua pemajuan yang melibatkan
puncak atau lereng bukit dalam KSAS yang dinyatakan dalam Rancangan Pemajuan.
ii. Semua projek-projek kerajaan perlu
menepati kehendak Sek. 20A Akta 172 di mana setiap jabatan Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan adalah diwajibkan berunding terlebih dahulu dengan JPN tentang aktiviti pemajuan yang hendak dijalankan; dan
MEKANISME PELAKSANAAN DAN PEMANTAUAN DASAR
117 Rancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020
iii. Projek-projek strategik lain mengikut arahan Pihak Berkuasa Negeri (PBN).
b. Penggunaan RSN Dalam Proses
Pembangunan RSN merupakan satu dokumen yang diwartakan (seperti yang termaktub di dalam Akta 172) yang mengandungi cadangan dan dasar PBN mengenai pemajuan dan penggunaan tanah negeri. Semua pihak termasuk agensi kerajaan dan orang awam perlu mematuhi dan melaksanakan dasar-dasar dan cadangan yang terkandung di dalamnya. Penglibatan orang awam adalah penting dalam proses penyediaan Rancangan Struktur. Orang awam boleh memberi pandangan ke atas Laporan Pemeriksaan dan memberi maklumbalas/bantahan terhadap dasar-dasar yang terkandung dalam Draf Rancangan Struktur Negeri. Pihak swasta, Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan badan-badan ikhtisas juga boleh memberi pandangan mereka semasa publisiti dijalankan melalui Jawatankuasa Rancangan Pemajuan Negeri Pahang (JRPNP) atau Jawatankuasa Pemantauan Rancangan Pemajuan (JPRP–PBT).
6.3 MEKANISME PEMANTAUAN DASAR Sistem pemantauan menyediakan satu rangka kerja untuk kesinambungan proses penilaian dan juga keputusan berkenaan dengan kajian semula Rancangan Struktur. Setiap indikator pembangunan akan dikaji, disemak dan diperiksa untuk memastikan segala dasar perancangan menepati wawasan Kerajaan Negeri dan aspirasi rakyat.
6.3.1 Pemantauan Pelaksanaan dan Kajian
Semula RSN
Pemantauan pelaksanaan RSN Pahang dibuat oleh JPBD Negeri secara berterusan. Di antara aspek-aspek yang perlu dipantau ialah:
i. Pengawalan perancangan oleh PBPT
a. Proses pemantauan ini boleh dijalankan dengan menggunakan sistem maklumat geografi iaitu RSN – Geography Information System (GIS); dan
b. PBPT juga dikehendaki
mengemukakan laporan mengenai kelulusan kebenaran merancang yang
MEKANISME PELAKSANAAN DAN PEMANTAUAN DASAR
118 Rancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020
diberi kepada JPBD untuk tujuan pemantauan.
ii. Urusan tanah oleh PTD
Maklumat urusan tanah terutama yang melibatkan tukar syarat guna tanah, permohonan serah balik dan kurnia semula, pemberimilikan tanah kerajaan untuk pembangunan dan pecah sempadan perlu disediakan secara berkala dan dihantar ke JPBD untuk tujuan pemantauan.
iii. Perancangan projek oleh UPEN dan
agensi Kerajaan
Maklumat perancangan projek oleh UPEN dan agensi kerajaan perlu sentiasa dimaklumkan kepada JPBD. Ini untuk memudahkan JPBD membuat penyelarasan dengan RSN.
iv. Aspek aduan awam
Maklumat aduan orang ramai adalah penting untuk menilai keberkesanan perancangan bandar dan desa.
6.3.2 Pemantauan Guna Tanah melalui Sistem Maklumat Geografi (RSN-GIS)
Pemantauan guna tanah akan dibuat melalui Sistem Maklumat Rancangan Struktur Negeri (RSN-GIS) yang akan diurus oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri. Satu Sistem Maklumat Rancangan Pemajuan perlu ditubuhkan untuk menyokong keseluruhan proses pemantauan dan kajian semula RSN, RT dan RKK yang akan dapat mengenalpasti perubahan guna tanah dan memantau dasar guna tanah yang terpilih. Untuk memastikan keseragaman perancangan dari segi pengezonan guna tanah, RSN-GIS akan dibangunkan secara bersepadu dengan RFN-GIS dan RT-GIS. Sistem maklumat yang bersepadu ini dapat menjamin :
a. Ketepatan / keseragaman maklumat; b. Menjimatkan masa; dan c. Maklumat yang terkini.
Sehubungan itu, penyelenggaraan dan pengemaskinian maklumat akan dilakukan setiap tahun yang melibatkan dua tugasan berikut:
MEKANISME PELAKSANAAN DAN PEMANTAUAN DASAR
119 Rancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020
a. Mengemaskini maklumat asas
Maklumat asas yang berkaitan dengan sektor ekonomi (pertanian, perindustrian dan pelancongan), penduduk, perumahan, infrastruktur dan utiliti, guna tanah dan alam sekitar perlu dikemaskini dengan kerjasama agensi yang terlibat.
b. Memantau corak guna tanah
Segala maklumat projek-projek yang diluluskan di peringkat PBPT perlu dimaklumkan ke JPBD Negeri untuk mengemaskini corak penggunaan tanah dari masa ke semasa.
6.4 PENUTUP Penggubalan RSN adalah satu langkah positif kerajaan dalam mengimbangkan pembangunan fizikal dengan pembangunan sosio ekonomi. Namun begitu, dalam proses membuat dasar antara perkara yang perlu diberi perhatian penting adalah mekanisme pelaksanaan dan pemantauan dasar tersebut. Ini perlu dibuat untuk memastikan RSN dapat dilaksanakan dan memberi keberkesanan kepada rakyat.
MEKANISME PELAKSANAAN DAN PEMANTAUAN DASAR