5
HUONG HONG MING 931118-13-5935 PJK(SJKC) 1. Perbezaan Pentadbiran dan Pengurusan. Pentadbiran dan pengurusan sekolah merupakan satu aspek penting yang perlu diberi perhatian, kerana menurut kajian- kajian yang telah dijalankan di Malaysia, pembolehubah pengurusan seperti kepimpianna gruru besar adalah pengaruh utama dalam mennetukan kualiti pendidikan dan pencapaian akademik pelajar. Menurut Peter F. Drucker, Pengurusan ialah satu proses sosial dibentuk untuk mendapatkan kerjasama, penyertaan dan penglibatan ahli-ahli dalam sesebuah organisasi untuk mencapai sesuatu maklumat atau objektif yang paling berkesan, maklumat ini disokong oleh pandangan yang menyatakan bahawa kecekapan pentadbiran akan menyumbang kepada matlamat organisasi. ( Morphet et al, 1982). Dalam sesebuah organisasi termasuk organisasi pendidikan, pentadbiran atau pengurusan adalah tersangat penting. Tanpa pengurusan yang cekap proses pengeluaran tidak dapat berjalan dengan baik dan juga tidak dapat menyempurnakan kehidupan manusia.Dalam proses pentadbiran,ia berlaku sama ada di dalam sesebuah organisai yang besar mahupun kecil serta organisasi formal dan juga yang tidak formal.Untuk mengurus sesuatu organisasi,seseorang pentadbir atau pemimpin seharusnya memahami terlebih dahulu apakah yang dimaksudkan dengan pentadbiran. Griffiths(1959) , menyatakan pentadbiran adalah satu corak tingkahlaku yang didapati dalam semua organisasi manusia. Ia adalah proses yang mengatur dan mengawal sesuatu organisasi sosial itu. Drucker(1945) pula menjelaskan pentadbiran itu ialah sumber asas dan sumber yang paling berharga. Stoner(1984) mengatakan pengurusan ialah satu proses merancang, mengelola, memimpin, mengawal daya usaha ahli-ahli organisasi dan menggunakan sumber-sumber lain untuk mencapai matlamat yang ditentukan. Campbell pula,menjelaskan proses pentadabiran sebagai satu cara anggota-anggota sebuah organisasi membuat keputusan dan mengambil tindakan untuk mencapai matlamat.

isl 1

Embed Size (px)

DESCRIPTION

pengurusan

Citation preview

HUONG HONG MING 931118-13-5935 PJK(SJKC)

1. Perbezaan Pentadbiran dan Pengurusan.Pentadbiran dan pengurusan sekolah merupakan satu aspek penting yang perlu diberi perhatian, kerana menurut kajian- kajian yang telah dijalankan di Malaysia, pembolehubah pengurusan seperti kepimpianna gruru besar adalah pengaruh utama dalam mennetukan kualiti pendidikan dan pencapaian akademik pelajar. Menurut Peter F. Drucker, Pengurusan ialah satu proses sosial dibentuk untuk mendapatkan kerjasama, penyertaan dan penglibatan ahli-ahli dalam sesebuah organisasi untuk mencapai sesuatu maklumat atau objektif yang paling berkesan, maklumat ini disokong oleh pandangan yang menyatakan bahawa kecekapan pentadbiran akan menyumbang kepada matlamat organisasi.( Morphet et al, 1982). Dalam sesebuah organisasi termasuk organisasi pendidikan, pentadbiran atau pengurusan adalah tersangat penting. Tanpa pengurusan yang cekap proses pengeluaran tidak dapat berjalan dengan baik dan juga tidak dapat menyempurnakan kehidupan manusia.Dalam proses pentadbiran,ia berlaku sama ada di dalam sesebuah organisai yang besar mahupun kecil serta organisasi formal dan juga yang tidak formal.Untuk mengurus sesuatu organisasi,seseorang pentadbir atau pemimpin seharusnya memahami terlebih dahulu apakah yang dimaksudkan dengan pentadbiran. Griffiths(1959) , menyatakan pentadbiran adalah satu corak tingkahlaku yang didapati dalam semua organisasi manusia. Ia adalah proses yang mengatur dan mengawal sesuatu organisasi sosial itu. Drucker(1945) pula menjelaskan pentadbiran itu ialah sumber asas dan sumber yang paling berharga. Stoner(1984) mengatakan pengurusan ialah satu proses merancang, mengelola, memimpin, mengawal daya usaha ahli-ahli organisasi dan menggunakan sumber-sumber lain untuk mencapai matlamat yang ditentukan. Campbell pula,menjelaskan proses pentadabiran sebagai satu cara anggota-anggota sebuah organisasi membuat keputusan dan mengambil tindakan untuk mencapai matlamat. Dalam konteks pentadbiran, pentadbiran yang baik amat dihargai oleh sesuatu masyarakat. Jabatan Pendidikan dan sekolah tidak terlepas daripada mewujudkan pentadbiran yang sihat. Kita seharusnya mengetahui cara-cara untuk mewujudkan konsep tersebut.Sebagaimana yang kita fahami,pendidkan sebagai agen sosialisasi dan penyampai warisan budaya dapat memberi faedah-faedah ekonomi dan membolehkan individu-individu menikmati kehidupan yang baik. Mengikut Knezevich (1974),pentadbiran sekolah ialah satu proses sosial yang bersangkut paut dengan mengenal pasti, menyelenggarakan, merangsang, mengawal,dan menyatukan secara formal mahupun tidak formal kuasa-kuasa yang bercorak manusia dan material kedalam satu sistem yang kukuh dengan tujuan memenuhi objektif yang ditetapkan Sementara itu Campbell,Bridges dan Nystrand (1977) pula berpendapat bahawa pentadbiran pendidikan ialah satu proses untuk menyelaras usaha dikalangan berbagai-bagai anggota bagi memenuhi matlamat yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran. Jadi secara ringkasnya matlamat akhir yang dikehendaki dalam pentadbiran sekolah atau institusi ialah untuk meningkatkan taraf pengajaran dan pembelajaran. Ia meliputi peranan yang dimainkan oleh sekolah, jabatan pendidikan, institute pendidikan guru dan juga universiti. Pentadbiran sekolah tidak boleh dibezakan dengan bidang lain. Pada asasnya ia adalah segala usaha yang dijalankan oleh sesuatu organisai untuk memenuhi matlamat dan tujuan tertentu di samping menyelenggarakan dan mengekalkan struktur organisasi. Dalam organisasi, konsep pentadbiran dan pengurusan sekolah selalu digunakan dan saling bertukar ganti. Definisi pengurusan lebih kurang sama dengan pentadbiran, iaitu proses mengarah, mengawal sesuatu institusi yang melibatkan perancangan. Di Malaysia istilah pentadbiran lebih kerap digunakan kerana ia lebih menitikberatkan kepada perkhidmatan dan bukan kepada keuntungan. Walaubagaimanpun ramai bersetuju pentadbiran dan pengurusan tiada bezanya. Jadi secara ringkasnya saya dapat rumuskan, perkara yang penting dalam aspek definisi pentadbiran pendidikan ialah Pengendalian, Matlamat, Kualiti atau mutu, dan juga keberkesanan apa yang telah dirancangkan.

2. Contoh Program Pembangunan Sukan yang telah dilancarkan oleh organisasi sukan.

Sukan bola sepak adalah sukan nombor satu dari segi popularitinya di Malaysia yang telah diperkenalkan dengan kedatangan British ke Tanah Melayu. Seawal 1905, liga pertama sukan ini telah dianjurkan dan disusuli dengan penubuhan pasukan bola sepak kebangsaan di bawah pimpinan pegawai kolonial British, Andrew Caldecott yang merupakan Presiden Persatuan Bola sepak Malaya (FAM) yang pertama pada tahun 1933. Selepas Perang Dunia Kedua dan kemerdekaan tanah air, Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah dipilih untuk menerajui FAM pada tahun 1951 dan membawa sukan bola sepak ke satu tahap yang membanggakan terutama dari segi pencapaian di peringkat antarabangsa.

Menyedari kemerosotan sukan bola sepak negara, Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Sukan pada tahun 2004 telah menyenaraikan sukan bola sepak dalam senarai 19 jenis sukan yang perlu diberi perhatian khusus dan dibangunkan secara pesat. Walaupun pelbagai inisiatif telah dilaksanakan bagi menjayakan sukan bola sepak negara, namun langkah-langkah yang diambil pada ketika itu tidak menyeluruh dan oleh itu, tidak membawa kesan positif yang mampan. Bagaimanapun, inisiatif mengenal pasti bakat telah diberi penekanan dan menjadi titik tolak kepada usaha pembangunan bakat muda sehingga ke hari ini.Walaupun beberapa kejayaan telah dicapai, namun ia dilihat belum mampu membuahkan hasil yang konsisten atau menjadikan Malaysia sebagai kuasa bola sepak yang disegani secara mampan. Masih wujud lagi pelbagai isu yang perlu diatasi agar semua pemegang taruh dalam program pembangunan bola sepak negara tidak bertindak secara berasingan atau melaksanakan tugas masing-masing dengan matlamat atau cara yang berbeza-beza.

Atas kesedaran ini, pada tahun 2013, Menteri Belia dan Sukan telah berusaha untuk mengambil inisiatif agar pembangunan sukan bola sepak negara dapat dilaksanakan secara menyeluruh dan menggunakan pemikiran strategi di luar kotak. Sebagai permulaan, satu transformasi komprehensif terhadap program pembangunan sukan bola sepak kini diperkenalkan, di mana penekanan kepada beberapa teras pembangunan akan diberikan melalui satu pelan yang dikenali sebagai Pelan

Pembangunan Bola Sepak Negara (PPBN). PPBN merupakan satu pelan jangka panjang, di mana fasa pertama akan bermula dari tahun 2014 sehingga 2020. Buat pertama kalinya, program pembangunan bola sepak akan berpandukan kepada falsafah atau DNA bola sepak negara yang dibentuk dengan mengambil kira cara terbaik yang perlu diamalkan dalam menggilap bakat pemain muda. DNA bola sepak ini akan diterapkan dalam setiap peringkat latihan PPBN bagi pemain berusia tujuh sehingga 17 tahun di seluruh negara. DNA ini juga akan menjadi asas kepada semua pemegang taruh dalam melunaskan tanggungjawab masingmasing dan membolehkan satu matlamat yang jelas dan sama dijadikan sebagai panduan dalam melahirkan pemain bola sepak Malaysia bertaraf dunia.

Di bawah PPBN, akses kepada pusat latihan, corak latihan tersusun dan kemudahan yang menepati piawaian akan dipertingkatkan lagi. Selain itu, penambahan jumlah jurulatih dan pertandingan akan dilakukan serentak, secara berperingkat-peringkat. Pusat Latihan MyKids Soccer ( tujuh sehingga 12 tahun) akan dijenamakan semula menjadi Akademi Tunas manakala program bola sepak untuk pemain-pemain berumur 12 sehingga 17 tahun pula akan dikendalikan di Pusat - Pusat Latihan Daerah (PLD). Akademi Bola Sepak Negara di Gambang akan diberi nama baharu, iaitu Akademi Bola Sepak Negara Mokhtar Dahari (AMD). Pemilihan nama itu diharap akan menjadi inspirasi bagi semua bakat muda untuk menjadi pemain sehebat Allahyarham Super Mokh suatu hari nanti.