Upload
arniesuharnie
View
6.285
Download
22
Embed Size (px)
Citation preview
ISU-ISU SEMASA PENGURUSAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN DALAM INDUSTRI PEMBINAAN MALAYSIA
PENGENALAN
Salah satu langkah untuk membantu negara di dalam usaha membangunkan
imej industri pembinaan adalah dengan menyediakan persekitaran kerja yang selamat.
Kejadian kemalangan seperti yang sering berlaku di sektor pembinaan telah
mengakibatkan kehilangan begitu ramai tenaga kerja dan kerugian harta benda berjuta-
juta ringgit pada setiap tahun di negara ini. Sekiranya situasi ini tidak dibendung, sudah
tentu sedikit sebanyak ianya akan menjejaskan perkembangan ekonomi negara serta
hasrat untuk menjadi negara maju menjelang tahun 2020.
Kejadian kemalangan di dalam industri binaan sering dikaitkan dengan kecuaian
dalam pelaksanaan pekerjaan, pengabaian aspek keselamatan, pengabaian program
program kesedaran dan latihan, tiadanya displin, kurangnya komunikasi serta lain-lain
lagi gangguan luar yang meningkatkan lagi faktor pengaruh terjadinya kes kemalangan
yang semakin meningkat hari ini. Dengan mengambil kira situasi ekonomi dalam
industri binaan, isu-isu dan masalah-masalah berikut telah dikenal pasti sebagai isu
yang dianggap penting dalam industri binaan dan harus dilihat dengan lebih serius
untuk mencari penyelesaian; iaitu kualiti yang rendah, tahap produktiviti yang rendah,
imej, tahap etika yang rendah, kekurangan tenaga kerja mahir dan tahap kemalangan
yang tinggi.
KEMALANGAN DI TAPAK PEMBINAAN
Isu Kemalangan Dalam Industri Binaan
Kualiti dan keselamatan merupakan dua isu penting di dalam industri pembinaan
masa kini. ISO 9000 telah dengan kadar yang aktif dipromosikan dalam industri
pembinaan bagi memastikan kualiti pembinaan yang disiapkan oleh kontraktor. Selain
faktor kualiti, keperluan menyediakan persekitaran kerja yang selamat tidak boleh
dipinggirkan dalam situasi industri pembinaan yang sememangnya berisiko tinggi.
Semakin banyak projek yang kompleks, keselamatan semakin menjadi isu penting bagi
memastikan keselamatan nyawa dan harta benda terjamin. Banyak negara maju seperti
UK dan Australia mewartakan peraturan pengesahan amalan keselamatan dalam
praktik pekerjaan kontraktor di tapak pembinaan. Revolusi dan perubahan dalam
pengurusan sistem keselamatan telah menjadikan ianya suatu mandat dalam
mempraktikkan amalan keselamatan dapat diuruskan secara berkesan (Low, et al.,
2000). Industri pembinaan masih mengamalkan proses kerja yang berintensifkan buruh
(labour intensive) berdasarkan tred-tred kerja basah (wet trades). Ini adalah faktor
penyumbang utama kepada kualiti kerja yang rendah kerana tenaga kerja yang
melaksanakan kerja ini tidak berkemahiran dan terlatih.
Kejadian kemalangan di dalam industri binaan sering dikaitkan dengan kecuaian
dalam pelaksanaan pekerjaan, pengabaian aspek keselamatan, pengabaian program
program kesedaran dan latihan, tiadanya displin, kurangnya komunikasi serta lain-lain
lagi gangguan luar yang meningkatkan lagi faktor pengaruh terjadinya kes kemalangan
yang semakin meningkat hari ini (Bold, 1996).
Amalan Keselamatan Di Tapak Binaan
Pelaksanaan amalan keselamatan di tapak bina perlu dipraktikkan oleh semua
pihak yang terlibat dalam industri binaan bertujuan untuk mengelakkan kemalangan dari
berlaku di tapak bina. Kerajaan telah menggubal akta bagi memastikan amalan
keselamatan menjadi keutamaan di tapak bina, seperti Akta Kilang dan Jentera 1967.
Kemudiannya, Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan telah digubal pada 1984
bagi meningkatkan keberkesanan dan mempertingkatkan amalan keselamatan di dalam
industri binaan (A. Abdeli, 1994). Dalam pengurusan keselamatan tapak bina, pelbagai
kos diperuntukkan bagi menjamin tahap keselamatan yang mencukupi dan bagi
menjamin pelaksanaan kerja di tapak bina tidak diganggu akibat kejadian kemalangan
(Mac Collum, 1993).
Keselamatan ialah keadaan yang bebas daripada risiko yang berbahaya. Ini
adalah berkaitan dengan bahaya yang boleh mendatangkan kecederaan fizikal dan
risiko terhadap kesihatan dalam jangkamasa tertentu (Davies dan Tomasin, 1996).
Dalam industri pembinaan, kebanyakan kes kecederaan berlaku di tempat kerja adalah
disebabkan oleh pekerja tidak diberi latihan keselamatan yang mencukupi atau
langsung tiada diberi latihan (Grossman, 1996). Sejak isu mengenai keselamatan
meningkat dalam industri binaan, banyak kajian berkaitan keselamatan telah dijalankan
bagi kerja-kerja bangunan. Sehubungan dengan itu, kajian lebih mendalam perlu
dilakukan bagi mengenalpasti kos pengurusan dan perancangan bagi kerja
kejuruteraan awam agar dapat dijadikan panduan perancangan projek dan anggaran
projek akan diketahui.
Kemalangan Kemalangan menurut Laney (1982a) merupakan keadaan atau situasi yang
berlaku tanpa kawalan yang mengakibatkan kecederaan dan kerosakan. Dalam industri
binaan kemalangan mengakibatkan kecederaan, kematian, kerosakan jentera, bahan
binaan dan sebagainya yang berkaitan dengan industri ini. Ridley (1983) menyatakan
definisi terawal yang telah dikemukakan oleh Lord Mac Naughton di dalam kes Fenton
v. Thorley & Co. Ltd (1903) AC 443 yang berpendapat bahawa suatu perkara yang
menghalang atau ditonjolkan ketika tidak diingini ke atas sesuatu pekerjaan normal dan
di dalam erti kata harian, ia merupakan kemalangan yang tidak dapat dijangka atau
disedari oleh mangsa. Definisi yang didapati daripada 40 penyelidikan yang dibuat oleh
Ridley (1983) dari aspek umum, undang-undang, perubatan, saintifik dan literatur
keselamatan telah mengemukakan definisi kemalangan yang tepat.
Peyton dan Rubio (1991), menyatakan kebanyakan pakar mendefinisikan
kemalangan sebagai kejadian yang tidak dapat diramal menyebabkan kecederaan
fizikal kepada manusia dan kerosakan harta benda. Ia juga boleh dikatakan sebagai
‘suatu kejadian yang boleh dan telah menyebabkan penurunan kecekapan firma dan
operasi perniagaan’. Maksud risiko dan bahaya merujuk kepada kemalangan yang
boleh mengganggu kesihatan dan mewujudkan suasana kerja yang tidak sihat (Davies
dan Tomasin, 1990). Brazier (1994) dan Covan (1995) bersetuju bahawa kemalangan
merupakan suatu keadaan yang tidak diingini yang menyebabkan kecedaraan atau
kerosakan. Jadual 1 menunjukkan jumlah kemalangan industri di Malaysia yang
dilaporkan mengikut sektor dan antara 2000-2004.
SEBAB UTAMA KEMALANGAN PERATUS (%)
1. Faulty attitude (kesalahan sikap) 14
2. Failure to recognize potential hazards 12
(gagal mengenalpasti hazad)
3. Faulty judgement of speed or distance 12
(kesilapan menyelaras kelajuan atau jarak)
4. Impulsiveness (desakkan) 10
5. Irresponsibility (tidak bertanggungjawab) 8
6. Failing to keep attention constant 8
(kegagalan mengekalkan perhatian)
7. Nervousness and fear (gementar dan takut) 6
8. Defective vision (penglihatan tidak sempurna) 4
9. Organic diseases (penyakit organik) 4
10. Slow reaction (tindakbalas pelahan) 4
11. High blood pressure (tekanan darah tinggi) 2
12. Senility (lemah/tua) 2
13. Worry & depression (bimbang & muram) 2
14. Fatigability (Mengantuk) 2
15. Improper distribution of attention 2
(pengedaran perhatian yang tidak sempurna)
16. Inexperience (tiada/kurang pengalaman) 2
17. Miscellaneous (lain-lain /pelbagai) 6
Jumlah Kemalangan Industri yang dilaporkan Mengikut Sektor
dari tahun 2000-2004
PERUSAHAAN/TAHUN JUMLAH KEMALANGAN YANG DILAPOR
2000 2001 2002 2003 2004
1. Pertanian, Perhutanan & Perikanan 11,893 12,424 9,456 6,947 5,677
2. Perlombongan & Kuari 626 573 545 536 533
3. Pengilangan 41,331 35,642 33,523 29,780 26,690
4. Elektrik, Gas, Air & Kebersihan 537 442 516 510 496
5. Pembinaan 4,873 4,593 5,015 4,654 4,445
6. Perdagangan 15,452 13,774 13,685 13,395 12,948
7. Pengangkutan 4,778 4,382 4,439 4,104 4,151
8. Institusi Kewangan & Insurans 687 602 567 572 605
9. Perkhidmatan 6,581 5,950 5,924 5,617 5,295
10. Perkhidmatan Awam 8,248 7,487 8,140 7,743 8,325
JUMLAH 95,006 85,869 81,810 73,858 69,132
Jadual 1
Masalah Kemalangan Dalam Industri Binaan
Kepesatan pembangunan ekonomi yang sedang pesat ini sememangnya telah
memberikan banyak manfaat kepada semua rakyat Malaysia. Namun demikian, kita
juga akui bahawa bersamanya kesan-kesan sampingan yang perlu diatasi. Salah satu
daripadanya ialah peningkatan bahaya atau risiko di tempat kerja akibat daripada
penggunaan bahan, peralatan dan proses kerja yang canggih dan berbagai-bagai pada
masa ini. Semestinya risiko-risiko tersebut dikawal dengan berkesan bagi memastikan
produktiviti dan kualiti kerja dalam industri binaan sentiasa dapat dikekalkan pada tahap
yang tinggi (Ludin Embong, 1995). Kemalangan yang tinggi dalam sektor binaan boleh
menyebabkan negara kehilangan tenaga kerja dan kerugian harta benda yang bernilai
beribu juta ringgit pada setiap tahun. Dalam industri pembinaan, kebanyakan kes
kecederaan berlaku di tempat kerja adalah disebabkan oleh pekerja tidak diberi latihan
keselamatan yang mencukupi atau langsung tidak diberi latihan (Grossman, 1996).
Jadual 2. menunjukkan jumlah kemalangan (maut) mengikut tahun di Malaysia antara
2000-2004.
Jumlah Kemalangan (Maut) Mengikut Tahun
PERUSAHAAN/TAHUN
JUMLAH KEMALANGAN (MAUT) 2000 2001 2002 2003 2004
1. Pertanian, Perhutanan & Perikanan
115 75 69 40 62
2. Perlombongan & Kuari 11 7 12 8 8 3. Pengilangan 282 243 214 213 195 4. Elektrik, Gas, Air & Kebersihan
8 13 14 8 10
5. Pembinaan 159 89 88 95 77 6. Perdagangan 151 192 134 151 143 7. Pengangkutan 98 91 90 108 73 8. Institusi Kewangan & Insurans
11 6 9 7 5
9. Perkhidmatan 72 106 87 84 65 10. Perkhidmatan Awam 97 136 141 108 131
JUMLAH 1,004 958 858 822 846
Jadual 2
Langkah-Langkah Mencegah Kemalangan
Langkah-langkah untuk mencegah dari berlaku kemalangan boleh dilaksanakan oleh
kontraktor dengan menyediakan peralatan serta kelengkapan keselamatan yang sesuai
dengan keperluan kerja dalam kadar yang mencukupi (Peyton dan Rubio, 1991). Pihak
kontraktor terlebih dahulu perlu mengenalpasti risiko-risiko bahaya di tapak bina dan
mengenalpasti peralatan yang sesuai untuk mewujudkan sistem kerja yang selamat. Di
antara peralatan keselamatan yang perlu disediakan oleh kontraktor adalah topi
keselamatan, jaket keselamatan dan kasut keselamatan.
SUMBER MANUSIA DAN KEPAKARAN TENAGA BURUH
Kepentingan Sumber Manusia Dalam Industri Pembinaan
Tenaga buruh amat penting di dalam indutri pembinaan tetapi negara terpaksa
mengimport tenaga buruh asing daripada negara jiran untuk menampung kekurangan
tenaga buruh tempatan yang semakin kritikal. Perkara tersebut, mungkin berpunca
daripada pemikiran masyarakat kita sendiri di Malaysia yang memandang rendah dan
kotor terhadap buruh binaan ini, walhal bidang kerja tersebut memberi pendapatan
yang cukup lumayan berbanding dengan kerja-kerja lain terutamanya kerja sebagai
operator di kilang.
Kepesatan pembangunan negara menyebabkan industri pembinaan negara
terpaksa bergantung kepada buruh asing. Kebanyakan buruh asing yang diambil
bekerja tidak mempunyai kemahiran dan kurang produktiviti (CIDB, 2004). Keadaan ini
berlaku akibat daripada tekanan upah yang meningkat untuk menggajikan buruh
tempatan. Ini menyebabkan kontraktor lebih senang mengambil buruh asing berbanding
buruh tempatan untuk diambil bekerja. Perkara ini menjadi isu utama dalam industri
pembinaan sekarang. Keadaan ini bertambah meruncing apabila Lembaga
Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) menganggarkan lebih setengah daripada
800,000 gunatenaga dalam sektor pembinaan negara dipenuhi oleh tenaga kerja asing
yang tidak berkemahiran. Ini bermakna industri pembinaan negara masih mempunyai
banyak peluang pekerjaan untuk diisi oleh belia tempatan bagi mengatasi masalah
pergantungan kepada tenaga kerja asing. Langkah ini sekaligus menjimatkan
pengaliran wang Malaysia ke luar negara (CIDB, 2004).
Bidang kerja pembinaan tidak lagi wajar diistilahkan sebagai buruh kasar, hina dan
kotor, selain faktor 3D (Dirty, Difficult and Dangerous) sebaliknya kini kerja dalam
bidang pembinaan ini diiktiraf sabagai kerjaya yang memerlukan kemahiran dan
memiliki kemahiran mental, fizikal, kreatif serta ianya telah diakui sebagai tulang
belakang pembangunan negara. Kerjaya sebagai pekerja buruh binaan dalam industri
pembinaan bukan lagi dianggap sebagai pekerjaan golongan atau kumpulan yang
tercicir sebaliknya bidang kemahiran terutamanya dalam industri pembinaan adalah
satu pekerjaan yang menjanjikan sumber rezeki yang lumayan (CIDB, 2004; Berita
Harian, 1993).
Isu Buruh Asing terhadap Keselamatan dan Kesihatan Di Tapak
Binaan
Kemasukan tenaga kerja asing yang ramai dari negara kurang membangun telah
memberikan imej yang kurang baik dari aspek keselamatan kerana mereka kurang
memberikan perhatian atau tiada pengetahuan mengenai aspek-aspek keselamatan di
tapak binaan. Masalah ini timbul adalah kerana mereka ini tidak menerima latihan
secara formal sama ada di negara asal atau di Malaysia. Sikap tersebut juga menjadi
salah satu punca yang menyumbang kepada berlakunya kemalangan. Insiden-insiden
ini telah memberi publisiti yang tidak baik dalam usaha untuk menarik lebih ramai lagi
tenaga kerja tempatan terutamanya belia-belia lepasan sekolah (CIDB, 2004).
Kepesatan pembangunan negara menyebabkan industri pembinaan negara
terpaksa bergantung kepada buruh asing. Kebanyakan buruh asing yang diambil
bekerja tidak mempunyai kemahiran dan kurang produktiviti (CIDB, 2004). Keadaan ini
berlaku akibat daripada tekanan upah yang meningkat untuk menggajikan buruh
tempatan. Ini menyebabkan kontraktor lebih senang mengambil buruh asing berbanding
buruh tempatan untuk diambil bekerja. Perkara ini menjadi isu utama dalam industri
pembinaan sekarang. Keadaan ini bertambah meruncing apabila Lembaga
Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) menganggarkan lebih setengah daripada
800,000 guna tenaga dalam sektor pembinaan negara dipenuhi oleh tenaga kerja asing
yang tidak berkemahiran. Ini bermakna industri pembinaan negara masih mempunyai
banyak peluang pekerjaan untuk diisi oleh belia tempatan bagi mengatasi masalah
pergantungan kepada tenaga kerja asing. Langkah ini sekaligus menjimatkan
pengaliran wang Malaysia ke luar negara.
Isu Kepakaran Tenaga Buruh Industri Binaan
Sektor pembinaan selalunya dikaitkan dengan fenomena 3-D iaitu 'Dirty, Difficult
and Dangerous' (Kotor, Sukar dan Merbahaya). Tenaga kerja tempatan berpendapat,
pekerjaan di sektor pembinaan tidak dipandang tinggi di kaca mata belia atau
masyarakat. Bebanan kerja yang berat dan terpaksa bekerja di bawah panas terik
matahari dikaitkan dengan pekerjaan buruh kasar. Di samping itu, banyak berita di
akhbar menyiarkan insiden kemalangan di tapak binaan yang kadang-kala melibatkan
kematian telah memburukkan lagi persepsi rakyat tempatan. Perubahan teknologi
kepada IBS telah mula mengubah persepsi kepada industri binaan yang lebih cekap
dan mampu menghasilkan industri yang lebih selamat dan berupaya menangani
masalah semasa industri binaan, selain berupaya bersaing dalam era industri binaan
bersaing dalam dunia globalisasi (Shahrul Nizar Shaari, 2003).
Kelebihan-kelebihan yang ditawarkan oleh penggunaan IBS dapat mengalihkan
sektor pembinaan daripada masalah 3-D atau 3-K iaitu Dirty (Kitanai), Difficult (Kitsui)
dan Dangerous (Kiken), yang selama ini merupakan antara punca pekerja tempatan
hilang minat untuk memasuki sektor pembinaan. Rekod CIDB mendapati hampir tiga
daripada empat pekerja asing yang memohon ujian kepakaran untuk lanjutan permit
terdiri daripada mereka yang terlibat dalam tred basah (wet-trades) seperti penyusun
batu-bata, tukang kayu (acuan), tukang besi, tukang lepa dan tukang konkrit. Kerjaya
dalam sektor ini sepatutnya dianggap kerjaya yang selamat dengan adanya latihan
keselamatan dan latihan dalam tred kerja masing-masing (CIDB, 2005).
Industri pembinaan masih mengamalkan proses kerja yang berintensifkan buruh
(labour intensive) berdasarkan tred-tred kerja basah (wet trades). Ini adalah faktor
penyumbang utama kepada kualiti kerja yang rendah kerana tenaga kerja yang
melaksanakan kerja ini tidak berkemahiran dan terlatih. Bagi mengurangkan
pergantungan kepada tenaga pekerja yang ramai lantas meningkatkan jaminan kualiti
ke atas projek-projek pembinaan, industri pembinaan perlu mengubah pelaksanaan
kerja menggunakan lebih banyak kerja berorientasikan teknologi sistem binaan
berindustri (Industrialised Building System - IBS). Dengan beralih kepada proses kerja
yang lebih berintensifkan modal, produktiviti dan kualiti dapat ditingkatkan dengan
menggunapakai sesetengah teknologi maju dari negara maju. Penggunaan teknik atau
proses kerja yang lebih inovatif dan cekap dapat meningkatkan kualiti dan produktiviti
(CIDB, 2004).
PROGRAM LATIHAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN DALAM
INDUSTRI PEMBINAAN
Latihan
Darkenwald dan Merriam (1982) memberikan pengertian latihan sebagai
“...aktiviti yang direkabentuk untuk meningkatkan prestasi kerja pekerja semasa bekerja
atau apa yang akan dilakukan oleh pekerja”. Manakala Noe (1986) mendefinisikan
latihan sebagai satu reka bentuk perancangan pengalaman pembelajaran untuk
membawa perubahan yang kekal terhadap pengetahuan, sikap dan kemahiran individu.
Menurut Roberts (1980) latihan ditakrifkan sebagai aktiviti atau segala usaha terancang
atau yang diprogramkan bagi kaedah pembelajaran dalam tingkah laku kerja tertentu.
Menurut Kamus Dewan (2000), latihan merupakan pelajaran atau pendidikan untuk
memahirkan atau membiasakan mengenai ajaran atau pelajaran yang diterima dan
mencukupi untuk seseorang menjalankan kerjanya.
Banyak aktiviti dan program keselamatan seperti program kad hijau dan
sebagainya yang bertujuan memberikan pendedahan dan latihan mengenai amalan
keselamatan. Namun program tersebut hanya sekadar permulaan dan tiada tindakan
dan program susulan mengenai latihan keselamatan yang dilakukan secara berkala.
Tiada program latihan keselamatan yang berterusan yang dirangka kepada semua
golongan personel binaan di tapak bina. Program pembelajaran berterusan dalam
latihan keselamatan seharusnya dirangka bagi memberikan input tambahan dan dalam
usaha meningkatkan tahap keselamatan, mengurangkan kemalangan selain
memberikan persekitaran kerja industri binaan sebagai sektor pekerjaan yang selamat
sebagaimana dalam industri petrokimia.
Menurut International Labour Office, manual keselamatan dikeluarkan bagi
memberikan panduan praktik keselamatan, kesihatan dan kebajikan di tapak bina dan
bagi memberikan pengetahuan penyelesaian kepada masalah keselamatan yang
berlaku. Ini bagi memberikan gambaran bahawa industri pekerjaan di tapak bina adalah
selamat dan praktik keselamatan tersebut berupaya mengelakkan kemalangan kepada
nyawa pekerja, kesihatan dan juga sumber tenaga kerja terlatih yang berada di tapak
projek. Salah satu tujuan polisi keselamatan dan kesihatan pekerja yang perlu ada
dalam organisasi dan pengurusan keselamatan ialah keperluan latihan keselamatan di
semua peringkat pekerja binaan. Keperluan latihan sangat diperlukan terutamanya bagi
pekerja dalam tred yang dikategorikan berisiko seperti pekerja peranca dan operator
kren yang mana sebarang kesilapan oleh mereka akan memberikan kesan kepada
pekerja-pekerja yang lainnya di tapak projek (ILO, 1995).
Robert dan Rubio (1991), menyatakan bahawa latihan merupakan antara elemen
asas yang menjadikan program keselamatan menjadi lebih efektif dalam pengurusan
keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Juga menambah bahawa latihan keselamatan
dan orientasi merupakan elemen penting kepada program keselamatan yang efektif.
Penyelia dan pekerja perlu memahami polisi keselamatan firma dan prosidur berkaitan
bahaya dalam persekitaran pekerjaan mereka. Pekerja perlu disediakan dengan
program latihan orientasi keselamatan apabila pertama kali memasuki tapak bina yang
merangkumi polisi firma dan keselamatan projek, peraturan keselamatan, orientasi
tapak bina, peralatan pencegahan keselamatan dan keperluan latihan menurut OSHA.
Antara program keselamatan yang boleh dilaksanakan di tapak bina (Levitt dan
Raymond, 1987) adalah Latihan Keselamatan Dan Kursus Induksi. Dalam program
tersebut, pekerja-pekerja perlu diberi latihan keselamatan yang berkaitan dengan
bidangnya untuk memberi pendekatan yang lebih berhubung dengan keselamatan
ketika melaksanakan kerja. Kursus induksi juga boleh dilakukan dengan mengawal
pekerja-pekerja yang baru supaya mengamalkan kaedah kerja yang betul dan selamat.
Kursus atau latihan seperti yang dinyatakan oleh Levitt dan Raymond ini boleh
dilaksanakan di tapak bina atau menghadiri kursus seperti yang dianjurkan oleh
National Institute of Occupational Safety and Health (NIOSH).
Selain itu, latihan praktikal juga dilaksanakan di tempat kerja untuk melihat tahap
keberkesanan pelaksanaan dan kefahaman peserta. Bermula pada tahun 1999, CIDB
telah mewajibkan peserta menghadiri latihan pekerja dan mendapat kad hijau sebagai
bukti mereka telah berjaya menghadiri latihan tersebut. Oleh itu, kos latihan ini mesti
diperuntukan oleh semua kontraktor yang terlibat apabila ia dikuatkuasakan.
Menurut Koehn dan Kothari (1994) dan Amrien (1992), dalam usaha
menekankan amalan keselamatan semasa pembinaan, adalah disarankan organisasi
mengambilkira beberapa perkara iaitu, mempunyai pengetahuan berkaitan
perundangan terlibat, menentukan polisi dan prosidur dan memastikan diikuti oleh
semua pihak, melaksanakan latihan keselamatan berjadual kepada pekerja, pengurus
dan profesional pereka bentuk, membangunkan polisi bertulis berkaitan program
keselamatan dan melaksanakan sistem penalti, dan melaksanakan mesyuarat
keselamatan selain menyediakan pasca rekod data keselamatan bahan binaan.
Keselamatan tidak akan dicapai melalui penguatkuasaan perundangan semata-mata
walaupun ia merupakan tanggungjawab kontraktor. Majikan atau klien perlu terlibat
sama kerana keselamatan pekerjaan merupakan usaha kumpulan dan ianya boleh
dicapai melalui pelaksanaan latihan dan pendidikan.
Kepentingan Latihan Keselamatan dalam Industri Binaan
Latihan keselamatan mempunyai kepentingan kepada firma dan masyarakat
seperti yang dinyatakan oleh Robert dan Rubio (1991). Latihan keselamatan berupaya
menyelamatkan nyawa, mengelakkan kemalangan, kecederaan dan kesakitan. Melalui
kebanyakan latihan dan praktis dalam pekerjaan, kita akan berupaya melaksanakan
tugasan dengan sempurna berbanding dengan sebelumnya. Menurut Davies dan
Tomasin, (1996), adalah menjadi kewajipan majikan membekalkan arahan dan latihan
secukupnya bagi kepentingan memastikan keselamatan dan kesihatan pekerja terjamin
selain bagi mematuhi peruntukan perundangan keselamatan di tempat kerja (Health
and Safety at Work Act, 1974). Dan antara persoalan yang akan ditanya selepas
berlakunya kejadian kemalangan adalah , “adakah latihan secukupnya telah diberikan
kepada semua pekerja?”. Ini menunjukkan betapa pentingnya membekalkan
secukupnya latihan keselamatan bagi memastikan tanggungjawab majikan telah
dilaksanakan iaitu membekalkan latihan kepada semua lapisan pekerja termasuk
kakitangan pengurusan. Tambahan lagi keselamatan sepatutnya merupakan
sebahagian daripada semua latihan dalam operasi industri binaan.
Kepentingan latihan keselamatan dan kesihatan dilihat dari aspek membekalkan
pekerja semua lapisan ketukangan atau kepakaran profesional kepada kemahiran asas
dan kepakaran yang diperlukan untuk melaksanakan pekerjaan atau menambahkan
pengkhususan kepakaran. Latihan tidak perlu dilihat sebagai khusus latihan seperti di
kolej malah latihan yang khusus di tapak bina yang membekalkan pengetahuan
berkaitan risiko pekerjaan di lapangan (King dan Hudson, 1985).
KESIMPULAN
Sejak isu mengenai keselamatan meningkat dalam industri pembinaan, banyak
kajian berkaitan keselamatan telah dijalankan bagi kerja-kerja bangunan. Kejadian
kemalangan seperti yang sering berlaku di sektor pembinaan telah mengakibatkan
kehilangan begitu ramai tenaga kerja dan kerugian harta benda berjuta-juta ringgit pada
setiap tahun di negara ini. Kejadian kemalangan di dalam industri pembinaan sering
dikaitkan dengan kecuaian dalam pelaksanaan pekerjaan, pengabaian aspek
keselamatan, pengabaian program program kesedaran dan latihan, tiadanya displin,
kurangnya komunikasi serta lain-lain lagi gangguan luar yang meningkatkan lagi faktor
pengaruh terjadinya kes kemalangan yang semakin meningkat hari ini.
Bagi menjamin keselamatan industri binaan yang berterusan, majikan dalam
industri pembinaan adalah perlu menyediakan pelbagai peringkat latihan tentang
keselamatan dan kesihatan kepada setiap pekerja dan pegawai pengurusannya. Oleh
yang demikian, majikan atau kontraktor boleh dikatakan merupakan golongan yang
utama dalam menentukan keselamatan dan kesihatan kepada pekerjanya. Program
latihan keselamatan seharusnya mempunyai program berterusan sebagaimana kredit
yang perlu diperolehi oleh pihak profesional dalam program pembelajaran berterusan
sebelum diterima untuk pembaharuan pendaftaran profesional. Program pembelajaran
berterusan dalam latihan keselamatan seharusnya dirangka bagi memberikan input
tambahan dan dalam usaha meningkatkan tahap keselamatan, mengurangkan
kemalangan selain memberikan persekitaran kerja industri binaan sebagai sektor
pekerjaan yang selamat sebagaimana dalam industri petrokimia.
DEFINISI HAZARD
Apa Itu Hazard ?
Erti perkataan hazard boleh mengelirukan.selalunya dalam kamus tidak memberi
makna yang tepat atau dengan tema yang sama dengan risiko.comtohnya, satu kamus
mendefinisikan hazard sebagai merbahaya ataupun risiko.
Ada banyak perbezaan untuk hazard, tetapi yang selalu digunakan dalam
keselamatan dan kesihatan perkerja,hazard itu adalah,sesuatu punca untuk kejadian
mencederakan, atau mengakibatkan kesihatan yang memudaratkan kepada benda-
benda lain atau kepada orang dalam apa-apa jua jenis keadaan kerja.
KATEGORI HAZARD
Kepentingan mengenal pasti sebanyak mungkin hazard tidak dapat dinafikan jika
diketahui bahawa setiap kemalangan yang berlaku itu berpunca daripada lebih daripada
satu penyebab. Pada masa yang sama hazard bukan sahaja bertindak secara sendirian
tetapi boleh dan mungkin bertindak balas antara satu dengan lain untuk menghasilkan
hazard dan risiko yang baru.
Satu cara untuk memastikan sebanyak mungkin hazard di tempat kerja dikenal
pasti adalah dengan mengkategorikan hazard-hazard. Hazard boleh dikategorikan
kepada 3 iaitu :-
Hazard Elektrik
Hazard Mekanikal
Hazard Sinaran
Hazard Elektrik.
Hazard elektrik mengakibatkan kejutan elektrik, kebakaran akibat lebihan beban
dan menjadi panas dan percikan atau `arcing`.
Hazard Mekanikal.
Hazard mekanikal adalah hazard yang berkaitan dengan kuasa mekanikal yang
terdapat pada mesin. Antara contoh hazard ini termasuklah bahagian bergerak,
memotong, menyepit, memutar dengan pantas, menghentak dan menghempap.
Hazard Sinaran.
Hazard ini terbahagi kepada dua :-
Hazard sinaran mengion
Sinaran tidak mengion
i. Hazard sinaran mengion adalah hazard sinaran yang mampu mengakibatkan
pengionan atom (misalnya, sinar gama, sinar X, zarah alfa, zarah beta dan zarah
neutron).
ii. Sinaran tidak mengion tidak mampu mengakibatkan pengionan atom. Antara
contoh sinaran ini termasuk sinaran gelombang mikro, infra merah, gelombang
radio dan radar.
Hazard Kimia.
Hazard kimia adalah hazard yang memberikan kesan kerana sifat fizik dan
kimianya serta tindakbalas kimianya. Hazard kimia dinyatakan dalam bentuk mudahnya
terbakar, meletup, keradioaktifan, korosif, toksisiti, karsinogenisiti atau teratogenisitinya.
Hazard kimia adalah hazard yang sukar ditangani termasuk oleh seseorang yang
mempunyai pengetahuan dalam bidang kimia, biologi dan toksikologi.
Setiap satu jenis bahan kimia ini mempunyai sifat, tindakbalas dan ketoksikan
yang berbeza-beza dimana tidak diketahui sepenuhnya. Terdapat bahan kimia yang
berhazard secara sendiri (misalnya, racun arsenic dan sianida).
Terdapat juga keadaan di mana hazard sesuatu bahan kimia hanya diketahui
selepas beberapa tahun penggunaannya. (Misalnya, asbestos pernah satu ketika
dianggap sangat berguna sebagai penebat haba dalam perlindungan kebakaran tetapi
sekarang diketahui mengakibatkan asbestosis).
Hazard Fizikal.
Hazard fizikal dikaitkan dengan hazard tenaga. Ini termasuklah hazard objek
jatuh, tergelincir, perlanggaran, tekanan, letupan, bunyi dan juga sinaran. Bahan kimia
seperti minyak petrol yang mengakibatkan kebakaran dan letupan juga boleh
dikategorikan sebagai hazard fizikal.
Biohazard atau Hazard Biologi.
Biohazard adalah hazard yang berpunca daripada hidupan. Misalnya, organisme
patogenik seperti bacteria, virus, kulat dan yis berjangkit. Biohazard ini tidak terhad
kepada kawasan hospital dan makmal. Misalnya, organisme patogenik seperti bekteria,
virus, kulat dan yis berjangkit. Biohazard ini tidak terhad kepada kawasan hospital dan
makmal perubatan sahaja. Ia boleh juga seperti di tapak pembinaan, kilang atau
pejabat. Antara biohazard yang sangat diawasi di tempat kerja termasuklah virus HIV
dan hepatitis di kalangan pekerja berisiko tinggi.
Tidak seperti biohazard yang selalu dikaitkan dengan organisma mikroskopik,
hazard biologi boleh berupa serangga (seperti nyamuk pembawa penyakit dan lipas),
ular, tikus dan sebagainya. Hazard biologi ini boleh membawa penyakit atau gigitannya
boleh memudaratkan kesihatan.
Hazard Ergonomik.
Hazard ergonomik berkaitan dengan ketidaksesuaian manusia dengan sekitaran
kerjanya. Hazard ergonomik selalunya dikaitkan dengan kesilapan atau kelemahan
rekabentuk kejuruteraan dan proses kerja memenuhi keperluan fisiologi dan psikologi
manusia. Misalnya, pekerjaan menaip yang lama dalam keadaan yang tidak ergonomik
telah dibuktikan mampu mengakibatkan `Tunnel Carpel Syndrome` dan sakit belakang.
Hazard Psiko-Sosial.
Kesilapan pekerja melakukan pekerjaan dan perbuatan mereka yang berbahaya
adalah penyumbang kepada kebanyakan kemalangan pekerjaan. Penyebab asas
sebahagian daripada kesilapan dan perbuatan ini berkaitan dengan hazard psiko-sosial,
iaitu hazard yang berkaitan dengan psikologi pekerja dan tindakbalas mereka terhadap
tekanan sosial. Sikap suka mengambil risiko, suka melanggar peraturan atau
menunjuk-nunjuk tindakan yang berbahaya adalah antara hazard psiko-sosial.
Pengaruh luaran (seperti kehendak majikan, keadaan tempat kerja yang tidak
serasi, perhubungan rakan kerja, desakan rumah tangga atau keluarga) boleh
memberikan tekanan seseorang pekerja. Bagi mereka yang mampu menanganinya
berpotensi meberikan tindakbalas yang berupa hazard psiko-sosial di tempat kerja.
DEFINISI RISIKO
Apa Itu Risiko ?
Risiko adalah peluang atau kemungkinan orang itu akan dicederakan atau
mempunyai pengalaman dari segi kesihatan yang boleh memudaratkan kalau terdedah
kepada bahaya..ia boleh juga diberi kepada situasi dengan harta benda atau
kehilangan barang-barang kelengkapan.
Contohnya :
Risiko yang menyebabkan kejadian kanser daripada merokok boleh dikatakan “
Perokok mempunyai lebih 12 kali peluang mati akibat kanser berbanding yang
tidak merokok”. Satu cara lain,untuk membuat kajian risiko ialah “ sebilangan
nombor ‘Y’ yang menjadi perokok per 100,000 yang merokok boleh menjadi
kanser paru-paru” (bergantung kepada umur dan berapa tahun orang itu
merokok) risiko itu ada menunjukan sebagai kemungkinan atau mudah mendapat
penyakit atau mudah mendapat cedera,di mana hazard merujuk kepada mudah
mendapat padah( contoh : kanser paru-paru,emphysema dan penyakit jantung
daripada merokok).
Faktor-faktor yang mempengaruhi tahap risiko termasuk :
Sebanyak mana orang itu terdedah kepada benda-benda bahaya atau keadaan
Bagaimana orang itu terdedah(contohnya : bernafas dalam wap,tersentuh dengan kulit.
Bagaimana teruknya jika terkena keadaan yang terdedah.
TAHAP RISIKO
Risiko Rendah
Tidak ada pengawalan tambahan diperlukan kecuali ia boleh di implikasikan
dalam kos terendah ( dari segi masa , kewangan ,dan kesungguhan ) tindakan lebih
untuk mengurangkan semua risiko ini adalah di buat secara keperluan yang rendah.
Risiko Sederhana
Pertimbangan perlu ada jika mahu risiko boleh di bawa ke tahap yang rendah.di
mana ia boleh di guna pakai, ke tahap yang boleh di ambil kira dan jika boleh ke tahap
di terima pakai,langkah mengurangkan risiko perlu di buat dalam masa yang
singkat.percaturan perlu di buat, supaya pengawalan sentiasa di jalankan seperti
biasa,terutama sekali jika tahap riksiko yang melibatkan kawasan yang berkaitan
dengan keadaan yang merbahaya.
Risiko Tinggi
Kaedah – kaedah yang banyak perlu dibuat untuk mengurangkan risiko.langkah
mengurangkan risiko boleh dibuat dengan segera dalam masa tertentu dan amat sesuai
untuk mengambil kira memberhentikan atau menghalang segala aktiviti ,atau memberi
langkah pengawalan risiko yang mendalam,sehingga semuanya ini selesai di buat.