Upload
others
View
1
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
ISI KANDUNGAN
UNIT 1: PENDIDIKAN BERASASKAN HASIL .................................................................... 1
1.1 Konsep Pendidikan Berasaskan Hasil (OBE) ..................................................................1
1.2 Objektif Pendidikan Program (PEO)...............................................................................3
1.3 Hasil Pembelajaran Program (PLO)................................................................................3
1.4 Hasil Pembelajaran Kursus (CLO) .................................................................................4
1.5 Kemahiran Insaniah (KI) ...............................................................................................5
1.6 Penambahbaikan Kualiti Berterusan (CQI) .....................................................................5
1.7 Taksonomi Pembelajaran ...............................................................................................6
1.8 Pembelajaran Berpusatkan Pelajar (SCL) ........................................................................7
1.8.1 Strategi Ke Arah Pembelajaran Berpusatkan Pelajar ............................................... 8
UNIT 2: MODUL PEMBELAJARAN & PENGAJARAN (P&P) ......................................... 9
2.1 Pengenalan .....................................................................................................................9
2.2 Pembangunan Modul P&P ..............................................................................................9
2.3 Kelebihan Penggunaan Modul P&P ...............................................................................12
2.4 Penambahbaikan Modul ................................................................................................12
2.5 Penutup ........................................................................................................................14
UNIT 3: PROSES PEMBANGUNAN MODUL P&P ........................................................... 15
3.1 Pengenalan ...................................................................................................................15
3.2 Carta Alir Proses Kerja Pembangunan Modul Pembelajaran Dan Pengajaran (P&P) .........15
3.2.1 Tanggungjawab ................................................................................................. 17
3.3 Carta Alir Proses Kerja Penambahbaikan Modul Pembelajaran Dan Pengajaran (P&P) .....18
3.3.1 Tanggungjawab ................................................................................................. 21
UNIT 4: FORMAT PENYEDIAAN MODUL P&P ............................................................... 23
4.1 Pengenalan ...................................................................................................................23
4.2 Matlamat......................................................................................................................23
4.3 Format Umum Penulisan ...............................................................................................23
4.4 Format Khusus Penulisan ..............................................................................................24
4.5 Reka Bentuk Kulit ........................................................................................................25
4.6 Saiz Modul ...................................................................................................................25
4.7 Penambahbaikan Modul (CQI) ......................................................................................26
4.8 Maklumat Tambahan ....................................................................................................26
LAMPIRAN……………………..…….…………….………………………………...28
1
UNIT 1
PENDIDIKAN BERASASKAN HASIL
1.1 KONSEP PENDIDIKAN BERASASKAN HASIL (OBE)
Pendidikan Berasaskan Hasil (Outcome-Based Education – OBE) merupakan proses
yang melibatkan penstrukturan semula kurikulum, penilaian dan laporan dalam
pendidikan. Ini bagi membolehkan para pelajar memperolehi pencapaian dan menguasai
pembelajaran tahap tertinggi setiap semester tanpa menunggu sehingga memenuhi
kredit program dan tamat pengajian di Universiti. Konsep OBE selalunya akan fokus
kepada hasil pelaksanaan sesuatu program yang ditawarkan di Universiti. OBE lebih
menjurus kepada perancangan dan hasil yang bakal diperolehi oleh setiap pelajar dalam
setiap program yang diikuti. Hasil pembelajaran lebih menitikberatkan terhadap
persoalan apakah jangkaan yang perlu para pelajar capai dari segi pengetahuan,
kefahaman atau kebolehan untuk membuat sesuatu ataupun kualiti yang perlu
dibangunkan oleh mereka sendiri semasa pengajian di Universiti.
Pendidikan berasaskan hasil (OBE) menekankan kepada pembelajaran pelajar dengan:
a) Menggunakan pernyataan hasil pembelajaran yang jelas untuk memudahkan
para pelajar mengetahui dan memahami tentang jangkaan hasil yang perlu
mereka capai.
b) Menyediakan aktiviti pembelajaran tertentu dengan tujuan untuk membolehkan
para pelajar mencapai semua hasil yang dirancangkan.
c) Menilai tahap pencapaian pelajar berbanding kriteria penilaian yang telah
ditetapkan secara jelas dan berkesan.
Secara keseluruhannya, OBE akan memfokuskan kepada empat (4) elemen yang utama
dalam pelaksanaan sepanjang program akademik iaitu (i) Perancangan (planning), (ii)
Pelaksanaan (implementation), (iii) Pemantauan (monitoring), dan (iv) Penilaian
(assessment) sepertimana digambarkan dalam Rajah 1.1.
2
Rajah 1.1: Pelaksanaan OBE secara menyeluruh
Segala penilaian yang dibuat akan dianalisis bagi membandingkan perancangan dan
kejayaan yang dicapai. Perancangan yang dirancang haruslah menjurus kepada objektif
dan hasil pembelajaran program yang telah direkabentuk. Analisa hasil yang dicapai
samada tercapai atau tidak bergantung kepada indeks pencapaian utama (KPI) yang
telah ditetapkan. Kaedah penilaian juga menjadi alat yang penting dalam mengenalpasti
pencapaian setiap pelajar. Daripada penilaian ini, jika pencapaian berada di bawah
sasaran yang ditetapkan, proses Penambahbaikan Kualiti Berterusan (Continuous
Quality Improvement - CQI) perlu dijalankan dalam usaha meningkatkan pencapaian
hasil program yang dirancang secara berterusan. Pelaksanaan ini juga menggunakan
konsep PDCA
(Plan, Do, Check dan Action) iaitu Rancang, Laksana, Semak dan Tindakan seperti
ditunjukkan dalam Rajah 1.2.
Rajah 1.2: Proses Perancangan Pelaksanaan OBE
3
1.2 OBJEKTIF PENDIDIKAN PROGRAM (PEO)
Perlaksanaan pendidikan berasaskan hasil (OBE) mewajibkan setiap program akademik
perlu mempunyai Objektif Pendidikan Program (Programme Educational Objectives)
atau PEO. PEO perlu dibuat penambahbaikan secara bersepadu dengan penglibatan
pihak-pihak berkepentingan (stakeholders) agar menepati keperluan dan kehendak
mereka. PEO yang disemak semula juga perlu dihubungkaitkan dengan visi dan misi
KUIM umumnya dan Akademi / Fakulti / Pusat / Institut khasnya. Setiap program
disemak semula perlu mempunyai beberapa pernyataan PEO. Pernyataan tersebut
mestilah merangkumi domain Pengetahuan dan Kemahiran Praktikal dan merangkumi
gabungan tujuh (7) domain Kemahiran Insaniah (KI).
Analisa pencapaian PEO samada tercapai atau tidak bergantung kepada KPI yang telah
ditetapkan. Lazimnya pencapaian PEO terhadap graduan bagi sesuatu program dinilai
atau diukur selepas 4 hingga 5 tahun setelah pelajar bergraduat.
1.3 HASIL PEMBELAJARAN PROGRAM (PLO)
Setelah PEO disediakan, hasil pembelajaran program (Programme Learning Outcomes)
atau PLO perlu disemak semula dengan menghubungkaitkannya dengan PEO. PLO
mestilah dinyatakan secara jelas dan nyata tentang pengetahuan, kemahiran dan sikap
yang perlu dicapai oleh graduan. Secara umumnya, setiap program perlu mempunyai
sembilan (9) pernyataan PLO yang setiap satunya melibatkan domain berikut:
a. Pengetahuan
b. Kemahiran Praktikal
c. Kemahiran Insaniah I: Kemahiran berkomunikasi (communication skill)
d. Kemahiran Insaniah II: Pemikiran kritis (critical thinking) dan Penyelesaian
Masalah (problem solving)
e. Kemahiran Insaniah III: Kemahiran kerja berpasukan (team working skill)
f. Kemahiran Insaniah IV: Pembelajaran sepanjang hayat (life-long learning) dan
Pengurusan maklumat (information management)
g. Kemahiran Insaniah V: Kemahiran keusahawanan (entrepreneurship skill)
h. Kemahiran Insaniah VI: Moral dan etika profesional (moral and professional
ethics) dan tanggungjawab sosial (social accountability)
i. Kemahiran Insaniah VII: Kemahiran kepimpinan (leadership skill).
4
Penyelarasan domain PLO antara Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Agensi
Kelayakan Malaysia (MQA) dan Badan Profesional perlu dilakukan semasa
pembangunan PLO. Analisa pencapaian PLO samada tercapai atau tidak bergantung
kepada KPI yang telah ditetapkan. Lazimnya pencapaian PLO terhadap graduan bagi
sesuatu program dinilai atau diukur sebaik sahaja pelajar bergraduat.
1.4 HASIL PEMBELAJARAN KURSUS (CLO)
Setelah PLO disediakan, hasil pembelajaran kursus (Course Learning Outcomes) atau
CLO bagi setiap kursus perlu disemak semula dengan menghubungkaitkannya dengan
PLO. Pernyataan CLO perlu jelas dari aspek kognitif, afektif dan psikomotor yang perlu
dicapai oleh para pelajar diakhir kursus. Secara umumnya, setiap kursus dalam mana-
mana program akademik mesti mempunyai tiga (3) hingga lima (5) pernyataan CLO
dan tiga (3) hingga empat (4) PLO. Walaubagaimanapun, adalah digalakkan supaya
mempunyai tiga (3) pernyataan CLO dan PLO sahaja. Setiap pernyataan CLO mestilah
boleh diukur dan dinyatakan dengan jelas serta mengandungi elemen-elemen SMARTO
iaitu:
a. spesifik (specific),
b. boleh diukur (measurable),
c. boleh dicapai (achievable),
d. realistik (realistic),
e. mempunyai tempoh masa (time frame), dan
f. boleh ditinjau atau dipantau (observable). Secara umumnya, pembinaan
pernyataan CLO bagi setiap kursus perlu mengambilkira perkara-perkara
berikut:
a. CLO perlu dipastikan mengikut kursus yang ditawarkan oleh
Fakulti/Pusat dan Pengkhususan;
b. CLO mempunyai unsur Kata kerja (Verb), Syarat (Condition) dan Piawai
(Standard) (V, C & S);
c. CLO mestilah dapat diukur dan dicapai serta bersesuaian dengan topik-
topik yang terkandung dalam kursus yang diajar. CLO ini juga perlu
berpandukan kepada domain Kognitif iaitu merujuk kepada tahap
pemikiran tertinggi yang bakal dicapai. Domain Afektif & Psikomotor
5
pula lebih berpandukan kepada kaedah penyampaian (delivery method)
yang digunakan.
1.5 KEMAHIRAN INSANIAH (KI)
KI merangkumi kemahiran generik seperti kemahiran komunikasi, berfikiran kritis dan
penyelesaian masalah, kerja berpasukan, pembelajaran berterusan dan pengurusan
maklumat, moral dan etika profesional, tanggungjawab sosial, keusahawanan dan
kepimpinan. Kemahiran tersebut perlu dikuasai oleh para graduan untuk memenuhi
tuntutan keperluan pekerjaan di pelbagai sektor sama ada di dalam dan luar negara.
Graduan yang memiliki KI tersebut akan lebih berketerampilan dan berdaya saing
dalam sektor pekerjaan dan seterusnya menjadi modal insan kelas pertama yang dapat
menyumbang kepada kemajuan organisasi dan pembangunan negara. Kesemua elemen
KI boleh dimurnikan dan diperincikan kepada dua kumpulan utama, iaitu Kemahiran
lnsaniah Mesti - KIM (must have) dan Kemahiran lnsaniah Tambahan - KIT (good to
have). KIM adalah kemahiran insaniah yang perlu dimiliki oleh setiap pelajar. Jika
kemahiran ini tidak dimiliki, pelajar dianggap tidak kompeten dalam aspek berkaitan.
KIT dianggap sebagai nilai tambah kepada pelajar. Jika kemahiran ini dimiliki oleh
pelajar di samping KIM, kompetensi pelajar dalam aspek berkaitan dianggap cemerlang.
Walaupun perhatian perlu diberi kepada usaha membekalkan modal insan dengan KIM,
penerapan KIT perlu digalakkan. Semua elemen KI yang dicadangkan mesti dikuasai
oleh setiap pelajar dan perlu dinilai secara komprehensif dan berkesan. Maklumat lanjut
boleh merujuk kepada Modul Pembangunan Kemahiran Insaniah (Soft Skills)
untuk Institusi Pengajian Tinggi Malaysia (2006).
Keseluruhan KI ini mesti disepadukan dalam pengajaran dan pembelajaran di IPTA. KI
ini tidak harus lagi dianggap kurikulum tersembunyi tetapi perlu dilaksanakan secara
nyata dan ditaksir mengikut sistem penaksiran dan penilaian yang ditetapkan dengan
berkesan. Bagi memudahkan penaksiran, penggunaan rubrik penilaian KI perlu
disediakan.
1.6 PENAMBAHBAIKAN KUALITI BERTERUSAN (CQI)
Proses CQI merupakan satu keadaan yang perlu diwujudkan dalam setiap program
akademik yang ditawarkan. CQI boleh dilaksana dan dibuktikan dengan memberikan
satu laporan yang lengkap dengan data yang sah hasil daripada analisa pencapaian yang
dilakukan. Dalam melaksanakan OBE, penambahbaikan atau semakan semula program
akademik yang sedang dijalankan akan melibatkan semua elemen yang meliputi PEO,
PLO, dan CLO. Ia berdasarkan kepada analisis pencapaian yang dinilai dan dianalisa
menurut KPI yang telah ditetapkan untuk setiap elemen yang dinyatakan serta input
6
daripada pihak-pihak berkepentingan (stakeholders) seperti digambarkan dalam Rajah
1.3.
Rajah 1.3: Model CQI bagi penambahbaikan program/kursus
Di dalam pelaksanaan proses CQI, terdapat beberapa aspek yang perlu ditekankan oleh
semua ahli akademik. Aspek ini amat penting dalam usaha untuk mempertingkatkan
dan memperkukuhkan kualiti dan mutu program yang ditawarkan. Aspek yang
dimaksudkan adalah:
a. Cara pelaksanaan OBE itu sendiri;
b. Kaedah pengukuran, keputusan dan penilaian;
c. Pendekatan yang diambil dalam pelaksanaan CQI selepas keputusan penilaian
dianalisa;
d. Pencapaian analisa berbanding objektif atau sasaran;
e. Menilai keputusan yang dicapai (meningkat atau menurun).
f. Sistem pengrekodan
1.7 TAKSONOMI PEMBELAJARAN
Taksonomi pembelajaran terbahagi kepada kepada tiga domain iaitu Kognitif,
Psikomotor dan Afektif.
a. Domain Kognitif
Domain kognitif mencakupi pengetahuan dan perkembangan keterampilan
intelektual. Domain ini meliputi: ingatan atau pengetahuan tentang fakta-fakta,
konsep-konsep yang menjadi dasar untuk mengembangkan kemampuan dan
7
keterampilan intelektual. Aras kognitif melibatkan Pengetahuan, Kefahaman,
Aplikasi, Analisis, Sintesis dan Penilaian.
b. Domain Afektif
Domain afektif mencakupi perasaan (feelings), nilai-nilai (values), apresiasi
(appreciation), antusiasme (enthusiasms), motivasi (motivations), dan sikap
(attitude). Aras afektif melibatkan menerima, memberi maklum balas, menilai,
mengorganisasi dan menghayati nilai.
c. Domain Psikomotor
Domain Psikomotor mencakupi gerakan fizikal (physical movement), koordinasi
(coordination), dan kemahiran motorik (motor skills). Perkembangan kemahiran
ini memerlukan latihan dan pengukurannya mencakupi kecepatan, ketepatan,
prosedur atau teknik. Aras psikomotor melibatkan persepsi, set, respons
berpandu, mekanisma, respons ketara kompleks, adaptasi dan lakuan tulen.
1.8 PEMBELAJARAN BERPUSATKAN PELAJAR (SCL)
Pengajaran dan pembelajaran hendaklah berasaskan satu proses interaksi yang
berterusan di antara pelajar dan pensyarah. Proses interaksi ini boleh berpusatkan
pelajar atau berpusatkan pensyarah. Bagi pembelajaran berpusatkan pensyarah,
pensyarah bertanggungjawab sepenuhnya menentukan objektif pembelajaran, merangka
tugasan pembelajaran dan memilih sumber pembelajaran bagi muridnya. Sebaliknya,
dalam pembelajaran berpusatkan pelajar, pelajar adalah ‘autonomous’ dan mereka
bertanggungjawab sepenuhnya menentukan hala tuju proses pembelajaran. Dalam era
pendidikan semasa, pembelajaran berpusatkan pelajar menjadi keutamaan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Antara kaedah paedah berpusatkan pelajar ialah:
a. Tutorial
b. Amali
c. Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBL)
d. PoPBL
e. Kajian Kes
f. Pembelajaran Kooperatif
g. Modular
8
1.8.1 Strategi ke arah pembelajaran berpusatkan pelajar
Strategi ke arah pembelajaran berpusatkan pelajar adalah bertujuan untuk;
i. Mewujudkan pengalaman pembelajaran yang dapat menarik minat pelajar serta
menggalakkan penglibatan mereka dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
ii. Memberi peluang kepada pelajar belajar secara individu, kumpulan dan kelas.
iii. Melibatkan pelajar dalam membentuk proses pembelajaran melalui rundingan
berasaskan kekuatan dan kelemahan pelajar.
iv. Memberi pelajar kebebasan membuat pilihan tentang bahan sumber dan aktiviti
pembelajaran.
v. Mewujudkan prosedur pemantauan agar pelajar bertanggungjawab ke atas apa
yang mereka pelajari.
vi. Menentukan kriteria penilaian secara kolaboratif antara guru dan pelajar.
vii. Merancang penilaian berterusan secara kolaboratif.
9
UNIT 2
MODUL PEMBELAJARAN & PENGAJARAN (P&P)
2.1 PENGENALAN
Bahan pembelajaran memainkan peranan yang begitu penting dalam memastikan mutu
pembelajaran pelajar dapat ditingkatkan. Pendekatan Pembelajaran Berpusatkan Pelajar
(SCL) pula memerlukan pensyarah menggunakan pelbagai kaedah penyampaian dalam
aktiviti P&P; perjumpaan bersemuka, tidak bersemuka atau kombinasi kedua-duanya.
Penggunaan modul pembelajaran dan pengajaran adalah satu kaedah yang dapat
membantu para pelajar menguasai pengetahuan dan kemahiran yang telah digariskan
dalam sesuatu kursus. Unit ini akan menjelaskan secara sepintas lalu kaedah
pembangunan modul P&P yang berkesan dan menepati keperluan pembelajaran
berpusatkan pelajar dan juga pembelajaran berasaskan hasil (OBE).
Antara yang akan dibincangkan adalah perkara-perkara yang perlu diberi perhatian
dalam membangunkan modul, bagaimana modul P&P membantu pelajar dan pensyarah
dalam proses P&P yang berkesan serta keperluan proses penambahbaikan berterusan
(CQI).
2.2 PEMBANGUNAN MODUL P&P
Modul P&P adalah bahan rujukan pembelajaran yang digunakan bagi sesuatu kursus
dan dibangunkan berdasarkan silibus yang telah ditetapkan di peringkat jabatan dan
fakulti. Bagi kebanyakan kursus, modul yang dibangunkan menjadi sumber rujukan
utama dalam aktiviti
P&P dan ianya digunakan secara kaedah bersemuka di bilik kelas. Terdapat juga modul
yang bersifat pembelajaran kendiri di mana dengan mengikuti modul tersebut, pelajar
mampu menguasai pengetahuan dan kemahiran tertentu tanpa atau dengan bantuan
minima pensyarah.
Biasanya, modul ini digunakan dalam mod pembelajaran jarak jauh (PJJ). Perkara yang
perlu diberi penekanan semasa membangunkan modul P&P adalah berkaitan dengan
proses penjajaran
a. hasil pembelajaran yang ingin dicapai,
b. isi kandungan yang disampaikan dan aktiviti pembelajaran dan pengajaran yang
akan diikuti oleh pelajar dan pensyarah, serta
10
c. kaedah penilaian yang mengukur sejauh mana hasil pembelajaran yang ingin
dicapai telah dipenuhi.
Rajah 2.1 dan Jadual 2.1 di bawah menjelaskan bagaimana proses penjajaran ini
dilakukan.
Rajah 2.1: Proses Penjajaran
Jadual 2.1: Contoh Penjajaran Hasil Pembelajaran, Aktiviti P&P dan Kaedah Penilaian
HASIL
PEMBELAJARAN AKTIVITI P&P KAEDAH PENILAIAN
Aras Taksonomi
Kognitif: Aras 4
Psikomotor: Aras 4
Afektif: Aras 3
Aras Taksonomi
Kognitif: Aras 4
Psikomotor: Aras 4
Afektif: Aras 3
Aras Taksonomi
Kognitif: Aras 4
Psikomotor: Aras 4
Afektif: Aras 3
Bagi memastikan modul yang dibangunkan terjamin kualitinya, penulis perlu
mengambil kira perkara-perkara berikut:
a. Hasil Pembelajaran
Hasil pembelajaran bagi keseluruhan modul mestilah dinyatakan secara
ekspilisit di awal modul. Hasil pembelajaran ini adalah berdasarkan kepada hasil
pembelajaran yang telah tetapkan di dalam silibus kursus. Hasil pembelajaran
bagi setiap topik juga perlu dinyatakan dan hendaklah menyokong kepada
pencapaian hasil pembelajaran keseluruhan modul. Dalam membina hasil
pembelajaran yang memenuhi ciri pembelajaran berpusatkan pelajar dan konsep
11
OBE, taksonomi yang merangkumi kognitif, psikomotor dan afektif perlu
difahami dan dihayati oleh penulis.
b. Isi Kandungan
Isi kandungan yang disampaikan mestilah merangkumi perkaraperkara yang
telah ditetapkan di dalam silibus kursus. Bahan-bahan pembelajaran yang
dimuatkan mestilah mengambil kira keperluan pelajar mencapai hasil
pembelajaran yang ingin dicapai. Untuk itu, penulis modul perlu memastikan
maklumat seperti teori, contoh, pengiraan dan formula yang dikemukakan adalah
tepat dari segi faktanya dan disusun secara sistematik. Lampiran serta bahan
bacaan tambahan yang berkaitan bagi meningkatkan penguasaan pelajar dalam
sesuatu topik juga boleh dimuatkan ke dalam modul. Penulis juga mungkin
boleh mengepilkan bahan-bahan multimedia dari pelbagai sumber sebagai
rujukan dan panduan pelajar.
c. Aktiviti
Aktiviti atau latihan yang dapat mengukuhkan kemahiran dan penguasaan
pembelajaran pelajar perlu dirancang bersesuaian dengan hasil pembelajaran
yang telah ditetapkan. Aktiviti-aktiviti ini boleh dilakukan oleh pelajar sama ada
secara individu atau kolaborasi berkumpulan. Refleksi, tugasan berbentuk projek
dan perbincangan kumpulan adalah antara aktiviti yang boleh dipertimbangkan
dalam memastikan proses pembelajaran dan pengajaran dapat dijalankan secara
aktif dan dua hala.
d. Kaedah Penilaian
Penilaian kursus perlu dinyatakan dengan jelas supaya pelajar mengetahui
bagaimana mereka akan dinilai. Kaedah penilaian dan pemberatan penilaian
perlu dinyatakan di dalam modul. Skema dan rubrik permarkahan juga boleh
dimuatkan ke dalam modul agar proses penilaian dapat berjalan dengan adil.
Penilaian perlu merangkumi domain kognitif, psikomotor dan afektif bagi setiap
kursus.
e. Laras Bahasa
Bahasa yang digunakan, sama ada dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris
(ataupun lain-lain bahasa) mestilah mudah difahami dan diikuti. Namun begitu,
ketepatan tatabahasa juga perlu diambil kira dalam membangunkan sesebuah
modul P&P. Bagi mewujudkan suasana komunikasi dua hala, gantinama ‘anda’
adalah lebih baik berbanding dengan perkataan ‘pelajar’.
12
f. Ilustrasi, Jadual, Rajah, Carta
Ilustrasi, jadual, rajah, carta serta bahan-bahan grafik yang dimuatkan mestilah
relevan dan mampu meningkatkan penguasaan pelajar. Kualiti bahan-bahan ini,
apabila dicetak, hendaklah jelas dapat dilihat dan/atau dibaca oleh pelajar.
g. Sumber Rujukan
Penulis mestilah menyatakan semua sumber rujukan yang digunakan dalam
menghasilkan modul tersebut. Kegagalan untuk mematuhi peraturan ini akan
menyebabkan akauntabiliti dan kredibiliti penulis terjejas.
h. Susun Atur dan Persembahan Modul
Susun atur keseluruhan meningkatkan lagi surface validity dan kredibiliti modul
yang dibangunkan. Kepatuhan format yang konsisten mampu meningkatkan
minat pelajar untuk mengikuti modul P&P ini.
2.3 KELEBIHAN PENGGUNAAN MODUL P&P
Bagi pelajar, penggunaan modul membantu mereka dalam perkara-perkara berikut:
a. Mengukuhkan penguasaan dan kemahiran mereka berkenaan kandungan kursus
yang dipersembahkan melalui modul P&P.
b. Merancang dan melaksanakan aktiviti pembelajaran sama ada secara individu
atau berkumpulan.
c. Mengetahui bagaimana proses penilaian dan pengukuran dijalankan.
Bagi pensyarah pula, penggunaan modul P&P mampu membantu mereka untuk:
a. Menjalankan aktiviti P&P secara terancang dan sistematis.
b. Menyelaraskan isi kandungan yang disampaikan terutamanya bagi kursus yang
melibatkan ramai pelajar dan pensyarah.
2.4 PENAMBAHBAIKAN MODUL
Bagi menjamin kualiti dan ketepatan maklumat yang disampaikan, modul P&P perlu
ditambahbaik dari semasa ke semasa. Unit 3 akan menjelaskan dengan terperinci
prosedur semakan modul P&P yang diamalkan di KUIM. Sesuatu modul perlu
ditambahbaik apabila perkaraperkara berikut berlaku:
13
a. Terdapat perubahan silibus atau struktur kursus yang ditawarkan.
b. Terdapat perubahan fakta disebabkan oleh perkembangan ilmu atau dapatan
baru dalam sesuatu bidang yang perlu disampaikan kepada pelajar.
c. Terdapat kesilapan dari segi maklumat, fakta, pengiraan, formula, contoh,
ilustrasi, gambar dan sebagainya.
Bagi memastikan sesuatu modul yang dibangunkan dan diguna pakai oleh pelajar
sebagai sumber pembelajaran sentiasa relevan dan menepati keperluan kursus, borang
maklumbalas modul perlulah disediakan di akhir bahagian modul. Borang ini hendaklah
dilengkapkan oleh para pelajar apabila mereka telah selesai mengikuti modul tersebut.
Unit 4 akan menerangkan bentuk dan contoh maklumbalas modul yang dinyatakan di
sini.
Satu lagi kaedah yang boleh dipraktikkan adalah dengan menggunakan ulasan atau
penilaian keserakanan (peer review). Melalui kaedah penilaian pelajar serta penilaian
keserakanan, penulis bukan sahaja mengenalpasti kesilapan dan kelemahan yang ada
pada modul tersebut,
malah ianya juga mampu menjamin tahap mutu modul serta memastikan isi kandungan
modul adalah relevan dan sesuai dengan keperluan kursus.
14
2.5 PENUTUP
Unit ini telah menjelaskan secara sepintas lalu kaedah pembangunan modul P&P yang
berkesan dan menepati keperluan pembelajaran berpusatkan pelajar dan juga
pembelajaran berasaskan hasil (OBE).
Antara yang telah dibincangkan adalah perkara-perkara yang perlu diberi perhatian
dalam membangunkan modul, bagaimana modul P&P membantu pelajar dan pensyarah
dalam proses P&P yang berkesan serta keperluan proses penambahbaikan berterusan
(CQI). Unit 3 dan Unit 4 akan menjelaskan secara terperinci kaedah dan garis panduan
pembangunan modul P&P yang diamalkan di Kolej Universiti Islam Melaka.
15
UNIT 3
PROSES PEMBANGUNAN MODUL P&P
3.1 PENGENALAN
Modul yang lengkap dan bermutu adalah penting bagi memastikan proses pengajaran
dan pembelajaran bagi mencapai Hasil Pembelajaran Kursus (CLO) yang telah
ditetapkan. Bagi tujuan tersebut Garis Panduan Pembangunan Modul Pembelajaran dan
Pengajaran (P&P) KUIM ini dibangunkan untuk menghasilkan modul yang memenuhi
piawaian kualiti akademik Universiti. Selain itu, garis panduan ini juga merupakan
salah satu mekanisma pemantauan yang dapat dilaksanakan dan dalam masa yang sama
memberikan gambaran yang jelas berkaitan proses kerja yang perlu dipatuhi oleh
penulis dalam menghasilkan sesebuah modul.
3.2 CARTA ALIR PROSES KERJA PEMBANGUNAN MODUL
PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN (P&P)
Rajah 3.1 di bawah menunjukkan carta alir proses kerja pembangunan modul
pembelajaran dan pengajaran serta tindakan yang perlu diambil oleh pihak yang terlibat
dalam pembangunan modul P&P.
16
Rajah 3.1: Carta Alir Proses Kerja Pembangunan Modul P&P
17
3.2.1 TANGGUNGJAWAB
a. Tanggungjawab Penulis
i. Menyediakan manuskrip yang selaras dengan kandungan silibus dan
mengikut Garis Panduan Pembangunan Modul Pembelajaran dan
Pengajaran (P&P) KUIM yang telah ditetapkan.
ii. Membuat penambahbaikan sekiranya terdapat sebarang komen/cadangan
dari JK Penerbitan Fakulti / Panel Penilai / UNIT P&P.
iii. Mendapatkan semua kelulusan dan perakuan seperti yang terkandung
dalam Borang Permohonan Penerbitan Modul Universiti. (Lampiran 3.1)
b. Tanggungjawab Jawatankuasa Penerbitan Peringkat Akademi / Fakulti / Pusat /
Institut
i. Mengenalpasti pakar bidang untuk menilai dan menyemak isi kandungan
manuskrip mengikut piawaian semasa silibus dan kurikulum yang
digariskan oleh universiti.
ii. Memastikan perkara-perkara berikut dilaksanakan oleh pakar penilai:
a. Ketepatan fakta, istilah dan konsep.
b. Susunan bahan dan bahasa adalah baik dan kesesuaian gambar
foto, rajah, peta yang membantu kefahaman topik.
c. Ketepatan soalan-soalan dan latihan yang diberikan.
iii. Mencadangkan agar manuskrip diluluskan untuk penerbitan setelah
perkara (a) dan (b) dipenuhi.
c. Tanggungjawab Timbalan Dekan
i. Mengesahkan manuskrip untuk tujuan penerbitan setelah diluluskan oleh
Jawatankuasa Penerbitan Peringkat Akademi / Fakulti / Pusat / Institut.
ii. Memperakukan tuntutan bayaran Penilai Modul. (Lampiran 3.2)
d. Tanggungjawab UNIT P&P
i. Memastikan manuskrip mengikut format yang telah digariskan dalam
Garis Panduan Pembangunan Modul Pembelajaran dan Pengajaran
(P&P) KUIM.
18
ii. Menyemak dan memperakukan manuskip yang akan diterbitkan adalah
mengikut format penulisan yang telah digariskan oleh universiti.
e. Tanggungjawab Pejabat Penerbit
i. Menerbitkan modul yang telah disemak dan diperakukan oleh UNIT
P&P dalam tempoh masa yang terdekat.
ii. Mengedarkan modul yang siap dicetak bagi tujuan rekod kepada pihak
terlibat (UNIT P&P, Fakulti, Perpustakaan).
3.3 CARTA ALIR PROSES KERJA PENAMBAHBAIKAN MODUL
PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN (P&P)
Rajah 3.2 (a) dan 3.2 (b) di bawah menunjukkan carta alir proses kerja penambahbaikan
modul pembelajaran dan pengajaran serta tindakan yang perlu diambil oleh pihak yang
terlibat dalam pembangunan modul P&P.
19
Rajah 3.2(a): Carta Alir Proses Kerja Penambahbaikan Modul P&P
20
Rajah 3.2(b): Carta Alir Proses Kerja Penambahbaikan Modul P&P
21
3.3.1 TANGGUNGJAWAB
i. Tanggungjawab Responden (pengguna modul P&P)
i. Menghantar cadangan penambahbaikan dari segi isi kandungan modul
P&P melalui borang maklum balas yang disertakan dalam setiap terbitan
modul
b. Tanggungjawab Penulis
i. Menganalisa cadangan pindaan responden
ii. Membuat pindaan sekiranya perlu, jika tidak penulis boleh mencetak
semula. Sekiranya berlaku pindaan, penulis perlu mengenalpasti
peratusan pindaan.
iii. Jika pindaan melebihi 30%, penulis perlu memohon penerbitan modul
baru, jika sebaliknya, penulis hanya perlu memohon pindaan penerbitan
modul.
iv. Mendapatkan semua kelulusan dan perakuan seperti yang terkandung
dalam Borang Permohonan Penerbitan Modul Universiti. (Lampiran 3.3)
c. Tanggungjawab Jawatankuasa Penerbitan Peringkat Akademi / Fakulti / Pusat /
Institut
i. Memastikan pindaan isi kandungan meliputi perkara-perkara berikut:
i. Ketepatan fakta, istilah dan konsep.
ii. Susunan bahan dan bahasa adalah baik dan kesesuaian gambar
foto, rajah, peta yang membantu kefahaman topik.
iii. Ketepatan soalan-soalan dan latihan yang diberikan.
ii. Mencadangkan agar manuskrip diluluskan untuk penerbitan
d. Tanggungjawab Timbalan Dekan
i. Mengesahkan pindaan modul untuk tujuan penerbitan setelah diluluskan
oleh Jawatankuasa Penerbitan Peringkat Akademi / Fakulti / Pusat /
Institut.
22
e. Tanggungjawab UNIT P&P
i. Memastikan manuskrip mengikut format yang telah digariskan dalam
Garis Panduan Pembangunan Modul Pembelajaran dan Pengajaran
(P&P) KUIM.
ii. Menyemak dan memperakukan manuskip yang akan diterbitkan adalah
mengikut format penulisan yang telah digariskan oleh universiti.
f. Tanggungjawab Penerbit
i. Menerbitkan modul yang telah disemak dan diperakukan oleh UNIT
P&P dalam tempoh masa yang terdekat.
ii. Mengedarkan modul yang siap dicetak bagi tujuan rekod kepada pihak
terlibat (UNIT P&P, Fakulti, Perpustakaan).
23
UNIT 4
FORMAT PENYEDIAAN MODUL P&P
4.1 PENGENALAN
Garis Panduan Pembangunan Modul Pembelajaran dan Pengajaran KUIM merupakan
garis panduan am serta khusus kepada penulis yang ingin mendokumenkan nota-nota
pembelajaran dan pengajaran, latihan serta aktiviti-aktiviti pembelajaran.
4.2 MATLAMAT
Garis panduan ini disediakan sebagai panduan kepada penulis menyediakan bahan
pembelajaran dan pengajaran yang lebih kemas dan tersusun. Penulis perlu mengikut
format yang ditetapkan dalam penyediaan modul pembelajaran dan pengajaran.
4.3 FORMAT UMUM PENULISAN
Penulis perlu menggunakan perisian Microsoft Words dengan font jenis TIMES NEW
ROMAN 12 dan jarak baris 1.5 dalam menyediakan modul untuk diserahkan kepada
Penerbit KUIM. Sila rujuk Lampiran 4.1 - 4.10. Format penulisan dalam kertas A4
perlulah menggunakan jidar berikut :-
a. Atas: 25 mm
b. Bawah: 25 mm
c. Kiri: 40 mm
d. Kanan: 25 mm
Modul akan dicetak secara depan belakang (double sided). Penulis adalah diminta
memastikan agar muka surat pertama bahagianbahagian berikut dicetak di bahagian
rekto (sebelah kanan) modul dan nombor muka suratnya adalah ganjil:
a. Halaman judul penuh
b. Isi kandungan
c. Permulaan topik
24
4.4 FORMAT KHUSUS PENULISAN
Penulis hendaklah mengikut format khusus seperti yang tersedia di Lampiran 4.1 –
4.10.
a. Kulit Hadapan, Lampiran 4.1 dan Lampiran 4.2.
b. Muka Tajuk, Lampiran 4.3.
i. Nama Kursus
ii. Nama Penulis
iii. Nama Jabatan dan Fakulti
c. Helaian Hakcipta, Lampiran 4.4.
d. Kandungan, Lampiran 4.5.
e. Bahagian Awalan, Lampiran 4.6.
i. Pengenalan – Maklumat umum pembelajaran dan pengajaran yang mana
terkandung kod dan nama kursus, nama fakulti dan universiti.
ii. Matlamat – Tujuan modul diterbitkan.
iii. Hasil Pembelajaran – Hasil pembelajaran yang perlu dicapai berdasarkan
Hasil Pembelajaran Program (PLO) dan Hasil Pembelajaran Kursus
(CLO) yang mana terdiri daripada 3 domain iaitu Kognitif
(Pengetahuan), Psikomotor (Kemahiran Praktikal) dan Afektif
(Kemahiran Insaniah).
iv. Sinopsis – Ringkasan modul berasaskan setiap topik.
v. Penilaian – Refleksi dan aktiviti.
vi. Rujukan – Senarai sumber maklumat perlu ada diakhir setiap topik.
f. Topik, Lampiran 4.7.
i. Isi Kandungan – Perincian topik secara menyeluruh dalam bentuk teks
berperenggan, ilustrasi, grafik, jadual, carta alir dan gambarajah yang
dapat membantu pemahaman pelajar. Kualiti rajah, ilustrasi atau gambar
hendaklah terang dan jelas. Label bagi setiap bahan bukan teks kecuali
jadual hendaklah ditulis di bawah bahan tersebut (rujuk contoh).
25
ii. Aktiviti – Aktiviti perlu diadakan pada akhir setiap topik atau sub-topik
bahan pembelajaran mengikut kesesuaian untuk menguji kefahaman
pelajar dan perlu menggambarkan konstruk hasil pembelajaran yang
dirancang. Antara aktiviti yang boleh digunakan adalah seperti
perbincangan dalam kumpulan, menjawab soalan ringkas dan
menyelesaikan masalah.
iii. Rujukan – Senarai sumber maklumat diperolehi. Penulisan rujukan perlu
mematuhi format APA atau Harvard.
g. Lampiran – Bahan-bahan berkaitan dengan pembelajaran dan pengajaran seperti
formula, jadual dan sebagainya.
h. Borang maklum balas modul – perlu diisi oleh pengguna; pelajar/staf dan
diserahkan kepada penulis modul. Lampiran 4.8.
i. Kulit Belakang, Lampiran 4.9.
j. Tulang Modul – perlu ada jika melebihi 100 mukasurat, Lampiran 4.10.
4.5 REKA BENTUK KULIT
Reka bentuk grafik kulit hadapan, belakang dan tulang modul perlu mengikut format
yang telah disediakan seperti di Lampiran 4.1, Lampiran 4.2, Lampiran 4.9 dan
Lampiran 4.10.
4.6 SAIZ MODUL
Saiz sesebuah modul apabila siap adalah ditetapkan pada saiz A4 (Pihak Penerbit tidak
dapat menerima permohonan percetakan modul pengajaran selain dari saiz tersebut atas
faktor kos).
26
4.7 PENAMBAHBAIKAN MODUL (CQI)
a. Panel Penilai
Modul yang akan diterbitkan perlu melalui proses penilaian oleh jawatankuasa
di peringkat Akademi / Fakulti / Pusat / Institut bagi memastikan;
i. format penulisan yang ditetapkan dipatuhi.
ii. kandungan selaras dengan silibus.
iii. ketetapan aktiviti selaras dengan PLO, CLO dan KI.
iv. tiada kesalahan ejaan dan tatabahasa.
b. Kekerapan Penilaian Modul
i. Modul perlu dinilai semula dari masa ke semasa mengikut keperluan bagi
tujuan penambahbaikan.
ii. Proses penambahbaikan juga berdasarkan maklumbalas daripada
pengguna; pelajar dan staf.
4.8 MAKLUMAT TAMBAHAN
Jika modul ditulis oleh lebih daripada seorang penulis, maka salah seorang daripada
penulis tersebut perlu dilantik sebagai ketua atau penyelaras modul tersebut. Fungsi
ketua/ penyelaras ini adalah seperti berikut:
a. Merancang dan menentukan susunan topik.
b. Menyunting dan menentukan keselarasan penulisan topik dari segi tatabahasa,
ejaan, tanda baca, nota kaki, rujukan, bibliografi dan sebagainya.
c. Memastikan kandungan manuskrip dikemas kini dan tidak berlaku pertindihan/
pengulangan kandungan.
d. Memastikan izin daripada penulis/ pemilik asal sesebuah nota/ bahan diperolehi
sebelum bahan itu diserah untuk diterbitkan.
e. Memastikan bahan yang diserahkan ditaip menggunakan format yang sama.
f. Memastikan kualiti rajah, ilustrasi atau gambar adalah terang dan jelas bagi
tujuan bacaan/ rujukan pelajar.
27
Lampiran 4.1
28
Lampiran 4.2
1
2
3
4
1
Lampiran 4.3
ASAS PENERBITAN MEJA
(FONT TIMES NEW ROMAN BOLD 20)
Mohd Sufiean bin Hassan
(FONT TIMES NEW ROMAN ITALIC 14)
JABATAN KOMUNIKASI
FAKULTI SAINS SOSIAL
(FONT TIMES NEW ROMAN BOLD 18)
Jarak 3 baris
Jarak 3 baris
2
Lampiran 4.4
Cetakan Pertama (Modul Pembelajaran), 2016
© Nama Penulis
Hak cipta terpelihara. Tidak Dibenarkan mengeluar ulang dalam apa-apa juga bentuk
dan juga cara baik secara elektronik, mekanik, rakaman, atau lain-lain, mana-mana
bahagian kandungan buku ini sebelum mendapat izin bertulis daripada Kolej Universiti
Islam Melaka, 78200 Melaka, Malaysia.
Penolakan tuntutan
Penerbit dan penulis telah berusaha sedaya upaya untuk memastikan ketepatan serta
mutu bahan terbitan yang dihasilkan. Walau bagaimanapun, tiada jaminan diberikan
sama ada yang tersurat mahupun yang tersirat. Penerbit dan penulis menolak sebarang
tuntutan terhadap apa jua tanggungjawab atau liabiliti untuk apa-apa gantirugi secara
langsung atau tidak langsung yang disebabkan oleh isi kandungan atau maklumat di
dalam buku ini.
Diterbit dan dicetak oleh:
Penerbit KUIM
Kolej Universiti Islam Melaka
78200 Melaka,
Tel: 06-387 8461
Faks: 06-3878441
E-mel: [email protected]
Laman Web: www.kuim.edu.my/penerbit
(FONT TIMES NEW ROMAN 10)
3
Lampiran 4.5.
KANDUNGAN
MUKASURAT
PENGENALAN i
MATLAMAT ii
....
Topik 1 Pengujian, Pengukuran Dan Penilaian 1
1.1 Konsep pengujian, pengukuran, penilaian dan
pentaksiran.
2
1.2 Perbezaan antara pengujian, pengukuran dan penilaian. 3
1.3 Prinsip-prinsip penilaian dalam pengajaran. 4
Topik 2 Jenis Penilaian 5
2.1 Penilaian pra kelayakan, formatif, diagnostik dan
sumatif.
6
2.2 Konsep, ciri-ciri persamaan dan perbezaan. 7
….
Jarak 2 baris
Jarak 1 baris
4
Topik 12 Produk-Produk Penerbitan 8
12.1
12.2
12.3
12.4
12.5
12.6
12.7
Kegunaan min, median dan mod.
Tafsiran taburan.
Tafsiran sisihan lazim.
Gred norma.
Pemarkahan.
Gred dan fungsinya.
Jenis markah dan laporan.
9
10
11
12
13
14
15
5
Lampiran 4.6
PENGENALAN
(FONT TIMES NEW ROMAN BOLD 14)
Modul ini secara amnya merupakan satu panduan pembelajaran pelajar bagi kursus
DCC 1053 Asas Penerbitan Meja yang ditawarkan di Fakulti Sains Sosial, Kolej
Universiti Islam Melaka (KUIM).
(FONT TIMES NEW ROMAN 12)
MATLAMAT
Modul ini bertujuan untuk membantu pelajar untuk mengetahui dan memahami konsep-
konsep pengujian, pengukuran dan penilaian yang dijalankan dalam bilik darjah,
bengkel dan makmal bagi pendidikan teknik dan vokasional.
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir modul ini, pelajar dapat:
1. Menjelaskan bentuk, prinsip, kekuatan dan kelemahan jenis-jenis ujian dalam
pendidikan. (PLO2, C4, LLL2)
2. Mematuhi prosedur pembinaan soalan dan pentadbiran ujian. (PLO2, P5, TS)
3. Memulakan membina soalan dan peraturan pemarkahan dalam alam pendidikan.
(PLO6, CTPS3, A3)
Jarak 2 baris
Jarak 1 baris
Jarak 2 baris
6
SINOPSIS
Modul ini dibahagikan kepada 12 topik:
Topik 1 Pengujian, Pengukuran Dan Penilaian memperkenalkan konsep dan kaedah
pengujian, pengukuran dan penilaian di institusi pengajian tinggi. Topik ini juga
meliputi ciri-ciri utama ujian, bentuk-bentuk penilaian dan membezakan di antara
penilaian berasaskan norma dan kriteria.
Topik 2 Jenis Penilaian....
PENILAIAN
Bagi memperluaskan pengetahuan dan pengalaman pelajar, modul ini menyediakan
ruang untuk membuat tugasan dan pembelajaran kendiri di luar waktu pembelajaran
bersemuka.
RUJUKAN
Senarai rujukan akan dilampirkan di akhir modul.
7
Lampiran 4.7
TOPIK 1
PENGUJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN
(FONT TIMES NEW ROMAN BOLD 14)
Isi Kandungan
1.1 Konsep pengujian, pengukuran, penilaian dan pentaksiran
Pengujian merupakan proses mengaturkan satu siri tugasan untuk diselesaikan supaya
pemerhatian tepat dibuang tentang penguasaan pelajar dalam sesuatu kursus di
universiti. Ujian adalah alat ukur. Ujian digunakan bagi mengukur penguasaan pelajar
dalam sesuatu kursus. Tahap penguasaan pelajar biasanya dikuantifikasikan dengan
memberi skor kepada jawapn yang diberi. ....
Jarak 1 baris
Jarak 2 baris
8
Rajah 1.1: Hubungan di antara pengujian, pengukuran dan penilaian
Pengujian Pengukuran Penilaian
Proses menentukan
perubahan tingkah laku.
Proses menentukan
peringkat pencapaian dan
kedudukan di antara
pelajar.
Proses membuat analisis
dengan mentafsir hasil
pengukuran.
Jadual 1.1: Definisi pengujian, pengukuran dan penilaian
Minda Kreatif 1
1. Cuba fikirkan apakah cara lain untuk mendapatkan bukti penguasaan pelajar
dalam sesuatu kursus selain daripada pengujian.
2. Senaraikan apakah ciri-ciri ujian sebagai alat ukur yang sahih.
3. Fikirkan bagaimanakah ujian yang baik boleh dibina.
4. Terangkan bagaimanakah pengujian boleh dilaksankan dengan berkesan.
9
Rujukan
1. Bhasah Abu Bakar (2003). Asas Pengukuran Bilik Darjah. Tanjung Malim:
Quantum Books Perak.
2. Mohd Isha Awang (2005). Pengujian, Pengukuran dan Penilaian. Sintok: Azizi
Publicist.
3. Kubiszyn, T dan Borich (2003). Educational Testing And Measurement:
Classroom Application and Practice (7th ed). New York: John Wiley
4. Lorin W. Anderson (2003). Classroom Assessment: Enhancing the Quality of
Teacher Decision Making. USA: Prentice Hall.
5. Linn, R and Gronlund, N. E (2000). Measurement and Assessment in Teaching.
New Jersey: Prentice Hall.
Nota: Kaedah penulisan senarai rujukan perlu mematuhi format APA atau Harvard
melalui pautan berikut:
1. APA Style:
http://library.uws.edu.au/FILES/cite_APA.pdf
2. Harvard Style:
http://www.unisa.edu.au/ltu/students/study/referencing/harvard.pdf
10
Lampiran 4.8
BORANG MAKLUM BALAS MODUL
Skala: 1 – Sangat Tidak Setuju 2 – Tidak Setuju 3 – Tidak Pasti
4 – Setuju 5 – Sangat Setuju
Saya berpendapat bahawa...
A Format Modul 1 2 3 4 5
A1 Reka bentuk grafik kulit hadapan, belakang dan tulang modul
bersesuaian dan menarik
□ □ □ □ □
A2 Saiz modul adalah sesuai dengan keperluan □ □ □ □ □
A3 Font jenis Times New Roman 12 dan jarak baris 1.5
memudahkan bacaan
□ □ □ □ □
A4 Ketebalan modul adalah memadai □ □ □ □ □
A5 Kualiti penjilidan modul adalah bermutu □ □ □ □ □
B Kandungan Modul 1 2 3 4 5
B1 Hasil pembelajaran modul adalah jelas □ □ □ □ □
B2 Kandungan modul disusun secara teratur dan membantu saya
mencapai hasil pembelajaran
□ □ □ □ □
B3 Perincian topik dalam bentuk teks berperenggan, ilustrasi,
grafik, jadual, carta alir dan gambarajah membantu pemahaman
□ □ □ □ □
11
C Bahan Pembelajaran 1 2 3 4 5
C1 Bahan pembelajaran adalah bersesuaian dan membantu
pembelajaran
□ □ □ □ □
C2 Kualiti gambarajah, ilustrasi, carta alir, jadual dan formula
adalah terang dan jelas
□ □ □ □ □
C3 Senarai bahan rujukan dan bacaan tambahan yang dicadangkan
mudah didapati
□ □ □ □ □
D Aktiviti & Latihan 1 2 3 4 5
D1 Aktiviti dan latihan adalah bersesuaian □ □ □ □ □
D2 Aktiviti dan latihan yang diberi membantu saya menguasai
keperluan kursus
□ □ □ □ □
D3 Bimbingan yang bersesuaian diberi dalam menyelesaikan
aktiviti dan latihan
□ □ □ □ □
D4 Komen dan maklumbalas berkaitan hasil aktiviti dan latihan
membantu saya menguasai keperluan kursus
□ □ □ □ □
Cadangan terhadap penambahbaikan modul:
................................................................................................................................
12
Lampiran 4.9
13
Lampiran 4.9
14