Upload
kejuterbang
View
69
Download
2
Embed Size (px)
DESCRIPTION
isl minggu 8
Citation preview
PENYALAHGUNAAN WANG DI SEKOLAH
ISU 1Seorang guru telah ditahan oleh pihak berkuasa kerana memalsukan invois dan pesanan kerajaan yang mengandungi butir palsu (Berita Harian, 2008)
ISU 2Memaksa murid membeli buku aktiviti tambahan untuk dapatkan komisyen daripada pengedar
ISU 3Mengemukakan tuntutan perjalanan yang mengandungi butiran yang palsu
ISU 4Guru mengutip yuran khas daripada pelajar tetapi tidak menyerahkannya kepada pihak sekolah dengan tujuan membelanjakan wang tersebut untuk kepentingan diri
ISU 5Guru tidak mengeluarkan resit bagi setiap pembayaran yang dilakukan murid.
ISU 6Melakukan sesuatu pembelian tanpa mengikut tatacara pembelian yang betul.
CARA MENGATASI MASALAH
Pihak pentadbir perlulah membuat pemantauan dan penguatkuasaan terhadap pengurusan kewangan di sekolah.Pentadbir perlu mengetahui prosedur pengurusan perbelanjaan di sekolah supaya supaya guru-guru tidak mengambil kesempatan menipu atau memalsukan butir-butir perbelanjaan untuk kepentingan diri sendiri.
Pihak pentadbir perlu mempertingkatkan lagi sistem pemantauan (monitoring) dan susulan sedia ada supaya lebih berkesan dengan cekap dengan cara sentiada memeriksa Buku Tunai dan Buku Resit bagi mengelakkan daripada berlakunya penyelewengan dan penyalahgunaan wang sekolah.
PENYALAHGUNAAN MASA
ISU 1 Guru tidak menepati masa masuk ke kelas
ISU 2 Guru tidak menyampaikan isi pengajaran dengan bersungguh-sungguh
ISU 3 Guru mengajar tidak mengikut sukatan pelajaran yang telah ditetapkan oleh kementerian
ISU 4 Guru tidak menepati masa keluar daripada kelas
ISU 5 Guru menggunakan masa di sekolah dengan melakukan kerja yang tidak berkaitan dengan pendidikan
ISU 6 Guru melakukan kerja sambilan di malam hari sehingga menjejaskan produktiviti dalam menyampaikan P&P di siang hari
CARA MENGATASI MASALAH
Pihak pentadbir perlu sentiasa membuat pemantauan dari semasa ke semasa terhadap prestasi kerja guru-guru di sekolah. Pihak pentadbir perlu berusaha mengenalpasti dan bersedia memberikan khidmat nasihat kepada guru yang bermasalah.
Mengambil tindakan tegas dengan memberikan amaran dan mengenalan tindakan tatatertib kepada guru yang terlibat jika masalah yang dilakukan adalah serius dan berulang.Rakan sejawat boleh memberikan nasihat dan dorongan supaya guru yang terlibat dalam penyalahgunaan masa dapat mengubah dirinya.
Guru perlu sentiasa muhasabah diri tentang apa yang telah dilakukan. Guru juga perlu bijak memilih kawan yang mampu menjadi teladan agar diri akan lebih terarah untuk mencontohi sifat-sifat yang ideal sebagai seorang guru. Guru boleh menyediakan log aktiviti supaya tugas dapat dilaksanakan dengan lebih terancang dan tiada pembaziran masa.